Tuesday, June 05, 2012

Suami Tak Kuhadap 13


BAB 13

PERISTIWA malam tadi berlegar di mindaku.  Akhirnya Budriz berlalu tewas akan kedegilanku.  Mangkuk bubur yang dibawanya malam tadi aku pandang sepi.  Membiarkan rezeki itu begitu saja tanpa ada rasa secubit pun hendak merasainya. 
Usai subuh, aku bangkit dengan semangat baru.  Semangat untuk melepaskan diri dari segalanya.  Budriz tiada di bilik sejak dari malam tadi.  Peluang itu aku ambil  untuk menyumbat segala barangan milikku ke dalam beg pakaian.

Kali ini, usah ditahan usah dilarang.  Kaki ini akan maju tanpa berundur lagi.  Yang terjadi biarkan saja terjadi dan aku akan membawa diri ini jauh dari mereka.  Membawa lari status seorang isteri pada seorang suami yang aku tak pernah ingin memandang rupa dan menerima dirinya dalam diriku. 
Setelah beg itu siap, aku letakkan di sisi katil.  Rasanya waktu ini, Budriz sudah bersiap hendak ke pejabat.  Aku tarik daun pintu dan perlahan-lahan melangkah turun ke bawah hendak melihat keadaan rumah.  Pastilah ayah dan Mak Usu akan pulang hari ini dan aku akan keluarga setelah mereka semua tiada. 
Bila kaki ini memijak anak tangga yang terakhir, langkahku mati.  Suara antara Budriz dan bondanya jelas kedengaran di telingaku.  Keluhan demi keluhan tak putus dari bibir Budriz. 
“Kenapa Riz nak buat adik macam tu kalau benar-benar cinta?”  Aku dengar suara Mak Usu agak keras kali ini berbicara dengan anak lelakinya. 
“Riz tak nak Syai terus hanyut menyalahkan takdir dan kita semua, bonda.  Dia tu nampak je kuat di luar tapi batin dia, hati dia kita tak tahu bonda tapi Riz dapat rasa yang Syai tu menderita amat.  Riz tak nak dia terus menderita dan kita biarkan dia macam tu je,” jawab Budriz membuatkan aku hampir terduduk di atas tangga. 
Pengakuan itu pernah menyapa telingaku sebelum ini tapi aku sungguh tidak menyangka, pengakuan itu juga dibuat pada bondanya.  Ikhlaskah dia atau sekadar hendak membeli sebuah jiwa yang telah mati? 
“Tapi bukan dengan cara memburukkan Syai depan ayah, Riz.  Bukan dengan cara memburukkan dia depan Auntry Imah dan nenda,” keluh Mak Usu lagi.
Bila aku intai sedikit, Budriz seperti biasa.  Meramas rambutnya yang agak panjang dan selekeh itu.  Nampak seperti berpakaian biasa saja.  Tak kerja ke?  Ayah pula entah ke mana.  Ke masjid barangkali dan masih belum pulang.
“Cara apa lagi untuk buat ayah paksa Syai terima Riz, bonda?  Cara macam mana lagi untuk buat Syai jadi isteri Riz?  Cara apa lagi  untuk buat nenda setuju dan suruh kami nikah?  Cuba bonda bagitahu Riz.  Dengan kedegilan dan kekerasan hati Syai tu, dengan cara apa lagi untuk buat dia kembali bernafas di sisi Riz?” 
Budriz keras menyoal membuatkan aku tersenyum sinis pada diri sendiri.  Tiada nafas lagi yang tinggal dalam diriku Budriz.  Tiada lagi kehidupan dalam satu jasad  yang sudah tidak berjiwa dan tak punyai hati.  Bisik hatiku sendiri.
“Bonda tak tahu itu!”  tekan Mak Usu sambil menggeleng tidak puas hati.  Teko di tangannya diletak di depan Budriz.  Cawan dicapai dan milo panas itu dituang untuk anaknya itu. 
“Kalau bonda tak tahu, Riz lagilah tak tahu,” tukas Budriz sebelum dia menghirup airnya. 
“Memang Riz tak tahu dan bonda jugak tak tahu tapi satu yang bonda tahu, Riz kena cakap pada ayah yang Riz tak pernah buat bukan-bukan pada Syai.  Syai anak dara dan masih suci.  Bonda tak nak hubungan yang dah sedia teruk antara ayah dan Syai tu berubah jadi lebih buruk angkara Riz.  Kejap lagi ayah balik dari masjid.  Sebelum kami balik ni, bonda nak dengar Riz berterus terang dengan ayah.  Ada masa balik rumah nenda, cakap dengan nenda sekali!”  tekan Mak Usu. 
Pertama kali aku melihat dia bertegas dengan Budriz tentang diri ini.  Pertama kali melihat dengan mata kepala dan mendengar dengan telingaku sendiri bila Mak Usu mempertahankan maruah diri ini, hatiku terasa nyilu.  Apakah rasa ini?  Aku sendiri tidak pasti. 
“Bonda… Riz…”  Bicara Budriz mati.  Dia memandang bondanya lemah.  Cawan itu ditolak menjauh. 
“Riz boleh cakap dengan ayah pasal ni dan Riz sanggup terima apa saja hukuman dari ayah demi Syai tapi Riz tak ada kekuatan nak cakap pada nenda.”  Budriz menyambung setelah diam seketika. 
“Itu urusan Riz dengan nenda.  Bonda tak nak campur.  Kalau dah payah sangat, Riz cakap dekat Aunty Sarimah.  Bonda tak  boleh nak cakap apa dah dengan nenda sedangkan Riz sendiri tahu kedudukan bonda bersama nenda selama ni dan bonda tak nak perkara  yang pernah bonda lalu dulu, dilalui oleh Syai sekarang.  Riz yang beria-ia nak peristerikan Syai dan sanggup perangkap dia, Riz jaga amanah Allah tu baik-baik!”  tekan Mak Usu lagi lalu dia masuk ke dapur meninggalkan Budriz dengan keluh kesahnya. 
Aku hanya melihat belakang tubuh Budriz yang bersandar pada kerusi di ruang makan dengan hati  yang sebal.  Suara Mak Usu terngiang-ngiang di dalam kepala.  Benarkah kasih sayang ibu tiri juga setanding dengan ibu kandung?  Andai benar begitu, kenapa dia sanggup merampas ayah?  Membiarkan kami begitu? 
Aku pandang telapak tanganku.  Memerhatikan garisan tapak tangan yang berselirat.  Langsung tidak teratur.  Bagaikan kisah hidup dan takdir hidupku yang tidak putus-putus terduga.  Begitulah berseliratnya kepala dan akal ini mencerna sesuatu keadaan. 
Hati ini dijentik sayu juga bila Mak Usu berkata begitu tapi mudah saja rasa sayu itu membeku ditiup angin marah yang semakin dingin.  Tidak dalam setelah itu, aku dengar suara ayah dari pintu dapur. 
“Lambat balik, bang?”  tanya Mak Usu mesra. 
Aku pejam mata.  Ibu juga pernah bertanya begitu pada ayah tapi tidaklah selalu.  Terlalu jarang dan terlalu singkat masa mereka bersama. 
“Ada ustaz mengajar kat masjid.  Jumpa kawan-kawan lama.  Sajalah duduk-duduk sembang.  Abang ajak diorang datang rumah dalam minggu depan ke.  Nak buat tahlil untuk arwah Sakinah dan kesyukuran untuk Budriz dan Syaima tu.  Tak tahulah budak-budak setuju ke tidak.  Kita buat jelah.  Abang pun tak tahu dah apa lagi hadiah  yang patut abang berikan untuk Sakinah dan Syai melainkan doa kita, Ina,” jawab ayah panjang lebar. 
Sekali lagi, hatiku tersentuh.  Kedengaran ikhlas suara ayah berkata demikian.  Setelah sekian lama, pertama kali aku mendengar ayah menyebut nama arwah ibu membuatkan airmataku mula bergenang dengan sendirinya. 
Aku labuhkan duduk di atas anak tangga dan menyandarkan belakangku ke dinding.  Lutut ini aku tarik rapat ke dada dan cuba bertahan agar tidak terus mengalirkan airmata mendengarkan drama palsu mereka. 
Bagiku, tiada guna lagi doa itu padaku.  Segalanya telah berlaku.  Ayah telah membuktikan kasih sayangnya buat arwah ibu dulu dan juga buat aku kini.  Kepercayaannya padaku tidak pernah ada. Tidak pernah tersisa andai pernah ada. 
“InsyaAllah, abang.  Nanti Ina cakap dekat Sarimah sekali dan ajak jiran-jiran,” sambung Mak Usu pula. 
Aku intai sedikit ke arah ruang makan dan ayah kini sedang menghampiri Budriz.  Bila bahu Budriz ditepuk, lelaki itu pantas bangkit dan mengucup tangan ayah.  Sesuatu yang tidak pernah aku rasai.  Sesuatu yang aku mahu lakukan kini namun ada yang menghalang.  Aku mencemik penuh benci dan hanya mampu memerhatikan keluarga bahagia di depanku kini.
Mak Usu meletakkan cawan di depan ayah dan menuangkan air untuknya.  Ibu pernah begitu tapi mengapa ayah mencurangi ibu?
“Macam mana isteri kamu, Riz?”  tanya ayah.
Soalannya itu membuatkan aku hampir menjerit sendiri.  Perkataan isteri itu benar-benar bagaikan parasit dalam hatiku.  Menghisap tanpa belas. 
“Emm… macam tu lah, yah.  Makin keras.  Tak tahu Riz nak lentur macam mana?”  jawab Budriz bersama tawa halus.
“Dah kalau kamu pun dapatkan dia dengan cara keras, memang macam tu lah!”  sinis bondanya pula membuatkan aku pula mengukir senyum. 
“Apa hal pulak ni?” 
“Err…”  Budriz gagap.  Bila ayah memandang bondanya, Mak Usu juga diam saja. 
“Syai tak makan lagi malam tadi, Riz?”  tanya ayah lagi prihatin. 
Budriz menggeleng.  “Dah pujuk tapi tak nak makan jugak.  Dinihari tadi Riz masuk jenguk, tidur pun tak berselimut.  Makanan tak berusik.  Air tak diminum seteguk pun,” luah Budriz kedengaran kesal. 
Ayah ketawa halus.  Tawa sinis lebih untuk dirinya sendiri mungkin.  Kopiah putih itu dibuka lalu dia mengusap kepalanya yang sudah nampak banyak putih dari hitamnya. 
“Mungkin Riz tak cukup ikhlas masakkan bubur tu untuk dia malam tadi.  Sebab tu Syai tak dapat rasa keikhlasan Riz.”
Aku terkejut sendiri bila ayah berkata demikian.  Budriz masakkan bubur tu?  Padanlah dia beria-ia memaksa aku makan dan andai benar begitu, aku berkali tidak sudi hendak menjamah hasil tangannya. 
“Sama macam ayah, Riz.  Ayah betul-betul bersyukur bila kamu sanggup bertanggungjawab dan menjaga Syai untuk ayah sebab ayah nampak kamu betul-betul sayangkan dia.  Tapi, mungkin ayah masih belum ikhlas untuk Syai sebab tu Syai tak dapat rasa kasih sayang dan rindu ayah pada dia,” luah ayah lirih. 
Dia nampak mengesat hujung mata tuanya.  Mak Usu pula pantas menyapa belakang ayah dengan lembut.  Memujuk ayah.
“Ayah… Riz… sebenarnya ada hal nak bagi tahu ayah ni.” 
Ayah panggung kepala memandang Budriz.  Dia diam memberi laluan pada Budriz bersuara.  Mak Usu juga gumam sedari tadi. 
“Riz… se… sebenarnya Riz dengan Syai… Riz…”  Budriz tergagap-gagap.
“Apanya?”  soal ayah bagaikan tidak sabar.
“Riz tak pernah usik Syai sikit pun.  Dia bohong kata dah terlanjur dan Syai tak mengandung pun.  Syai pitam sebab tak makan!”  tekan Mak Usu bersama gigi yang diketap kuat. 
Aku tahu dia geram dengan anak lelakinya.  Sudah bersuara begitu, Mak Usu diam dan Budriz tunduk namun ayah pantas bangkit.
“Apa Ina cakap?  Riz, apa bonda cakap ni?”  tanya ayah marah.
“Riz minta maaf, yah.  Riz buat ni sebab…”
“Sebab kamu memang nak suruh Syai terus benci kita?  Nak suruh dia terus benci ayah dan bonda sebab paksa dia kahwin dengan kamu angkara fitnah kamu, Budriz?” 
Berdentum suara ayah memarahi Budriz.  Aku gamam tapi lambat-lambat bibirku menguntum senyum.  Senyuman puas hati bila akhirnya Budriz akui semua ini. 
“Riz tak berniat macam tu, yah.  Riz cintakan Syai.  Riz nak jaga dia,” akui Budriz lagi dan kali ini lebih bersungguh-sungguh. 
“Ayah memang nampak cinta kamu untuk Syai dah lama, Budriz,” tekan ayah bersama keluhan berat. 
“Ayah memang dah lama tahu yang sayang kamu pada dia bukan sayang seorang abang pada adik tapi sayang lain.  Ayah lagi lama hidup dari kamu, Budriz tapi kamu fikir tak kesan dia pada Syai.  Kamu nak dia terus bencikan kita?  Bencikan ayah?  Bonda?” 
Budriz menggeleng tanpa suara. 
“Kalau kamu tak nak, kenapa buat macam ni?  Ayah pun silap sebab percayakan kamu Budriz.  Patutnya ayah percayakan Syai tapi jurang antara kami buat ayah sentiasa jauh dari dia.  Kamu tahu Riz, kemain payah ayah nak cuba dekatkan diri dengan dia.  Dia makin jauh dan perbuatan kamu ni akan buat dia terus jauh dan bencikan ayah, Riz,” ucap ayah lagi. 
Dari suaranya, aku tahu dia kesal kerana tidak mempercayaiku dan inilah natijahnya.  Bukan salahku untuk membuatkan aku terus jauh dari dia dan keluarganya.  Ayah duduk dan ada esakan kecil. 
“Kalaulah ayah mampu undur waktu seketika dan pilih untuk percayakan dia…”  Ayah mengeluh lagi. 
Budriz lantas menggapai tangan tua ayah.  Dikucupnya berkali-kali.  Kemudian dia angkat kepalanya dan mencari wajah ayah dan bondanya.
“Jangan cakap macam tu, yah.  Riz salah kali ini.  Riz buat macam ni sebab tak nak Syai terus hanyut sendiri, yah.  Riz nak jaga dia untuk ayah,” rayu Budriz. 
Ayah menggeleng.  “Ayah risau Syai tak akan ada maaf langsung untuk kita!”
“Riz akan buat apa saja untuk Syai maafkan, Riz dan kita semua.  Riz akan lakukan.  Ayah ampunkan Riz.” 
Budriz sekali lagi tunduk dan mengucup tangan ayah yang nampak kaku dan masih terkedu.  Mak Usu diam merenungnya.  Aku pula terus bangkit bila Budriz memberikan syarat demikian.  Syarat yang memang aku nantikan selama ini. 
Perlahan-lahan, aku menapak ke arah mereka.  Mak Usu bangkit bila ternampak kelibatku.  Kala dia mahu mendekat, aku tahan dengan tangan agar dia tidak terus maju. 
“Ayah…”  Nama ayah aku seru perlahan. 
Dia berpaling lemah dan menatap wajahnya dengan bening mata yang berair. 
“Ayah minta maaf sebab tak percayakan…”
“Syai akan maafkan semua,” cantasku pantas.  Ayah terdiam.  Budriz juga. 
“Seperti yang Budriz katakan, dia sanggup lakukan apa saja untuk Syai maafkan semua, kan?”  tanyaku sambil mata melirik ke arah Budriz yang tercegat kaku. 
“Syai akan maafkan semua orang dengan satu syarat saja…”  Bicaraku mati di situ.
Mereka bertiga nampak tidak sabar hendak menanti patah bicaraku lagi.  Aku gariskan senyuman yang lemah tanpa daya untuk mereka. 
“Ayah suruh Budriz ceraikan Syai dan biarkan Syai hidup sendiri.  Syai akan berlalu dari semua orang tanpa ada dendam atau marah lagi untuk semua hal,” sambungku jujur dan ikhlas dari hati ini. 
Ayah mengucap panjang.  Mak Usu juga.  Hanya Budriz yang menggeleng tidak bersetuju. 
“Ayah tak suruh Syai nikah untuk bercerai, nak,” ujar ayah tidak setuju. 
“Kalau ayah nak Syai maafkan semua orang, ini jelah syaratnya ayah.  Dan kau Budriz, aku akan maafkan kau tapi penuhi syarat aku!” tekanku lalu aku berpaling hendak berlalu ke atas bila aku rasakan tangan Budriz menyambar hayunan tanganku. 
“Abang janji depan ayah dan bonda, Syai…” ujar dia tiba-tiba setelah berjaya mencengkam kedua belah bahuku. 
“Perkataan cerai tu abang haramkan dalam hubungan kita dan abang hanya akan lepaskan Syai berlalu bila ajal menjemput Syai dan selain itu, abang tak akan pernah biar Syai pergi dari hidup abang.  Abang salah… semua orang salah tapi bagi peluang pada diri abang untuk buktikan kasih sayang abang dan kami semua.  Berikan peluang pada diri Syai sendiri untuk berasa bahagia,” rayu dia lirih dan penuh beremosi. 
Aku senyum pada hujung bibir dan menggeleng.  “Merayulah Budriz.  Merayulah seperti mana aku merayu ayah untuk tidak nikahkan aku dengan kau…” 
Aku memandang ayah seketika.  Menyindirnya di dalam diam.
“…tapi ayah tetap nikahkan aku dengan kau.  Itu memang syarat yang perlu kau penuhi tapi syarat itu adalah arahan mati untuk kau, Budriz.  Arahan yang perlu kau ikut tanpa ada pilihan lagi!”  tegasku dalam kelembutan. 
Cengkaman Budriz pada bahuku, aku leraikan lembut dan kaki ini terus melangkah memanjat anak tangga dengan langkah yang kian longlai bersama kudrat yang masih sedikit tersisa. 

