BAB 13
PERISTIWA
malam tadi berlegar di mindaku. Akhirnya
Budriz berlalu tewas akan kedegilanku.
Mangkuk bubur yang dibawanya malam tadi aku pandang sepi. Membiarkan rezeki itu begitu saja tanpa ada
rasa secubit pun hendak merasainya.
Usai
subuh, aku bangkit dengan semangat baru.
Semangat untuk melepaskan diri dari segalanya. Budriz tiada di bilik sejak dari malam
tadi. Peluang itu aku ambil untuk menyumbat segala barangan milikku ke
dalam beg pakaian.
Kali
ini, usah ditahan usah dilarang. Kaki
ini akan maju tanpa berundur lagi. Yang
terjadi biarkan saja terjadi dan aku akan membawa diri ini jauh dari mereka. Membawa lari status seorang isteri pada
seorang suami yang aku tak pernah ingin memandang rupa dan menerima dirinya
dalam diriku.
Setelah
beg itu siap, aku letakkan di sisi katil.
Rasanya waktu ini, Budriz sudah bersiap hendak ke pejabat. Aku tarik daun pintu dan perlahan-lahan
melangkah turun ke bawah hendak melihat keadaan rumah. Pastilah ayah dan Mak Usu akan pulang hari
ini dan aku akan keluarga setelah mereka semua tiada.
Bila
kaki ini memijak anak tangga yang terakhir, langkahku mati. Suara antara Budriz dan bondanya jelas
kedengaran di telingaku. Keluhan demi
keluhan tak putus dari bibir Budriz.
“Kenapa
Riz nak buat adik macam tu kalau benar-benar cinta?” Aku dengar suara Mak Usu agak keras kali ini
berbicara dengan anak lelakinya.
“Riz
tak nak Syai terus hanyut menyalahkan takdir dan kita semua, bonda. Dia tu nampak je kuat di luar tapi batin dia,
hati dia kita tak tahu bonda tapi Riz dapat rasa yang Syai tu menderita amat. Riz tak nak dia terus menderita dan kita
biarkan dia macam tu je,” jawab Budriz membuatkan aku hampir terduduk di atas
tangga.
Pengakuan
itu pernah menyapa telingaku sebelum ini tapi aku sungguh tidak menyangka,
pengakuan itu juga dibuat pada bondanya.
Ikhlaskah dia atau sekadar hendak membeli sebuah jiwa yang telah mati?
“Tapi
bukan dengan cara memburukkan Syai depan ayah, Riz. Bukan dengan cara memburukkan dia depan
Auntry Imah dan nenda,” keluh Mak Usu lagi.
Bila
aku intai sedikit, Budriz seperti biasa.
Meramas rambutnya yang agak panjang dan selekeh itu. Nampak seperti berpakaian biasa saja. Tak kerja ke?
Ayah pula entah ke mana. Ke
masjid barangkali dan masih belum pulang.
“Cara
apa lagi untuk buat ayah paksa Syai terima Riz, bonda? Cara macam mana lagi untuk buat Syai jadi
isteri Riz? Cara apa lagi untuk buat nenda setuju dan suruh kami
nikah? Cuba bonda bagitahu Riz. Dengan kedegilan dan kekerasan hati Syai tu,
dengan cara apa lagi untuk buat dia kembali bernafas di sisi Riz?”
Budriz
keras menyoal membuatkan aku tersenyum sinis pada diri sendiri. Tiada nafas lagi yang tinggal dalam diriku
Budriz. Tiada lagi kehidupan dalam satu
jasad yang sudah tidak berjiwa dan tak
punyai hati. Bisik hatiku sendiri.
“Bonda
tak tahu itu!” tekan Mak Usu sambil
menggeleng tidak puas hati. Teko di
tangannya diletak di depan Budriz. Cawan
dicapai dan milo panas itu dituang untuk anaknya itu.
“Kalau
bonda tak tahu, Riz lagilah tak tahu,” tukas Budriz sebelum dia menghirup
airnya.
“Memang
Riz tak tahu dan bonda jugak tak tahu tapi satu yang bonda tahu, Riz kena cakap
pada ayah yang Riz tak pernah buat bukan-bukan pada Syai. Syai anak dara dan masih suci. Bonda tak nak hubungan yang dah sedia teruk
antara ayah dan Syai tu berubah jadi lebih buruk angkara Riz. Kejap lagi ayah balik dari masjid. Sebelum kami balik ni, bonda nak dengar Riz
berterus terang dengan ayah. Ada masa
balik rumah nenda, cakap dengan nenda sekali!”
tekan Mak Usu.
Pertama
kali aku melihat dia bertegas dengan Budriz tentang diri ini. Pertama kali melihat dengan mata kepala dan
mendengar dengan telingaku sendiri bila Mak Usu mempertahankan maruah diri ini,
hatiku terasa nyilu. Apakah rasa
ini? Aku sendiri tidak pasti.
