PLAN
pertama. Bunga. Aku memasuki Maju Junction Mall dulu. Kakiku pantas menapak menuju ke kedai
bunga. Sejambak bunga ros merah aku
dapatkan. Resit aku selit kemas dalam
poket skinny. Helmet aku pakai kembali
dan terus berlalu keluar menuju ke arah motorsial.
Jam sudah
melewati tengah hari. Kata Ariq…
“Lof keluar
tengah hari kot. Dia half-day hari ni. Aba ng on the way ke sana .
Kot sempat jumpa dengan dia.”
Talian mati
sesudah itu.
Aku duduk di
atas motorsikal tanpa membuka helmet. Di
depan pagar utama
Hospital Kuala
Lumpur. Menanti Cik Lof dengan penuh
debar dan sedikit rasa cemburu. Aneh
punya rasa. Bila aku usa p dadaku
seketika, memujuk hati… barulah tenang itu menyapa.
“Manalah Cik Lof
ni. Yang Ariq pulak macho saja. Tapi, hati kecut. Setakat nak ayat awek tu bukan payah. Betullah oran g
cakap, lelaki ni eksyen dengan perempuan yang dia tak ada hati… cuba
yang ada hati, terus kuncup. Haih…” Aku merungut sendiri.
Tapi, demi
tugas dan bayaran yang telah aku terima,
aku teruskan juga duduk di bawah terik matahari ini.
Setelah hampir
sejam, barulah aku nampa k ramai pelajar peru batan
keluar dari pagar hospital. Menuju ke
bus-stop. Aku bangkit dan membuka
helmet. Membetulkan rambut yang aku
sorok di dalam topi dan terus menapak perlahan sambil mata tajam memerhati.
Hanya beberapa
langkah, telefonku menjerit nyaring.
Huih… Ariq?
“Ya, bang?”
“Dah nampa k?” tanya dia tak sabar.
Aku mengeluh
sedikit. Tak sabar betul. “Belum lagi, bang? Agaknya Cik Lof abang tu habis program lambat
sebab ni baru nampa k
berpusu-pusu keluar. Kejap saya intai,
ya?”
Leher yang sedia
jinjang ini aku panjangkan lagi.
Mengintai dan mencari serta mengimbas wajah seperti yang Ariq
gambarkan. Sekali pandang aku terus
terpaku. Tapi, sayang… lepas seorang
seorang melaluiku tapi rasanya mataku masih belum terpaku pada sesiapa
melainkan mereka yang terpaku padaku seketika.
“Tak nampa k lagilah yang boleh pakukan pandangan mata saya,
bang,” ujarku jujur. Aku ketap bibir dan
mengintai lagi.
“Mesti ada. Abang dapat maklumat dia kat sini hari
ni. Naqi tengok lagi, ya? Biasa dia lepas je rambut ikal dia tu. Ataupun dia akan sanggul kemas. Intai betul-betul,” arah Ariq dan aku
mengangguk lagi menerima arahan majikanku seorang ni.
“Okeylah,
bang. Payah nak fokus abang dok
sembang. Nanti saya telefon kejap
lagi. Bagi saya setengah jam,” pintaku
dan Ariq menyetujuinya.
“Call me.”
Pap… talian
terus mati. Aku tahu Ariq gelisah. Takut aku kalah dalam tugasan dan rancangan
pertama yang memang aku rancang rapi.
Bayangkan, dari Shah
Ala m aku tunggang motorsikal
daripada pagi. Takut rancangan terbabas
waktu.
Rasa lima belas minit dah
berlalu. Akhirnya, aku beranikan diri
menegur salah seorang pelajar perempuan yang sedang melalui aku.
“Err… maaf,
cik. Tumpang tanya, boleh?” Sopan aku menegur.
Dia senyum dan
berbisik pada kawan di sebelahnya. Aku
hanya diam dan berlagak macho. Topi aku
betulkan sikit dan aku perasan, mata mereka memerhatikan bunga yang ada di
tanganku.
“Err… boleh tak
saya tahu, Cik Lof kat mana sekarang?”
