BAB 14
SEPERTI yang diarahkan,
aku tiba di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah kerana Amar dan beberapa orang
dari pasukan kami sedang menanti aku di sana
bila aku katakan yang aku dan Nine dalam perjalanan.
Baru hendak membuka tali
pinggang keledar, aku nampak wajah Nine berkerut dan darah merah kian mengalir
membasahi baju Tnya. Cepat-cepat aku
tolak tali keledar yang membelit tubuh aku dan terus melonggarkan tali keledar
milik Nine pula.
“You’re bleeding, Nine,’ tegurku bila aku nampak Nine sedang
memejamkan matanya.
Dia senyum tipis dan
mengangguk. “Agaknya luka saya koyak
balik,” adu dia bersama wajah yang berkerut.
Tanpa berkata apa, aku
cepat-cepat menolak pintu kereta dan
berlalu ke arah pintu penumpang. Pintu
aku tarik rakus, tubuh Nine aku sapa dan aku pegang lengan itu membantu dia
bangkit dalam kepayahan memandangkan aku juga sedang bertahan dengan sisa
kudrat yang tidaklah seberapa.
Dalam hati aku menyumpah
seranah juga. Sudah tahu diri tidak
sebaik mana, untuk apa dia ke sana
tanpa apa-apa bantuan?
“Lain kali jangan pandai-pandai nak tolong saya
dengan membahayakan diri awak, Nine!”
bebel aku di luar sedar.
Nine senyum. “Dan saya tak akan tinggal diam untuk lihat
awak disakiti, Naina...”
Mati kata aku dibuatnya
dengan patah bicara Nine. Segalanya
mampu menewaskan aku. Mampu membuatkan
aku terdiam.
“Boleh jalan tak?”
Dia mengangguk tapi
sayang bila langkah dia sedikit pincang membuatkan aku menguit tangan. Menggamit attendant hospital yang kebetulan
ada di bahagian depan hospital.
Nine dipegang dan dibawa
duduk di atas kerusi roda tapi satu yang aku rasa, jari-jemari kasarnya tak
lepas memegang tanganku. Tiada tanda
hendak dia lepaskan buat masa ini hinggalah
kami tiba di depan pintu wad kecemasan di mana ada Amar dan beberapa
orang pegawai lagi menanti aku.
Amar meluru. Bahuku digenggam kemas dengan riak yang risau
dan mata yang redup tajam.
“Are you okay?”
Aku senyum dan mengangguk.
“Baru sampai ke?”
“Dalam sejam. Tuan Radzi sampai nanti.”
“Dia marah I ke?” soalku lagi.
Risau dengan pihak atasan.
“Dia tak marah tapi
risau. I yang marah dekat you.
Tapi, benda dah jadi dan you pun dah selamat. I dah hantar orang siasat alamat yang you
bagi pada I tu. I nak pastikan you taka
pa-apa dulu, lepas tu I akan gerak ke sana
juga. Oh may God, apa dah jadi dengan
wajah you ni?” soal Amar lebih pada diri
sendiri. Dia risau. Risau amat.
Telapak tangannya
menyapa hujung bibir aku seketika sebelum dia tersedar dan tangannya jatuh ke
sisi. Senyuman aku gariskan lagi.
“Jangan risau
sangat. I okey je. Lepas I selesaikan hal kat sini, I jumpa you
kat sana .”
“No...” larang Amar.
“Tuan Radzi arahkan you
balik rehat. Apa-apa berita nanti I
beritahu you.”
Mendengarkan kata-kata
Amar dan nama Tuan Radzi, aku jatuhkan kepala bersetuju. Rasanya jika aku menahan kawan kepada Neo
tadi, pastilah aku ditendang kembali.
Tentulah tak mampu mengelak tau membalas dengan kudrat yang ada. Sudahnya, aku pandang saja penjenayah itu
mengesot keluar dari bilik itu tadi.
Kecewa.
