BAB 22
ENTAH
mengapa, aku tergerak hati hendak menghubungi Alan dan Izue. Aku tahu mereka merindu dan aku juga
begitu. Merasai rasa yang sama namun
seperti aku katakan, ada perkara yang membataskan pergaulan. Sepatutnya dari dulu tapi agak lambat aku
sedar.
Cumanya pada aku, itu lebih baik
dari tak tersedar langsung. Satu perkara
yang pasti, mereka pasti terkejut dengan penampilan aku sekarang. Boleh jadi terjojol biji mata, boleh jadi
juga rahang jatuh ke bawah.
“Kau
gila! Kat mana kau ni sebenarnya? Dalam bumi lagi atau dah tercampak ke
Marikh? Nak jauh lagi aku bagi Pluto? Atau dah tak ada dalam dunia ni?”
Berdesing
telingaku bila dibidas oleh Izue. Pedih
dan terhiris. Lantang sungguh mulut dia
berbicara. Barangkali nak sungguh lihat
aku tiada lagi dalam dunia ni.
“Sedap
je mulut kau mengata aku, kan?”
“Eh,
mana ada aku mengata, aku tanya khabar,” jawab Izue lebih menyakitkan.
Aku
diam seketika. Mencari ayat yang sesuai
untuk aku ucapkan pada dia moga marahnya reda.
Aku tahu, dia begitu kerana dia marah.
Marah atas kehilangan aku. Marah
kerana aku pergi tanpa pesan. Biarpun
kami masih dekat tapi aku sebenarnya sudah makin jauh.
“Korang
sihat?”
“Kau
apa kisah kami sihat ke tak? Kau ikut
suka kau je, kan… blah macam tu je? Tak
ada nilai langsung kami ni pada
kau!” bentak dia masih tak puas
hati.
Aku
senyum. “Korang rindukan aku, ya?”
“Aku
benci!” cemuh Izue tapi tetap membuatkan
aku tersenyum.
“Kalau
benci, aku letak jelah telefon ni. Lagipun syiling tak banyak ni. Lain
kali aku tak telefon lagi.”
Sengaja aku mengugut Izue dan sungguh, dia menahan aku dari meletakkan
gagang.
“Naqi, wait… we miss you. Kau pergi mana? Kat mana ni?
Sihat?” Suaranya kembali lembut.
Aku
menggariskan senyuman yang kian lebar.
Puas hati bila Izue termakan umpan pancingku.
“I miss you both… too. Aku ada je.
Sihat dan bahagia. Malah semakin
bahagia. Jangan risaukan aku dan maaf…” Kata-kata aku terhenti di situ.
Sebak
mula mencengkam dada mengingatkan kenangan lalu. Kenangan bersama mereka dan pastinya… muzik.
“…
sebab pergi tanpa pesan. Sungguh aku
perlu cari diri sendiri. Cari arah
tujuan aku hidup dalam dunia ni…” Aku
menyambung perlahan.
Keluhan
Izue menyapa telinga. “So, dah jumpa apa yang dicari?”
Aku
mengangguk sendiri. Lucu bila aku tahu
Izue pasti tak tahu.
“Aku
tahu kau dah jumpa diri kau sendiri. Dah
jumpa apa yang kau cari tapi kenapa masih nak menyorok? Biarkan kami mencari, biarkan keluarga kau
merindu dan biarkan Ariq gila bayang?”
tanya Izue.
Mendengarkan
nama Ariq, telapak tangan aku pantas singgah ke dada kiri. Terasa menyengat di situ. Tak ubah nama Ariq tu bagai tebuan
tanah. Sengatnya meninggalkan kesan yang
mendalam.
“Aku
tak menyorok, Zue… aku ada je. Sentiasa
ada. Memerhati dari jauh. Mungkin korang dah tak kenal aku. Sebab aku bukan lagi Naqi yang dulu. Aku dah lain dan aku harap perubahan aku ni
memberi makna pada diri sendiri dalam mencari cinta… cinta abadi. Cinta Tuhan,” balas aku lemah.
Izue
mengeluh lagi. “Mencari Tuhan tak
memberi syarat untuk kita memutuskan silaturrahim, Naqi. Kami kawan kau. Kami dah pernah cakap, kami akan bantu kau
tapi kau tetap tak percayakan kami, kan?
Kononnya tak nak susahkan kami, kan?”
Hati
aku menjawab ya bersama anggukan lemah.
Memang begitu pada asalnya. Aku
tak mahu menyusahkan mereka lagi. Mereka
baik tapi sampai bila harus aku bergantung harap pada orang sedangkan keluarga
sendiri pernah membuang aku dari hidup mereka.
“Kau
tak rindukan keluarga kau, Naqi? Biar
pun kau tak rindukan kami, keluarga kau sendiri, macam mana?”
“Aku
keluar dulu sebab mereka tak perlukan aku…”
“People change, Naqi. Everything’s change. You too… they too. Aku juga dan Alan pun sama…” sampuk Izue
pantas.
Aku
mengoyak senyum tipis. “Ariq too…” ujarku cukup perlahan.
Izue
ketawa.
“Ariq
lelaki yang sangat setia, Naqiah… dia terlalu baik untuk kau persiakan
cintanya.”
Bagai
sukar hendak aku percaya bila Izue memuji Ariq.
Mungkin benar Ariq setia pada cinta tak tercapai antara aku dan dia tapi
bila dia akan menikahi Kak Diah, di mana lagi harga setia itu?
“Setia
itu ibarat debu, Zue. Terlalu ringan
untuk kita pertahankan. Ada masanya,
setia itu akan terbang begitu saja, menghilang di udara bila ditiup angin tanpa
kita sedar bila, di mana dan pada siapa setia itu akan beralih arah. Ariq pun sama… aku juga,” ujarku mahu mempertahankan yang Ariq setia
tapi setianya bukan lagi pada aku.
“Kau
dengan aku jangan nak melankolik sangatlah, Naqi. Kau terus terang je apa yang cuba kau sampaikan
ni. Kau nak cakap Ariq tu ada perempuan
lain? Mana kau tahu?”
“Aku
tahu!” bentak aku tak sengaja.
“Aku
tahu sebab aku dah dengar dengan telinga aku sendiri. Dia bakal menikah, Zue dan sayang, pengantin
perempuannya bukan aku!”
Izue
diam. Lama. Langsung tak membalas kata-kataku. Hanya helaan nafas halus dia yang menyapa
peluput telinga.
“Bila
kau dengar?” soal dia akhirnya.
“Dalam
sehari dua ni,” jawabku.
“Ada
masanya yang kita dengar tu tak seperti apa yang sedang terjadi, Naqi. Boleh jadi kau salah faham…”
“Tak
ada yang salah, Izue… semuanya tepat dan benar.
Tapi, tak ada apa yang aku nak kesalkan malah aku bersyukur sebab bila
Ariq menikah dengan Kak Diah, setidak-tidaknya aku dapat kakak aku. Boleh jadi aku akan dapat kasih sayang mak
aku jugak seperti mana aku harapkan selama ni,” ucapku dalam gembira yang aku
buat-buat.
Sejujurnya
aku agak gembira tapi banyak lagi kecewa.
Ariq mencintai tapi aku tak mampu membalas. Ariq setia tapi setia itu tak lagi untuk
aku.
“Ya…” keluh Izue.
“…
kau akan dapat kasih sayang kakak dan mak kau mungkin tapi sayang… in return you’ll have no soul. Hati
bakal mati dan sengsara lihat orang tersayang jadi milik orang lain. Orang tu adalah darah daging sendiri. Kita tunggu dan lihat, Naqi… sama ada kau
mampu bertahan atau pun tidak waktu tu.
Kalau kau mampu bertahan, memang kau Naqi tapi kalau kau tak mampu
bertahan, kau adalah Cinta Nur Naqiah,” putus Izue pada aku.
Aku
tahan hati dengan kata-katanya yang penuh sindiran dan sinis yang menyakitkan. Tapi aneh, biasanya waktu begini dia berdua
dengan Alan tapi sejak tadi, hanya dia berbicara dan suara Alan tiada
menyampuk.
“Aku
rindu Alan jugak,” beritahuku pada Izue.
“Dia
busy.
Ada dekat rumah keluarga dia.”
“Dia
dah tak menyewa dengan kau ke sekarang?
Dia tinggal dengan family dia
ya? Sejak bila?”
“Sejak
kau pergi… terlalu banyak perkara yang jadi, Naqi. Terlalu banyak perkara yang tak mampu kau
duga telah terjadi. Aku sendiri tak
percaya tapi inilah takdir,” ujar Izue.
Aku
senyum. “Dengar macam banyak sangat
berita mengejutkan ni… cuba cerita dekat aku sikit kenapa? Nak juga tahu cerita kawan-kawan aku yang
tersayang ni?”
