BAB 15
KAMI saling
memandang. Terpisah oleh pagar separa leher
aku dan separa dada Nine. Dia
senyum. Jaketnya dibetulkan sedikit
sebelum dia menapak mendekati aku.
“Sejuk malam ni.” Dia menegur.
Nampak macam kehilangan
kata.
“Dari mana?”
“Jumpa Tuan Radzi.”
Keningku naik. “Buat apa jumpa dia malam-malam?” Aku tayang wajah pelik.
Lelaki di depan aku ini
tersenyum tipis. Senyuman menyenget. Tangan dimasukkan ke dalam poket jaket.
“Pasal kes dua hari
sudah. Kes penculikan awak,” jawab dia
jujur.
“Macam tak ada esok...”
“Yeah... I’m afraid there’s no tomorrow for me... here.”
Liur kutelan. Mendengarkan kata-kata Nine rasa bergelodak
jiwa. Bagaikan tiada esok untuk dia di
sini dan lebih tepat lagi kami bakal terpisah dan aku perlu menyedarkan
diri yang dia adalah amanah buat
seketika. Sampai masa, dia perlu pergi
dan aku perlu kembali ke asalnya. Hanya aku
dan dunia aku yang sepi.
“Bagi keterangan ke?”
Dia menggeleng. “Lebih kepada bercerita.”
“Dia yang bagitahu
rumah saya kat mana?”
Nine mengangguk. Dia senyum dan tunduk lagi. Kemudian mengangkat wajah dan tersenyum
kembali.
“Awak marah saya datang
cari rumah awak?”
Aku angguk. Wajah tersenyum Nine berubah ketat.
“Saya marah kalau awak
tak sihat lagi tapi dah datang cari saya.
Kenapa? Sesaat tak jumpa saya tak
boleh?” soalku diluar sedar.
Nine mengangguk pantas
tanpa aku duga.
“Sesaat tak jumpa awak,
tak tahulah macam mana hidup saya dan lepas saya pergi, entah ada entah tidak
peluang kedua untuk kita, kan ?”
Tanganku mendarat pada
pagar yang tidak aku buka. Wajah Nine
aku tenung lama.
“Awak dah nak balik Bangkok ?” Aku menyoal penuh minat.
Kepalanya dijatuhkan
sekali. “Uncle Benjamin perlukan saya. Tempat saya di sisi dia. Kebetulan pulak saya dah bagi semua keterangan
saya pada Inspektor Amar siang tadi masa di hospital. Dah beritahu Tuan Radzi juga. Saya tak selamat kat sini dan paling sedih
membuatkan oran g
yang saya sayang tercedera,” ujar Nine tenang.
“Orang yang awak
sayang?”
Bibir Nine mencebir
memandang aku dengan soalan yang telah aku ajukan. Aku yakin akulah yang dia maksudkan tapi tak
mahu cepat meneka.
Nine menapak lagi. Lebih dekat.
Hanya dalam jarak dua jengkal saja wajah kami terpisah. Tubuh pula terpisah oleh pagar besi ini saja.
Dia suakan telefon
bimbitnya pada wajahku. Daripada dalam skrin
Note itu, aku nampak wajah aku. Wajah yang
nampak samar-samar tapi masih wajah aku.
“Ini...” Nine tersenyum lagi.
“Kalau awak nak kenal
orang yang saya sayang,” sambung Nine bersama liur yang ditelan
berkali-kali.
“Saya?” Jari telunjuk lurus pada wajah sendiri.
“Tak boleh?” tanya dia pula.
“Tak takut saya tembak
awak buat pengakuan berani mati macam ni?”
“Kalau itu boleh buat
saya buktikan perasaan saya pada awak...”
Nine berjeda.
“... saya sudi terima
peluru awak, Naina.”
Tubir mataku sungguh
terasa hangat. Terasa memberat hingga
akhirnya airmata mengalir laju.
“Siapa awak Nine? Kenapa awak datang dalam hidup saya?” Terlanjur berbicara, soalan begitu
terluah. Malu tapi aku mahukan jawapan.
“Sebab takdir Naina...
takdir yang saya sendiri tak duga. Takdir
yang telah saya pasrahkan segalanya.”
“Tapi awak kena pergi,
kan?”
Dia mengangguk
sekali. “Saya terpaksa demi keselamatan
awak.”
Hilang kata-kata dengan
jawapan Nine. Demi aku dia harus
berlalu. Meninggal bekas jejak dalam
hati aku begitu padu dalam masa yang terlalu singkat.
“Awak suka saya?” Jujur saja Nine bertanya.
Aku diam. Kelu.
