Monday, January 21, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 14

BAB 14

NAMA Kak Diah naik pada skrin telefon bimbitku.  Lambat-lambat aku jawabnya bila aku dapat rasakan akan apa yang dia mahu katakan.
“Naqi tak kerja ke?” 

“Dah malam, kak… kerja apa?”  jawabku sambil melabuhkan duduk di atas tilam tanpa katil ni. 
“Macam mana kerja dengan Tauke Chin?” 
“Erm… bolehlah sementara nak tunggu result keluar ni tengok mampu sambung Master pula ke?  Tengok keadaan,” jawabku lagi. 
“Dan Kak Diah kenapa call malam-malam ni?”  tanyaku pada dia.
“Kakak jatuh cinta!”  jerit Kak Diah teruja.
Aku ketap bibir dengan mata yang terpejam.  Sakitnya hati ini ya Tuhan… sungguh sakit.  Betapa bertuahnya seorang hamba-Mu bernama Cinta Nur Nadiah ini.  Tak terbanding dengan Cinta Nur Naqiah.  Dari semua segi dan sudut, aku sentiasa kalah.
Tak sangka aku diupah untuk menyiasat tentang kakakku sendiri untuk Ariq.  Kecilnya dunia.  Terlalu kecil hingga aku sendiri semakin terhimpit.  Terhimpit dengan rasa cintaku pada Ariq, sikap Ariq sendiri dan juga pengakuan Kak Diah hari ni. 
Wow… that’s great?  Dah bagi tahu mak?” 
“Dah walaupun kakak rasa kakak masih baru tapi katanya dia dah kenal kakak enam bulan lepas tapi tak ada kekuatan untuk dekati kakak.  Bila dia hantar bunga melalui budah suruhan dia beberapa minggu lepas, kakak sangat teruja nak tahu siapa dia and guest what?” 
What?”  tanyaku bila Kak Diah memberi penjelasannya.  Tapi, tak sempat Kak Diah menjawab, aku dengar suara mak memanggilnya. 
“Diah, mari makan sayang.” 
Kak Diah menjauhkan telefonnya bila aku sengar suaranya sayup menjawab ajakan suara mak tadi.  Hatiku bertambah pilu.  Sayang?  Jika aku boleh meminta dari mak, hanya perkataan sayang itu aku mahu dia ucapkan padaku. 
Hilang derita kerana Ariq, muncul pedih kerana mak pula.  Talian masih lagi tidak dimatikan dan aku sekadar mendengar. 
“Kejap, mak.  Nanti Diah turun.  Err… Naqi, kakak call kau kemudian, ya?  Dan pasal hari tu, kakak minta maaf dan terima kasih sudi selamatkan kakak,” ucap dia dan talian mati. 
Aku jauhkan telefon dari telinga.  Mataku merenung tunak skrin yang sudah gelap.  Tak sempat menerima jawapan Kak Diah dan aku tahu, dia sudah benar-benar jatuh suka pada Ariq.  Siapa yang tidak jatuh cinta pada wajah Ariq adalah orang  yang rabun seperti aku bila aku renung Ariq yang pandangan yang berkaca-kaca setiap kali pun. 
Pada aku, terjatuhnya aku pada dia adalah kerana layanan dan prihatinnya dia padaku kerana aku sendiri tidak tahu, siapakah dia yang sebenarnya?  Siapakah keluarganya dan apakah pekerjaannya, aku tidak tahu.  Seperti mana dia tidak tahu, akulah bakal adik iparnya dan benar kata Ariq, kami tak akan jauh malah semakin dekat bila dia menikahi Kak Diah. 
“Kakak beritahu tak pada mak yang Naqi teruk kena langgar untuk selamatkan kakak?  Kak Diah cakap tak pada mak, boleh jadi Naqi terluka, mak.  Sebab dia yang lagi teruk dari Diah,” gumamku persis diri ini adalah Kak Diah dan berbicara pada mak, membela aku yang tersakiti.



AKU tahu, Alan dan Izue tak puas hati.  Fendy yang tak bersalah juga terheret sama bila semuanya telah aku aturkan.  Melihatkan keterujaan Kak Diah dan penantian Ariq selama ni, rasanya inilah masa yang tepat untuk aku aturkan sebuah pertemuan buat mereka dan pertemuan ini adalah pertemuan di mana Ariq perlu melamar Kak Diah atau Cik Lofnya. 
“Kau nekad?”  tanya Alan.
Aku angguk sambil memulas string-pitches bagi memastikan gitar yang dah lama tak kusentuh ini masih punyai runut bunyi  yang merdu bila jari kasarku memetik talinya. 
“Kata tak nak sentuh ni lagi?  Mujur kami tak jual lagi sebab tahu kau sayangkan gitar ni,” tambah Izue. 
“Kali terakhir,” jawabku sambil mendongak pada mereka. 
“Sebab Ariq kau jadi macam ni, kan?”  tanya mereka berdua.  Fendy yang sedang mendengar  hanya diam tak berkutik. 
Things is so hard to explain, guys.  Korang tak akan faham,” ucapku. 
Make us understand what is happening now.  Kenapa aku rasa kau keluar rumah tu bukan sebab kau nak berdikari, hah?”  tekan Izue tiba-tiba meninggikan suara.
“Korang tak akan faham…”
“Kau buat kitorang faham, Naqi?”  tekan Alan pula. 
Aku ketap bibir.  “I’m not like Kak Diah, guys… she’s different.  Dia kesayangan mak dan ayah tapi aku…”  Aku menggeleng dengan perasaan yang sebak. 
“Jadi kau korbankan segalanya dan keluar dari rumah sebab tu?” 
“Tu yang kau sebut tu tak ringan untuk aku galas, Lan.  Tak ringan,” jawabku bila Alan nampaknya mudah membidik sasaran yang masih samar-samar. 
“Kami tak faham, Naqi?  Apa dah jadi?” 
Aku hela nafas.  Boleh jadi dah tiba masanya Alan dan Izue mengetahui segalanya.  Bila aku pastikan perasanku tenang, aku membuka mulut dan lidah tetap berbicara biarpun terasa terpasung pada lelangit.
Bila aku titikkan cerita ini, mereka mengucap panjang.  Tak percaya dan wajah mereka masih lagi kaku. 
“Aku tak boleh percaya, Naqi,” komen Alan. 
You have too.  Benda dah jadi dan sedang jadi.  Kau tahu kan siapa yang Ariq suruh aku siasat tu dan kalau aku katakan yang aku sukakan Ariq, macam mana Kak Diah?  Dia tak kenal aku tapi aku cukup kenal dia.  Hati dia lembut dan mak… mak aku akan lebih bencikan aku nanti.  Aku tak nak macam tu,” jelasku dengan airmata yang berjejeran buat pertama kalinya di depan Alan dan Izue.  Fendy pula sudah lesap entah ke mana. 
This is wrong, Naqi.  Aku yakin Ariq tu terkeliru dan aku mula  yakin yang dia cintakan kau sebab tu dia peka dengan semua hal kau.  Tapi, Diah tu aku rasa itu cuma keinginan sebagai seorang lelaki yang dambakan perempuan yang cantik.  Kau kena ingat, kau juga tak kurang, Naqi.  Sedikit pun tak…,” pujuk Izue.
Aku menggeleng pedih.  Airmata aku seka dengan belakang telapak tangan dan memandang mereka yang berwajah sugul dengan mata  yang basah. 
Nothings wrong, guys… aku memang kurang dari dulu sebab tu mak tak suka aku ada dalam rumah tu.  Aku tak salahkan mak sebab aku ni suka buat hal sendiri.  Tak pandai ambil hati mak dan tak pandai bersembang dengan ayah.  Liar dan suka lepak tepi jalan tanpa jaga airmuka yang  yang ramai kenalan berpengaruh.  Mak tak nak hargai biarpun hanya pemberian aku pun.  Padahal aku beli tu semua dengan duit gaji pertama yang Ariq bayar.  Aku tak  kisah sebab mak dah berjasa besar sebab mengandungkan aku dan lahirkan aku ke dunia ni… bagi aku makan pakai  yang cukup…”
“Biarpun kau dibesarkan oleh pengasuh dan bila besar sikit kau dihantar bersekolah ke asrama penuh?  Macam tu?”  cantas Alan tiba-tiba. 
Matanya aku pandang dan bibirnya sengih sinis.  Alan dan Izue tahu sejarah aku belajar di mana.  Mereka tahu aku jarang pulang ke rumah. 
“Janji aku membesar dengan sempurna, kan?”  tanyaku pada mereka berharap moga mereka mengerti yang aku tidak pernah salahkan mak.  Jauh sekali Kak Diah dan ayah. 
“Kau sempurna, Cinta Nur Nadiah… sangat sempurna tapi sayang, hati kau tak cukup keping.  Hati kau retak dan salah satu kepingannya hilang.  Buat hidup kau  yang kau rasa sempurna ni cacat teruk,” sindir Izue pula.
Aku tunduk bersama airmata yang berjejeran lagi.  Langsung tidak aku kesat kali ini. 
“Jom kami bawak kau jumpa Ariq, katakan kau cintakan dia dan percayalah, dia juga cintakan kau,” ujar Alan yakin.
Aku menggeleng.  “Ariq dah pesan, dinner dia dan Kak Diah biarlah  ikut perancangan kita.  Dia ikut je apa yang telah aku aturkan dan ini…”  Aku pandang ke seluruh kawasan Lake Garden Club ini.  Tempat pertemuan pertama aku dan Ariq.    
Di tengah padang yang terbuka namun telah kami siapkan semuanya setelah jenuh aku berbincang dengan pihak berwajib untuk menggunakan kawasan ini untuk malam bersejarah itu nanti dan mujur juga Ariq punyai kad keahlian tahap platinum memudahkan lagi urusan kami.  Semuanya siap dirias seperti mana yang Kak Diah suka. 
“… akan jadi sejarah buat permulaan hidup diorang dan aku akan ketawa bila mereka berdua ketawa sebab aku…”  Suaraku kembali terhenti. 
“… sebab aku...”  Nafasku hela. 
“… sebab aku sayangkan kedua-duanya, Izue… Lan.”  Akhirnya, aku luahkan apa  yang berbekam di dalam hati.  Mengakui rasa hati ini pada Ariq.  Tak sanggup hendak berselindung lagi. 
Mereka berdua mengeluh.  “Kalau  ini yang kau harapkan, kami akan cuba sebaik mungkin, Naqi.  Cuma aku harap, kau kuat.  Kau baik, Naqi… terlalu baik… terlalu naïf,” pujuk Alan dan aku hanya mengangguk.  Sedihnya saat ini, hanya Allah yang tahu. 
Benar rasa hati, kepincangan hidupku selama ini boleh jadi menjadi punca aku tidak pernah bahagia.  Aku mula menyentuh rambut yang panjang lurus ini.  Cantik… berkilat tapi tak pernah bertutup.  Biarpun menjaga solat tapi banyak yang Allah tegah, aku lakukannya dan layaklah aku jika menerima derita kerana aku tidak layak untuk berbahagia dengan nikmat Allah jika aku melanggar segala suruhan-Nya. 



TAUKE Chin menyeru namaku kuat dan bila aku berpaling dia menunjukkan telefon bimbitku yang ada di atas mejanya.
“Kenapa tauke?”  soalku saat ini sedang menimbang kertas kitar semula yang baru saja dihantar oleh pelanggan. 
“Telefon you berjoget tak berhenti.  Sini dulu jawab.  Nanti itu sambung kemudian,” tempik Tauke Chin.
Aku sengih dan menggaru kepala yang tidak gatal sambil kaki melangkah ke arahnya. 
“Siapa?”  soalku sengal.
Dia kerutkan dahi.  “Haiya, amoi cantik woo… kalau saya tahu saya sudah beritahu you lor…” 
Aku mencemik sambil mengambil telefonku dari tangannya.  Tak sempat aku nak tengok nama pemanggil rindu ini, nama Ariq muncul. 
“Dah dapat jawapan untuk abang?”  Terus saja dia menyoalku.  Aku kerutkan dahi dan menjauh terus dari Tauke Chin yang tersengih-sengih sendiri. 
“Jawapan apa?”  tanyaku bila terasa lupa dah apa yang dia ajukan sebelum ini.
“Kenapa abang rasa cinta dan doktor tak sesuai dan abang lebih rasa cinta dan muzik itu adalah lebih sinonim untuk bersama?” 
Soalan itu kedengaran sinonim dalam perbualan kami sebelum ni dan aku tepuk dahi bila aku mula teringat kembali perkara itu. 
“Pada saya, doktor dan cinta cukup sesuai.  Abang perlukan doktor untuk sembuhkan luka abang nanti dan muzik melalaikan abang tapi doktor itu menyembuhkan jadi cinta tak sesuai dengan muzik kerana buat kita makin terjerumus lebih dalam lagi dalam derita,” jawabku antara dengar dan tidak.  Aku sendiri berasa aneh, bila masa aku mampu berkata begitu?  Berjiwang? 
“Pada abang pulak, muzik itu akan seirama dengan bisikan cinta dan kalau abang katakana, abang tak perlukan lagi Lof tapi abang perlukan Naqi lebih dari segalanya, Naqi percaya?”  tanya Ariq tenang. 
Aku menelan liur berkali-kali bila akhirnya Ariq mengakui cintanya padaku dan menjadikan telahan Izue dan Alan tepat dan benar.  Namun aku, mahu menjerit pada satu dunia akan apa yang dia akui saat ini tapi tidak pula aku mampu bila terbayang di mataku akan kepedihan Kak Diah dan pastilah mak juga terluka jika airmata Kak Diah gugur. 
“Apa abang cuba sampaikan tu?”  soalku buat-buat tidak faham.
“Perlu ke abang terangkan?”
“Sebab Naqi tak faham…,” tegasku tanpa kusedar aku sudah membiasakan diriku Naqi padanya. 
Okay then, let me tell you this… abang sukakan Lof… gilakan kecantikan dia tapi tak tahu  kenapa, terpandang Naqi ada rasa nak dekati dan yakin Naqi boleh dapatkan Lof untuk abang dan ya… Naqi dah dapatkannya.  Naqi berjaya tapi Naqi tak tahu abang rasa abang tewas atas kejayaan Naqi dekatkan abang dengan Lof.  Dengan Cinta Nur Nadiah tu,” ujar juga berkeras denganku. 
Aku berdeham beberapa kali.  Sakit juga telinga mendengarkan dia menyebut nama penuh Kak Diah.
“Abang nak kata abang jatuh cinta dengan Naqi, macam tu?”  Mudah, aku tembak saja pernyataan dia sebentar tadi. 
Ariq diam lama di talian.  Diam dan sesungguhnya diam.  Hanya helaan nafasnya saja yang kian kasar menyapa peluput telingaku. 
“Maaf atas soalan tak cerdik tu, bang.  Naqi tak sengaja tapi jujur Naqi katakan… sikap abang selama ni boleh buat semua orang salah faham.  Naqi juga salah faham tapi Naqi cepat-cepat sedar.  Pasal last plan ni, Naqi akan aturkan yang terbaik buat abang.  Segala resit yang Naqi beli barang, Naqi akan pulangkan beserta dengan bakinya.  Dan upah Naqi…” 
“Datang jumpa abang.  Abang bagi upah Naqi semuanya seperti yang abang janjikan sebab Naqi dah berjaya, kan?”  sinis Ariq mencantas kata-kataku.
“Tak… Naqi busy.  Naqi ada kerja.  Tentang hal kita, Naqi tak pernah harapkan lebih…”
“Tapi, abang harapkan… abang harapkan,” potong Ariq lagi. 
Aku mengeluh sedikit.  Mata sudah mula berkaca-kaca dan aku bawa langkahku agar tubuh ini sedikit terselindung di balik tiang.  Takut juga Tauke Chin nampak. 
“Abang  upah Naqi dan Naqi buat kerja sebaik mungkin.  Seperti yang Naqi janji, Naqi berjaya dan Naqi harap, abang hargainya.  Tak mudah kot untuk Naqi rapatkan abang dengan cinta hati abang tu…” ujarku mahu menjauh dari dia.
Mata aku pejam dan hati menyambung kata.  Tak mudah Naqi lepaskan lelaki yang Naqi cinta pada kakak sendiri apatah lagi hari ni terbukti yang abang juga cintakan Naqi.”
“Kiranya Naqi memang tak ada feel dekat abanglah?  Tak ada rasa cinta sikit pun dalam hati tu?  Tak ada rindu, tak ada rasa hendak abang damping Naqi, peluk Naqi, sayang Naqi, cinta Naqi dan jaga Naqi seumur hidup?”  giat Ariq lagi.
Aku mula teresak sendiri namun aku tahan agar tidak tersapa akan telinga Ariq.  Aku perlu memilih, Ariq dan keluarga tersayang.  Aku perlukan mak.  Dialah satu-satunya untuk aku didunia ini biarpun aku mati dan  kembali hidup, dia hanyalah satu-satunya tapi cinta… cinta mampu aku cari dan jika tiada cinta pun, tak apa.  Aku perlukan mak.  Aku tak mungkin lihat mak menitiskan airmata kerana Kak Diah terluka dan Kak Diah terluka kerana aku. 
“Tak… abang majikan dan Naqi pekerja tapi kita akan tamat beberapa hari lagi. Nanti Fendy call abang untuk tengok plan kitorang.  Setuju jalan, tak setuju kami buat lain,” ucapku lancar dan akhirnya membuktikan lagi kata-kata Alan di mana aku sedang robek hatiku dengan tangan sendiri dan penuh kejam.  Sejak bila aku jadi kejam, aku pun tak tahu. 
Ariq mengeluh berat.  “Abang terima jawapan Naqi kalau macam tu dan abang rasa dah tiba masanya Naqi aturkan makan malam romantik kami.  Kalau itulah kata Naqi, abang tak boleh tunggu lagi nak tengok rupa teruja Naqi tatap wajah Lof,” perli Ariq dan dia langsung matikan talian.  Kacau…
Sudahnya, aku mengelap seluruh wajah dan terus kembali menyambung kerja.  Bila siap, aku terus saja menghidupkan enjin motorsikal untuk pergi membeli surat khabar lama daripada kawasan perumahan orang kaya Seksyen 5.  Ariq?  Abaikan seketika.  Perasaan kami, ketepikan jauh-jauh.  Jangan datang lagi. 




