Tuesday, August 06, 2013

SALAM LEBARAN



Assalamualaikum wbt.  Alhamdulillah, bersua lagi kita, kan?  Eh, bukan hari-hari kita bersua melalui kata-kata ke?  
Apa pun, dikesempatan ini saya nak ucapkan Salam Lebaran.  Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf atas segala salah silap dan perlakuan sebab orang kata mata pena lebih tajam daripada mata pedang.  Walaupun tak pernah bertentang mata atau dah ada  yang bertemu mata dengan saya, sepuluh jari saya susun atas keterlanjuran saya.  Boleh jadi apa yang saya up-date, yang saya taip, yang saya gambarkan, yang saya tuliskan, yang saya hidangkan buat tatapan mata kalian menyakitkan hati, mencederakan jiwa, meretakkan jantung.  

Sejujurnya, saya adalah RM yang sama.  Yang sama seperti di awal saya jadi penulis dekat laman Penulisan2u.my.  Menjadi cerpenis semata-mata.  Rasanya dah masuk dua tahun saya mula menulis jadinya rasa nak bercerita sikit tentang apa yang saya rasa.  Buat bekal yu all baca balik kampung.  LOL.  hhewhewhew... Jujurnya, saya sangat jujur masa mula-mula menulis dan sekarnag pun masih lagi jujur.  Nak terangkan macam mana tu, tak pandai tapi rasanya yu guys mesti dapat rasa, kan?  Kalau tak dapat rasa pun tak apa.  Saya tak boleh paksa.  

Karya pertama saya? (eh ni bukan pasal raya kan? ) Terlerai Kasih?  Eh?  Tajuk skema, kan?  Baca sinopsis belakang novel pun tak rasa nak beli pun, kan? Tapi kenapa tajuk tu dan sinopsis macam tu?  Sebabnya masa tu saya tak tahu permintaan dunia penulisan terkini macam mana.  Saya terlalu tudor dengan zaman-zaman kegemilangan Alaf.  Dengan tajuk yang simbolik dan sinopsis penuh tanda tanya.  Sebuah cerita yang berpijak di bumi tentangh sesuatu yang terjadi pada orang biasa dalam kehidupan yang biasa di samping orang-orang yang biasa ditemui.  Banyak cela dalam karya ni.  Bila baca balik novel?  I kept asking myself.  Betul ke Rehan kau tulis neh?  Owh... kalau kau geleng pun Rehan, memang kau tulis pun.  Terima hakikat dan belajar daripada kesilapan.  Belajar melalui pengalaman dan tampal mana yang lompong.  (Agak kecewa sikit dengan kegagalan Terlerai Kasih).  Tapi syukur, ramai jugak yang suka.  Tak apa, Allah maha tahu.  

Kompilasi cerpen Oh Cinta?  Woww... ini tawaran menulis yg pertama RM terima daripada Karyaseni. Macam tak sangka tiba-tiba bos KS minta cerpen nak diterbitkan.  Katanya penulis cerpen terbaik daripada penulisan2u dia carik.  Adakah itu membawa maksud RM ni antara yg terbaik di situ?  keskeskes... bangga. Lompat tinggi-tinggi sampai siling (tipu sampai siling).  So, termuatlah dalam tu tiga buah cerpen RM. Jadinya cerpen bertajuk Jahit Balik Hati Aku, Jahit Balik Hati Aku 2 dan Kau Dipaksa Aku Terpaksa tu, janganlah yu guys cari dalam blog sebab boleh dapatkan bukunya.  Oh Cinta tajuk dia.  Dipasaran atau dengan Karyaseni online.  Then, barulah ditawarkan untuk terbitkan Terlerai Kasih.  

