“Naqi tak kerja
ke?”
“Dah malam, kak…
kerja apa?” jawabku sambil melabuhkan duduk
di atas tilam tanpa katil ni.
“Macam mana
kerja dengan Tauke Chin?”
“Erm… bolehlah
sementara nak tunggu result keluar ni tengok mampu sambung Master pula ke? Tengok keadaan,” jawabku lagi.
“Dan Kak Diah kenapa
call malam-malam ni?” tanyaku pada dia.
“Kakak jatuh
cinta!” jerit Kak Diah teruja.
Aku ketap bibir
dengan mata yang terpejam. Sakitnya hati
ini ya Tuhan… sungguh sakit. Betapa
bertuahnya seorang hamba-Mu bernama Cinta Nur Nadiah ini. Tak terbanding dengan Cinta Nur Naqiah. Dari semua segi dan sudut, aku sentiasa
kalah.
Tak sangka aku
diupah untuk menyiasat tentang kakakku sendiri untuk Ariq. Kecilnya dunia. Terlalu kecil hingga aku sendiri semakin
terhimpit. Terhimpit dengan rasa cintaku
pada Ariq, sikap Ariq sendiri dan juga pengakuan Kak Diah hari ni.
“Wow… that’s great? Dah bagi tahu mak?”
“Dah walaupun
kakak rasa kakak masih baru tapi katanya dia dah kenal kakak enam bulan lepas
tapi tak ada kekuatan untuk dekati kakak.
Bila dia hantar bunga melalui budah suruhan dia beberapa minggu lepas,
kakak sangat teruja nak tahu siapa dia and guest
what?”
“What?”
tanyaku bila Kak Diah memberi penjelasannya. Tapi, tak sempat Kak Diah menjawab, aku
dengar suara mak memanggilnya.
“Diah, mari
makan sayang.”
Kak Diah
menjauhkan telefonnya bila aku sengar suaranya sayup menjawab ajakan suara mak
tadi. Hatiku bertambah pilu. Sayang?
Jika aku boleh meminta dari mak, hanya perkataan sayang itu aku mahu dia
ucapkan padaku.
Hilang derita
kerana Ariq, muncul pedih kerana mak pula.
Talian masih lagi tidak dimatikan dan aku sekadar menden gar.
“Kejap,
mak. Nanti Diah turun. Err… Naqi, kakak call kau kemudian, ya? Dan
pasal hari tu, kakak minta maaf dan terima kasih sudi selamatkan kakak,” ucap
dia dan talian mati.
Aku jauhkan telefon
dari telinga. Mataku merenung tunak
skrin yang sudah gela p. Tak sempat menerima jawapan Kak Diah dan aku
tahu, dia sudah benar-benar jatuh suka pada Ariq. Siapa yang tidak jatuh cinta pada wajah Ariq
adalah oran g yang rabun seperti aku bila aku renung Ariq
yang pandangan yang berkaca-kaca setiap kali pun.
Pada aku,
terjatuhnya aku pada dia adalah kerana layanan dan prihatinnya dia padaku
kerana aku sendiri tidak tahu, siapakah dia yang sebenarnya? Siapakah keluarganya dan apakah pekerjaannya,
aku tidak tahu. Seperti mana dia tidak
tahu, akulah bakal adik iparnya dan benar kata Ariq, kami tak akan jauh malah
semakin dekat bila dia menikahi Kak Diah.
“Kakak beritahu
tak pada mak yang Naqi teruk kena langgar untuk selamatkan kakak? Kak Diah cakap tak pada mak, boleh jadi Naqi
terluka, mak. Sebab dia yang lagi teruk
dari Diah,” gumamku persis diri ini adalah Kak Diah dan berbicara pada mak,
membela aku yang tersakiti.
AKU tahu, Ala n dan Izue tak puas
hati. Fendy yang tak bersalah juga
terheret sama bila semuanya telah aku aturkan.
Melihatkan keterujaan Kak Diah dan penantian Ariq selama ni, rasanya
inilah masa yang tepat untuk aku aturkan sebuah pertemuan buat mereka dan
pertemuan ini adalah pertemuan di mana Ariq perlu melamar Kak Diah atau Cik
Lofnya.
“Kau
nekad?” tanya Ala n.
Aku angguk
sambil memulas string-pitches bagi
memastikan gitar yang dah lama tak kusentuh ini masih punyai runut bunyi yang merdu bila jari kasarku memetik
talinya.
“Kata tak nak
sentuh ni lagi? Mujur kami tak jual lagi
sebab tahu kau sayangkan gitar ni,” tambah Izue.
“Kali terakhir,”
jawabku sambil mendongak pada mereka.
“Sebab Ariq kau
jadi macam ni, kan ?” tanya mereka berdua. Fendy yang sedang menden gar
hanya diam tak berkutik.
“Things is so hard to explain, guys. Korang tak akan faham,” ucapku.
“Make us understand what is happening now. Kenapa aku rasa kau keluar rumah tu bukan
sebab kau nak berdikari, hah?” tekan
Izue tiba-tiba meninggikan suara.
“Korang tak akan
faham…”
“Kau buat
kitorang faham, Naqi?” tekan Ala n pula.
Aku ketap
bibir. “I’m not like Kak Diah, guys…
she’s different. Dia kesayangan mak
dan ayah tapi aku…” Aku menggeleng
dengan perasaan yang sebak.
“Jadi kau
korbankan segalanya dan keluar dari rumah sebab tu?”
“Tu yang kau
sebut tu tak ringan untuk aku galas, Lan.
Tak ringan,” jawabku bila Ala n nampa knya mudah membidik
sasaran yang masih samar-samar.
“Kami tak faham,
Naqi? Apa dah jadi?”
Aku hela
nafas. Boleh jadi dah tiba masan ya Ala n
dan Izue mengetahui segalanya. Bila aku
pastikan perasanku tenang, aku membuka mulut dan lidah tetap berbicara biarpun
terasa terpasung pada lelangit.
Bila aku
titikkan cerita ini, mereka mengucap panjang.
Tak percaya dan wajah mereka masih lagi kaku.
“Aku tak boleh
percaya, Naqi,” komen Ala n.
“You have too. Benda dah jadi dan sedang jadi. Kau tahu kan siapa yang Ariq suruh aku siasat tu dan
kalau aku katakan yang aku sukakan Ariq, macam mana Kak Diah? Dia tak kenal aku tapi aku cukup kenal
dia. Hati dia lembut dan mak… mak aku
akan lebih bencikan aku nanti. Aku tak
nak macam tu,” jelasku dengan airmata yang berjejeran buat pertama kalinya di
depan Ala n
dan Izue. Fendy pula sudah lesap entah
ke mana.
“This is wrong, Naqi. Aku yakin Ariq tu terkeliru dan aku mula yakin yang dia cintakan kau sebab tu dia peka
dengan semua hal kau. Tapi, Diah tu aku
rasa itu cuma keinginan sebagai seorang lelaki yang dambakan perempuan yang
cantik. Kau kena ingat, kau juga tak
kurang, Naqi. Sedikit pun tak…,” pujuk
Izue.
Aku menggeleng
pedih. Airmata aku seka dengan belakang
telapak tangan dan memandang mereka yang berwajah sugul dengan mata yang basah.
“Nothings wrong, guys… aku memang kurang
dari dulu sebab tu mak tak suka aku ada dalam rumah tu. Aku tak salahkan mak sebab aku ni suka buat
hal sendiri. Tak pandai ambil hati mak
dan tak pandai bersembang dengan ayah.
Liar dan suka lepak tepi jalan tanpa jaga airmuka yang yang ramai kenalan berpengaruh. Mak tak nak hargai biarpun hanya pemberian
aku pun. Padahal aku beli tu semua dengan
duit gaji pertama yang Ariq bayar. Aku
tak kisah sebab mak dah berjasa besar
sebab mengandungkan aku dan lahirkan aku ke dunia ni… bagi aku makan pakai yang cukup…”
“Biarpun kau
dibesarkan oleh pengasuh dan bila besar sikit kau dihantar bersekolah ke asrama
penuh? Macam tu?” cantas Ala n
tiba-tiba.
Matanya aku
pandang dan bibirnya sengih sinis. Ala n dan Izue tahu
sejarah aku belajar di mana. Mereka tahu
aku jarang pulang ke rumah.
“Janji aku
membesar dengan sempurna, kan ?” tanyaku pada mereka berharap moga mereka
mengerti yang aku tidak pernah salahkan mak.
Jauh sekali Kak Diah dan ayah.
“Kau sempurna,
Cinta Nur Nadiah… sangat sempurna tapi sayang, hati kau tak cukup keping. Hati kau retak dan salah satu kepingannya
hilang. Buat hidup kau yang kau rasa sempurna ni cacat teruk,”
sindir Izue pula.
Aku tunduk
bersama airmata yang berjejeran lagi.
Langsung tidak aku kesat kali ini.
“Jom kami bawak
kau jumpa Ariq, katakan kau cintakan dia dan percayalah, dia juga cintakan
kau,” ujar Ala n
yakin.
Aku
menggeleng. “Ariq dah pesan, dinner dia dan Kak Diah biarlah ikut perancangan kita. Dia ikut je apa yang telah aku aturkan dan
ini…” Aku pandang ke seluruh kawasan Lake G ar d e n
Club ini. Tempat pertemuan pertama aku
dan Ariq.
Di tengah padang yang terbuka namun
telah kami siapkan semuanya setelah jenuh aku berbincang dengan pihak berwajib
untuk menggunakan kawasan ini untuk malam bersejarah itu nanti dan mujur juga
Ariq punyai kad keahlian tahap platinum memudahkan lagi urusan kami. Semuanya siap dirias seperti mana yang Kak
Diah suka.
“… akan jadi
sejarah buat permulaan hidup diorang dan aku akan ketawa bila mereka berdua
ketawa sebab aku…” Suaraku kembali
terhenti.
“… sebab
aku...” Nafasku hela.
“… sebab aku
sayangkan kedua-duanya, Izue… Lan.”
Akhirnya, aku luahkan apa yang
berbekam di dalam hati. Mengakui rasa
hati ini pada Ariq. Tak sanggup hendak
berselindung lagi.
Mereka berdua
mengeluh. “Kalau ini yang kau harapkan, kami akan cuba
sebaik mungkin, Naqi. Cuma aku harap,
kau kuat. Kau baik, Naqi… terlalu baik…
terlalu naïf,” pujuk Ala n
dan aku hanya mengangguk. Sedihnya saat
ini, hanya Allah yang tahu.