WAKTU yang aku nantikan telah tiba.  Dalam pada sibuk dan menahan hati yang sakit, persiapan aku lakukan juga bila Ariq tak sudah-sudah mendesak.  Ada masanya sengaja menyakitkan hati aku. 
Tapi aku tidak tahu bila dan bagaimana Ariq mempelawa Kak Diah keluar dan pastilah mak dan ayah juga setuju.  Cuma terasa agak pelik bila mak dan ayah melepaskan mereka keluar berdua pada malam hari biarpun Ariq dah lama mengenali Kak Diah tapi Kak Diah baru saja mengenali Ariq. 
Tapi, malam ini adalah malam yang ditunggu-tunggu dan aku sendiri tak mampu menanti lagi untuk berlalu pergi.  Jauh dari semua orang dan mulakan  hidup baru bila keputusan peperiksaan keluar sikit waktu lagi. 
“Pukul berapa diorang sampai?”  tanya Alan yang sudah siap sedia dengan Izue dan juga Fendy serta seorang lagi yang tidak aku kenal. 
“Kejap lagi.  Diorang sampailah tu.  Tadi, Ariq SMS kata on the way dari rumah aku,” jawabku.
“Dan kau okey?”  Kening Izue naik bila dia mendekat padaku. 
Yeah… I am fine.”  Ibu jariku naik dan perbualan kami mati di situ bila Fendy mendekat. 
What song we’re going to sing guys?  Cadangan?  Naqi?” 
“Lagu cintalah, bro.  Ini kan function kawan kau nak propose awek?  Bukan farewell ke atau sambut mayat?”  selar Izue menahan geram. 
Hai… sampai ke Fendy yang wajah bajet suci murni tu juga kena.  Aku hanya sengih dan menyangkut Gibson ke bahu. 
“Saja tanya.  Biasanya Ariq ni dia suka dengar lagu orang putih je tapi pada aku, kalau majlis macam ni, laju jiwang lagi masyuk kot.  Kan Naqi?”  Kening Fendy terangkat padaku. 
Yeah… I think that way too,” ujarku menyokong Fendy membuatkan Fendu tersenyum bangga.
Hopefully, tak hujan macam dulu tu,” ujar Fendy lagi.  “Dan si awek Ariq tu suka lagu apa pulak?” 
Aku ketap bibir bila Fendy menyoal dan memandang Izue dan Alan yang mula beriak risau aku bersedih tapi aku tetap senyum. 
“Kata Ariq, dia nak kita nyanyikan lagu Tanpa khas untuk buah hati.  Katanya, tanpa buah hati dia tu, dia makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak pakai sabun,” usik aku lalu aku ketawa terbahak-bahak disambut oleh Fendy tapi tidak pada Alan dan Izue. 
“Kalau macam tu… you kena nyanyikanlah, Naqi…”
Naaa…”  Aku menggeleng.  “Youlah nyanyi, Fendy.  I takut lepas I nyanyi terus hujan macam dulu tu.  Parah kita.”
Fendy terus ketawa dan mengangguk.  Okey je pada I.”  Dia menyetujui dan aku hela nafas lega. 
Tak lama kemudian, aku nampak seorang lelaki dan perempuan beriringan masuk ke dalam taman.  Lengan si lelaki dipaut erat oleh si gadis dan aku hanya mampu tersenyum lalu menurunkan sedikit topi dan menaikkan sedikit mafela hingga menutup dagu. 
Lama… aku nampak Ariq berbisik pada Kak Diah lalu Kak Diah menekup mulut persis terharu.  Aku hanya tersenyum tawar dan terus mengambil tempat di belakang Alan dan Izue.  Mengerti dengan kewalahan hati, mereka hanya cuba melindungi tubuhku. 
Kerusi ditarik dan mata Kak Diah terarah terus pada pentas.  Aku tahu dia tak mungkin camkan aku dan juga tak mungkin dia cam Alan dan Izue dalam suasana malap begini. 
Ariq mengambil tempat duduk di depan Kak Diah dan juga menghala pada pentas.  Mereka saling tersenyum dan saling berbisik dan aku tahu, Kak Diah suka dengan hiasan sebegini.  Tidak terlalu sarat tapi dihiasi dengan warna-warna pelangi yang dia gemari.  Hanya ada pentas dan juga sebuah meja untuk dua orang di depan kami.  Sedikit terkepung dipagari bunga mawar putih kegemaran Kak Diah.  Memberikan haruman alam semula jadi yang nyaman menerjah rongga hidung. 
Buat seketika, aku bayangkan diriku dalam gaun labuh yang tersarung pada tubuh langsing Kak Diah.  Gaun  yang berwarna biru terang penuh dengan taburan batu-batu Swarosvki agaknya.  Berkilat.  Rambut ikal  panjang yang dilepas bebas dan sesekali, dia menyelit rambutnya di belakang telinga membuatkan Ariq menjeling seketika sebelum kembali memandang pentas. 
“Ehem…”  Fendy berdeham panjang.  Dia memandang ke belakang dan tersengih. 
We’re welcoming you both guys… merpati dua sejoli sama cantik sama padan dan untuk pengetahuan you, kami dah lama menanti tapi sebab cik planner kami suruh sabar, kami sabar dan sebab kau Riq… aku di sini.  Untuk menjadi saksi kau dan Cik Love kau bersatu,” ucap Fendy mengusik pasangan di depan kami.
Aku lihat Ariq silang panggung.  Nampak kasual dengan jaket kulitnya dan juga denim biru gelap serta t-shirt biru muda.  Sempurna. 
“Dan harap you guys… suka dengan prop ni,” sambung Fendy sedikit. 
Bila stick drum diketuk tiga kali, Fendy menyanyikan lagu-lagu cinta buat mereka hingga aku lihat Kak Diah terbuai-buai sendiri dan Ariq hanya tenang sambil memanjangkan lehernya bagai mencari aku. 
Hingga akhirnya, mereka menikmati makan malam, Fendy beralih pula pada lagu-lagu Inggeris yang sedap didengar.  Semuanya tentang cinta.  Cinta di bawah sana bukan Cinta di atas pentas ini.
Tak sedar waktu berlalu, hingga tiba untuk aku menyanyikan sebuah lagi buat Ariq seperti mana yang dia pinta.  Aku mahu singkatkan waktu  yang terasa panjang ini.  Fikiranku semakin tidak keruan.  Usah kata ke laut tapi terus menjunam ke dalam jurang Mariana melihatkan gelak tawa Ariq dan Kak Diah. 
“Nak nyanyi lagu apa?”  soal Izue. 
Aku ketap bibir dan  mendongak sedikit mencuri pandang pada Ariq yang ternyata sedang merenungku yang melindungi wajah. 
“Lagu lama… oldies.  Aku baru dengar lately lagu ni…”
“Apa?” 
Aku bisikkan tajuk lagu pada Alan dan dia jegilkan mata padaku tidak percaya. 
Other song, please,” rayu Alan tapi aku menggeleng.
I just don’t remember others song, Alan.  Aku blur tapi aku perlu tunaikan permintaan Ariq buat kali terakhir.  Aku perlu,” tekanku hingga akhirnya, Alan mengalah. 
Dia mendekat pada Fendy, Izue dan juga drummer tersebut.   Biarpun masing-masing bulat mata, aku juga tidak peduli.  Aku buntu.  Hanya ada satu lagu yang sedang berdengung dalam  kepalaku. 
Drum berbunyi, disambut oleh bunyi gitar lead dari Izue dan juga ditambah bass dari Alan juga bunyi organ dari Fendy juga rythym dari gitarku membuatkan bunyi ini harmoni dan indah namun pedihnya alunan muzik ini melahap hatiku rakus. 
This is for you, Muhamad Nashriq.  May Allah bless both of you,” ucapku dengan suara yang sedikit serak membuatkan mereka yang sedang rancak berbual memandang pada pentas. 