“Kalau
kau nak tahu, kau cari aku dan Alan. Aku
tak suka bercerita dalam telefon ni.
Takut putus… spoil mood aku
je. Nak-nak kau tu call aku pakai public phone
je. Takut aku tahu nombor kau, kan?”
Wajah
yang baru hendak ceria, mendung kembali menerima kata-kata Izue.
“Tak
sampai masa lagi. Kau tahu kan… Kak Diah
nak kahwin?”
“Erm…” Izue membalas pendek.
“Insya-Allah,
aku tunggu kad dari Kak Diah… hari tu aku akan jumpa korang. Buat masa sekarang aku tak sedia lagi,”
beritahuku pada dia.
“Hari
yang akan buatkan kau menitis airmata, kan?
Okey… okey… aku tunggu hari tu nak tengok Cinta Nur Naqiah melalak tengok lelaki dia
cinta, naik pelamin dengan kakak sendiri!”
ujar Izue menambahkan garam pada hati aku yang telah lama luka.
“Sampai
hati kau, Zue…”
“Kau
pun sampai hati seksa diri sendiri, Naqi.
Listen… muzik dan cinta satu kesinambungan. Lirik dan lagu juga akan menjadi satu
melodi. Kau tinggalkan muzik, itu tak
salah bila kau rasa ia mula melalaikan kau tapi kau tinggalkan separuh hari kau
itu adalah sangat luar biasa, Naqi. Aku
tahu, tanpa melodi Ariq, lagu dan lirik yang kau tulis tak memberi makna
lagi. Tanpa lagu dan lirik kau, melodi
hidup Ariq semuanya tak kena…”
Termenung
aku sendiri menerima kata-kata akhir Izue sebelum aku terpaksa meletakkan
gagang bila kehabisan syiling. Telefon
bimbit aku pandang lama. Rasa hendak
menghubungi dia semula tapi aku bertahan.
Bertahan hingga tiba waktu dan saatnya.
PANGGILAN
telefon membuatkan aku terpaksa berhenti dari terus mengikat surat khabar lama
tersebut. Tauke Chin pula sibuk di luar
dengan beberapa orang pelanggan lain.
Pekerja lain juga masing-masing sibuk dengan tugas mereka.
Meja
Tauke Chin aku dekati. Gagang telefon aku capai dan terus aku
lekapkan ke telinga.
“Kilang
surat khabar Chin,” jawab aku.
Suara
di hujung talian ketawa. “What a day. Bertuah sungguh bila suara ni menjawab. Ariq here.”
Aku
kejung. Suara dan nama Ariq berdengung
dalam kepala.
“How are you, girl? Abang ingat Naqi dah lari jauh lepas kes minggu lepas tu?” tanya dia lagi.
Aku
masih tinggal diam. Tak ada niat hendak
menjawab soalannya.
“Abang
rindu, Naqi,” ukui dia.
Aku
masih juga diam. Ariq juga diam. Talian sepi.
Hening bagaikan hanya ada aku dan dia dalam dunia ni.
“I call Tauke Chin for you,” ujarku tiba-tiba tapi Ariq menahan.
“Nope… abang memang telefon nak cakap
dengan Naqi. Nak dengar suara budak
degil ni. Abang boleh dapatkan nombor
telefon Naqi dan alamat tempat Naqi tinggal dengan mudah tapi abang nak Naqi
sendiri bagi tahu abang. Abang tak nak
paksa, sebab tu abang nanti. Ini abang
telefon sebab tak tertahan nak dengar
suara Naqi…”
“Suara
Naqi tak merdu. Suara Naqi bukan lagu
untuk abang hayati…” sinisku.
“Ya…
suara Naqi semakin dingin dan tiap patah kata Naqi semakin matang tapi sayang…
bila Naqi tak tahu suara Naqi tak ubah bagaikan muzik indah pada pendengaran
abang. Kata-kata Naqi yang dingin dan
ada masa membentak tu tak ubah bagai puisi pada abang…” jawab Ariq tenang.
Tenang
yang menyakitkan hati dan meresahkan jiwa.
“Kalau
itulah kata abang, baik jangan telefon lagi kalau abang tak nak Naqi lari lebih
jauh dari semua orang. Buatnya Kak Diah
tahu yang abang masih cari Naqi… tak ke kecewa hati dia. Patah riuk jiwa dia…”
“Jiwa
abang yang Naqi leburkan ni, macam mana pulak?”
soal Ariq tak sempat aku habiskan ayat aku tadi.
