HIDUP ini memang
tidak sukar tapi jangan terlalu ambil mudah.
Ini prinsip hidup aku. Hidup yang
sangat mengujakan setiap kali aku jaga dari lena dan masih bernafas untuk
jangka waktu yang aku sendiri tidak tahu bilakah akan berakhir. Selagi Allah meminjamkan nyawa ini dan juga
setiap langkah yang tidak berapa sempurna ini kerana segala kesempurnaan adalah
milik Allah yang maha agung.
Namun, segalanya
berubah sekelip mata. Berubah tanpa aku
duga jauh sekali aku meminta. Merubah
jalan hidup dan tujuan aku. Menjadikan
aku sebatang kara tanpa ayah dan bonda menemani hari lagi bila mereka kembali
menghadapi Ilahi setelah terlibat dalam satu kecelakaan. Airmata aku setitis pun tidak mengalir saat
aku menatap wajah mereka untuk kali terakhir tapi hati aku meraung hiba. Bagai hendak pecah dada.
Hari ini, aku di
sini. Di tempat baru, menjalankan tugas
yang diamanahkan oleh Negara tercinta.
Biarpun mak ngah melarang, aku tetap nekad. Setelah puas membelek fail yang diletakkan di
atas meja aku sebaik saja aku melaporkan diri, aku teringatkan mak ngah.
“Kau nekad ke
nak masuk situ, Naina?”
Aku mengangguk
menjawab soalan pada kakak pada arwah umi.
Tanpa memandang wajah dia. Aku
tahu, dia tak berapa suka dengan keputusan aku apatah lagi bila arwah umi dan
abah amanahkan aku pada dia lantas segala keputusan aku haruslah melalui mak
ngah.
“Mak ngah bukan
apa, Naina… kau tu amanah Kak Sal pada mak ngah. Apa-apa yang jadi pun arwah nak mak ngah buat
keputusan terbaik untuk kau tapi kalau kau bertegas macam ni, mak ngah tak
boleh nak buat apa.” Mak ngah mengeluh
berat.
Dia bangkit dan
berlalu ke dapur. Nampak sangat dia
berat hati hendak melepaskan aku pergi.
Bila aku kembali dari menjalani latihan dalam PULA POL
di Langkawi dan terus di hantar ke Bukit Aman dalam Unit Tindakan Khas, lagilah
mak ngah resah. Tapi, ini minat
aku. Tiada siapa lagi yang mampu
risaukan aku andai apa-apa terjadi.
Jadi, biarlah aku berbakti pada Negara dan anak bangsa.
“Mak ngah tak
nak kau cedera, Naina. Kau tu perempuan.
Anak dara. Kalau kau kerja pejabat je pun, lepas tu
kahwin… senang sikit hati mak ngah ni.”
Mak ngah bersuara lagi dari pintu dapur.
Periuk nasi
dikelek dan wajah itu muram memandang aku.
Padanya, aku gariskan senyuman tipis.
“Naina bertugas
mak ngah. Dah itu yang diarah oleh pihak
atasan. Apa Naina nak buat. Naina kena turut perintah, mak ngah,” ujarku
separuh memujuk lalu pakaian terakhir, aku sumbat ke dalam beg galas.
Mak ngah
melabuhkan duduk di atas tangga hendak turun ke dapur. Rumah papan separuh dan batu separuh
peninggalan arwah umi dan abah buat aku dan mak ngah serta anaknya yang masih
ada di universiti setelah mak ngah kematian suami.
“Tapi, duduk
pejabat je dah okey untuk anak dara macam kau tu… mak ngah risau jadi apa-apa
nanti…” Dia masih tak berpuas hati. Masih cuba memujuk aku agar menukar
unit.
