BAB 21
PANGKAL HIDUNG AKU PICIT
PERLAHAN. Sakit kepala tiba-tiba. Soalan Nine tidak aku jawab. Malah, aku tinggalkan dia terkulat-kulat
begitu saja. Bukanlah bern iat tapi rasa semakin tidak selesa. Berperang dengan kehendak diri dan kehendak
Nine.
Dia pemilik hati
ini. Aku sedari hari ini tapi payah
hendak aku katakan tidak. Aku mahu
menggali dan mencari penjenayah yang menden dami
ayah. Fail-fail lama itu masih belum aku
temui nama penjenayah itu. Terlalu
banyak fail yang telah dibuka. Hendak
mencari semua maklumat, memakan masa dan hubungan singkat antara aku dan Nine
juga perlukan masa.
Nine perlu menanti untuk
apa yang dia mahukan. Aku juga perlu
bersabar untuk memberi apa yang dia
inginkan.
Baru hendak pejamkan
mata, getaran telefon menyentakkan lamunan.
Aku yakin itu Nine. Aku tahu dia
tidak betah tanpa jawapan.
Lambat-lambat aku
menjawab.
“Answer me,” gesa Nine.
“Awak dah tahu jawapan
saya,” jawab aku lemah. Separuh
berbisik.
Itupun aku rasa sudah
cukup bergema suara aku melawan kesepian malam.
Dia diam seketika. Hanya nafasnya
yang menyapa telinga.
“Boleh tak kita biarkan
yang lalu itu berlalu?”
Giliran aku pula
diam. Mata sudah kian berat. Suasana sejuk dan sepi di kampung benar-benar
menggoda jiwa untuk lelapkan mata.
“Naina… saya serius,”
akui dia.
“Saya tahu…”
“So?” Cepat saja dia
mencaras.
“Saya perlu selesaikan
kerja saya sikit…”
“Kerja yang awak bagitahu mak ngah tadi, kan ?”
Aku diam mengangguk
biarpun aku tahu Nine tak nampa k. Sesekali aku mengerling pada Suryani yang
sudah terlena pulas. Memang aku harus
selesaikan perkara yang masih belum selesai.
Biarpun tidak aku temui pangkalnya, setidak-tidaknya aku pasti temui
penghujungnya.
Biar umi dan ayah tak
akan kembali lagi ke sisi aku, tapi kenangan dan kasih sayang mereka mewah
merajai hati. Hinggakan aku rasa
kehadiran mereka dalam setiap helaan nafas aku dan mereka tak layak untuk
dikejami sedemikian.
“Tidurlah, Nine… dah
lewat malam ni. Dok sembang masa ni, nanti
Yani jaga pulak.”
“Tunggu…” Baru hendak aku putuskan talian, suara Nine
menahan.
“Kalau boleh saya tahu
kes apa yang berkaitan dengan arwah ayah dan umi awak tu?” pancing dia.
“Kes lama, Nine... dan
tak ada kaitan dengan awak. Saya cuma
perlukan masa...”
“Dan saya perlukan
awak,” ujar dia memintas kata-kata aku.
Siling yang nampak samar-samar aku pandang
lama. Air jernih sudah mengalir melalui
hujung mata. Bukan sedih tapi tanda
sudah terlalu mengantuk. Berkali-kali
aku tahan kuap. Dan Nine ni...tak letih
ke dia?
“Tidur dulu. Esok kita sembang panjang, ya? Awak jalan jauh hari ni. Esok, ya?”
pujuk aku.
“Saya tak boleh nak
tidur. Saya risau...” keluh-kesahnya menyapa telinga.
Aku senyum tipis. Airmata yang melekat pada tepi wajah aku sapu
dan hidung yang mula terasa berair juga
aku lap sedikit. Gebar aku tarik hingga
menutupi kepala bila mana aku lihat Suryani mengiring menghadapi aku.
“Nak risau apa?”
“Risaukan awak. Saya tak nak awak terlibat dengan kes-kes
bahaya lagi. Saya tak sanggup,” ujar
Nine prihatin.
“Mana ada bahaya. Lagipun, awak lupa siapa yang escort awak dulu? Siapa yang jaga keselamatan awak dan
rombongan awak tu?”
“Dan nampaknya awak pun lupa, siapa yang kena
belasah masa kena culik hari tu?” sindir
dia dalam nada yang rata.
Aku ketawa kecil.
“Macam tu sekali
risau?”
“Tak pun... orang tak
perlukan kita. Nak risau buat apa. Orang boleh jaga diri, nak hiraukan buat apa?” tanya dia
berjauh hati.
Hati aku ketawa
terbahak-bahak tapi yang terzahirnya hanyalah senyuman yang aku rasanya agak
lebar.
“Oh... sebab tak
risaulah terpacak depan rumah orang, ya?”
tanya aku. Kembali menyindir.
Nine terkedu. Nafasnya tenang tapi riaknya tak mampu aku
duga bagaimana.
“Nine...” seru aku.
Dia diam.
“Nine...” Kali kedua pun dia masih diam.
“Tak nak cakap, saya nak
tidur...”
“Erm...” Perlahan dan terasa jauh saja suara itu
menyahut.
Tahu takut. Telapak tangan menekup mulut. Bimbang tawa besar terledak. Mengganggu lena Suryani dan boleh jadi
menjadi bahan usikan dia nanti.
“Tidurlah, ya? Kita jumpa esok. Kat kampung kena bangkit pagi-pagi walaupun
air dia sejuk. Kat sini tak ada water heater, tak ada jakuzi, tak ada kolam
renang atau paling lekeh... tab mandi
pun tak ada. Paip ada tapi kalau nak
seronok lagi, kita mandi air perigi nanti, ya?”
ujar aku memujuk.
Tiba-tiba saja Nine
ketawa halus. Tawa yang tertahan-tahan.
“KITA mandi? KITA?’
tanya dia.
Perkataan KITA itu
ditekan kuat. Dahi aku mula
melapis-lapis dengan sendirinya. Bibir
aku ketap. Tersalah kata ke?
“Bukan masanya lagi
untuk kita mandi sama, Naina,” tukas dia lantas talian dimatikan begitu saja.
Terkebil-kebil aku
dibuatnya dengan kata-kata Nine yang terakhir.
Padahal aku yang mahu terlebih dahulu mematikan talian tapi dia terlebih
dahulu memutuskan panggilan.
Lama aku pandang telefon
bimbit yang sudah gelap skrinnya. Sah,
aku tersalah kata dan Nine juga jauh tersalah tafsir. Aku menggeleng kecil mengingatkan sikap Nine
yang kini aku rasakan ada sedikit kebudak-budakan. Lama-lama mengenali dia, mengembalikan aku
menjadi manusia yang punyai jiwa.
Telefon aku letak di
bawah bantal tapi tak lepas lagi menarik tangan, getaran terasa sekali. Aku cepat-cepat memandang skrin yang kembali
cerah.
SMS! Dan pastilah dia.
Empuk betul tilam
ni. Rasanya buat pertama kali dalam
hidup,
saya mampu tidur selena-lenanya. J
Liar! SEND!
Want me to prove
it? Come here. Live in my heart for free.
Aku senyum malu. Berjiwa!
Cemik aku.
Nite...
SEND!
Telefon aku kunci pad nya dan terus
aku letakkan di bawah bantal.
DARI JAUH aku nampak mak
ngah yang sedang terbongkok-bongkok mencedok air daripada lubang perigi. Cepat-cepat aku hampiri dia.
“Mak ngah buat
apa?” tanya aku seraya aku ambil tali
timba itu daripada tangan mak ngah yang jelas sudah berbirat.
Sudah berapa lamalah dia
mencebok air, aku tak pasti.
“Air tak ada pulak dah,”
keluh mak ngah.
Lengan baju kurung
kedahnya diturunkan. Dia duduk di atas
kekuda di tepi perigi yang arwah ayah gali dulu. Untuk saat-saat kecemasan seperti ini. Pagi tadi sewaktu bangkit Subuh, elok je air
laju. Ini belum lagi menginjak ke jam 9
pagi.
“Kenapa tak panggil
Naina ke, Yani ke?”
“Yani dah keluar ke
pekan. Katanya nak emel kerja rumah apa
entah dekat U dia. Nine dah bangun nak
mandi tapi mak ngah kata tak ada air, dia terus naik semula. Mula-mula tu dia nak mandi perigi je tapi mak
ngah larang. Risau...”
Dahi aku berlapis-lapis
kerutannya. “Dah kenapa mak ngah nak
risau? Dia kan jantan.
Bukan kerja berat pun...”
