Saturday, January 19, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 10

BAB 10

PLAN pertama.  Bunga.  Aku memasuki Maju Junction Mall dulu.  Kakiku pantas menapak menuju ke kedai bunga.  Sejambak bunga ros merah aku dapatkan.  Resit aku selit kemas dalam poket skinny.  Helmet aku pakai kembali dan terus berlalu keluar menuju ke arah motorsial. 
Jam sudah melewati tengah hari.  Kata Ariq…
“Lof keluar tengah hari kot.  Dia half-day hari ni.  Abang on the way ke sana.  Kot sempat jumpa dengan dia.” 
Talian mati sesudah itu. 
Aku duduk di atas motorsikal tanpa membuka helmet.  Di depan pagar utama Hospital Kuala Lumpur.  Menanti Cik Lof dengan penuh debar dan sedikit rasa cemburu.  Aneh punya rasa.  Bila aku usap dadaku seketika, memujuk hati… barulah tenang itu menyapa. 
“Manalah Cik Lof ni.  Yang Ariq pulak macho saja.  Tapi, hati kecut.  Setakat nak ayat awek tu bukan payah.  Betullah orang cakap, lelaki ni eksyen dengan perempuan yang dia tak ada hati… cuba yang ada hati, terus kuncup.  Haih…”  Aku merungut sendiri. 
Tapi, demi tugas  dan bayaran yang telah aku terima, aku teruskan juga duduk di bawah terik matahari ini. 
Setelah hampir sejam, barulah aku nampak ramai pelajar perubatan keluar dari pagar hospital.  Menuju ke bus-stop.  Aku bangkit dan membuka helmet.  Membetulkan rambut yang aku sorok di dalam topi dan terus menapak perlahan sambil  mata tajam memerhati. 
Hanya beberapa langkah, telefonku menjerit nyaring.  Huih… Ariq?
“Ya, bang?” 
“Dah nampak?”  tanya dia tak sabar. 
Aku mengeluh sedikit.  Tak sabar betul.  “Belum lagi, bang?  Agaknya Cik Lof abang tu habis program lambat sebab ni baru nampak berpusu-pusu keluar.  Kejap saya intai, ya?” 
Leher yang sedia jinjang ini aku panjangkan lagi.  Mengintai dan mencari serta mengimbas wajah seperti yang Ariq gambarkan.  Sekali pandang aku terus terpaku.  Tapi, sayang… lepas seorang seorang melaluiku tapi rasanya mataku masih belum terpaku pada sesiapa melainkan mereka yang terpaku padaku seketika. 
“Tak nampak lagilah yang boleh pakukan pandangan mata saya, bang,” ujarku jujur.  Aku ketap bibir dan mengintai lagi. 
“Mesti ada.  Abang dapat maklumat dia kat sini hari ni.  Naqi tengok lagi, ya?  Biasa dia lepas je rambut ikal dia tu.  Ataupun dia akan sanggul kemas.  Intai betul-betul,” arah Ariq dan aku mengangguk lagi menerima arahan majikanku seorang ni. 
“Okeylah, bang.  Payah nak fokus abang dok sembang.  Nanti saya telefon kejap lagi.  Bagi saya setengah jam,” pintaku dan Ariq menyetujuinya.
Call me.” 
Pap… talian terus mati.  Aku tahu Ariq gelisah.  Takut aku kalah dalam tugasan dan rancangan pertama yang memang aku rancang rapi.  Bayangkan, dari Shah Alam aku tunggang motorsikal daripada pagi.  Takut rancangan terbabas waktu. 
Rasa lima belas minit dah berlalu.  Akhirnya, aku beranikan diri menegur salah seorang pelajar perempuan yang sedang melalui aku. 
“Err… maaf, cik.  Tumpang tanya, boleh?”  Sopan aku menegur.
Dia senyum dan berbisik pada kawan di sebelahnya.  Aku hanya diam dan berlagak macho.  Topi aku betulkan sikit dan aku perasan, mata mereka memerhatikan bunga yang ada di tanganku.
“Err… boleh tak saya tahu, Cik Lof kat mana sekarang?” 
“Hah?”  Salah seorang sudah melopong bila aku sebutkan namanya. 
“Lof?  Nama apa tu?” 
Aku tahan gelak bila gadis ini menyoal sama sepertiku menyoal Ariq dulu.  Kot ya pun nak cari awek, cari yang nama cantik sikit.  Tapi, dah mata Ariq katakan dia tercantik, pastilah lengkap semuanya. 
“A’ah… nama penuh dia saya tak tahu.  Setahu saya, ramai orang panggil dia Lof.  Wujud ke dia kat sini?”  tanyaku lagi. 
Kedua-dua mereka berbisik sesama sendiri.  Ada  yang berkerut, ada yang tersenyum sebelum mereka menjawab pertanyaanku. 
“Rasanya… senior kita, kan?”  Mereka berbicara berdua. 
Aku hanya mendengar dan  memerhati.  “Senior ya?  Boleh saya tahu dia kat mana?” 
Mereka berpaling dan cuba mencari tapi menggeleng akhirnya. 
“Kami ada sorang senior cun ni… kami panggil dia Lof.  Dia kot yang awak cari.  Dia masih dalam dewan kot?  Entah…”
Aku mengangguk tanda mengerti.  “Kalau macam tu, saya tunggu dia kat sini  jelah,” putusku. 
Mereka berdua hendak berlalu tapi aku menahan lagi. 
By the way, how do she looks?”  Keningku terangkat kedua-duanya. 
Mereka senyum.  “Nak bagi bunga ni ke?” 
Aku garu kepala dan mengangguk.  “Amanat orang,” jawabku segan sedikit. 
“Kalau nak jumpa dia, kami boleh tolong…”
“Err…”
Tak sempat nak bersuara, telefon menjerit nyaring.  Terlupa janjiku dengan Kak Diah bila nama dia dah naik. 
“Kau mana, Naqi?  Janji dengan kakak apa?”  sergah dia. 
Aku kerutkan wajah dan kuangkat tangan pada kedua-dua awek di depanku ini.  Meminta dia menanti seketika.  Aduh… macam  mana aku boleh lupakan Kak Diah ni tapi dia kat mana?
“Kakak kat mana?” 
“Kakak tengah makan ni haa… dekat Restoran Haslam.  Kau lambat sangat.  Kakak keluar awal sikit tadi.  Mari sini cepat.  Dia ni, kan…,” rungut dia bak bertih jagung.  Sumbang sungguh kemerduan suaranya. 
“Yalah… bagi lima belas minit,” pintaku dan talian aku putuskan. 
“Err… alamak.  Kakak saya dah telefonlah, awak.  Err… nampaknya memang awak berdua kena tolong sayalah.  Tolong bagi bunga ni dekat Lof.  Kad ada dalam tu,” pintaku dengan muka tak malu.
“Tak apa… kami dah biasa kot dengan Kak Lof… ramai betul peminat dia,” beritahu mereka dan hati aku makin melonjak hendak menatap wajah yang mampu mencuri hati Ariq. 
“Err… ramai sangat ke?” 
Mereka angguk.
“Wow… bos saya ni salah sorang peminat dia.  Dah enam bulan tunggu.  Kalau boleh nak Lof balas kad bos saya tu.  Rasa berbaloi sikit saya tunggu dia lama.  Tapi, tak dapat jugak jumpa sebab masalah sendiri.  Err… kalau macam tu, saya jalan dulu.  Harap sangat tu… tolong bagi, ya?” 
Mereka mengangguk lagi.  “Kami sampaikan amanah ni,” ujar salah seorangnya dan aku mengeluh lega. 
Motorsikal aku dekati.  Enjin aku hidupkan dan terus saja aku memulas minyak, menuju ke tempat Kak Diah ada. 


Cinta Nur Naqiah a.k.a Naqi


KAK DIAH bercekak pinggang.  Aku hanya sengih dan melambai pada dia.  Biarlah dia nak marah pun… dia bukan tak tahu aku ni kerja. 
“Dah habis beli surat khabar lama ke?”  tanya dia sinikal.
Aku sengih dan mengangguk.  Malas nak memanjangkan cerita. 
“Kak Diah awal pulak habis?  Tadi, pergi tunggu depan HKL, ramai budak-budak medic keluar, kakak tak ada pun?” 
“Kakak keluar awal sikit tadi.  Sebab esok ada lagi satu sesi.  Jomlah…,” ajak dia. 
Aku hulurkan topi keledar padanya dan dia menyarungkan pada kepalanya bila rambut ikalnya dilepaskan bebas.  Melihatkan wajah Kak Diah, aku mahu menangis sebab aku nampak sinis mak padaku.
Ready, kak?”  soalku padanya. 
“Okey…” Bahuku ditepuk  meminta aku teruskan perjalanan. 
“Nak pergi mana?  Aku menyoal sedikit terjerit sebab naik motor.  Bukan kereta nak cakap sopan. 
Kak Diah menyuakan wajahnya ke depan sikit.  “Pergi SOGO.  Kakak nak beli hadiah mak”
Aku mengangguk dan tidak membalas lagi hinggalah kami tiba di Jalan TAR dan aku hanya letakkan motorsikalku di sebelah Pertama Kompleks.  Depan KFC. 
“Cepat, Naqi,” gesa dia.
Aku terkocoh-kocoh mengunci motor dan terus berlari menuju ke arah Kak Diah  yang sedang melintas jalan yang memang agak sibuk.  Perkara biasa di sini waktu ini.  Motor juga laju. 
Tiba-tiba, suara Kak Diah bergema lagi.  Dia menghentikan langkahnya di birai jalan dan aku melambai tangan tapi kakiku pantas berlari bila ada sebuah teksi memecut sedikit laju dari Jalan Dang Wangi.  Kes nak kejar lampu isyarat. 
“Kak Diah, tepi,” jeritku kuat tapi dia nampak terpinga-pinga. 
Bila dia  memandang ke sisi, keadaan sudah terlambat tapi mujur aku cepat.  Aku tolak tubuh Kak Diah sedikit tapi dia jatuh dan mujur sempat menyambar tiang bumbung pejalan kaki tapi aku, dilanggar sedikit oleh bumper kereta dan jatuh terduduk.
Orang ramai menolong.  Kak Diah melopong.  Pemandu teksi cuak tapi aku hanya senyum.  Lutut terasa perit.  Siku juga rasa melecet dan aku hanya bangkit.  Berdiri tegak dan tersenyum lagi. 
“Okey ke, dik?”  soal abang pemandu teksi tu.
Aku sengih biarpun orang ramai mula berbisik sesama sendiri dan tak kurang juga sibuk nak belek tubuhku. 
“Eh, sikit je,  bang.  Saya yang cuai.  Maaf, ya?”  pintaku malas hendak memanjangkan bicara.
Setelah itu, aku dekati Kak Diah.  Dia sedang menilik telapak tangannya  yang sedikit luka.  Kulit telapak tangan yang sedikit melecet dan wajah dia berkerut.
“Sakit, kak?”  tanyaku biarpun aku yang lebih sakit bila aku rasakan, ada cecair hangat mengalir melalui skinny hitam yang aku pakai.  Darah… sudah pasti.  Tapi, abaikan. 
“Tangan, kakak…”
“Jomlah.  Masuk tandas dalam SOGO.  Basuh dulu.  Nanti infection pulak.  Kakak ada kuliah lagi esok.  Takut tak sihat pulak.”  Aku terus mengajak dia masuk ke dalam SOGO. 
“Yang lain ada sakit tak?” 
Dia menggeleng dan memaut lenganku kemas dan kami sama-sama masuk ke dalam SOGO.  Sementara menanti Kak Diah keluar dari bilik air, aku hanya menilik beberapa jenis minyak wangi. 
Teringat pada mak.  Mak suka kumpul minyak wangi.  Nak-nak yang dari luar Negara bila dia sendiri ke sana atau boleh jadi pemberian kawan-kawannya. 
“Dah…”  Suara Kak Diah menyapa. 
Aku berpaling dan tersenyum bagai tiada apa-apa yang terjadi biarpun seluarku sudah terasa melekit sebelah kaki kiri.  Malas hendak rosakkan mood Kak Diah dan mood aku sendiri.  Selagi mampu aku baiki mood ini, biarlah tertampal sana sini.  Sampai waktu tak mampu aku aku baikinya lagi, campak saja ke lombong.  Tak payah nak kitar semula.  Buang masa. 
“Okey dah ke?” 
“Erm… sakitlah juga sikit,” adu dia.
“Naqi pun rasa sakit jugak ni.  Mahu esok Naqi minta cuti,” ujarku pula.  Aku sengih bila dia memandangku. 
“Eh, kak… kakak kata nak beli hadiah, kan?  Kenapa, ya?  Hari lahir mak lama lagi.  Ada apa-apa ke?”  soalku teruja.  Nak juga tahu apa berita baiknya. 
Kak Diah mengoyak senyuman manis.  “Mak naik pangkat.  Jadi big boss.  Itu yang tukar kereta.  Naqi tak tahu ke?” 
Aku menggeleng.  Hati kuncup dan terus kuncup.  Berita sebegini baik pun mak tak nak kongsi.  Bukan nak minta duit belanja tapi nak juga ucapkan tahniah dan kucup pipi mak. 
“Waa… hebat mak.  Ayah?” 
Kak Diah menggeleng.  “Ayah belum lagi.  Kan ayah baru naik pangkat tahun lepas.” 
Mak seorang yang rajin belajar.  Sekarang pun dengar kata nak buat PhD.  Tak tahu betul ke tidak sebab mak tak pernah kongsi denganku.
“Itu yang nak beli hadiah ni?” 
“Yalah…”  Kak Diah menarik tanganku mengikutnya.  Langsung tak ditanya kaki aku yang dihentam bumper kereta tadi, OK ke K.O?  Haih... tapi sebab mak, sakit pun boleh hilang.  Sayang mak.
“Kakak nak beli apa?” 
“Kita naik tingkat atas kejap.  Tingkat 4.  Household.  Mak tu suka batu Citrine.  Kakak nak beli benda tu untuk mak letak kat office baru dia.  Moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik,” ujar Kak Diah. 
Aku mengangguk.  Tahu juga batu permata  yang berwarna kekuningan itu.  Kononnya berfungsi untuk memberi aura kesihatan pada pemakainya.  Aku mencebirkan bibir.  Setuju dalam diam. 
Kami menaiki escalator.   Tiba di atas, Kak Diah dengan niatnya.  Aku hanya menanti.  Harga yang hampir RM400 hadiah dari Kak Diah.  Menarik.  Setelah siap dibungkus, kami kembali turun ke ground floor.  Saat melalui ruang legar yang menjual minyak wangi, langkahku terhenti di depan promoter Issey Miyaki. 
“Mak suka minyak wangi.  Kau belilah, Naqi.  Bukan mahal pun,” bisik Kak Diah.
Ya aku tahu mak suka wangisan Issey Miyaki.  Kerana itu kakiku berhenti di sini.  Sementelah pula bagi merehatkan lenguh dan pedih luka ni. 
“Berapa ya?”  tanyaku sambil jari telunjuk lurus pada botol minyak wangi yang sederhana kecil. 
“Yang ni kami promosi, cik… RM185.  Kalau yang besar ni RM285,” jawab promoter lembut itu.
Aku sengih.  Semalam Ariq hanya bagi RM200.  Kalau aku beli, apa nak makan?  Melihatkan Kak Diah tersengih membelek hadiahkan buat mak, aku rasa nak bagi juga sebagai tanda kejayaan mak dalam mengejar cita-citanya selama ni.  Dengan begitu gigih sekali sehingga aku dibesarkan oleh pengasuh masa tu. 
“Emm… yang lagi murah tak ada?”  Sengih.  Malu.  Segan sebab boleh tanya macam tu. 
Promoter itu sengih.  “Tak ada.  Yang paling kecil sample je, cik.  Dan itu kami bagi free lepas cik beli botol ni?”  Diunjukkan sekali lagi botol sederhana itu.
Lama juga aku berfikir.  Tapi, mengingatkan stok makanan yang Ariq belikan semalam dan boleh jadi hasil jualan gitar daripada Alan, mampu untuk menampung hidup.  Jika payah sangat, aku telefon apek surat khabar. 
“Erm… bolehlah, bang,” ujarku kemudiannya. 
Dia membungkus cermat.  Cantik bungkusannya bila aku katakan, ini untuk wanita terpenting dalam hidup aku.  Sekeping kad tercatit, tahniah dilekatkan pada kotak.  Aku sengih senang biarpun empat keping duit RM50 gaji dari Ariq terbang pergi dan balik semula berbaki hanya RM 15, aku tetap bersyukur. 
“Okey, kak.  Done.” 
Cepat-cepat aku tarik Kak Diah.  Tak sabar hendak sampai ke rumah nak bertemu empat mata dengan mak.  Biar kaki sakit, hati terubat… segalanya bagai sembuh.  Ariq menjelma dalam kepala dan cepat-cepat aku matikan langkah lagi dan mengeluarkan telefon. Kak Diah memandang aku pelik.
“Telefon tauke kejap.”  Talian bersambung dan suara Ariq kedengaran cemas di hujung talian. 
“Macam mana?”  soal dia.
“Maaf, bang.  Lupa nak call…”  Aku menjauh dari Kak Diah sedikit sebelum menyambung.
“Saya ada hal dengan kakak saya tapi saya dah bagi bunga tu cumanya melalui orang lain.  Akan sampai kat dia nanti.  Jangan risau.  Tak esok, lusa dia mesti SMS abang ke, call ke.  Relaks je, ya?” Pandai aku pujuk orang tapi hari sendiri?  Hampas…
“Fuh… tak jumpa jugak?  Busy sungguh Lof ni?  So far, okey, kan?  Ikut plan, kan?”
Aku senyum.  “Gerenti beres, bang.  Tunggu sedia duit bayar bonus saya je nanti,” gurauku bersama tawa.  Dengar suara Ariq  hilang sedikit sakit.
“Mata duitan betul,” sinis dia.
Aku ketawa.  “Nak hidup, bang.  Nak-anak anak terbuang macam saya ni,” ucapku perlahan. 
“Malam ni jumpa?”
“Tak busy ke?” 
“Kalau busy tak jumpa dah.  Nak tahu cerita.  Tak sabar.  Malam… lewat sikit, ya?  Sebab abang ada hal dengan mummy abang,” ujarnya.
“Okey je.  Nanti SMS, ya?  Saya nak balik dah ni.”  Talian mati.  Aku hela nafas lega. 
Apa yang pasti, aku yakin bunga dan kad ucapan yang aku tulis bagi pihak Ariq akan sampai juga pada Cik Lof.