“Hah?” Salah seorang sudah melopong bila aku
sebutkan namanya.
“Lof? Nama apa tu?”
Aku tahan gela k bila gadis ini
menyoal sama sepertiku menyoal Ariq dulu.
Kot ya pun nak cari awek, cari yang nama cantik sikit. Tapi, dah mata Ariq katakan dia tercantik,
pastilah lengkap semuanya.
“A’ah… nama
penuh dia saya tak tahu. Setahu saya,
ramai oran g
panggil dia Lof. Wujud ke dia kat
sini?” tanyaku lagi.
Kedua-dua mereka
berbisik sesama sendiri. Ada yang berkerut, ada yang tersenyum sebelum
mereka menjawab pertanyaanku.
“Rasanya… senior
kita, kan ?” Mereka berbicara berdua.
Aku hanya menden gar dan memerhati.
“Senior ya? Boleh saya tahu dia
kat mana?”
Mereka berpaling
dan cuba
mencari tapi menggeleng akhirnya.
“Kami ada sorang
senior cun ni… kami panggil dia Lof. Dia
kot yang awak cari. Dia masih dalam
dewan kot? Entah…”
Aku mengangguk
tanda mengerti. “Kalau macam tu, saya
tunggu dia kat sini jelah,”
putusku.
Mereka berdua
hendak berlalu tapi aku menahan lagi.
“By the way, how do she looks?” Keningku terangkat kedua-duanya.
Mereka
senyum. “Nak bagi bunga ni ke?”
Aku garu kepala
dan mengangguk. “Amanat oran g,” jawabku segan sedikit.
“Kalau nak jumpa
dia, kami boleh tolong…”
“Err…”
Tak sempat nak
bersuara, telefon menjerit nyaring.
Terlupa janjiku dengan Kak Diah bila nama dia dah naik.
“Kau mana,
Naqi? Janji dengan kakak apa?” sergah dia.
Aku kerutkan
wajah dan kuangkat tangan pada kedua-dua awek di depanku ini. Meminta dia menanti seketika. Aduh… macam
mana aku boleh lupakan Kak Diah ni tapi dia kat mana?
“Kakak kat
mana?”
“Kakak tengah
makan ni haa… dekat Restoran Haslam. Kau
lambat sangat. Kakak keluar awal sikit
tadi. Mari sini cepat. Dia ni, kan …,” rungut dia bak bertih jagung. Sumbang sungguh kemerduan suaranya.
“Yalah… bagi lima belas minit,” pintaku
dan talian aku putuskan.
“Err…
alamak. Kakak saya dah telefonlah,
awak. Err… nampa knya memang awak berdua kena tolong
sayalah. Tolong bagi bunga ni dekat
Lof. Kad ada dalam tu,” pintaku dengan
muka tak malu.
“Tak apa… kami
dah biasa kot dengan Kak Lof… ramai betul peminat dia,” beritahu mereka dan
hati aku makin melonjak hendak menatap wajah yang mampu mencuri hati Ariq.
“Err… ramai
sangat ke?”
Mereka angguk.
“Wow… bos saya
ni salah sorang peminat dia. Dah enam bulan
tunggu. Kalau boleh nak Lof balas kad
bos saya tu. Rasa berbaloi sikit saya
tunggu dia lama. Tapi, tak dapat jugak
jumpa sebab masalah sendiri. Err… kalau
macam tu, saya jalan dulu. Harap sangat
tu… tolong bagi, ya?”
Mereka
mengangguk lagi. “Kami sampaikan amanah
ni,” ujar salah seorangnya dan aku mengeluh lega.
Motorsikal aku
dekati. Enjin aku hidupkan dan terus
saja aku memulas minyak, menuju ke tempat Kak Diah ada.
KAK DIAH
bercekak pinggang. Aku hanya sengih dan
melambai pada dia. Biarlah dia nak marah
pun… dia bukan tak tahu aku ni kerja.
“Dah habis beli surat khabar lama
ke?” tanya dia sinikal.
Aku sengih dan
mengangguk. Malas nak memanjangkan
cerita.
“Kak Diah awal
pulak habis? Tadi, pergi tunggu depan
HKL, ramai budak-budak medic keluar, kakak tak ada pun?”
“Kakak keluar
awal sikit tadi. Sebab esok ada lagi
satu sesi. Jomlah…,” ajak dia.
Aku hulurkan
topi keledar padanya dan dia menyarungkan pada kepalanya bila rambut ikalnya
dilepaskan bebas. Melihatkan wajah Kak Diah , ak u mahu
menangis sebab aku nampa k
sinis mak padaku.
“Ready, kak?” soalku padanya.
“Okey…” Bahuku
ditepuk meminta aku teruskan
perjalanan.
“Nak pergi
mana? Aku menyoal sedikit terjerit sebab
naik motor. Bukan kereta nak cakap
sopan.
Kak Diah
menyuakan wajahnya ke depan sikit.
“Pergi SOGO. Kakak nak beli
hadiah mak”
Aku mengangguk
dan tidak membalas lagi hinggalah kami tiba di Jalan TAR dan aku hanya letakkan
motorsikalku di sebelah Pertama Kompleks.
Depan KFC.
“Cepat, Naqi,”
gesa dia.
Aku
terkocoh-kocoh mengunci motor dan terus berlari menuju ke arah Kak Diah yang sedang melintas jalan yang memang agak
sibuk. Perkara biasa di sini waktu ini. Motor juga laju.
Tiba-tiba, suara
Kak Diah bergema lagi. Dia menghentikan
langkahnya di birai jalan dan aku melambai tangan tapi kakiku pantas berlari
bila ada sebuah teksi memecut sedikit laju dari Jalan Dang Wangi. Kes nak kejar lampu isyarat.
“Kak Diah,
tepi,” jeritku kuat tapi dia nampa k
terpinga-pinga.
Bila dia memandang ke sisi, keadaan sudah terlambat
tapi mujur aku cepat. Aku tolak tubuh
Kak Diah sedikit tapi dia jatuh dan mujur sempat menyambar tiang bumbung
pejalan kaki tapi aku, dilanggar sedikit oleh bumper kereta dan jatuh terduduk.
Orang ramai
menolong. Kak Diah melopong. Pemandu teksi cuak tapi aku hanya
senyum. Lutut terasa perit. Siku juga rasa melecet dan aku hanya
bangkit. Berdiri tegak dan tersenyum lagi.
“Okey ke,
dik?” soal abang pemandu teksi tu.
Aku sengih
biarpun oran g
ramai mula berbisik sesama sendiri dan tak kurang juga sibuk nak belek
tubuhku.
“Eh, sikit
je, bang. Saya yang cuai. Maaf, ya?”
pintaku malas hendak memanjangkan bicara.
Setelah itu, aku
dekati Kak Diah. Dia sedang menilik
telapak tangannya yang sedikit
luka. Kulit telapak tangan yang sedikit
melecet dan wajah dia berkerut.
“Sakit,
kak?” tanyaku biarpun aku yang lebih
sakit bila aku rasakan, ada cecair hangat mengalir melalui skinny hitam yang aku pakai.
Darah… sudah pasti. Tapi,
abaikan.
“Tangan, kakak…”
“Jomlah. Masuk tandas dalam SOGO. Basuh dulu.
Nanti infection pulak. Kakak ada kuliah lagi esok. Takut tak sihat pulak.” Aku terus mengajak dia masuk ke dalam
SOGO.
“Yang lain ada
sakit tak?”
Dia menggeleng
dan memaut lenganku kemas dan kami sama-sama masuk ke dalam SOGO. Sementara menanti Kak Diah keluar dari bilik
air, aku hanya menilik beberapa jenis minyak wangi.
Teringat pada
mak. Mak suka kumpul minyak wangi. Nak-nak yang dari luar Negara bila dia
sendiri ke sana
atau boleh jadi pemberian kawan-kawannya.
“Dah…” Suara Kak Diah menyapa.
Aku berpaling
dan tersenyum bagai tiada apa-apa yang terjadi biarpun seluarku sudah terasa
melekit sebelah kaki kiri. Malas hendak rosa kkan mood
Kak Diah dan mood aku sendiri. Selagi mampu aku baiki mood ini, biarlah tertampal sana
sini. Sampai waktu tak mampu aku aku
baikinya lagi, campak saja ke lombong.
Tak payah nak kitar semula. Buang
masa.
“Okey dah
ke?”
“Erm… sakitlah
juga sikit,” adu dia.
“Naqi pun rasa
sakit jugak ni. Mahu esok Naqi minta
cuti,” ujarku pula. Aku sengih bila dia
memandangku.
“Eh, kak… kakak
kata nak beli hadiah, kan ? Kenapa, ya?
Hari lahir mak lama lagi. Ada apa-apa ke?” soalku teruja. Nak juga tahu apa berita baiknya.
Kak Diah
mengoyak senyuman manis. “Mak naik
pangkat. Jadi big boss. Itu yang tukar
kereta. Naqi tak tahu ke?”
Aku
menggeleng. Hati kuncup dan terus
kuncup. Berita sebegini baik pun mak tak
nak kongsi. Bukan nak minta duit belanja
tapi nak juga ucapkan tahniah dan kucup pipi mak.
“Waa… hebat
mak. Ayah?”
Kak Diah
menggeleng. “Ayah belum lagi. Kan
ayah baru naik pangkat tahun lepas.”
Mak seorang yang
rajin belajar. Sekarang pun dengar kata
nak buat PhD. Tak tahu betul ke tidak
sebab mak tak pernah kongsi denganku.
“Itu yang nak
beli hadiah ni?”
“Yalah…” Kak Diah menarik tanganku mengikutnya. Langsung tak ditanya kaki aku yang dihentam bumper kereta tadi, OK ke K.O? Haih... tapi sebab mak, sakit pun boleh
hilang. Sayang mak.
“Kakak nak beli
apa?”
“Kita naik
tingkat atas kejap. Tingkat 4. Household. Mak tu suka batu Citrine. Kakak nak beli benda tu untuk mak letak kat office baru dia. Moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang
baik,” ujar Kak Diah.
Aku
mengangguk. Tahu juga batu permata yang berwarna kekuningan itu. Kononnya berfungsi untuk memberi aura
kesihatan pada pemakainya. Aku
mencebirkan bibir. Setuju dalam
diam.
Kami menaiki escalator. Tiba di atas, Kak Diah dengan niatnya. Aku hanya menanti. Harga yang hampir RM400 hadiah dari Kak
Diah. Menarik. Setelah siap dibungkus, kami kembali turun ke
ground floor. Saat melalui ruang legar yang menjual minyak
wangi, langkahku terhenti di depan promoter
Issey Miyaki.
“Mak suka minyak
wangi. Kau belilah, Naqi. Bukan mahal pun,” bisik Kak Diah.
Ya aku tahu mak
suka wangisan Issey Miyaki. Kerana itu
kakiku berhenti di sini. Sementelah pula
bagi merehatkan lenguh dan pedih luka ni.
“Berapa
ya?” tanyaku sambil jari telunjuk lurus
pada botol minyak wangi yang sederhana kecil.
“Yang ni kami
promosi, cik… RM185. Kalau yang besar ni
RM285,” jawab promoter lembut itu.
Aku sengih. Semalam Ariq hanya bagi RM200. Kalau aku beli, apa nak makan? Melihatkan Kak Diah tersengih membelek
hadiahkan buat mak, aku rasa nak bagi juga sebagai tanda kejayaan mak dalam
mengejar cita-citanya selama ni. Dengan
begitu gigih sekali sehingga aku dibesarkan oleh pengasuh masa tu.
“Emm… yang lagi
murah tak ada?” Sengih. Malu.
Segan sebab boleh tanya macam tu.
Promoter
itu sengih. “Tak ada. Yang paling kecil sample je, cik. Dan itu kami
bagi free lepas cik beli botol
ni?” Diu njukkan
sekali lagi botol sederhana itu.
