BAB 1
HUJAN. Wajah mendongak memandang langit. Tak ada tanda nak berhenti ni. Dok berkurung dalam pejabat, tak tahu
langsung di luar hujan. Ash mengerling jam
di pergelangan tangan. Jam pun mati. Semalam elok lagi. Sekarang, tak tak dengar langsung dentingan
jarum. Dahlah ini jam hadiah pertama
yang dia dapat.
Huh… keluhan
tipis lepas daripada celah bibir. Dia
dah sedia untuk berlari menuju ke hentian bas.
Lambat-lambat nanti, tengah malamlah baru sampai rumah. Lagipun, hujan air aje pun. Beg tangan kulit yang satu-satunya dia ada
itu dibawa rapat ke dada. Diletak
dibawah selendang. Orang tak apa
sakit. Jangan beg ni rosak. Setahun dia buat keputusan nak dapatkan beg
ni. Ini pun dibayar dengan mata yang
terpejam. Terbang lapan keping not lima
puluh ringgit.
Baru dia nak
buka langkah, lengannya dilanggar orang.
Beg yang ada dalam pelukan, lepas ke lantai yang basah. Jam di pergelangan tangan juga jatuh di
kaki. Berdenting bunyi kala terhempas di
atas lantai.
Mata Ash bulat
memerhatikan dua harta kesayangannya.
Rasa mahu menangis melihat pada jam yang berkecai tanpa ada tanda mampu
diselamatkan lagi. Dia duduk
mencangkung. Diambil beg dan dikutip
alatan jam yang terpenggal.
“Awak, sorry…”
Tak sedar,
seorang lelaki turut sama mencangkung di depan dia. Mengutip cermin yang nampak dah retak. Jam jenis apalah perempuan ni pakai sampaikan
lerai macam ni sekali.
“Awak, sorry,” pinta lelaki itu sekali
lagi.
Kali ini, barulah
Ash angkat mata. Memandang tepat pada
mata kuyu itu. Mata yang tergambar rasa
bersalah.
“Saya tak
sengaja.” Lelaki itu tersengih
menampakkan gigi yang putih bersih tersusun rapat.
Rasa nak marah,
tapi apa gunanya. Bukannya jam dia akan
jadi elok. Lagipun, jam ni dah tak
berdenting biarpun dah tukar bateri baru.
“Tak
apalah. Benda nak jadi. Lagipun, bukan rezeki saya. Jangan rasa bersalah,” balas Ash
berbasa-basi. Siap dikutip
semuanya. Dia angkat tubuh dan sedia nak
berlalu. Tapi, suara lelaki itu sekali
lagi mematikan langkah.
Ash
berpaling. Kening tipisnya naik menyoal
dalam diam.
“Ini…” Cermin yang nampak retak itu dihulurkan.
Ash menyambut
dalam sengih sinis. Adalah ni, terlupa
kongsi apa-apa rezeki yang dia dapat, hinggakan Tuhan tarik melalui perkara
sebegini remeh. Dan itu pun, sebagai
manusia tamak – dia tetap rasa kecewa.
“Dahlah jam ni
hadiah pertama yang saya pernah dapat.
Hadiah untuk diri sendiri pulak tu,” gumam Ash.
“Apa awak
cakap?” Lelaki itu kerut kening. Wajahnya ditundukkan sikit mencari butir
bicara Ash tapi kurang jelas.
“Eh, tak ada
apa…” Ash menggeleng dan menggawangkan
tangannya.
Segaris senyuman
tipis diguris buat lelaki ini. Bila
sopan macam ni, nak marah pun tak jadi.
Setidak-tidaknya, ini peringatan kecil Tuhan buat dia. Tertulis bukan rezeki, apa nak dikata. Dia letak jam tersebut dalam beg.
“Saya gerak
dulu...” Terus Ash berlari memijak lopak
air hujan menuju ke seberang jalan.
Mata lelaki itu
terus tunak memerhatikan tubuh yang sudah ada di seberang jalan. Bibirnya koyak dengan senyuman tipis. Jarang betul jumpa perempuan sopan dan sabar
macam tu. Nak-nak, bila dia dah rosakkan
barang perempuan tu. Tak berkata apa
jauh sekali meminta ganti.
“Woi…” Bahunya ditepuk. Terus dia berpaling.
“Tengok apa
macam nak makan?” Soalan itu diterima
dengan sengihan dan gelengan tipis.
“Dah lama
turun?” tanya dia pada kawan baik di
depan mata.
“Baru aje. Kebetulan nampak kau tercegat depan pintu lobby.
Apa hal?” Sebolehnya, memang Amri
cari wajah Yuga yang sedang memandang ke tempat lain. Apalah yang dipandang, tak pastilah dia.
Bahu Yuga
terjongket. Malas nak dicerita pada Amri
ni. Bukan boleh pakai. Nanti dia kena bahan sia-sia. Kakinya diatur kemas menuju ke lif. Pantas, Amri mengikuti.
“Yuga,
ceritalah,” desak Amri nak tahu.
Namun, Yuga
sekadar diam. Sesekali, dia berpaling juga tapi dah tak nampak susuk tubuh
itu. Amri ambil alih berdiri di depan
Yuga.
“Ceritalah,
weh.”
Mata Yuga
memandang tepat pada mulut Amri yang herot.
“Jumpa calon jodoh.” Dia lebarkan
senyum.
“Hah? Jodoh?”
Nyata, Amri memang terkejut habis.
“Bukan jodohlah,
Am. Aku kata calon jodoh. Calon aje baru. Bukan betul jodoh lagi.” Dia menggeleng bagai tak puas hati dengan
Amri dan terus meloloskan diri masuk ke dalam lif.
Senyuman terus
bergayut pada bibir. Memang calon
jodoh. Tapi, mahukah calon itu menerima
dia sebagai calon juga? Mahukah diterima
orang seperti dia?
“Tapi…”
Amri terus
berpaling sebaik saja mendengar suara Yuga perlahan.
“…ada ke orang
nak dekat orang macam aku ni, Am?”
Senyuman tipisnya retak sendiri.
Tak menanti Amri
menjawab, Yuga terus hayun langkah ke bilik Amri. Baru saja nak labuhkan duduk, dia terpandang frame gambar di atas meja Amri. Terus digapai dan ditenung satu persatu wajah
yang ada.
“Staff department kau, Am?” soalnya sambil terus merenung.
Amri tak
menjawab dulu. Sebaliknya, dia bawa
tubuhnya berdiri tepat di depan Yuga.
Menanti kawan baiknya itu memandang pada dia kembali.
“Ya. Semua tu staff
department aku. Tapi, ada dok
lain-lain unit.” Dia terus menjawab
sebaik saja Yuga menalakan pandangan pada dia.
“Ramai jugak…” Bicaranya mati sebaik saja dia terpandang
satu raut wajah. Ditenung lagi penuh
minat.
“Ini…” Suaranya meleret. Dia kembali memandang pada Amri.
“Ini?” Jari telunjuk Amri lurus pada seraut wajah
yang masam mencuka. Seingat dia, Ash
dipaksa tangkap gambar bersama-sama waktu ini biarpun dia tak sudi.
“Ini staf yang
paling rajin.” Amri senyum sendiri.
Dahi Yuga
berkerut. “Nama dia siapa?”
Tak menjawab,
sebaliknya Amri hanya ukir senyuman senget.
Ash pasti dah balik awal sebab hari hujan. Andai tidak, dia pasti perkenalkan dengan
Yuga.
“Nanti kau akan
jumpa dia jugak,” balas Amri dan terus duduk di kerusi meninggalkan Yuga yang
terus asyik merenung gambar tersebut.
Aku dah jumpa,
Am. Aku dah jumpa dia…
RASA tak selesa
betul tak ada jam ni. Bagai ada sesuatu
yang hilang. Ash meraba pergelangan
tangannya. Rehat nanti nak pergi beli
jam harga sepuluh ringgit. Boleh tahan
setahun pun, jadilah.
“Kenapa?”
“Hah? Kenapa apa, bos?” tanya Ash kembali bila disergah oleh
ketuanya.
“Iyalah…nampak
dok garu tangan tu. Kena jangkitan ke
apa?” Dahi Amri berkerut lebat. Dia pandang tangan Ash.
“Jam tak ada,
bos. Tak biasa tak ada jam.” Bibir Ash pecah dengan senyuman.
“La, pasal jam
ke? Mana jam kesayangan awak pergi?”
“Dah
rosak.”
“Tak hantar repair?”
Dia menggeleng
pula. “Dah tak dapat diselamatkan.”
Bibir Amri herot
dengan senyum. “Salah sendiri ke?”
Ash diam
seketika mencari jawapan pada soalan Amri.
Nak diikutkan bukan salah dia tapi, benda nak jadi sebab yang jam tu
bukan lagi rezeki dia.
“Ha’ah. Salah sendiri cuai,” akui dia.
“Tak apa. Nanti beli lain. Atau nak saya hadiahkan?” Kening Amri terjongket tinggi. Entah Ash faham ke tidak, tak tahulah. Ash ni ada kala lurus lebih daripada
bendul.
“Tak apalah,
bos. Hari jadi saya lama lagi. Tunggu hari jadi sayalah. Masa tu, saya tak nak jam.”
“Habis tu, nak
apa?”
“Err…” Ash julingkan mata ke atas. Cuba memikirkan apa yang sepatutnya. Akhirnya, dia temui jawapan. Tersengih pada Amri penuh makna.
“Nak minta bos
mohon saya naik gaji. Boleh?”
Bulat mata
Amri. “Hai… kalau hotel ni saya punya,
jangan kata saya naikkan gaji awak.
Hotel ni saya bagi awak.”
“Amboi, bos…” Ashita mencebek lebar.
Amri hamburkan
gelak besar. Dengan Ashita, tak pernah
dia tak hamburkan tawa. Malah, melihat
pada wajah gadis ini saja memang dah mampu buat dia tersenyum. Entah apalah mantera yang Ashita guna bila
berdepan dengan dia.
“Saya kan,
Ash…” Punggung bertenggek pada
meja. Amri peluk tubuh memandang tepat
pada Ash di depan mata.
“Dulu tak adalah
suka dengan kerja ni. Tapi, lepas masuk
sini, kenal semua orang dan kenal awak lebih-lebih lagi, rasa meriah betul
hidup saya sekarang,” luahnya luhur.
Dahi Ash
berkerut beberapa lapis. Lain macam ayat
bos bagi ni. Atau dia terlalu jauh
tersasar demi mentafsir setiap layanan dan setiap kata-kata Amri pada dia?
“Lain macam pulak
ayat bos tu. Macamlah saya ni oksigen…”
“Kalau saya
anggap awak macam oksigen untuk saya?”
cantas Amri. Kening lebatnya
terjongket tinggi.
Bertahan degup
dalam dada, Ash gelak sambil menutup mulut.
Dia tak boleh bila segalanya mula jadi serius ni. Dia takut.
“Bos ni. Kalau bos anggap saya oksigen, saya anggap
bos macam karbon dioksida, tau?”
“What?”
Mata Amri bulat. “Seteruk
itu?”
Tapi, Ash
menggeleng. “Mana ada teruk. Andai pokok memberi oksigen dan menyedut
karbon dioksida – menjadikan manusia dan alam saling bersangkutan, saya dengan
bos pun macam tulah. Bos perlukan
pekerja dan saya perlukan bos yang baik macam bos ni.” Pandai betul dia putar belit ayat.
Entahlah. Janji sedap dengar sudah.
“Awak ni kan…
tengok…” Amri tayang wajah serius. “Buat saya rasa bahagia lagi.”
“Bos pun sama
akan buat saya bahagia bila naikkan gaji saya…”
Ash menceberkan bibir. Saja buat
wajah serius.
Terus Amri
berdiri. “Hey, kan saya dah cakap. Kalau hotel ni saya punya, jangan kata naik
gaji, hotel ni saya bagi…”
“Sembang,” cebek
Ash lebar.
“Kalau gitu,
ambik sayalah…”
“Oh, itu tak
nak.” Wajah Ash cuak. Dia menggawang tangan tanda tidak sudi. “Jangan buat pasal. Saya nak kerja aje. Bukan nak bos.”
Buatnya teman
wanita Encik Amri ni datang luku kepala dia, tak ke menangis tak berlagu
nanti. Tercalar air muka nanti dibalun
kerana seorang lelaki. Lagipun, dia tak
pernah ada rasa istimewa itu pada Amri.
Melainkan dia suka. Ya, sekadar
suka saja kerana dia tak pernah membenci sesiapa.
“Eh, bos datang
jumpa saya ni, kenapa? Apa-apa boleh
saya bantu?”
Oh, baru
teringat. Tengok. Pandang Ash, segalanya boleh terbang
melayang. Bahaya betul.
“Esok pesan
semua datang awal, ya?”
“Sebab?”
Senyuman senget
Amri terukir. Dia bangkit berdiri
tegak. “Ada kejutan.”
“Wah, macam ada
yang istimewa aje, bos?”
Amri angguk. “Ya, seseorang yang istimewa.”
“Siapa?” Riak Ash benar-benar teruja.
“Seseorang…” Amri senyum.
“…yang memang istimewa, Ash.”
Ya, memang
istimewa. Kerana seseorang itu adalah
orang istimewa.
...2bCont...
Huhu.. jangan 'hurt' sgt ye rehan citer ni... but intro dh suspen..
ReplyDeleteHuhu.. jangan 'hurt' sgt ye rehan citer ni... but intro dh suspen..
ReplyDeletecantik dan x sabar tgu esok
ReplyDeleteYuga...adakah tuannya sepelik namanya...menarik..
ReplyDeleteYuga...adakah tuannya sepelik namanya...menarik..
ReplyDeleteMacam biasa
ReplyDeletePermulaan yg bagussss sangatt
Mmg ohsam
Buat kita x sabar tggu next n3
Nexttttt rehan
Macam biasa
ReplyDeletePermulaan yg bagussss sangatt
Mmg ohsam
Buat kita x sabar tggu next n3
Nexttttt rehan
Wah best... Tak sabor tuk esok... Adakah seseorang untuk dia.... Aku tu tukar jd dia.... Hehehehehehe
ReplyDeleteWah best... Tak sabor tuk esok... Adakah seseorang untuk dia.... Aku tu tukar jd dia.... Hehehehehehe
ReplyDeleteTq rehan...next n3 plz
ReplyDeleteTq rehan...next n3 plz
ReplyDeletetq kak rehan
ReplyDeleteBest...😍
ReplyDeletecinta tiga segi ek... best...best..best :D
ReplyDeleteYeayy..akhirnyaa ad citer baruu..xcited!!!
ReplyDeleteHarap2 citer ni n hurt akan ad ending yg membahagiakan
best.
ReplyDeleteBestt
ReplyDeleteAdui x sabar tgu next entry...huhu
ReplyDeleteEntri pertama pun dah mengetarkan rasa..
ReplyDeleteMengharapkan bahagia😃😊😊
Rehan cerita kali ni jangan 'HURT' sangattt... takut hati kak sue yg terasa sama sakit.. adakah yg istimewa tu 'Yuga'...
ReplyDeleteLamernya menghilang
ReplyDeleteSuspen aje
ReplyDeleteYesszzz..cerita br...mcm biasa..saya suka..soo sweettt....
ReplyDeleteYesszzz..cerita br...mcm biasa..saya suka..soo sweettt....
ReplyDeletePermulaan yg mengujakan.. Tak Sabar tunggu seterusnya
ReplyDeleteTq rehan
ReplyDeleteFor new entry....
best.!!!xsaba nk bc yg seterusnye
ReplyDeleteBest...harap x sama cam hurt huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum. Masih baru follow blog ni. Permulaan yg menarik :)
ReplyDeletei love u kak rehan.thanks utk cerita baru ni <3 #rehanmakhtaristhebest
ReplyDeleteCiter baru...emmmmm....
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBerdebar nak tahu ni kak RM.
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteakak takpernah mengecewakan,, penantian yang tidak sia2. ^^
ReplyDeleteTq best unik n menarik
ReplyDeleteRindunya RM
ReplyDeleteRindunya RM
ReplyDeleteAkhirnye...RM is back...mmg ttgu2 karya RM..
ReplyDeleteIntro yg sgt best..dah buat akak terpikat..baru sempat nak baca
ReplyDeleteIntro yg sgt best..dah buat akak terpikat..baru sempat nak baca
ReplyDeleteIstimewa mcm mne tu?
ReplyDeletebaru nak start marathon ni. better late then never kannnn. hahahaha
ReplyDeletesaya pun macam Ash, kalau tak pakai jam rasa macam tak kena je, aksesori paling penting.