“Diam awak dah buat
saya tahu jawapan tu. Kalau macam tu, berhenti
kerja... ikut saya. Saya jaga awak. Ke mana saja saya pergi, saya akan pastikan
awak ada di sisi.”
Mendengarkan kata-kata
Nine mencadangkan perkara tak masuk akal itu, aku ledakkan tawa bersama airmata
yang tersisa. Jariku mengelap airmata
sendiri tapi mataku masih merenung Nine
yang nampak terpinga-pinga.
“Saya masih ada saudara
kat sini, Nine... masih ada mak cik dan adik sepupu...”
“Tak sudi?”
“You’re kidding me...”
“I’m damn serious, Naina...”
Tawa aku mati. Renungan Nine kian tajam.
“Saya datang sini malam
ni sebab nak cakap yang saya suka awak, Naina.
Boleh tak saya cakap macam tu?”
tanya dia polos.
Aku ketap bibir. Menahan hati yang hendak melompat keluar
masuk ke dalam dada Nine. Pantas aku
tekap telapak tangan ke dada. Tidak mengizinkan hati itu berlalu dari tubuh aku. Jika tidak, aku akan jadi jasad tiada
berjiwa.
“Awak dah cakap pun...
nak minta izin kenapa?”
“Supaya saya boleh
cakap dengan lebih tersusun...,” sela Nine.
Huh... keluhan tipis
aku lepaskan. Nine semakin
mendekat. Bila tangannya turut sama
mendarat pada pagar, aku larikan tanganku dan menapak ke belakang setapak.
“Katakan...,” suruhku.
“Saya tak harap saya
dapat jawapan yang mengecewakan...”
Riak Nine tenang tapi
setiap kata-katanya bercampur gaul dengan nada resah. Buat apa dia luahkan jika permintaannya
sangat tak masuk akal. Tak mungkin aku
tinggalkan kerja yang aku suka ini dan mengikut dia berkelana. Berada bersama dengan orang-orang yang tidak
aku kenali. Dia juga aku tak kenal. Mustahil.
“Kita memang dah
sama-sama kecewa dari awal Nine... bila kita tahu yang masing-masing sukakan
masing-masing. Saya ada etika untuk
tidak jatuh suka pada orang yang kami jaga.
Tuan Radzi dah gugurkan arahan untuk saya jaga awak. Sekarang awak di bawah tanggungjawab Amar
sepenuhnya. Walau apa pun, awak tetap
akan pergi. Macam awak cakap, tempat
awak bukan kat sini... jauh sekali bersama saya. Saya tak nak kecewa bila awak pergi...”
“Sebab tu saya nak bawa
awak bersama,” caras Nine.
Aku senyum. Ada rasa sebu dalam hati. Sudahlah tadi rindu pada arwah umi dan ayah
baru saja berlalu kala terpandang wajah dia.
Setelah dia pergi, aku tahu aku akan mengusung rindu yang lebih berat. Bertambah bebanan rindu aku nanti. Bertambah kerana dia. Tapi, apa lagi aku mampukan melainkan
tersenyum dan terus tersenyum.
“Boleh jadi kita tak
ditakdirkan bersama Nine...”
Kerana aku ada tugas
lain yang perlu aku selesaikan. Aku mahu
meminta jasa baik Tuan Radzi untuk membuka semula fail kes kemalangan ayah dan
umi dulu. Biarpun perkara itu sudah lama
berlalu, tapi aku yakin dengan kata-kata mak ngah. Kematian ayah dan umi perlu dibela dan yang
paling aku mahu tahu, siapakah dalangnya.
“Kalau awak cepat
sesaat, mungkin saya ikut tapi...” Aku
menggeleng resah.
“... saya ada perkara
yang lebih penting, Nine.”
Seperti biasa, dia
hanya tenang menerima kata-kata aku. Bibir
merah itu hanya tersenyum dan aku mahu kekal tersenyum begitu selamanya.
Dia mengangguk tanda
mengerti. Langkahnya berundur setapak
dua sebelum dia bersuara.
“Kita terpisah oleh
pagar ni saja Naina... kita dah terlalu dekat tapi tak mampu juga saya nak
gapai tangan awak...”
Nine bermadah.
Aku terkedu.
“Kalau macam tu, saya
balik dulu. Esok saya confirm nak fly balik ke Bangkok. Uncle
Ben hantar private flight dia. Saya naik dekat Subang Airport. Mungkin Naim ada.” Nine ketawa tiba-tiba bila menyebut nama
Naim.
“Dia tu terlalu sukakan
awak... pelik saya. Apa yang saya ada
itulah yang dia nak padahal dia dah ada segalanya,” luah Nine entahkan sedar
entahkan tidak.