Karya kedua?  Emm... ini genre sengal.  Bajet dah ikut peredaran semasalah dan memang saya tuils cerita tu sebab tajuk semasa (masa tu la) tengok Al-Kuliyah.  Tajuk kuasa wali pada anak daranya.  SOund interesting, huh?  Sangat.  So RM senyum lebar.  Kepala dah mula merangka.  Akhirnya siaplah Bila Nak Saksi dan agak kagum jugak dengan sambutannya walaupun tak pernah dapat bestseller.  Masuk carta sekali je itupun bukan nombor sa pun.  Belas-belas tapi tetap bersyukur biarpun lepas tu hilang terus.  hehh...Alhamdulillah, rezeki dan peluang Allah bagi.  Mungkin tak semua dapat macam RM dapat, kan?  Jadi kenapa nak merungut.  Jadinya, next project pulak.  

Karya ketiga? Suami Tak Kuhadap.  Guys, percaya tak kalau saya cakap karya ni hit setiap update cecah 20K?  Percayalah sebab saya percayakan dan  yakin dengan sokongan kalian pada penulis biasa ikut suka kepala saya aje nak tulis apa.  Alhamdulillah, STK selamat landing di pasaran dan atas sokongan semua jugak, STK bakal diadaptasi ke drama TV.  Bila tu saya tak tahu lagi.  Biarpun tak bestseller jugak tapi tak apa (walaupun kecewa jugak seminit dua) LOL.

Bestseller?  Siapa tak nak, kan?  Sales galak, permintaan tinggi.  Orang tercari-cari.  Semua penulis nak. Saya pun.  Satu advantage tu.  Sungguh ni.  Tapi, kalau tak bestseller tu bukan rezeki kitalah tu.  Boleh jadi karya kita tak bagus mana.  Atau boleh jadi karya kita terlalu bagus dan realistik sampaikan orang tak boleh nak terima (oh ayat bajet nak minta penampar).. hahaha.. 

Tapi, ada tapi dia.  Kalau kata Allah tak bagi lagi, maknanya itu bukan untuk saya.  Jadinya, saya menulis selagi Allah bagi idea dan bakat ini tak hilang sebab ini memang Allah bagi untuk saya biarpun tak hebat mana.  Masih pada tahap biasa dan rasanya biarlah kekal biasa ke akhirnya.  Janji terkesan di hati sebab saya sentiasa dibisikkan dengan kata-kata, tulislah sesuatu yang akan membahagiakan kau dekat akhirat kelak Rehan sebab kau tu fana.  Karya kau tu ada dalam blog sekali bumi tak terbelah. Nampak tak ayat sinis hamba Allah (bukan nama sebenarnya) tu.  Jadi, ada benarnya kata-kata dia.  So, RM perturunkan ayat-ayat itu buat adik-adik yang baru nak menulis.  

Oh panjang dah ucapan raya RM... Ini belum lagi masuk pasal koleksi cerpen-cerpen  yang ada, koleksi mini-mini novel yang ada.  Yang masih tak bergerak bertahun-tahun dah tapi akan siap tu.  Jangan risau. Macam Sini Aku Payungkan Kau tu... berzaman tapi orang kata makin peram makin ranum... kononn... haha.  Izinkan Aku Menangis (macam nak tukar tajuk je) dalam proses.  Bisakah?  Sabar eh.  DBAM?  Oh RM suka taip cerita ni tapi dah tamat.  Koleksi keluarga KIM, KSC, UD, SAM... Then CBSA. HIKC, SAK.  

Ohmai... rasanya dah pelbagai genre RM cuba (biarpun kurang menjadi) Tapi bolehlah daripada tak ada, kan?  Apa-apa pun RM nak kalian tahu, apa-apa pun karya RM sentiasa bagi yang terbaik.  Kalau tak baik jugak tu, jangan baca.  Takut  memudaratkan.  LOL.  Ada keikhlasan, kasih sayang dan penghargaan buat kalian dalam setiap patah yang RM taip.  Hidup ni bukanlah sebab untuk RM menulis tapi dengan menulis RM rasa hidup.  Selagi ada ilmu, ada jiwa dan pengajaran.  Sesungguhnya daripada Allah RM, bakat, idea, ilham ini datang dan kepada Allah jugalah kami akan kembali.  Hanya masa menentukan.  Kerana setiap hari adalah hari yang mendekatkan RM pada kematian.  