Aku menggeleng
sedikit dan ketawa halus. “Bila lagi
Naina nak praktikan apa yang Naina belajar kat PULA POL dulu, mak ngah. Ingat mudah ke diorang nak pilih pelatih
masuk Unit Tindakan Khas. Ala … bukan selalu ada jena yah pun dekat Negara kita ni, mak ngah. Orang dah bijak pandai. Kalau ada pun, biasanya Unit Jenayah Berat
yang ur uskan. Mungkin Naina membantu je. Atau boleh jadi, Naina buat report je dekat pejabat. Tak ada apa mak ngah nak risaukanlah. Naina akan okey je. Lagipun, tak lama lagi Suryani dah nak habis
belajar, kan ? Nanti dia balik temankan mak ngah. Kalau kata abah masih ada, dia pun seronok
Naina ikut jejak langkah dia jadi pegawai polis. Jangan fikir sangatlah, mak ngah. Esok pagi Naina nak berangkat dah. Mak ngah sedih macam ni, buat Naina tak sedap
hati pulak,” ujarku panjang lebar dan menapak ke arah pintu menghala ke dapur lantas
melabuhkan duduk di atas tangga batu itu.
Mak ngah berlalu
ke sinki. Dia tunduk sedikit dan tong
beras di buka. Beberapa cawan beras
dicedok ke dalam periuk dan dia membuka paip.
“Mak ngah tahu
arwah abah kau pegawai yang berwibawa tapi dia lelaki. Kau tu perempuan,” tekan mak ngah masih juga
tak puas hati.
Aku senyum lagi
dan turun menghampiri dia. Bahunya aku
peluk lembut. Bila dia memandangku, aku
gariskan senyuman buat dia.
“Lelaki ke
perempuan ke, sama je mak ngah. Dekat
kem dulu, Naina lagi kuat daripada pelatih lelaki tau dan bila Naina
satu-satunya perempuan yang terpilih masuk ke UTK, mahu Naina tak bangga. Semua oran g
bulat mata tau. Tapinya, bukan sebab tu
Naina terima tapi sebab Naina memang suka kerja mencabar. Kan
dekat sekolah dulu Naina aktif kadet polis wanita. Mak ngah bukan tak tahu…”
“Itu kadet,
Zunaina binti Zulkifli. Ini
betul-betul. Semua betul. Senapang betul, bom betul…”
Aku ketawa. Lucu bila mak ngah buat muka kecut saat dia
menyebut bom dan senapang. Ini zaman apa
oran g guna
senapang. Bukan hendak menembak tupai di
dusun.
“Sekarang ni
guna machine gun, mak ngah. M16, Lapua, rifel… itu haa… baru ganas. Lagipun, mana ada perang nak pakai-pakai bom
ni… itu zaman Jepun bolehlah. Lagipun,
itu tentera yalah kot… ini polis lain sikit, mak ngah,” pujukku lagi dan mak
ngah terus diam membasuh beras.
“Ikut suka
kaulah. Letih mak ngah nak pujuk kau ni,
Naina,” keluh mak ngah berbaur kesal.
“Kalau macam tu,
mak ngah jangan pujuk lagi. Cuma doakan
Naina selamat je, ya? Nanti tiap-tiap
bulan, Naina kirim duit untuk mak ngah.
Kalau Suryani nak duit, biar Naina bagi, ya?”
Saja aku cuba
beli jiwa mak ngah dan bila akhirnya dia senyum, aku yakin jiwanya terjual
dengan pujukan aku dan akulah yang paling senang hati. Gembira untuk memulakan tugas sebagai seorang
pegawai polis. Inspektor Zunaina…
DAUN pintu yang
sedia ternganga diketuk oran g. Aku mengangkat wajah. Hilang wajah dan suara mak ngah beberapa hari
lepas. Kini, dia di kampung dan aku di
tengah bandaraya.
“Cik Naina!” Dia mengangkat tabik tanda hormat dan aku
sekadar mengangguk. Urat leher hampir
putus kerana keletihan.
Aku meredupkan
pandangan. Rasa diperli bila dia
mengangkat tanda hormat sedangkan pangkat kami adalah sama.