Lama juga aku
berfikir. Tapi, mengingatkan stok
makanan yang Ariq belikan semalam dan boleh jadi hasil jualan gitar daripada Ala n, mampu untuk
menampung hidup. Jika payah sangat, aku
telefon apek surat
khabar.
“Erm… bolehlah,
bang,” ujarku kemudiannya.
Dia membungkus
cermat. Cantik bungkusannya bila aku
katakan, ini untuk wanita terpenting dalam hidup aku. Sekeping kad tercatit, tahniah dilekatkan
pada kotak. Aku sengih senang biarpun
empat keping duit RM50 gaji dari Ariq terbang pergi dan balik semula berbaki
hanya RM 15, aku tetap bersyukur.
“Okey, kak. Done.”
Cepat-cepat aku
tarik Kak Diah. Tak sabar hendak sampai
ke rumah nak bertemu empat mata dengan mak.
Biar kaki sakit, hati terubat… segalanya bagai sembuh. Ariq menjelma dalam kepala dan cepat-cepat
aku matikan langkah lagi dan mengeluarkan telefon. Kak Diah memandang aku
pelik.
“Telefon tauke
kejap.” Talian bersambung dan suara Ariq
kedengaran cemas di hujung talian.
“Macam
mana?” soal dia.
“Maaf,
bang. Lupa nak call…” Aku menjauh dari Kak
Diah sedikit sebelum menyambung.
“Saya ada hal
dengan kakak saya tapi saya dah bagi bunga tu cumanya melalui oran g lain.
Akan sampai kat dia nanti. Jangan
risau. Tak esok, lusa dia mesti SMS
abang ke, call ke. Relaks je, ya?” Pandai aku pujuk oran g tapi hari
sendiri? Hampas…
“Fuh… tak jumpa
jugak? Busy sungguh Lof ni? So far, okey, kan ?
Ikut plan, kan ?”
Aku senyum. “Gerenti beres, bang. Tunggu sedia duit bayar bonus saya je nanti,”
gurauku bersama tawa. Dengar suara
Ariq hilang sedikit sakit.
“Mata duitan
betul,” sinis dia.
Aku ketawa. “Nak hidup, bang. Nak-anak anak terbuang macam saya ni,” ucapku
perlahan.
“Malam ni
jumpa?”
“Tak busy ke?”
“Kalau busy tak jumpa dah. Nak tahu cerita. Tak sabar.
Malam… lewat sikit, ya? Sebab
abang ada hal dengan mummy abang,” ujarnya.
“Okey je. Nanti SMS, ya? Saya nak balik dah ni.” Talian mati.
Aku hela nafas lega.
Apa yang pasti,
aku yakin bunga dan kad ucapan yang aku tulis bagi pihak Ariq akan sampai juga
pada Cik Lof.
~~> bersambung
~~> bersambung
kesiannye naqi,,da cedera mcm 2 pon, still boleh melayan kakak dye...baik sungguh....suke naqi...
ReplyDeleteoh no kak rehan... :( Lof tu nadiah kan???? sedih la cerita ni kak _ LYn
ReplyDeletewaa..naqi>>hanis zalikha ke tu kak?
ReplyDeletesuke naqi sgt sgt ..
ReplyDeletennty bila dy dah bruba baru pdn muke ariq
mesti nyesal !!!
nak naqi bruba pakai tudung !!!
huh.....kesian dekat anak2 seperti Naqi
ReplyDeletekalau mak tiri atau mak angkat berkelakuan sedemikian rupa mudah untuk dicerna minda dan diterima
tapi bila mak kandung berperangai begini..memang tersayat hati ini. tapi memang wujud mak sebegini sebab saya memang dah pernah tengok depan mata..hmmm..anak amanah Allah
tolongla jgn bg lof tu kak nadiah sebab memang pasti naqi akan tarik diri utk bersaing dgn kakak dia.
ReplyDeleteRM,
ReplyDeleterasa2nya dapat diagak.. sapakah LOF @ LOV @ CINTA... si nadiah ler... sapa lagi... ni dah bleh agak dah ni... mesti banjir gak lah.... adoiyaiiii....
