BAB 20
WAJAH AKU MENADAH
LANGIT. Memandang bintang-bintang yang
bekerlipan bila mana aku kuakkan jendela seluas mungkin. Menerima hembusan bayu malam yang lembut,
menyegarkan. Memberi rasa dingin pada
pipi aku yang terasa cekang kerana senyuman.
Bila aku pejamkan mata,
terasa lembutnya belaian umi pada helaian rambut aku yang dulunya pernah
panjang. Pernah. Bila umi yang memaksa aku menyimpan rambut
panjang. Bila aku merengus, dia berjanji
akan menjaganya untuk aku. Tapi itu
dulu. Sehari setelah pemergian umi dan
ayah, aku tara h rambut aku sependek
mungkin.
Daripada hujung kaki
hingga hujung rambut, semua jasad aku terlekat dengan kenangan mereka. Parut pada lengan kiri kesan air panas juga
kerana kedegilan aku hendak menolong ayah biarpun ayah melarang. Sudahnya umi menangis melihat aku mengaduh
tapi aku mampu tersenyum waktu itu melihatkan kerisauan oran g tua.
Angin yang menderu bagai
mengerti akan rindu ini. Hilang wajah
Nine, muncul pula wajah umi dan ayah.
Melamba-lambai.
“Satu hari nanti, jadi
polis yang tegas. Yang berjuang demi
agama, Negara dan bangsa.”
Tegas pesanan ayah masuk
ke dalam telinga bila aku balik dari latihan kawad kaki kadet polis wanita
dulu.
“Tak boleh. Umi tak suka Naina masuk polis. Kamu tu perempuan. Umi tak suka anak dara tunggal umi ni
kasar-kasar sangat. Nanti tak ada orang
berkenan.” Umi melarang pula.
Lain cerita daripada
insan yang amat aku sayang.
Aku dan ayah berpandangan. Lama bersama bunga tawa sebelum tawa kami
benar-benar meledak. Umi merengus dan
menarik muncung. Kali terakhir juga bila
aku ke sekolah untuk hadiri kawad kaki peringkat negeri demi pemilihan Skuad
Harimau Kadet tapi pulangnya aku dengan berita gembira itu disambut berita
sedih.
“Umi dan ayah kau
terlibat dalam kemalangan jalanraya, Naina…”
Suara mak ngah berdentum bila aku melompat turun daripada basikal dan
terus melompat ke atas anak tangga.
Tak sabar hendak
berkongsi berita dengan umi dan ayah.
Menggigil seluruh jasad
aku bila mak ngah datang memeluk.
Suryani yang masih kecil saat itu dibiarkan saja menangis, memaut
kakinya bila dia nak juga memeluk aku yang sudah terduduk di atas tangga.
Airmata tak mengalir
tapi seluruh hati dan jiwa aku dikebumikan sekali dengan dua jasad dalam satu
liang lahad itu. Dalam hati aku berdoa,
moga Tuan Radzi menyokong tindakan aku untuk membuka semula fail kematian ayah
dan kata-kata akhir Amar juga bermain dalam kepala. Mereka berpangkalan di Bangkok dan Nine…
Tak sempat menduga,
telefon bimbit aku bergetar lagi. cepat-cepat aku capai dan melihat pada skrin.
Nine!
Tak selesa diasak
soalan2 mak ngah dan adik sepupu awak ni L
Aku senyum.
Tak sempat nak membalas,
SMS masuk lagi.
Tak nak keluar
ke? Saya tak tahu tempat tidur saya kat
mana ni?
Nak baring kat depan ni, diorang dok
tgk TV lagi… Pity me :(
Tak payah membalas, aku
angkat tubuh. Jendela aku rapatkan
semula. Menyekat angin masuk. Sehelai
tuala kecil aku ikat pada kepala. Baju T
dan track bottom juga aku betulkan sedikit.
Perlahan-lahan, aku
tarik daun pintu. Bunyi pintu yang agak
uzur itu menarik wajah Nine berpaling pada aku.
Dia menggariskan senyuman dengan mata yang nampa k kian layu.
“Eh, ingatkan dah
tidur?” soal mak ngah yang juga
menyedari kehadiran aku.
“Naina ada kerja
sikit. Naik cuti ni ada laporan nak kena
hantar dekat bos. Kalau lulus, okeylah…
kalau tak lepas, mungkin agak kecewa.
Mak ngah doa-doakan eh,” jawab aku bila saja aku duduk di sisi mak ngah. Di belakang Suryani yang sedang bersila di atas permaidani.
Mak ngah senyum. “Apa saja
yang kau buat, mak ngah memang doakan.”
Nine aku jeling beberapa
saat sebelum memandang mak ngah semula yang masih tekun menonton skrin leper di
depannya.
“Mak ngah tanya Nine
apa? Nampak lain macam je. Kerut kat dahi tu berlapis-lapis.”
“Mak tanya bila Abang
Nine nak masuk pinang Kak Nai.” Mak ngah
tak menjawab sebaliknya, Suryani yang menyampuk.
Dia melangut pandangan
pada aku. Cepat-cepat aku tekup mulut
dia yang terkial-kial hendak melepaskan diri.
Mak ngah ketawa. Nine
menggaru-garu wajahnya. Nampak serba tidak
kena.
“Jangan dengar cakap
Suryani ni, Nine… dia memang.” Aku
mencemik sedikit bila mata Suryani memandang aku.
“Eh, apa pulaknya…
memang mak ngah tanya. Mak ngah bukan
apa, lagi cepat lagi bagus. Benda elok
buat apa nak lengah-lengahkan. Kan Nine…”
Terbatuk kecil dibuatnya
Nine bila mak ngah beralih pada dia. Serentak
itu tawa mak ngah dan Suryani bersatu.
“Hai… korang berdua ni,
macam-macam. Tapi mak ngah maksudkan tau
apa yang mak ngah cakap tadi,” tokok mak ngah seraya bangkit dari duduk.
“Mak ngah nak masuk
rehat. Yani, Kak Nai tidur dengan
Yani. Bilik Kak Nai tu…”
“Waaa, nak bagi Aba ng Nine rasmi dulu ke,
mak?” soal Suryani teruja. Mencantas kata-kata mak ngah.
Mujur waktu ini mak ngah
dah menghilang di balik pintu. Aku jegilkan
mata. Tak sempat nak mencubit, dia
terlebih dahulu melompat menjauhkan diri dari aku.
“Budak ni…” Aku
menggumam.
Dia jelirkan lidah
beberapa saat. “Kot ya pun, apa
salahnya. Yani nak cakap rasmi bilik
dulu. Bukan tuan punya bilik,” ujar
Suryani bersama bibir yang herot.
Tawanya meletus lagi
tapi tak lama bila dia juga menghilang di balik daun pintu biliknya yang
kemudiannya ditutup rapat.
Nine menjatuhkan kaki
yang sejak daripada tadi membelit sila. Dia
menyulam jari-jemarinya bila siku itu diletak elok di atas peha.
“Sorry… dia memang macam tu. Suka
menyakat…”
Bibir Nine herot. “I want
to take it as a serious matter.”
Bibir aku ketap. Wajah Nine aku pandang. Cuba menyelami apa yang ada di
dasar hatinya yang aku rasakan punyai jurang yang sangat dalam.
“To be frank, I just don’t know what are you thinking, Nine,” luah
aku sedikit beremosi.
Tiba-tiba, kata-kata
Amar menjalar dalam kepala. Resah.
“Me too… I just can’t figure it out, what is happening between us,”
balas dia.
Keluhan tipis aku
lepaskan setelah aku hela nafas dalam-dalam.
Tubuh aku sandar pada belakang kerusi.
Wajah Nine aku kerling sesekali tapi tak lama bila aku kembali memandang
skrin televisyen yang aku sendiri tak pasti apakah siaran yang sedang aku
tonton.
“Let us figure it out, Naina…,” ajak dia tiba-tiba.
Aku senyum. Sinis.
“Ini bukan puzzle, Nine… you and me, we both not the pieces of puzzle.”
“Saya berani kerat jari
awak tahu baca bahasa hati saya…”
Sekali lagi aku
menggeleng sambil berdecit. Nine sedang
menduga.
“Saya tak tahu sebab tak
ada siapa yang ajar. Saya tak pernah
belajar semua tu selama ni…”
“Dan kini, biar saya
ajar. Sejujurnya saya nak awak ada di
sisi saya,” cantas Nine.
“Untuk?” giat aku dengan kening yang bertaut.
Mata Nine terkebil-kebil
lama. “Berani hidup dengan saya biarpun
mungkin satu hari nanti antara kita kedua-duanya terluka?”
Dia tetap Nine yang aku
kenal. Soalan yang dijawab dengan
soalan.
“Berani sahut kehendak
mak ngah saya?”
Tak sempat apa-apa, Nine
pantas mengangguk.
“Saya tak datang sejauh
ni dan tinggalkan segalanya di belakang kalau saya tak berani,” jawab Nine
berani dan bersungguh-sungguh.
Hati aku kembang
tiba-tiba. Rasa mengepak sayap kupu-kupu
di dalam dada bila dia berkata begitu.
“Sanggup tunggu saya?”
“Untuk berapa lama?” Wajah Nine sudah berkerut.
Bermain soalan demi
soalan, menjadikan kami bagai kebudak-budakan tapi bila melihatkan wajah dia
ceria dalam kerutan, tiada apa lagi yang perlu aku gambarkan.
“Saya nak jujur dengan
awak, Nine… saya ada kes yang saya nak buka semula tapi saya tak boleh nak
cakap kes apa. Ianya ada kaitan dengan
arwah umi dan ayah saya.”
Aku kalih ke pintu bilik
mak ngah seketika. Bimbang mak ngah
terdengar. Takut dia resah gelisah dengan
kehendak aku ini.
Mata Nine yang nampa k layu, terbuka
tiba-tiba. Padangannya dihalakan penuh
pada aku.
“Kes kemalangan ayah
awak tu?”
Aku angguk. Teringat pula aku pernah memberitahu dia yang
umi dan ayah menjadi mangsa naha s
jalan raya.
“Jujur jugak saya cakap,
saya nak tahu lebih… tapi mungkin ini kes sulit ur usan rasmi awak dan saya tak akan paksa
awak cakap. Cumanya, saya nak katakan,
saya kurang setuju kalau nak kena tunggu awak nak selesaikan kes itu yang entah
bila selesai, barulah kita nak ikat hubungan kita,” bantah Nine lembut.
Suaranya separuh berbisik.
Liurnya ditelan
berkali-kali merenung wajah aku.
Dia nampa k resah tiba-tiba.
“Saya takut abaikan awak
nanti kalau kita nikah sekarang…” ujar
aku meyakinkan dia bukan kerana aku tidak mahu tapi aku benar-benar tak sanggup
membiarkan dia terasa terabai.
“Lagipun, kerja macam
saya ni mungkin tak dibenarkan berkeluarga buat sementara waktu…” Lambat-lambat aku menuturkan bersama
gelengan.
“Berhenti kerja. Ikut saya.
Ke mana saja. Kalau boleh tempat
yang oran g tak
kenal kita.” Dia bersuara serius.
Perbualan ini bukan lagi
perbualan biasa. Nine nampa k lain.
Seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengejar dia di belakang.
“Tak…” Aku menggeleng. “Selagi kes kemalangan tu tak selesai, saya
tak boleh ke mana-mana.”
Lama kami diam. Nine menunduk. Wajah nakal tadi terus bertukar kelam. Dahinya berkerut sana sini menggambarkan yang dia sedang
memikirkan keputusan yang terbaik buat kami.
“Kalau ada jodoh tak ke
mana, Nine…”
“Sebab tu saya ada depan
awak sekarang, Naina… setidak-tidaknya saya akan sokong awak tapi mengingatkan
peristiwa awak kena culik tu…”
Bibir Nine tersungging
dengan senyuman. Senyuman kekesalan.
Dia menggeleng
lama.
“… buat hati saya
terluka dan buat saya rasa nak peluk awak tak nak lepaskan lagi. Sekali lagi saya tanya, sudi tak awak beri
peluang tu untuk saya? Peluang untuk
saya peluk awak bila awak letih bekerja.
Bila awak terasa sakit dan rindu pada arwah oran g tua awak?”
Soalan Nine menjerut
nafas aku. Pandangan bersabung. Halilintar mula memancar dalam mata
masing-masing dan guruh mula berdentum dalam dada kami juga.
..bersambung
RM : Pendek lagi eh? LOL... pendek2 sudah... janji ada kan... sikit2 lama habis la neh..
Bestnya... Nak lagi kak rehan
ReplyDeletekeke sweet talker abes r cik rehan keke
ReplyDeleteNine ni...buat org sangsi je
ReplyDeletesuka sangat, "pity me.. " comel sangat mesej Nine tu... :D
ReplyDeleteknapa tetiba saya rse takot... :(
ReplyDeleteBerapa episod lagi nak habis, Kak Rehan? Ceh episod, macam drama je. Habis kat blog or..? Hehe... Banyak pulak soalan, sorry Kak
ReplyDeletealahai sedihnya E3 ni..say yes Aina..dan kita lihat bagaimana nanti takdir diukir selepas itu..at least you telah hidup bersamanya..mengharungi rasa rindu yg beraja dihati..
ReplyDeletekawin je..yg lain pikir kemudian
ReplyDeletehehehe
tetiba tergiang2 lagu I DO by Colbie Caillat..muheheh..
ReplyDeletesingkatnya kak RM post chapter 20 :D
ReplyDelete'agaknya lama lagilah Niana n' Nine nak bersama :(...
sebab kes arwah orang tua Naina macam teruk je *_*'
nak lagi...!!! O_o
ohhh my...........nine & naina
ReplyDeletenine ada masalah ker?
ReplyDeletefuhh, dahhhsyat!!.. siap keluar halilintar, guruh bagai..
ReplyDeletebakal konflik...
jangan taufan yang melanda.. udah le!!!
ReplyDeletesemakin saya baca, makin sy takot..takot nk terima kenyataan kalau2 nine terlibat ngan kes mak ayah naina..huish..minta simpang la..
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteOh Nine! You make wanna say I do, i do! Hahaha. :)
ReplyDeleteYa, saya pun takut jugak. adakah nain dalang di sebalik kes kemalangan yg terancang tuh? bagaimana meka harus hidup bersama andainya segala kejadian tersebut merenggut semangat naina? next n3 plzeeee.
ReplyDeletebest2 tengah baca n3 ni tetiba lagu anuar zain yang baru berkumandang kat radio memang lyannnnnnnnn lah macam tahu2 je
ReplyDelete