Okeylah.  Merepek meraban merapu.  (Kalau taip cerita siap dah 1 bab).. hehh... Kan dah cakap, nak cerita sejarah penulis ni berkajang-kajang.  Apapun, terima kasih sekali lagi buat kalian atas sokongan.  Pada yang baru kenal RM, yang dah lama  kenal.  Yang baru berjinak-jinak dengan karya-karya RM, terima kasih.  Tanpa anda, blog ni RM tulis, RM baca lah.  Dulu macam ni la.  Sendiri tulis, update, then sendiri baca.  Hewwww... 

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.  MAAF ZAHIR BATIN tulus ikhlas daripada hati nurani dan sanubari.  Have a bless Syawal dan safe journey.  Moga Allah merahmati kita, kita, kita, mereka mereka dan mereka.  Sayang kamu <3 font="">


Regards,

Rehan Makhtar

34 comments:

  1. selamat hari raya RM..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Selamat Hari Raya buat RM sekeluarga.
    Suke dgn semua karya RM dan sedang gigih membuat koleksi dr terbitan KS & IB.

    ReplyDelete
  3. lepas selam dasar hati RM ni, terbit syahdu.. mmg tahu RM jujur menulis.. tu ssb diterima ramai pembaca.. syg RM sgt2.. SALAM AILDILFITRI & MOGA RAMADHAN DAN SYAWAL INI LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA...

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri rm....im one of ur silent reader (tp x berapa nk silent dh skang..hehe). apa pun diharap rm terus berkarya....karya2 rm byk bg pengjaran sebenarnya.....so all the best ye...:)

    ainun

    ReplyDelete
  5. RM..all the best..SELAMAT HARI RAYA...

    ReplyDelete
  6. salam Rehan,
    first kenal rehan disebabkan novel bila nak saksi..antara first novel melayu yang jadi koleksi saya then suami tak kuhadap and terlerai kasih then collection mini novels and am looking forward for your next great piece.. thank you and Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidil Fitri utk RM sekeluarga...
    Kesemua buku2 RM akak dah buat koleksi dan sangat2 berpuas hati..
    Cuma ada sikit masalah beberapa page kat belakang novel suami x kuhadap tak di pastekan...
    Jadi jalan cerita kat belakang tu x tau sangat sbb melompat2...

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri RM... Smua koleksi novel & cerpen RM best2..sy suka sgt2...

    - ziesha-

    ReplyDelete
  9. SELAMAT HARI RAYA juga!

    thank you for 'holding hands' with us thru ur journey here...
    it is a heart warming journey.....
    those experiences... those knowledges....

    tak kisah la bestseller tuh...
    janji niat kita berkarya utk kepuasan diri kan? insya'ALLAH.. rezeki RM akan datang juga nanti....
    saya doakan... :-)

    hati² driving kay? buat semua dan RM...
    pssstt... seronok la half day kan? huk huk
    sy kerja lg tp tghri nk fly to sogo..hehek!
    dan esk msh bekerja... harap dpt la half day juga.. huuu...
    XoXo :-*

    ReplyDelete
  10. Slmt Hari Raya RM. Smua karya RM adlh koleksi karya yg mjadi ant pilihan terutama sya. Gaya bhasa RM Sgt up to date n tepat utk every single msj yg nk disampaikn dlm genre yg diceritakn. I follow ur story from d beginning. Dan sya Sgt2 sukaaaknnya. Keep it up ...all d good things in ur story was ur credit(pahala) coz u bjihad....In Shaa Allah....

    ReplyDelete
  11. Selamt Hari Raya RM. Saya meminati karya RM lepas baca novel RM lepas baca Suami Takku Hadap. Sekarang tengah layan Kuca.. memang best.. menyerikan hari. Apapun keep it up..