“Naim?”
“Ha’ah... anak tunggal
Uncle Ben. Bakal pewaris empayar gergasi
milik Uncle Ben,” jawab Nine.
Tapi aku... langsung
tiada minat tentang Naim. Dalam kepala
aku hanya ada nama umi, ayah dan juga... dia.
“Hati-hati balik,
Nine...” Aku berpesan dengan berat hati tapi perlu meringankan lidah.
Lain di hati lain di
mulut. Yang terzahir tak sama
seperti yang terlipat dalam batin.
“Kirim salam semua
orang. Maaf dari pihak kami...”
“Masa ni pun you
ingatkan tugas lagi, kan?” tegur Nine
jelas tak puas hati.
“Jangan macam ni,
Naina... jangan buat tak tahu sedangkan awak tahu. Jangan terlalu polos sebab awak akan
meletihkan orang-orang di sisi awak.
Saya... Amar juga... mungkin,” sambung dia.
“Kita sama-sama letih,
Nine. Jujur, saya dah cuba
sedaya-upaya. Kami akan sama-sama
tangkap Neo. Rasanya dah banyak maklumat
yang kami dapat cumanya kami tak tahu kenapa Neo kerap muncul dekat KL
sekarang. Muncul seketika, hilang macam
tu je. Macam ada sesuatu yang dia buru selain awak...”
“Awak... mungkin?” telah Nine.
Dahiku berkerut. “Saya?”
Serta-merta aku
teringatkan kata-kata Neo. Aku adalah
nyawa Nine. Mendapatkan aku seperti
mendapatkan Nine. Dengan mudah. Tak perlu bersusah-payah dan jelas bila Nine sanggup membahayakan diri dia
demi aku.
“Jaga diri bila saya
tak ada, Naina...,” pesan Nine.
Aku jernihkan
wajah. “Insya-Allah, Nine... awak juga
jaga diri. Saya tak hantar awak dah
nanti sebab nanti Amar dan pasukan lain akan iringi awak.”
“I know,” jawab Nine lemah.
Dia berpaling. Berlalu ke arah BMW hitam itu. Tak berkalih lagi. Bila tangannya memegang pintu kereta dan
menariknya terbuka lebar, dia juga tak berpaling. Bila dia memboloskan dirinya ke dalam perut
kereta, dia juga tak berpaling. Bila dia
menutup pintu kereta, dia juga masih begitu.
Saat enjin dihidupkan, cermin kereta diturunkan tapi wajah itu memandang
ke depan, tanpa melirik padaku sedikitpun.
Tangannya dijulurkan
keluar dan tayar itu bergolek perlahan.
Nine nekad tak berpaling lagi pada aku setelah aku meminta dia pergi
tanpa perasaan.
“Moga kita tak jumpa
lagi, Nine...,” gumamku sendiri.
Dan airmata...
... menitis tak
terseka.
WAJAH Amar yang tenang
aku pandang.
“Kenapa renung I?” soal aku.
Tersenyum tipis
kemudian mencuka kembali.
Keyboard aku tekan lagi. Pantas. Sepantas hati aku berlari mencari kemungkinan
yang ada di dalam setiap berita yang aku tatap daripada rekod jenayah
lama. Semua yang berkaitan ayah selama ayah bertugas dulu.
“You tak marah?” Dia juga membelek fail yang ada di atas meja
aku. Fail lama yang aku dapatkan
daripada bilik bukti.
“Sebab?”
“Cakap dekat Tuan Radzi
you tak nak handle kes melibatkan Nine dan Tuan Ben?”
“Kenapa nak marah? You buat untuk kebaikan I, kan?” soal aku kembali. Sinis.
Amar nampak
terngadah.
“I risaukan keselamatan
you...”
“Itulah yang I cakap
tadi. Buat apa I nak marah.”
Keluhan Amar
lepaskan. Dia menegakkan duduk.
“I dah selamat
iringi...”
Tuk... tuk... Tak
sempat Amar menghabiskan ayatnya, wajah Sarjan Mazlan muncul.
“Puan... Tuan...” Tabik hormat naik pada aku dan Amar.
“Ya, Jan?” Wajah dia aku pandang.
Lelaki separuh umur
sudah. Menghampiri tarikh bersara tidak
lama lagi tapi masih lagi sihat dan aktif.
“Ini fail yang puan
minta. Kalau ada apa-apa lagi, puan
boleh beritahu saya.”
Aku angguk. Kecilnya dunia bila dia adalah kenalan lama
arwah ayah. Pertama kali memandang aku
dia tidak tahu. Bila aku katakan, aku
mahu mencari fail-fail lama yang ada di bilik bukti, dia mula mengesyaaki
akulah anak pada Sub Inpekstor Zulkifli yang telah terbunuh dalam kemalangan
jalan raya tapi pada mata aku kini, itu adalah satu pembunuhan. Pembunuhan yang cukup terancang.
“Terima kasih,
Sarjan...” Aku senyum segaris dan dia
terus berlalu sambil merapatkan pintu.
“Kenapa you nak
fail-fail lama ni, Naina?” tanya
Amar.
“I ada hal sikit
nak bincang dengan Tuan Radzi. Sebelum tu I perlukan sedikit bukti dan hujah
untuk dia sokongan permohonan I,” jelasku pada Amar.
Penjelasan yang masih
kabur sebenarnya. Langsung tak aku
pandang wajah dia. Bohong aku katakan aku
tak marah dengan tindakan dia tapi jika itu yang terbaik dan Tuan Radzi
mengizinkan, aku paksa diri aku agar rela hati.
“Mari sini I tengok...” Amar menarik fail yang baru saja dihantar
oleh Sarjan Mazlan.
“Eh, Naina...” Dia bersuara cuak sebaik saja helaian pertama
dibuka.
Mata kami bertentangan
seketika sebelum aku melarikan anak mataku pada skrin computer dan terus
menekan papan kekunci. Mahu siapkan hari ini
juga.
“... ini bukan...”
“My parent...,” sahutku
pantas dan mulut Amar melopong.
“Sebab ni ke you memang
biarkan Nine balik macam tu je hari ni?”
Sekali lagi, aku
mengerling Amar tapi jari-jemari masih tekun bekerja.
“Apa maksud you? Apa kaitan dengan Nine? Bukan ke you dah hantar dia balik ke?” tanya aku mendatar. Buat-buat tak rasa apa-apa sedangkan dalam
hati...
“Itulah I nak cakap
tadi... I dah selamat escort dia naik
private flight bapak angkat dia and
guess what?”
“What?” Keningku naik.
“Dia kata dia
silap. Dia terlalu yakin you sukakan dia
tapi tidak...” jelas Amar.
Tanganku terhenti. Tumpuan sepenuhnya pada Amar.
“Apa lagi dia cakap?”
“Dia amanahkan you
untuk I jaga...”
“Dan?” gesa aku tidak sabar.
Amar tersenyum
tawar. “Dia cintakan you, Naina... you cintakan dia juga ke?”
“I... I....” Tergagap-gagap aku hendak menjawab.
Beberapa ketika aku
mencerna, akhirnya aku senyum dan
menggeleng.
“I nak buka balik fail
tentang kemalangan ayah dan umi I kalau Tuan Radzi benarkan. Tentang Nine... dia tiada kaitan lagi dengan
I bila Tuan Radzi gugurkan I untuk terus mengawal keselamatan dia!” jawab aku sedikit tegas.
Amar menghadiahkan aku
sekuntum senyum. Senyuman sinis seperti
mana yang aku hadiahkan pada dia kebiasaannya.
“Such a liar!” tekan Amar dan
dia bangkit berlalu keluar.
~~> bersambung
sian naina..tp dia sedar dia ada tanggungjawab lain yg menunggu...
ReplyDeleteApa lagi yg akan Naina temui bila fail kematian ayahnya tu dibuka. Adakah semua ini ada berkaitan?
ReplyDeletealah.. nine blk ke?... huhuhu
ReplyDeletebest..dik...semakin terancang..
ReplyDeletesuch a liar..hish amar ni, biarla naina nk menipu ke ape..sibok je la..(tetiba marah kat amar)
ReplyDeletebiar segalanya berkubu dlm hati...
ReplyDeleteyeeeeee..bez..ala bile laa naina nak jumper balik ngn nine???
ReplyDeleteAlaaa Nine! Janganlah balik dulu! Tak puas ni!! :'P
ReplyDeleteala...
ReplyDeletenine ni org baik ke x?
uhuhu
da nebes bace nie..
dup dap da..
napa mcm kes family naina ni mcm da kaitan dgn nine...aduhhh..
ReplyDeletelagi... lagi.. :D
ReplyDeleteyeahhh...such a liar naina...heh..
ReplyDeletekite rs yg kes parents naina ada kaitan dgn neo. kn neo dicari cz ada terlibat dgn kes bunuh slen penyeludupan senjata haram tu. psti akn terbongkar x lm lgi. aduhaii... adaknlh pertemuan smula nain n naina.
ReplyDeletesian amar gigit jari le.....
ReplyDelete