BAB 16
JARI-JEMARI Tuan Radzi
bersulam sesama sendiri di atas meja.
Dia senyum bila aku berdiri tegak di depannya.
“Are you okay?” soal
dia.
Aku senyum dan
mengangguk.
“Ada apa nak jumpa saya dah lewat ni? Bukan awak patut dah balik rehat ke?”
“Ada perkara penting sikit saya nak minta
tolong tuan.” Seraya itu, fail putih itu
aku letak di atas meja dia.
Tuan Radzi memandang aku
dan fail tersebut silih berganti.
“Apa ni?”
“Tuan belek dulu. Sebelum tu saya minta maaf kalau permintaan
saya melampau, tuan.”
Senyumannya mati. Aku juga sebenarnya sejak dari semalam kaku
dari senyuman. Jika ada pun senyuman
paksa. Dalam kepala silih berganti wajah
arwah umi, ayah dan Nine menjengah. Nak
pecah kelopak mata.
“Awak okey Dzulkarnain
dah balik Bangkok ?”
Sehelai dibelek, soalan
itu muncul dari celah bibir Tuan Radzi.
Terus member impak resah dalam diri.
“Apa maksud tuan?”
“Dia jumpa saya beberapa
malam sudah. Saya bagi alamat rumah
awak. Dia ada ke sana ke?”
Aku ketap bibir. Lambat-lambat aku mengangguk.
Kenapalah semua orang
nak rosakkan jiwa aku yang memang hampir
rosak ni? Tak bolehkah tak sebut nama
Nine? Tak lengkapkah hidup kami sekarang
bila Nine kembali ke Bangkok
setelah pelbagai perkara terjadi pada dia di sini?
“Habis tu kenapa dia tergesa-gesa
nak balik?”
“Saya tak tahu,
tuan!” Suaraku bergema.
Keras. Bukan tegas.
Tak sedar sebenarnya.
Mata Tuan Radzi
membulat. Dia senyum akhirnya dan terus
membelek fail tersebut.
“Dua kali saya jumpa dia
dan kali ni tak sangka macam ni sekali pengalaman yang dia lalu, Naina. Apa-apa pun saya percaya awak dah lakukan
yang terbaik untuk melindungi dia. Dia
dah balik, dia bukan lagi tanggungjawab
kita...” Suara Tuan Radzi terhenti.
Tangan dia juga terhenti
dari terus membelek helaian kertas dalam fail tersebut. Usul yang telah aku sediakan beserta dengan
salinan laporan-laporan lama tentang arwah ayah.
“Sub-Inspektor
Zulkifli...”
Dia memandang aku seusai
menyebut nama itu. Aku jatuhkan kepala.
“Dia antara pegawai
terbaik PDRM pada tahun tu. Siapa dia
dengan awak, Naina?”
“Arwah ayah saya,
tuan!”
Tubuh tegap Tuan Radzi
mengendur. Dia menggeleng tidak
percaya.
“Ya Tuhan, kecilnya
dunia...” keluh dia tanpa sedar.
“Awak nak kita mohon
dengan Unit Jenayah untuk siasat semula kes kemalangan ayah awak?”
“Ya, tuan!” tegasku.
“Kes ni dah lama, Naina
dan saya rasa...”
“Maaf kalau saya kurang
ajar, tuan,” cantas aku.
“Tapi, saya yakin kes
kemalangan ayah saya adalah sesuatu yang telah dirancang dengan rapi. Cuma saya tak tahu siapa dalang dan
penyebabnya.”
Mendengarkan kata-kata aku, Tuan Radzi tersandar pada
belakang kerusinya. Dia memicit pangkal
hidungnya berkali-kali.
“Tapi, kes ni dah lama,
Naina. Saya rasa masa tu awak remaja
lagi, kan ?” tebak Tuan Radzi.
Aku mengangguk.
“Macam mana kita nak
buka balik kes ni? awak ada bukti
mengatakan kemalangan keluarga awak tu dirancang?”
“Saya yakin, tuan!” AKu menjawab tegas.
Dia mengeluh.
“Awak tahu sesuatu tak,
Naina?” soal dia.
Tanpa menanti aku
menjawab, dia menyambung lagi.
“Awak adalah salah
seorang pelatih perempuan terbaik yang pernah saya jumpa. Sebab tu awak dihantar jalani latihan khas
dan ditugaskan ke sini. Latihan yang
awak terima bukan sekadar fizikal, malah mental dan emosi. Kalau awak macam ni, awak dah dikira mengikut
emosi,” ujar dia.
Aku ketap bibir. Aku juga tahu aku pasti mengikut emosi
biarpun tidak banyak. Tapi, perlu aku
akui, terselit juga rasa marah dalam diri.
