Friday, October 14, 2011

Jangan Lari Pengantinku

“KHAIZ.....”
Aku tersentak. Terasa berdengung telinga mendengar suara ibu dari bawah menjerit namaku. Punyalah kuat ibu jerit sampai aku kat atas pun boleh rasa menggelak gegendang telinga.

“Pukul berapa kamu nak bangkit ni? Ibu kejut Subuh kamu bangkit kejap. Lepas tu kamu tidur balik.” Suara ibu makin dekat. Rasanya dia sudah nak sampai depan pintu bilik aku ni.
Cepat-cepat aku tolak comforter ke tepi lalu bangkit bergerak ke bilik air. Cuci muka lalu aku keluar semula. Comforter tebal tu aku lipat kemas. Lalu aku dekat pada cermin, kemaskan wajah yang tadi sememeh. Usai menyikat rambut, aku kembali duduk bersila di katil, mencapai sebuah buku lalu aku belek perlahan-lahan. Tayangan perdana drama Khairiza dah bermula.

“Apa nak jadi kamu ni....” Suara ibu terhenti sebaik saja dia tolak daun pintu bilikku. Dalam hati aku dah gelak sakan. Terpaksa berlakon lagi sebab tak nak ibu bising.

“Khaiz dah bangkit la, bu,” ujarku tenang.

“Yalah kamu tu. Tengok-tengok masa ibu jerit tadi kamu terus bergegas bangun tak?” tebak ibu tepat dan padat. Aku sengih tayang lesung pipit aku ni. Mula la rasa bersalah.

“Ala, tak apalah, bu. Lagipun hari ni weekend, kan? Khaiz nak rehat-rehat jap. Weekdays dah kerja teruk-teruk, keluar site masuk site, panjat bangunan....”

“Jangan kamu terjun bangunan sudahlah, Khaiz,” pangkas ibu menyindir. Aku telan liur. Aduhai ibu ni, sempat lagi. Tak dapat tidak, aku sengih jelah lagi.

“Macam-macam alasan. Umur dah tua, kalau kamu tak kerja, berkurung jelah kerja kamu. Tidur, menghadap cerita-cerita entah apa-apa tu. Cuba bersosial sikit, Khaiz. Jangan terlalu terperap je,” tegur ibu lagi. Aku gelak lagi. Mengekek-ngekek sampai berair mata. Pandai pula ibu aku ni cakap pasal bersosial. Staffnurse pencen katakan. Sekarang dah jadi tenaga pengajar pada jururawat baru pula.

“Ibu ni. Kan elok Khaiz kat rumah. Sosial tu kan tak elok.”

“Ibu tak suruh kamu ke kelab malam, ibu nak kamu keluar sikit dari kerja kamu tu. Cari kawan. Yang boleh kamu jadikan teman sebilik kamu ni.”
Aku garu kepala. Dah tahu dah makna tersirat di sebalik kata-kata ibu ni. Tahu sangat dah. Aku kan jurutera. Mesti peka. Teramat peka tambah pula dalam hal-hal sensitif macam... jodoh!

“Nak buat apa teman sebilik, bu? Bukan Khaiz dok rumah sewa,” usikku sejurus kemudian. Saja buat-buat bendul sikit kali ni. Terjegil mata ibu kali ini.

“Teman sebilik berlainan jantina dan sah untuk kamu, Khaiz,” tekan ibu. Kan betul aku teka. Ibu lantas berlalu meninggalkan aku yang dah tergolek-golek di atas katil. Ibu ni, kelakarlah.
******
ISNIN hari yang memang aku sukar nak lalu dalam hidup aku. Asal Isnin je aku mesti malas. Mesti banyak kerja. Mesti ada mesyuarat. Mesti itu, mesti ini. Semuanya mestilah. Kertas-kertas laporan yang perlu aku semak, aku belek helai demi helai hinggalah mataku tertancap pada sesuatu yang mula menarik minatku. Setelah diteliti ternyata semuanya telah mendapat pengesahan.

“Mana mana kau boleh sahkan tuntutan semua ni?” tanyaku pada teman sejawatku, Khuzaimi. Kertas A4 itu aku tolak ke depan dia.

“Betullah ni. Kenapa pulak?” tanya dia buat muka bajet. Tahulah handsome, ejek hatiku.

“Tak betullah, Zaim. kan kita dah tengok dekat site minggu lepas. Memang barang ada, tapi tak pasang lagi. Diorang ni claim amaun yang dah siap pasang ni,” ujarku. Khuzaimi angkat kening. Dia sengih lagi.

“Kenapalah kau cuai sangat. Kantoi dek bos karang, naya je kita berdua kena,” sambungku sambil mengeluh kecil.

“Kalau bos maki kita berdua, aku tak kisah. Janji dengan kau, apa saja aku sanggup,” sela Khuzaimi sesedap cukup rasa dia je. Aku mencebik. Tak habis-habis nak usik emosi aku ni.

“Kau tu, Zaim. Sejak dulu sampailah sekarang, tak sudah-sudah nak usik aku. Aku tahulah kau ni tak laku, so mind your words, okay. Jangan sesedap rasa je nak usik-usik hati dan perasaan halus aku ni,” ujarku berseroloh.

“Eh, kau ingat aku ni tengah buat iklan cukup rasa Knorr ke, Khaiz? Aku serius ni. Aku memang dah lama suka kau. Kau tu je yang jual mahal.”
Kali ini rasa tersentap jugaklah hati aku ni dengar jawapan Khuzaimi ni. Mamat ni biar betul. Tak ada ribut taufan Katrina, dia kata suka aku. Oh, tidak boleh. Ni mesti nak prank aku ni.

“Kau ni mesti nak prank aku, kan? Saja je nak mainkan perasaan aku, ya tak?” tebakku lagi. Khuzaimi mengeluh. Wajah itu cemberut.

“Kalau nak main orang tak cakaplah, Khaiz. Lagipun, aku bukan geng bang bang boom tu nak prank-prank orang,” selanya selamba. Ada ke dia cakap bang bang boom. Memanglah kaki tengok televisyen ni.

“Aku ikhlaslah, Khaiz,” sambungnya tenang dan penuh keyakinan.
Tiba-tiba, teringat pula pada cakap ibu semalam. Teman sebilik berlainan jantina dan halal di sisi Allah. Apa nanti cakap orang pejabat kalau aku pilih Khuzaimi menjadi lelaki halal dalam hidupku? Selama ni kemain ngelat bila orang tanya. Beria menidakkan. Tak mungkin la konon. Macamlah aku yang atur takdir hidup aku sendiri.

“Hai, aku kat depan mata, tak nak pandang. Dok ingat ke buah hati kau yang jauh tu, kan?” sinis Khuzaimi. Aku tersentak. Haish, orang nak menjana otak sikit pun tak boleh.

“You hurt my heart la, Zaim. Mentang-mentanglah kau ada awek, kau cakap aku yang tak ada pakwe ni berangan ek?” Aku mula la berdalih. Hai, kalaulah Khuzaimi tahu aku berangan pasal dia tadi, mahu dia bahankan aku sampai tergolek-golek.

“Kau ni, kan. Kuat betul kelepet la. Aku sedang elok dah ngaku suka kau, kau kata aku pulak. Ada ubi, ada batas, kalau tak sudi, aku boleh blah.” Aduhai mamat ni. Berpantun pulak dah. Habis jahanam pantun tu dia ubah.

“Ala, tak naklah cerita pasal ni. Tak sampai masa lagi. Ni pasal payment ni. Kena buat baru ni. Kurangkan sikit.” Aku dah ubah topik tapi Khuzaimi masih lagi merenungku. Langsung tidak berminat bercakap mengenai kerja. Boleh nampak jelas melalui riaknya itu. Malas nak fikir, aku bangkit menuju ke pintu. Perlu bersiap-siap dah nak ke site visit. Inilah kerja aku dan Khuzaimi yang paling kami tak suka. Ke tapak, buat penilaian. Masa ni, banyaklah drama perunding dan kontraktor ni. Ni tambah sorang lagi yang berdrama. Tak bangkit-bangkit dok tayang muka kelat dia tu. Aduhai…
******
PIPI tembam Muhamad Ryan, anak sulung abang aku, Khairul aku kucup bertalu-talu. Tubuh montel itu aku peluk seeratnya sampaikan Muhamad Ryan yang baru berusia 5 bulan tu merengek kecil. Aku lihat Abang Khairul dah mula jeling dah. Kejap lagi mesti….

“Khaiz ni. Cuba jangan usik budak tu. Kami nak makan dulu ni. Orang suruh jaga, dia dok usik.” Aku gelak saja. Belum habis cakap lagi, abang aku dah membebel. Kak Faezah senyum je. dia memang sporting habislah.

“Kalau kamu rasa nak cium-cium budak tu macam tu, apa kata kamu kahwin cepat sikit, Khaiz. Lepas tu cepat-cepat dapat anak. Dah boleh cium ke, gigit ke, cubit ke,” tokok ibu pula. Haish, sejak dua menjak ni asyik kena smash dengan ibu je. Tak dan nak elak. Bukan apa, silat elak ibu belum ajar. Tengok, dah melalut.

“Ibu ni, kot ya pun makan cili, janganlah sampai Khaiz yang terasa pedasnya,” jawabku bermadah. Sebenarnya ada helah di sebalik madah tu. Macam lagu Ziana Zain.

“Memang ibu sengaja makan banyak-banyak cili. Nak bagi kamu cepat-cepat cari air yang boleh kurangkan rasa pedas kamu tu,” balas ibu dengan lebih bermadah. Langsung kalah helah aku. Pedih je telinga ni.

“Betul tu, Khaiz. Khaiz dah umur berapa sekarang? Tak kan tak ada yang steady lagi kot?” tanya Abang Khairul pula. Yang ni tambah lada sulah. Pedas dia lain macam sikit.

“Ala, Khaiz busy la abang. Mana sempat nak bersosial semua ni. Hari-hari kena ke site. Silap-silap hari minggu pun bos suruh turun site,” dalihku lagi.

“Dah nak salahkan bos dia pulak,” sela mak.

“Yalah, Khaiz. Kak Ezah dengar Khaiz teman tapi mesra dengan budak pejabat? Khuzaimi nama dia, kan? Betul ke?” soal Kak Faezah pula. Haa, kali ini cili kampung. Memang pedas sampaikan ibu tersedak di meja makan. Tak pasal semua mata tertumpu ke arahku.

“Betul ke, Khaiz?” tanya ibu. Dah mula teruja dah dengan spekulasi ni.

“Memanglah ada budak nama Khuzaimi kat pejabat tu. Memang teman tapi mesra Khaiz pun sebab kami selalu keluar site bersama-sama. Tapi, tak adalah sampai ke tahap yang ibu sedang fikir tu,” jawabku telus. Sesugguh-sungguhnya.

“Tapi, dari sumber yang boleh dipercayai, Khuzaimi tu memang sukakan Khaiz, kan?” tambah Kak Faezah lagi. Boleh tahan jugak kakak iparku ni kali ni. Macam katak bawah tangga je ni. Curiga betul.

“Ala Kak Ezah ni. Siapa yang jadi CNN tu, kak? Cuba akak cerita dekat Khaiz. Boleh Khaiz tambah lagi channel dekat berita dia. Biar satu taman ni tau,” sinisku kali ini. Tak tahan la jugak asyik kena bahan je. Kak Faezah dah ketawa mengekek sebelum dia teruskan suapan.

“Banyak dalihlah kau ni, Khaiz. Jangan kau kata nak kahwin dengan kerja-kerja kau dah la, dik. Abang tak nak jadi wali,” ujar Abang Khairul pula. Aduhai. Padahal tadi pasal aku cium Muhamad Ryan, berjela-jela dah bersambung tentang aku.

“Bukan CNN, kan Ezah kan? Dah memang sah,” tekan ibu pula. Kak Faezah mengangguk.

“Betul tu, bu. Kalau tak ada angina, masakan pokok bergoyang. Kan bu?” usik Kak Faezah pula. Pandai bersahut-sahut kata pulak tu.

“Ada. Kalau Abang Kerol yang tolong goncangkan. Haaa… dah goyang pokok tu walaupun tak ada angin,” ujarku sedikit tegas. Rasa bosan pula bila dipermainkan. Dahlah orang banyak kerja ni. Sudahnya, aku kelek Muhamad Ryan yang mula nak lena tu ke atas.

“Tidur dengan Mak Su la Ryan malam ni,” gumamku sambil mengucup lagi pipi anak buahku yang seorang ni.
Dalam hati, ada juga rasa hendak menjadi ibu. Mempunyai zuriat sendiri yang sihat, lincah dan pintar. Tapi, siapalah nak masuk pinang aku ni? Tak kan betul aku dengan Khuzaimi kot?! Berkawan bagai nak rak, tup-tup kahwin. Jenuh kena bahan kat budak-budak pejabat nanti.

“Hah, nak ke mana bawa anak orang tu?” laung ibu kuat. Suara ibu ni memang kalah Kak ZZ.

