NAZ hanya memandang skrin telefonnya.
Missed call daripada Sera.
Pesanan daripada Sera. Langsung
dia tak balas. Entah kenapa, rasa
dikhianati. Bukan kerana dia punya rasa
pada Riz tapi kerana perasaan Sera pada Buya.
Entahlah… tak patut dia buat Sera begini tapi dia kesian pada Riz dan
paling penting, kenapa Sera tak mengaku pada Riz yang hati itu sudah dimiliki?
Dia pula masih mempertahankan Sera hinggalah dia dengar sendiri
pengakuan Sera dalam panggilan yang Sera abaikan dengan tak sengaja. Sera tak tahu talian mereka masih bersambung
dan dia juga tahu Buya muncul di kedai Sera.
Sebagai sahabat, tidakkah dia perlu menyokong Sera dalam apa saja
tindakan? Tapi, macam mana dengan
Riz? Riz juga seorang sahabat. Dia juga sama seperti lelaki itu. Demi persahabatan, dia ketepikan soal hati dan perasaan.
Adakah kerana munculnya Buya, persahabatan mereka selama ini akan
lebur? Tak… Naz geleng sendiri. Dia terlalu sayangkan hubungan mereka
bertiga. Dia akan pertahankan. Sampai syurga.
Nombor Sera didail. Hanya sekali
deringan, suara Sera menyapa. Nampak
sangat Sera sedang menanti panggilannya.
“Kau okey, Naz?” Itu soalan
pertama Sera.
Usah dikata betapa bimbangnya dia.
Kenapa baru sekarang Naz membalas segala panggilan dan pesanannya.
“Aku okey. Jangan risau…”
“Habis tu? Kenapa diam aje? Kau dengan Riz buat aku tak senang
duduk…”
Naz ketawa kecil. “Aku ingat, dah
ada yang baru… yang lama ni kau nak lupa dah…”
“Eh, kau cakap apa ni?” Sera
kerut dahi. Bingung.
“Aku dah tahu hubungan kau dengan dia, Sera…”
Wajah mulus itu bertambah kerutan.
Memang dia akui pada Naz yang dia suka Buya tapi rasanya, dia tak cakap
lagi pada Naz dia dah terima Buya.
“Aku dengar dalam telefon hari tu.
Gamaknya, kau terkejut dia muncul.
Kau biarkan telefon kau macam tu.
Aku dengar…” Ya, hari di mana dia
mahu cari kenyataan demi memujuk Riz.
“Sebab tu ke kau dengan Riz diamkan diri?” Sungguhlah… hati Sera tersayat sendiri. Harap sangat Naz nafi.
“Kau tak dapat call Riz jugak?”
Sera diam. Mengetap bibir.
“Bagi Riz masa. Dia masih dalam
proses nak terima tu…”
“Habis tu, kau?”
Naz ketawa kecil. “Aku pun
perlukan masa tapi masa tu dah tamat.
Nampaknya, cepat aje aku boleh terima kau ada hubungan istimewa dengan
Buya. Yang penting kau bahagia,
Sera. Tapi, aku tak boleh jamin yang
antara kau dengan Riz, macam mana…”
“Nazzzz…” Lemah jiwa Sera saat ini.
Hubungan mereka bertiga dah lama.
Mana mungkin dia mahu rosakkan begitu saja.
“Kau kenal aku. Kau kenal Riz dan
aku juga kenal kau dan Riz dengan baik.
Riz akan faham. Kalau dia
perlukan masa, biarlah dia ambik berapa lama masa pun. Tapi, kau kena ada dengan aku, Naz. Aku tahu kau kecewa, kan?”
“Kecewa dengan perasaan kau pada orang yang baru kau kenal?” Naz sarkastik.
Sera telan liur. Memang dia baru
kenal Buya tapi sebenarnya dia dah lama tahu tentang lelaki itu. Sebelum ini, mendengar nama pun dia dah
berdebar. Apatah lagi bila bertemu
mata. Jantung dia hampir gugur setiap
kalipun.
“Jujurnya, aku agak kecewa sebab aku pertahankan pada Riz yang kau tak
mungkin ada perasaan pada Buya. Biarpun
aku dah dapat agak tapi aku tetap nak nafi.
Pada aku sekarang, bukan masalah kecewa lagi, Sera. Kau sahabat aku. Riz juga.
Aku nak kita sama-sama bahagia biar apa pun jalan yang kita pilih. Aku tak ada hak nak larang kau, Sera. Tapi, aku nak kau fikir betul-betul. Itu aje.
Paling penting, aku akan sentiasa ada dengan kau…” ujar Naz penuh emosi.
Biarpun dia pernah rasa cemburu bila tahu Riz mencintai Sera, tapi
perasaan Sera pada Buya langsung tak buat dia rasa berterima kasih.
“Mak su kau okey?”
“Hurm…” sahut Sera dengan suara
yang sedikit serak.
“Aku tak cakap lagi dekat mak su dan aku pun minta Buya masa. Tapi, sepertinya mak su dah tahu…”
“Tentulah, Sera. Dia ibu, dialah
ayah. Dia akan tahu setiap perubahan
kau. Aku yakin, mak su pun nak yang
terbaik untuk kau. Sama macam aku dan
aku yakin Riz juga sama…”
“Ya, Naz. Terima kasih…”
“So… kerja kau dah siap?”
Tiba-tiba teringat dengan bunga yang Auntie Jane order daripada
Sera. Biasanya, mereka bertiga akan
bertungkus-lumus bersama di kedai bunga Sera.
“Sikit lagi. Esok boleh
datang?”
“Pagi aku datang. Aku off-day
esok. Petang aku ada meeting…”
“Janji?” soal Sera tak percaya.
“Hey… sejak kita kawan, berapa kali aku mungkir janji?”
Sera ketawa. Tapi, sebaknya masih
terasa.
“Aku sayangkan kau dengan Riz, Naz…”
“We love you too, my dear…” akui Naz perlahan.
SENYUMAN tak lepas daripada bibir Buya.
Fuh lega bila Sera cakap, mak su terima hubungan mereka. Rasa seperti bulan jatuh ke riba. Tak
kisahlah mak su paksa diri terima atau memang ikhlas menerima, itu tak jadi
hal. Yang pasti mak su dah tak
larang. Senang sikit dia nak jumpa
Sera. Ini tidak… dah macam pencuri pun
ya.
“Qish tengok abang senyum aje sekarang?”
Balqish yang muncul entah daripada mana labuhkan duduk di depan
Buya.
Diletak dua muk kopi panas di atas meja.
Satu untuknya dan satu untuk Buya.
“Eh, Qish ada ke?”
Dahi Balqish berkerut. Sejak bila
abang mamai ni? Bukan diorang makan
malam sama-sama ke tadi. Dengan Si Zul
dengan Rizman sekali.
“Abang ngigau ke?” selar Balqish.
Buya ketawa lepas sambil menggeleng.
“Ngigau apa pulak? Kan mata abang
terbuka aje ni. Bukan abang tidur…” Dia capai tangkai muk dan membawanya ke
bibir. Dihirup kopi panas itu perlahan. Ini ubat tak bagi tidurlah ni. Kalau tak tidur, macam mana nak mimpikan
Sera?
“Qish rasa abang ni memang angau…”
Balqish menggeleng bila melihat Buya tak sudah-sudah senyum sendiri
sejak tadi.
“Atau abang ni angau nak kahwin tak?”
Dia saja meneka.
Buya terbatuk kasar. Diletak muk
itu atas meja.
“Kenapa cakap gitu pulak? Nak
kahwin dengan siapa?” Dia sebenarnya
masih tak sedia nak bagitahu Balqish tentang hubungan dia dan Sera.
“Alaa… abang tak payah sorok.
Qish ada mata, boleh melihat.
Qish ada telinga… boleh mendengar.
Qish ada akal… boleh nilai. Qish
tahu abang serius dengan Sera tu, kan?”
Kali ini, tiada lagi senyuman di wajah Buya apatah lagi bila melihat
riak Balqish juga sama. Riak tak
selesa.
“Mana Qish dengar…”
“Abang sembang dengan Abang Zul…”
Damn! Buya kutuk diri
sendiri. Itu orang pesan. Cakap siang pandang-pandang. Dia cuma nak teruskan rancangannya.
“Kenapa abang rasa Qish macam tak suka dia?” Nak juga tahu. Gadis seperti Sera tu, hampir sempurna
sebenarnya. Apa yang buat Balqish tak suka?
“Qish tahu tentang wasiat tu, abang.
Uncle Malik ada cakap dekat Qish juga sebab Qish juga salah seorang yang
daddy namakan dalam tu. Qish memang agak
terkilan dan Qish tertanya, apa hubungan dia dengan daddy sampaikan macam tu
sekali daddy bagi pada dia…” Nada
Balqish jelas berbaur kecewa.
Dia tunduk memandang permukaan air yang masih berasap. Abang nak marah, biarlah abang marah. Ya, dia kenal abang. Andai dia campur tangan dalam urusan tak
sepatutnya, abang anak marah. Amaran
abang saja sudah begitu menakutkan.
Tapi, ini juga berkait dengannya.
“Qish berhak tahu, kan?” Mata
Balqish menentang mata abangnya.
Buya yang tadi mahu meletup, melepaskan nafas berat. Dia angguk perlahan. Tak ada guna nak marah Balqish atau Uncle
Malik. Memang Balqish berhak tahu. Biarpun pada asalnya dia sendiri nak cakap
tapi kekangan kerja buat dia lupa semua perkara malah tentang wasiat daddy itu
juga.
Nak dikira, kerusi yang dia duduk sekarang di pejabat bukanlah miliknya
yang mutlak. Ianya milik Sera.
“Qish tak puas hati?”
“Abang boleh terima?” Soalan Buya
berbalas soalan.
Lelaki itu merengus. Perlahan,
dia geleng.
“Habis tu, abang nak kahwin dengan dia lagi?”
“Qish… urusan abang nak kahwin dengan dia dan hal wasiat tu, adalah dua
perkara berbeza. Qish tak akan faham…”
“Abang cakap. Bagi Qish
faham. Qish dah dewasa. Qish dah boleh menilai…” pinta Balqish sedikit keras.
Buya gigit bibir bawah. Merenung
tajam adiknya. Tak… Balqish tak akan
faham. Tiada siapa faham.
“Kenapa abang diam? Abang saja
nak bawa dia masuk dalam rumah ni, dan nanti bila dia dah halau kita sehelai
sepinggang, masa tu baru abang nak buat Qish faham? Gitu?”
“Dia tak akan halau kita. Ini
rumah kita…”
“Ya… buat masa sekarang.
Sedangkan wasiat daddy yang patutnya tiada nama dia pun, dia terima,
abang. Jujurnya, Qish sejak awal tak
selesa bila nampak dia dalam rumah ni hari daddy tak ada tu. Pada Qish perempuan yang tak tahu malu aje
duduk bertandang rumah orang sampai ke tengah malam berlagak seperti tuan rumah
padahal tiada kaitan pun. Oh lupa…”
Balqish ketawa tiba-tiba.
“Masa tu Qish tak tahu dia penerima wasiat daddy. Sepertinya sekarang, dia berhak untuk
segala-galanya. Termasuk untuk kuasai
abang yang Qish kenal sangat tegas dan keras…”
Serentak itu Balqish bangkit dan meninggalkan Buya yang kematian kata.
Mata Buya hanya mampu menghantar adiknya pergi. Kerisauan Balqish ada asasnya. Tapi, Sera bukan perempuan macam tu. Dan wasiat itu… argh… bukan Sera yang
nak. Tapi, mak su memaksa.
Damn!!!
Thanks akak for new entry,terubat rindu ni ngan Sera
ReplyDeleteAduhaii....ditelan mati mak, diluah mati bapak. Sabarlah Buya. Qish xtau tuu..
ReplyDeleteAlahai... qish pulak curiga dgn sera.. buya pulak belum tetap pendirian: pentingkan harta atau betul2 sayangkan sera.. thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteWohaaa update lg,tq2😘Aisehhhhhh...Buya Ni mcm dh ragu2 plak dgn perasaan sndri....
ReplyDeleteAdoi.. Timbul konflik baru
ReplyDeleteTq sis rehan...jgn nnt balqish jd batu api sudahla...
ReplyDeleteDamnnn, ciss..ayat ni sangat sesuai untuk situasi sekarang..haha, teranh pelan2 kqt si qish buya..hopefully all is well
ReplyDeleteLol... Makin terbelit la pulak...
ReplyDeleteqish x suka sera...
ReplyDelete