Benar rasa hati,
kepincangan hidupku selama ini boleh jadi menjadi punca aku tidak pernah
bahagia. Aku mula menyentuh rambut yang
panjang lurus ini. Cantik… berkilat tapi
tak pernah bertutup. Biarpun menjaga
solat tapi banyak yang Allah tegah, aku lakukannya dan layaklah aku jika
menerima derita kerana aku tidak layak untuk berbahagia dengan nikmat Allah
jika aku melanggar segala suruhan-Nya.
TAUKE Chin
menyeru namaku kuat dan bila aku berpaling dia menunjukkan telefon bimbitku
yang ada di atas mejanya.
“Kenapa
tauke?” soalku saat ini sedang menimbang
kertas kitar semula yang baru saja dihantar oleh pelanggan.
“Telefon you
berjoget tak berhenti. Sini dulu
jawab. Nanti itu sambung kemudian,”
tempik Tauke Chin.
Aku sengih dan
menggaru kepala yang tidak gatal sambil kaki melangkah ke arahnya.
“Siapa?” soalku sengal.
Dia kerutkan
dahi. “Haiya, amoi cantik woo… kalau
saya tahu saya sudah beritahu you lor…”
Aku mencemik
sambil mengambil telefonku dari tangannya.
Tak sempat aku nak tengok nama pemanggil rindu ini, nama Ariq
muncul.
“Dah dapat
jawapan untuk abang?” Terus saja dia
menyoalku. Aku kerutkan dahi dan menjauh
terus dari Tauke Chin yang tersengih-sengih sendiri.
“Jawapan
apa?” tanyaku bila terasa lupa dah apa
yang dia ajukan sebelum ini.
“Kenapa abang
rasa cinta dan doktor tak sesuai dan abang lebih rasa cinta dan muzik itu
adalah lebih sinonim untuk bersama?”
Soalan itu
kedengaran sinonim dalam perbualan kami sebelum ni dan aku tepuk dahi bila aku
mula teringat kembali perkara itu.
“Pada saya,
doktor dan cinta cukup sesuai. Abang
perlukan doktor untuk sembuhkan luka abang nanti dan muzik melalaikan abang
tapi doktor itu menyembuhkan jadi cinta tak sesuai dengan muzik kerana buat
kita makin terjerumus lebih dalam lagi dalam derita,” jawabku antara dengar dan
tidak. Aku sendiri berasa aneh, bila
masa aku mampu berkata begitu?
Berjiwang?
“Pada abang
pulak, muzik itu akan seirama dengan bisikan cinta dan kalau abang katakana,
abang tak perlukan lagi Lof tapi abang perlukan Naqi lebih dari segalanya, Naqi
percaya?” tanya Ariq tenang.
Aku menelan liur
berkali-kali bila akhirnya Ariq mengakui cintanya padaku dan menjadikan telahan
Izue dan Alan tepat dan benar. Namun aku,
mahu menjerit pada satu dunia akan apa yang dia akui saat ini tapi tidak pula
aku mampu bila terbayang di mataku akan kepedihan Kak Diah dan pastilah mak
juga terluka jika airmata Kak Diah gugur.
“Apa abang cuba
sampaikan tu?” soalku buat-buat tidak
faham.
“Perlu ke abang
terangkan?”
“Sebab Naqi tak
faham…,” tegasku tanpa kusedar aku sudah membiasakan diriku Naqi padanya.
“Okay then, let me tell you this… abang
sukakan Lof… gilakan kecantikan dia tapi tak tahu kenapa, terpandang Naqi ada rasa nak dekati
dan yakin Naqi boleh dapatkan Lof untuk abang dan ya… Naqi dah
dapatkannya. Naqi berjaya tapi Naqi tak
tahu abang rasa abang tewas atas kejayaan Naqi dekatkan abang dengan Lof. Dengan Cinta Nur Nadiah tu,” ujar juga
berkeras denganku.
Aku berdeham
beberapa kali. Sakit juga telinga
mendengarkan dia menyebut nama penuh Kak Diah.
“Abang nak kata
abang jatuh cinta dengan Naqi, macam tu?”
Mudah, aku tembak saja pernyataan dia sebentar tadi.
Ariq diam lama
di talian. Diam dan sesungguhnya
diam. Hanya helaan nafasnya saja yang
kian kasar menyapa peluput telingaku.
“Maaf atas soalan
tak cerdik tu, bang. Naqi tak sengaja
tapi jujur Naqi katakan… sikap abang selama ni boleh buat semua orang salah
faham. Naqi juga salah faham tapi Naqi
cepat-cepat sedar. Pasal last plan ni, Naqi akan aturkan yang
terbaik buat abang. Segala resit yang
Naqi beli barang, Naqi akan pulangkan beserta dengan bakinya. Dan upah Naqi…”
“Datang jumpa
abang. Abang bagi upah Naqi semuanya
seperti yang abang janjikan sebab Naqi dah berjaya, kan?” sinis Ariq mencantas kata-kataku.
“Tak… Naqi busy.
Naqi ada kerja. Tentang hal kita,
Naqi tak pernah harapkan lebih…”
“Tapi, abang
harapkan… abang harapkan,” potong Ariq lagi.
