BAB 17
TANGAN aku
terketar-ketar.
Siapa tak menggigil
kala orang yang dirindu juga sedang merindui aku? Tapi, takut mula menyelubungi diri bila
mengenangkan kata-kata Amar. Adakah
benar atau telahan Amar jauh meleset memandangkan bukti langsung tiada.
Di sana, berapa ramai
yang menjadi gangster? Pembunuhan sesuka
hati dan pelbagai jenayah lagi. Apa
kaitan dengan Nine jika dia menjadi pekerja setia pada Tuan Benjamin? Payah hendak aku percaya jika benar mereka
terlibat. Nine jauh sekali.
Air wajah dia
jernih. Senyuman dia luhur. Pandangan dia polos dan aku tahu jiwa dia
sepi. Sesepi apa yang aku lalui selama ini. Bersendiri.
Samsung Note itu aku
pandang lama. Membaca lagi, lagi dan
lagi. Merenung pesanan ringkas itu
ibarat merenung Nine. Ada senyuman tapi
sayang bila aku menitiskan airmata. Satu
perkataan yang mampu aku katakan saat ini adalah...
Sayu.
Bibir aku ketap. Jari telunjuk menyeka air yang masih
bergantung pada alis bawah mata.
“Saya rindu awak
jugak...”
Membalas kata-kata
rindu Nine bagaikan dia ada di depan mata sedangkan dia jauh daripada aku. Terpisah latitud. Tapi masih berbumbungkan langit Tuhan,
berpijakkan bumi-Nya.
Tak sempat hendak aku
tekan skrin, mahu membalas pesanan dia yang mungkin sampai mungkin tidak,
panggilan daripada nombor yang sama
masuk. Jantung aku bergendang
sendiri. Irama sumbang, tiada lirik
pula.
Deringan pertama... aku
biarkan.
Kedua, aku juga
biarkan.
Ketiga, masih aku
biarkan.
Hinggalah panggilan itu
mati, aku tersentak. Airmata
kering. Leka atau berat hati hendak
menjawab, aku tidak pasti tapi padaku pastilah rindu semakin menggebu
nanti. Satu yang menakutkan. Lebih
menakutkan daripada peluru-peluru hidup semalam ini.
... iaitu RINDU.
Lama aku perhatikan
skrin itu. Dalam hati berdoa moga-moga
nombor itu muncul lagi. Duduk aku
tegakkan. Bantal aku tolak ke tepi. Menyeru nama dia berkali-kali. Mata aku pejam tapi sayang, tiada lagi
deringan setelah panggilan pertama itu berubah menjadi panggilan rindu.
Saya hampir gila.
SMS itu muncul lagi di
saat aku hendak melayan rasa kecewa.
Serta-merta kering airmata di pipi.
Jari aku pantas menekan
skrin tanpa menanti lagi. Tak sanggup
lagi hendak membiarkan dia bersoal jawab sendiri sedangkan aku juga sedang
melalui rasa yang sama.
Saya juga.
SEND!
Jiwa aku bergelodak
menanti balasannya. Lebih 10 minit,
masih tiada balasan. tapi setelah
beberapa saat berlalu, panggilannya naik lagi.
“Assalamualaikum,
Zunaina.”
Suara itu menyapa
lembut. Jantung aku bergendang
laju. Kali ini ada irama nan merdu. Syahdu.
“Waalaikummussalam,
Dzulkarnain.”
Dia ketawa.
“Sound weird...”
“Sebab?” Keningku berkerut.
“Rasa pertama kali dulu
je awak panggil saya macam tu,” jawab dia jelas dan terang. Seperti dia ada di sisi.
“Pertama kali juga
rasanya awak panggil saya Zunaina.”
“Yeah... nama yang
cantik. Secantik orangnya yang dingin
dan beku,” ujar Nine mengusik.
“Airmata tu dah lap
belum? Meleleh dekat pipi tu, lap. Tak cantik nanti.”
Aku terngadah. Cepat-cepat aku sapu seluruh wajah.
Kalut.
Nine ketawa dan aku
menggeleng sendiri.
“Awak ni...” Baru nak merungut, Nine menyampuk.
“You know what,
Naina... tiap kali saya rasa hati saya kuat mengatakan yang awak sedang
menangis. Kali ni, saya juga kuat rasa
awak menangis sebab...” Nine diam
seketika.
Nafas dihela
tenang. Aku pula menanti penuh debar.
“... awak rindukan
saya.”
Tiada jawapan, hanya
anggukan saja. Nine tidak nampak tapi
cukuplah dia tahu.
“Are you okay
there? Rasa selamat balik tempat
sendiri?” cepat-cepat aku mengubah hala
perbualan.
“Erm... okey. Tapi,
ini bukan tempat saya. Saya
menumpang. Tempat saya di bumi Malaysia. Rasanya dah sampai masa saya balik ke tanah
air sendiri. Sebelum ni saya sorang kat
sana. Rasa sunyi, sebab tu
merantau. Sekarang dah rasa ada
seseorang menanti saya. Boleh tak saya
balik menetap di Malaysia, Naina?” tanya
Nine berkias.
Aku gigit bibir. Tahu siapakah yang dia maksudkan.
“Ini tanah air
awak. Saya tak ada hak nak halang awak
pergi atau kembali...”
“Tapi, saya perlukan
seseorang temani saya bila saya balik nanti.
Rasa letih hidup dalam kesunyian macam ni. Entah orang tu sudi ke tidak. I
wonder,” pancing dia lagi.
“Orang Malaysia ni
terkenal dengan budi bahasa, Nine... awak balik sini nanti hampir 23 juta
penduduk Malaysia sambut awak kembali...”
“Salah sorangnya?” soal dia laju.
Aku senyum. Hati berasa lapang. Terlerai rindu dendam.
“Zunaina binti
Zulkifli?” Nine mengajukan soalan bila
aku tidak memberikan jawapan.
“Sebab saya penduduk
Malaysia yang berbudi bahasa.”
“Ya ke?”
Dari nadanya, aku tahu
dia sedang senyum menyenget.
“Betullah...”
“Tak kerja?”
“Cuti,” jawabku.
“Kenapa cuti? Lepas kes culik hari tu terus cuti ke?”
“Erm....” Pendek saja jawapan.
“Kata Amar masa dia
hantar saya ke airport, awak dah digugurkan dari siasat kes Neo dan kes
tembakan hendap hari tu termasuklah kes penculikan tu? Ya ke?”
SUara Nine berubah serius.
“Awak minta ke?”
Terdiam seketika
mencari jawapan yang sesuai untuk soalan Nine.
Tak mungkin hendak mengatakan Amar yang memintanya bagi pihak aku
sedangkan aku tidak mahu.
“Erm...” Jawapan itu hanya muncul dari anak tekak
saja. Agak kesat hendak terluah.
“... kebetulan awak dah
nak balik sana. Secara otomatiknya tugas
saya selesai bila awak dah lepas dari udara Malaysia. Kes yang ada tu, Amar dan pasukan akan
uruskan. Saya dan beberapa orang lagi,
ada kes lain yang kami perlu siasat.
Kebetulan, minggu depan saya ada latihan menembak tepat.”
“Oh, macam tu...,”
balas Nine mengerti.
Kami sama-sama diam
buat seketika.
“Saya rindu
awak...” Secara langsung, Nine mengakui
apa yang telah dia SMSkan tadi.
Tubuhku kejung. Berfikir hendak membalas atau pun tidak.
“Saya hampir gila
merindui awak, Naina...,” tegas dia lagi.
Aku menelan liur
beberapa kali.
“Habis tu, saya perlu
cakap apa, ya?”
“Sekali awak cakap,
ya... saya akan muncul depan awak!” Dia bersungguh-sungguh menjadikan aku pula takut.
“Sungguh ni?” dugaku.
Rasa tak mungkin dia akan muncul sekelip mata.
“Sungguh. Just
say yes!” pintanya.
Aku pejamkan mata
bersama bibir yang menggariskan senyuman.
“Rela tinggalkan segala
bisnes, rela tak jadi orang kesayangan
dah, tak hidup mewah dah... bila saya kata ya?”
“Try me.”
“Okay then... my answer is yes.
Di sini tempat awak. Cukuplah
berkelana. Biarpun sendiri, ada masanya
lebih baik kita berada di tempat sendiri, kan?”
ujarku. Menjawab dengan rasa
malu.
Nine ketawa. Ketawa dan terus ketawa.
“I’ll be there in 10 minutes...”
“Stop kidding me!”
Dia gelak lagi. “10
hours.”
“Promise?” Aku menyoal
sedikit teruja.
Aku yakin, Nine menetapi
janji. Sementelah pula, pada dia
bukanlah masalah hendak kembali ke sini daripada Negara jiran.
Rasanya, waktu cuti
inilah aku mahu bersama dia. Bukan atas
urusan kerja yang menjadi alas tapi kerana kami. Kami sendiri.
Kami berdua. Hati kami. Tak mampu hendak aku fikirkan segala
kemungkinan dan juga kes arwah orang tua aku.
Biarlah dulu. Biarlah aku
menikmati waktu kerana aku yakin, masa amat mencemburui kami. Dia terikat, aku juga terhad.
“Begitu banyak ke awak
rindukan saya?” Suara Nine lunak dalam
talian yang agak kurang jelas saat ini.
Tapi, suara itu masih mampu menyapa telinga.
“Kalau nak jawapan,
datanglah sini.”
“Mana?”
“Kampung saya,”
jawabku.
Dia ketawa lagi tapi
kali ini lebih lembut. “Wait for me...”
“Bos besar panggil
bos...”
Tak sempat Nine
menamatkan ayatnya, ada suara lain menegur dia.
Aku cuba amati suara itu tapi agak kurang jelas. Telefon bagai menjauh dari bibir Nine.
“Aku sampai dalam lima
minit...”
“Baik, bos!” sahut lelaki tadi dan suara itu pernah berdengung
dalam kepala.
Siapa?
“Saya ada kerja kejap. And
you, promise me. Apa-apa pun jadi, tunggu saya,” pinta Nine
buat kali terakhir.
“Ya, saya ada...” Tak dapat tidak, aku menjawab tenang biarpun
fikiran kembali bercelaru.
Aku rebahkan
kepala. Menarik bantal menutup muka
setelah talian mati. Rasa lega
hati. Mahu dihalau segala gundah
pergi. Hati aku kembang, jantung aku
berdegap kencang menanti Nine kembali dan aku mahu dia di sini selamanya
biarpun perjalanan masih terlalu jauh buat kami.
MENIKMATI cuti sedikit
sebanyak membuatkan hati aku lega. Masuk
saja ke pejabat, ada tugasan baru yang perlu dilaksanakan dengan segera. Latihan menembak dibatalkan.
Arahan Tuan Radzi aku
dengar dengan teliti. Amar juga.
“Kita dah dapat kesan
dalang di sebalik serangan pada Tuan Benjamin dan juga penculikan awak,
Naina. Dia adalah orang yang sama dalam
kes kemalangan Sub-Inspektor Zulkifli dulu.
Pihak atasan mahu kita tangkap penjenayah secepat mungkin dan unit
risikan baru saja khabarkan lokasi penjenayah bersama seorang tebusan.” Senafas Tuan Radzi memuntahkan kata.
Aku mengangguk. Amar juga.
Kami saling mengeling. Aku lihat
Amar sudah siap dengan pakaiannya. Aku juga. Topeng muka ada di tangan. Tiada ribut tiada angin, aku menerima arahan
tapi hendak bertanya, rasanya Tuan Radzi sendiri tiada waktu hendak menjelaskan
melainkan khidmat aku dan Amar sebagai
penembak tepat diperlukan segera.
“Kita akan ikut Unit
Jenayah. Naina dan Amar, bersedia di
lokasi yang telah ditetapkan...” Jari
telunjuk Tuan Radzi lurus pada helaian kertas yang terhampar.
Peta menunjukkan lokasi
penjenayah yang amat kami kehendaki itu.
Aku dan Amar perlu bersedia dari arah bertentangan, di atas bumbung
sebuah bangunan tinggi di kawasan pelabuhan.
“Ready?” Kening Tuan Radzi naik.
“Sedia, tuan!” sahutku serentak dengan Amar.
Kami sama-sama
menapak. Tuan Radzi bersama beberapa
orang pegawai lain bergerak terlebih dahulu.
Aku dan Amar mengikut Unit Jenayah, menaiki land rover. Tangan Amar yang sudah memakai sarung tangan
hitam menyapa jemari aku.
“Are you okay?”
Aku senyum. “Tak sangka naik dari cuti terus ada tugas
macam ni...” ujarku sambil membetulkan pakaian serba hitam dan juga topi yang
ada di atas kepala.
Bukanlah takut tapi
sedikit terkejut. Emosi baru hendak
stabil tapi kembali berkocak hebat.