Diantara kita aku lebih terasa erti sengsara
Di sebentar aku tiada berupaya merawat duka
Dek kerana engkau hidupku tak menentu
Mengharap terlena diganggu mimpimu
Di dalam sedarku teringat namamu
Melintas bayangan luka makin dalam
Aduhai terpedaya bermain api cinta akhirnya terbakar
Seia sekata dilautan cinta, diuji gelora kau tak berdaya
Aku yang dahaga seteguk kasihmu musafir lalu
Berendam airmata bukanlah caraku
Menyimpan kasih hampa itu  yang kutahu
Dan engkau terus bersandiwara
Kutelan jua hempedu bisa yang kau lakonkan bersamanya
Kutelan jua hempedu bisa walau jadi madu kau kembali padaku
Cukuplah sekali denganmu menyintai dan bermesraan
Walau seribu tahun lamanya… kuderita..


Chorus aku ulang dengan suara yang semakin bergetar dan mulut yang masih lagi mengalunkan lagu dengan suara yang semakin sumbang bila airmata berjejeran ke pipi.  Alan mendekati dan disiku aku sedikit. 
Bila aku mendongak, Ariq bangkit berdiri.  Kak Diah memandangnya dan bibirku masih bergerak mengalunkan lagu yang aku sendiri tidak pasti, untuk apa aku alunkan lagu ini untuk dia sedangkan ini adalah hari bahagia?  Adakah kerana aku sendiri sudah belot pada Kak Diah?  Menolak Ariq begitu saja?  Berlaku tidak adil pada diri sendiri?
Kaki Ariq menapak ke arah pentas dan aku hanya berlagak tenang biarpun aku rasa kaki ini hendak membuka langkah seribu.  Selesai aku lantunkan lirik penghabisan, aku terus meletakkan gitar di kaki dan terus berlari menuruni pentas tanpa menoleh lagi kerana aku kini mengalirkan airmata melihat keindahan di depan mata yang meremuk redamkan hatiku. 
Di sini pertemuan pertama kita dan di sini jugalah menjadi pertemuan terakhir kita, Ariq, ujar hatiku perih.  

~~> bersambung

79 comments:

  1. YES!!!
    1ST COMMENTER....


    SEDIHNYA...CIAN NAQI..
    TPKSA LEPASKN ARIQ PD KAK LOF DYE...

    HUHUHU
    NK NITIK AIR MATA BACA...

    TERBAIK LA KAK REHAN!

    UP LG AE..

    ReplyDelete
  2. alaa....sedihnya Naqi. Tak sukalah Ariq buat Naqi camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ariq ok je kan..naqi yg menolak...

      Delete
  3. harap lepas nih naqi terima ariq...biar padan muka nadiah...~lin~

    ReplyDelete
  4. rehan..pls give me happy ending..hua..

    ReplyDelete
  5. satgi ngadu lagi la si diah tue
    kaki report..nyampah giler dekat minah nie

    ReplyDelete
  6. omg! lagu kump finalist. adoi kak..sedihnya bab ni

    ReplyDelete
  7. sedihnya....baca n3 nie dgn linangan airmata

    ReplyDelete
  8. kak rehan..naqi nyanyi lagu apa eak???
    sedihnyerr..:(

    ReplyDelete
  9. waaaa sedih nyer Rehan...kesian Naqi...

    ReplyDelete
  10. Hhuuuuuuuuuhuuuuu... sayat2 terasa hati ni..

    ReplyDelete
  11. sedihnye bce..kesian naqi tu..please smbung lg!

    ReplyDelete
  12. Uwaaa...siannya naqi..no wories dear, jgn sedih ke aku yg tgh sdih ni ... kak rm next entry. :-)

    ReplyDelete
  13. Oh nooo, this is killing me. Seriously. Kesian naqi she's a very tough woman. Hope that ariq won't left her and kalau betul ariq suka dia please please please defend her. Next kak rehan pleaseeeee satu je lagi.

    ReplyDelete
  14. siannya naqi.
    ariq shouldnt bring nadiah over there..
    huhuhu

    ReplyDelete
  15. Mak aiiii suspen giler ni.....
    Sedih pun yeee jugak...
    Adakah malam ini Ariq tahu akan hubungan Lof & Naqi????

    ReplyDelete
  16. cian nyer naqi.. RM nk lg pls.... sedih nyer...

    ReplyDelete
  17. confirm, naqi akan berkoban...naqi kan baik, sebb dye x nak mak dye bencikan dye sebab nadiah...kesian naqi...

    ReplyDelete
  18. Naqi2x...... RM, bagi la dia sedikit bahagia...... Adusss sedihnya.......

    ReplyDelete
  19. waaaaaaa xpuas ati la!!!KEJAM N SIAN KAT NAQI....I HATE U ARIQ!!!

    ReplyDelete
  20. Cian nyer naqi...RM ni mmg dera la..tp enjoy..

    ReplyDelete
  21. Sedih nye.sakit hati dgn nadiah dan mak die tu.cube sedar sikit yg mereka ade hati yg perlu dijaga.

    ReplyDelete
  22. sedihnya!!huhuh..tp best sangat..tahniah!!

