Salam alaik. Ingat lagi kisah Ramadan yang saya garap hampir setahun lalu? Kisah biasa dalam bulan Ramadan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Mustaqim dan seorang perempuan yang dipanggil Siratul?Kisah di mana, mereka sama-sama berjalan di atas jalan yang sama, saling berpegangan tangan melawan ujian? Kisah mereka dalam cerita yang bertajuk USAH KAU TANGISKAN.
Insyaallah, kisah tentang #SiratulmMustaqim akan menemui kalian dalam bentuk buku bertajuk TAK SEMPURNA MENCINTAIMU. Kenapa tak sempurna? Kena baca versi baru ni. Lebih dramatik, lebih emosi, lebih detail dan lebih cinta. Gitewww. Hiks.
Sinopsis Blurb :
Pertemuan
antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah.
Ianya menyakitkan. Hinggakan si
mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu
itu. Selagi gadis bernama Siratul itu
belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang
dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi
mangsa.
“Kau sindir aku lagi, kan?” - Mustaqim
“Tak…
kalau betul koyak,
saya nak tolong jahitkan.” – Siratul
Wajah,
lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran
Mustaqim. Tapi entah mengapa… yang jengkel
itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.
“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” - Siratul
Hingga
satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula
bercambah.
“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat,
kau mampu beli aku dengan duit kau! - Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” - Mustaqim
Mustaqim
bingung. Tak… Dia merancang yang indah
sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia
berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.
Akhirnya,
Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu
hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia
menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta
dusta yang menghantui hingga kini.
“Kalau dia
tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” – Siratul
Tapi, benarlah.
Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian
bila antara dia, Siratul dan Melisa… hanya dipisahkan oleh satu garisan halus
bernama kematian.
“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” - Melisa
“Tak bahagia di dunia,
kau akan bahagia di syurga…” Siratul
“Maafkan aku sebab dah
bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” - Mustaqim
-------
Buku ini edisi Jun 2018 tapi, Karyaseni bawakan secara ekslusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala LUmpur (PBAKL) Tahun 2018 bermula 27 April sehingga 6 Mei 2018. Boleh dapatkan di bilik Pameran Karyaseni/Penulisan2u. Insyaallah berbaloi untuk bacaan bulan Ramadan.
Harga : RM23 (SM) / RM26 (SS)
Tapi di PBAKL harga akan jadi RM18 sahaja.
Atau, boleh order daripada saya, mengikut poster di bawah.
Atau, boleh datang ke PBAKL ya. Insyaallah, jumpa di sana seperti jadual yang tertera di bawah :
Sekian, terima kasih. ^_^
dah order dengan kak liza wati di fb.
ReplyDeletePre order dh bukak dr sekarang ke novel ni
ReplyDeletePre order dh bukak dr sekarang ke novel ni
ReplyDeleteDah baca ..Best..😊
ReplyDeletekelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino