Thursday, June 21, 2012

Suami Tak Kuhadap 19


BAB 19

RAMBUT ini aku ikat kemas.  Seperti biasa, tinggi menampakkan leher yang agak jinjang dan kulit yang putih.  Entah apa yang aku fikirkan, aku sendiri tidak tahu.  Apa yang pasti, sejauh mana ucapan maaf yang pernah aku tuturkan pada Budriz?  Sejauh mana aku relakan dia ada di sisiku?  Sesabar mana aku mahu menghadap wajahnya?  Aku sendiri tidak pasti.

Budriz tiada.  Lesap entah ke mana hujung minggu begini dan aku sendiri tidak pernah terniat hendak bertanya lebih pada dia.  Hala tuju hidupnya, tiada kaitan denganku.  Usai sarapan tadi, aku lihat jam sudah hampir ke 11.00 pagi.  Mata pula agak berat kala ini. 
“Abang dah bawa balik kereta sayang!”
Aku tersentak.  Cawan yang ada di tangan lepas ke dalam sinki dek teguran Budriz yang entah dari mana munculnya dia. 
“Ehem…” Aku betulkan kotak suara dan buat-buat tak endah saja lantas aku capai kembali cawan yang terjatuh tadi lalu aku bersihkannya. 
“Maaf, yang.  Abang tak sengaja terkejutnya Syai,” bisik dia lalu dia melingkar pinggangku kemas. 
“Jom tengok kereta, nak?”  ajak dia.
“Nak tengok buat apa?  Dah bertukar jadi Mitsubhisi ke Kelisa tu?”  soalku sinis. 
Budriz berdehem sedikit dan mengucup pipiku.  “Sayang nak pakai Mitshubishi ke?” 
“Kalau terletak kat luar tu, aku pakai jelah.  Apa susah,” selaku dingin lalu aku tolak pelukannya. 
Tanpa memandang dia, aku berlalu ke meja makan.  Meja yang sudah sedia bersih itu aku lap sekali lagi.  Tidak tahu hendak berkata apa setelah peristiwa beberapa hari sudah.  Marahku berkurang namun ada sesuatu yang masih terlekat di dalam hati. 
Usai mengelap meja, aku lap pula tangan dan bila hendak berlalu melepasi ambang pintu dapur untuk ke depan, Budriz menahan langkahku.  Tangan itu didepangkan menghalang laluan. 
Aku pandang dia.  “Apa lagi?” Wajah ini aku kelatkan. 
“Kenapa?”  tanya dia pula. 
“Kenapa apa?” 
“Sayang tak okey, kan?”
“Aku okey atau tak, tak ada kaitan dengan kau.  Tepi… aku nak lalu!”  tegasku lalu aku tolak lengannya tapi Budriz tetap begitu. 
Tubuh sasa itu kaku menghadang laluanku.  Bibir itu diketap lama dengan anak mata yang mencerlung tajam dalam redupnya renungan dia.
Kan dah minta maaf…”
“Tak semestinya aku dah lupakan segalanya dengan begitu mudah, Budriz,” cantasku sedikit keras. 
Dia mengeluh dan meraup rambutnya yang sudah agak panjang itu ke belakang.  Nampak misai dan janggut juga sudah mula tumbuh meliar.  Agak tidak terjaga Budriz kali ini. 
“Kenapa renung abang?”  tanya dia menyedarkanku lalu aku  pantas melarikan anak mataku dari dia. 
Budriz senyum.  “I miss you,” gumam dia lembut.
“Bila masa pulak aku rindu kau?” 
“Sayang tak cakap tapi abang tahu.  Abang dapat rasakan apa yang Syai fikirkan.  Tapi tak apalah.  Hari ni tak rindu.  Nanti-nanti rindu setengah mati baru tahu,” luah dia bahagia. 
Aku mencemik.  Dalam hatiku menjawab, tak mungkin dia adalah lelaki  yang akan kurindui setengah mati satu hari nanti.  Mustahil!  Hatiku masih lagi bertegas. 
“Jomlah.  Kita tengok kereta.”  Budriz menarik tanganku memaksa aku mengikut langkahnya dan bila kami tiba di depan pintu utama, aku sekadar memandang tenang.  Tiada apa-apa yang berubah. 
“Okey!”  ulasku pendek lantas aku berlalu ke dalam semula hendak mendaki anak tangga ke atas.
Perlahan-lahan aku menapak dan setelah itu, aku tolak daun pintu dan merapatkannya semula.  Punggung aku labuhkan di birai katil.  Memerhatikan bilik yang aku kongsi dengan dia.  Sekadar berkongsi bilik semata-mata biarpun aku kerap kali terlena di atas pemaidani. 
Daun pintu ditolak dari luar.  Wajah Budriz muncul lagi dan dia terus merapatkan daun pintu dan merapatiku.  Berdiri tegak dengan wajah yang suram.  Aku pandang tubuh yang dibaluti jeans biru gelap dan t-shirt berkolar kuning cair itu.  Nampak tampan dan gagah. 
“Tak nak ucap terima kasih ke, abang baiki kereta?”  soal dia.
“Kau yang pecahkan.  Nak ucap terima kasih kenapa?” bidasku. 
Dia senyum lalu duduk melutut di depanku.  Bila tangannya jatuh ke tangannya, aku melarikannya dan sudahnya, telapak tangan Budriz mendarat di atas lututku dan mata itu terdongak mencari mata ini.
“Salah abang masa tu tapi kedegilan sayang buat abang bertindak macam tu.  Tapi, abang ingat kita dah okey sebelum ni,” telah dia. 
“Tak ada istilah okey dalam hidup aku.  Segalanya masih tak kena!”  Aku bertegas lagi.  Menolak hakikat dan nasihat yang masih berdengung di dalam kepalaku. 
Budriz mengeluh lalu dia bangkit dan duduk di sisiku lalu lengan kasar itu membelit pinggangku sekali lagi. 
“Dulu…”  Suaranya resah bila dia memulakan bicara.  Lari dari perbualan kami tadi.
Dia memang begitu.  Hebat mengelak.  Sesekali wajah tenang dan kata-kata  yang kedengaran ikhlas mendayu itu bagaikan membunuh hatiku.  Mencalar hati kerana aku tidak mahu melihat dia begitu tenang. 
“… abang selalu berangan nak duduk macam ni dengan Syai.  Bila difikirkan… boleh ke kita sebagai adik beradik tiri ada hubungan lebih seperti pasangan kekasih atau isteri.  Lepas tu abang beranikan diri tanyakan pada ustaz masa kelas Pendidikan Islam bila masa tu, ustaz sembang pasal mahram dan muhrim.  Bila ustaz kata ya… abang gembira sangat sebab abang boleh nikahi Syai.  Abang tak sangka, impian dan doa abang jadi kenyataan hari ni dan mampu memeluk Syai macam ni biarpun Syai tak rela,” sambung dia panjang lebar. 
Aku telan liur.  Benar… Budriz mencintaiku sedari dulu.  Benar dia bersungguh menyayangiku tapi hati ini sentiasa tewas dalam redha. 
“Kenapa aku tak pernah bahagia, Budriz?”  soalku pada dia dan membawa mataku memandangnya. 
Tanpa kuduga, sebuah ciuman hinggap tepat di dahiku.  Bila bibirnya lepas, dia menguak rambut yang terjuntai di pipiku ke belakang telinga. 
“Abang tak punyai banyak jawapan.  Tapi satu je abang rayu sangat-sangat.  Sayang kena redha.  Terima percaturan takdir.  Akan ada hikmahnya tak lambat tak cepat akan ada jugak.  Janji Allah itu pasti, sayang…,” pujuknya lagi. 
Telapak tangan itu mengusap pipiku lembut.  Mata itu dikedipkan sekali dan aku terus beratnya tubuhku padanya.  Tanpa sedar dan aku sendiri tidak pasti apakah yang bermain di dalam minda dan hati ini. 
“Apa yang aku perlu buat, Budriz?  Aku sakit bila kenangkan masa lalu,” luahku beremosi. 
Bila telingaku rapat pada dada Budriz, aku dengar degupan jantungnya hebat menghentak.  Nafasnya juga agak kasar kala ini dan dapat aku rasakan ciumannya hingga lagi tepat di atas kepalaku. 
“Sayang perlu redha.  Itu saja.  Sekali kita tak redha… biar hebat pun kita beribadat, Allah tak akan terima, sayang.  Betapa kuat sayang solat, puasa dan sedekah… dendam akan bawa semua tu jauh dari kita.  Hati boleh mati, sayang.  Abang memang boleh cakap sebab abang tak lalu, tapi Syai kena ingat… kita tak tahu kenikmatan yang akan Allah beri setelah dia menduga,” ujar dia lagi dan kali ini lebih lembut. 
Tangan kasar itu tetap begitu.  Membelai dan terus membelai rambutku hingga akhirnya, aku tidak sedar bilakah getah rambut itu terlerai dan aku terus angkat  kepalaku dari terus melekap pada dadanya. 
Mata Budriz aku renung sedalam-dalamnya.  Mencari lagi  keikhlasan  yang sudah jelas terpancar. 