    ReplyDelete
  23. nagiiii...pi larik jauh2 ubatkan hati yg lara...pasal ariq ngan diah tuh pi telungkup la sama dorang...mak dia pun sama jah nama je cerdik pandai berjawatan tinggi tapi serupa otak udang jah...

    ReplyDelete
  24. Hua..sedihnya kesian dekat naqi...nak lagi

    ReplyDelete
  25. naqi meh sini den bagi nasihat sikit.pergi lari jauh-jauh.sambung study kat obesi sana haa.biar semua orang tercari-cari hang.biasalah bila dah tadek depan mata baru menggelupur kan.~mood...meratapi kelukaan naqi hukhuk

    ariq,den jamin ekau takkan bahagia punya dengan diah or ur lof whatsoever tu.harap muka je cantik dok bawah ketiak mak je 25 jam.ouh stresssss!

    ReplyDelete
  26. papepun, the person that i hate the most is mak diorang. sebab mak dia lah Naqi jadi macam tu... huhu
    tolonglah buat naqi lari jauh2.. biar dia cari kebahagiaan lain pulak

    ReplyDelete
  27. lorh, baru tahu... rupanya sejak kecik lagi mak si naqi tu tak jaga dia, eeei sampai hati sisihkan anak macam tu. Patut Naqi lari jauh2 dan takyah ingat lagi pasal diorang

    ReplyDelete
  28. Rehan...sebaknya dada,sakitnya hati... Sian Naqi. Tak sabar nak baca de next n3.

    ReplyDelete
  29. jantung saya palpitation...
    x sabar utk next entry...sgt takot ape jd kt naqi..huhuhu

    ReplyDelete
  30. biar la naqi pergi jauh...
    tenangkan fikiran,
    pastu balik semula dgn pakwe yg lebih kacak + perihatin + kaya drp si ariq tu...
    hidup happy ever after..
    biar padan muka semua.

    ReplyDelete
  31. kesiannyeer naqi...x pe naqi lari je jauh2..lepas tu balik dengan perubahan baru biar..semua mak dia buka mata sikit...

    ReplyDelete
  32. so sad =( hampir menitis air mata..
    hope after that have new entry! =)

    ReplyDelete
  33. Sob sob sob:'(:'(. Cian kat naqi. Hopefully her sadness won't be for long. May happiness be hers soon. Minta2 mak dgn kakak dia akan insaf and repent. Especially her mum coz treating her unfairly all these while. Lg baik lak tauke chin tu dr mak naqi. Bertabahlah naqi:-):-)

    ReplyDelete
  34. huhuhu.. sakit dada ni menahan sebak.. tanpa menyedari titisan airmata sudah mengalir membasahi pipi... terbaik la rehan..

    ReplyDelete
  35. kalo kak lof dia ni x fhm2 ag x tau la tu. sampai lagu abeh leleh org nyanyi time saat bhgia..teruskan usaha karehan. Insayaallah akn jumpa nnt pndrive yg hlang tu

    >>k<<

    ReplyDelete
  36. kesian naqi trpaksa bkorban perasaan hanya utk mndptkn kasih dn sayang seorg ibu........

    ReplyDelete
  37. sedih.... +_+ kecian gn naqi ...
    bersyukur sgt sbb ad mak yg xjht mcm mak naqi...
    geram giler kowt kn mak naqi tuu.. ad ank baik pon x reti bersyukur ... kekadang trpikir gak cemana kalau citer niey btol2 brlaku n wujud skunk ni ... sedesss giler ...

    ReplyDelete
  38. mengalir air mata baca..sob-sob

    ReplyDelete
  39. bkn hmpir menitis lgi air mata ni dh lebat bgikn hujan yg menyimbah bumi yang sdg ketndusan air. pergilah... naqi. pergilah jauh andai ini sja cranya kau dpt membahagiakan dirimu sndiri. sian kau sejak kecil lgi disisihkan oleh ibu dan keluargamua. apa gna lgi melihat kebahagiaan kakak kau andai kepiluan terus merobek tangkai hatimu. mujurlah ada shbat kau 2 org tu. apa akn jdi pd naqi for the next entry, RM? plzzze smbung lgi.

    ReplyDelete
  40. Aduh..sedihnya..sian sungguh ngan naqi ni. kurang kasih sayang..harap mlm ni jd titik perubahan pd naqi la..berhijrah ke arah yg lbh baik..

    ReplyDelete
  41. best la cite ni...
    sedih sehingga menusuk kalbu...

    nk lagi

    ReplyDelete
  42. buat la seribu kebaikan pun kalau mak naqi ni mmg dah bencikan dia dr saat dlm rahim lagi, mmg tak kemana la kebaikan tu... yg buruk jugak mak dia nampak kecuali la bila sampai satu masa keinsafan tu dtg pada diri mak dia baru agaknya mata mak dia tu nk terbuka kot.... penah baca satu novel karya jemari seni... kaca jendela Ainnur... mcm ni la mak sendiri bencikan anak sampai ank dia buat janji klu mak dia sembuh dari sakit, dia takkkan muncul lagi depan mak dia sbb tak mahu sakitkan hati mak dia lagi.. last2 mak tu menyesal jugak... sedih...

    ReplyDelete
  43. naqi you deserve someone better.....

    ReplyDelete
  44. ish3 ...ada ke mak orang macam ni...sedangkan mak kucing pun sayangkan anak dia.

    ReplyDelete
  45. wwannur.....

    adushhhh Rm apsal sedih aje ni,,, hari tu nur, ni nagi, aku kesian kat nur tak habis lagi, ditambah naqi plak..huk..uk..huk... sabar naqi, TUHAN ada,, mesti ariq nyesal tak sudah...mencik tul aku ngan mak si naqi ni,

    ReplyDelete
  46. sedeynyee...wuaaaa....syng sesngt kt mak smpai Naqi sanggup telan semua....hope lps nie kakk dng mak Naqi sedr akn persaan Naqi...

    ara

    ReplyDelete
  47. kdg terfikir nape Anil push naqi utk dptkn Cik lof..sdgkn blh je upah org lain.....rupanya dia tahu je pls naqi.......rasa mcm adamuslimat je semua ni...

    Cuma nnt kuat ke naqi nk hadapi bila tgk Nadiah ngn aqil? ...mmg sbb kak n mak dnafikn cintanya buat aqil. .....utk Kali ni naqi pls pikirkn keahlian naqi pula...sampai bila nk berkorban. ......bc cite ni teringat lk terlerai kasih.......sedihnya. ...
    jgn lpskn rasa cinta tu
    ..kelak dua2 merana. ......baik naqi @aqil. ...
    cinta Dan muzik.......seiring melangkah dlm melodi CINTA. .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun rasa ada muslimat dan muslimahnya..hehehehe..

      Delete
  48. ayoyooo...sedey le camni...hati naqi xckp keping..puzzle xleh cantum..huhu...

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDIH LA KAU NAQI!!! salah diri sendiri .... salah diri sendiri, sekarang awak dah buat keadaan serbasalah pada Aqil... orang tu dah cakap cintakan awak, awak tolak konon2nye sayangkan mak , nak mengharapkan kasih sayang mak yg tak penah mengaku awak tu anak dia ...nak tanya bebaloi ke???? kakakaka teremo laaa pulak ....

      Berkorban boleh tapi jangan bunuh diri laaaa....

      Delete
  50. RM ni slalu buat aku menitik air mata tau... huhuhuhu... best! superb! :D

    -mimi-

    ReplyDelete
  51. RM,,,,,hujan sudah dlm opis akk ni,,,,,sian naqi,,,,moga dia jmp cinta yg sejati bila dia da berhijrah nnt,,,

    ReplyDelete
  52. Sedihnya.... tak tau nak ckp dah.. perit rasa hati nie... Next entry please..

    ReplyDelete
  53. urat mataku hangat.. pandangan jadi berbalam.. bagaikan aku yg mengalunkan lagu hempedu bisa itu... oh! sendu..

    ReplyDelete
  54. mr ariq...see what you have done? are you satisfy? do you know what responbility mean is?
    lain kali nk mengurat jgn suruh org...skrg sape yg dh terluka? lu mmg hati kering la bro...

    ReplyDelete
  55. Pagi pagi masuk kerja terus buka RM. Naqi isk isk sedih, tangkap leleh. Panjang sikit ye. boleh feeling lama sikit. He he

    ReplyDelete
  56. mmg tangkap leleh la dgr lagu nyanyian naqi ni..sobsobsob..tak ble tahan..

    ReplyDelete
  57. nape ari lambat sgt n3 15...

    rindu naqi...cian naqi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal..
      kak RM mana entry ni??
      rindu dah dengan naqi n ariq ni.. :(

      Delete
  58. sian nya naqi . haaa naqi better naqi pergi jaoh2 . tenangkan fikiran . belajar lagi maybe . biar mak ko yg hati busuk tu tercari2 . biar ariq sedar siapa yg dia cinta . bukannya kak diah ko tu . haishh . aku pulak yg terlebih hormon emosi .

    ReplyDelete
  59. aniq ni ke anak puan sri yang mak naqi kata nak jodohkan dengan kakak naqi tu....?kalu betul lagiiiiiii le harunyeeeee...

    ReplyDelete
  60. baiknya naqi :( sedih la,,,

    -athirah-

    ReplyDelete
  61. RM, sudi-sudikanlah sambungannya...dan lagi dan lagi....

    ReplyDelete
  62. We don’t know generate income wound up listed here, even so consider this information is unexpected.
    My spouse and i don’t recognize what you do even so undoubtedly you're going to be described as a famous tumblr, if you are not currently.
    Look into my website :: 423777

    ReplyDelete
  63. so sad... terharu dgn smua yg terjadi...

    ReplyDelete
  64. argh!!!! saya da nges nk buat mcm mna nie!!!! T___T
    da la smbil baca dgar lagu Marc Anthony- My Baby You..... mmg nges lagi la..... argh!!! exited nk tau ap jdi... ariq kejar ke x??? SEDIH!!!!!!!!!
    Thanks kak rehan for this entry
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  65. adusss... naqi,naqi,baek hang pi jauh2 ke oversea ke ap. biar si ariq tu tercri2 hang. ariq ni pon satu. lambt sgt sedar hati di da terpaut kat si naqi tu. last minit bru nk sedar,tengok spe yg terluka? naqi jugak.

    thanks kak RM!

    ReplyDelete
  66. kesian la kat naqi ni,, by the way,

    thanks kak RM !

    ReplyDelete