Aku mengeluh
sedikit. Mata sudah mula berkaca-kaca
dan aku bawa langkahku agar tubuh ini sedikit terselindung di balik tiang. Takut juga Tauke Chin nampak.
“Abang upah Naqi dan Naqi buat kerja sebaik
mungkin. Seperti yang Naqi janji, Naqi
berjaya dan Naqi harap, abang hargainya.
Tak mudah kot untuk Naqi rapatkan abang dengan cinta hati abang tu…”
ujarku mahu menjauh dari dia.
Mata aku pejam
dan hati menyambung kata. Tak mudah Naqi
lepaskan lelaki yang Naqi cinta pada kakak sendiri apatah lagi hari ni terbukti
yang abang juga cintakan Naqi.”
“Kiranya Naqi
memang tak ada feel dekat
abanglah? Tak ada rasa cinta sikit pun
dalam hati tu? Tak ada rindu, tak ada rasa
hendak abang damping Naqi, peluk Naqi, sayang Naqi, cinta Naqi dan jaga Naqi
seumur hidup?” giat Ariq lagi.
Aku mula teresak
sendiri namun aku tahan agar tidak tersapa akan telinga Ariq. Aku perlu memilih, Ariq dan keluarga
tersayang. Aku perlukan mak. Dialah satu-satunya untuk aku didunia ini
biarpun aku mati dan kembali hidup, dia
hanyalah satu-satunya tapi cinta… cinta mampu aku cari dan jika tiada cinta
pun, tak apa. Aku perlukan mak. Aku tak mungkin lihat mak menitiskan airmata
kerana Kak Diah terluka dan Kak Diah terluka kerana aku.
“Tak… abang
majikan dan Naqi pekerja tapi kita akan tamat beberapa hari lagi. Nanti Fendy
call abang untuk tengok plan kitorang. Setuju
jalan, tak setuju kami buat lain,” ucapku lancar dan akhirnya membuktikan lagi
kata-kata Alan di mana aku sedang robek hatiku dengan tangan sendiri dan penuh
kejam. Sejak bila aku jadi kejam, aku
pun tak tahu.
Ariq mengeluh
berat. “Aba ng
terima jawapan Naqi kalau macam tu dan abang rasa dah tiba masan ya Naqi aturkan makan malam romantik
kami. Kalau itulah kata Naqi, abang tak
boleh tunggu lagi nak tengok rupa teruja Naqi tatap wajah Lof,” perli Ariq dan
dia langsung matikan talian. Kacau…
Sudahnya, aku
mengelap seluruh wajah dan terus kembali menyambung kerja. Bila siap, aku terus saja menghidupkan enjin
motorsikal untuk pergi membeli surat
khabar lama daripada kawasan peru mahan
oran g kaya Seksyen 5. Ariq?
Abaikan seketika. Perasaan kami,
ketepikan jauh-jauh. Jangan datang lagi.
WAKTU yang aku
nantikan telah tiba. Dalam pada sibuk
dan menahan hati yang sakit, persiapan aku lakukan juga bila Ariq tak
sudah-sudah mendesak. Ada masanya
sengaja menyakitkan hati aku.
Tapi aku tidak
tahu bila dan bagaimana Ariq mempelawa Kak Diah keluar dan pastilah mak dan
ayah juga setuju. Cuma terasa agak pelik
bila mak dan ayah melepaskan mereka keluar berdua pada malam hari biarpun Ariq
dah lama mengenali Kak Diah tapi Kak Diah baru saja mengenali Ariq.
Tapi, malam ini
adalah malam yang ditunggu-tunggu dan aku sendiri tak mampu menanti lagi untuk
berlalu pergi. Jauh dari semua oran g dan mulakan hidup baru bila keputusan peperiksaan keluar
sikit waktu lagi.
“Pukul berapa
diorang sampai?” tanya Ala n yang sudah siap sedia dengan Izue dan
juga Fendy serta seorang lagi yang tidak aku kenal.
“Kejap
lagi. Diorang sampailah tu. Tadi, Ariq SMS kata on the way dari rumah aku,” jawabku.
“Dan kau
okey?” Kening Izue naik bila dia
mendekat padaku.
“Yeah… I am fine.” Ibu jariku naik dan perbualan kami mati di
situ bila Fendy mendekat.
“What song we’re going to sing guys? Cadangan?
Naqi?”
“Lagu cintalah, bro.
Ini kan
function kawan kau nak propose awek? Bukan farewell
ke atau sambut mayat?” selar Izue
menahan gera m.
Hai… sampai ke
Fendy yang wajah bajet suci murni tu juga kena.
Aku hanya sengih dan menyangkut Gibson ke bahu.
“Saja
tanya. Biasanya Ariq ni dia suka dengar
lagu oran g
putih je tapi pada aku, kalau majlis macam ni, laju jiwang lagi masyuk
kot. Kan Naqi?”
Kening Fendy terangkat padaku.
“Yeah… I think that way too,” ujarku
menyokong Fendy membuatkan Fendu tersenyum bangga.
“Hopefully, tak hujan macam dulu tu,”
ujar Fendy lagi. “Dan si awek Ariq tu
suka lagu apa pulak?”
Aku ketap bibir
bila Fendy menyoal dan memandang Izue dan Ala n yang mula beriak risau aku bersedih
tapi aku tetap senyum.
“Kata Ariq, dia
nak kita nyanyikan lagu Tanpa khas untuk buah hati. Katanya, tanpa buah hati dia tu, dia makan
tak kenya ng, tidur tak lena,
mandi tak pakai sabun,” usik aku lalu aku ketawa terbahak-bahak disambut oleh
Fendy tapi tidak pada Ala n
dan Izue.
“Kalau macam tu…
you kena nyanyikanlah, Naqi…”
“Naaa…”
Aku menggeleng. “Youlah nyanyi,
Fendy. I takut lepas I nyanyi terus
hujan macam dulu tu. Parah kita.”
Fendy terus
ketawa dan mengangguk. Okey je pada
I.” Dia menyetujui dan aku hela nafas
lega.
Tak lama kemudian,
aku nampa k
seorang lelaki dan perempuan beriringan masuk ke dalam taman. Lengan si lelaki dipaut erat oleh si gadis
dan aku hanya mampu tersenyum lalu menurunkan sedikit topi dan menaikkan
sedikit mafela hingga menutup dagu.
Lama… aku nampa k Ariq berbisik pada
Kak Diah lalu Kak Diah menekup mulut persis terharu. Aku hanya tersenyum tawar dan terus mengambil
tempat di belakang Ala n
dan Izue. Mengerti dengan kewalahan
hati, mereka hanya cuba
melindungi tubuhku.
Kerusi ditarik
dan mata Kak Diah terarah terus pada pentas.
Aku tahu dia tak mungkin camkan aku dan juga tak mungkin dia cam Ala n dan Izue dalam
suasana malap begini.
Ariq mengambil
tempat duduk di depan Kak Diah dan juga menghala pada pentas. Mereka saling tersenyum dan saling berbisik
dan aku tahu, Kak Diah suka dengan hiasan sebegini. Tidak terlalu sarat tapi dihiasi dengan
warna-warna pelangi yang dia gemari.
Hanya ada pentas dan juga sebuah meja untuk dua oran g di depan kami. Sedikit terkepung dipagari bunga mawar putih
kegemaran Kak Diah. Memberikan haruman
alam semula jadi yang nyaman menerjah rongga hidung.
Buat seketika,
aku bayangkan diriku dalam gaun labuh yang tersarung pada tubuh langsing Kak
Diah. Gaun yang berwarna biru terang penuh dengan
taburan batu-batu Swarosvki agaknya.
Berkilat. Rambut ikal panjang yang dilepas bebas dan sesekali, dia
menyelit rambutnya di belakang telinga membuatkan Ariq menjeling seketika
sebelum kembali memandang pentas.
“Ehem…” Fendy berdeham panjang. Dia memandang ke belakang dan tersengih.
“We’re welcoming you both guys… merpati
dua sejoli sama cantik sama padan dan untuk pengetahuan you, kami dah lama
menanti tapi sebab cik planner kami
suruh sabar, kami sabar dan sebab kau Riq… aku di sini. Untuk menjadi saksi kau dan Cik Love kau
bersatu,” ucap Fendy mengusik pasangan di depan kami.
Aku lihat Ariq
silang panggung. Nam pa k kasual dengan jaket kulitnya
dan juga denim biru gela p
serta t-shirt biru muda. Sempurna.
“Dan harap you guys… suka dengan prop ni,” sambung Fendy sedikit.
Bila stick drum diketuk tiga kali, Fendy menyanyikan lagu-lagu cinta buat mereka
hingga aku lihat Kak Diah terbuai-buai sendiri dan Ariq hanya tenang sambil
memanjangkan lehernya bagai mencari aku.
Hingga akhirnya,
mereka menikmati makan malam, Fendy beralih pula pada lagu-lagu Inggeris yang
sedap didengar. Semuanya tentang
cinta. Cinta di bawah sana bukan Cinta di atas pentas ini.
Tak sedar waktu
berlalu, hingga tiba untuk aku menyanyikan sebuah lagi buat Ariq seperti mana
yang dia pinta. Aku mahu singkatkan
waktu yang terasa panjang ini. Fikiranku semakin tidak keruan. Usah kata ke laut tapi terus menjunam ke
dalam jurang Mariana melihatkan gela k
tawa Ariq dan Kak Diah.
“Nak nyanyi lagu
apa?” soal Izue.
Aku ketap bibir
dan mendongak sedikit mencuri pandang
pada Ariq yang ternyata sedang merenungku yang melindungi wajah.
“Lagu lama… oldies.
Aku baru dengar lately lagu
ni…”
“Apa?”
Aku bisikkan
tajuk lagu pada Ala n
dan dia jegilkan mata padaku tidak percaya.
“Other song, please,” rayu Ala n tapi aku
menggeleng.
“I just don’t remember others song, Ala n. Aku blur tapi aku perlu tunaikan permintaan
Ariq buat kali terakhir. Aku perlu,”
tekanku hingga akhirnya, Ala n
mengalah.
Dia mendekat
pada Fendy, Izue dan juga drummer
tersebut. Biarpun masing-masing bulat
mata, aku juga tidak peduli. Aku
buntu. Hanya ada satu lagu yang sedang
berdengung dalam kepalaku.