“Kalau nak tidur berteman, berdua ke bertiga ke, kahwin cepat. Zaim dah tunggu tu,” sambung mak lebih lantang masa aku dah mula menapak ke tingkat atas.
Zaim? Kenapa mak panggil Zaim? Agaknya aku yang sebut tadi kot? Malas nak fikir panjang, aku panjat saja anak tangga menuju ke bilik yang tertera papan tanda ‘DO NOT DISTURB’. Tanda jelah. Padahal selalu dilawati oleh seluruh penghuni rumah ni. Aduhai…

Bila fikir balik, Khuzaimi tu tak nampak serius pun dengan aku. Selain urusan kerja, kami tak pernah keluar bersama. Dia pun tak pernah pelawa, aku pun tak pernah nak ajak dia. Sejak sehari dua ni je dia asyik dok cerita pasal hati dan perasaan dia pada aku. Itupun nampak main-main. Dekat pejabat tu orang dah cap dia Joker. Melawak je memanjang. Sedang aku menepuk punggung Muhamad Ryan, telefon bimbitku bergetas. Mujur dah mode senyap, kalau tak terus bulat mata budak Ryan ni. Aku tekan OK. Zaim! Tak pernah-pernah dia menghantar pesanan ringkas padaku malam-malam sebelum ni kecuali ada kecemasan saja tapi kali ni...

‘Sihat?’ Sepatah saja. Malas hendak membalas, aku biarkan saja dan aku terus memejamkan mata.
*******
SEMINGGU tak jumpa Khuzaimi rasa lain macam pula. Dia kena arahan mandatori untuk melawat tapak di Sabah dan Sarawak. Biasanya arahan yang naik mestilah nama kami berdua, Khuzaimi bin Khuzri dan Khairiza binti Kadir. Tapi, kali ni bos tak izinkan pulak aku ikut out-station sebab dia nak aku menjadi penemuduga untuk memilih setiausaha barunya. Aduhai, apa kena mengena seorang jurutera dengan hal-hal sumber manusia pulak?

“Khaiz, I nak you pilih yang terbaik untuk I,” beritahu Mr. Tan padaku. Entah berapa dah setiausaha dia tukar. Tak kena dengan cara dia katanya. Kali terakhir cekap tapi sayang terpaksa berhenti pula kerana mahu menjaga anak.

Aku dah ada dalam bilik mesyuarat. Menemuduga seorang demi seorang calon hingga akhirnya, mataku tertancap pada seorang wanita cantik ni. Memang cantik. Lembut saja. kulit putih, hidung mancung, mata bulat. Tak macam aku ni. Hitam manis, hidung sederhana mancung saja. Tapi, dia tewas sebab dia tak ada lesung batu di pipi.

“Duduk,” pelawaku. Bos dah mula jungkit kening dah. Berkenan juga agaknya. Dia duduk selepas menghulurkan fail hitam itu padaku.

“Okey, teruskan,” ujarku tenang sambil menongkat dagu menghayati keindahan kaumku sendiri.

“Nama saya Hartini,” jawabnya pembuka bicara. Ada sengihan pada hujung bibirnya. Nampak ada iras dengan Khuzaimi pulak. Haishh..
Selepas seketika, aku angguk pada bos. Dia jungkit bahu. Maksudnya tu, you okey I okey. Aku tahu sangat dah. Akhirnya, aku arahkan Hartini ke pejabat Sumber Manusia untuk tandatangan surat tawaran sedangkan aku masih lagi membelek fail peribadi miliknya.

“Hartini binti Azim. 26 tahun. Sebaya aku. Muda dari Zaim 2 tahun,” gumamku sendiri sebelum tersedar aku telah menyebut nama Khuzaimi. Apa nak jadi pada aku ni? Kenapa tiba-tiba nama Khuzaimi pulak aku sebut?
Malas hendak melayan karenah sendiri, aku terus bangkit mengikut langkah bosku ke luar. Fail ini perlu aku serahkan kepada Hartini.
*****
WAJAH tampan milik Khuzaimi terjengul di pintu bilikku. Awal-awal saja sudah terjengul kepala depan pintu aku macam penyu. Tersengih saja. Macam ada perkara yang telah membuatkan dia bahagia. Agaknya rindu aku kot? Aduhai, kenapa aku ni? Aku tepuk dahi dengan niat nak menyedarkan diri sendiri dari terus berangan.

“Hai, nampak aku terus tepuk dahi? Tak sudi dah ke tengok muka aku ni?” tanya dia sambil melangkah ke arahku. Wajah ceria tadi bertukar suram.

“Bukanlah macam tu,” protesku lembut.

“Aku tepuk nyamuklah.” Aku buat alasan bodoh lagi.

“Lagipun yang kau pagi-pagi ni datang menghadap aku kenapa? Balik dari out station je terus nak bagi aku tengok muka kau. Terus semak kepala aku.”
Entah mengapa aku boleh menuturkan ayat begitu pada Khuzaimi. Dia yang baru saja nak duduk terus tak jadi. Matanya tajam menikam wajahku. Aku telan liur. Seram rasanya dengan renungan Khuzaimi kali ni.

“Sejak bila kau jadi macam ni, Khaiz? Aku balik penat-penat dari site, terus singgah office sebab nak jenguk kau sihat ke tidak. Dah lah SMS aku kau tak balas. Kot ya pun tak sudi, janganlah tunjuk sangat,” ujar Khuzaimi agak meninggi. Kali ini aku pula tersentak.

Aku soroti anak mata kuyunya. Jelas terpancar lelah di balik wajah itu. Rasa bersalah hadir tiba-tiba bila mengenangkan kelantanganku berbicara. Tapi, rasanya niatku itu hendak bergurau saja tapi sudah terkasar gamaknya hingga Khuzaimi menegurku.

“AKu gurau je tu,” ucapku mempertahankan diri. Khuzaimi mencebik.

“Gurauan kau sekarang dah jadi macam belati, Khaiz.”
Aku diam lagi. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Yang pasti, aku punyai satu rasa yang ingin dijauhi oleh Khuzaimi. Rasanya, hubungan kami tidak lagi bagai dulu. Rasa ada yang sedang berubah dalam diri aku.

Daun pintu tiba-tiba ditolak dari luar. Kami berdua sama-sama memandang ke pintu. Kali ini, wajah cantik Hartini pula muncul. Tersenyum dan melirik penuh makna kepada Khuzaimi. Eh, masuk bilik aku tapi senyum dekat orang lain. Aku jeling pula Khuzaimi dan rasa tertusuk buluh runcing ke hatiku bila melihatkan dua orang makhluk ni sedang merenung sesama sendiri. Tapi, kenapa mesti nak marah? Nak tak nak kena mengaku juga pada diri sendiri yang aku rasa agak tercabar dengan kehadiran Hartini.

“Ehem… ehem…” Aku saja berdehem beberapa kali. Sakit hati aku melihatkan senyuman Khuzaimi kepada Hartini.

“Ya, Tini. Kenapa, ya?” tanyaku agak tegas. Dia nampak sikit kelam kabut bila aku bersuara.

“Bos nak jumpa Cik Khaiz,” jawabnya penuh sopan dan tertib. Aku tak tertumpu pada Hartini, sebaliknya aku ralit melihat tingkah Khuzaimi yang sedari tadi merenung gadis depan aku ni.

“Baiklah, nanti saya datang,” jawabku kembali lantas Hartini pun berlalu.

“Renung sekali tak apa, Zaim. Kalau renung berkali-kali dah jatuh ke dosa,” sinisku pada Khuzaimi selepas Hartini merapatkan pintu.

“Aku renung sekali la tu. Renung tak berhenti-henti. Tak kalih-kalih. Mengkagumi ciptaan Allah yang Maha Agung. Salah ke?” Habis aku ditempelaknya. Aku ketap bibir. Geram memang geram. Baru sekejap tadi rasa terharu, ni dah berubah langsung.

“Okeylah, kalau kau dah cakap macam tu. Aku nak keluar ni, nak jumpa bos. Kerja ni lagi penting dari segalanya. Kalau kau tak nak balik rumah, sila balik ke bilik kau. Atau bilik kau tu tak cukup besar sampaikan kau nak bertenggek kat bilik aku tiap kali pun?” sindir aku pula. Menzahirkan rasa geram dengannya. Tapi, untuk apa aku nak geram? Dia bukan hak aku pun.

Khuzaimi terdiam lagi. Sekali lagi pandangan tajam itu menikam wajahku. Aku buat tidak tahu saja. Tangan terus ligat menyusun beberapa fail yang ku rasakan perlu untuk di bawa menghadap bos.

“Terima kasihlah, Khaiz sebab kau sambut kepulangan aku macam ni,” ujar Khuzaimi penuh dengan sinis. Aku tahan hati yang mula rasa lain macam je. Rasa sedih.

“By the way, aku just nak tanya, siapa tadi tu. Aku dah nampak dia dengan bos tadi.” Khuzaimi lari topik. Mana belajar aku pun tak tahu. Aku tidak terus menjawab. Sebaliknya aku berjalan menuju ke pintu, membiarkan Khuzaimi yang masih berdiri tegak di depan mejaku.

“Khaiz,” serunya.

“Hartini. Setiausaha bos yang baru,” jawabku seadanya lalu berlalu. Sekuat hati aku tarik daun pintu tu. Berdentum bunyinya. Pertama kali bersikap demikian membuatkan aku pelik dengan diri sendiri. Aduhai…
*****
SEHARI dua ni emosiku benar-benar terganggu. Dengan masalah di tapak lagi. Ditambah pula dengan perubahan mendadak Khuzaimi selepas peristiwa itu. Terasa hati sangatkah sampaikan dia mula dingin begitu sekali? Fail tipis itu aku kelek bersama menuju ke bilik Khuzaimi bila tiba-tiba langkahku terpaku tepat di depan pintu yang tertera nama, Khuzaimi bin Khuzri tatkala terdengarkan gelak tawa silih berganti antara lelaki dan wanita.

Dek kerana sudah terbiasa, aku terus menolak daun pintu yang tidak tertutup rapat. Wajah Khuzaimi jelas kelat memandang ke arahku. Hartini yang sedang elok duduk di depan Khuzaimi bingkas bangun.

“Err… Tini keluar dulu, Zaim,” ucap Hartini penuh manja lantas berlalu. Saat melaluiku, wajah itu tunduk saja. Zaim? Baru kenal tak sampai berapa hari dah jadi Zaim? Bisik hatiku sendiri. Rasa hati yang tertusuk sembilu hari itu sudah membengkak.

“Lain kali masuk bilik aku, ketuk dulu boleh tak?” marah Khuzaimi. Wajahnya kelat. Rasa macam kena penampar saja bila pertama kali dimarahi begini oleh Khuzaimi.

“Maaflah, Zaim. Aku ada hal urgent nak bincang ni.”

“Apa?” tanya dia sepatah. Langsung tidak berminat. Aku duduk tanpa dipelawa.

“Bos suruh kau tengok balik amaun yang kau syorkan ni.” Aku tolak fail itu ke depan Khuzaimi.

“Bos kata kita tak boleh nak realease payment banyak ni. Dia suruh kita pergi buat penilaian balik minggu ni. Flight aku dah suruh admin book. Lusa berangkat,” sambung senafas. Khuzaimi mengeluh. Hati ni rasa pedih lagi.

“Yang kau pandai-pandai book flight dulu tu kenapa? Tak boleh kau tanya aku dulu? Aku nak pergi dengan kau ke tak nak?”
Aku tahan hati. Pantas aku lekapkan telapak tangan ke dada. Memujuk hati dengan sikap lelaki ni sekarang. Mentang-mentang dah ada Hartini, terus tak sudi nak out station dengan aku? Andai dulu, segalanya sanggup. Kena marah pun sanggup tanggung berdua. Aku benar-benar rasa dia makin jauh.

“Hai, dulu kemain suka kalau out station sama-sama? Ni tak nak pulak,” selaku sinis. Khuzaimi meraup rambutnya ke belakang. Rasa terpukau saja mataku melihatnya. Kenapalah dulu aku tak pernah perasaan dengan tabiat dia yang satu tu?

“Dulu tu lain…”

“Tak ada yang lain pun, Zaim. Dulu pun pasal kerja je kita ni dan sekarang still the same. Nothings change. Everythings about works,” pangkasku seraya bangkit dari duduk.

Malas hendak berlama-lama di situ dan membiarkan hati aku ni merayap perlahan-lahan untuk mendekati hati milik Khuzaimi yang semakin jelas mahu menjauh dari hatiku.
*****
KAMI tiba di lapangan terbang Tawau agak lewat daripada yang telah dijadualkan. Selepas menghadiri lawatan tapak, aku terus meminta pemandu pihak kontraktor untuk menghantar aku pulang ke Seafest Hotel. Tubuh yang penat perlu direhatkan kerana masih banyak kerja yang perlu aku selesaikan esok termasuk laporan penilaian yang perlu aku emel kepada bos dengan segera.
Mataku terus meneliti gambar-gambar yang kami tangkap tadi saat loceng pintu kedengaran agak kuat. Dengan langkah malas, aku bangkit juga menuju ke pintu.

“Nak apa?” tanyaku pada tetamu yang tidak diundang ini. Pandai-pandai dia saja mengundang diri sendiri ke bilik aku.

“Dinner. Kontraktor dah tunggu,” ajak Khuzaimi. Jelas tidak ikhlas. Malas hendak bersoal jawab, aku terus tutup pintu dan terus bersiap.
Tatkala aku tarik tombol pintu, tubuh sasa Khuzaimi masih setia di situ. Bersandar pada dinding dengan menekan-nekan kekunci telefon bimbitnya. Dalam hari, rasa ingin tahu itu mula membentak apatah lagi melihatkan wajah itu tersenyum saja.

“Jomlah,” ajakku. Langsung mati senyuman manis Khuzaimi tadi. Buruk benar rupa aku agaknya sekarang sampaikan boleh mematikan senyumannya.
Langkah Khuzaimi laju saja meninggalkan aku bila kami tiba di lobby. Dia bergegas menuju ke pintu bagaikan hendak bertemu dengan seseorang. Dari kejauhan, aku mula terlihat kelibat seorang wanita bersama Khuzaimi. Lama-lama diamati, rupanya dia adalah wanita itu. Hartini!

“Buat apa dia kat sini?” gumamku dengan rasa yang mula tidak menentu.
Tergamak Khuzaimi bertindak sejauh ini. Membawa Hartini yang baru dikenalinya itu biarpun datang untuk urusan kerja?

“Hai, datang honeymoon ke you all berdua ni?” tanyaku sinis bila keduanya mendekat. Khuzaimi senyum saja. Wajah Hartini mula merona merah.
Tanpa menjawab, dia terus berlalu sebelum langkah Khuzaimi mati dan dia membawa wajahnya dekat ke sisi wajahku.

“Kisah ke kalau aku nak honeymoon?” bisiknya sebelum kembali melangkah. Aku lihat Hartini paut lengan sasanya dan aku, mujur saja tidak terduduk di situ demi kata-kata Khuzaimi tadi. Pedih hanya Tuhan saja yang tahu.

Sudahnya, perut yang lapar tadi kenyang tiba-tiba dengan apa yang telah terjadi. Sudahnya aku melangkah ke lif untuk kembali ke bilik. Yang paling aku tak percaya, airmataku menitis laju dek kejadian ini. Atau lebih tepat, kerana Khuzaimi.

Aku duduk berteleku sendiri. Meladeni perasaan sebu. Kini, aku yakin yang aku jua menyimpan perasaan pada Khuzaimi dan bila aku cuba lestarikan rasa itu, Khuzaimi sudah jauh. Aku masih mengharapkan dia datang memujukku untuk makan malam. Melihat jam berdetik hingga ke pagi, aku akhirnya tertidur sendiri bila aku yakin yang Khuzaimi bukan lagi sabahatku jauh sekali kekasih.
*****
MALAS hendak menghadap wajah Khuzaimi dan Hartini yang bagaikan belangkas tu, aku terus meminta cuti kecemasan daripada bos dengan alasan, kereta rosak. Alasan klise. Pedih jugalah kena smash dengan ibu tadi. Tak pernah-pernah ponteng. Melihatkan Muhamad Ryan yang dah pandai bergolek-golek membuatkan resah hatiku tenang. Aku ketawa perlahan. Lucu melihatkan si tembam ni.

“Bila la ibu boleh merasa nak pegang cucu dari anak perempuan ibu pulak?” tanya ibu lebih pada dirinya sendiri tatkala dekat padaku. Haish, ibu ni nak mula dah. Orang tengah frust ni.

“Cucu anak lelaki dengan anak perempuan sama jelah, bu,” selaku selamba.

“Tak ada samanya, Khaiz. Binnya lain nanti. Apa cerita dengan budak pejabat Khaiz tu?” Hah, ibu dah masuk bab menyakitkan hati ni.

“Siapa?” tanyaku buat-buat tak tahu la. Apa lagi.

“Khuzaimi la. Ibu rasa ibu dah berkenan sangat dekat dia.”

“Hai, jumpa pun belum dah berkenan. Jangan nilai dari cerita je, bu. Khaiz yang kenal dia ni pun dah rasa macam tak kenal dah,” protesku penuh makna.
Ya, benar. Aku macam dah tak kenal siapa Khuzaimi. Peristiwa di Tawau minggu sudah tidak sudah-sudah mengusik tenangku.

“Kenapa kau tukar tarikh tiket tak bagi tahu aku, Zaim?” tanyaku yang sudah diamuk marah. Suka-suka dia je tukar.

“Kenapa pulak. Tiket aku, aku berhak tukar apa. Ikut akulah nak balik bila!” Tengok, dia dah pandai menjawab sekarang. Aku dah bercekak pinggang. Boleh dia cakap dia hantar je aku di airport, dia balik esok. Siapa tak marah. Aku baru plan nak buat drama airmata dalam flight nanti.

“Oh, sebab ada Tini dengan kau, kau nak balik dengan dia la kot? Tak kisah dah aku balik sorang-sorang?” Ayat aku jelas menunjukkan aku berjauh hati. Inilah aku. Payah nak sorok. Kalau marah, nampak je riak marah, begitulah sebaliknya.

“Tini ke siapa ke, kau nak peduli apa? Selama ni kau pedulilan aku sebab kerja je, kan? So, you have no right to get anger with me, okay,” jawabnya. Aku buntang mata. Mahu saja aku seret mamat ni masuk ke balai berlepas. Tak mahu rasa tertewas, aku perlu cekalkan hati. Dia ingat aku tak berani setakat fly sorang-sorang Tawau ke Kuala Lumpur?

“Memang pun. Kerja ada kau ada. Tak ada kerja, kau pun tak ada!” tekanku keras lalu aku terus menapak laju masuk ke dalam untuk check-in. Rasa menang bilai aku dapat sakitkan hati Khuzaimi kali ini. Tapi, rasanya aku kalah teruk bila ku rasakan pipiku sudah basah dek airmata. Aduhai…

“Jauh berangan, Khaiz. Ingatkan Zaim ke?” Teguran ibu membuatkan aku kembali memandang wajah itu.

“Buat apa nak ingat dekat orang yang tak ingat kat kita, bu,” aduku. Pasrah saja bunyinya.

“Dah kamu tu yang tak nak dekat dia. Buat apa dia nak ingat dekat orang yang tak nak dekat dia,” tempelak ibu pula. Ni ibu aku ke ibu pada Zaim ni? Aku renung wajah selamba ibu.

“Sampai hati ibu cakap macam tu, kan? Macamlah Zaim tu anak ibu,” ucapku. Ada rajuk di sebaliknya. Ibu ketawa.

“Sebab Khaiz anak ibulah, ibu nak Khaiz bersosial sikit. Berkawan. Jangan dok kerja je 48 jam. Kerja tu tak akan habis sampailah Khaiz pencen. Dah pencen pun tetap ada kerja lain lagi nak buat. Khaiz dah sampai umur untuk kahwin. Dah ada yang sudi, Khaiz jual mahal. Dia dah pergi, Khaiz yang terkial-kial.”
Ibu aku pun dah macam Khuzaimi. Suka buat pantun, sajak, syair segala. Sebut pasal pantun, teringat pula pada pantun Khuzaimi. Ada ubi ada batas, kalau aku tak sudi, dia nak blah. Dan sekarang, dia betul-betul blah dah.

“Kejar balik sebelum terlambat, Khaiz. Selagi dia belum berpunya ni,” pesan ibu lantas berlalu selepas menyapa tubuh montel Muhamad Ryan ke dalam gendongannya.

Aku terus bersandar ke sofa. Memicit kepala yang jelas tidak sakit langsung. Ada benar juga kata ibu, sebelum dia sah menjadi milik Hartini, aku harus bertindak pantas dan tuntas. Tapi masalahnya, sanggupkah aku nak kecewakan hati kaumku sendiri?

Esoknya aku masuk pejabat seperti biasa bila bos arahkan aku untuk ke lawatan tapak dengan Khuzaimi. Terus saja bersemangat bila nama Khuzaimi bos sebut-sebut. Inilah masanya. Desis hatiku. Inilah masa yang akan aku jadikan Khuzaimi milik aku.

Maafkan saya, Tini. Saya cintakan, Zaim, ujarku hatiku. Akhirnya terpaksa mengakui yang rasa marah, cemburu, sedih itu adalah cinta.
Dari jauh aku lihat Khuzaimi sedang memanjat tangga kayu itu untuk melihat beam yang baru siap dipasang. Aku sekadar di bawah, menangkap gambar apa yang patut. Apa yang patut sekarang adalah Khuzaimi sajalah. Tiba-tiba, entah bagaimana lensa kamera Canon DSLku itu mengesan susuk tubuh Khuzaimi yang mula terbang di udara.

“Zaim!!!!” jeritku kuat lalu pantas mendapatkan dia yang sudah terbaring kaku di atas tanah. Jatuh pada ketinggian 10 meter itu boleh mengundang pelbagai musibah.

Aku pangku kepalanya. Topi keselamatan itu aku tanggalkan lalu aku pegang pipinya. Menggoncang tubuh itu kuat agar dia membuka mata. Bila langsung tiada tanda hendak dia membuka mata, aku sudahnya meraung di situ tanpa mampu berbuat apa-apa. Sesungguhnya aku diselubungi ketakutan yang amat. Takut kehilangannya sedangkan aku masih belum sempat menyatakan cinta pada dia.
******
TANGAN Kak Faezah jatuh ke bahuku. Ibu juga terdiam kali ini. Tak ada dah mulut petah tu berkata-kata. Abang Khairul juga sama. Duduk mengusap kepala anaknya sejak dari tadi.

“Macam nilah. Kalau kata Khaiz dah risau sangat, pergilah jenguk dia. Masa tu luah sekali apa yang Khaiz rasa. Mana tahu, terus je Zaim boleh sembuh.” Huh, positif betul kakak ipar aku ni. Macamlah wajah aku ni penawar buat Khuzaimi sedangkan sejak akhir-akhir ni dia selalu saja mengelak mahu bersua mata denganku.

“Kalau dia tak nak…”

“Dia nak,” potong Kak Faezah. “Percayalah,” tekannya lagi. Bibir tipis itu menguntum senyum

“Pergilah melawat dia, Khaiz,” tokok ibu pula.

Akhirnya aku terpacak di depan bilik nombor 101 Hospital KPJ. Daripada yang jururawat itu cakap, Khuzaimi hanya mengalami sedikit luka dan kaki yang terseliuh saja. Tiada kecederaan yang lebih serius. Langsung aku memanjatkan syukur. Aku mahu menolak daun pintu. Tapi, tanganku terhenti bila teringatkan peristiwa dulu di mana aku masuk ke bilik Khuzaimi tanpa izin sewaktu dia bersama Hartini dulu. Terasa serik pula kalau dialog lama itu berulang.

Lama aku berfikir, akhirnya aku buat keputusan untuk masuk juga dan hampir saja aku terduduk andai aku tak sempat paut pintu. Sungguh, jelas di mataku, Hartini yang sedang menyuapkan makanan ke mulut Khuzaimi dan Si Khuzaimi tu kemain lagi selera.

“Eh, Kak Khaiz,” ucap Hartini bila menyedari kehadiranku. Aku dah mula menyampah nak tengok wajah berdua ni. Dah pandai panggil aku kakak pulak.

“Cik Khaiz,” tekanku membetulkan panggilannya padaku. Marah punya pasal. Hartini ketawa. Khuzaimi tersenyum.

“Sorry, guys. Ganggu you all punya second honeymoon. Anyway Khuzaimi, moga cepat sembuh. We got lot of works to do,” ujarku tegas. Pertama kali menyebut nama penuhnya.

“Selain kerja yang lain tak penting ke bagi kau, Khairiza?” tanya dia belum pun sempat aku berlalu. Dah main panggil nama penuh dah. Nampak sangat dah makin jauh.

“Yes. Setidak-tidaknya hati aku tak sakit disebabkan kerja tu walaupun agak pening sikit pada asalnya,” bentakku dengan suara yang masih ku bendung agar tidak berdentum.


“Okey, kalau macam tu, aku akan minta bos transfer aku ke projek Sabah Sarawak agar hati kau yang sakit dan mata kau yang semak bila lihat aku ni, tak terus sakit, tak terus semak,” sindirnya. Aku mendengus. Sakit-sakit pun boleh menjawa lagi. Memang mulut yang sihat ni.

“Patutnya dah lama kau buat macam tu, Khuzaimi. Tak ada kau, aku tetap hiduplah,” ucapku bangga.

“Sebab kau tu suka jalan sorang-sorang. Tak pernah nak beri peluang orang lain temankan kau berjalan,” tempiknya padaku. Serta merta terasa bahang menjalar ke wajah. Mahu diherdik sebegitu di depan Hartini yang sedari tadi diam seribu bahasa.

Perlahan-lahan airmataku menitis buat pertama kalinya di depan lelaki yang ku cintai ini. Kalah sudah selepas dia ku tidak hiraukan satu waktu dulu. Tewas dengan perhatian yang tidak pernah aku hargai sebelum ini.

“Terima kasih sebab dah lukakan hati aku, Khuzaimi,” ujarku dengan suara yang tertahan-tahan, lalu aku terus berlari keluar. Malu, memang malu.
*****
IBU tak sudah-sudah menggeleng melihatkan sikapku sekarang. Andai dulu becok macam murai, sekarang ni dingin macam salju.

“Senang-senang biar ibu jelah carikan jodoh untuk Khaiz,” ujar ibu satu malam tu.

“Ikut suka ibulah,” jawabku malas.

“Hai, macam tak nak je,” sela ibu pula.

“Dah tu, ibu nak Khaiz jawab macam mana? Nak Khaiz melompat sebab nak kahwin?” sindirku geram. Ibu senyum.

“Kotlah, Khaiz nak cuba pikat Zaim lagi,” duganya.

“Tak adalah, bu. Orang tak sudi. Buat apa nak sorong gigi pulak.” AKu dah mula buat lawak bodoh. Ibu ketawa.

“Apa kaitan dengan gigi pulak? Khaiz… Khaiz… cepat betul mengalah.”

“Orang dah tak nak, bu. Ibu nak Khaiz melutut ke kat kaki Zaim tu? Nak merayu dia supaya terima Khaiz. Macam tu?” Aku dah mula nak angin ni.

“Tak adalah sampai macam tu. Tapi, tak apalah. Kalau kata Khaiz setuju dengan cadangan ibu, ibu dah terima pinangan sorang ni. Cuti sekolah ni kita langsung, nak?” Aku terduduk di sisi sofa bila ibu berkata demikian. Ni bukan tanya persetujuan tapi paksa namanya.

“Emm, dah ibu terima pinangan orang tu, buat apa tanya Khaiz lagi? Nak tak nak kena terima jelah, kan?”
Aku bangkit menuju ke bilik. Sedih dengan keputusan tergesa-gesa ibu. Tanpa ku sedar, aku sebut nama Khuzaimi bersama airmata yang berlinangan. Siapa kata cinta itu nikmat? Memanglah kisah dongeng semata-mata dan sejak hari itu, aku akan elakkan diriku bertembung dengan Khuzaimi lagi.
*****
“KHAIZ betul ke dah minta cuti lama. Risau pulak ibu,” tanya ibu bila aku sedang monyok dalam bilik tatkala mak andam sedang siapkanku. Aku angguk.

“Jangan tengah hari nanti nak sanding, Khaiz cakap nak pergi kerja pulak,” sambung ibu. Aku angguk lagi dan kali ini bersama airmata yang menitis. Sedih mengenangkan diri akan dimiliki oleh lelaki yang bukan ku cintai.

“Janganlah kamu menangis, Khaiz. Kak Gee baru je touch-up ni. Cair pulak make-up ni.” Mak andam bernama Kak Gee tu menepuk bahuku.

“Yang kamu nak menangis tu kenapa, Khaiz?” tanya ibu. Dia dah mula bercekak pinggang.

“Orang tanya, tak kisah. Ni nak menangis pulak,” bebel ibu lagi. Pedih telinga ni. Orang dah la sakit hati ni. Ibu ni tak nak faham langsung.

“BUkan Khaiz nak menangis pun…” Aku dah hampir teresak-esak. Habis rosak make-up di muka. Cemburut muka mak andam.

“Dah tu?” marah ibu.

“Airmata ni nak keluar sendiri. Khaiz dah larang tapi dia degil. Ibu marahlah airmata ni.” Aku lihat ibu dan Kak Gee senyum mendengar jawapanku. Lalu Kak Gee paut wajahku untuk dikemaskan semula make-up.

“Apa bising-bising ni, bu?” Muncul dah wali aku ni. Aku jeling Abang Khairul dengan Kak Faezah dengan airmata yang kembali berlinangan.

“Degil betul airmata kamu ni, Khaiz,” tegur Kak Gee buat lawak. Abang Khairul, Kak Faezah dan ibu bantai gelak. Suka agaknya melihat aku yang terseksa jiwa raga dan bakul segala ni.

“Buruklah kamu ni, Khaiz. Nah, sign borang ni. Tengok elok-elok nama bakal laki kamu tu. Nescaya, kering terus airmata tu.” Aku sambut kertas yang Abang Khairul hulurkan dan sungguh. Aku terus berdiri. Habis lipstick tertenyeh ke pipi. Menjerit Kak Gee.

“Kenal nama tu?” tanya Kak Faezah. Aku angguk. Betul cakap abang aku, terus kering airmata.
“Nak ke tak?” tanya ibu pula dan sekali lagi aku menganguk pantas. Aku terus turunkan tandatangan tanpa banyak soal bila namaku dan Khuzaimi tertera di dalam borang pak imam tu.

“Kak Gee, cepat kak. Make-up balik muka saya ni,” rayuku pada mak andam ni. Siap tarik lagi tangan dia. Semua dah mula ketawa melihat telatahku. Ah, tak kira. Janji suami aku tu adalah Khuzaimi aku memang bersyukur amat.

“Tak menyempat la pulak,” usik Kak Gee. Aku apa lagi? Senyum saja.
Daripada Kak Faezah, aku dapat tahu yang Hartini itu adalah sepupu kepada Khuzaimi. Segala yang berlaku adalah dirancang rapi oleh mereka semua termasuklah kes di Tawau dulu. Susah sangat nak buka hati, kata Kak Faezah. Pertemuan secara tak sengaja dia dan Khuzaimi dulu telah membawa kepada rancangan serapi ini. Hanya kes kemalangan di tapak itulah yang tidak dirancang. Tapi sebenarnya, itulah apa yang telah Allah rancangkan dalam menemukan jodohku dengan dia.

Usai akad nikah, aku terus di tarik oleh Kak Gee sekali lagi. Mahu membuat persiapan kedua untuk persandingan dan serentak itu telefon bimbitku menerima satu SMS. Aku capai dan tertera nama bos aku di skrin. Haishh, apa pulak ni?

-Khaiz, boleh tak you datang office sekejap. I nak you sahkan payment ni sikit. Kesian dekat kontraktor sedang tunggu ni. Urgent!-
Hah, itulah permintaan yang paling gila pernah aku dapat. Aku renung Kak Gee yang sedang melakukan sentuhan terakhir selepas memakaikan aku dengan tudung, veil dan crown. Jiwa gila kerja aku datang lagi.

“Kenapa?” tanya dia.

“Kak Gee, Khaiz nak keluar kejap ikut pintu belakang. Ada hal urgent kat pejabat. Dalam sejam Khaiz balik. Nanti tolong cover ek,” rayuku pada mak andam ni. Bulat mata dia. Mesti dia fikir aku gila.

“Jangan buat pasal,” tegur Kak Gee. Aku terus melangkah. Buat tidak tahu je dengan amaran dia. Sudahnya dia terpaksa membiarkan aku berlalu.
Aku menyusup di belakang rumah dan terus mengambil teksi dengan persalinan pengantin segala menuju ke pejabat. Memang kesian dekat kontraktor tu bila cliam dia tak lulus lagi. Ni semua Khuzaimi punya pasal. Dah lama aku suruh buat lain. Haishh…

“Hai, cik adik. Kena paksa kahwin ke?” tanya pemandu teksi ni.

“Siap dengan baju pangantin meleret-leret menyapu jalan raya ni.” Haish, tak padan dengan berkopiah. Dia dah gelak mengekek. Mahu je aku luku pak cik ni.

“Saya main kejar-kejar dengan suami saya,” jawabku bernada geram. Dia gelak lagi. sudahnya aku buat tak tahu je.
Bila aku tiba di pejabat, semua mata tertumpu ke arahku. Termasuk Hartini. Rasa malu pula bila bertentang mata dengannya. Ada yang dah bantai gelak, aku yang geleng kepala, tak kurang juga ada yang senyum saja.

“Hai, ada pengantin lari la masuk office kita,” tegur salah seorang pekerja. Aku sengih. Garu kepala yang dibaluti tudung lantas berjalan menuju ke bilikku.

“Kenapa, kak? Dengan baju pengantin ni. Lari dari pentas persandingan, ya?” tanya Hartini. wajah itu cuak. takut sangat aku tinggalkan abang sepupu dia tu. Aku menggeleng.

“Ada kerja urgent sikit.”
Hampir setengah jam aku akhirnya dapat juga mengesahkan amaun yang sepatutnya dah terus aku emel kepada bos. aku kalih pada jam. Sejam lagi kena bersanding. Make-up dah cair. Aduhai, tiba-tiba terasa bodoh pula sebab terlalu pantas membuatkan keputusan di hari penting macam ni.

“Hai, Cik Runaway Bride,” tegur satu suara. Aku angkat wajah. Tubuh yang segak dibaluti baju melayu sedondon denganku, bersampin dan bersongkok itu tenang bersandar di dinding. Bibirnya menguntum senyum. Langsung tidak beriak marah. Nampak mesra bagai dulu.

“Erk, orang tak lari la,” protesku malu dengan tindakan terburu-buruku.

“Hari penting macam ni pun sayang sanggup tinggalkan majlis sebab kerja, ya? Nasib baik mak andam tu call abang cakap Khaiz ke pejabat. Nak pitam abang dengar,” ucapnya lembut.

Hai, bukan dia yang nak pengsan, tapi aku yang dah dekat nak longlai dengar dia panggil aku sayang dan biasakan diri dia abang. Aduh, terpanah lagi hati ni. Tapi, kali ini tak sakit sebaliknya nikmat. So, aku tarik balik kata-kata aku dulu. Cinta memang nikmat mengikut pilihan masing-masing hendak melestarikan kenikmatan itu ke jalan yang bagaimana. Baik atau buruk.

“Maaflah, bos call. Urgent. Abang juga yang tak siapkan kerja tu awal-awal. Dah Khaiz yang kena buat di hari bersejarah kita ni,” balasku lagi lembut. Malah terlebih pulak manjanya. Aku lihat bibir Khuzaimi semakin lebar tersenyum. Mungkin bahagia bila aku turut memanggilnya abang walaupun agak janggal selepas bertahun beraku kau saja.

“Jomlah kita balik. Sejam je lagi nak naik pelamin. Ni semua orang tak tahu. Kak Gee cover baik punya,” bisiknya bila dia sudah mendekat kepadaku. Jemari kami bersulam sesama sendiri. Dalam hati aku gembira tak terkata.

“Tak ku hirau bersanding di lembah, di gunung atau di tengah lautan sekalipun, asalkan pengantiku itu adalah kamu,” gumamku ke telinganya.

“…dan aku tak akan biarkan kamu lari lagi, wahai pengantinku,” sahutnya pula. Aku meledakkan tawa dan kami sama-sama menapak keluar lalu disambut
dengan tepukan gemuruh teman-teman.

“Bersanding dekat office,” jerit satu suara dan mereka terus tertawa. Aku tersenyum malu lantas kami terus berlalu. Menjadi pengantin yang lari dari majlis sendiri. Lari dalam kebahagiaan bersama si suami.

****TAMAT****

Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa? Siapakah yang kita cinta? Kerana takdir cinta kita bukan milik kita. Segalanya milik Allah dan bila Dia titipkan rasa itu dihati kita, biar siapapun yang tercipta untuk kita, relakanlah diri menjadi miliknya. Seikhlasnya rela…~~~> RM

18 comments:

  1. RM..suka dera perasan org...tgk syok baca.tiba22..TBC...

    ReplyDelete
  2. cik guest, maafla ek..rm bukan nak dera perasaan..saje jelah rm letak dulu sikit..nnt rm letak full version ek..maaf sesangat..

    ReplyDelete
  3. alah akak ni...bile nak letak ful version ni, xsabar nak baca...hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..lawak laa..sweet pon ada juga.. baca dri mula hingga akhir asyik tersengeh mcm kerng 'wangi' jea :p

    ReplyDelete
  5. comel part last tuh. hehe :)
    best2.

    ReplyDelete
  6. tahniah...baru jumpa blog ni ...semua ceritanya soooo sweeet......bestttt....

    ReplyDelete
  7. pengantin perempuan yang workaholic... hehehe... kawin plak ngan partner... tah sape la yg wat site visit tu kang time dorang cuti... hahaha...
    sweet la kak RM~~

    ~Haniza~

    ReplyDelete
  8. best2..tersengih2 aku bca..kunun prasam dri sndri..lalalala...sweet ending..KIU

    ReplyDelete
  9. best...lagi panjang lagi best..lmbt skit abis..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  10. HAHHAH KAK RM...BESTT...MAYA BC SAMBIL MKN KFC...KEKKEKE

    ReplyDelete
  11. Sukenyer.... Terasa rugi sbb lambat merasai ke'best'an nyer....

    ReplyDelete
  12. dah terpaut hati dgn blog ni...memang best sangat

    ReplyDelete
  13. Cik Writer...sweeet giler citer nie..bule kene kencin manis ;p

    ReplyDelete
  14. alolo sweetnyaaa. nak baca full version hmm T.T

    ReplyDelete
  15. Sweeet sgt2..ni semuanya ya? Atau ada lagi?

    ReplyDelete
  16. Sweeet sgt2..ni semuanya ya? Atau ada lagi?

    ReplyDelete