“Bonda…
Riz…” Bicara Budriz mati. Dia memandang bondanya lemah. Cawan itu ditolak menjauh.
“Riz
boleh cakap dengan ayah pasal ni dan Riz sanggup terima apa saja hukuman dari
ayah demi Syai tapi Riz tak ada kekuatan nak cakap pada nenda.” Budriz menyambung setelah diam seketika.
“Itu
urusan Riz dengan nenda. Bonda tak nak
campur. Kalau dah payah sangat, Riz
cakap dekat Aunty Sarimah. Bonda
tak boleh nak cakap apa dah dengan nenda
sedangkan Riz sendiri tahu kedudukan bonda bersama nenda selama ni dan bonda
tak nak perkara yang pernah bonda lalu
dulu, dilalui oleh Syai sekarang. Riz
yang beria-ia nak peristerikan Syai dan sanggup perangkap dia, Riz jaga amanah
Allah tu baik-baik!” tekan Mak Usu lagi
lalu dia masuk ke dapur meninggalkan Budriz dengan keluh kesahnya.
Aku
hanya melihat belakang tubuh Budriz yang bersandar pada kerusi di ruang makan
dengan hati yang sebal. Suara Mak Usu terngiang-ngiang di dalam
kepala. Benarkah kasih sayang ibu tiri
juga setanding dengan ibu kandung? Andai
benar begitu, kenapa dia sanggup merampas ayah?
Membiarkan kami begitu?
Aku
pandang telapak tanganku. Memerhatikan
garisan tapak tangan yang berselirat.
Langsung tidak teratur. Bagaikan
kisah hidup dan takdir hidupku yang tidak putus-putus terduga. Begitulah berseliratnya kepala dan akal ini
mencerna sesuatu keadaan.
Hati
ini dijentik sayu juga bila Mak Usu berkata begitu tapi mudah saja rasa sayu
itu membeku ditiup angin marah yang semakin dingin. Tidak dalam setelah itu, aku dengar suara
ayah dari pintu dapur.
“Lambat
balik, bang?” tanya Mak Usu mesra.
Aku
pejam mata. Ibu juga pernah bertanya
begitu pada ayah tapi tidaklah selalu.
Terlalu jarang dan terlalu singkat masa mereka bersama.
“Ada
ustaz mengajar kat masjid. Jumpa
kawan-kawan lama. Sajalah duduk-duduk
sembang. Abang ajak diorang datang rumah
dalam minggu depan ke. Nak buat tahlil
untuk arwah Sakinah dan kesyukuran untuk Budriz dan Syaima tu. Tak tahulah budak-budak setuju ke tidak. Kita buat jelah. Abang pun tak tahu dah apa lagi hadiah yang patut abang berikan untuk Sakinah dan
Syai melainkan doa kita, Ina,” jawab ayah panjang lebar.
Sekali
lagi, hatiku tersentuh. Kedengaran
ikhlas suara ayah berkata demikian.
Setelah sekian lama, pertama kali aku mendengar ayah menyebut nama arwah
ibu membuatkan airmataku mula bergenang dengan sendirinya.
Aku
labuhkan duduk di atas anak tangga dan menyandarkan belakangku ke dinding. Lutut ini aku tarik rapat ke dada dan cuba
bertahan agar tidak terus mengalirkan airmata mendengarkan drama palsu
mereka.
Bagiku,
tiada guna lagi doa itu padaku.
Segalanya telah berlaku. Ayah
telah membuktikan kasih sayangnya buat arwah ibu dulu dan juga buat aku
kini. Kepercayaannya padaku tidak pernah
ada. Tidak pernah tersisa andai pernah ada.
“InsyaAllah,
abang. Nanti Ina cakap dekat Sarimah
sekali dan ajak jiran-jiran,” sambung Mak Usu pula.
Aku
intai sedikit ke arah ruang makan dan ayah kini sedang menghampiri Budriz. Bila bahu Budriz ditepuk, lelaki itu pantas
bangkit dan mengucup tangan ayah.
Sesuatu yang tidak pernah aku rasai.
Sesuatu yang aku mahu lakukan kini namun ada yang menghalang. Aku mencemik penuh benci dan hanya mampu
memerhatikan keluarga bahagia di depanku kini.
Mak
Usu meletakkan cawan di depan ayah dan menuangkan air untuknya. Ibu pernah begitu tapi mengapa ayah
mencurangi ibu?
“Macam
mana isteri kamu, Riz?” tanya ayah.
Soalannya
itu membuatkan aku hampir menjerit sendiri.
Perkataan isteri itu benar-benar bagaikan parasit dalam hatiku. Menghisap tanpa belas.
“Emm…
macam tu lah, yah. Makin keras. Tak tahu Riz nak lentur macam mana?” jawab Budriz bersama tawa halus.
“Dah
kalau kamu pun dapatkan dia dengan cara keras, memang macam tu lah!” sinis bondanya pula membuatkan aku pula
mengukir senyum.
“Apa
hal pulak ni?”
“Err…” Budriz gagap.