“Macam mana boleh kesan
Neo? Baru seminggu I cuti tapi
macam-macam hal jadi. Serius I tak
sangka...,” sambungku.
Amar tersenyum kelat. “Penjahat, Naina... kejap je kalau Allah beri
jalan. Kami dah dapat kesan dan I harap
kita boleh lakukan tugas ni sama-sama. I
tahu you mungkin gugup nanti. Pertama kali,
mungkin...,” duga Amar bersama senyuman.
Masih lagi kelat.
Aku mengangguk tanpa
memandang dia. Sarung tangan aku
betulkan di celah jari-jemari.
“You takut?” Amar prihatin.
Aku senyum. Menggeleng pula.
“Ini tugas I. Sumpah setia I pada agama, Negara dan anak
bangsa, Amar. Tiada istilah takut,”
jawabku.
Apatah lagi
mendengarkan kata-kata Tuan Radzi mengenai Neo tadi, aku semakin
berkobar-kobar. Dialah dalangnya dan aku
mahu dia menerima hukuman setimpal.
Tubuh aku
tegakkan. Rifle di sisi aku sentuh dan
bibirku tersenyum sinis. Wajah Nine
mendekat. Wajah kedua umi dan ayah
juga. Neo layak untuk menerima peluru
ini jika dia enggan menyerah. Aku tekad.
Akhirnya, kami
sama-sama diam sepanjang perjalanan. Aku
berdoa sepenuh hati moga Tuhan
melindungi niat dan hati aku. Moga bukan
kerana dendam tapi kerana tugas.
Dari jauh, aku nampak
penjenayah yang dimaksudkan. Nampak seperti
cam tapi matahari yang hangat sedikit membataskan penglihatan.
Muncung rifle sniper
seberat hampir 7kg ini dan sepanjang hampir 41 inci ini aku halakan tepat pada
sasaran yang ada sejauh hampir 100 meter.
Jarak yang terlalu dekat pada
seorang penembak tepat seperti aku.
“Tango one, ready?” Suara Amar berdengung.
“In position,” jawabku pula.
“Nam pa k
tepat pada sasaran?”
“Positive.”
Mata aku pejam sebelah
dan sebelah lagi tepat terhala pada kan ta
pembesar. Menjadikan jarak target hanya
20 meter di depan aku.
Aku nampa k
target sedang bertekak dengan beberapa oran g. Muncung pistol terhala merata hingga akhirnya
target meletakkan muncung pistol miliknya tepat di tepi kepala seorang lelaki
separuh umur.
Aku renung semahuku
wajah target yang terselindung dan bila
dia berpusing sedikit, hampir saja kaki rifle terbalik bila tanganku secara tak
sengaja, menyentuhnya bahana rasa terkejut yang menggila.
“Tango two, betul ke target yang sedang disasarkan?” Soalan itu sudah kedengaran pelik.
Aku yakin, Amar tahu
tapi aku yang tidak tahu. Patutlah dia
nampak pelik saja hari ni. Dia nampak
risau. Dalam hati aku berkata, tak
mungkin dan ini adalah amat mustahil.
“Positive.” Amar membalas
ringkas. Yakin.
Kaku seluruh jasad dengan
jawapan Amar. Sedaya upaya aku kentalkan
hati, kuatkan jiwa tapi mampukah aku?
Memikirkan tugas yang
aku galas, posisi tubuh aku betulkan.
Berharap moga lutut mampu menahan dan menampung tubuh serta keberatan
rifle dalam pada hati yang bercelaru.
“Tango one, now!” jerit Amar
di hujung lain.
“Amar… I…”
“Tango one, shoot… our target is moving!” jerit dia lagi.
Aku diam. Tak memberi tindak balas.
“Tango one… penjenayah mahu menembak mangsa culik!” jerit Amar seterusnya tapi aku tetap
begitu.
Hilang kudrat.
“Naina… please… leave all that nonsence behind!” pujuk Amar.
“Tango one…” Suara Amar lembut.
“... shoot.
NOW!”
Aku pejamkan mata
sesaat. Bila aku buka mata, dia
berpaling bagaikan mengetahui yang aku sedang menghalakan sasaranku pada
dia.
Mata itu tersenyum
padaku dan aku…
Tembakan
dilepaskan. Tiada bunyi. Hanya kaliber sepanjang 22cm itu yang
bergerak laju. Sasarannya adalah tepat
ke tepi kepala mangsa atau tepat ke jantung.