“Apa hikmah tu?”  Aku bertanya polos.  Bagaikan anak-anak berumur setahun saja. 
Dia senyum dan menggeleng.  “Abang tak tahu tapi Allah tahu.  Dia akan kurniakan nikmat tu buat kita dalam keadaan  yang kita sendiri tak sedar dan tak duga.   Percayalah!”  tekan Budriz sambil menggenggam erat jemariku.
“Contoh…”  Dia menyambung lagi bila kau mengerutkan wajah.
“… Syai ada abang sebagai suami yang Syai tak nak hadap tapi abang sudi hadap isteri abang yang garang ni.  Yang suka herdik dan tampar abang.  Abang sudi hadap sayang selamanya.  I do love you.  Yes, I do!”  Budriz merenung tepat ke dalam anak mataku kala dia mengucapkan itu. 
Anak mata hitam pekat itu, menikam tajam bola mata ini lantas rakus menerobos masuk ke dalam hati membuatkan degupan yang masih lemah itu semakin bertenaga. 
“Tapi kenapa mesti kau?”
“Sebab abang adalah anugerah buat sayang.  Allah tak akan datangkan abang andai Dia tak izinkan.  Dia tak akan jodohkan kita andai abang tak mampu jaga dan bersabar dengan Syai.  You are a gift…”
“Hadiah  yang tak bernilai untuk kau, kan?”  Aku memangkas sinis.  Mencebirkan bibir pada Budriz. 
Dia menggeleng berkali-kali.  “Hadiah yang tak ternilai buat seorang lelaki yang telah mencintai adik tirinya sendiri.  Perasaan sayang pada seorang adik yang akhirnya bertukar menjadi cinta dan kini hubungan  yang tak pernah Syai nak akui itu bertukar lagi rapat.  Lagi erat!”  bisik dia sedikit meyakinkanku.
“Aku benci keluarga kau, Budriz!”  ujarku lemah tapi dia menggeleng lagi. 
“Tak… sayang tak benci…”
“Aku benci apa yang telah ayah dan keluarga kau lakukan pada aku dan arwah ibu,” ucapku lebih keras daripada tadi.  Melawan esakan yang semakin menggigit pangkal hati. 
“Nope… sayang tak benci abang, tak benci ayah atau bonda.  Sayang sunyi selama ni.  Sayang marah bila ayah abaikan sayang sebab abang dan  bonda tapi itu bukan salah abang, kan?  Abang tak tahu masa tu.  Untuk itu… abang rela sayang hukum abang.  Abang akan bayar ganti rugi untuk sayang atas apa yang pernah berlaku yang membawa hati yang rapuh ni semakin kering dan kontang dengan kasih sayang tu,” ujarnya agak lirih pada pendengaranku. 
Aku ketawa nipis.  Penuh sinis dan sindiran pada dia.  Bibirku menyenget sedikit mengenangkan kata-kata Budriz.  Entah bagaimana hendak dia bayar ganti rugi akan waktu yang telah berlalu dan tak mungkin kembali lagi. 
Tangan yang memegang jemariku sedari tadi, aku tolak perlahan.  Aku bawa tubuhku bangkit dari birai katil dan berlalu ke arah pintu balkoni yang ternganga lebar.  Terang cuaca di luar namun hati ni masih kelam.  Tak kutemui lagi jalan  yang benar.  Sungguhkah Budriz adalah penanda arah buatku atau aku sebenarnya lebih tegar sendiri. 
Aku sandarkan tubuh pada bingkai pintu luncur.  Ada rasa hangat kala ini.  Matahari sudah menegak di atas kepala.  Allah menduga pada yang mampu.  Ibu pernah berpesan, jangan kukesali akan apa yang terjadi.  Hati ini tak boleh mati tapi, mati juga akhirnya.  Berdenyut lemah hanya kerana dendam yang aku suburkan di dalam diri selama ini tapi dendam itu kian melandai ditarah sedikit demi sedikit kasih yang Budriz taburkan. 
Abang akan tebus segalanya.  Abang akan ganti segalanya yang pernah sayang hilang.”  Budriz tiba-tiba saja ada di belakangku. 
Belakang tubuh ini dirangkul lagi lalu dia jatuhkan dagunya ke bahuku yang sedikit terdedah. 
“Apa yang kau nak beri sebagai ganti rugi aku tu, Budriz?”  Aku bertanya lemah sambil memejamkan mataku bila tangan Budriz merayap ke sekeliling pinggangku. 
Lembut belaiannya, hangat desah nafasnya yang menyapa telinga dan hebat detak jantungnya yang berdegup pada belakangku membuatkan aku hampir terdiam menerima kasih sayang begini.  Indah namun tak mampu aku serapkan dalam diri kala ini. 