    ReplyDelete
  12. Naskhah yg jujur x akn mengejar apa yg dipanggil best seller selagi keikhlasan yg dibawa diperjuangkn....demi mtarbiyahkn kesejagatn ummah melalui Ilham yg dtg dari Allah...sekadar motivasi utk RM...Terus bkarya Ye RM....In Shaa Allah akn tiba masanya utk Karya2 RM mjadi popular bkn krn nama tapi krn kejujuran dan keikhlasan dlm Setiap naskhah yg ditulis....

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Kak Rehan :)

    Bagi saya, dalam banyak-banyak penulis, karya Kak Rehan la saya ternanti-nanti. Semua cerita yang Kak Rehan tulis semua best. Siap promote lagi kat semua.
    Semoga Kak Rehan berjaya capai apa yang Kak Rehan impikan & jangan sesekali putus asa sebab kami yang minat karya Kak Rehan ni sentiasa ada menyokong :)

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya...
    Apa2 rehan you r d best...
    Tak kisah lah TK pada pandangan rehan gagal.. Tp pd pandangan akak, the turning point of me,.alhamdulillah...skrg akak akan menyokong semua penulis2 yg gigih berusaha utk menghasilkan karya utk kami,peminatnya...dan penulis yg terus bertahta dihati adalah rehan....sayang rehan...mmmuuuaaaahhh....
    Jom kita redah jem... Akak bertolak sahur nanti...tgh dok berdoa semoga laluan ke p.timur tak lah jem sgt...

    ReplyDelete
  16. salam hr raya, hope ada 1 je lg n3 br qais n kuca, plz plz plz.. (mrayu dgn muke comel ni) blh ye RM? sbg bonus sy bli trlerai kasih n BNS ha ha ha... blh ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3 sy sokong.. Pls3 last entry RM

      Delete
  17. Salam aidilfitri utk RM. Tq dah menceriakn hari2 kami kt cni...

    ReplyDelete
  18. Salam Lebaran buat kak RM. Karya yang tak jemu dan sentiasa melekat dgn nasihat yang pelbagai.

    ReplyDelete
  19. Salam Aidilfitri untuk Kak RM. Terima kasih sebab menjadikan hari-hari saya menjadi lebih bersemangat. Saya suka sangat dengan penulisan kak RM. Tidak pernah jemu jenguk blog akak setiap pagi. <3

    ReplyDelete
  20. Salam Aidilfitri RM... Saya sentiasa ternanti nanti n3 terbaru dari RM dan semua karya RM amat saya minati...TERIMA KASIH untuk semuanya

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikun kak rehan.. Saya peminat tegar akak dalam senyap.. Ikhlas dari hati.. (Sbb nye saya lagi suka like dr mengomen... penulis yg sy minat no 1 adalah akak... Seriously..

    Bg saya pling best novel terlerai kasih... Dr situ saya knl akak n follow akak smpai laa the letest novel... Akak jgn sedih psal xdpt best seller or so wht ever... Saya rasa akak ada peminat tegar sndiri.. We always be your pom pom girl! Slamat hari raya.
    Sy pnh chat ngan akak kt fb n akak kate kalo dpt dekan akak bg novel free haha... Tp sorry akak sy x dpt dekan sem ni so xdpt nk tuntut janji akak tu.. Ape pon sy akan tros menyokong akak dlm senyap sy nih...
    From: Ana Farhana Yaakob

    ReplyDelete
  22. Salam kak rehan.i'm one of your silent reader.dulu sy xminat bc novel melayu tp entah mcm mana sy terjumpa blog akak dan sampai skrg terus ternanti2 entri baru dr blog ni.bg sy terlerai kasih novel yg best tp sy xmampu nk ulang bc novel tu sb novel tu sgt2 sedih.
    Sy sgt minat novel suami tak kuhadap dan sy pun xtahu dh kali keberapa sy ulang bc novel tu..
    Teruskan berkarya akak dan hasilkan karya yg ikhlas dr hati :) -nur

    ReplyDelete
  23. It's ok RM...tapi nurul ada semua koleksi2 novel2 kamu...sapa kata RM Tak hebat nampak karya biasa2 tapi hanya manikam kenal jauhari...karya kamu tak pernah menhampakan nurul semua best tak rugi dan tak rase menyesal pun beli...tulis dengan rasa hati InsyaAllah ada rezeki Allah bagi..selamat hari raya RM...

