BAB 19
TALI telekung
aku ketatkan sedikit. Usai mengaminkan
doa solat berjemaah Maghrib beberapa saat sudah, aku kini menanti pula tazkirah
daripada imam surau di perumahan flat Seksyen 17. Tidaklah ramai pengunjung tapi bersyukur bila
aku adalah salah seorang makmum yang mampu memenuhi saf pertama untuk solat
Jemaah malam ni memandangkan ada kuliah ugama.
“Kita sekarang
tak macam dulu. Dulu, anak-anak yang tak
suka mak… tapi sekarang ni mak pun ada bencikan anak.”
Aku tersentak
sendiri dengan mukadimah ustaz ini. Terasa tepat menyentuh ke jantung. Kejung.
“Sebab ustaz
cakap macam ni sebab fesyen sekarang, mak buang bayi merata-rata. Yang letak di pintu masjid ke, itu kira
okeylah sikit tapi yang campak ke sungai, buang dalam tong sampah, dalam
jamban, itu dikira lebih hina dari binatang.
Memang tak ada ibu yang tak sayangkan anak tapi kalau dah buang tu, itu
dikira sayang ke?” Soalan ustaz bergema
di dalam surau.
“Sebab malu,
ustaz. Tu dia buang padahal dalam hati
sayang,” sampuk seorang muslimin.
Aku dengar ustaz
ketawa sedikit sebelum kembali berbahas.
“Dia tak sayang
la tu. Kalau dia sayangkan anak dan
keturunan dia, dari awal lagi dia dah jauhi maksiat. Dia tak akan lakukan zina dan merosakkan
keturunan kita semua. Dia tak sayanglah
tu sebab tu dia buat maksiat. Bila ada
hasilnya, dia campak merata-rata. Dia
tak sayanglah tu. Kalau dia sayang, dia
akan jaga harga diri dan maruah dia.
Sebab itulah dunia sekarang, semakin maju semakin menakutkan. Bukan takut apa, takut manusia yang gunakan
kemajuan tu dengan cara yang salah.
Ustaz bagi contoh mudah… muzik.
Muzik tak berdosa tapi bila melalaikan, dah jadi dosa. Internet, facebook apa semua ni… tak salah tapi
kalau salah guna berdosa. Zina ni bukan
pada perbuatan antara lelaki dan perempuan bukan suami isteri je tapi juga ada
zina mata, zina telinga dan macam-macam lagi.
Sebab tu kita kena jaga anggota kita.
Allah tak pinjamkan kita seluruh anggota ni untuk tujuan sia-sia
melainkan untuk melakukan kebaikan dan beribadat padanya. Ingatlah semua, bila kita dimatikan kelak,
bila disoal, lidah kita ni akan diam je.
Yang berbicara hanyalah anggota dah sebab lidah manusia ni banyak yang
berdusta. Sebab tu ustaz kata, dunia
sekarang ni dah terbalik, mak buang anak tapi ingat, mak tetap mak. Dia melahirkan kita. Dia susah payah bersabung nyata untuk kita. Dosa dia dengan Tuhan, biarlah kita serahkan
pada Allah menghakimi tapi hak dia dengan kita, kita tetap kena lunasi. Kalau bercanggah, tegur dengan baik. Tak ada hak untuk kita maki hamun dia. Tak ada hak untuk kita bantah cakap dia
sekali tak bercanggah dengan Islam dan bantah ni bukan dengan herdikan dan maki
hamun, tapi dengan lemah lembut.
Lama-lama, lembutlah hati
dia. Kalau tak juga, berdoa
banyak-banyak. Kena ingat wahai
muslimin-muslimat sekalian, hadith riwayat At-Tirmizi mengatakan, Allah akan
menyegerakan balasan pada dosa menderhaka pada orang tua dan kita jangan
sesekali terus lalai dengan dunia yang penuh pancaroba ni. Lagi satu ustaz tengok sekarang, budak-budak
sekarang sibuk dengan K-Pop la… apa pop la.
Ustaz dulu pernah tengok pop kuiz je masa muda-muda tapi itu pun ayah
ustaz marah,” seloroh ustaz ini setelah memberi ceramah yang panjang
lebar.
