Monday, December 28, 2015

#HURT released! :)

Salam alaik.  Alhamdulillah.  #HURT yang dulunya ending melukakan, saya sambung menjadikan ianya sebuah novel.  Insyaallah, keluaran Penulisan2u Januari 2016.  Kisah Raqib dan Aatiq.  Tiada kisah yang mencairkan.  Tiada sayang-abang segala.  Ianya hanya saya-awak antara Raqib-Aatiq-Shafiq dan soal mendidik hati.  Saya tulis demi reflek diri sendiri.  Jangan baca lompat. Nanti sesat.  Akhir kata, terima kasih atas sokongan.  
Sinopsis Blurb :
Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.
“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq 
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib
Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.
“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq
Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.
“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib
Kerana hati yang ‪#‎LUKA‬, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.
---------------------
Harga SM RM25 / SS RM28 (Boleh mula beli di www.p2u.my pada awal  Januari 2016.  Kedai buku mungkin pertengahan Januari 2016).  

(Maaf.  Order dah ditutup.  Kuota 100 dah terlebih sikit.  Saya tak boleh ambik lebih daripada ini.  Tunggu online dan kedai2 buku ya.  InsyaAllah).  Tapi yang dibawah ni masih bukak lagi.  


4 comments:

  1. Huhuhu wajib beli hurt 😍 tak sabar nak tunggu jan 16 ><

    ReplyDelete
  2. rehan...mana cerita ash & yuga....tak habis baca lagi...sedihnya...

    ReplyDelete
  3. Masih ada lagi ke buku limited edition tu?��

    ReplyDelete
  4. saya dah beli hurt memang best.tahniah kak rehan.

    ReplyDelete