Bila ayah memandang bondanya, Mak Usu juga diam saja.
“Syai
tak makan lagi malam tadi, Riz?” tanya
ayah lagi prihatin.
Budriz
menggeleng. “Dah pujuk tapi tak nak
makan jugak. Dinihari tadi Riz masuk
jenguk, tidur pun tak berselimut.
Makanan tak berusik. Air tak
diminum seteguk pun,” luah Budriz kedengaran kesal.
Ayah
ketawa halus. Tawa sinis lebih untuk
dirinya sendiri mungkin. Kopiah putih
itu dibuka lalu dia mengusap kepalanya yang sudah nampak banyak putih dari
hitamnya.
“Mungkin
Riz tak cukup ikhlas masakkan bubur tu untuk dia malam tadi. Sebab tu Syai tak dapat rasa keikhlasan Riz.”
Aku
terkejut sendiri bila ayah berkata demikian.
Budriz masakkan bubur tu?
Padanlah dia beria-ia memaksa aku makan dan andai benar begitu, aku
berkali tidak sudi hendak menjamah hasil tangannya.
“Sama
macam ayah, Riz. Ayah betul-betul
bersyukur bila kamu sanggup bertanggungjawab dan menjaga Syai untuk ayah sebab
ayah nampak kamu betul-betul sayangkan dia.
Tapi, mungkin ayah masih belum ikhlas untuk Syai sebab tu Syai tak dapat
rasa kasih sayang dan rindu ayah pada dia,” luah ayah lirih.
Dia
nampak mengesat hujung mata tuanya. Mak
Usu pula pantas menyapa belakang ayah dengan lembut. Memujuk ayah.
“Ayah…
Riz… sebenarnya ada hal nak bagi tahu ayah ni.”
Ayah
panggung kepala memandang Budriz. Dia
diam memberi laluan pada Budriz bersuara.
Mak Usu juga gumam sedari tadi.
“Riz…
se… sebenarnya Riz dengan Syai… Riz…”
Budriz tergagap-gagap.
“Apanya?” soal ayah bagaikan tidak sabar.
“Riz
tak pernah usik Syai sikit pun. Dia
bohong kata dah terlanjur dan Syai tak mengandung pun. Syai pitam sebab tak makan!” tekan Mak Usu bersama gigi yang diketap
kuat.
Aku
tahu dia geram dengan anak lelakinya.
Sudah bersuara begitu, Mak Usu diam dan Budriz tunduk namun ayah pantas
bangkit.
“Apa
Ina cakap? Riz, apa bonda cakap
ni?” tanya ayah marah.
“Riz
minta maaf, yah. Riz buat ni sebab…”
“Sebab
kamu memang nak suruh Syai terus benci kita?
Nak suruh dia terus benci ayah dan bonda sebab paksa dia kahwin dengan
kamu angkara fitnah kamu, Budriz?”
Berdentum
suara ayah memarahi Budriz. Aku gamam
tapi lambat-lambat bibirku menguntum senyum.
Senyuman puas hati bila akhirnya Budriz akui semua ini.
“Riz
tak berniat macam tu, yah. Riz cintakan
Syai. Riz nak jaga dia,” akui Budriz
lagi dan kali ini lebih bersungguh-sungguh.
“Ayah
memang nampak cinta kamu untuk Syai dah lama, Budriz,” tekan ayah bersama
keluhan berat.
“Ayah
memang dah lama tahu yang sayang kamu pada dia bukan sayang seorang abang pada
adik tapi sayang lain. Ayah lagi lama
hidup dari kamu, Budriz tapi kamu fikir tak kesan dia pada Syai. Kamu nak dia terus bencikan kita? Bencikan ayah? Bonda?”
Budriz
menggeleng tanpa suara.
“Kalau
kamu tak nak, kenapa buat macam ni? Ayah
pun silap sebab percayakan kamu Budriz.
Patutnya ayah percayakan Syai tapi jurang antara kami buat ayah sentiasa
jauh dari dia. Kamu tahu Riz, kemain
payah ayah nak cuba dekatkan diri dengan dia.
Dia makin jauh dan perbuatan kamu ni akan buat dia terus jauh dan
bencikan ayah, Riz,” ucap ayah lagi.
Dari
suaranya, aku tahu dia kesal kerana tidak mempercayaiku dan inilah
natijahnya. Bukan salahku untuk
membuatkan aku terus jauh dari dia dan keluarganya. Ayah duduk dan ada esakan kecil.
“Kalaulah
ayah mampu undur waktu seketika dan pilih untuk percayakan dia…” Ayah mengeluh lagi.
Budriz
lantas menggapai tangan tua ayah.
Dikucupnya berkali-kali. Kemudian
dia angkat kepalanya dan mencari wajah ayah dan bondanya.
“Jangan
cakap macam tu, yah. Riz salah kali
ini. Riz buat macam ni sebab tak nak
Syai terus hanyut sendiri, yah. Riz nak
jaga dia untuk ayah,” rayu Budriz.
Ayah
menggeleng. “Ayah risau Syai tak akan
ada maaf langsung untuk kita!”
“Riz
akan buat apa saja untuk Syai maafkan, Riz dan kita semua. Riz akan lakukan. Ayah ampunkan Riz.”
Budriz
sekali lagi tunduk dan mengucup tangan ayah yang nampak kaku dan masih
terkedu. Mak Usu diam merenungnya. Aku pula terus bangkit bila Budriz memberikan
syarat demikian. Syarat yang memang aku
nantikan selama ini.
Perlahan-lahan,
aku menapak ke arah mereka. Mak Usu
bangkit bila ternampak kelibatku. Kala
dia mahu mendekat, aku tahan dengan tangan agar dia tidak terus maju.
“Ayah…” Nama ayah aku seru perlahan.
Dia
berpaling lemah dan menatap wajahnya dengan bening mata yang berair.
“Ayah
minta maaf sebab tak percayakan…”
“Syai
akan maafkan semua,” cantasku pantas.
Ayah terdiam. Budriz juga.
“Seperti
yang Budriz katakan, dia sanggup lakukan apa saja untuk Syai maafkan semua,
kan?” tanyaku sambil mata melirik ke
arah Budriz yang tercegat kaku.
“Syai
akan maafkan semua orang dengan satu syarat saja…” Bicaraku mati di situ.
Mereka
bertiga nampak tidak sabar hendak menanti patah bicaraku lagi. Aku gariskan senyuman yang lemah tanpa daya
untuk mereka.
“Ayah
suruh Budriz ceraikan Syai dan biarkan Syai hidup sendiri. Syai akan berlalu dari semua orang tanpa ada
dendam atau marah lagi untuk semua hal,” sambungku jujur dan ikhlas dari hati
ini.
Ayah
mengucap panjang. Mak Usu juga. Hanya Budriz yang menggeleng tidak
bersetuju.
“Ayah
tak suruh Syai nikah untuk bercerai, nak,” ujar ayah tidak setuju.
“Kalau
ayah nak Syai maafkan semua orang, ini jelah syaratnya ayah. Dan kau Budriz, aku akan maafkan kau tapi
penuhi syarat aku!” tekanku lalu aku berpaling hendak berlalu ke atas bila aku
rasakan tangan Budriz menyambar hayunan tanganku.
“Abang
janji depan ayah dan bonda, Syai…” ujar dia tiba-tiba setelah berjaya
mencengkam kedua belah bahuku.
“Perkataan
cerai tu abang haramkan dalam hubungan kita dan abang hanya akan lepaskan Syai
berlalu bila ajal menjemput Syai dan selain itu, abang tak akan pernah biar
Syai pergi dari hidup abang. Abang
salah… semua orang salah tapi bagi peluang pada diri abang untuk buktikan kasih
sayang abang dan kami semua. Berikan
peluang pada diri Syai sendiri untuk berasa bahagia,” rayu dia lirih dan penuh
beremosi.
Aku
senyum pada hujung bibir dan menggeleng.
“Merayulah Budriz. Merayulah
seperti mana aku merayu ayah untuk tidak nikahkan aku dengan kau…”
Aku
memandang ayah seketika. Menyindirnya di
dalam diam.
“…tapi
ayah tetap nikahkan aku dengan kau. Itu
memang syarat yang perlu kau penuhi tapi syarat itu adalah arahan mati untuk
kau, Budriz. Arahan yang perlu kau ikut
tanpa ada pilihan lagi!” tegasku dalam
kelembutan.
Cengkaman
Budriz pada bahuku, aku leraikan lembut dan kaki ini terus melangkah memanjat
anak tangga dengan langkah yang kian longlai bersama kudrat yang masih sedikit
tersisa.
**
BARU
saja aku keluar dari bilik air tengah hari ini, aku dengar deruman enjin kereta
berlalu dari rumah dan bila aku jenguk di beranda, kereta ayah mula menjauh
dari rumah. Aku senyum terpaksa. Barangkali, ayah sudah tewas dengan
kedegilanku dan juga syarat yang aku
berikan pagi tadi.
“Akhirnya…
ayah memang sentiasa nak biarkan Syai sendiri,” ucapku perlahan dan menggeleng
sedikit.
Bila
aku berpaling, tubuh Budriz tegak berada di depanku dengan dockers berwarna
krim dan t-shirt kuning cair yang tersarung di tubuhnya itu. Serta-merta perbualan mereka pagi tadi
berdengung di dalam kepala. Membawa sedikit
rasa pelik dalam diriku namun cepat-cepat rasa itu terbunuh akan kebencian ini.
“Abang
yang minta ayah tinggalkan kita dan abang tak akan biarkan Syai bersendiri
lagi,” ujar dia.
Aku
berlalu dan bila Budriz menghalang, tubuh itu aku tolak sedikit dan membawa
langkahku rapat ke almari. Tuala kecil
aku capai dan wajah yang basah ini aku lap.
“Kau
tak kerja ke?”
“Abang
cuti lagi nak jaga Syai. Syai tak sihat,
kan?”
Aku
sengih. “Macam mana syarat tu?” Aku ubah tajuk perbualan lagi.
“Syarat
apa?” tanya dia buat-buat tidak
tahu.
Aku
berpaling dan membentak. Tuala kecil itu
aku campak ke permaidani.
“Jangan
buat-buat bodohlah, Budriz. Lepaskan aku
dan aku tak akan ada dendam lagi dalam hati ini untuk kau,” tukasku kasar.
Budriz
ketawa sinis. “Syai ingat abang boleh
percaya ke? Berpuluh tahun Syai hidup
dalam dendam buat kami dan tiba-tiba hari ini Syai kata Syai nak lupakan
semuanya hanya dengan syarat tu? Sejak
bila hati mati Syai hidup ni?” tempelak
dia.
Aku
telan liur sendiri bila Budriz panas menyindir.
Dia melangkah mendekatiku. Tuala
kecil itu dia kutip dan dia hampir lagi lalu melelar pergelangan tanganku
lembut. Anak rambut yang berjuntaian di
dahi, dia kuak ke atas lalu kain putih itu dibawa menyentuh dahiku.
“Abang
tak akan lepaskan Syai. Tak mudah abang
dapatkan dan tak akan mudah abang lepaskan, sayang,” gumamnya dekat di depan
wajahku.
Aku
mencemik benci. Tangan ini aku tarik dan
terus saja aku berlalu dari dia yang hanya tersenyum memandangku. Punggung aku labuhkan di birai katil
memandang Budriz bagaikan mampu aku telan hidup-hidup.
Melihatkan
cermin yang telah berganti itu, aku sendiri tidak tahu bila Budriz menggantikan
cermin yang pecah itu dalam sekelip mata.
“Kenapa
pandang cermin tu lagi? Nak pecahkan
lagi?” sindir dia.
Aku
ketap bibir. “Ikut suka akulah! Apa kau peduli?”
“Abang
peduli. Abang peduli sebab abang
sayangkan Syai. Macam ayah cakap… dah
lama dia nampak abang cintakan Syai tapi pelik, bila Syai tak nampak atau Syai
buat-buat tak nampak. Takut terjerumus
dalam cinta abang dalam-dalam?” soal dia
kembali bersama senyuman yang membuatkan aku naik menyampah.
“Kau
jangan buat lawak jengkel dengan akulah, Budriz. Aku tak sudi nak hidup dengan kau! Jangan harap aku nak hidup dengan kau! Malah dengan mayat aku pun kau memang tak
layak nak hidup!” tekanku geram.
Budriz
memeluk tubuhnya. Dia melangkah dan
terus melangkah lalu dia labuhkan punggung di atas bangku meja solek dan tunduk
sedikit menyulam jemarinya sesama sendiri.
“Memang
abang tak mampu sentuh jasad Syai walaupun Syai dah jadi mayat nanti sebab
abang yakin, abang mampu sentuh roh dan
hati Syai buat selamanya. Ini janji
abang,” selanya tenang.
Sekali
lagi aku mencebik penuh benci. “Kau tak
layak untuk itu, Budriz!”
“Syai
akan jadikan abang layak untuk semua tu.
Satu hari nanti. Biarpun bukan
hari ni!” ujarnya pantas.
Aku
terdiam. Keyakinan Budriz kadang-kadang
menakutkanku. Seperti mana kesanggupan
dia menipu ayah dan semua untuk memilikiku, aku yakin dia akan sanggup
melakukan lebih dari yang aku
bayangkan.
Suara
Mak Usu dan ayah silih berganti menerjah minda.
Keikhlasan Mak Usu mempertahankanku.
Membuka semula kepercayaan ayah dan tangisan ayah kerana kekesalannya
membuatkan aku berfikir sendiri akan dua insan yang paling aku bencikan
itu.
“Syai…”
Aku
tersentak. Entah bila Budriz ada di
sisiku. Wajah Mak Usu dan ayah
menjauh. Diganti pula dengan wajah
Budriz yang dekat dan semakin dekat.
Bila aku hendak bangkit, dia menahan lalu pinggangku dipaut kemas. Bila kau hendak membentak, dia mengetatkan
lagi pelukannya.
“Sayang
mintalah apa saja tapi bukan perpisahan.
Kalau kata abang perlu ada di sisi Syai 24 jam, abang sanggup,” ujarnya
lagi.
“Dah
tu kau nak makan batu tak nak kerja 24 jam?”
Aku menyindir dan Budriz tersenyum sedikit.
“Abang
heret Syai sama ke tempat kerja. Kerja dengan
abang. Duduk 24 jam depan mata abang,” selanya
lagi membawa sedikit senyuman di dalam hatiku.
Pelik! Apakah ini?
Adakah benar hati ini sudah sudi memaafkan? Aku tidak tahu yang pasti, aku tahu yang aku
harus berlalu mencari semua diri sendiri
yang telah lama hilang. Terkubur bersama
jasad arwah ibu. Sedangkan kala ibu ada,
aku tidaklah sebaik mana. Tapi, bagiku
ibu adalah segalanya hinggakan masa depan sendiri tidak pernah aku
hiraukan.
“Syai
kerja dengan abang?”
Aku
tersentak lagi. Cepat-cepat aku
menggeleng. “Aku tak boleh bersama kau,
Budriz. Aku memang bencikan kau dan
benci itu tak pernah surut malah semakin menggunung. Kau tahu tak?” beritahuku seraya mengukir sekuntum senyuman
manis buat dia.
Aku
lihat Budriz telan liur berkali-kali. Bila
aku tolak tangannya dari terus memeluk pinggangku, Budriz merelakan.
“Apa
yang abang perlu buat untuk Syai terima abang?
Terima cinta abang?” tanya dia
bila aku bangkit berlalu ke almari.
Beg
pakaianku rupanya sudah dikemas semula oleh Budriz. Aku tarik semula beg itu dari atas almari dan
mahu menyumbat pakaianku sekali lagi di dalamnya.
“Apa
kata kau bunuh diri! Lenyap dari mata
aku. Mungkin dengan itu aku mampu terima
kau!” cadangku.
Kedengaran
bodoh dan kejam namun aku yakin yang Budriz tak akan begitu. Bila aku duduk, Budriz bangkit dari birai
katil.
“Mungkin
Syai nak tukar kenduri kesyukuran kita minggu depan jadi kenduri arwah abang
dan arwah ibu Syai, kan?” tanya dia.
Aku
langsung tidak memandang wajah itu sebaliknya jemariku ligat melipat
pakaian.
“Terserahlah,
Budriz. Dan kalau kau jadi hantu, aku
dah nak keluar dari rumah ni. Moga kau
aman damailah lepas bunuh diri ni!”
tekanku lagi.
“Syai
bahagia abang mati?” tanya dia.
Aku
berpaling seketika. “Sangat bahagia,
Budriz!” jawabku sinis.
Dia
angguk berkali-kali dan aku terus berpaling ke dalam almari hendak mengambil
sisa pakaianku lagi.
Belum
sempat aku capai pakaian terakhirku, aku dengar suara nyaring milik Budriz
menyeru namaku.
“Ya
Allah!” Aku mengucap panjang bila
kurasakan ada susuk tubuh yang berlari ke arah beranda.
Pantas
aku berpaling dan ternyata dia sudah tiada di dalam bilik. Aku angkat tubuh pantas bila degupan
jantungku terasa hidup kembali.
“Budriz…” Aku menyeru namanya bersama langkah yang agak
longlai menuju ke beranda yang sedar
tadi ternganga lebar.
Bila
aku rapat pada beranda dan melihat ke bawah, tubuhku terjelepuk ke lantai.
~~> bersambung
dasatla rehan...nak lagi lak lagi...meluat plak dengan syai tu....degil yang amat....mulut plak laser..
ReplyDeleteya allah betapa keras nya hati syaima..
ReplyDeletebutekah syaima dgn cinta budriz...
jgn bunuh diri budrizz..
eh eh eh..xkan budriz terjun kot~~~pelik2~~~
ReplyDeletexkan budriz bunuh diri kot??
ReplyDeletenie mseti prank je nie kn sis. hehe :)
nape la hat syai keras sgt? memang hati dia mati ngan dasyat da nie nmpak gayanya !
eh! astaghfirullahalazim. Budriz terjun ke ? Dia bunuh diri ? Kata nak jaga Syai, kenapa nak bunuh diri? Oh! Budriz buat camtu sebab nak suruh Syai terima dia kan? Lepas tu kalau dia mati, Syai nak terima macam mana? dah jadi arwah dah. dan kalau dia koma atau patah mana2 anggota ke Syai masih nak terima ke?
ReplyDeleteAla......biar betul budriz bunuh diri, syai pun satu, degil mcm xingat ALLAH, dendam punya psl sampai nak minta nyawa org jd galang ganti, hei... cepat2lah taubat
ReplyDeletemasya Allah......jgn buat perkara yg dilarang agama..
ReplyDeletewah hebat ni...thrill sungguh..best lah entry kali ni Ann...
x kan budrz bunuh diri..... budriz bukan orang yang x kuat iman.... saja nak gertak syai kan.....
ReplyDeleteBudriz kuat pegangan ugama nya. Takkan sebab Syai kata begitu dia sanggup terjun beranda... tak mungkin..
ReplyDeleteGmpak.... Sbug rehan sbug...
ReplyDeleteWah...suspen nie..Syai nie degil sungguh. kesian Budriz..
ReplyDeleteish2 kental tul la syaima ni kan..sedih tp keras..xkan smpai nk hilang nyawa br nk sedar kut..
ReplyDeleteSAB cdera je kut..klu mati tamatla citer ni plak kan ^__^
cepat smbg...kalau boleh harini kak rehan...
ReplyDeletetak sabar rasanya ni...
tunggu en3 esok lak keke
ReplyDeletexsabau ny,.alah Budriz saje je wat gimik tu,bg Syai tersentap ckit keke
suspen3 bud terjun ke? cpt sambung rm, huhuhu
ReplyDeletejngn kate budriz terjun beranda....x saba nk tnggu nex n3...
ReplyDeleteBerani mati woh Budriz. Cayalah! Nasib baik tak buat yg syai mtk mak dia masak tu. Haha.
ReplyDeleteterbaik la akak..hehe
ReplyDeletebudriz bunuh diri ?
gimik je kan ?
budriz tak bnuh dri tu..x jd terjun rsanya...bersembunyi di beranda..hehehe,,..tak slhkn syai atas sgla yg dia lkukn..sbb hanya dia sja yg thu tentg apa yg dia lalui slama ni..
ReplyDeleteeiiiiiiii gram y an syai ego cgt ,
ReplyDeletebudriz x sgila 2 kan nk trjun dri branda ...
RM nk lagi ...
ala takat tingkat 2 je terjun mane ade mati.paling teruk pon patah2 jek.hehe :)
ReplyDeletentah2... Budriz tu nyorok balik dinding je... Syai tu cinta... tp hati dia dh dibaluti perasaan benci n dendam... sbb tu dlm Islam diberi gnjaran yg tinggi jika memaafkan org....
ReplyDeleteHish, kadang kadang geam lah dengan si Syai ni, keras kepala betul! Gimik je kan, Budriz? Tau pulak Syai ni nak terkejut bagai, ingatkan nak buat taktau je, HAHA anyway, nice one kak rehan, waiting for more! ;)
ReplyDeleteBudriz terjun ke? Gilo apa! hahahaa. Tak nak lah bunuh diri. huhuhu
ReplyDeletegila vs sayang kot...haha
Deletex kan lar Budriz nk bunuh diri kodd.. x agama ape..
ReplyDeleteMsti gimik sbb nk tkutkan Syai tu..
NAK LGI!!!
ReplyDeleteala..x macho la lau budriz bunuh diri...dia buang baju syai je kut....hahahha
ReplyDeletewoo wooo...
ReplyDeletebiar btl...
x2...budriz x terjun kn..
wargh melompat2 jantung ni RM..
huhu
aik, x kan budriz terjun..
ReplyDeletex kot..
x sbr nak tggu smbungan..
hero x kan mati awal..hehe
waaaaaaaaaa... cepat la sambung. please!!
ReplyDeletebetul ke budriz nk bunuh diri?ke saje nk tgk reaksi syai je? ni yg xsabar nk bc yg seterusnya ni... mmg terbaiklah kak rehan!!!
ReplyDeletehudaghazali
Jeng...jeng...jeng... suspense betul.... Takkanlah Budriz nak cuba bunuh diri... Takkan tipis sgt iman.... Walaupun sekadar acah2 ajer...
ReplyDeleteSyai, pegi ler makan, kuatkan badan dulu, lepas tu barulah mulakan projek nak larikan diri.... Hihihi....
Next entry pls.... tak sabar nak tau...
hero mati, citer dh tamat! hahaha..
ReplyDeletehdop lg laa dye... no worries.
gimik jer kot. xkanlah si budriz ni nak bunuh diri...kerasnya hati syaima. itulah bila dendam menguasai diri apa pun x fikir yang ada dalam fikiran cuma nak bagi hati puas... mg2 lepas kejadian ni hati syaima lembut skit mmglah payah nak terima semuanya tapi harap2 sikit2 syaima blh fikir dengan sewajarnya... terbaiklah kak rehan....
ReplyDelete-hanim-
gla syg sgt2 budriz dkt syai 2...touching plak rse..huhu...bnuh dri olok2 je tau...thu tkt syai..hehe...nk lg....
ReplyDeletetibe2 terfikir,betol kta org 'kite jgn terlalu membenci seseorang,takut nnti kte sayang akan diri dia pulak'..i think dis will happen to Syai..syai2..sabar je lah dengan ego awak yg tinggi menggunung 2..hhehe..;)
ReplyDeletebukan Syai ni tinggal umah teres 2 tingkat aje ke???
ReplyDeletehehehe!!
erk syai jdik janda brhias la gamaknye..hehehe
ReplyDeletehehe suspen!... ya sape yg pewrnah merasai hidup bersaudara tiri je tau citer cenggini. sangat menyakitkan dan dendam itu sgt kuat.. sgt sukar untuk meruntuhkan tembok itu... tapi akhirnya ada kemanisan..
ReplyDeletebg kak rehan rehat kjp... hehe...
eh,.budriz tak sebangang tu kut! huhu x lah.....!!
ReplyDeletesuspennya..budriz terjun beranda tu ka??
ReplyDeletesyai nie pon, apsal la keras hati sgt ntah..
best best best
ReplyDeletesakit pulak hati dengan syai kdg2...xabes2 dgn degil tu..
ReplyDeletehahhh!!!.. astaghfirullahalazm......
ReplyDeletekau terjun ke Budriz???..
katakanlah Budriz cuma nak gertak Syai, tapi ajal dah sampai... kan naya..
niat nak bunuh diri tu dah ada
eeee.. seramnya.... PA kiri kanan catat buat appoitment....
macam tak ada cara lain nak pujuk.
syai cuma mimpi aje tu... benci & dendam terbawa2x hingga menggangu lena..
alahi Budriz... nak ambik ati bnyk lagi cara...
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih tau..
cepat2 sambung..
ReplyDeleteWahhh!!! Ada watak stunt gitu! ;)
ReplyDeleteerkk.. tak kanlah budriz terjun betul2 kot.. heh, ni mesti ada menyorok kat mana2 nih... aisehhh
ReplyDeletebudriz bunuh diri???MUNGKINNNN TIDAKKKKK.............
ReplyDeletekalau budriz trjun pn ok gak...pastu pth tgn ke kaki ke..then msuk hospital n syai kne jge...pastu syai pn fall in love ngn budriz..hehehe ^^
ReplyDeletewalauweh, tuh la. degil lagi. kan da menyesal.tapi rasenyeh budriz x wat cam tuh. dyeh maybe nak ui syaima eh kot. dyeh nak test2 jeh kot. x kan budriz fikir singkat sgt samapi cam tuh semata2 nak dapatkan kemaafan n cinta syaima kan?
ReplyDeleteDEGIL BETUL SYAI NI KESIAN BUDRIZ
ReplyDeletehu..hu makin suspen citer ni...
ReplyDeletewaaaah ....!berdebar plak baca en3 kali ni...tak sabar nak baca en3 ssterusnya...saspen btol...
ReplyDeleteBest....best....best....next chapter.....he...he...he...tak sabar nak tunggu....Tahniah RM...
ReplyDeleteala xkn budriz nk bnuh dri kot yela dye kn kte nk jga syai klo bnuh diri cmne nk jge kn..sje je kasi gmpak kn biar syai 2 tkjut2 kn..eheheheh
ReplyDeleteastaghfirullah al-azim! budriz bunuh diri ke? mungkin tidak! rsnya dia wt gimik jek. trn n jerit nma syai bla dh ada kt bwh. syai kn tgh leka wktu tu? nk lgi RM. grpan awk mmg the best!
ReplyDeleteEntah2 Budriz tu baling bantal je kot,,Syaima tuu tekejot je tuu yg smpai terjelepuk tu,,Takda maknanya Budriz nak lompat,,
ReplyDeletesuspen!!!!
ReplyDeleteya lah, rasa meluat pula dgn watak syai ni...takkan dlm diri dia lngsung x da sifat keperimanusiaan! tension betul dgn sikap syai ni
ReplyDeletepatah kaki je si budriz tue..rendah ja..huhu
ReplyDeletehahhh??? syai ni dah over sangat...andai org mati blh hidup semula, agak2nya mak syai pun mengucap tengok perangai anak dia... bila lah nak hbs rasa benci tu?
ReplyDeleteHuhuhu...xkn budriz trjun kot..mst rndh je kn
ReplyDeletebranda tu..cedera rngn je kot..hti syaima hdup
blik ke?xsbr nk tau smbgn..keep it up kak rehan..
wah..dia buat saspen pulekk...hehe
ReplyDeleteapa yg terjadi..? budriz terjun ke untuk membuktikan supaya syaima terima dia.. adoi...
ReplyDeletewahhhh makin ramai yg benci dgn syai... RM next n3 pls
ReplyDeleteisyy...syaima ni selalu je pengsan
ReplyDeletemenzalimi diri sendiri bila x makan
aduhhh...
ada hati pulak nk risau bila org nk bunuh diri
hmm...ada terdetik apa2 ke dlm hati?
Apa yang jadi ni???
ReplyDeleteTak kan Budriz terjun keluar beranda kot????
In real life klu laki macani takutlah buatnya nak kahwin lagi terjun beranda parah parah.
ReplyDelete10 jari akak angkat kat RM tabik spring dgn adegan2 yg RM paparkan mcm tak percaya aje bila bace cite ni banyak adegan2 yg meraih hati . Akak harap sgt2 cite ni dapat dibukukan dgn segera tak sabar nak tahu cite selanjutnye.
ReplyDeleteTapi RM jgn lupe masukkan juga part2 nasihat agama dlm cite ni ye .
ntah-ntah.. syed budriz terlihat sesuatu yg menyebabkan dia menyeru nama syai.. mgkn something happened to his dad..(kot-kot bapa dia dgr apa yg diorang cakap sblm tu).. sakit jantung barangkali.. RM next entry pleaaassseee..
ReplyDeleteatotototo sweetnyer...
ReplyDelete