Tidak memberi ruang untuk mangsa bern afas sesaat pun
setelah peluru daripada rifle ini terlepas.
“Saya cintakan awak,
Naina…”
Aku bagaikan ternampak
bibir Nine mengucapkan kata dan dia pejamkan mata dan tersenyum lalu… peluru
itu terbenam dalam dadanya. Tepat ke
jantungnya dan dia rebah diiringi tangisanku.
Macam mana ini boleh
terjadi? Dan airmata aku...
... berjuraian tak
terseka.
... bersambung
eerggggg.....sudah confuse...hero mati?!!!!!!
ReplyDeletenine mati ka? harap2 mimpi ja
ReplyDeleteaduh... nine ker yang sebenarnya dalang diseblik senua ni... tak sabar nak tahu next n3... rm please cpt ya...
ReplyDeleteuik..mimpi kah ini...wake up..wake up..sob..sob..
ReplyDeletehuwaaaa....knape???? x nak la nine mati...sian die....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetak senang hati aku dibuatnya si RM ni!!..
ReplyDeleteNine jgn pergi dulu.RM x sanggup rasanye nak menghadapi kenyataan ini.huhu
ReplyDeletesedih dan sentap...
ReplyDeleteBaru nak happy terus sentap! No Nine!!!!! Waaaaaaa.
ReplyDeleteNot Nine!!!!!
ReplyDeleteOmg...ya Allah!!!...tidakkk...
ReplyDeleteHukhuk...napa suma ni jd...ni mimpi kan
ReplyDeletewhat happen?? x faham niiiii
ReplyDeletemesti nine yang jadi mangsa culik tu..
ReplyDeleteYes!!!! Yes!!! Yes!!!!!!
ReplyDeleteThis is what I want!!!
Haha bru best police n penjahat!!!!
Yehaaa
kn nain nk ke malaysia utk jumpa naina? dia org x jumpa lg kn? mcm mn smua ni? cpt smbung. x sbr n berdebar2 yang teramat. plzeeee!
ReplyDeleteNine tu neo ke? Alamak.. Dia yang rancang semua ni?
ReplyDeleteNine tu neo ke? Alamak.. Dia yang rancang semua ni?
ReplyDeleteWHAT!!!!
ReplyDeleteNINE DIED????
HOW THIS IS HAPPEN????
NOOOOO.....
jgn la hero mati kn huhu,.
ReplyDeleteBla baca td sgt takut nk scroll down..hopefully hanya ilusi, igauan, nightmare or what ever yg sama maksuk..huhu jgn la nine mati..cian naina
ReplyDeleterm..please sambung la cepat ckit...;(
ReplyDeleteoh no....nak nine watak baik...huhu
ReplyDeleteSuspend la plak.... huhuhuhuhu
ReplyDeleteOhnomm nine ke Neo.... Ada salah kot?? Why hero leh mati lak...sedihhhh seyhhh n3 nie....
ReplyDeletewaaaaaa....nine!!!!tidakkkkk
ReplyDeleteOh no kak RM...xrela nine mati...next entry plzzzzzzz
ReplyDeleteWah suspennya...tapi teringat kata Nine yang dia rela mati peluru dari tangan Naina....huhuhu...dah makin seronok n konfius dibuatnya jahat RM....sambung cepat ya...
ReplyDeletebetul2 nine pernah berkata...." satu hari nanti, kalau ada peluru nak masuk tubuh I lagi, I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan, Naina,"...(chapter 5)
ReplyDeletewaaaaa.....jgnla jd realiti....minta2 mimpi sj....RM sambung cpt ya...
ReplyDeletebesssst! chilled-to-d-bones...
ReplyDeleteOh NO.......jgnlah ini jadi kenyataan.....RM tolong..... :)
ReplyDeletehuwaaaa.... :((
ReplyDeleteNine ke yg kena tembak ??
hu hu hu hu hu... huru hara dah perasaan Naina :(
baru sj dy rasa happy semalam *_*
mana chpter 18 ni kak RM ?? :D
la x kan .....
ReplyDeletesaspens sungguh.....
ReplyDeleteoh my.... sngt2 suspen... xkan laa nine 2.... x sbr nk 2gu next entry... superb..
ReplyDeletenie mimpi kn??
ReplyDeleteMesti naina mimpi kn nie, tkkan hero mati......ada panggung kena bako nti hihi
ReplyDelete