“Saya nampa k awak sekarang sedikit mengikut
emosi. Kenapa? Ada
masalah?” soal dia prihatin.
Kepala aku menunduk
sedikit. Rasa segan tiba-tiba. Tapi tak lama, aku kembali memanggung
pandangan.
“Maaf, tuan. Saya akui tapi kalau tuan sokong saya untuk
panjangkan permohonan ni ke Unit Jenayah, saya sangat menghargainya, tuan,”
pinta aku separuh merayu.
Wajah Tuan Radzi aku
pandang. Dia nampa k serba-salah.
“You need rest, Naina. Hari
tu awak minta cuti, kan ? Nanti saya luluskan. Awak balik bercuti dulu, tenangkan hati… bagi
saya pertimbangkan dulu…”
“Tapi, tuan…”
“Saya luluskan cuti
awak. Lepas kes awak diculik ni, awak nampa k tak bermaya. Awak kena rehat. Balik nanti, kita bincang lagi. Fail ni…”
Tuan Radzi mengangkat fail tersebut dan digoyangkan sedikit.
“… saya baca dulu. Kalau kertas kerja awak sediakan ni kuat dan
bukti-bukti juga kuat, saya sendiri akan majukan pada Unit Jenayah. Buat masa ni, awak balik rehat dulu. Lagipun, minggu depan nama awak naik untuk
latihan menembak tepat. Awak dan Amar,”
sambung Tuan Radzi membisukan kata-kata aku.
Langsung tak mampu
bertutur lagi bila kata-kata itu jelas berbentuk arahan.
Tangan aku angkat pada
hujung kening.
“Baik, tuan…” Tabik hormat jatuh bila Tuan Radzi
mengangguk.
Aku pula… terus
berlalu. Kecewa.
AMAR tenang
memandu.
“Kita pergi hospital,”
cadang Amar.
Aku pandang dia
sekilas. “Kenapa nak pergi
hospital?”
“Sepatutnya hari tu you
admit terus. Tapi, you nak balik ibu
pejabat. Doktor ada pesan, minta you ke
hospital semula. Mana-mana hospital je. You kena buat x-ray,” beritahu Amar lagi.
Bibirku menguntum
senyum. “Thanks, Amar… but no thanks.”
“Kita pergi, ya?” Dia terus memancing.
Aku menggeleng tanpa
suara. Memandang ke kiri, melihat ke
luar cermin kereta. Laju saja Amar
memandu. Seperti juga Nine.
Dan kenapa pulak aku nak
ingat dia? Keluhan terlepas tak
sedar. Wajah aku raup.
“Hantar I balik terus,
ya? I nak tidurlah. Mengantuk sungguh.”
“Kalau macam tu, kita
pergi esok-esok. Nanti I call. Kita singgah makan dulu, okey?”
“I dah kenya ng.”
“Makan apa?” Nada Amar tak berpuas hati.
“Makan hati…” Perlahan saja aku menjawab. Aku yakin Amar tak dengar.
“Naina, you…”
“I nak tahu tentang
tempat kejadian? You all pergi ke sana ada apa-apa jejak
atau bukti baru?” soal aku memangkas
suara Amar kerana aku tahu nama siapa yang mahu dia sebut.
Wajahnya aku kerling
sekilas. Dia juga mengerling aku sebelum
menukar gear Toyota
Vios miliknya ini.
“I memang ke sana . Rumah tu homestay. Kata tuan rumah, ada seorang lelaki datang
kata nak sewa untuk sehari ke dua hari.
Bayaran semua dibayar terus.
Katanya, lelaki tu nampa k
biasa-biasa je. Tak ada yang
mencurigakan. Jadi, tak banyak maklumat
yang kami dapat,” jelas Amar.
Aku terangguk-angguk.
“Kalau macam tu, you ada
geledah rumah tu tak?”
Amar mengiyakan.
“Tapi, tak ada apa yang
mampu kami kesan melainkan cap jari pada tombol pintu. I dah hantar ke forensik dan kami kesan
pemilik cap jari tu mungkin Neo atau boleh jadi juga konco-konco dia. Pemilik tu adalah warganegara Malaysia
dan I agak curiga bila…” Amar berjeda
lagi.
Aku beralih seluruh
pandangan aku pada Amar.
“Apa yang you curigakan?”
“Dia menetap di Bangkok .”
Sebaris ayat Amar itu
telah membuatkan aku rasa kejung seluruh badan.
Kebetulankah atau Nine memang kembali ke sana hendak membalas dendam semata-mata untuk
aku.
Tak sedar, lengan Amar
aku pegang kebetulan pula dia sudah menghentikan keretanya di lampu isyarat
yang sedang merah.
“Ada kaitan dengan Nine ke?”
“You rasa?” Amar kembali menyoal. Bermain tarik tali.