Aku setia berdiri di
sisi Nine bila dia ditolak masuk ke dalam wad kecemasan. Seorang jururawat yang hendak memegang
lenganku, aku tepis sopan. Masih mampu
bergerak sendiri.
“Nine, awak okey masuk
sorang, kan ? Nurse
ada temankan.”
Nine menggeleng. “Saya nak awak temankan saya, Naina. Tanpa awak, saya takut...”
“Tak ada apa nak takut,
Encik Nine!” bidas Amar sedikit
beremosi.
“Kami ada kat luar
berkawal. Lagipun, Naina sendiri
perlukan rawatan. Tengok muka dia. Lebam sana-sini dan saya percaya, Encik Nine
seorang yang berperikemanusiaan, kan ?” sambung Amar tanpa mempedulikan pandanganku
padanya.
“Kalau macam tu, kami
tolak Encik Dzulkarnain ke dalam dulu nak tengok luka dia. Cik Naina boleh ikut sama untuk buat
pemeriksaan,” ajak seorang doktor muda.
Amar paut bahuku. “I temankan you.”
Aku pandang Nine. Dia senyum.
Senyuman sinis pada hujung bibir.
Senyuman orang kecewa bila dia ditolak masuk ke dalam wad kecemasan.
“Jom,” gesa Amar dan
aku hanya menurut saja.
“SIAPA yang jaga
Nine?” Wajah Amar aku kerling sekilas
sambil mengurut lengan yang berbalut.
Sedikit terseliuh akibat menahan
tendangan Neo.
Amar yang tenang memandu
ketawa halus.
“Sampai macam ni pun you
masih risaukan dia, kan ?” soal Amar padaku.
“Apa yang you
maksudkan?” Aku pandang dia
dalam-dalam. Rasa tak puas hati sedikit.
“Itulah... you dapat
sakit sebab dia. Sebab dia tak nak bagi
kerjasama. Sebab you temankan dia, jaga
dia, last sekali you yang dapat
sakit. Kena tumbuk terajang, lebam
sana-sini,” marah Amar.
Kaku aku seketika dengan
sikap Amar kala ini.
“Are you okay, Amar?” Tak
mahu menyalahkan dia kerana dia memang berhak untuk risau tapi kini, aku
baik-baik saja. Tiada apa lagi yang
perlu dia risaukan.
“You ni dah terbalik,
Naina. Patutnya I tanya you soalan
tu. Kenapa you tanya I pulak? Kenapa?
You nampak I tak okey ke?”
“Aah... tak. I nampak you tak okey. I nampak you sakit. You tak sihat, ya?”
“I sakit hati. Hati I ni sakit bila dapat tahu you kena
culik, bila Tuan Radzi bagitahu yang you kemungkinan kena tangkap oleh Neo demi
Nine dan I lagi sakit bila you cedera sebab Nine.”
Terdiam aku dengan
pengakuan Amar. Sakit hati. Ya memang itu
yang melanda Amar sekarang. Sakit
hati pada yang tak sepatutnya.
“You jangan salah faham,
Amar. I menjaga amanah...”
“Tahu... tapi Nine tu I
rasa tak patut kita jaga. Lepas ni I nak
you mohon dengan Tuan Radzi, gugurkan
nama you dari kes ni. Biar I dengan
yang lain je uruskan. You tak sesuai...”
“Sebab I
perempuan?” sergah aku mencantas
kata-kata Amar.
Jujur aku terasa hati
dengan kata-kata Amar yang tak ubah meragui kebolehan dan kredibiliti aku
sebagai seorang pegawai polis.
“Itu salah satu sebabnya,
Naina…”
“I seorang pegawai polis
terlatih, Amar. Amanah yang diberi I akan jaga dengan nyawa I. Mungkin kudrat I tak sekuat kaum Ada m tapi I mampu
pertahankan diri…”
“Sampai macam ni? Ini cara you pertahankan diri?” Amar mencantas dalam cemikan.
Huh… aku lepaskan
keluhan berat. Hilang sakit pada tangan
dan tubuh. Diganti pula rasa sakit hati
pada Amar. Berubah benar dia setelah peristiwa
aku diculik.
“Kalau pasal Nine you
nak argue dengan I, I rasa tak
perlu…” Aku seraya menggeleng.
“Kalau you rasa nak
tunggu Nine… silakan. I nak balik ibu
pejabat, nak tulis report tentang kes
ni. I rasa kita hampir boleh jejak Neo
kalau kita betul-betul buat perancangan rapi,” ujarku menyambung kata lalu aku
menapak ke pintu besar hospital.
“Naina, nanti…” Amar menahan langkahku.
“I need rest, Amar…”
“And I need you!” tegas Amar
dengan wajah yang tiada rentak.
“ZUNAINA…”
Aku panggung kepala dari
terus tunduk menandatangi laporan yang baru saja aku siapkan. Masih panas terasa kesan mesin pencetak.
“Tuan…”
Pantas aku angkat tubuh
bila wajah Tuan Radzi terbias di layar mata.
Dia senyum dan menepuk bahuku sekali, meminta aku duduk.
“Awak bukan patut balik
rehat ke?”
“Saya ada laporan nak
sediakan, tuan!” jawab aku tegas.
Dia senyum lagi. “Dah siap.”
“Dah, tuan…”
“Kalau macam tu, you
balik rehat. Saya dengar Amar cakap awak
berkeras nak balik siapkan report dalam
keadaan diri awak macam ni.” Matanya
mengeling pada lengan aku yan berbalut.
“Okey ke?” Keningnya terangkat.
Aku tidak senyum. Sekadar mengangguk saja memberikan
jawapan.
“Saya nak tahu…” Tuan Radzi menarik kerusi di depan mejaku dan
melabuhkan duduk sebelum menyambung.
“… apa yang jadi hari tu. Unit risikan beritahu saya tentang Neo kelihatan
tapi tak sempat dia ikut. Saya call awak tak sempat cakap, talian mati.”
Nafas aku hela
panjang. Cuba mengembalikan semula peristiwa
itu. Takut hendak aku ingat. Bimbang terjadi apa-apa pada Nine yang selamba saja menyelamatkan aku tanda apa-apa
perlindungan. Salah percaturan, dia ke
mana dan aku tinggal dalam kekesalan selamanya.
“Saya minta maaf,
tuan. Saya memang tak sangka dia ada
dalam lif dan petang tu masa saya temankan Nine di seketika tasik Putrajaya tu,
ada seorang lelaki menegur. Cuainya saya
tak dapat agak dia adalah oran g
yang kita syaaki,” jelasku lantas aku terus memulakan cerita. Kisah kejadian pada hari tersebut.
Seusai saja aku tamatkan
cerita, kepala Tuan Radzi terangguk-angguk.
Dia menepuk kedua belah pehanya sebelum bangkit berdiri tegak.
Aku turut sama berdiri.
“Tak ada apalah,
Naina. Saya tahu awak dah cuba
sedaya-upaya untuk lindungi Nine dan diri sendiri. Kita tunggu laporan Amar dan pasukan pulak
tentang serbuan yang dia buat. Awak
baliklah rehat. Report tu, serah dekat
saya. Saya baca dan serahkan pada pihak
atasan untuk kita ambil tindakan lanjut.
Neo sekarang semakin berani keluar masuk ke Negara kita Cuma kita
perlukan kerjasama pihak kastam untuk
kesan passport yang dia gunakan.
Apa-apapun, saya dah luluskan permintaan awak…”
Tuan Radzi memasang
langkah. Aku kerutkan dahi. Perm intaan?
“Apa maksud tuan?”
Langkahnya mati. Tak sempat menarik daun pintu dia kembali
berpaling pada aku.
“Awak tak nak ur uskan lagi kes Nine dan Tuan Benjamin, kan ?
