BAB 18
TELEFON bimbitku
menjerit nyaring. Nama Alan naik tapi
aku biarkan saja deringan itu mati sendiri.
Tangan aku masih ligat mengemas pakaian yang masih ada berlipat di dalam
almari kayu ini ke dalam bagasi. Gitar
kapok itu aku sumbat ke dalam case
dan buku-buku, aku sumbat pula ke dalam beg galas beg galas. Topi keledar aku letak di sisi case gitar dan cadar aku kemaskan
seperti mana saat pertama kali aku masuk ke sini hampir dua bulan yang
lalu.
Kali ini telefon
aku menjerit lagi. Naik pula nama Izue
tapi aku juga buat tidak tahu hingga
akhirnya deringan itu mati, aku matikan terus telefon itu. Puas hati.
Mudah tak terima apa-apa panggilan juga nanti.
Bilik ini aku
pandang lama. Ternyata bukan juga rezeki
aku. Dari bilik yang besar hingga ke
bilik yang kecil ini, masalah tetap mendatang tak sudah-sudah dan rasanya tiba
masa aku benar-benar menyendiri di tempat yang tak ada orang tahu. Mencari nilai dalam kehidupan yang sementara
ini.
Beberapa ketika,
aku pandang jam di pergelangan tangan kanan.
Sudah menghampiri jam lapan pagi.
Setelah yakin dengan keputusan yang aku ambil, case gitar aku gantung ke bahu, beg galas aku sandang di belakang
dan bagasi kecil itu aku seret laju menuju ke pintu.
Terbuka saja
daun pintu, aku hampir terduduk bila wajah Izue dan Alan muncul mengah dan dahi
yang terentang kerutnya.
“Eh, korang buat
apa kat rumah aku ni pagi-pagi?” tanyaku
tersengih dan menggaru kepala.
Izue ketap
gigi. Alan garu kepala.
“How was last night, guys? Everythings under control?” soal aku lagi cuba mencipta suasana yang
selesa setelah apa yang terjadi.
Alan genggam
penumbuk, Izue ketap rahang.
“Jangan nak
merepak, Naqi? Kau tu okey ke
tidak? Tersengih sana sini, kau ingat
kitorang tak tahu ke kau sakit?” tanya Izue membentak.
Aku sengih
dengan wajah selamba. Padahal kelopak
mata membengkak dan wajah sedikit sembab.
“Aku aku tak
faham apa yang korang maksudkan ni,” selaku buat-buat tak tahu.
“Kalau tak faham, tak kan dengan beg-beg
segala ni? Kau nak blah dari rumah ni,
ya? Nak lari jauh-jauh, kan?” Alan sinis.
Tak jadi aku
hendak melangkah bila mereka berdua menghadang laluan. Bagasi kecil itu aku sandar pada
dinding. Case gitar aku letak di sisinya.
Membetulkan sedikit selendang yang membelit leher dan saat ini,
terdengar suara Ariq padaku malam tadi.
Terbayang wajah suramnya bila menghantar aku pulang semalam.
“CINTA abang
adalah Naqi. Tak apa tak ada nama cinta
pun sebab abang tahu, hati Naqi sudah mewah dengan cinta. Tak apa tak jadi anak kesayangan mak ayah pun
sebab Naqi akan jadi isteri kesayangan abang dan menantu kesayangan mummy dan
papa. Cumanya, abang tak akan paksa
Naqi. Abang berserah… abang reda dengan
keputusan Naqi. Hati Naqi hanya Naqi dan
Allah saja mengerti. Abang tak tahu
sebab Naqi tak bagi peluang untuk abang belajar bahasa hati Naqi. Abang tak reti sebab Naqi tak ajar abang cara
untuk kita bercinta tapi satu yang abang tahu, Naqi dah ajar abang erti
merindu,” ujar dia panjang lebar setelah dia menghentikan BMW X7 itu di depan
flat tempat aku menyewa.