Aku
gigit bibir. “Naqi tak suruh abang leburkan
jiwa abang sebab Naqi…”
“Naqi
yang buat abang… dan Naqi buat jiwa sendiri lebur.” Ariq masih bertegas hingga aku kehilangan
kata.
“Sungguh
ke abang ni akan buat Naqi lari lebih jauh?
Sungguh ke nak bersendiri?
Sungguh ke abang ni tak layak untuk Naqi…”
“Ini
bukan soal sungguh ke tipu. Bukan soal
layak atau tak… tapi yang pastinya sekarang, abang dah nak menikah dan dengan
kakak Naqi sendiri? Abang rasa Naqi ni
keturunan Hitler ke nak rampas bahagia kakak sendiri dan rosakkan bahagia mak
dan ayah Naqi untuk cinta kita?” bentak
aku menahan geram.
Mata
sesekali melilau ke sekeliling. Risau
ada yang memerhati.
“Cinta
kita? Kita? Kita tu adakah Cinta Nur Naqiah dan Muhamad
Nashriq? Itu ke ‘kita’ yang Naqi
maksudkan? Sejak bila ada ‘cinta kita’
tu bila dari awal Naqi tolak dan samapi sekarang pun masih menafikannya?” soal Ariq menyindir.
Aku
kaku lagi. Lidah semakin mengeras dan
rasanya sudah tertewas dengan kata-kata sendiri.
“Answer me!” tekan Ariq memaksa.
“I have no answer…”
“Then let me give you the answer… yes… our
love. Our fate. Our marriage. Kita.
Kita, Naqi. Tanpa abang dan Naqi
taka da KITA!” bentak Ariq kuat lalu dia
putuskan talian begitu saja. Tak sempat
aku membalas kata.
Aku
pandang gagang telefon lama. Dahiku
berkerut dan tubir mata terasa hangat.
Naqi cintakan abang… bisik hatiku mula tidak betah. Tidak betah dengan keyakinan cinta Ariq
biarpun dia bakal menikah sikit waktu lagi.
“Naqiah!” Panggilan Tauke Chin membuatkan aku berpaling
ke lain. Airmata yang baru hendak
menitis aku seka pantas sebelum memandang dia.
“Terkejut
I, tauke. Kenapa? Ada tugas ke?” soalku ceria.
“Siapa
telefon?”
“Err…
kawan.” Aku senyum seraya bangkit dan
mendekati dia yang sedang menggamit aku.
Di tangannya ada sekeping sampul yang berwarna perak berkilat.
“Waaa…
surat cinta ke, tauke?”
Dia
sengih. “Ini yang saya mahu tunjuk sama
you. Sini… sini… mari tengok. Kad jemputan family you hantar sama saya.
Baru sampai. Itu driver daddy you hantarkan baru sekejap.”
Senyumku
mati. Huluran kad daripada Tauke
Chin membuatkan aku tak mampu bernafas
dengan baik. Tak mampu berdiri dengan
kukuh dan tak berdaya menatap semuanya.
Rasanya, baru seketika Ariq berkata cinta, rindu, sayang… tapi kad ini
jadi bukti lagi yang kami memang tak ditakdirkan bersama.
“You
tengoklah… pasti you suka punya. Bakal
dapat abang ipar. Bila mahu cuti? Saya
beri you cuti,” ujar Tauke Chin ceria.
Aku
menarik nafas dalam-dalam dan memujuk hati agar bersedia untuk terluka lagi
bila menatap nama pada atas kad tersebut.
Sampul berwarna perak metalik itu aku terbalikkan. Tak payah aku lihat isinya kerana nama
Nashriq dan Nadiah sudah tertera… terang terentang tertulis di atasnya dalam
pandangan mata aku yang kian kabur.
Majlis yang akan berlangsung sikit masa lagi tapi Ariq masih tak puas
mempermainkan hati aku.
~~> bersambung
RM : Tahu nak hangen, kan? Sila jangan hangen dengan RM, neh... LOL
sambut raya cina ka yg boley pos new entry nih? slmt bercuti ....
ReplyDeletei love you kak rehan.. muahahahaha
ReplyDeletejangan kenakan naqiah kak pls pls pls
jom kenakan ariq lagi best hehe
er... tergantung jugakk.. hadoiii...