Drum berbunyi,
disambut oleh bunyi gitar lead dari
Izue dan juga ditambah bass dari Ala n juga bunyi organ
dari Fendy juga rythym dari gitarku
membuatkan bunyi ini harmoni dan ind ah
namun pedihnya alunan muzik ini melahap hatiku rakus.
“This is for you, Muhamad Nashriq. May
Allah bless both of you,” ucapku dengan suara yang sedikit serak membuatkan
mereka yang sedang rancak berbual memandang pada pentas.
Diantara kita
aku lebih terasa erti sengsara
Di sebentar aku
tiada berupaya merawat duka
Dek kerana
engkau hidupku tak menentu
Mengharap
terlena diganggu mimpimu
Di dalam sedarku
teringat namamu
Melintas
bayangan luka makin dalam
Aduhai terpedaya
bermain api cinta akhirnya terbakar
Seia sekata
dilautan cinta, diuji gelora kau tak berdaya
Aku yang dahaga
seteguk kasihmu musafir lalu
Berendam airmata
bukanlah caraku
Menyimpan kasih
hampa itu yang kutahu
Dan engkau terus
bersandiwara
Kutelan jua
hempedu bisa yang kau lakonkan bersamanya
Kutelan jua
hempedu bisa walau jadi madu kau kembali padaku
Cukuplah sekali
denganmu menyintai dan bermesraan
Walau seribu
tahun lamanya… kuderita..
Chorus
aku ulang dengan suara yang semakin bergetar dan mulut yang masih lagi
mengalunkan lagu dengan suara yang semakin sumbang bila airmata berjejeran ke
pipi. Alan mendekati dan disiku aku
sedikit.
Bila aku
mendongak, Ariq bangkit berdiri. Kak
Diah memandangnya dan bibirku masih bergerak mengalunkan lagu yang aku sendiri
tidak pasti, untuk apa aku alunkan lagu ini untuk dia sedangkan ini adalah hari
bahagia? Adakah kerana aku sendiri sudah
belot pada Kak Diah? Menolak Ariq begitu
saja? Berlaku tidak adil pada diri
sendiri?
Kaki Ariq
menapak ke arah pentas dan aku hanya berlagak tenang biarpun aku rasa kaki ini
hendak membuka langkah seribu. Selesai
aku lantunkan lirik penghabisan, aku terus meletakkan gitar di kaki dan terus
berlari menuruni pentas tanpa menoleh lagi kerana aku kini mengalirkan airmata
melihat keindahan di depan mata yang meremuk redamkan hatiku.
Di sini pertemuan
pertama kita dan di sini jugalah menjadi pertemuan terakhir kita, Ariq, ujar
hatiku perih.
~~> bersambung
YES!!!
ReplyDelete1ST COMMENTER....
SEDIHNYA...CIAN NAQI..
TPKSA LEPASKN ARIQ PD KAK LOF DYE...
HUHUHU
NK NITIK AIR MATA BACA...
TERBAIK LA KAK REHAN!
UP LG AE..
ooowhh.. sayunya baca :(
ReplyDeletealaa....sedihnya Naqi. Tak sukalah Ariq buat Naqi camni.
ReplyDeleteAriq ok je kan..naqi yg menolak...
Deleteharap lepas nih naqi terima ariq...biar padan muka nadiah...~lin~
ReplyDeleterehan..pls give me happy ending..hua..
ReplyDeletesatgi ngadu lagi la si diah tue
ReplyDeletekaki report..nyampah giler dekat minah nie
omg! lagu kump finalist. adoi kak..sedihnya bab ni
ReplyDeletesedihnya....baca n3 nie dgn linangan airmata
ReplyDeletekak rehan..naqi nyanyi lagu apa eak???
ReplyDeletesedihnyerr..:(
waaaa sedih nyer Rehan...kesian Naqi...
ReplyDeleteHhuuuuuuuuuhuuuuu... sayat2 terasa hati ni..
ReplyDeletesedihnye bce..kesian naqi tu..please smbung lg!
ReplyDeleteUwaaa...siannya naqi..no wories dear, jgn sedih ke aku yg tgh sdih ni ... kak rm next entry. :-)
ReplyDeleteOh nooo, this is killing me. Seriously. Kesian naqi she's a very tough woman. Hope that ariq won't left her and kalau betul ariq suka dia please please please defend her. Next kak rehan pleaseeeee satu je lagi.
ReplyDeletesiannya naqi.
ReplyDeleteariq shouldnt bring nadiah over there..
huhuhu
Mak aiiii suspen giler ni.....
ReplyDeleteSedih pun yeee jugak...
Adakah malam ini Ariq tahu akan hubungan Lof & Naqi????
cian nyer naqi.. RM nk lg pls.... sedih nyer...
ReplyDeleteconfirm, naqi akan berkoban...naqi kan baik, sebb dye x nak mak dye bencikan dye sebab nadiah...kesian naqi...
ReplyDeletesedihnya kesian naqi.
ReplyDeletepedih dan sedih...
ReplyDeleteNaqi2x...... RM, bagi la dia sedikit bahagia...... Adusss sedihnya.......
ReplyDeletewaaaaaaa xpuas ati la!!!KEJAM N SIAN KAT NAQI....I HATE U ARIQ!!!
ReplyDeleteCian nyer naqi...RM ni mmg dera la..tp enjoy..
ReplyDeleteSedih nye.sakit hati dgn nadiah dan mak die tu.cube sedar sikit yg mereka ade hati yg perlu dijaga.
ReplyDeletesedihnya!!huhuh..tp best sangat..tahniah!!
ReplyDeletenagiiii...pi larik jauh2 ubatkan hati yg lara...pasal ariq ngan diah tuh pi telungkup la sama dorang...mak dia pun sama jah nama je cerdik pandai berjawatan tinggi tapi serupa otak udang jah...
ReplyDeleteHua..sedihnya kesian dekat naqi...nak lagi
ReplyDeletenaqi meh sini den bagi nasihat sikit.pergi lari jauh-jauh.sambung study kat obesi sana haa.biar semua orang tercari-cari hang.biasalah bila dah tadek depan mata baru menggelupur kan.~mood...meratapi kelukaan naqi hukhuk
ReplyDeleteariq,den jamin ekau takkan bahagia punya dengan diah or ur lof whatsoever tu.harap muka je cantik dok bawah ketiak mak je 25 jam.ouh stresssss!
papepun, the person that i hate the most is mak diorang. sebab mak dia lah Naqi jadi macam tu... huhu
ReplyDeletetolonglah buat naqi lari jauh2.. biar dia cari kebahagiaan lain pulak
lorh, baru tahu... rupanya sejak kecik lagi mak si naqi tu tak jaga dia, eeei sampai hati sisihkan anak macam tu. Patut Naqi lari jauh2 dan takyah ingat lagi pasal diorang
ReplyDeleteRehan...sebaknya dada,sakitnya hati... Sian Naqi. Tak sabar nak baca de next n3.
ReplyDeletejantung saya palpitation...
ReplyDeletex sabar utk next entry...sgt takot ape jd kt naqi..huhuhu
naqi.....
ReplyDeletebiar la naqi pergi jauh...
ReplyDeletetenangkan fikiran,
pastu balik semula dgn pakwe yg lebih kacak + perihatin + kaya drp si ariq tu...
hidup happy ever after..
biar padan muka semua.
kesiannyeer naqi...x pe naqi lari je jauh2..lepas tu balik dengan perubahan baru biar..semua mak dia buka mata sikit...
ReplyDeleteso sad =( hampir menitis air mata..
ReplyDeletehope after that have new entry! =)
Sob sob sob:'(:'(. Cian kat naqi. Hopefully her sadness won't be for long. May happiness be hers soon. Minta2 mak dgn kakak dia akan insaf and repent. Especially her mum coz treating her unfairly all these while. Lg baik lak tauke chin tu dr mak naqi. Bertabahlah naqi:-):-)
ReplyDeletenaqi! kesiannye.
ReplyDeletesedih.. sedih. =(
ReplyDeletehuhuhu.. sakit dada ni menahan sebak.. tanpa menyedari titisan airmata sudah mengalir membasahi pipi... terbaik la rehan..
ReplyDeletekalo kak lof dia ni x fhm2 ag x tau la tu. sampai lagu abeh leleh org nyanyi time saat bhgia..teruskan usaha karehan. Insayaallah akn jumpa nnt pndrive yg hlang tu
ReplyDelete>>k<<
kesian naqi trpaksa bkorban perasaan hanya utk mndptkn kasih dn sayang seorg ibu........
ReplyDeletesedih.... +_+ kecian gn naqi ...
ReplyDeletebersyukur sgt sbb ad mak yg xjht mcm mak naqi...
geram giler kowt kn mak naqi tuu.. ad ank baik pon x reti bersyukur ... kekadang trpikir gak cemana kalau citer niey btol2 brlaku n wujud skunk ni ... sedesss giler ...
mengalir air mata baca..sob-sob
ReplyDeletebkn hmpir menitis lgi air mata ni dh lebat bgikn hujan yg menyimbah bumi yang sdg ketndusan air. pergilah... naqi. pergilah jauh andai ini sja cranya kau dpt membahagiakan dirimu sndiri. sian kau sejak kecil lgi disisihkan oleh ibu dan keluargamua. apa gna lgi melihat kebahagiaan kakak kau andai kepiluan terus merobek tangkai hatimu. mujurlah ada shbat kau 2 org tu. apa akn jdi pd naqi for the next entry, RM? plzzze smbung lgi.
ReplyDeleteAduh..sedihnya..sian sungguh ngan naqi ni. kurang kasih sayang..harap mlm ni jd titik perubahan pd naqi la..berhijrah ke arah yg lbh baik..
ReplyDeletebest la cite ni...
ReplyDeletesedih sehingga menusuk kalbu...
nk lagi
buat la seribu kebaikan pun kalau mak naqi ni mmg dah bencikan dia dr saat dlm rahim lagi, mmg tak kemana la kebaikan tu... yg buruk jugak mak dia nampak kecuali la bila sampai satu masa keinsafan tu dtg pada diri mak dia baru agaknya mata mak dia tu nk terbuka kot.... penah baca satu novel karya jemari seni... kaca jendela Ainnur... mcm ni la mak sendiri bencikan anak sampai ank dia buat janji klu mak dia sembuh dari sakit, dia takkkan muncul lagi depan mak dia sbb tak mahu sakitkan hati mak dia lagi.. last2 mak tu menyesal jugak... sedih...
ReplyDeletenaqi you deserve someone better.....
ReplyDeleteish3 ...ada ke mak orang macam ni...sedangkan mak kucing pun sayangkan anak dia.
ReplyDeletewwannur.....
ReplyDeleteadushhhh Rm apsal sedih aje ni,,, hari tu nur, ni nagi, aku kesian kat nur tak habis lagi, ditambah naqi plak..huk..uk..huk... sabar naqi, TUHAN ada,, mesti ariq nyesal tak sudah...mencik tul aku ngan mak si naqi ni,
sedeynyee...wuaaaa....syng sesngt kt mak smpai Naqi sanggup telan semua....hope lps nie kakk dng mak Naqi sedr akn persaan Naqi...
ReplyDeleteara
kdg terfikir nape Anil push naqi utk dptkn Cik lof..sdgkn blh je upah org lain.....rupanya dia tahu je pls naqi.......rasa mcm adamuslimat je semua ni...
ReplyDeleteCuma nnt kuat ke naqi nk hadapi bila tgk Nadiah ngn aqil? ...mmg sbb kak n mak dnafikn cintanya buat aqil. .....utk Kali ni naqi pls pikirkn keahlian naqi pula...sampai bila nk berkorban. ......bc cite ni teringat lk terlerai kasih.......sedihnya. ...
jgn lpskn rasa cinta tu
..kelak dua2 merana. ......baik naqi @aqil. ...
cinta Dan muzik.......seiring melangkah dlm melodi CINTA. .......
aku pun rasa ada muslimat dan muslimahnya..hehehehe..
Deleteayoyooo...sedey le camni...hati naqi xckp keping..puzzle xleh cantum..huhu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSEDIH LA KAU NAQI!!! salah diri sendiri .... salah diri sendiri, sekarang awak dah buat keadaan serbasalah pada Aqil... orang tu dah cakap cintakan awak, awak tolak konon2nye sayangkan mak , nak mengharapkan kasih sayang mak yg tak penah mengaku awak tu anak dia ...nak tanya bebaloi ke???? kakakaka teremo laaa pulak ....
DeleteBerkorban boleh tapi jangan bunuh diri laaaa....
RM ni slalu buat aku menitik air mata tau... huhuhuhu... best! superb! :D
ReplyDelete-mimi-
RM,,,,,hujan sudah dlm opis akk ni,,,,,sian naqi,,,,moga dia jmp cinta yg sejati bila dia da berhijrah nnt,,,
ReplyDeleteSedihnya.... tak tau nak ckp dah.. perit rasa hati nie... Next entry please..
ReplyDeleteSEDIH... :(
ReplyDelete-HANA-
urat mataku hangat.. pandangan jadi berbalam.. bagaikan aku yg mengalunkan lagu hempedu bisa itu... oh! sendu..
ReplyDeletemr ariq...see what you have done? are you satisfy? do you know what responbility mean is?
ReplyDeletelain kali nk mengurat jgn suruh org...skrg sape yg dh terluka? lu mmg hati kering la bro...
Pagi pagi masuk kerja terus buka RM. Naqi isk isk sedih, tangkap leleh. Panjang sikit ye. boleh feeling lama sikit. He he
ReplyDeletemmg tangkap leleh la dgr lagu nyanyian naqi ni..sobsobsob..tak ble tahan..
ReplyDeletenape ari lambat sgt n3 15...
ReplyDeleterindu naqi...cian naqi
itu lah pasal..
Deletekak RM mana entry ni??
rindu dah dengan naqi n ariq ni.. :(
Sedihnye...
ReplyDeletesian nya naqi . haaa naqi better naqi pergi jaoh2 . tenangkan fikiran . belajar lagi maybe . biar mak ko yg hati busuk tu tercari2 . biar ariq sedar siapa yg dia cinta . bukannya kak diah ko tu . haishh . aku pulak yg terlebih hormon emosi .
ReplyDeleteaniq ni ke anak puan sri yang mak naqi kata nak jodohkan dengan kakak naqi tu....?kalu betul lagiiiiiii le harunyeeeee...
ReplyDeletebaiknya naqi :( sedih la,,,
ReplyDelete-athirah-
RM, sudi-sudikanlah sambungannya...dan lagi dan lagi....
ReplyDeleteWe don’t know generate income wound up listed here, even so consider this information is unexpected.
ReplyDeleteMy spouse and i don’t recognize what you do even so undoubtedly you're going to be described as a famous tumblr, if you are not currently.
Look into my website :: 423777
so sad... terharu dgn smua yg terjadi...
ReplyDeleteargh!!!! saya da nges nk buat mcm mna nie!!!! T___T
ReplyDeleteda la smbil baca dgar lagu Marc Anthony- My Baby You..... mmg nges lagi la..... argh!!! exited nk tau ap jdi... ariq kejar ke x??? SEDIH!!!!!!!!!
Thanks kak rehan for this entry
-Song Hyun Sun-
adusss... naqi,naqi,baek hang pi jauh2 ke oversea ke ap. biar si ariq tu tercri2 hang. ariq ni pon satu. lambt sgt sedar hati di da terpaut kat si naqi tu. last minit bru nk sedar,tengok spe yg terluka? naqi jugak.
ReplyDeletethanks kak RM!
kesian la kat naqi ni,, by the way,
ReplyDeletethanks kak RM !
Kesian naqi
ReplyDelete