“Dia kenal Neo. Neo musuh lama dia. Boleh jadi dia balik cari Neo dekat Bangkok nak balas dendam
dan membahayakan nyawa sendiri,” duga aku gundah.
Gelisah. Tak senang duduk.
Amar senyum sinis. “Itu yang you rasa?”
Aku mengangguk. Laju.
“I tak rasa macam tu,
Naina…”
“Habis tu?”
Aku dapat menelah apa
yang bermain dalam kepala Amar tapi sungguh tak sanggup aku hendak luahkannya
dan aku yakin telahan Amar meleset sama sekali.
“You jangan cakap…”
“You pun tahu apa yang I curigakan. You tak kenal dia. Dia balik ke Malaysia dengan tiket ur usniaga. Kerana
syarikat dia tu salah satu penyumbang pada ekonomi Negara kita, kita berikan
layanan istimewa sebagai menghargai tetamu
yang sudi bekerjasama dengan kita tapi I tak rasa dia baik, Naina. Sejak hari pertama kejadian dekat Mont Kiara dulu, hati I
memang tak sedap. Apatah lagi dia asyik
dampingi you je. I memang curiga,” ujar
Amar panjang.
Senafas saja dia
meluahkan rasa hatinya.
“I tak percaya itu
hakikatnya, Amar. I yakin Nine juga
mangsa…”
Penafian aku membuatkan
Amar ketawa lepas. Bila aku pandang dia,
dia berdecit lama sebelum menukar gear dan menekan pedal minyak bila lampu
bertukar hijau.
“You tahu sesuatu tak,
Naina?”
Keningku hampir
bertaut. Diam. Sabar menanti kata-kata Amar seterusnya.
“I ada baca fail-fail
lama akan kes-kes yang arwah ayah you siasat.
I belek-belek dengan Sarjan Mazlan dan dari apa yang sarjan cakap, kes
terakhir ayah you selesaikan adalah kes jena yah
penyeludupan di sempadan dan penjenayah itu berpusat di Bangkok .”
Bergetar bibir aku
hendak mengungkap kata tapi ayat apakah yang perlu aku luahkan pada Amar. Wajah Nine muncul lagi. Siapa dia?
Kenapa aku jatuh suka pada dia dalam waktu sebegini singkat?
“You dah sedia nak
hadapi sebarang kemungkinan kalau Tuan Radzi izinkan you bukak balik fail arwah
ayah dan umi you?”
Pertanyaan Amar aku biar
di angin lalu. Saat ini, aku benar-benar
mahu bersua dengan Nine. Aku bimbangkan
keselamatan dia. Aku yakin, Neo musuh
Tuan Benjamin dan bukan Nine. Dek
sebabkan Nine adalah oran g
kepercayaan Tuan Benjamin, pastilah dia menjadi mangsa.
“I tak tahu nak kata apa
buat masa ni, Amar… I buntu.”
Amar lepaskan keluhan
setelah nafasnya dihela dalam-dalam.
Belakang tanganku ditepuk seketika dan aku berpaling semula, membetulkan
duduk dan memejamkan mata.
“You balik rehat. Apa-apa telefon I. Minggu depan lepas you naik dari cuti, kita
ada latihan menembak tepat. You cuti
betul-betul, jangan fikir apa-apa, ya?”
pujuk Amar.
Tapi, pujukan itu sudah
terlambat bila hati aku meraung hebat.
Jiwa aku tercarik luas.
AKU buka mata bila
merasa ada tangan menyentuh lutut.
“Eh, mak ngah.”
Dia senyum. “Berapa lama cuti?”
“Dua tiga hari je. Naina banyak kerja. Ini pun bos bagi cuti lepas siasat satu kes
hari tu,” jawab aku.
Mata kembali terpejam
dan aku mengiring menghadap mak ngah yang baru salah melabuhkan duduk di birai
katil. Letih. Turun saja daripada kapal terbang, aku terus
kembali ke rumah mak ngah. Tak betah
untuk bercuti sendiri dalam pada kepala yang semak samun.
“Dah selesai ke kes tu?”
Aku menggeleng tanpa
memandang dia.
“Bos dah gugurkan nama
saya dari kes tu. Dia minta saya siasat
kes lain.”
Teringat dengan
kata-kata Tuan Radzi. Pengguguran itu adalah
di atas permintaan aku. Sedangkan ianya
daripada Amar. Cemburu pada Nine atau
risaukan aku, mana satu pun aku tak pasti.
Bantal aku tarik menutup
muka. Rasa sedih tiba-tiba bila
teringatkan keterlanjuran kata-kata mak ngah tempoh hari.
“Lengan lebam ni kenapa?”
Tangan mak ngah menarik
lenganku dan diusapnya lembut. Tanpa menolak
bantal dari muka, aku menjawab tenang.
“Kes penculikan tu. Adalah berlawan dengan penculik tu…”
Serta-merta mak ngah
menarik bantal dari mukaku. Matanya tunak
merenung aku. tajam.
“Siapa kena culik?”
“Bukan Naina, mak
ngah. Kan dalam berita cakap, ada yang
diculik. Pasukan kami menyelamatkan
mangsa dan adalah sikit lawan-lawan. Macam
dalam drama-drama polis tu. Macam itulah…
“Ada tembak-tembak tak?”
Aku sengih pada mak
ngah. Dia risau sungguh.
“Tak ada. Kalau kena tembak oleh Naina, memang dia
kojol lah. Sekali shoot je.”
Nafas hela mak ngah
lepaskan. Dia mengurut dada.
“Mak ngah tak nak nasib
kau macam arwah ayah kau, Naina. Kau satu-satunya
amanah yang ayah dan umi kau tinggalkan buat mak ngah. Sejujurnya, antara kau dan Suryani, mak ngah
lagi sayangkan kau. Kalau boleh, calar
pun mak ngah tak nak ada pada tubuh kau tapi ni sampai lebam…” Dia menggeleng kesal.
Aku pantas bangkit dan
memeluk bahuku.
“Mak ngah ni
kenapa? Ayah dengan Naina lain…”
“Tapi sebab orang-orang
jahat ni lah ayah dan adik mak ngah meninggal dunia!” bentak mak ngah sedikit.
Yang pasti… di luar
sedar. Tersedar akan keterlanjuran diri
berkata-kata, dia lantas bangkit berdiri.
“Mak ngah masak kejap.” Rautnya cuak.
“Itulah, mak ngah tak
nak bagi kau masuk polis, kau masuk jugak.
Nak ikut jejak langkah arwah ayah.
Mak ngah tak suka kau cedera Naina… tengok berita ada kes-kes berkaitan
unit kau tu, mulalah mak ngah risau,” bebel dia sambil berlalu keluar daripada
bilik ini.
Suaranya kedengaran
sebu.
Aku pandang seluruh
bilik. Bilik arwah umi sebelum dia
menikahi ayah. Sedih mengingatkan apa
yang telah terjadi. Jika benar, rasa
mahu aku robek jasad manusia itu tapi siapa?
Kata-kata mak ngah
terngiang-ngiang membuatkan semangat aku hendak membuka kembali fail kemalangan
arwah ayah berkobar-kobar. Baru hendak rebahkan
badan dan menarik bantal hendak menutup muka, menahan dari sinar cahaya yang
semakin terang, satu pesanan ringkas masuk.
Telefon bimbit aku
capai. Aku tekan nombornya. Sedikit asing dengan bilangan nombor yang
agak banyak dan kod +001. Bukan dari Malaysia . Yang pasti kod itu daripada Negara jiran.
Apa patut saya buat
sekarang sbb saya terlalu rindukan awak…
Dan airmata aku…
mengalir laju.
.. bersambung
huhu sedihnya naina.....naina + nine...
ReplyDeleteRINDU NINE JGK...(*-*)
ReplyDeleteJGNLA JDKAN DIA WATAK ANTOGANIS...
cedihnyee.. cian naina & nine.. sama2 tersiksa dlm keterpaksaan.. tak sabat nak tau apa jd kat naina & nine
ReplyDeletewaaaa!!... sya pun rindukan awak jugak...
ReplyDeletex sabar nak tggu sambungan citer.... makin mendebarkan....
ReplyDeleteSaya pun rindukan awak Nine!!! Hehe. :')
ReplyDeleteOmg... We all miss you too nine....
ReplyDeletedan air mataku jua turut mengalir...sob..sob..rinduuu..
ReplyDeletewah...jalan cerita yg mendebarkan... nine we miss u 2....
ReplyDeleteHukhuk...sedih2
ReplyDeletesob....sob....sob....sy pun rindukan awak jg nine.... eh blh ek mcm tu hihi...
ReplyDelete-hanim-
hiksss... hiksss... sedihnya :( smoga Nine bukan 'orang jahat' yang dimaksud... cepat sambung ke chapter 17 kak RM ;)
ReplyDeleteHu hu sedihnye.naina & nine sama2 merindu.
ReplyDeletesy juga rindukan awak..ahakss
ReplyDeleteAmar ingt nine tu neo ya?cian nyer naina
ReplyDeletex slh amar risau kn naina cz mika x knl family tu. but naim senarnya neo tu cz dia org blk sama2 kn? sian dia org. kes ni mmg libatkn ayah naina. tula pasal yg neo tu ada libatkn dlm pmbunuhan kn? next entry plze!
ReplyDeletewawaaaaaaaaaa......... nine i miss u too :)
ReplyDelete