BAB 18
BAHU AKU dipeluk
kemas. Semakin erat dan kian kejap. Suara halus menyeru dan terus memanggil nama
aku. Aku yang kini bagai berada di dunia
yang berbeza dari mereka. Dunia sepi
menghadapi kehilangan lelaki yang aku cinta di tangan sendiri.
“Astaghfirullah…
mengucap Naina. Cuba buka mata tu!” Suara itu menegur keras.
Aku masih diam. Airmata terus meleleh. Aku cuba mengucap dan beristighfar tapi sungguh,
tangan aku telah menyebabkan kematian Nine.
Tangan ini yang menarik picu senjata hendap itu. Kaliber daripada senjata aku yang menusuk ke
jantung dia. Nine pergi. Nine pergi dengan senyuman. Tidak aku tahu di mana bermula, tapi inilah
pengakhiran.
Undang-undang dunia
mengatakan Nine bersalah namun jauh dalam hati aku, Nine adalah mangsa. Dia tidak pernah salah dan cinta kami juga
tak salah.
“Nine dah taka da, mak
ngah,” adu aku dalam tangisan yang kian rancak.
Aku rasa pelukan hangat
mak ngah.
“Sabar, Naina…
mengucap. Bawak bertenang. Buka mata, tengok mak ngah,” arah mak ngah
tapi aku menggeleng.
“Naina salah, mak
ngah. Dia lelaki yang Naina sayang… tapi
tangan ni…” Aku tunjukkan kedua-dua
belah telapak tangan aku di depan wajah mak ngah.
“… tangan ni yang
cederakan dia. Tak…” Cepat-cepat aku menggeleng.
“…Naina bunuh dia, mak
ngah. Naina bunuh lelaki yang Naina nak
cinta!” jerit aku bagai sudah hilang kawalan.
Mak ngah menangis. Pelukan kian erat. Pipi aku disapa lama. Dan aku, rebah di bahu mak ngah dengan
tangisan bisu.
“Kenapa semua orang
yang sayangkan Naina dan Naina sayang mesti pergi tinggalkan Naina, mak
ngah?”
Mak ngah diam. Tiada jawapan.
Kepala aku
berputar. Tawa dan lirikan Nine
menggawang di ruangan mata. Usikan nakal
dan kesungguhan dia menyatakan cinta membuatkan jiwa aku makin terluka. Bagai sedang mati dengan sendirinya.
“Kalau kata nanti kita
ada jodoh, kahwin, boleh tak saya nak awak berhenti kerja. Duduk rumah, kerja dengan saya je?”
Soalan Nine menerpa. Aku pejamkan mata lagi tapi payahnya suara
dia hendak meninggalkan kepala aku.
“Kenapa nak berhenti
kerja lepas kahwin? Nak kerja apa?” Aku sengih.
Malu bila ditanya soalan begitu.
Nine juga senyum.
“Jadi personal assistant saya. Saya bayar tiga kali ganda dari gaji awak
sekarang. Kalau ada over-time, up lagi. jadi empat kali ganda.” Dia kenyitkan mata.
“Setuju?” Sengih Nine melebar.
“Gatal,” cebir
aku.
Dan Nine gelak
lepas.
Tapi setelah itu, tiada
lagi tawa dia berdengung. Dihembus angin
yang menyapa dingin. Membekukan hati dan
juga airmata yang mengalir di pipi.
Tapi, aku rasa kembali
pipi beku milik aku menjadi hangat bila ada telapak tangan yang menyapa.
“Naina? Kenapa ni?
Bangun dah nak masuk Asar ni.”
Aku bertahan tak sudi
nak membuka mata tapi suara itu semakin menusuk dan ianya milik mak ngah.
“Kak Nai… bangun. Kenapa kakak menangis dalam tidur?”
Suara lain berganti dan
ianya milik…
Aku buka mata. Wajah mak ngah dan Suryani, adik sepupu aku
ada di depan mata. Mak ngah labuhkan
duduk di birai katil. Tangannya menyapa
jari-jemariku.
“Eh, Naina dekat mana
ni?”
Mata aku
terkebil-kebil. Telapak tangan menyapa
wajah sendiri.
Basah. Itu yang pasti.
Dan, airmata itu masih
menitis.
Aku tersangat
pasti.
Pantas aku seka dan
merenung mak ngah dan anaknya silih berganti.
“Naina kat mana?”
Dia senyum. “Rumahlah.
Kan kau balik cuti. Pagi tadi
baru sampai. Lepas tu tidur tak ingat
dunia. Ini yang mimpi. Mimpi ngeri apa kau ni, Naina sampai
meracau-racau…” komen mak ngah dan
barulah aku bagaikan terjaga sepenuhnya.
Mata aku meliar ke
seluruh bilik. Hati aku terus
mengucap. Menyebut nama Allah dan
kekasih-Nya.
“Ya Allah, apa tak kena
ni?” Aku menyoal diri sendiri tapi
sayang tiada berjawapan.
Mimpi itu mainan tidur. Itulah kata-kata umi pada aku dulu bila aku
katakan aku ditinggalkan mereka sendirian di dalam dunia ini. Mainan tidur yang akhirnya menjadi kenyataan.
Aku tarik kaki yang
terlunjur rapat ke badan. Menyilang
sila. Meraup wajah berkali-kali sebelum
memandang mak ngah dan Suryani kemudiannya.
“Yani balik bila?”
Wajah Suryani aku
pandang sekilas. Bersama senyuman
ringkas.
“Baru sampai tengah
hari tadi. Cuti seminggu.” Dia senyum.
Nampak seronok bila berdepan dengan cuti. Tipikal pelajar.
“Emm… okey ke belajar?”
Suryani mengangguk dan
sengih. “Erm… Yani keluar dulu,
kak. Nak tengok TV. Yani keluar, mak…”
Dia melangkah
keluar. Daun pintu ditarik rapat pada
bingkai. Aku pandang wajah mak ngah yang masih nampak kelam.
“Tak ada apa, mak
ngah. Memang Naina mimpi ngeri. Biasalah tu… mimpi siang hari. Merepek je lebih.”
Sedar dengan kegundahan
hati mak ngah yang jelas terpancar pada wajah tuanya, aku berkata begitu. Agar dia tenang.
“Iyalah. Tapi mak ngah dengar kau sebut nama
seseorang. Nai… eh Nain… Naim…
entah. Tak berapa jelas. Teman lelaki ke?” Wajah mak ngah berubah riak. Nampak ceria sedikit.
Aku kirai rambut dengan
jari-jemari sebelum menjawab. Sekali
lagi aku meraup wajah cuba menghalau mimpi ngeri itu dari menghantui aku.
“Tak adalah, mak
ngah. Tak ada sesiapa…”
Tak sempat aku sudahkan
ayat, wajah Suryani muncul semula. Dahi
dia berkerut. Senyuman pun nampak
jengkel.
“Kenapa?” tanya mak ngah.
“Err… Yani buka pintu
besar tadi tiba-tiba… err… ada orang kat depan.”
Aku dan mak ngah
berpandangan.
“Kalau ada orang, tak
jemput naik?”
“Orang tak dikenali,
mak…,” jawab Suryani sedikit merengus.
“Dah tu, tak tanya dia
nak cari siapa?” SUara mak ngah sudah
berubah satu oktaf.
“Err… katanya Zunaina,”
jawab Suryani.
Mak ngah pandang aku. Suryani masuk melepasi ambang pintu. Aku pantas jatuhkan kaki ke birai katil.
“Siapa? Kacak sungguh. Terkejut tadi tengok dia depan rumah. Macam patung model tu,” komen Suryani
terjuih-juih.
Mak ngah bingkas
bangun. “Oh, sebab tu lah yang kau tak
terkata apa tu? Sebab kacak
sangat?” Mak ngah dah menggeleng tak
puas hati.
Aku senyum dan melihat
saja kemudian aku juga bangkit.
Membetulkan baju T yang ada pada tubuh.
Track bottom yang aku pakai dan rambut yang sedikit kusut serta wajah
yang mungkin sedikit sembab.
“Siapa, Yani?” soal aku pula.
Suryani
menggeleng. “Kacak sangat. Angguk je tadi. Lupa nak tanya nama,” jawab dia sedikit
nakal.
Mak ngah mencubit
lengan anak daranya. Aku hanya ketawa
halus.
“Kak Nai pergilah
tengok kat depan. Yani memang tak
kenal. Tapi pegun… nampak macam dari
jauh. Dekat jaket bagai…” Komen Suryani.
Aku menapak ke
pintu. Baru hendak memegang tombol
pintu, mak ngah bertanya.
“Entah-entah lelaki
yang kau seru dalam mimpi tu tak, Naina?”
usik mak ngah.
Aku menggeleng.
“Tak mungkin dia, mak
ngah. Dia bukan ada dekat Malaysia. Lagipun, mana dia nak tahu kampung kita ni.”
Daun pintu aku
kuak. Kaki aku menapak perlahan menuju
ke ruang tetamu. Pintu yang sudah sedia
ternganga lebar itu aku dekati dan sungguh, aku hampir terduduk jika tidak aku
paut birai pintu.
“Eh, awak?!”
Telahan mak ngah
benar. Tapi payah hendak aku percaya,
dia di sini. Terpacak di depan aku
biarpun baru pagi tadi aku menerima panggilan daripada dia dan dia jelas berada
di Negara jiran.
“Ya, saya. Surprise…”
Nine senyum segaris.
Beg galasnya diletakkan
di atas anak tangga yang pertama.
“Awak buat apa kat
sini?”
“Kan dah cakap… bagi
saya masa beberapa jam saya akan tiba…”
“Tapi sini… kampung
saya…”
Dia tidak menjawab
dulu. Sebaliknya dia menurunkan zip
jaket kulit hitamnya itu hingga ke bawah.
Terdedah dada bidang yang hanya dibaluti baju T putih yang sedikit
tipis.
“Panas, ya?”
Dia menadah wajah ke
langit. “Tapi dah redup sikit… okeylah…”
“Answer me,” tekanku
bila dia nampak buat tidak tahu.
“Seperti biasa… Tuan
Radzi…”
Aku mengeluh
berat. Tuan Radzi ni… suka sangat jual
maklumat peribadi aku pada Nine. Nine
suap ke apa?”
“Mudah sungguh awak
dapat maklumat saya dari bos saya. Awak
suap dia, ya?”
Mata Nine
membulat.
“Eh, tak baik
tuduh-tuduh. Saya nak tahu saya
tanya. Tak nak tahu, saya diam je. Lagipun, dari suap dia, baik saya simpan duit
nak suap mulut awak nanti bila awak dok bawah tanggungjawab saya.” Dia kenyitkan mata.
Aku pegun tak terkata
apa. Hinggalah mak ngah menegur dari belakang.
“Kawan kau ke?”
Aku berkalih sedikit
dan mengangguk.
“A’ah… kawan dari
jauh.”
Mak ngah munculkan
diri. Dia senyum pada Nine dan terus
mempersilakan Nine naik.
Sesak nafas hendak
menjawab dalam pada cuba membendung rasa terkejut yang silih berganti hadir. Peluh kecil yang merenik kesan mimpi tadi
masih lagi belum kering, ini menitis lagi.
“Eh, kenapa tercegat kat tangga tu. Jemputlah kawan tu naik, Naina,” tegur mak
ngah dan aku mengangguk dalam keadaan sedikit mamai.
“A’ah, marilah naik...”
Mata aku dan Nine
bertembung. Nampak semakin lain dia hari
ini. Tapi, tepi bibirnya nampak sedikit
membiru dan juga dahinya juga sama. Lebam.
“Boleh naik ke?” tanya Nine takut-takut.
Dia sengih dan membuka
kasutnya. Kemudian stoking pula dibuka
penuh cermat. Terserlah kakinya yang
putih bersih mengalahkan wanita.
“Kenapa pulak tak
boleh? Mari cepat. Naina ni terlena tadi. Mak ngah baru kejutkan. Kebetulan kamu sampai. Naiklah… hah Naina, pergi solat dulu,” suruh
mak ngah bersama isyarat mata.
“Err... naiklah. Sembang dengan mak ngah kejap. Saya masuk solat dulu.”
Nine senyum dan memberi
tabik pada aku yang masih menjeling dia. Apa mimpi dia tiba di sini? Katanya tak pernah tak dikota. Hari ini juga.
“Bagi saya sepuluh jam
dan saya akan tiba.”
Ini… aku mengerling jam pada dinding dalam
langkah hendak ke dapur.
Mengira-ngira sendiri
waktu yang telah melewati sejak perbualan aku dan Nine pagi tadi. Dan juga, mimpi ngeri itu. Ya, kurang dari sepuluh jam.
Dalam hati berdoa moga
mimpi itu mainan syaitan kerana lena aku yang hampir ke lewat petang. Moga dijauhkan segalanya.
“SIAPA DIA pada kau,
Naina?”
Soalan mak ngah
mengasak telinga. Aku kerling dia dengan
ekor mata. Wajah Suryani yang nampak
sedang menanti jawapan daripada aku juga aku tenung beberapa saat sebelum
memandang kembali gulai lemak ikan masin di dalam periuk yang sedang
mendidih.
“A’ah la, Kak Nai...
siapa abang tu? Kacak sungguh...”
“Eh, budak ni. Ke situ pulak dia.” Mak ngah mengacu tangan hendak mencubit
lengan Suryani tapi pantas anak dara itu mengelak.
“Siapa?” asak mak ngah lagi sekali.
“Kawan, mak ngah...”
“Dari mana dia? Dengan beg-beg. Muka pun nampak penat macam jalan jauh...” duganya.
Aku angguk
mengiyakan.
“Dia sebelum ni orang
yang Naina jaga semasa dia ada kat Malaysia...”
“Kalau tak kat
Malaysia, dia bukan orang Negara inilah, ya?”
sampuk Suryani pantas.
Aku senyum pada hujung bibir. Setelah aku pastikan gulai lemak itu sudah
cukup masak, aku padamkan api. Terus saja
aku capai mangkuk dari corak bunga matahari itu dan aku sendukkan kuah dan
isinya ke dalam mangkuk.
“Dia orang Malaysia tapi
dah lama bermastautin di Thailand. Katanya
nak balik ke sini terus tapi tak tahulah iya ke tidak...”
“Eh, sebab kau ke?” Mak ngah mula menunjuk minat.
Aku senyum lagi dan
menggeleng.
“Dia pun ada kehidupan
dia...” selaku.
“Kehidupan dengan Kak
Nai la kot...” usik Suryani bersama tawa
halus.
Mak ngah menjeling
sebelum memandang aku.
“Sungguh ke?”
Terdiam aku
seketika. Apa yang sungguh, apa yang tak sungguh pun aku tak
pasti.
“Entah...” Mudah, aku jongketkan saja bahu.
Mangkuk yang sudah
penuh berisi itu aku bawa ke meja makan di tengah ruang dapur yang agak
lebar. Rumah kampong. Ruang dapur lebih luas dan lapang daripada
ruang depan. Mudah untuk kenduri-kendara
kata arwah umi dan ayah dulu.
“Dia tu teman lelaki kau
ke?”
Entah bila mak ngah ada
di sisi. Meletakkan ayam goreng halia
yang telah siap di masak. Masih berasap.
“Teman lelaki ni
bermaksud kawan lelaki, mak ngah. Maknanya
betullah tu,” gurau aku lalu berpaling hendak menyendukkan nasi pula.
“Eh, budak ni. Main-main pulak. Mak ngah sungguh-sungguh ni...” tekan mak ngah.
Suryani ketawa
kecil. Dikacaunya air bandung itu penuh
hati-hati sebelum diletakkan ketulan ais.
“Yani dah siap, letak
atas meja. Kejap lagi boleh makan
dah. Lewat sangat makan nanti tak elok
pulak,” tegur aku bila dia nampak berminat benar dengan kisah aku dan Nine.
“Naina, mak ngah tanya
ni. Tak pernah-pernah ada lelaki yang
jadi kawan kau. Masa sekolah dulu pun
tak ada siapa bertandang masa hari raya.
Jangan kata nak datang, telefon pun tak ada. Bercerita pun tak ada. Ini siap tercongok depan rumah...,” komen mak
ngah.
Pinggan nasi yang aku hulurkan dia sambut dan diletakkan di
atas meja. Kemudian dia menarik kerusi
duduk. Nafas lelah dilepaskan.
“Kalau Naina kata Naina
suka dia?” duga aku.
Suryani dulu yang bulat
mata. “Yani suka...” Dia terjerit sedikit.
Mak ngah jegilkan mata member
amaran dan muncung Suryani keluar sedepa.
“Kalau kau suka, mak ngah pun akan suka sesiapa
saja, Naina. Janji dia boleh jaga kau
dengan baik,” balas mak ngah sedikit sebu.
Aku nampak lirih dalam
dada mak ngah lantas aku hampiri dia. Tangannya
aku capai dan aku genggam kemas.
“Kalau mak ngah tak
setuju, Naina sanggup buang apa saja.”
Bibir tua mak ngah
merekah dengan senyuman. Episod usik
mengusik tadi sudah bertukar kepada drama emosi.
“Kalau ini bahagia kau,
mak ngah doakan yang terbaik...”
“Dan mungkin nanti
Naina akan jauh dari mak ngah kalau Naina pilih dia,” cantas aku.
Mata mak ngah tenang
tapi sudah mula berkaca sedikit.
“Kau bahagia?”
Aku diam tak
menjawab. Diam dan kelu seribu bahasa.
“Kalau kau bahagia,
pergilah mana saja, Naina,” suruh mak ngah lagi.
Aku masih kaku. Hanya jari-jemari yang bergerak meramas
tangan tua mak ngah. Suryani juga sudah
tayang wajah tidak beriak.
“Dia boleh jaga kau?”
Aku masih pegun. Lidah sedang melalui fasa membeku dengan
soalan-soalan yang payah hendak aku jawab.
“Kalau kau tak bahagia
dengan dia, baik toksah nak redah...”
Tak sempat mak ngah
menyudahkan ayat dia, ada suara lain yang berdeham kecil. Nine...
Dia duduk di atas
tangga simen itu dengan memakai kain pelikat, baju T dan juga kopiah
putih. Menampakkan dia seorang lelaki
yang sudah bersedia menjadi suami dan pemimpin.
Bibir merah Nine
menguntum senyum. Rekahan senyuman itu
nampak ranum dan mengkar.
“Kalau dia tak bahagia
dengan saya satu hari nanti, saya akan pulangkan dia kembali pada mak ngah
dengan keadaan sihat dan selamat seperti mana dia telah saya ambil dari jagaan
mak ngah...”
... dan dia, cukup tenang
dan cukup bersahaja.
bersambung
emmmm.....sweet....bestnya..... :) :) :) senyum sampai ke telinga....
ReplyDeleteada rasa yg berbuku..gembira dan bimbang yg bersatu..
ReplyDeletewalawehhhh...pengsan aish dgr nine ckp cam gitu :P
ReplyDeleteomai.. omai... lega rasanya!!! Sweet lagi!!!
ReplyDeletenine lamar naina lah!...
ReplyDeleteehheeemmmm.... so sweet <3 :):):) suka suka suka chapter ini kak RM :-p ^_^
ReplyDeleteAduhai hati...jatuh cinta lg...nine.ayat sungguh menusuk jiwa n raga..along eza jumel
ReplyDeleteWalaweiiii kak rehan.... Orang dah agak mesti mimpi punya...part ayat nine...cair...cair....cair.... Naina apa g.... (Kompang dah berbunyi)
ReplyDelete"aik... dah amik sila jangan pulangkan" ujar mak ngah. hehe. dialog tambahan anak angkat mak ngah.
ReplyDeleteBenar telahanku..hanya mimpi ngeri, sungguh mengerikan....
ReplyDeletealaaaaaa....pendeknyer.....
ReplyDeleteBetul tu.......sweet_potato
DeletePendek sgtlh rm.....
wah..suka bc ayat nine yg last tu...
ReplyDeleteWalaweh, putus nafas baca, caring betul si Nine ni. Nine ni sebenarnya undercover ke? Kalau tak takkan Tuan Radzi sesenang jer bagi maklumat anak buah.
ReplyDeleteahhh.. rasa mcm nk nangis je part naina tgh mimpi tu... grrr.. suspen sggh... tp,, suka sgt ayat nine yg last,, amaran utk nine: dah ambik naina x boleh hantar balik dah.. sila simpan dan jaga sebaiknya ok! <3 best!
ReplyDelete-athirah-
sukax3.... ayat akhir tu mmg tbaik!!
ReplyDeleteCha cha cha cha! Hohoho! Kalau ambik takyah pulangkan balik yer Nine. Simpan terus! :D
ReplyDeletewaaa...bahagianyer......
ReplyDeleteSUKA SANGT2... NAK LG RM....
ReplyDeleteWAH SUKANYA SAYA.
ReplyDeleteBest sgt2!!!
ReplyDeletehuh! putus nafas rsanya! mujur mimpi.... tpi suka sesgt bila nain ckp cm gitu. tpi jgnlah pulangkan blik. walau pepun, sy masih rs bimbang dgn plot yg akn RM perform kt kite lps neh. hope jgn lm lgi tau....
ReplyDeleteKenapa ya saya rasa entry ni lebih sedikit daripada entry sebelumnya? Hehe...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHohohohohoho....
ReplyDeleteBest...suke nine n naina
ReplyDeleteaduh..saya dah melting..tolong RM.. ohh.. nine
ReplyDeleteOWH..
ReplyDeletesenyum smpi ke telinga..sengih je...
naseb bek xde org kt opis...
hahah
terbaek la...
xmau sedey2 lg k..
nine dpan mata...
saya cair sekian terima kasih
ReplyDeleteohmai!!!!! pengsan sesaat :)
ReplyDeletelemau kejap nk baca smpai sudah, lelah nk baca byk lg ni
ReplyDelete