BAB 19
SELESAI MAKAN
MALAM. NINE nampak segan bila berhadapan
dengan mak ngah dan Suryani yang banyak menyakat. Aku apatah lagi. Rasa berbunga hati tapi bila berlaga
pandangan dengan mata mak ngah, rasa sebu juga.
Aku dapat rasakan dia
seperti berat hati hendak melepaskan aku pergi jika benar aku dan Nine
berjodoh.
Pinggan terakhir siap
aku bilas bila aku dengar mak ngah bersuara pada Nine yang masih duduk di atas
anak tangga dapur.
“Sedap ke lauk tu? Maaflah kalau tak kena citarasa. Kami ni macam tu jelah makan. Nak-nak kalau Naina ada, lagi tak payah masak
pelik-pelik. Serah kat dia semua. Dia nak masak dan kalau itu dia hidang,
itulah kami makan.”
Aku jeling Nine yang
ternyata sedang memandang aku.
“Sedap, mak ngah. Rasa macam dah lama tak rasa masakan sesedap
tu…” puji dia lembut.
“Tengoklah air tangan
siapa?” tokok Suryani lantas menyiku
aku.
Aku jegilkan mata. Suryani ni kalau mengusik boleh tahan. Boleh jadi pertama kali rumah kami dijejaki
seorang lelaki. Sungguh… terasa aneh. Rasa lain macam.
“Semua tadi tu, Naina
ke yang masak?” soal Nine lagi.
Suryani angguk. Mak ngah senyum.
“Dia memang pandai
masak, Nine. Menurun dari arwah umi
dia. Kalau jadi isteri ni, memang cukup
pakej la,” jawab mak ngah pula.
Pujian mak ngah
melonglaikan lutut. Aku segan sungguh.
“Mak ngah ni, cakap
macam tu pulak dah. Macam Naina nak nikah
esok karang.” Bibir aku terjuih
sedikit. Rasa tak selesa bila Nine asyik
dengan bibir yang menguntum senyum.
“Benda betul, kenapa
nak nafikan,” ujar mak ngah lalu dia menapak ke arah anak tangga dan meminta
jalan daripada Nine.
Nine mengesot ke kiri
sedikit memberi laluan pada mak ngah naik ke atas. Suryani juga mengikut jejak langkah mak
ngah. Tapi, sebelum mak ngah melepas
ambang pintu, dia bersuara lagi.
“Kalau kata esok
karang, jodoh kau memang dah sampai mak ngah kena lepaskan kau, Naina. Mak ngah naik rehat dulu. Kaki ni lenguh-lenguh sungguh. Dah tua-tua ni, kan?” Dia senyum pada Nine dan mengerling pada aku.
“Awak pandai
masak?”
Soalan Nine menerobos
masuk ke gegendang telinga saat aku sedang mengelap kabinet dapur ini.
“Rasanya semua
perempuan pandai masak,” selaku tanpa memandang dia.
Aku dengar derap tapak
kaki Nine menghampiri aku. Tak sempat
berpaling, dia sudah berdiri di sisi.
Bersandar pada kabinet dan menjeling aku.
“Tapi mungkin tak macam
awak, kan?”
Wajah Nine aku pandang
sekilas. Dia sedang tersenyum dengan
rambut yang terjuntai jatuh ke dahi.
“Kat sana rasanya lagi
banyak masakan sedap…”
“Hati tak tenang, tak
ada masakan yang mampu saya rasakan sedap, Naina… sepanjang saya kat sana,”
caras Nine.
Kali ini, aku memandang
dia lagi. Pandangan yang begitu
lama. Beberapa saat berlalu, kami masih
saling merenung. Seminit berlalu, kami
masih saling menikam bola mata masing-masing.
Beberapa minit berlalu, aku nampak mata dia mula tersenyum sendiri.
“Kenapa awak datang
sini?”
Hujung bibir Nine
terjongket. “Sebab awak rindu saya…”
“Kat kampung saya
ni? Sanggup?”
“Kat lautan
sekalipun. Kat hutan belantara
sekalipun. Kat gunung ganang
sekalipun. Bukit bukau, paya bakau,
kutub utara, kutub selatan, hujung dunia pun… janji saya dapat kesan awak kat
situ, saya akan cari…”
“Untuk?” Soalan itu aku ajukan pantas tanpa sempat
Nine menghabiskan ayatnya.
“Untuk apa yang awak
nak dengar,” tukas Nine.
“Apa yang saya nak
dengar dan apa yang awak nak saya tahu?”
giat aku pula.
“In return?”
Huh… aku mengeluh
tipis. Dia masih begini. Soalan masih berjawab soalan. Masih suka meminta balasan begitu.
“Tak nak cakap tak
apa. Saya tak ada apa nak bagi. Naiklah rehat. Tengok TV ke.
Saya nak kemas dapur sikit lagi,” ujar aku mula rasa jauh hati.
Sejauh ini dia terbang
dan sejauh ini dia menjejaki aku tapi hanya untuk memberi soalan pada soalan
aku. Sedangkan mak ngah sudah mati-mati
merasakan dia benar-benar mahu menjaga aku.