Saya tahu awak penat. Awak balik
rehat, esok kita bincang hal ni. Lagipun
ada kes baru untuk kita siasat. Mungkin
tak terlalu terbeban,” jawab Tuan Radzi tenang bagaikan memang aku yang membuat
permintaan sedemikian.
“Saya tak pernah…” Bicara aku mati di situ.
Teringat pada Amar.
Hati ini mula yakin yang
dia meminta ini bagi pihak aku.
Permintaan yang aku sendiri tak setujui tapi andai ini yang terbaik dan
Amar mampu melindungi Nine, aku rasa sampai masan ya aku lepaskan tugas ini.
“Pernah ada,
Naina?” tanya dia.
“Tak ada apa, tuan.” Aku menggeleng bersama senyuman.
“Kalau tuan tak kisah,
saya nak mohon cuti, tuan…”
Dahi Tuan Radzi
berkerut. Lambat-lambat dia senyum
sambil mengangguk.
“Forward permohonan
cuti, nanti saya luluskan. You really
need a good rest tapi saya luluskan setelah Nine balik Bangkok dengan selamat, ya?”
Bagaikan jatuh jantung
ke kaki, aku menahan nafas seketika.
Terkejut.
“Nine nak balik Bangkok ? Bila?”
“Secepat mungkin,” jawab
Tuan Radzi ringkas dan kali ini dia betul-betul berlalu.
Terduduk aku di atas
kerusi. Rambut yang aku rasakan kusut,
aku kusutkan lagi. butang kemeja aku
buka satu. Terasa sesak dada. Nine akan pulang dan entah bila akan kembali
bila nyawa sendiri terancam.
Aku perlu menjadi
saksi. Dia juga tapi entah kenapa, aku
harap aku tak bersua empat mata dengannya lagi.
Rasa aneh bila aku bagaikan berat hati hendak merelakan dia pergi.
TALIAN telefon
bersambung. Suara mak ngah ada di hujung
talian. Bernada risau.
“Kau tak apa-apa ke,
Naina?” soal dia.
“Tak ada apa, mak ngah…” Aku menjawab tenang melalui pembesar
suara. Telefon baru, nombor lama. Sambil tangan menyapu minyak pada kesan lebam
di bawah siku dan juga pipi kiri.
“Mak ngah dengar
berita. Kau tak terlibat, kan ?”
“Berita apa? Naina busy dalam office, mak ngah… sibuk buat
laporan. Baru petang tadi hantar dekat
pegawai atasan. Mak ngah risau sangat ni
kenapa?”
Keluhan menyapa telinga
aku. Mak ngah menyambung kata.
“Suryani telefon mak
ngah suruh tengok berita. Katanya unit
Kak Naina masuk berita. Diserang dan
salah seorang pegawai perempuan diculik tapi dilepaskan dengan selamat. Kau ke?”
Bibirku senyum menyenget.
Cepat berita tersebar dan aku yakin, Tuan Radzi bijak
menyembunyikan hakikat daripada para
wartawan.
“Tak adalah. Memang ada dalam unit kami kena serang masa
bertugas. Saya tak terlibat,” bohong aku
dengan niat tak mahu dia kerisauan.
Mak ngah mengeluh
tipis. “Jaga diri, Naina… Jangan jadi
apa-apa pada kau tu. Nanti mak ngah rasa
bersalah pulak. Dahlah arwah umi dan ayah
kau pun dulu oran g
rancang kemalangan dia.”
Mak ngah terlepas kata
bila aku dengar dia mengucap panjang dan aku terkedu lama. seperti yang aku rasa, memang benar,
kedua-dua oran g
tua aku dibunuh. Dibunuh dalam rancangan
kemalangan yang rapi. Aku cuba tolak jauh kemungkinan itu
tapi mak ngah… dia…
“Apa mak ngah cakap
tadi?” Luka entah ke mana, balutan entah
ke mana, aku angkat telefon bimbit rapat ke telinga.
“Eh, tak ada apalah… tak
apalah Naina kalau kau sihat. Ingat
pesan mak ngah, jaga diri…” Talian mati.
Mak ngah membiarkan aku
terkedu sendiri. Tubir mata aku terasa
hangat. Berat. Sarat.
Kabur dan akhirnya meluncur laju airmata menuruni lekuk pipi. Umi… ayah… hati aku menyeru mereka.
Tak sempat kering
airmata, telefon berdering. Aku
sangkakan mak ngah kembali menghubungi aku tapi bila aku lekapkan telefon ke
telinga, ada suara lelaki yang menegur sopan.
“Can I see you?” soal dia.
Aku kerutkan kening
biarpun aku cam benar suaranya.
“Dah lewat ni,” jawab
aku memberi dalih. Bukan tak sudi tapi
jujur aku tiada rasa hendak berganjak dari tempat duduk. Kepala aku ligat memikirkan apa yang mak ngah katakan tadi.
“Sekejap je…”
“Awak perlukan
rehat. Bukan patutnya awak rehat
ke?”
“Tak boleh nak rehat
selagi tak tahu keadaan awak…” tegas
dia.
“I am just fine…”
“No… you are not. Saya dapat
rasa awak menangis. Suara awak lain,”
ujar dia mengerti.
Aku diam. Dia juga diam. Hanya desiran angin malam yang kedengaran
memecahkan hening. Airmata merembes
lagi. Buat pertama kali aku mendambakan
seseorang dalam hidup aku. Seseorang
yang mampu menjadi tempat aku luahkan rasa.
Seseorang yang mampu menjadi tempat aku menyandarkan kepala dan
seseorang yang mampu memujuk tangis aku.
“Saya rindukan oran g tua saya…” Ada
esakan halus menyulam kata-kata aku.
Dia bagaikan
terkedu. Tak terkata apa. Tapi tak lama bila dia kembali berkata-kata.
“Kalau saya mampu
hilangkan rasa rindu awak pada oran g
tua awak, turunlah… saya ada depan rumah awak.”
Mendengarkan kata-kata
dia begitu, aku bangkit dari birai katil dan melangkah ke ruang tamu. Bila aku selak langsir, ternyata dia sedang
berdiri menyenget… bersandar pada sebuah BMW hitam metalik di depan pagar
rumah.
~~> bersambung
RM : Ohmaiii lamanya tak menulis yu. Pastilah ke jurang mariana punya update... T_T. Suami Tak Kuhadap dah keluar di pasaran atau boleh dapatkan melalui www.karyaseni.my. Jom dapatkan... tamatkan kisah antara Budriz dan Syaima. Rasai bagaikan kasih mereka bertaut, terduga, tercabar dan terkoyak sabarnya. Namun setiap kisah, ada senyuman. LOL. Happy reading, do comment and thanks...
ada six sense la si nine ni..tahu je naina nangis n rindukan parent dia..hmm chemistry yg kuat nih
ReplyDeletebest! nak lagi!! ;D
ReplyDeletebeznyerr,,,lame dh duk tunggu...tp cm sikit jer..kak RM
ReplyDeleteesok ade n3 lgy boleh??
Cukupla utk melepas rindu dendam.. He..he...
ReplyDeleteRM xrase nak bukukan ke novel nih..:))
ReplyDeletenk lagi....
ReplyDeleteTerubat rindu dgn nine n naina
ReplyDeletesila sambung RM..hehehe..suke cite ni...naina nmpk mcm dh mengalah...
ReplyDeleteterharu sgt kan, bila kita dambakan seseorang tetiba saja org tu dah di depan mata... mmm... mr sembilan dah muncul semula!!!...
ReplyDeletelagi kak RM :D ;)
ReplyDeletecepat sambung ^_^
finally, keluar jugak airmata naina yg mahal tuh..sedey..
ReplyDeleteTerubat rindu kt nine.
ReplyDeleteTerubat rindu kt nine.
ReplyDeletebila nine smakin mnjadi sweet saya pon terkeras sendri :D
ReplyDelete-Syira Azmi-