Hadirin ketawa
seketika sebelum ustaz menyambung.
“Perkara-perkara
yang melalaikan ni jauhkanlah. Boleh
jadi ada baiknya tapi rasanya nampak kurang sopan saja sebelum ni. Macam perempuan… dengar ya muslimat. Muzik ni seronok dan tak salah. Tapi bila muzik ni semakin menjauhkan kita
dari Allah, itu tak betul. Tiap-tiap
petikan muzik tu nanti akan membawa kita pada neraka Allah je. Kalau rasa diri tak tahan dugaan,
jauhkanlah. Tak boleh nak lari, kita
elakkan diri. Tambah pulak anak dara,
ustaz sungguh kurang sopan.
Wallahualam.”
Ustaz itu
mengakhiri kata-kata. Dua-dua topik
terkena tepat ke batang hidungku.
Kesannya pada masa kini. Pada aku
sendiri. Ya… agak melalaikan dulu tapi
kini, aku sedar dari lena yang agak lama.
Terhenyak bila tak sudah diduga dan aku mula yakin, pilihan aku
tepat. Keputusan aku adalah
muktamad. Cinta Nur Naqiah dan muzik,
hanya tinggal sejarah dan aku dengan mak… apakah punyai ruang untuk aku
berbakti padanya sebelum salah seorang antara kami menutup mata?
Azan Isyak
berkumandang sayu. Airmata menitis laju
menginsafi diri mengingati kebesaran Tuhan yang satu. Bersyukur bila diberi peluang pada usia ini
untuk aku menutup segala aurat dan menolak ke tepi kebahagian dunia demi
mencari kebahagian akhirat.
Naik ke rumah,
aku terus menghubungi nombor telefon mak.
Berkali-kali aku cuba tapi masih belum dapat. Atau mak sengaja matikan talian, aku tidak
pasti. Tapi aku terus mencuba dan
mencuba hingga akhirnya, talian itu dijawab tapi suara ayah yang bergema di
hujung talian.
“Naqiah,” tegur
ayah.
“Ya… ini
Naqi.”
Ayah menghela
nafas yang panjang. “Naqi kat mana
ni? Dah pindah rumah lagi?”
“Erm… Naqi duduk
rumah sewa dekat dengan tempat kerja.”
“Naqi kerja
dekat mana?” soal ayah lagi.
“Err… area sini
je, yah. Err… mak ada?” Aku terus mengubah tajuk perbualan.
Ayah
mengeluh. Tahu ayah tak puas hati bila
aku tak menjawab tapi rasanya aku masih belum cukup bersedia setelah apa yang terjadi.
“Mak kat
luar. Tengah sembang dengan keluarga
Ariq,” beritahu ayah.
Aku menelan
liur. “Keluarga dia datang pinang Kak
Diah ke?” Sengaja aku bertanya dengan
suara yang ceria padahal hati agak ralat saat ini.
Ayah diam tak
menjawab. Sebaliknya, giliran dia pula
mengubah tajuk perbualan.
“Nak cakap dengan
mak ke?”
“Ingatnya tapi
kalau mak busy, tak apalah. Naqi telefon
nanti je. Kirim salam pada semua ya
yah…,” pesanku.
Tak sempat aku
matikan talian, aku dengar suara mak menegur ayah.
“Buat apa,
bang. Dato’ Seri dan Datin Seri tu nak
balik dah. Lama sungguh abang masuk
solat.”
Aku menelan
liur. Rindu pada mak. Sungguh aku rindu.
“Nah…” Aku tahu ayah sedang menghulurkan telefon
bimbit itu pada mak.
“Siapa?”
“Naqiah,” jawab
ayah.
Suasana kembali
sepi. Masing-masing diam. Aku hanya menanti mak menjawab panggilan aku
tapi lama sungguh. Hampir aku mahu
putuskan talian, barulah aku dengar suara mak berbicara dan itupun pada
ayah. Bukan padaku.
“Dah letak
ke?”
“Agaknya,” jawab
ayah tanpa dia sedar, aku masih di talian.
“Abang telefon
baliklah.”
“Tak
payahlah. Kita uruskan hal Diah
dulu. Sedih saya tengok muka Diah
tu. Hal Naqiah tu, ikut dialah. Dia dah biasa hidup sendiri, hadap semuanya
sendiri… kali ini tak kan tak boleh.