“Ada apa?” tanyaku pada seorang pegawai yang aku kira
hampir seumur dengan aku.
“Awak tak makan
ke?”
Aku senyum dan
menggeleng. “Banyak sangat fail nak kena
belek. Rasanya kes lain semua dah hampir
selesai, kan ? Cumanya yang ni…” Aku tolak fail setebal setengah inci itu di
depan dia yang baru saja hendak melabuhkan duduk di depan aku.
“…kenapa kes ni
macam pending je? Atau sepatutnya kes ni dah tutup?”
Inspektor Amar
memandang aku. Setelah itu dia merenung
pula fail di depan mata dan membeleknya seketika kemudian. Keningnya berkerut dan hampir bertaut.
“Ada masalah?” soalku lagi.
Dia mengangkat
wajah. “Kes ni memang pending dan masih dalam siasatan sebab suspek memang
payah kita nak jejak. Ada
khabar terbaru dia ada di Thailand
tapi bila unit risikan cuba
minta pihak polis Thai siasat, memang tak jumpa dan tak tahu macam mana dia
menyeberang. Boleh jadi ikut sungai tapi
macam mana dia boleh lepas kastam. Unit Jena yah Berat pun tak mampu nak handle kes ni sendiri sebab tu dia hantar ke UTK. Cumanya, kami tak sangka pegawai yang baru tu
perempuan…” Amar senyum padaku. Senyuman lelaki pada seorang perempuan.
Aku sengih
sedikit. Dalam hati aku sinis,
kenapa? Perempuan tak mampu melakukan
kerja-kerja seperti ini? Tak hebat untuk
perangi jena yah?
“So far, saya dulu tak sangka juga
dihantar ke UTK. Tapi, kira rezeki
sayalah ni.”
Kening Amar
naik. “Rezeki?”
Aku jatuhkan
kepala, mengangguk dan terus bersandar pada belakang kerusi.
“Pelik tu sebab
rasanya tak ada lagi kami terima pegawai perempuan. Kalau ada tak silap saya dulu, sebelum saya
masuk sorang. Itu pun dia minta tukar
lepas dia nak kahwin. Katanya payah
sebab on call je manjang. Tapi, awak boleh kata rezeki. Wow… menarik,” puji Amar dalam sinis.
“Masing-masing
punya citarasa. Pada saya ditugaskan
bawah UTK merupakan satu penghargaan besar buat saya. So, berbalik pada kes ni, saya ada belek
berkali-kali fail suspek tapi nampa k macam tak
adalah berat sangat jena yah
dia buat. Fail pun nipis je.”
Amar
mengangguk. “Dia oran g suruhan je, Naina. Kita memang perlu tangkap dia dengan harapan,
dia boleh bawa kita kepada tekong besar sebab diorang ni dah kita kategorikan
penjenayah profesional dan ur usan
jual beli senjata haram ni,” beritahu Amar lagi.
Aku mengangguk berkali-kali
tanda mengerti. Fail di depan Amar aku
tarik. Aku renung lagi wajah di dalam
fail yang ada. Nampak serabut dengan
jambang yang tumbuh meliar. Gambar yang
diambil oleh unit risikan entah bila dan nampa k
sudah agak lama.
“Kata pihak
atasan, kita kena selesaikan kes Neo ni secepat mungkin sebab bimbang ur usan jual beli haram
dia dan kumpulan dia di sempadan nanti boleh jejaskan hubungan kita dengan
Negara-negara jiran,” tekan Amar meyakinkan aku.
Aku mengangguk
lagi. Mengerti kerana awal-awal lagi
pihak atasan telah memberi penerangan tentang semua ni.
“Neo…” Nam a itu aku sebut sepatah.
“Itu nama gela ran dia. Setakat ni itu je kita tahu tentang Neo dan
dia sangatlah bijak menyusun langkah,” sampuk Amar.
Mata kami
bersabung seketika. Amar senyum lagi dan
aku juga. Tapi tidak lama bila aku
melarikan pandangan pada fail jena yah
milik Neo.