Dalam hati aku
menyambung, sebelum ni boleh bertumbuk sakan dengan Neo dan juga begitu berani
dia mengacukan pistol pada Neo. Setakat
air perigi ni pejam mata sebelah aje kot.
“Orang bandar lain,
Naina,” bantah mak ngah.
Jelas lagi bersuluh
menyokong Nine. Aku menghalakan mata
menadah langit. Hebat Nine mampu
membuatkan keluarga aku jatuh hati pada dia.
“Dia dah biasa susahlah,
mak ngah...”
“Ya ke kau ni? Tak percayalah,” bantah mak ngah.
Dia bangkit dan
menggantikan baldi yang sudah penuh dengan air.
Aku menurunkan timba laju. Mahu
mengisi baldi yang lain pula.
“Ya ke?” Soalan sama berulang.
“Sungguhlah. Dia tu sebatang kara...”
“Eh, kalau betul sebatang
kara, dia nampak macam anak orang kaya aje.
Tak pernah susah pun nampak dia tu?”
komen mak ngah.
“Kaya dan senang tu atas
usaha dia sendiri, mak ngah.”
Kata-kata itu terus
membuatkan mak ngah memandang aku. Tak
berkelip-kelip. Riak wajah yang terkejut
dan tidak percaya.
“Anak yatim...”
Aku angguk.
“Piatu?”
“Aku jatuhkan kepala
lagi sekali.
Mak ngah nampak menelan
liur. Dia berpaling ke belakang sedikit
bagai mencari kelibat Nine. Hingga aku
juga turut sama berpaling.
“Mak ngah sebenarnya tak
nak kau pilih orang yang tak ada keluarga, Naina...” Terluah makna di sebalik wajah resah mak
ngah.
Aku diam. Senyum seketika dan terus menarik tali
timba. Air yang hanya tinggal separuh
itu aku curahkan di dalam baldi. Senang
untuk kegunaan semua nanti. Aku penuhkan
semua air.
“Naina rasa tak ada
masalah sebab Naina pun sama, mak ngah... yatim piatu,” sambung aku
lambat-lambat.
“Kau berbeza, Naina...”
“Tak ada yang beza, mak
ngah. Mak ngah tahu tak dekat pejabat tu
ada sorang lagi lelaki yang Naina rasa lengkap segalanya tapi tak mampu buat
Naina senyum ikhlas pun. Tapi dengan
Nine...”
Aku menghentikan
kata. Baru hendak menyambung, mak ngah
terlebih dahulu bersuara.
“Mak ngah tahu. Mak ngah nampak senyuman yang tak pernah kau
ukir sejak pemergian orang tua kau dulu.
Mak ngah boleh nampak Naina... tapi kalau boleh...” Dia berjeda.
Tangannya menyentuh
belakang aku lembut. Mata kami saling
bertatapan. Bening mata tua mak ngah
nampak kian resah.
“...mak ngah nak kau
hidup meriah macam orang lain.
Bersuamikan seseorang ada keluarga.
Yang sempurna keluarganya. Mak
ngah tahu kau sunyi.”
Bibir aku tersenyum
tipis. Tapi sedihnya, senyuman itu
senyuman sinis. Tidak ikhlas lagi. Sudah kian tawar.
“Kalau kata ada keluarga
bahagia pun, belum tentu Naina bahagia, mak ngah. Kadang-kala Tuhan datangkan seseorang tu
dalam hidup Naina untuk buat Naina gembira dan dia adalah dunia Naina biarpun
dia bukan sesiapa pada dunia ni,” jelas aku lembut moga mak ngah mengerti.
Dia diam tidak berkata
apa. Hanya memandang kocakan air di
dalam baldi yang baru aku curahkan airnya.
Aku pula meletakkan timba di birai perigi. Melihat telapak tangan yang sedikit
birat. Merah.
“Dia adalah dunia Naina,
mak ngah biarpun dia bukan sesiapa pada dunia ni,” ujar aku mengulangi sekali
lagi.
“Kau nekad?”
Aku angguk. “Kalau mak ngah izinkan...”
Lambat-lambat mak ngah
gariskan senyuman. Bibir tua itu nampak
merekah dengan senyuman yang cukup ikhlas.
Juring matanya dikesat.
“Kalau kau bahagia, mak
ngah berpuluh kali bahagia. Mungkin dah
tiba masa untuk mak ngah lepaskan kau
untuk orang yang lebih layak dan dia adalah Nine dan mak ngah tak harap, kalau
dia dah ambik kau daripada tangan mak ngah, mak ngah haramkan dia pulangkan kau
balik. Kalau dia pulang nanti, mak ngah
parangkan dia...” ujar mak ngah bersama
gigi yang diketap. Buat-buat.
Dia ketawa sejurus
kemudian. Aku ketawa juga tapi tidak
lama bila aku dengar derap tapak kaki di belakang. Bila kami berpaling ternyata Nine sedang
mendekati kami dengan menggalas tuala putih pada bahu kirinya.
“Err... saya mengganggu
ke?” soal Nine sambil berpeluk tubuh.
“Sejuk betul.” Dia bergumam sendiri.
Mak ngah senyum. “Tak adalah... nak mandi ke?”
Nine senyum tipis.
“Tapi, sejuk betul kan kat kampung,”
beritahu dia lagi sekali.
Entah apa yang dia nak aku pun tak pasti. Apa yang pasti aku benar-benar nampak tubuh
tegap itu menggigil.
“Manja!” cemik aku pada dia.
“Mana ada manja, kan Nine?” bela mak ngah.
“Memang sejuk, Nine...
kalau orang tak biasa memang boleh kejang.
Nak-nak musim padi nak naik sekarang.
Kalau Nine nak mandi, mak ngah suruh Naina rebus air. Bagi suam-suam kuku sikit. Lagipun, mandi sejuk-sejuk sangat tak elok
jugak kalau tak biasa,” ujar mak ngah memandai.
Aku bulatkan mata. “Naina nak kena rebus air untuk dia?” Jari telunjuk lurus pada wajah sendiri.
“Dah tu, siapa? Nak suruh mak ngah, mak ngah nak siapkan
sarapan. Dah pukul 9.00 pagi dah ni. Kebulur kita semua nanti.” Selamba, mak berkata dan terus berlalu.
Sampai hati.
Aku tarik muncung. Nine pula sudah menyangkut tualanya pada
sebatang tiang yang memang disediakan khas.
“Awak mandi nantilah…
tunggu ada air kejap lagi. Biasa kejap
je tak ada air. Air paip hangat sikit,”
suruh aku selamba dan aku letakkan timba pada penyangkutnya.
Baru hendak melangkah,
Nine bersuara.
“Eh, tak naklah. Saya dah biasa mandi pagi. Ini pun dah kira lewat. Lagipun, kalau ada air pun saya nak mandi air
perigi. Bukan ke ada oran g
tu ajak saya mandi sama-sama dekat perigi ke semalam?” ujar Nine bersama kening yang terjongket
sebelah.
Aku kerutkan kening
memandang dia.
“Awak merepek, ya?!”
“Why shoud I?” Dia
mendepangkan tangannya sedikit dengan rupa suci.
“Salah ayat semalam
tu. Awak pun laju je salah tafsir…”
Tubuh Nine sedikit
membongkok. Kaki seluar track bottomnya
disinsing hingga ke betis. Dia menapak
mendekati birai perigi. Dijenguknya lama
sebelum memandang aku.
“Saya nak mandi,” ujar
dia sedikit merengek.
“Mandilah… apa kena
dengan saya pulak?” Aku dah mula
memasang langkah hendak berlalu.
Tak mungkinlah hendak
aku bertunggu-tangga di situ hendak menonton susuk tubuh anak teruna oran g.
“Pakai air ni?” Jari telunjuknya lurus pada berbaldi-baldi
air yang aku cedok.
“Ha’ah… dah cedok,
tinggal simbah je…”
Aku mencemik sedikit dan
terus menapak.
“Air panasnya?”
Serta-merta aku tolehkan
kepala ke belakang bila Nine sedikit terjerit.
“Kenapa manja sangat?
Saya tahu awak bukan takut sejuk.
Mengada dengan mak ngah, kan ?”
Dia angkat bahu dengan
bibir terceber.
“Apa nak buat… saya dah
beli jiwa mak ngah. Tinggal nak beli
jiwa awak sepenuhnya je,” tukas dia.
Huh… “Beli tak
beli. Awak nak mandi, mandi. Nanti nak sarapan. Saya ada
homework nak buat…”
“Kan cuti…”
Nine nampa knya
kurang berpuas hati dengan kata-kata aku.
Wajah dia nampa k berkerut sana - sini.
“Kerja macam saya ni,
kalau cuti pun, tetap kerja… awak tahu, kan ?” tanya aku.
Dia diam dan aku
menyambung kata.
“Mandilah… jangan nak
manja sangat. Tak sesuai,” cemik aku
bersama senyuman pada hujung bibir.
Nine tersenyum
tawar. Tanpa rasa. Dia menekurkan wajahnya ke simen di sekitar
perigi lama sebelum mengangkat wajah memandang aku pula.
“Tahu tak kenapa saya
buat-buat manja?”
Kening aku naik,
bertanya.
“Sebab saya tak pernah
dimanjai. Tak tahu rupanya wujud
perkataan manja tu dalam dunia ni,” ujar Nine berbasa-basi.
Sengihnya kian
pudar.
“Saya juga sendiri,
Nine,” ujar aku cuba
memujuk wajah yang mencuka itu.
“We’re
different…”
Nine angkat wajah.
“Awak ada mak ngah, Yani
dan Amar…” Lambat dia sebut nama
Amar.
Aku ketap bibir. Terdiam terus.
“Tapi saya hanya ada
awak sekarang…,” sambung dia dengan resah yang jelas terpancar dalam helaan
nafasnya yang langsung tidak lancar.
Ya Allah… Nine…
... bersambung
RM : Bilalah nak tamat cerita neh? Tetiba rasa L.E.T.I.H... ohmai phewww (lap dahi)
mohon RM jangan letih menulis cerita ni, nanti kami semua rindu Nine and nanti RM akan semakin letih sebab kami semua asyik tanya bila nak sambung... kihkihkih :D
ReplyDeletebetul tu.......teruskan sambungannya yer RM
Deleteya...setuju bangat!!! silalah sambung ye RM :-)
DeleteStuju, stuju, stuju!!!!!
Deletemahunya lps kena air perigi tuh, menggigil gigi atas bawah berketip ketip..
ReplyDeleteah jgn letih ulu k...hehe...papepn thr bestla
ReplyDeleteah jgn letih ulu k...hehe...papepn thr bestla
ReplyDeleteDua2 sunyi...syg btul mak ngah kat dua2 tu...
ReplyDeleteRM jgn letih menulis....peminat sntiasa support...
Jgn letih RM..makan bitamin banyak2 ya.. Up kan tenaga jari dan minda...
ReplyDeleteRM.....jgnlah letih utk kami semua yg sentiasa menyokong blog ijow nie.........
ReplyDeleteatau Nine yang menyebabkan umi dan ayah Naina kemalangan??
ReplyDeleteNak bermanja rupanya c Nine ni... :D
ReplyDeletetetiba berair mata ngan ayat sentap si nine nih..siannn..
ReplyDeleteRM jgn le letih..sentiasa sokong RM dr blakg..chaiyookkk..
wah.. sedih pula dgr ayat Nine..... huhuhuhu
ReplyDeleteYelah Rehan....jgnlah letih. Kami yg jengok tiap2 hari ni tak letih langsung pon.... :)
ReplyDeletejgn risaulah!!.. RM sbrnya cuma letih layan intip si nine manja2 dgn naina kat perigi jerrr!!..
ReplyDeleteJanganlah begitu RM! Hehehe! Btw, I love you Nine! Hohoho! :D
ReplyDeletekak RMjgn letih lagi....ktorg kan pembakar semangat akak..chaiyok2!!!!! smg akak terus sihat n success selalu untuk berkarya...
ReplyDeletethanx kak rm...
ReplyDeleteda trima bukmak..
comel..suma novel 2 saya ada...
nt nk leminate la...huhu
jangan laaaa letih kak Rm..cter nie tersangatlah bez....xsabar nak tunggu n3 baru..saya sentiasa support cter kak rm
ReplyDeletebest....
ReplyDeletehu...hu...hu...
ReplyDeletetersentuh saya ^_^
nak lagi kak RM :D ;)
Biarpun cite ni x jthkn air mata sy tapi cite ni best. jgn ltih menulis utk kmi ya, RM. mcm2 pesoalan yg ada dlm kpla ni ttg kes ayah n umi naina. teringin
ReplyDeletenk tau family nain siapa. bgimn die jdi ank angkt tn benjamin. adakh die senarnya dalang dlm kes kemalangan tu? bgimn kesudahan cite ni ya? next n3 plzze.
Sian nine......
ReplyDelete