**

BARU saja aku keluar dari bilik air tengah hari ini, aku dengar deruman enjin kereta berlalu dari rumah dan bila aku jenguk di beranda, kereta ayah mula menjauh dari rumah.  Aku senyum terpaksa.  Barangkali, ayah sudah tewas dengan kedegilanku dan juga syarat  yang aku berikan pagi tadi. 
“Akhirnya… ayah memang sentiasa nak biarkan Syai sendiri,” ucapku perlahan dan menggeleng sedikit. 
Bila aku berpaling, tubuh Budriz tegak berada di depanku dengan dockers berwarna krim dan t-shirt kuning cair yang tersarung di tubuhnya itu.  Serta-merta perbualan mereka pagi tadi berdengung di dalam kepala.  Membawa sedikit rasa pelik dalam diriku namun cepat-cepat rasa itu terbunuh akan kebencian ini.
“Abang yang minta ayah tinggalkan kita dan abang tak akan biarkan Syai bersendiri lagi,” ujar dia. 
Aku berlalu dan bila Budriz menghalang, tubuh itu aku tolak sedikit dan membawa langkahku rapat ke almari.  Tuala kecil aku capai dan wajah yang basah ini aku lap. 
“Kau tak kerja ke?” 
“Abang cuti lagi nak jaga Syai.  Syai tak sihat, kan?” 
Aku sengih.  “Macam mana syarat tu?”  Aku ubah tajuk perbualan lagi. 
“Syarat apa?”  tanya dia buat-buat tidak tahu. 
Aku berpaling dan membentak.  Tuala kecil itu aku campak ke permaidani. 
“Jangan buat-buat bodohlah, Budriz.  Lepaskan aku dan aku tak akan ada dendam lagi dalam hati ini untuk kau,” tukasku kasar.
Budriz ketawa sinis.  “Syai ingat abang boleh percaya ke?  Berpuluh tahun Syai hidup dalam dendam buat kami dan tiba-tiba hari ini Syai kata Syai nak lupakan semuanya hanya dengan syarat tu?  Sejak bila hati mati Syai hidup ni?”  tempelak dia. 
Aku telan liur sendiri bila Budriz panas menyindir.  Dia melangkah mendekatiku.  Tuala kecil itu dia kutip dan dia hampir lagi lalu melelar pergelangan tanganku lembut.  Anak rambut yang berjuntaian di dahi, dia kuak ke atas lalu kain putih itu dibawa menyentuh dahiku. 
“Abang tak akan lepaskan Syai.  Tak mudah abang dapatkan dan tak akan mudah abang lepaskan, sayang,” gumamnya dekat di depan wajahku. 
Aku mencemik benci.  Tangan ini aku tarik dan terus saja aku berlalu dari dia yang hanya tersenyum memandangku.  Punggung aku labuhkan di birai katil memandang Budriz bagaikan mampu aku telan hidup-hidup. 
Melihatkan cermin yang telah berganti itu, aku sendiri tidak tahu bila Budriz menggantikan cermin yang pecah itu dalam sekelip mata.
“Kenapa pandang cermin tu lagi?  Nak pecahkan lagi?”  sindir dia. 
Aku ketap bibir.  “Ikut suka akulah!  Apa kau peduli?”
“Abang peduli.  Abang peduli sebab abang sayangkan Syai.  Macam ayah cakap… dah lama dia nampak abang cintakan Syai tapi pelik, bila Syai tak nampak atau Syai buat-buat tak nampak.  Takut terjerumus dalam cinta abang dalam-dalam?”  soal dia kembali bersama senyuman yang membuatkan aku naik menyampah. 
“Kau jangan buat lawak jengkel dengan akulah, Budriz.  Aku tak sudi nak hidup dengan kau!  Jangan harap aku nak hidup dengan kau!  Malah dengan mayat aku pun kau memang tak layak nak hidup!” tekanku geram.
Budriz memeluk tubuhnya.  Dia melangkah dan terus melangkah lalu dia labuhkan punggung di atas bangku meja solek dan tunduk sedikit menyulam jemarinya sesama sendiri.
“Memang abang tak mampu sentuh jasad Syai walaupun Syai dah jadi mayat nanti sebab abang  yakin, abang mampu sentuh roh dan hati Syai buat selamanya.  Ini janji abang,” selanya tenang.
Sekali lagi aku mencebik penuh benci.  “Kau tak layak untuk itu, Budriz!”
“Syai akan jadikan abang layak untuk semua tu.  Satu hari nanti.  Biarpun bukan hari ni!”  ujarnya pantas. 
Aku terdiam.  Keyakinan Budriz kadang-kadang menakutkanku.  Seperti mana kesanggupan dia menipu ayah dan semua untuk memilikiku, aku yakin dia akan sanggup melakukan lebih dari  yang aku bayangkan. 
Suara Mak Usu dan ayah silih berganti menerjah minda.  Keikhlasan Mak Usu mempertahankanku.  Membuka semula kepercayaan ayah dan tangisan ayah kerana kekesalannya membuatkan aku berfikir sendiri akan dua insan yang paling aku bencikan itu. 
“Syai…” 
Aku tersentak.  Entah bila Budriz ada di sisiku.  Wajah Mak Usu dan ayah menjauh.  Diganti pula dengan wajah Budriz yang dekat dan semakin dekat.  Bila aku hendak bangkit, dia menahan lalu pinggangku dipaut kemas.  Bila kau hendak membentak, dia mengetatkan lagi pelukannya. 
“Sayang mintalah apa saja tapi bukan perpisahan.  Kalau kata abang perlu ada di sisi Syai 24 jam, abang sanggup,” ujarnya lagi.
“Dah tu kau nak makan batu tak nak kerja 24 jam?”  Aku menyindir dan Budriz tersenyum sedikit. 
“Abang heret Syai sama ke tempat kerja.  Kerja dengan abang.  Duduk 24 jam depan mata abang,” selanya lagi membawa sedikit senyuman di dalam hatiku. 
Pelik!  Apakah ini?  Adakah benar hati ini sudah sudi memaafkan?  Aku tidak tahu yang pasti, aku tahu yang aku harus berlalu mencari semua diri sendiri  yang telah lama hilang.  Terkubur bersama jasad arwah ibu.  Sedangkan kala ibu ada, aku tidaklah sebaik mana.  Tapi, bagiku ibu adalah segalanya hinggakan masa depan sendiri tidak pernah aku hiraukan. 
“Syai kerja dengan abang?” 
Aku tersentak lagi.  Cepat-cepat aku menggeleng.  “Aku tak boleh bersama kau, Budriz.  Aku memang bencikan kau dan benci itu tak pernah surut malah semakin menggunung.  Kau tahu tak?”  beritahuku seraya mengukir sekuntum senyuman manis buat dia. 
Aku lihat Budriz telan liur berkali-kali.  Bila aku tolak tangannya dari terus memeluk pinggangku, Budriz merelakan.
“Apa yang abang perlu buat untuk Syai terima abang?  Terima cinta abang?”  tanya dia bila aku bangkit berlalu ke almari. 
Beg pakaianku rupanya sudah dikemas semula oleh Budriz.  Aku tarik semula beg itu dari atas almari dan mahu menyumbat pakaianku sekali lagi di dalamnya. 
“Apa kata kau bunuh diri!  Lenyap dari mata aku.  Mungkin dengan itu aku mampu terima kau!”  cadangku. 
Kedengaran bodoh dan kejam namun aku yakin yang Budriz tak akan begitu.  Bila aku duduk, Budriz bangkit dari birai katil. 
“Mungkin Syai nak tukar kenduri kesyukuran kita minggu depan jadi kenduri arwah abang dan arwah ibu Syai, kan?”  tanya dia.
Aku langsung tidak memandang wajah itu sebaliknya jemariku ligat melipat pakaian. 
“Terserahlah, Budriz.  Dan kalau kau jadi hantu, aku dah nak keluar dari rumah ni.  Moga kau aman damailah lepas bunuh diri ni!”  tekanku lagi.
“Syai bahagia abang mati?”  tanya dia. 
Aku berpaling seketika.  “Sangat bahagia, Budriz!”  jawabku sinis. 
Dia angguk berkali-kali dan aku terus berpaling ke dalam almari hendak mengambil sisa pakaianku lagi. 
Belum sempat aku capai pakaian terakhirku, aku dengar suara nyaring milik Budriz menyeru namaku. 
“Ya Allah!”  Aku mengucap panjang bila kurasakan ada susuk tubuh yang berlari ke arah beranda. 
Pantas aku berpaling dan ternyata dia sudah tiada di dalam bilik.  Aku angkat tubuh pantas bila degupan jantungku terasa hidup kembali. 
“Budriz…”  Aku menyeru namanya bersama langkah yang agak longlai menuju ke beranda  yang sedar tadi ternganga lebar. 
Bila aku rapat pada beranda dan melihat ke bawah, tubuhku terjelepuk ke lantai.

~~> bersambung

72 comments:

  1. dasatla rehan...nak lagi lak lagi...meluat plak dengan syai tu....degil yang amat....mulut plak laser..

    ReplyDelete
  2. ya allah betapa keras nya hati syaima..
    butekah syaima dgn cinta budriz...
    jgn bunuh diri budrizz..

    ReplyDelete
  3. eh eh eh..xkan budriz terjun kot~~~pelik2~~~

    ReplyDelete
  4. xkan budriz bunuh diri kot??
    nie mseti prank je nie kn sis. hehe :)
    nape la hat syai keras sgt? memang hati dia mati ngan dasyat da nie nmpak gayanya !

    ReplyDelete
  5. eh! astaghfirullahalazim. Budriz terjun ke ? Dia bunuh diri ? Kata nak jaga Syai, kenapa nak bunuh diri? Oh! Budriz buat camtu sebab nak suruh Syai terima dia kan? Lepas tu kalau dia mati, Syai nak terima macam mana? dah jadi arwah dah. dan kalau dia koma atau patah mana2 anggota ke Syai masih nak terima ke?

    ReplyDelete
  6. Ala......biar betul budriz bunuh diri, syai pun satu, degil mcm xingat ALLAH, dendam punya psl sampai nak minta nyawa org jd galang ganti, hei... cepat2lah taubat

    ReplyDelete
  7. masya Allah......jgn buat perkara yg dilarang agama..
    wah hebat ni...thrill sungguh..best lah entry kali ni Ann...

    ReplyDelete
  8. x kan budrz bunuh diri..... budriz bukan orang yang x kuat iman.... saja nak gertak syai kan.....

    ReplyDelete
  9. Budriz kuat pegangan ugama nya. Takkan sebab Syai kata begitu dia sanggup terjun beranda... tak mungkin..

    ReplyDelete
  10. Gmpak.... Sbug rehan sbug...

    ReplyDelete
  11. Wah...suspen nie..Syai nie degil sungguh. kesian Budriz..

    ReplyDelete
  12. ish2 kental tul la syaima ni kan..sedih tp keras..xkan smpai nk hilang nyawa br nk sedar kut..

    SAB cdera je kut..klu mati tamatla citer ni plak kan ^__^

    ReplyDelete
  13. cepat smbg...kalau boleh harini kak rehan...
    tak sabar rasanya ni...

    ReplyDelete
  14. tunggu en3 esok lak keke
    xsabau ny,.alah Budriz saje je wat gimik tu,bg Syai tersentap ckit keke

    ReplyDelete
  15. suspen3 bud terjun ke? cpt sambung rm, huhuhu

    ReplyDelete
  16. jngn kate budriz terjun beranda....x saba nk tnggu nex n3...

    ReplyDelete
  17. Berani mati woh Budriz. Cayalah! Nasib baik tak buat yg syai mtk mak dia masak tu. Haha.

    ReplyDelete
  18. terbaik la akak..hehe
    budriz bunuh diri ?
    gimik je kan ?

    ReplyDelete
  19. budriz tak bnuh dri tu..x jd terjun rsanya...bersembunyi di beranda..hehehe,,..tak slhkn syai atas sgla yg dia lkukn..sbb hanya dia sja yg thu tentg apa yg dia lalui slama ni..

    ReplyDelete
  20. eiiiiiiii gram y an syai ego cgt ,
    budriz x sgila 2 kan nk trjun dri branda ...
    RM nk lagi ...

    ReplyDelete
  21. ala takat tingkat 2 je terjun mane ade mati.paling teruk pon patah2 jek.hehe :)

    ReplyDelete
  22. ntah2... Budriz tu nyorok balik dinding je... Syai tu cinta... tp hati dia dh dibaluti perasaan benci n dendam... sbb tu dlm Islam diberi gnjaran yg tinggi jika memaafkan org....

    ReplyDelete
  23. Hish, kadang kadang geam lah dengan si Syai ni, keras kepala betul! Gimik je kan, Budriz? Tau pulak Syai ni nak terkejut bagai, ingatkan nak buat taktau je, HAHA anyway, nice one kak rehan, waiting for more! ;)

    ReplyDelete
  24. Budriz terjun ke? Gilo apa! hahahaa. Tak nak lah bunuh diri. huhuhu

    ReplyDelete
  25. x kan lar Budriz nk bunuh diri kodd.. x agama ape..
    Msti gimik sbb nk tkutkan Syai tu..

    ReplyDelete
  26. ala..x macho la lau budriz bunuh diri...dia buang baju syai je kut....hahahha

    ReplyDelete
  27. woo wooo...
    biar btl...
    x2...budriz x terjun kn..
    wargh melompat2 jantung ni RM..
    huhu

    ReplyDelete
  28. aik, x kan budriz terjun..
    x kot..
    x sbr nak tggu smbungan..
    hero x kan mati awal..hehe

    ReplyDelete
  29. waaaaaaaaaa... cepat la sambung. please!!

    ReplyDelete
  30. betul ke budriz nk bunuh diri?ke saje nk tgk reaksi syai je? ni yg xsabar nk bc yg seterusnya ni... mmg terbaiklah kak rehan!!!


    hudaghazali

    ReplyDelete
  31. Jeng...jeng...jeng... suspense betul.... Takkanlah Budriz nak cuba bunuh diri... Takkan tipis sgt iman.... Walaupun sekadar acah2 ajer...

    Syai, pegi ler makan, kuatkan badan dulu, lepas tu barulah mulakan projek nak larikan diri.... Hihihi....

    Next entry pls.... tak sabar nak tau...

    ReplyDelete
  32. hero mati, citer dh tamat! hahaha..
    hdop lg laa dye... no worries.

    ReplyDelete
  33. gimik jer kot. xkanlah si budriz ni nak bunuh diri...kerasnya hati syaima. itulah bila dendam menguasai diri apa pun x fikir yang ada dalam fikiran cuma nak bagi hati puas... mg2 lepas kejadian ni hati syaima lembut skit mmglah payah nak terima semuanya tapi harap2 sikit2 syaima blh fikir dengan sewajarnya... terbaiklah kak rehan....

    -hanim-

    ReplyDelete
  34. gla syg sgt2 budriz dkt syai 2...touching plak rse..huhu...bnuh dri olok2 je tau...thu tkt syai..hehe...nk lg....

    ReplyDelete
  35. tibe2 terfikir,betol kta org 'kite jgn terlalu membenci seseorang,takut nnti kte sayang akan diri dia pulak'..i think dis will happen to Syai..syai2..sabar je lah dengan ego awak yg tinggi menggunung 2..hhehe..;)

    ReplyDelete
  36. bukan Syai ni tinggal umah teres 2 tingkat aje ke???
    hehehe!!

    ReplyDelete
  37. erk syai jdik janda brhias la gamaknye..hehehe

    ReplyDelete
  38. hehe suspen!... ya sape yg pewrnah merasai hidup bersaudara tiri je tau citer cenggini. sangat menyakitkan dan dendam itu sgt kuat.. sgt sukar untuk meruntuhkan tembok itu... tapi akhirnya ada kemanisan..

    bg kak rehan rehat kjp... hehe...

    ReplyDelete
  39. eh,.budriz tak sebangang tu kut! huhu x lah.....!!

    ReplyDelete
  40. suspennya..budriz terjun beranda tu ka??
    syai nie pon, apsal la keras hati sgt ntah..

    ReplyDelete
  41. sakit pulak hati dengan syai kdg2...xabes2 dgn degil tu..