“Saya nak solat
Zohor kejap. Nanti kita sit down, study pasal kes ni,” ujarku
menghantar maksud agar Amar meninggalkan aku sendiri.
Neo… Neo…
Berkali-kali aku
sebut nama itu dan entah kenapa, aku rasa sesuatu dan aku mahu temui dia
secepat mungkin. Rambut yang sudah
mencecah cuping telinga, aku tolak ke atas telinga. Pada Amar aku senyum dan dia bangkit, sedia
meninggalkan aku sendiri.
Usai menunaikan
solat Zohor, jam kala itu sudah menginjak ke angka tiga. Setelah aku kemaskan rambut sedikit dan
betulkan jaket kulit yang ada pada tubuh, aku mengatur langkah menuju ke
pintu.
Tak sempat aku
menapak keluar, wajah Amar muncul di depan aku.
Tersengih dan menggaru kepala.
“Uiks…
terperanjat saya? Ada apa, ya?” soalku sopan pada Amar lantas aku rapatkan
daun pintu.
Berdiri tegak di
depan Amar dengan tangan yang menyeluk kocek jaket bagi melindungi kulit tangan
yang sudah agak sejuk angkara penghawa dingin.
“Tuan Radzi nak
jumpa,” beritahu Amar tersengih-sengih.
“Kalau kata Tuan Radzi nak jumpa, yang awak sengih-sengih ni
kenapa? Macam pelik je?” Aku kerutkan kening. Bibirku herot memandang dia.
“Eh, tak adalah,
Naina…Cuma saya rasa awak ni terlalu cantik untuk berada di UTK…”
“Eh, kira
okeylah. Ada juga penyeri mata saya tuan
daripada tengok muka tuan je,” sampuk seorang sarjan yang bakal di unit ini,
mengusik Amar.
Aku lepaskan
tawa halus dan berlalu tanpa mempedulikan dia.
Aku yakin, Amar mula hendak memasang jerangkap samar tapi aku, tak mudah
jatuh cinta kerana cinta pada agama, Negara dan bangsa melebihi segalanya.
“By the way,
kenapa Tuan Radzi nak jumpa saya?” Aku
hentikan langkah dan berpaling semula pada Amar.
“Entahlah,
Naina. Saya tak tanya. Tadi, saya pergi hantar report, itu je dia
pesan,” jawab Amar dengan bibir yang tercebir.
Aku melangkah
lagi dan mengangkat tangan pada Amar. Kaki
aku terus maju menuju ke bilik Tuan
Radzi. Bila aku sudah berdiri tepat di
depan biliknya, daun pintu aku ketuk sekali dan bila ada keizinan, aku tolak
daun pintu tersebut dan memberi salam.
“Assalamualaikum,
tuan!” Tubuh aku tegak. Tabik aku berikan tanda hormat.
“Erm…
Waalaikummussalam, Inspektor Naina. Macam
mana hari pertama?” soal dia mengambil berat.
Aku berdiri
dalam keadaan rehatkan diri. Tangan di
belakang dengan kaki terbuka selebar bahu dan nafas yang aku hela tenang.
“Okey je tuan
tapi ada satu fail yang menarik perhatian saya.
Bila saya belek, banyak kes dah selesai tapi satu kes tu masih dalam
siasatan. Saya nak minta pada tuan untuk
terus jalankan siasatan hingga kes tu selesai,” jawabku mendatar.
Mataku terkesan
akan senyuman pada bibir Tuan Radzi. Dia
berjalan ke belakang dan aku masih lagi tegak berdiri menghadap mejanya.