Jomlah turun.”
Aku terduduk di
birai katil. Terkedu dengan kata-kata
mak dan aku dengar telefon diletakkan di atas meja. Tahulah aku mereka sudah berlalu dan aku
dengan jari yang menggigil, mematikan talian.
Menangis lagi tanpa ada bahu untuk aku bersandar, tanpa ada tangan
hendak mengusap kepala dan tak ada suara yang hendak memujuk lalu rindu pada
Ariq berbisik syahdu.
DUA BULAN BERLALU
SUSUNAN surat
khabar itu aku perhatikan lama.
Melihatkan Tauke Chin mengarah itu ini pada pekerja lelakinya dan
sesekali membebel sendiri, sedikit sebanyak membuatkan hati aku lega dari sakit
yang berpanjangan.
“Lengloi… hari ini you pergi beli itu
surat khabar lama dekat Seksyen 19 sana.
Ini alamat dia,” tegur Tauke Chin padaku.
Aku menengadah
wajah padanya. “Jauhnya…”
“Kalau tak mahu
ar… you boleh pergi area Seksyen 7
sana. Saya jumpa you punya daddy last week, dia kata you sudah lama
tidak balik rumah. I kasi you area sana you boleh singgah rumah you
lor. Telefon ju susah dapat. Apa hal?”
Aku sengih. Tauke Chin memang bertimbang rasa. Rasanya di sini, aku memang dimanjai. Apa saja yang silap, tak pernah dimarahi
malah ditegur dengan baik.
“Tapi, you
jangan risau… I simpan rahsia you ada dengan I seperti yang you minta,” sambung
Tauke Chin membuahkan senyuman pada bibir aku.
“I tak mau
baliklah, tauke. I kerja… so kena kerja.
Mana boleh jadi serampang dua mata woo…,” balas aku pula.
Dia sengih
dengan dahi berkerut. Pasti tidak
mengerti dengan peribahasa yang aku gunakan sebentar tadi.
“Ayat you ar…
payah woo saya mahu faham. Tapi, tak apa…
kalau you mahu cuti, you kasi tahu I saja, Naqiah. Itu ar… parents
kena hormat lebih woo. Itu ibu susah
payah bawa kita ke dunia. Sesekali
jenguk apa salahnya. You jaga diri ar
nanti. Simpan itu alamat baik-baik,”
pesan Tauke Chin sepintas lalu seperti mengerti akan masalah diri ini dan dia
terus berlalu ke dalam pejabatnya.
Aku terhenyak
sendiri. Ibu? Satu perkataan yang punyai sebutan berbeza
untuk setiap agama dan bangsa. Tapi,
punyai satu makna yang serupa. Tapi,
bila aku menyayangi ibu tapi tidak ibu, bagaimana harus aku gambarkan kata-kata
ini? Payah. Teringat pula pada panggilan Kak Diah
beberapa hari setelah peristiwa di rumah Ariq berlalu dan aku juga sudah berada
di tempat baru yang tidak diketahui sesiapa termasuklah Alan dan Izue. Hanya Tauke Chin saja tahu di mana aku
berada.
SUARA Kak Diah
serak.
“Kakak
menangis?” soalku polos. Hilang kata-kata kurang bijak seperti sebelum
ini dan digantikan dengan soalan yang begitu telus.
“Are you okay, Naqi?”
Bibirku
menguntum senyum sebelum menjawab. “Naqi
okey. Kak Diah tu, okey ke tidak? Dengar suara baru lepas menangis je?” tebakku.
Talian sepi
seketika. Helaan nafas Kak Diah
kedengaran berat. Menambahkan pedih pada
jiwaku yang semakin sarat dan hampir melarat.
“Kakak okey.
Naqi tinggal kat mana sekarang?”
“Naqi selamat,
kak. Jangan risau.”
Aku terasa aneh
sedikit bila dia mula mengambil berat.
Sungguh barangkali kata Alan dan Izue, dia menangis kerana aku bersedih.
Bagai tak percaya.
“Itu bukan
soalan kakak, Naqiah. Kak Diah tanya kau
tinggal dekat mana sekarang?” bentak Kak
Diah yang sudah mula menjadi dirinya yang asal namun entah mengapa, aku tak
merasa lagi sinisnya dia. Terasa dalam
setiap soalannya biarpun jelas membentak itu penuh dengan kasih dan sayang.
“Buat masa ni,
biarlah Naqi bersendiri. Mungkin kakak
tak tahu tapi sejujurnya Naqi tak boleh nak cerna dengan baik lagi apa yang
berlalu sejak akhir-akhirnya ni,” jawabku masih berselindung yang aku tinggal
tidaklah jauh dari mereka tapi biarlah mereka tidak tahu.
Kak Diah
mengeluh. “Sampaikan Alan dan Izue pun
Naqi tak bagitahu tempat tinggal baru Naqi, agaknya Naqi memang nak lari jauh
dari kami, kan?” tebak dia.
Aku melepaskan
nafas yang tenang. Jika mampu, aku sudah
bawa diri ini jauh meninggalkan bumi Malaysia tapi kewangan adalah masalah
utama saat ini. Tak mampu membawa diri
jauh jadi biarlah segalanya menjadi rahsia setelah pada Tauke Chin juga aku
amanahkan supaya merahsiakan tempat tinggal aku ini. Aku yakin padanya kerana dia seorang manusia
yang berpegang pada janji.
“Naqi perlu
bersendiri, kak…”
“Kakak minta
maaf, Naqi. Kakak tak sedar selama ni
sikap kakak dah buatkan Naqi terpinggir,” ucap Kak Diah tiba-tiba.
“Tak, kak…
jangan cakap macam tu. Kakak memang selamanya anak kesayangan mak dan ayah tapi
Naqi kurang segalanya kak. Kalau kata
Naqi tak diperlukan di kalangan keluarga sendiri, tak apa… biarlah Naqi sendiri
menagih kasih Allah. Kakak jangan rasa bersalah sebab Naqi lah
yang bersalah sebenarnya. Buat mak
marah, buat kakak sedih, buat ayah kecewa dari dulu lagi. Naqi punca semuanya dan Naqi harap kakak
bahagia dengan orang tersayang,” pesan aku penuh makna. Tak mampu lidah hendak menyebut nama Ariq.
Kak Diah
ketawa. Tawa yang kedengaran sinis pada
peluput telingaku.
“Kalau yang tersayang
itu mencintai orang lain, Naqi rasa kami akan bahagia? Kalau yang tersayang tu dok setia menanti
orang lain, Naqi rasa kakak ni bodoh untuk tunggu cinta yang memang bukan milik
kakak?” soalnya tajam.
Aku ketap
bibir. Kehilangan kata lagi.
“Come on, Naqi. Alan told me everything and Ariq, he told me
the same before the dinner. Hanya
kakak yang berkeras nak jenguk jugak Naqi kat sana dan tak sangka, you really fall for him tapi tak nak mengaku
sebab kakak, kan?” duga Kak Diah secara
tepatnya.
Aku masih lagi
mendiamkan diri mendengarkan kata-kata Kak Diah. Jika dia dan Ariq sudah capai kata sepakat,
bagaimana pula dengan kata sepakat kedua-dua orang tua kami?
“Bukan sebab Kak
Diah semata-mata tapi terlalu banyak sebab, kak…”
“Sebab mak dah
janji dengan keluarga Ariq nak jodohkan kakak dengan Ariq, macam tu?” pangkas Kak Diah semakin meninggi.
Aku
terdiam. Tak boleh membalas lagi.
“Hey, Naqiah…
kita hidup zaman apa sekarang ni? Kakak
akui, niat mak baik tapi buat apa niat baik tu kalau semua orang
menderita. Kakak tak sebaik Naqi yang
dengar semua kata mak. Memang tak salah
mak nak jodohkan kami tapi perasaan Ariq sendiri, kakak kena ambil kira, Naqi. Mak pasti faham kalau kakak terangkan dan
bila Alan dan Izue cerita tentang penderitaan Naqi sebab Kak Diah, Kak Diah
pegun. Tak sangka yang Naqi menderita. Naqi kekurangan segalanya dan Naqi perlukan
kami tapi kami… kakak dan mak abaikan Naqi,” ujar Kak Diah kembali
teresak-esak.
“Sepatutnya
kakak jaga Naqi sebab Naqi satu-satunya adik kakak tapi bila mak lebih-lebihkan
kakak dan pandang Naqi segalanya kurang, kakak tak sedar. Cumanya bila dah
sedar ni, kakak nak yang terbaik buat Naqi.
Kalau kata Ariq tu bahagia Naqi, kakak tak hak nak rosakkan bahagia
Naqi. Beri kakak peluang nak tebus
semula kesilapan kakak sebelum ni, Naqiah.
Sekali ni je,” rayu Kak Diah dalam tangisan.
Aku kalut
sejenak. Peluang untuk dia betulkan
kesilapannya dengan menyatukan aku dan Ariq tanpa menghiraukan perasaan
mak? Dan aku rasa itu adalah sangat
mustahil. Perkara yang mustahil untuk
aku lakukan.
“Jangan, Kak
Diah. Fikirkan mak. Kesian dekat mak. Niat dia baik nak bahagiakan Kak Diah…”
“Dah niat kakak
juga baik nak satukan dua hati yang saling cinta moga menemui bahagia,” selanya
pantas.
Aku terkelu. Kerasnya Kak Diah hari ini penuh
kelembutan. Kelembutan yang mendamaikan
resah biarpun nama mak menambah resah.
“Terima kasih,
kak. Sangat-sangat terima kasih sebab
akhirnya kakak sudi mengaku budak jalanan ni adik kakak dan simpanlah niat baik
kakak tu. Naqi dah bahagia begini dan
kakak pun kena janji, tolong bahagia dengan Ariq dan tolong bahagiakan mak dan
ayah sebab Naqi tak ada ruang untuk itu,” pesanku di akhir kata, tanpa aku
pedulikan lagi kata-kata Kak Diah sebelum aku matikan talian. Matikan dalam erti kata yang
sebenar-benarnya.
Telefon bimbit
di tangan aku pandang. Nombor lain yang
pastinya. Izue dan Alan juga tiada
nombor ini. Hilang ingatan pada Kak Diah
dan pergi segalanya buat seketika bila aku bangkit hendak menjalankan
tugas.
Entah berapa
lama perkara ini akan berlalu, aku tidak tahu.
Apa yang pasti, semua ini akan kekal di dalam memori dan tak akan pernah
pergi menjauh.
~~> bersambung
RM : Bila la nak habis cite neh? Letih woo.... :P
sedihnya RM... cepat2 la Naqi bahagia... x sanggup da...
ReplyDeletesedihlah kak rehan...sy syg kak diah *tetiba*
ReplyDeletekak rehan....cepat la kawen kan dorg... hehe....
ReplyDeletecept bg naqi kawen.. :D
ReplyDeletesdihnya.....cian kt naqi..
ReplyDeleteagak2 ariq pun tgh kucewa tak sbb x dpt cari naqi..
kesian sangat2 dekat Naqi.kenapala mak Naqi tak sedar2 lagi.bilala Naqi nak sambung belajar ni,buat la Naqi belajar dekar luar negara,baru best Naqi pergi merajuk jauh2.blk nanti Ariq dok tunggu Naqi kat airport.
ReplyDeletesetuju dengan Anon, biar Naqi further studies jauh2... lupakan segala masalah dia kat rumah tu... hihi
Deletetak setuju..hehehe.. bio jer naqi kerja surat khabar lama.... best tu kerja dgn Tauke Chin! Ariq nanti tolong kumpulkan old newspaper tuk dia.. hehehe
Deletesetuju2... hehe
Deletethanks dik..syabas..
ReplyDeletesedih....bile naqi nk bhagia ni? :(
ReplyDeletesedih...sian naqi bw diri...
ReplyDeletedh jd mcm ni pn mak dia still x tau hargai...sedih nyer
alamak..pendeknya!
ReplyDeletea.puteri
up la lg...
ReplyDeletexpuas la..
bila ariq nk jumpa naqi nie????
Adakah emak Naqi dan Nadiah ni sebenarnya buta hati disebabkan keduniaan. Ayah Naqi dan Nadiah gagal membimbingnya sebab terlalu sayang bila tersedar isteri telah tersasar menjadikan ianya telah terlewat? Bagaimana Nadiah ni boleh insaf pula ya takkan hanya dari cerita Alan dan Izue sahaja?
ReplyDeleteha...abis dah?..la...knpa pendek sangat n3 kali ni ye??..hm...up la lagi..:)
ReplyDeletebersendirian detik yg mendamaikan buat naqi kini.. moga damailah jiwa..
ReplyDeletecita ni abis kt blog je kan??...nape naqi x pegi lagi smbung blaja,klu kata tauke tu nk tanggung pn blh..jd anak angkat...tp apa2 pun..terbaik lah sis...along eza jumel
ReplyDeletesentap... :'( sian naqi :(
ReplyDeleteMungkin kesedaran Kak Diah terlewat tapi Kak Diah pun ada hati yang baik untuk satukan hati Naqi dan Ariq.... Buat apa dia bahagia diatas kesedihan orang lain.... adakah Kak Diah akan bahagia seperti yang mak harapkan.... sedihhhh
ReplyDeletekak RM.....nk lggggggggggggg.....eeee.........cheer up naqi...
ReplyDeletesedihnya....tetibe je airmata mengalir....bila laa naqi nak bahagia. kahwinkan lah nagi ngan ariq cepat2, tak sabar dah nie....
ReplyDeleteNaqi dapat keputusan cemerlang dengan CGPA tinggi dan dapat scholarship tuk study kat oversea...hmmm
ReplyDeletetabahnya nya naqi....alangkah bertuahnya ada anak spt naqi...
ReplyDeleteMenitis air mata ni...nape la naqi ni cepat mengalah..sedih3...
ReplyDeletecianyer naqi...sbr k...
ReplyDeleteAdeh .. nangis lagi. Tiap2 kali baca mesti mata jadi pedih hati pun macam kena siat2. Tak tahulah macam mana RM boleh tahan tulis entry2 mcm ni .. kalau akak mahu meraung gamaknya. Good job RM .. memang susah untuk jadi penulis tetapi hanya penulis yg hebat sahaja bisa membuat pembaca mengalirkan airmata. Next entry nanti kena siap2 pegang tisu ..
ReplyDeletealahai sedih tul ler...kisah hidup naqi lbih kurang dengan hidup aku sekarang...
ReplyDeleteEmotional sgt baca crita ni. Kluar jgak air mata. Sambung lg & tamatkan je kat blog k!
ReplyDeleteSedey tul huhuhu mmg betul2 mengusik jiwa
ReplyDeletea ah sdih gila! further study jauh2 n dp keja yg bgs. x d duga jdi pkrja arik n meka akn br-1 kmbali dlm detk g sgt indah. Kepegian Naqi buat mk dia insaf. Namun tkdir yg menentukn mk dia akhirnya dpt jumpa Naqi blk n pertama kalinya dia peluk dn cium anknya. psi gugurlgi air mta ni.
ReplyDeleteCongrat Rehan tapi jangan tengah sedap layan cite ni Rehan kata bab akhir kat novel yang bakal terbit.Sentap woi..
ReplyDeletetegarnya seorang ibu mcm mak naqi ni......
ReplyDeletedia bukan seorang !ibu!,dia manusia yg tak tahu bersyukur di kurniai anak sebaik naqi
tp ibu tetap ibu kan,darjatnya 3kali melebehi seorang ayah
Deletebuat pertama kalinya nadiah jadi seorang kakak yg baik... :) harap niat murni dia tu dapat diteruskan...
ReplyDeletelmbat2 abeh pn x pe karehan. asalkan ada perkembangan. mcm keling je ayt...
ReplyDeletetq karehan, watak nma saya smkin hari smkin baik nmpknya
>>k<<
waaa,, best3! nk lagi..
ReplyDelete-athirah-
syabas lah RM.. 6ti cepat2 kawin kan diorang. kesian naqi..
ReplyDeletesyabas lah RM.. 6ti cepat2 kawin kan diorang. kesian naqi..
ReplyDeletebila diorg nk kawin nie... naqi asyik lari jer.... x sabo nk tggu nie anyway, thanks kak rehan for this entry
ReplyDelete-Song Hyun Sun-