    ReplyDelete
  24. Cayalah RM...saya baca ucapan raya *raya ke* ni pon dah tertouching..cewahhh..hahahah..masih lg sabar menunggu update dari Sini Aku Payungkan Kau...Salam Lebaran RM...

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum RM. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Bathin buat RM sekeluarga. Percaya tak kalau saya cakap novel TERLERAI KASIH adalah novel yang dah hampir lebuk almaklumlah Kakak saya tak pernah puas membacanya. Sedapppp sangat katanya. Sampai tak pernah nak lekat kat dalam almari novel saya tu. Kakak saya tu memang payah nak puji kalau baca novel tapi tahniah kat RM sebab dapat memikat hati kakak saya membacanya. He he he. Yang ada dipasaran In Sya Allah saya cuba dapatkan nak order kat direct line payah sikit susah nak ke bank. Apa apa pun tahniah dari saya buat RM.

    Ikhlas
    Ani Aziz

    ReplyDelete
  26. RM saya baru jumpa blog anda... Tahu pun dari penulis Anjellayan... Kamu berdua antara penulis yang pandai memainkan bahasa.. jalan cerita lain daripada yang lain... Sweet sangat... Teruskan usaha saya akan terus menyokong anda...

    ReplyDelete
  27. SALAM LEBARAN..... teruskan berkarya tanpa mengharapkan apa2 trofi. saya sukaaaaaaaaa.............love it soooooo much. aja..ajaaa hwaiting...

    ReplyDelete
  28. RM dengan semtuhan yg tersendiri. Semoga berkelspangan utk terus menulis. Semoga dlm rahmat dan diberi kesihatan olehNya sentiasa.

    ReplyDelete
  29. salam kak rm..saya suka karya akak...karya akak kadang buat saya ada didunia yang akak cipta,,,saya sungguh teruja...dengan karya akak..saya selalu buka blog akak, walaupun saya tak komen tapi saya tetap sokong karya akak..karya akak macam ada setuhan magis..saya sagat sukaa <3 <3 semoga akak rm akan berjaya dalam dunia penulisan ini dan menghasilkan karya2 yang tersendiri dan yang best...
    all the best kak RM..... :)saya akan sentiasa menyokong akak..

    ReplyDelete
  30. panjang gila. ape pun selamat hari raya. maaf zahir n batin. menulis. tulis la apa saja. smue tue pun dengan izin dariNya. semoga yg ditulis itu baik2 dan akan jadi baik2 juga kepada yang membaca. semuany dah dtetapkan. tgk pada niat kita. best seller. adaptasi. masuk carta. dan apa2 jua. kalu tak cepat, maka lambat la nak dpt smue tue. allah bagi apa yg kita perlu. selebihny berusaha lah.

    13/08/2013
    0845

    ReplyDelete
  31. Jujurnya, RM adalah salah seorang dari penulis yang saya gemari.

    Sebab saya suka jika penulis menggunakan gaya bahasa yang menarik.

    Bila nak saksi adalah salah satu cerita RM yg saya memang minat. .. :)

    Gaya bahasa tu simple, lucu dan menarik.

    Yang lain2 pon memang terangkat jugak lah..hihi

    Apapon, all the best utk RM dan utk karya yg akan datang...

    Tahniah dan salam aidilfitri (walaupon dah masuk 6 syawal).. *wink*

    ReplyDelete
  32. tahniah RM sbb mampu menjadikan kami peminat tegar RM. semua tu jadi koleksi dan diulang baca tanpa jemu. moga RM akan terus menajamkan pena dengan ilmu, pengalaman dan semangat pembaca utk menghasilkan tulisan yg terbaik. suatu masa nanti pasti Allah memberikan jalan dan rezeki yang lebih cerah buat RM krn kesungguhan menulis utk menyedarkan org lain. go RM go! selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete