SEBAIK
saja dia balik dari sungai, dia tengok Nazri sedang menyiram kebunnya. Hari dah pun beransur petang. Aira dekati Nazri. Terkejut juga tiba-tiba Nazri muncul ni. Kata Zafiq, tak akan balik ke sini dalam
seminggu dua. Lama tu. Tapi, dia dah tak kisah.
“Kenapa
kau datang sini, Yie?” Aira letak
baldi. Merapati Nazri dengan wajah
resah. Dia menoleh ke belakang. Risau kalau-kalau Zafiq muncul
tiba-tiba.
“Kau
tak takut dengan bos kau ke? Buatnya dia
datang. Kau kena, kakak pun kena.” Aira capai cebok daripada tangan Nazri dan
menyuruh anak muda itu berlalu. Tapi,
Nazri berkeras tak nak berganjak langsung.
“Nazri! Kau faham ke tidak kakak cakap apa ni?” Dahlah Zafiq tu jenis tak nak faham orang
cakap. Ini, Nazri pun nak ikut perangai
Zafiq juga ke?
“Kau
nak susahkan kakak, ya? Ini kau mesti
datang senyap-senyap, kan? Kalau Zafiq
tahu, macam mana? Dia maki kakak tak
apalah, kakak dah biasa. Kalau dia pukul
kau? Kau mampu nak tahan?” bebel Aira.
Dia
menggeleng berkali-kali. Nak marah Nazri
bertalu-talu, rasa tak adil pula.
“Kau
faham kan kakak cakap apa ni?” Aira
jegilkan mata.
Barulah
Nazri angguk. Dia berjalan ke meja dan
mengambil beg kertas yang Zafiq suruh dia hantar ke sini. Disuruh Aira buka dan bila Aira membukanya,
wajahnya masam mencuka. Dia tak nak
semua ni. Dia nak balik. Dia dah hampir jadi gila.
“Kakak
tak nak semua ni, Yie. Kakak nak
balik. Kakak rindu ayah kakak…” Suara Aira serak. Dia dah mula nak menangis. Beg kertas itu dibiarkan jatuh ke kaki. Lepas hal semalam, dia rasa dia akan
betul-betul jadi gila.
Semalam
tu, bila dia ingat balik rasa tak tergamak nak fikir. Macam mana dia sanggup nak tayang tubuh dia
pada Zafiq? Macam mana dia tergamak
menggiat Zafiq agar berbuat benda hina tu?
Atau
aku ni dah betul-betul gila?
Aira
duduk di atas sebuah bongkah kayu.
Memandang pada Nazri.
“Kakak
rasa, kakak dah gila, Yie. Dah dekat dua
bulan kakak dok sini. Sikit lagi, kakak
yakin kakak memang akan betul-betul gila.”
Namun,
Nazri hanya mampu memandang Aira dengan rasa simpati. Dia tak boleh nak bantu Aira. Tak boleh belot pada kepercayaan dan kasih
sayang Zafiq padanya. Dia ambil semula
beg kertas tersebut dan diletak atas riba Aira.
“Yie?” Melihat Nazri yang nak berlalu, Aira
menyerunya perlahan. “Kakak minta
tolong sikit, boleh?”
Nazri
angguk.
Aira
diam seketika. Patut ke dia minta tolong
Nazri? Entahlah. Dah agak lama dia di sini. Boleh jadi wajah dia dah terpampang dekat
mana-mana berita atau dada akhbar. Tapi,
nak ke mama buat repot polis tentang kehilangan dia? Atau boleh jadi, semua orang buat tak
tahu. Tak kisahlah semua tu. Dia hanya nak balik.
“Kakak
nak sangat jumpa Zariq. Boleh kau tolong
kakak?” Itulah satu-satunya saksi yang
dia ada untuk buktikan yang dia tak salah.
Kalau
dia dekat rumah, senang dia tunjuk gambar Airin dan Zariq yang masih ada dalam
simpanan dia. Dia dengan Zariq, tak
pernah pula bergambar bersama. Jauh
sekali nak berpeluk sakan. Lepas tu, nak
buat benda tak senonoh seperti yang Zafiq tuduh? Itu lagilah mengarut.
Itu
semua Airin!
Aira
pandang wajah Nazri. Merayu. Tapi, Nazri hanya diam. Tak beri reaksi langsung.
“Kau
pun mesti rasa kakak yang kecewakan Zariq, kan?”
Nazri
masih menyepi. Aira mengeluh. Berat keluhannya. Siapa lagi dia boleh harapkan bantuan,
melainkan Nazri.
“Kakak
tak buat, Yie. Kakak sayangkan dia. Tolonglah.
Kau bawa Zariq datang sini…” Aira
hampir tunduk merayu.
“Kalau
sayang, kenapa kau buat macam tu?” tanya
Zafiq yang entah daripada mana muncul.
Dia isyaratkan Nazri berlalu.
Tanpa dipaksa, Nazri akur.
Meninggalkan dia dan Aira.
Malas
nak melayan, Aira bangkit. Beg pakaian
itu jatuh sekali lagi di kaki. Aira
sekadar memijaknya. Malas nak fikir. Dia dekati kebun yang dah mendatangkan hasil
biarpun masih tak banyak. Dia biarkan
Zafiq mengekorinya.
“Kalau
sayang dia, kenapa kau buat dia macam tu?
Kenapa malukan dia?”
Aira
masih diam.
Amarah
Zafiq dah berada pada tahap berbahaya.
Dah merah. Apatah lagi bila Aira
buat tak tahu. Nak-nak Aira pijak begitu
saja pemberian dia? Dia dahlah banyak
kerja. Mak Long dengan Pak Long ada. Tapi, dia ajak juga Nazri balik ke sini sebab
risau Aira tiada pakaian. Tapi,
perempuan tak guna ni pijak begitu saja.
Langsung tak hargai.
“Hey, aku tanya ni!” jerkah Zafiq.
Menarik lengan Aira agar Aira memandang dia.
“Kalau
sayang, kenapa kau buat dia macam tu?”
Serentak itu, pohon timun Aira ditendang.
“Gamaknya,
macam itulah kau pijak cinta dan maruah Zariq?”
Jari telunjuknya lurus pada beg kertas yang dah kotor. “Macam kau pijak baju itu, kan? Macam itulah kau hina adik aku? Betul tak?”
Zafiq
bagai orang gila. Seluruh kebun kecil
itu diranapkan. Melihatkan sikap Zafiq,
Aira cuba menahan. Dia tolak dada bidang
Zafiq sekuat hati tapi Zafiq makin hebat mengamuk. Segala kayu yang dipacak, dipatahkan.
Entahlah. Melihat Aira pijak pemberian dia, terasa hati
sendiri digilis. Sakit!
“Zafiq…
jangan!” Aira melarang. Tapi, tangan Zafiq lagi gagah menahan.
“Semua
benda kau memang tak pernah hargai, kan Aira?”
soal Zafiq lagi dengan tangan yang makin liar dan gagah meranapkan
seluruh tanaman Aira.
“Bukan
macam tu, Zafiq,” tingkah Aira.
“Jangan
rosakkan pokok tu. Jangan…” Aira merayu dan terus merayu tapi rayuan itu
dipandang sepi.
Dia
dah tak berdaya lagi melawan. Air mata
dia jatuh tak terseka. Bila Zafiq dekati
dia, tangan halusnya naik menampar wajah Zafiq.
Sekuat hati. Malah, berkali-kali. Sampai pedih telapak tangan sendiri. Merah!
“Kenapa
kau buat kebun ni macam ni? Kau nak
marah aku, kau bunuh aku! Kenapa kau
buat kebun ni macam ni? Kau tahu tak aku
susah payah tanam. Susah payah
jaga. Kau juga yang makan. Sekarang tengok? Kau nak jadi kejam sampai tahap mana,
hah?” tempik Aira dalam tangisan.
Tak
sedar, dia capai pisau dan dihulurkan pada Zafiq. “Bunuh aku sekarang! Biar puas hati kau!” Aira mendesak.
Pisau
itu diletak atas telapak tangan Zafiq.
Aira menentang mata lelaki itu tanpa rasa takut sedikit pun. Ini adalah puncak kesabaran dia. Dia dah tak mampu bertahan. Segala persoalan, tak pernah terjawab. Jadi, ini sajalah penyelesaiannya.
“Bunuh
aku!” jerit Aira lagi.
“Aku
dah hampir jadi gila ada dekat sini? Kau
buat macam ni, nak suruh aku betul-betul jadi gila ke?” jeritnya kuat. Rasa nak dicakar wajah Zafiq. Tapi, dia tahu dia tak berkudrat. Hanya air mata yang mengalir tanda dia
benar-benar marah. Dia kecewa.
“Ya!” Dada Zafiq kembang kuncup. “Aku memang nak kau jadi gila. Sebab tu aku buat kau macam ni. Aku nak kau gila sama seperti apa yang dah
jadi pada Zariq! Faham!”
Aira
tergamam. Apa maksud Zafiq?
Zafiq
tarik Aira mendekati dia. Pisau di tangan
digenggam kemas. Diangkat dan diletak
hampir ke leher Aira tapi perempuan ini langsung tak gentar malah disua lagi
leher putih itu rapat ke bilah belati yang berkilat.
Dia
pandang leher putih Aira. Uratnya
timbul. Liur ditelan tak
henti-henti. Akhirnya, dia campak pisau
itu jauh. Berundur setapak daripada
Aira.
“Kenapa
aku nak jadi pembunuh macam kau? Yang
dah bunuh adik aku? Hah?”
Apa? Aira terpinga-pinga. Dia tak salah dengar, kan? “Kau cakap apa tadi?” Dia mahu
kepastian. Itu saja. Tadi Zafiq kata Zariq hilang akal dan
sekarang, Zafiq…
“Kau
pekak dah?” sindir Zafiq.
“Aku
bunuh adik kau?” Aira tak hirau akan
soalan Zafiq. “Aku bunuh adik kau? Zariq?
Jadinya, Zariq dah mati? Dah tak
ada? Sebab tu kau buat semua ni dekat
aku?” Suara Aira menggigil. Sekujur tubuh dia juga sama. Turut menggigil. Hingga sendi terasa longgar.
Dia
dah tak mampu menampung tubuh sendiri.
Kejutan ini bukan calang-calang.
Impaknya begitu kuat hingga membuat seluruh tenaga dalam jasadnya
hilang. Air matanya terus mengalir. Wajah Zafiq dah mula kabur di pandangan
mata.
“Kau
tipu, kan?” Soalan Aira kedengaran
begitu sukar. Nadanya serak. Dada dia menyempit. Seperti nafas ada di hujung helaan.
“Kenapa
aku nak tipu urusan hidup mati, Aira?”
Nada Zafiq turun menjunam. Rendah
perlahan. Sepertinya pelbagai kekesalan
bermukim dalam dada. Dia hanya pandang
Aira dengan renungan yang begitu lembut.
Seperti dia pandang Zariq selama ini.
“Zariq
dah lama tak ada. Dua tahun selepas dia
berhenti belajar. Dia alami kemurungan
yang amat sangat. Aku bawa dia ke
sini. Aku jaga dia. Tapi, dia boleh ajak Nazri lari balik ke
Malaysia sebab kau. Dia accident masa nak pergi jumpa kau,
Aira. Zafiq nazak. Tambah pula doktor cakap dia dah hilang
semangat nak hidup. Masa tu Nazri hilang
upaya bercakap. Sampai ke akhir hayat,
hanya nama kau Zariq sebut. Hanya
janji-janji korang yang dia
cakap. Kau rasa, apa perasaan aku
sebagai abang bila dapat tahu itu semua jadi sebab seorang perempuan? Sampai adik aku lupa aku. Nazri pula cacat seumur hidup. Dan, perempuan itu adalah kau!” Biarpun Zafiq sekadar berbisik, tapi nadanya
begitu keras.
Aira
menggeleng berkali-kali. Dia tekup
telinga. Tak nak dengar lagi Zafiq
memfitnah dia. Bukan hanya Zariq, tapi
Nazri juga sebahagian daripada cerita ni?
Tak…
katalah apa saja. Bukan aku! Bukan aku!
“Aku
dah cakap, bukan aku…” Dia renung Zafiq
bersama gelengan tak henti-henti. “Kau
buat aku jadi gila sekalipun, aku tetap kata bukan aku.”
Sekarang,
baru dia sedar kenapa Zafiq letak dia di sini.
Zafiq bukan nak dia mati. Tapi,
Zafiq nak dia jadi gila. Dan itu, apa
bezanya dengan mati? Hidup tapi jiwanya
mati? Lebih baik bunuh saja dia. Biar segala amarah Zafiq mati bersama
dia.
“Kalau
betul bukan kau, Aira… kenapa hanya nama kau yang Zariq sebut sampai
akhir? Kenapa hanya gambar-gambar kau
yang dia simpan? Kenapa, Aira?”
“Bukan
aku… bukan aku…” Sendu Aira semakin
kasar. Dia pandang lagi Zafiq. Berharap belas kasihan dan kepercayaan atas
apa yang dia katakan.
“Bukan
aku!” Aira ketawa kuat.
“Bukan
aku…” Dia menggeleng berkali-kali dan
terus ketawa sebelum pandangannya dirasakan gelap.
Mujurlah
tubuhnya sempat dipaut oleh Zafiq. Andai
tidak, Aira pasti menyembam di atas tanah.
Saat itu, mata Aira terbuka separuh.
Dia nampak wajah Zariq yang sedang ketawa. Dia juga turut tersenyum. Rindunya dia pada Zariq. Ya, dia dan Zariq berjanji untuk bersama-sama
tapi tidak untuk sehidup semati. Cuma,
atas tiket sahabat sejati.
Kerinduan
yang tak pernah bersahut, kini sudah ditemui jawapan. Zariq tak tinggalkan dia ke Itali. Zariq tak berbahagia sendiri. Zariq tak mungkir janji. Tapi, Zariq tinggalkan dia buat
selama-lamanya. Menguburkan segala
impian dan janji mereka. Khabar yang
hilang selama ini, sukar untuk dia terima bila berita tentang Zariq
berbisik. Dekat di telinganya.
Tangan
Aira naik menyentuh pipi Zafiq. Dia
sudah tidak tahu, ini Zafiq atau Zariq.
Tapi, pipi lelaki itu diusap perlahan.
Rasa hangat. Dia senyum
payah.
“Zariq…
Zariq…” Dua kali nama itu disebut dengan
begitu sukar.
“Kan
saya dah janji. Saya sentiasa ada bila
awak lalui saat sukar. Tapi, awak…” Ayat itu terhenti. Aira tak sedarkan diri. Tangannya hampir
jatuh terkulai tapi sempat Zafiq sambut pergelangan tangan itu dan jari-jemari
kasarnya disulam pada jari Aira.
Digenggam kemas. Sejuk!
Mendengarkan
nama Zariq dan janji itu disebut oleh mulut Aira, hati Zafiq begitu
tersiat. Pedih. Hingga air matanya jatuh juga setitis. Tepat di atas pipi wanita yang sedang
dipeluknya erat.
Pelik. Bila rasa itu disulam cemburu.
Sedih...nape nk terus seksa Aira mcm tu..thanks RM for the new chapter
ReplyDeleteSian aira...silap org lain dia yg kena tgung..dr dlu lg...zafiq ni masih xsiasat betul2..ape jd bila dia tau perkara sbnr..masihkah ada kata maaf dr aira utk dia..tq sis rehan..
ReplyDeleteZariq dah xde ke...sedihnya....😢😢😢
ReplyDeleteSiapla kau zafiq bila kenyataan yang sebenar tersingkap. Kau yang akan patah hati
ReplyDeletesedihnya...bila nk hbis nie
ReplyDeleteTq RM...sedihla...sambung lagi...
ReplyDeleteSedihnyaaa sambungan lagi kak rm huarghhh 😭
ReplyDeleteSiann....aira. ��
ReplyDeletePermasalahan kian terungkai.bertabahlah Aira.
ReplyDeleteSedihnyaaa!!! Tlgla zafiq, cuba la siasat lg, sblm aira betul2 gila.. 😢😭 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteHmmm...agak2nya Zafiq yg jd gila bila tau kisah sebenarnya...gila rasa bersalah...rasa cinta...huhuhu
ReplyDeleteAiraaaaa... 😭😭😭😭😭😭,sedihnya
ReplyDelete😣😥😥😥
Mengakujelah..dh mmg sayang kan...bilalah nk berakhir penyeksaan
ReplyDeleteYa Allah kenapa zariq menaikkn nama aira dan bukannya airin.. sian aira
ReplyDeleteKesian Aira menjadi mangsa keadaan
ReplyDeleteBeginikah perasaan Aira yang lagi menanti akhir dari takdirnya? Seperti perasaan kami yang lagi menanti kak Rehan sambung cerita Aira...
ReplyDeleteIsh..taksabarnya nak tunggu zafiq tahu tentang aira tak berslah... Mesti zafiq menyesal tak berlagu sebab kejam sangat dkt aira.. Kesian aira.. And hopefully aira dapat ending yang bahagia..
ReplyDelete-Adikcomel:)
Sian airaa😭😭😭... Sampaii hati zariq buat mcm tu 😤😤😤tk dgr pn pnjelasan dri aira... Huhuuuu
ReplyDeleteThank RM 😍😍😘😘
Sedihnya
ReplyDeleteMmg best story ni
ReplyDeleteTragisnye kematian zariq tu..😭😭
ReplyDeleteKalau lah zafiq tau kisah sbnr nya..mst malu habis..kesian kat aira 😫😫
Tak sabar nak tunggu...
ReplyDeleteSedihnya.... Kejutan besar buat Aira... Sahabat yg dirindui rupanya tlh tiada ������
ReplyDelete-Azzna-
Ooooo ini mmg sedih
ReplyDeleteYg d tunggu dh mati
Sedihnya aira
Sedihnya..kesian aira.. waitng for the nee chapter, RM the best!
ReplyDeleteTq kak RM..makin terbongkar kisah silam
ReplyDeleteBila lagi nak sambung ni... tq kak RM
ReplyDeleteSedihnya..kesian aira nk kena menanggung ats kesalahan org lain..
ReplyDeleteKak RM..bila nk smbung...😢
ReplyDeleteNext episode please...
ReplyDeleteRM.. bila mau sambung.. hilang sabar dah tguu ni..hihi
ReplyDeleteBile nk smbng citer ni....huhuhu
ReplyDeleteNext episod pliss.. I love it
ReplyDeleteHuhu....bile nk smbung??...dh lame tunggu..huhuhu
ReplyDeletebetul ke novel objection dah publish RM? dah xsabar nak p mencari kat popular ni...
ReplyDelete22 Dis kat pesta buku pwtc.. cari kat kedai buku td pn xde lg..
DeleteDah keluar buku...tak sabar nk beli..hehe��
ReplyDeleteMsuk kdai buku ke novel ni..lama beno nk tgu sambungannya
ReplyDeleteAkak, Rindu benor dengan cerita ni...
ReplyDeleteBagai pungguk rindukan bulan...
ReplyDeletejalan cite ni mcm jln cite drama thai few years ago, tgk kat youtube tp x igt sgt dh tajuknye.
ReplyDeletemcm cite drama thailand tittle 'jam loey rak' 2008.
ReplyDeleteSy pnh tgk cite ni kt utube..2008..khun soraya & khun harit..mmg sme jln crite nye
ReplyDeletekelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino
Macam jam loey rak
ReplyDelete