ReplyDeleteariq ni biarle betul sikit .klu nk naqi apesal kad dh edar dgn nadiah???? saspen ni..cpatle sambung
ReplyDeleteHati berat menyatakan.... Alan & Diah ada sesuatu!
ReplyDeletesy pn rasa yg nk kwin tu alan & diah
Deletesetuju2...
Deleteemi pun rasa camtu!
DeleteSETUJU!!!!
DeleteSETUJU!!!!
DeleteSetuju gak ngan diaorg..... Alan & Diah...yuuhuuu..
DeleteAlang2 cuti TBC ni.......kasi kaw kaw punya n3 yer rm
ReplyDeleteLaaaa.....kuciwa nye hati.... ;(
ReplyDeleteeh xsukalah ariq kawin nfan diah tu..
ReplyDeleteAla mesti nadiah dgn org lain tu
ReplyDeletemesti alan dgn diah ni kan..hehe..suspen
ReplyDeletesy mcm ter rasa2 alan dgn diah..
Delete-che`leen-.
rasanya alan tu, alan nashriq kut adik ariq...ni yg suspen RM pleassss nak lg jgn la cuti TBC lama sngt ....cian naqi.
ReplyDeletealaaaa .. hati jatuh bedebuk bila naqi sebut cinta kita kat ariq ..
ReplyDeleteBerjuanglah demi cinta yg sejati, cewah!
ReplyDeleteAdeh...mmg x sbr tggu next n3
ReplyDeletefuhhh... sedeyyy.. tp mcm ada supriseeeeee je. ariq memang bestttt... tq rehan..
ReplyDeleteala. nk lagi.
ReplyDeleteaduh RM...ariq+diah=hatiku yg kecewa..huhu
ReplyDeleteHahaha RM ni sukanya menyeksa jiwa dan raga
ReplyDeletePlsssssss RM .bukan Nadiah dgn Nashriq ye......pls tak sanggup........
ReplyDeletecepatlah next n3......nak tau cmne...spe yg kawen....
ReplyDeletesuka.. suka.. suka.. Sambung lagi ya RM.. Hati saya berdebar2x..
ReplyDeletePandangan Naqi dh kabur, dia mesti salah baca tuh...
ReplyDeleteI hope there is a good ending for them... ARIQIAH ^^
ReplyDeletealahai Rehan.....buat suspen je..cepat le sambung
ReplyDeletetak tahu nak cakap apa RM...RM buat otak saya tepu jap...
ReplyDeletesaya baca maraton dari bab 17-22 ni..RM nak bab 23
HH_814
ariq n naqiah la..
ReplyDeletekak rehan mmg tau..
suka bg gntung2..
mmmm...
Alahaiii Naqi!!!! sentap baca n3 kali ni.
ReplyDeleteBacaler dulu kad jemputan tu.
Tgk nama pengantin lelaki. Kot2 bukan Ariq.
itu pasti kad kahwin DIAH n ALAN. haha
ReplyDeleteSemput baca part yg last tu. Hrp nama NASRIQ tu sebenarnya saudara sebelah Ariq..... huhuhu :(
ReplyDeletewaaahhh... tu mesti kad kahwin alan dgn diah,, sbb alan tgh bz kt rumah family dia.. kn ,, kn ,, kn ?? kak rehan,, plisss, jgn bg ariq kawin dgn diah.. :(
ReplyDelete-athirah-
pepun cpt smng chapter 23. dh tseksa dh jiwa rg kta org ni dgn so may2 question. jwb cpt ya, RM.
ReplyDeleteNa chapter 23.....
ReplyDeletealan kahwin dengan kak diah kan?
ReplyDeletestuju org ats.... alan yg kawin dgn kak nadiah... sbb tu alan ad hal dkt umah family dia... hahahah :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
yup....tul lol alan & diah
ReplyDeletesmngm kak rehan x)
ReplyDeleteops .. Typo .. Sambungan xD
ReplyDeleteTakde sambunganke? Huhuhu...atau mini novel?
ReplyDelete# liza
ada tak sambungan???
ReplyDeleteXde sambungan ke??? 😫😫😫😫 huwaaa kenapa tergantunggggg. 😫😫😫😫
ReplyDeleteKak RM bila nak sambung citer ni?????
ReplyDeletedah lama ni...Takkan takde ending????
Rasa mcm alan n diah yg nk kahwin
ReplyDeleteAkak nak sampai akhir pliss?uwaaaaa
ReplyDeleteAkak nak sampai akhir pliss?uwaaaaa
ReplyDelete