~~> bersambung

26 comments:

  1. kesiannye naqi,,da cedera mcm 2 pon, still boleh melayan kakak dye...baik sungguh....suke naqi...

    ReplyDelete
  2. oh no kak rehan... :( Lof tu nadiah kan???? sedih la cerita ni kak _ LYn

    ReplyDelete
  3. waa..naqi>>hanis zalikha ke tu kak?

    ReplyDelete
  4. suke naqi sgt sgt ..
    nnty bila dy dah bruba baru pdn muke ariq
    mesti nyesal !!!
    nak naqi bruba pakai tudung !!!

    ReplyDelete
  5. huh.....kesian dekat anak2 seperti Naqi
    kalau mak tiri atau mak angkat berkelakuan sedemikian rupa mudah untuk dicerna minda dan diterima
    tapi bila mak kandung berperangai begini..memang tersayat hati ini. tapi memang wujud mak sebegini sebab saya memang dah pernah tengok depan mata..hmmm..anak amanah Allah

    ReplyDelete
  6. tolongla jgn bg lof tu kak nadiah sebab memang pasti naqi akan tarik diri utk bersaing dgn kakak dia.

    ReplyDelete
  7. RM,

    rasa2nya dapat diagak.. sapakah LOF @ LOV @ CINTA... si nadiah ler... sapa lagi... ni dah bleh agak dah ni... mesti banjir gak lah.... adoiyaiiii....

    KI

    ReplyDelete
  8. Harap2 naqi bg sndri hadiah tu.takut nnti kak diah ngaku pd mak dia yg konon2 diah yg bg.padahal naqi sggup ikat perut

    ReplyDelete
  9. things in very unpredictable in next chapter guys.. thanks for dropping by.. RM undur diri dulu..RM keluar hari ni..letih wooo.. huhuhu.. be waiting.. midnight RM released bab 11 kalo RM tak pitam lg la masa tu.. LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendoakan kesejahteraan RM supaya dpt release bab 11 ;-)

      Delete
  10. uhuhhuuhuhu.. nie kes penderaan nie...

    ReplyDelete
  11. wwannurr.

    LOF = Kak Diah

    ReplyDelete
  12. sekarang dah betol2 boleh agak sape LOF. haha..yg lepas2 x yakin dgh sape Lof, antara Nadi ke Naqi.haha..
    Lof--> Cinta-->> NADIAH.
    dengan rambut ikal yg selalu terurai. haha...
    cianyye Naqi... hukhuk..

    ReplyDelete
  13. Akma : Tima kasih RM. Sian naqi dpulaukn mak sdri. Klu org lain krg skt sdhnye.. Apapun smoga mak naqi cpt sedar n insaf. X sbr nak tggu prubahan cinta nur naqiah..confirm lg cantik dr nadiah @ lof..hehe..

    ReplyDelete
  14. sian naqi dah cedera sebab nk slamatkn kak diah. tpi hampeh nya kakak lgsung x tnya ttg adiknya. Naqi ttp ingt kt mak dia walaupun mak dia sgt bnci kt dia. Mgkin satu ari, naqi akn pergi n smua org akn rindu trmsuk arik. sggup dia jual gitar krn dskan hidup sdg dia sgt syg den gitarnya.

    ReplyDelete
  15. kuat smngt betul naqi ni. jrang ada watak perempuan mlyu yg kuat mcm ni. asyik2 yg lmah lmbut je...terbaik karehan

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat smgat tu ye...tp x brapa suka coz wtak trlalu 'pasarah n patuh' sgat....jd gram plak bca... Rm nk wtak si naqi 2 tgas skit kt mak dia....bkan derhaka...tp org tua x smstinya betul.....skali skala kna bsuara...

      Delete
  16. msti time bg hdiah mak dia x suka.....n naqi tahu yg si lof tu kak diah,,,,,,,wtak si lof tu rm bg kt si lofa.... kenalah tu...lofa vs hanis....hahahahh kita tngok sp yg menang...hahahh....spatutnya rm ltak gmbar anzalna.....mata anzalna kan mta mrayu kasih....nmpak brkacan ofcos menawan....

    ReplyDelete
  17. betul la...Lof tu mesti kakak naqi....tpi saya rasa si ariq tu akan pilih naqi jugak....jugak...dan jugak..next 11..plezzzz

    ReplyDelete
  18. naqi ni hati nya baik ..don't worry mesti dapat jodoh yg baik punya lol...

    ReplyDelete
  19. suka watak naqi.. pernah ada sorang kawan cam ni.hidup penuh lara tapi setia kawan dia terbaik.. ramai pandang serong sebab watak 'gonjeng' dia tapi bila gue kenal dia.. terbaik!! so moralnya luaran bukan segalanya.. TQ RM.. buat gue sedar siapa kita di sisi NYA.

    ReplyDelete
  20. mak naqi x kn suke hadiah naqi.
    terang2 lof ariq suke akk naqi..hurm

    ReplyDelete
  21. Siannye Naqi. ... pak dia tu buta perut n buta hati ke ? Dia yg dok sibuk suruh bini dia beranak. . Leaps tu boleh pulak dia buat tak tahu kat anak dia. . Apa punya pak laaaa

    ReplyDelete
  22. oh naqi..kesiannya pada kamu.. betapa kamu sayang mak kamu ttp kamu ttp menjadi anak terbuang.. Insyaallah besar ganjaran yg kamu akan dapat nnt..

    ReplyDelete
  23. ok dear....nk lg....akak mmg best la...sdeh plak

    ReplyDelete