KI
Harap2 naqi bg sndri hadiah tu.takut nnti kak diah ngaku pd mak dia yg konon2 diah yg bg.padahal naqi sggup ikat perut
ReplyDeletethings in very unpredictable in next chapter guys.. thanks for dropping by.. RM undur diri dulu..RM keluar hari ni..letih wooo.. huhuhu.. be waiting.. midnight RM released bab 11 kalo RM tak pitam lg la masa tu.. LOL
ReplyDeleteMendoakan kesejahteraan RM supaya dpt release bab 11 ;-)
Deleteuhuhhuuhuhu.. nie kes penderaan nie...
ReplyDeletewwannurr.
ReplyDeleteLOF = Kak Diah
:)
ReplyDeletesekarang dah betol2 boleh agak sape LOF. haha..yg lepas2 x yakin dgh sape Lof, antara Nadi ke Naqi.haha..
ReplyDeleteLof--> Cinta-->> NADIAH.
dengan rambut ikal yg selalu terurai. haha...
cianyye Naqi... hukhuk..
Akma : Tima kasih RM. Sian naqi dpulaukn mak sdri. Klu org lain krg skt sdhnye.. Apapun smoga mak naqi cpt sedar n insaf. X sbr nak tggu prubahan cinta nur naqiah..confirm lg cantik dr nadiah @ lof..hehe..
ReplyDeletesian naqi dah cedera sebab nk slamatkn kak diah. tpi hampeh nya kakak lgsung x tnya ttg adiknya. Naqi ttp ingt kt mak dia walaupun mak dia sgt bnci kt dia. Mgkin satu ari, naqi akn pergi n smua org akn rindu trmsuk arik. sggup dia jual gitar krn dskan hidup sdg dia sgt syg den gitarnya.
ReplyDeletekuat smngt betul naqi ni. jrang ada watak perempuan mlyu yg kuat mcm ni. asyik2 yg lmah lmbut je...terbaik karehan
ReplyDelete>>k<<
Kuat smgat tu ye...tp x brapa suka coz wtak trlalu 'pasarah n patuh' sgat....jd gram plak bca... Rm nk wtak si naqi 2 tgas skit kt mak dia....bkan derhaka...tp org tua x smstinya betul.....skali skala kna bsuara...
Deletemsti time bg hdiah mak dia x suka.....n naqi tahu yg si lof tu kak diah,,,,,,,wtak si lof tu rm bg kt si lofa.... kenalah tu...lofa vs hanis....hahahahh kita tngok sp yg menang...hahahh....spatutnya rm ltak gmbar anzalna.....mata anzalna kan mta mrayu kasih....nmpak brkacan ofcos menawan....
ReplyDeletebetul la...Lof tu mesti kakak naqi....tpi saya rasa si ariq tu akan pilih naqi jugak....jugak...dan jugak..next 11..plezzzz
ReplyDeletenaqi ni hati nya baik ..don't worry mesti dapat jodoh yg baik punya lol...
ReplyDeletesuka watak naqi.. pernah ada sorang kawan cam ni.hidup penuh lara tapi setia kawan dia terbaik.. ramai pandang serong sebab watak 'gonjeng' dia tapi bila gue kenal dia.. terbaik!! so moralnya luaran bukan segalanya.. TQ RM.. buat gue sedar siapa kita di sisi NYA.
ReplyDeletemak naqi x kn suke hadiah naqi.
ReplyDeleteterang2 lof ariq suke akk naqi..hurm
Siannye Naqi. ... pak dia tu buta perut n buta hati ke ? Dia yg dok sibuk suruh bini dia beranak. . Leaps tu boleh pulak dia buat tak tahu kat anak dia. . Apa punya pak laaaa
ReplyDeleteoh naqi..kesiannya pada kamu.. betapa kamu sayang mak kamu ttp kamu ttp menjadi anak terbuang.. Insyaallah besar ganjaran yg kamu akan dapat nnt..
ReplyDeleteok dear....nk lg....akak mmg best la...sdeh plak
ReplyDelete