Kain buruk aku
capai. Dapur yang sedikit berminyak itu
menjadi mangsa tangan aku. Rasa geram
sedikit. Nine tidak tahu, betapa sukar
aku melepaskan dia pergi dan betapa sukar
hakikat yang baru aku tahu beberapa hari sudah daripada Amar dan hati
tetap mengatakan Nine tak tahu apa semua ni.
Dia terlalu naïve sebagai pekerja yang setia.
“Marah?” Sepatah Nine menyoal.
“What do you think?” tanya
aku kembali. Mendatar
Nine gelak halus. “Menarik.
Inspektor Zunaina yang tegas dan garang ini marah. Atau boleh saya klasifikasikan yang ini… merajuk?” Nine menyebut lambat-lambat.
“Layak ke saya nak
merajuk?” Suara masih lagi datar tanpa
nada.
Nine melompat naik ke
atas kabinet. Kain buruk dari tangan aku
ditarik rakus. Memaksa aku memandang
dia.
“Awak hanya layak
merajuk dengan saya je, Naina. Saya tak
izinkan awak merajuk dengan orang lain,” jawab Nine serius.
Mata menikam mata. Dada berdetak hebat. Penuh gelora.
Mata Nine berbicara.
“I miss you,” bisik dia.
“Saya bukan seseorang
yang patut awak rindu,” balas aku separuh berbisik.
Wajah mula terasa
pijar. Malu.
“Saya yang akan tentukan siapa yang saya akan rindu
dan orang tu adalah awak, Naina,” tekan Nine lagi.
Aku senyum sinis. “Terima kasih. Naiklah rehat. Awak jalan jauh hari ni,” suruh aku cuba
melarikan rasa canggung saat ini.
Tak sempat berpaling,
Nine memaut wajah aku memaksa aku memandang dia. Dia melompat turun dari kabinet dan berdiri
tegak dengan aku. Wajahnya sengaja
didekatkan. Pandangannya kian tajam
menikam bola mata.
“Itu bukan jawapan yang
saya nak dengar bila saya datang sejauh ni, Naina,” gumam dia.
“Habis tu?” Perlahan, aku tepis tangannya yang bebas
memaut wajah aku.
Pada saat kritikal dan
terdesak, sentuhan dia tidak membawa apa-apa makna tapi bila keadaan begini,
had batasan kami perlu aku jaga.
“Maaf,” ucap Nine
bagaikan tersedar dan dia menjauhkan sedikit dirinya beberapa tapak ke belakang
tapi aku pula yang mendekati setapak.
“Muka awak kenapa? Petang tadi lagi nak tanya. Tak teringat.
Nampak lebam,” tegurku.
Nine mengangkat
tangannya dan menyentuh wajahnya pada tempat yang aku maksudkan. Kemudian dia menggeleng.
“Saya bertumbuk dengan
Naim. Percaya tak?”
Aku kerutkan
kening. Rasa tak percaya tiba-tiba.
“Bertumbuk ke
ditumbuk?” dugaku.
“Dua-dua,” jawab Nine
mudah.
Aku mengeluh. “Masih sakit?”
“Sikit tapi dah sembuh
semuanya petang tadi masa tengok awak…”
“Such a sweet talker.” Aku
mencemik.
Nine ketawa halus.
“Nak sapu ubat
tak?”
Dia menggeleng. “Sikit je.
Saya dah biasa luka macam ni.”
Aku hela nafas
lega. Suasana yang suram dan tegang tadi
beransur hilang. Berbicara soal hati
rasa hendak putus nafas. Lagi rela
didenda berlari keliling padang pada jam 3.00 pagi dengan menjunjung rifle M16
daripada berlari akibat dikejar emosi
yang tak stabil angkara Nine.
“Bila nak balik?” Tiba-tiba terpacul soalan itu tanpa sedar.
Cepat-cepat aku
berpaling.
Air wajah Nine berubah
sikit.
“Err… jangan salah
faham. Bukan niat nak halau tapi…”
“Saya faham. Tempat saya bukan di sini. Kat sana pun… bukan tempat saya,” jawab dia
bagaikan berjauh hati.
Tersalah faham.
“Nine…,” seruku lembut.
“Jangan macam ni. Saya tak maksudkan macam tu.” Aku terus memujuk.
Nine masih menundukkan
wajah. Bermain dengan jari-jemarinya
yang jelas runcing dan punyai sedikit parut-parut kecil. Tak sedar, bibir aku merekah dengan senyuman
lebar. Senyuman paling manis pernah aku
ciptakan sejak kehilangan umi dan ayah.
“Dzulkarnain…” panggil aku lembut.
Sekali… dia tetap
begitu.
“Dzulkarnain bin
Dzahrin,” seru aku lagi.
Dia menjeling seketika
sebelum kembali tunduk.
“Merajuk?”
Dia diam.
“Emm… not bad untuk seorang Nine merajuk but it does not suite you at all,” usik
aku.
Kepala Nine
terangkat. “Esok pagi-pagi saya balik
KL… lepas tu saya balik Bangkok…”
Aku kerutkan kening.
“Dengan beg besar tu
awak datang untuk awak balik dalam masa semalaman?”
“I am not belongs here…”
“But you belongs in my heart,” pangkas aku antara dengar dan tidak
tapi aku yakin Nine mendengar dan kerana itu dia terus memandang aku.
“What you’d just said?”
Aku terkebil-kebilkan mata
sendiri. Memandang Nine dan menggeleng
laju. Cepat-cepat aku cuci tangan dan
menapak ke anak tangga biarpun Nine menyeru nama aku.
“Naina, apa awak cakap
tadi?” soal dia yang sedang menapak
sama.
“Tak ada apa. You
better get enough rest, Nine. Saya
nak masuk bilik dah. Cuti ni saya nak
tidur sepuas hati,” ujar aku melarikan anak mata dan lari dari pertanyaan Nine.
Terlajak kata. Tak sedar Nine mendengar dan aku… malu
sendiri.
Tak sempat hendak
menolak daun pintu, mak ngah muncul.
“Hah, nak tidur dah,
Naina?”
“Err… ada kerja
sikit. Mungkin lepas tu terus tidur,”
jawab aku gagap.
“Petang tadi tidur, ini
nak tidur lagi. Gemuk karang tidur lepas
makan, Nine lari pulak…,” usik mak ngah sambil berlalu ke serambi.
“Tak apa, mak
ngah. Gemuk ke kurus ke, selagi nama dia
Naina, dia memang untuk saya,” tokok Nine sesedap rasa.
Menambahkan pijar pada
wajahku.
Dia, aku jeling
tajam. Memberi amaran tapi dia hanya
tenang. Baju T putihnya dibetulkan
sedikit. Rambut yang jatuh ke dahi
diraup ke belakang.
Matanya dikedipkan
sekali. Lama. Sebelum dia membuka mata dan bibir itu nampak
bergerak tanpa suara.
“You too. Belongs here…” Dadanya ditepuk beberapa kali.
Aku berpaling dan
mengetap bibir. Langkah kaki terus
menuju ke dalam bilik bersama hati yang berdebar dan darah yang gemuruh.
Hilang segala
masalah. Langsung lupa pada peristiwa
perit yang telah aku ketahui dengan kehadiran Nine. Aku pejamkan mata setelah merebahkan tubuh di
atas katil. Baru hendak pejamkan mata,
telefon bimbit aku bergetar.
SMS! Bila aku tekan OK, nama Nine naik.
Saya di sini nak jemput
awak, Naina. Jemput awak masuk ke dalam
hati saya tanpa
apa-apa syarat. Itulah modus-operandi
saya.
Dan aku, hampir
mengalami sesak nafas bila Nine menjawab soalan aku tadi.
...bersambung
RM : Haah pendek... tapi berisi.. okeyla kan dari tak ada langsung..LOL...
saya terima jemputan awak..haha
ReplyDeletetakpe ari pendek, next n3 bg panjang2 cket..
Nine... ada lagi tak tempat kosong kat hati tu? Naina... tepi sikit yer... ngee
ReplyDeletesaya pun nak celah gah!...
Deletesaya pun nak tumpang 2 kaki hehehe....gatal....
DeleteBest nye .sweetnye nine....pergilah naina bersama nine.semoga bahagia menjelma.nak lg RM
ReplyDeleteRm..akak dah cair ni... Blame it on you...
ReplyDeleteRM......sweetnya nine n naina...
ReplyDeletemmm....kak RM blh x bg naina n nine bahagia jgn bg mimpi naina jd kenyataan ya...pleaseeeee....nak sgt naina n nine hidup bahagia
ReplyDeleteamboi nine...
ReplyDeleteRM...sweet sangat n3 nie.... suka2 :)
ReplyDeleteNaina... jemputlah Nine masuk dgn bunga rampai, bunga manggar, bunga telur & sebagainya! :D
ReplyDeletenice... sweet... like... two thumbs up dah ^_^
ReplyDeleteRehan, nak tegur sikit :-
ReplyDelete"I am not belongs here ..." ayat ni salah. Patutnya "I do not belong here ..."
"But you belongs in my heart" pun salah. Patutnya "But you belong in my heart". (I, you, they = belong) (She, He = belongs)
Amboi naina.dh terluah perasaan la
ReplyDeleteNine..such a gentleman..x takut nak luahkan perasaan..
ReplyDeleteHuaaaaahhh.. Rasa penuh hati saya...
ReplyDelete#Err? -_-
Aduyaiiiiii..tekanan perasaan den bace...sesak nafas oo!!!! sengih sampai telinga dh nie..
ReplyDeleteAduyaiiiiii..tekanan perasaan den bace...sesak nafas oo!!!! sengih sampai telinga dh nie..
ReplyDeletemodus- operandi saya plak.... saya da aim nak cari nine hahah :D
ReplyDeletebest nyer...
ReplyDelete