“Em… kes tu
memang dah agak lama. Payah nak kesan
dia. Unit risikan pun dah beberapa kali
terbabas dengan maklumat yang salah dan
saya yakin, kalau awak berusaha kita boleh selesaikan kes tu secepat mungkin
tapi ingat… keselamatan awak penting. Cumanya,
buat masa sekarang… kita ada permohonan untuk kawalan keselamatan pada
rombongan ahli perniagaan terkemuka dari Thailand. Saya nak awak dan Amar mengawal keadaan
sewaktu persidangan mereka berlangsung beberapa hari ni di Sime Darby
Convention Centre, Mont Kiara. Maklumat lainnya,
awak boleh berurusan dengan pegawai yang ada di sana,” beritahu Tuan Radzi pada
aku.
“Baik, tuan!”
Aku hanya bersetuju tanpa banyak fikir lagi.
“Mari, saya
kenalkan awak dengan pegawai diorang tu.
Apa-apa hal, deal terus dengan
dia.” Bahuku ditepuk lembut meminda aku
berpaling.
“Encik Dzul?”
Bila aku
berpaling, mataku tepat terpanah pada seorang lelaki muda yang tersenyum
padaku. Kacak dan segak berbaju kot
hitam dan juga cermin mata hitam. Bibirnya tersenyum dan bila dia membuka kaca
matanya, aku menelan liur. Sungguh mata
aku tak menipu. Terlalu sempurna
kejadian Tuhan ini.
“Encik Dzul, ini
pegawai baru UTK. Anything, you just let her know,” beritahu Tuan Radzi pada lelaki
yang diperkenalkan sebagai Dzul.
“Yeah… sure, tuan. Saya Dzulkarnain.” Salam dihulurkan dan aku menyambut salamnya
kemas.
“Zunaina. Panggil je Naina…,” balas aku pula. Serius dan tidak beriak yang pasti.
“Dan panggil saya Nine.” Dia senyum lagi dan
mengangguk bersama renungan seorang lelaki pada seorang wanita.
~~> bersambung
RM : omai... RM buat cite romantik-aksi-pengorbanan-kesetiaan? Percubaan bab pertama. Sangatlah payah tapi bila lagi nak mencuba kan... So, mini novel yang ke... errr 5 ke 6.. Ermm dah lupa tapi apa2 pun ianya dari blog ijo...
terbuai sekejap.. hilang sikit sakit kepala lepas bace entry akak ni.. saya sokong akak selalu...
ReplyDeleteromantik n aksi, nine-naina...
ReplyDeleteNina & Nine .. padan pulak nama ni
ReplyDeleteeh .. Nine ke heronya ?
terbayang drama gerak khas :)
ReplyDeleteNine & Naina... emmmm!!
ReplyDeletesurely meletopssss...bes..bes...
ReplyDeleteaksi oleh tiga gabungan nama.. nine, naina & neo...
ReplyDeleteBestnya nama hero pertama Amar..mcm bff sy plak tp dia TUDM..sure inspektor amar ni orgnya tall, dark, tough n yg pntg hensem..he3
ReplyDeletenooooooooooo.....
ReplyDeletedh jtuh cita dhn nine.. oamigod... kak rehan...
plis smbg...
sdap nam
dzulkarnain - zunaina
nine - nina..
hehe <3
sudah jumpa hahahah :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
omg... bestnya dh jtuh bdgn nine.. smbg kak rehan.. tahniah.. :D
ReplyDeleteszulkarnain - zunaina
nine - nina .
sweet..
~diane~
omg... bestnya dh jtuh bdgn nine.. smbg kak rehan.. tahniah.. :D
ReplyDeleteszulkarnain - zunaina
nine - nina .
sweet..
~diane~
oh my nine n naina.. continue please!! huhu.. like3..
ReplyDeleteBerdebar-debar tunggu next entry...sebab ader aksi..kan?kan?kan?
ReplyDelete-emn-
Menarik sekali.
ReplyDeleteOmg...really3 jatuh cinta dgn new entry dr RM...xsabar nk tgu lg n3 terbaru...good luck...jln cerita yg menarik & tertarik...:)
ReplyDeleteb4 ni jadik tkg baca ja..