    ReplyDelete
  42. hahhh!!!.. astaghfirullahalazm......
    kau terjun ke Budriz???..
    katakanlah Budriz cuma nak gertak Syai, tapi ajal dah sampai... kan naya..
    niat nak bunuh diri tu dah ada
    eeee.. seramnya.... PA kiri kanan catat buat appoitment....
    macam tak ada cara lain nak pujuk.
    syai cuma mimpi aje tu... benci & dendam terbawa2x hingga menggangu lena..
    alahi Budriz... nak ambik ati bnyk lagi cara...
    hendak seribu daya tak hendak seribu dalih tau..

    ReplyDelete
  43. cepat2 sambung..

    ReplyDelete
  44. Wahhh!!! Ada watak stunt gitu! ;)

    ReplyDelete
  45. erkk.. tak kanlah budriz terjun betul2 kot.. heh, ni mesti ada menyorok kat mana2 nih... aisehhh

    ReplyDelete
  46. budriz bunuh diri???MUNGKINNNN TIDAKKKKK.............

    ReplyDelete
  47. kalau budriz trjun pn ok gak...pastu pth tgn ke kaki ke..then msuk hospital n syai kne jge...pastu syai pn fall in love ngn budriz..hehehe ^^

    ReplyDelete
  48. walauweh, tuh la. degil lagi. kan da menyesal.tapi rasenyeh budriz x wat cam tuh. dyeh maybe nak ui syaima eh kot. dyeh nak test2 jeh kot. x kan budriz fikir singkat sgt samapi cam tuh semata2 nak dapatkan kemaafan n cinta syaima kan?

    ReplyDelete
  49. DEGIL BETUL SYAI NI KESIAN BUDRIZ

    ReplyDelete
  50. waaaah ....!berdebar plak baca en3 kali ni...tak sabar nak baca en3 ssterusnya...saspen btol...

    ReplyDelete
  51. Best....best....best....next chapter.....he...he...he...tak sabar nak tunggu....Tahniah RM...

    ReplyDelete
  52. ala xkn budriz nk bnuh dri kot yela dye kn kte nk jga syai klo bnuh diri cmne nk jge kn..sje je kasi gmpak kn biar syai 2 tkjut2 kn..eheheheh

    ReplyDelete
  53. astaghfirullah al-azim! budriz bunuh diri ke? mungkin tidak! rsnya dia wt gimik jek. trn n jerit nma syai bla dh ada kt bwh. syai kn tgh leka wktu tu? nk lgi RM. grpan awk mmg the best!

    ReplyDelete
  54. Entah2 Budriz tu baling bantal je kot,,Syaima tuu tekejot je tuu yg smpai terjelepuk tu,,Takda maknanya Budriz nak lompat,,

    ReplyDelete
  55. ya lah, rasa meluat pula dgn watak syai ni...takkan dlm diri dia lngsung x da sifat keperimanusiaan! tension betul dgn sikap syai ni

    ReplyDelete
  56. patah kaki je si budriz tue..rendah ja..huhu

    ReplyDelete
  57. hahhh??? syai ni dah over sangat...andai org mati blh hidup semula, agak2nya mak syai pun mengucap tengok perangai anak dia... bila lah nak hbs rasa benci tu?

    ReplyDelete
  58. Huhuhu...xkn budriz trjun kot..mst rndh je kn
    branda tu..cedera rngn je kot..hti syaima hdup
    blik ke?xsbr nk tau smbgn..keep it up kak rehan..

    ReplyDelete
  59. wah..dia buat saspen pulekk...hehe

    ReplyDelete
  60. apa yg terjadi..? budriz terjun ke untuk membuktikan supaya syaima terima dia.. adoi...

    ReplyDelete
  61. wahhhh makin ramai yg benci dgn syai... RM next n3 pls

    ReplyDelete
  62. isyy...syaima ni selalu je pengsan
    menzalimi diri sendiri bila x makan
    aduhhh...

    ada hati pulak nk risau bila org nk bunuh diri
    hmm...ada terdetik apa2 ke dlm hati?

    ReplyDelete
  63. Apa yang jadi ni???
    Tak kan Budriz terjun keluar beranda kot????

    ReplyDelete
  64. In real life klu laki macani takutlah buatnya nak kahwin lagi terjun beranda parah parah.

    ReplyDelete
  65. 10 jari akak angkat kat RM tabik spring dgn adegan2 yg RM paparkan mcm tak percaya aje bila bace cite ni banyak adegan2 yg meraih hati . Akak harap sgt2 cite ni dapat dibukukan dgn segera tak sabar nak tahu cite selanjutnye.
    Tapi RM jgn lupe masukkan juga part2 nasihat agama dlm cite ni ye .

    ReplyDelete
  66. ntah-ntah.. syed budriz terlihat sesuatu yg menyebabkan dia menyeru nama syai.. mgkn something happened to his dad..(kot-kot bapa dia dgr apa yg diorang cakap sblm tu).. sakit jantung barangkali.. RM next entry pleaaassseee..

    ReplyDelete
  67. atotototo sweetnyer...

    ReplyDelete