Dalam suasana
hening dan sepi di awal pagi, Ariq akhirnya menghantar aku pulang setelah aku
tegarkan hati tak mahu membuka mulut biar jenuh dia menyoal. Sudahnya, dia bosan sendiri dan menghantar
aku pulang tanpa perlu aku memaksa.
Tangannya
dilekapkan pada stereng dan dahinya pula menyentuh belakang tangan. Dia menggeleng berkali-kali saat aku
menjeling sebelum dia angkat kepalanya dan memandang aku.
“Buka
pintu. Naqi naik dulu. Dah terlalu lewat. Mummy dan papa abang tentu risaukan abang,”
ujarku.
Bukanlah niat
untuk mengabaikan setiap kata-katanya.
Segalanya terkesan di jiwa. Ariq
tidak tahu derita hati aku kerana menolak dia.
Dia tidak tahu menderitanya jiwa bila terpaksa menolak kasih sayang yang
aku harapkan selama ini bila keadaan langsung tidak menyebelahi aku.
“Abang izinkan
Naqi berlalu buat sementara tapi boleh tak sekali abang mohon…” Dia berjeda.
Mengira-ngira ayat seterusnya untuk disusun pada aku.
“… abang nak
dengar Naqi cakap Naqi cintakan abang.”
Aku ketap bibir
dan menelan liur. Terasa perit dan
kesat. Terasa susah hendak bernafas dan
terasa terkatup rapat kedua-dua bibir.
“Buka pintu,”
suruh aku lagi tanpa menghiraukan kata-kata Ariq.
Dia mengeluh berat. Kecewa.
“Esok abang
boleh jumpa Naqi lagi, kan?”
“Moga takdir
menemukan dan kalau tidak…” Aku
menggeleng sebagai penyambung kata.
“Abang tak nak
mengalah sebelum merancang…,” bantah Ariq.
“Dan abang dah
banyak merancang selama ni, kan?
Segalanya abang rancang untuk
dapatkan cinta abang. Kenapa bila cinta
itu ada abang beralih arah? Letakkan
Naqi dalam keadaan serba salah? Abang
tak dengar ke tadi betapa sinisnya mak pada Naqi, bang? Abang tak dengar ke kata mak, Kak Diah
menangis… dan semua ni kerana abang.
Untuk ini semua, abang nak Naqi yakin dengan cinta abang?”
Aku memuntahkan
kata. Sebenarnya lebih pada niat hendak
menyakitkan hati Ariq biarpun aku benar-benar yakin yang dia benar-benar
mencintai aku.
“Bukti apa yang
Naqi perlukan untuk buat Naqi percaya?
Tak cukup dengan pengakuan abang depan keluarga kita? Atau Naqi nak abang heret Naqi kita nikah
dekat Siam, macam tu?”
Ariq juga tidak
tewas. Semakin aku membentak, semakin
dia menjawab. Aku tahu, lelaki usah
dicabar. Itulah yang Izue dan Alan
katakan dan bila pertama kami berdepan dengan lelaki seperti Ariq, aku jadi
asing.
“Nikah bukan
jalan penyelesaiannya. Naqi punyai
cita-cita. Biarpun tak sehebat Kak Diah, akan jadi doctor. Setidak-tidaknya Naqi ada kerja yang
tetap. Boleh bagi sikit duit belanja
pada mak dan ayah biarpun mungkin tak dipandang. Naqi ni anak terbuang. Tak ada sebab untuk abang jatuh cinta pada
anak terbuang dan menjadi menantu yang dibenci sedangkan abang boleh jadi
menantu yang dipuja!” bentak aku
kegeraman.
Aku menjeling
Ariq tapi dia tersengih pada hujung bibir.
Biarpun nampak cukup sinis tapi tetap berbaki kemesraan dalam senyumannya.
“Memang abang
tak punyai sebab untuk cintai Naqi.
Abang tak sedar bila dan bagaimana tapi Tuhan dah tiupkan rasa cinta tu
dalam hati abang macam tu je. Cuma abang
yang menarik tentang Naqi, Naqi terlalu sayang ibu bapa dan anak-anak yang
menyayangi ibu dan bapanya itu sangat disayangi Allah. Itu buatkan cinta abang pada Naqi jatuh
bertebaran tak terkutip. Biarlah
tersebar seluruh dunia kerana abang memang mahu seluruh dunia tahu, abang
cintakan Naqi. Seburuk mana layanan mak
Naqi, Naqi tetap ingatkan dia dan insya-Allah, abang percaya anak-anak kita
akan taati Naqi lebih dari segalanya.”
Aku tahan hati
mendengarkan kata-kata Ariq. Anak-anak
kita? Kita? Aku dan dia?
Sesuatu yang tidak mustahil tapi agak tidak mungkin. Dia bermimpi dan aku perlu sedarkan dia moga
terus jaga dari lena yang membuai rasa.
Tawa kecilku
meletus. “Do not trust hope…”
“It’s fated. It’s our destiny. You and me.
Trust me. One fine day, you’ll
say that you love me. More dan ever,”
tukas Ariq yakin.
“So…”
Keningku naik.
“Let it be naturally, Muhamad
Nashriq. Do not against the flow.
Terima kasih hantar Naqi dan…”
Selendang aku jatuhkan dari kepala.
“… kita jangan
jumpa lagi,” sambungku tapi tangan Ariq lebih cepat menyambar pergelangan
tangan aku menahan dari selendang ini jatuh ke bahu.
“I’m the one who put the shawl on your hair. Naqi ingat, hanya abang yang mampu lucutkan
kain tu dari kepala Naqi dan dari seluruh tubuh Naqi sekalipun. Ini janji abang and now… you may go,”
tekan Ariq cukup perlahan tapi sangat tegas pada pendengaran aku.
Aku menelan
liur. Jiwa bergelora, hati
sengsara. Antara keinginan dan kewajipan,
aku semakin tersempit. Terhimpit.
“Go.
Sebelum abang tak bagi Naqi balik langsung!” tekan dia lagi menyergah aku yang masih
terpinga-pinga.
Stereng dihendak
sedikit kuat dan kunci kereta dibuka.
Aku cepat-cepat menolak pintu kereta dan berlari naik ke atas dengan
jantung yang berdegap tak henti-henti.
Takut melihatkan Ariq seketika tadi.
“HEH… ini bukan
Ariq dengan kau ni, Naqiah! Sampai kau
nak renung aku gitu gaya. Macam nak
terkeluar mata tu!”
Aku
tersentak. Alan menegur keras. Mereka ada di depan mata, aku boleh
terbayangkan Ariq.
“Kau ni tak
okey, Naqi. Percayalah yang kau tak
okey,” tambah Izue pula.
Aku garu kepala
dan tersengih tanpa makna. Malu sendiri
sebenarnya biarpun sedih itu masih berbaki.
“Aku
okeylah. Beg semua ni aku memang nak
pindah tapi rumah sewa dekat dengan kedai Tauke Chin. Mudah aku nak kerja. Lagipun, sewa sini mahal sangat. Korang bukan tak tahu, aku dah tak ada kerja
lain. Tunggu result keluar esok karang, kalau elok aku apply scholarship kalau tak, aku kerja dulu,” jawabku setelah lama
mencari alasan untuk Alan dan Izue.
Bukan niat
hendak membelakangi mereka yang telah banyak membantu aku tapi aku benar-benar
perlu bersendiri. Jauh dari pandangan
mata mereka.
“Huh… boleh
percaya ke kau ni? Dulu nak keluar dari
banglo parents kau tu, kau kata nak
berdirikari tapi hakikatnya…” Suara Alan
terhenti.
Dia menjeling
Izue yang masih dengan wajah tegang.
“… kau memang
nak lari dari keluarga kau, kan?”
sambung Izue pula.
Aku
menunduk. Mengetap bibir sendiri dan
bertahan hati moga mata tidak melahirkan titisan jernih itu ke pipi. Sedih dengan ayat Izue dan Alan. Bukan aku tidak mahu berada di dalam rumah
banglo besar itu tapi aku bagai tak diperlukan.
Mereka tahu tapi mengapa mereka tak mengerti? Aneh.
“Korang tak
faham masalah aku…”
“Memang aku dan
Alan tak faham Naqi tapi satu yang aku dan Alan faham, kau dan Ariq saling
mencintai tapi tak dapat bersama sebab mak kau dan kakak kau, kan? Sekarang menderita dan nak larikan diri? What
nonsence?” cemuh Izue.
“Kau ada
masalah, kami ada selama ni, kan? Kenapa
sekarang ni nak lari? Abaikan panggilan
kami?”
“Sebab kita tak
boleh selamanya macam ni, korang. Aku
dan korang ada kehidupan sendiri.
Semuanya berbeza dan sampai bila aku nak jadi macam ni? Korang kawan aku dunia akhirat tapi ada
perkara yang membataskan. Korang faham,
kan?” tanyaku dengan nada yang
sedih.
Perlahan-lahan,
aku tarik selendang dan aku letak di atas kepala. Memandang Izue dan Alan yang nampaknya mula
hendak mengerti.
“Kami faham tapi
kau macam adik kami…”
“Kalau aku
korang anggap macam adik, doakan aku,” pinta aku pada mereka.
Alan dan Izue
berpandangan. Wajah masing-masing
kembali tenang. Izue bersandar pada
pagar dan Alan bersendeng pada birai pintu.
“Nak ke
mana? Kami hantarkan?” pelawa dia.
Kali ini aku
mengangguk. Destinasi biasa tapi akan
aku bawa langkah seterusnya dengan mencari jalan yang tak mungkin mereka
temui.
“Terima
kasih.” Aku meraup wajah dan tiba-tiba
teringat pada Kak Diah.
“Kau dengan Kak
Diah macam mana? Kau hantar dia semalam,
kan? Dia okey tak?” Risau juga aku dengan keadaan Kak Diah yang
menangis kata mak. Bimbang memberi kesan
pada pelajarannnya.
Alan jongket
kening dengan wajah tanpa senyuman.
“Kalau aku kata
dia tak okey?”
Aku
mengangguk. Mengerti dan faham benar
keadaan dia. Mak juga risau hingga aku
diherdik. Salah sendiri, bukan ada kena
mengena dengan sesiapa.
“Aku tahu Kak
Diah mesti sedih sebab Ariq, kan?”
“Dia sedih sebab
kau, Naqi,” pintas Alan cepat dan aku mengerutkan kening memandang dia.
“Sebab aku… dia
kehilangan Ariq? Macam tu?”
“Nope…”
Alan menggeleng pula dan dia memandang Izue sebelum menyambung.
“Sebab dia kau
dan Ariq menderita,” jawab Alan tenang.
Aku semakin
tidak mengerti. Jika begitu, kenapa dia
menangis dan kenapa mak mesti melenting?
Atau mak sememangnya tak mahu lihat aku hidup senang dan bahagia?
“Apa maksud
korang? Aku tak berapa nak faham?”
Alan dan Izue
berpandangan. Mereka tersenyum tipis
sebelum kembali memandang aku yang masih kebingungan. Pelik dan rasa aneh di situ. Bila Kak Diah ada rasa simpati buat aku?
“Dia pilih adik
dia instead of love,” jelas Alan
ringkas.
Keningku semakin
berkerut. Minda dah mula rasa nak jammed.
Perlahan-lahan, aku picit pangkal hidung mahu menghalau rasa sakit
kepala yang tiba-tiba.
“Aku tak
percaya,” bantah aku yakin.
Kalau benar
begitu, pasti mak dan mengamuk sakan malam tadi. Pasti aku tak dimalukan di depan Ariq dan
keluarganya. Pasti tak begitu kesudahan
kami.
“Percaya atau
tidak, dia kakak kau. Kau lebih kenal
dia…”
“Ya…”
Kata-kata Izue
aku cantas lemah. Airmata kembali murah
bertakung di tubir mata. Malah akan jadi
lebih murah bila menitis lagi di depan mereka.
“… sebab dia
kakak akulah aku kata kau tak percaya. Dan
korang jugak tak akan percaya kalau aku katakan tentang hubungan kami adik
beradik. Dahlah… aku nak lalu. Kalau korang nak hantar aku toksahlah. Aku lupa aku ada motorsikal. Jumpa lagi dan…” Aku menarik daun pintu. Menutupnya rapat setelah aku mencampakkan
kunci rumah ke dalam rumah.
“…kalau boleh
jangan cari aku buat sementara waktu. Aku
perlu waktu bersendiri,” sambungku, memberi pesanan seraya menggendong case gitar dan beg galas serta membimbit
bagasi kecil itu.
Alan dan Izue
tak terkata. Bila kali terakhir aku
berpaling, mereka hanya mampu memandang.
Baru saja aku hendak melangkah anak tangga terakhir sebelum menghilang
dari pandangan mereka, suara Alan menegur.
“Ariq
betul-betul cintakan kau, Naqi. Dia cintakan
kau apa adanya kau.” Kuat saja suara dia
berbicara.
Aku memanggung
kepala dan tersenyum. Mengangguk seketika
dan menggeleng kemudiannya. Otak sendiri dah rasa keliru lagi.
“But it’s too late. Dah terlalu lambat untuk semua tu dan aku tak perlukan cinta
lagi bila mak aku sendiri tolak aku jauh dari kasih sayang dia. Cukuplah kasih sayang Allah pada aku dan aku
tahu, korang akan sentiasa sayangkan aku.
Jaga diri dan doakan aku moga terus tabah,” pintaku separuh
berbisik.
Tak tahulah
mampu diterima gegendang telinga Alan dan Izue atau pun tidak tapi bila Izue
membalas, aku yakin mereka menerima dengan jelas kata-kata aku.
“Semua yang
terjadi dalam dunia ni selagi bernyawa tak pernah terlambat Naqi. Selagi kau dan Ariq ada dalam dunia ni, masih
tak terlambat untuk korang bersama. Selagi
mak kau masih ada, tak terlambat untuk korang berkasih sayang sama juga kau…
setelah bertahun-tahun aku lihat rambut kau tapi hari ni…” Bibir Izue tersenyum segarit. Nampak tulus dan ikhlas. Dia bagaikan
kehilangan kata kali ini.
Aku spontan menyentuh
hujung selendang ini. Menunduk dan menitiskan
airmata bila teringatkan kata-kata Ariq di depan mak dan ayah serta mummy dan
papanya. Aku cantik bila bertudung dan
hanya dialah satu-satunya lelaki yang akan membuka tudung ini untuk aku nanti
dan jujurnya, aku berharap ‘satu hari’ itu tiba juga biarpun mustahil.
“Kau cantik
bertudung, Naqi dan ini peluang yang telah Allah beri. Aku suka.
Kami suka. Peluang tu sentiasa
ada Naqi cuma kita harus mencari. Ariq
menanti,” sampuk Alan tak puas-puas memprovokasi aku dengan nama Ariq.
Aku melangut
wajah memandang mereka. Tersenyum lagi
dan mengangguk.
“Aku tunggu mak
aku bagi kad undangan antara Ariq dan Kak Diah.
Moga korang boleh jadi band boy masa majlis diorang nanti. For free. Sebagai hadiah buat mereka…”
“Kau juga mesti
ada di sana, Naqi…”
Aku menggeleng
lagi. “Aku tak akan main muzik lagi.”
Usai berkata
demikian, perlahan-lahan case gitar
aku jatuhkan ke kaki dan terus berlari laju turun ke bawah biarpun mereka masih
memanggil nama aku. Biarlah aku
tinggalkan buat Alan dan Izue. Cukuplah
sampai di sini. Aku sudah terpesong dan
tiba masanya aku kembali ke titik permulaan demi sebuah kehidupan yang abadi di
sana nanti.
~~> bersambung
RM : Waaaa long time no see. Maaf, RM sangat busy. Ini pun tak habis lagi tapi curi masa sikit.
pada yang order buku2 mini RM tu bagi masa sikit ya. Kami tengah check buku2 takut ad lagi
pada yang order buku2 mini RM tu bagi masa sikit ya. Kami tengah check buku2 takut ad lagi
yang rosak. Jangan risau, akan dipos secepat mungkin. Batch dah habis ya. Pada yang tak dapat
maafkan dan buku UD yg ganti itu jugak akan dipos segera. Pada yang berminat masih boleh order.
huuuuuuuuuuu....sedihnya.... diah pilih naqi instead of ariq? interesting ;)
ReplyDeletetabahkan hati wahai naqi... ;(
ReplyDeletenak lg kak..x puas lh ... hehe
like =) tapi sian naqi =(
ReplyDeleteSamat tinggal..... huhuhuuu
ReplyDeleteSabar Naqi..
ReplyDeletelumrah kehidupan.. kita sentiasa di duga..
semoga tabah...
kesian naqi..kesian naqi.. aaaaaa.. naqi my heroinnnnnnnn
ReplyDeletesedeyyynya... menangis sy sy baca cerita ni.. sbb mmg realitinya mmg ade mak yg beza2kn anak.. sedih pedih sakit hati tuhan je tahu... good job RM...tq so much
ReplyDeleteakhirnya diah buat sesuatu yg bermkna atas nama kasih sayang dua beradik...waaaaaaa..sedih..
ReplyDeletecedihnya..
ReplyDeletetapi naqi tabah!..
nk jd cm naqi la..
kak rm..nt up lg ae..huhu
tp hepi ending tau..
best n3 kali ni..tgk tu naqi tetap utamakan keluarga dia dr cinta dia...
ReplyDeleteend of part 18 yg sedih...luka hati naqi semoga akan sembuh...n i trust ...one fine day ...naqi + ariq will together again..
ReplyDeletesedihnya.... hati Niqi terluka sebab kelurga bukan sebab ariq... semoga hati mereka dapat disatukan....
ReplyDeletesedihnya.......
ReplyDeleteLama tunggu.
ReplyDeleteTetap menanti n3 seterusnya.....mlm ni dan esok ptg,, EXAM. DOAKAN SAYA YER......
ReplyDeleteibu apa itu kalau beza2kan anak....?????
ReplyDeletenaqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH
ReplyDeletenaqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH
ReplyDeletenaqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH
ReplyDeleteSedih...huhy
ReplyDeletemcm x caye je nadiah ckp dia pilih naqi instead of ariq... tp xpe.. hope ending nanti ariq & naqi <3
ReplyDeletewaaaa... sikitnyeeeee.... nak pecah jantung membacanye... sob sob sob..
ReplyDeletewah....sedehnye........x sbr nk thu ending cite nie.....
ReplyDeleteKite dah tak tahan baca sedih2 nangis2 .. rasa hati mcm kena siat2 .. nk happy ending kena mcm ni dulu kan .. huwaaaaaaa
ReplyDeletewuwuwuwwu... *tarik tisu* T_T
ReplyDeletewaaaa!!! da dua bab nges nie..... confirm nk beli mini- nobel dia nnti :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-