ReplyDeleteni baru rasa nk tinggal jejak..hihi
RM memg x penah hampakan pembaca...always waiting 4 de next entry..:)
wah best la RM..ni yg excited nk tau ni...smbngla cpt2...bestla..hehe
ReplyDeletewhooaa, RM! mmg takde rest langsung yer? dh ada mininovel baru? tahniah dan semoga Allah sentiasa memberi ilham utk RM berkarya beserta ilmu yg bermanfaat, inshaAllah, amin..like the ideas very much
ReplyDeletep/s: peminat ramlee awang murshid jgak ke?
sape hero?? neo or nine??erm..musykil ni..
ReplyDeleteerkkk..baru je enroll masuk subjek tuk pensyarah nama dzul..alih2 baca kt cni da nama dzul lah...menarik cita ni,
ReplyDeletejgn cakap nine tu neo? hihi. *mudah sangat nak buat andaian. imaginasi terlebih ni.
ReplyDeleteanyway, update selalu ye. menarik! :)
bcinta dengan penjenayah nanti akhirnya? atau pun lelaki yang mempunyai skizo.. gila... atau tekanan hidup..tak sabar ending dia..follow u..
ReplyDeleteAla... Harap2 nine xde kena mengena ngan neo hahaha... Br bab 1dah rasa saspen semacam
ReplyDeleteHm..cite br...masukkn unsur2 thriller ya..mesti havoc
ReplyDeleteRM, sila teruskan..kak pasti ikuti hingga ke akhirnya....
ReplyDeleteYeay.. Always sokong RM ..betol..betol..betol..bila lgi klu tk cuba.. Semangat RM .. "JW"
ReplyDeletepermulaan yang best. ayah saya pun polis. tak pasti akan ikut jejak langkah ayah ke tak. hehe. Naina yang berani. Suka dengan watak ni. terima kasih kak Rehan. :)
ReplyDeleteawww,,,,citer polis la,,,,,,mcm gerak2 khas,,,,,,pe2 pun,,,,terbaek,,,dan akk setia follow cite rehan
ReplyDeleteRomantik & aksi.hmmmm ce cite...ce cite hehehe
ReplyDeleteinteresting!!
ReplyDeletebabak aksi lasak! suka! huhu
=)
best jln cite nie...:-)
ReplyDeleteBest...
ReplyDeletePENDEKNYER....
ReplyDeleteBARU NK FEEL, NK BAYANG2 NINE N NAINA...
HUHU
kenapa rasa hati menyatakan yg
ReplyDeletenine n neo adalah org yg sama?? jeng..jeng...
huhu
len kan kak rm?? kn3x?
n suka baca tajuk n tagline cite nie...
lagu Cinta Kita - Shireen ft Teuku...
suka lagu tu...
n kalo fham kn btul2 lirik tu..
mcm btul je firasat (cewah)
NEO n NINE org yg sama......
RM sya mmg minat citer yg bersangkut paut ngan PDRM ni..sambung RM.
ReplyDeletex sabr nak thu n3 seterusnya
ReplyDeletewwannurr........
ReplyDeletejiwa seorang gadis kental......caiyok rm.......n3 lagiii
baru bca bab ni da senyum sowang2..heheh
ReplyDeleteda mula nk membayangkan amar, nine dan neo....
nice story..terhibur..thanks..:-)
ReplyDeletewaaa... *excited* ninenaina ><
ReplyDelete-athirah-
waaa..excited nk bc sampi abis..gud luck RM
ReplyDeletehmmm..nine ni undercover ke??cm dlm cite infernal affairs...menarik...i likeee...
ReplyDeleteBR NK START MENTELAAH...INTERSTING BEGINNING...
ReplyDeleteHihihii..baru nk follow cite gerak khas nie..
ReplyDeleteEhh nama dia mcm ayah kita laaa..
Uihhh...citer aksi dr RM...cayalah..x sbr nk bc :D
ReplyDeletebaru nak start baca!
ReplyDelete