Abang tawarkan kasih sayang abang seumur hidup sayang.  Abang tawarkan diri abang untuk mencintai dan menyayangi sayang.  Abang akan ganti dengan jasad abang selagi ada roh dalam diri ini.  Bukan untuk hari ni.  Malah sepuluh tahun sudah dan berpuluh tahun akan datang hingga malaikat maut datang jemput abang dan saat itu, abang pula mohon, Syai taburkan sedikit rasa kasih pada jasad tanpa nyawa abang,” jawab dia penuh emosi dan suara yang tersangkut sedikit. 
Tubuhku dibalikkan menghadap dia.  Ditolak bahuku rapat ke dinding dan kami bersabung pandang lagi bila Budriz merendahkan wajahnya sedikit menghampiri wajahku.
“Syai perlukan kasih sayang dan hanya abang yang mampu berikan kasih sayang untuk hidupkan hati Syai yang selama ini mati biarpun masih bernadi,” bisik dia lagi lalu dia benamkan wajahnya lama ke leherku dengan pergelangan tangan yang masih utuh digenggamnya. 
“Syai tak mampu nak terima…,” ucapku cuba menolak wajahnya tapi dia tetap begitu. 
Cuba dulu baru berkata tidak.”  Dia berbisik yakin. 
Aku menggeleng menafikannya.  “Syai tak nak cuba!”  tegasku lalu aku tolak tubuh Budriz kasar dan terus berlari hendak keluar daripada bilik ini.  Terasa bahang tiba-tiba.
Aku tak mampu mungkiri janjiku pada diri.  Aku mahu lihat dia tersadung dengan kasih yang dia taburkan buatku.  Aku mahu dia tersungkur tanpa mahu bangkit.  Aku mahu ayah dan bondanya rasa akan keperitan yang aku galas sendiri. 
Kala aku capai tombol pintu, pinggangku terlebih dahulu diraih tangan kasar lelaki itu. 
“Syai nak lari ke mana, sayang?  Abang ada kat sini.  Abang nak bagi cinta abang.  Kenapa Syai tetap tak boleh terima hakikat?”  tanya dia agak tinggi.
“Aku tak nak terima hakikat ni.  Kasih sayang kau pada aku buat aku lagi benci pada kau Budriz!  Aku benci!  Aku benci!”  tempikku kuat. 
Bila aku berpaling dan mengangkat tanganku hendak singgah ke wajah Budriz, dia lebih pantas menyambar tanganku dan terus dicengkam sekuat hati membuatkan aku menyeringai sendiri. 
“Mengucap, Syaima.  Mengucap!”  tegur dia setelah dia sekali lagi menolak belakang tubuhku rapat ke dinding. 
“Ingat Allah.  Abang cintakan Syai.  Tak nampak ke atau Syai sendiri sudah mula cintakan abang sebab tu Syai begini?”  herdik dia sedikit.
Aku ketap bibir dan menggelepur sendiri membuatkan bahu baju  yang sedia luas itu melurut sedikit dari bahu.  Budriz telan liur. 
“Aku tak pernah dan tak akan cintakan kau, Budriz!”  ujarku mengetap gigi. 
“Malah aku semakin benci…”
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Budriz memagut bibir ini membuatkan aku terdiam dan tak terkata apa lagi.  Kutelan sendiri maki hamunku kala Budriz menutup bicaraku.
You are my wife after all, sayang,” bisik dia setelah tautan bibir kami lepas. 
Abang tawarkan diri abang untuk sayang seumur hidup ni!”  tegasnya lagi dan dia menyapa tubuhku ke dalam pelukannya. 
Sungguh barangkali.  Aku sedang menidakkan sesuatu dan seharusnya aku sendiri tidak mahu begitu.  Tidak mahu Budriz terus hadir dekat ke dalam hati yang semakin rancak degupannya. 

**

“SATU hari nanti abang harap Syai tutup segala ni untuk abang sorang je,” pinta Budriz kala dia membelitkan sehelai selendang di leherku bagi menutup kesan yang dia tinggalkan untuk kali kedua. 
Aku diam dan menyentuh rambutku yang diikat tocang kuda.  Tinggi saja.  Itupun tidak kemas kerana ikatan itu adalah hasil seni tangan Budriz.  Betapa aku menghalang, dia tetap berkeras hendak mengikatnya. 
“Okey.  Dah siap.  Jom kita ke pasar.  Dah tengah hari  ni.  Abang dah lapar,” ajak dia lalu dia kuak pintu Subaru miliknya itu. 
Bila aku tidak berganjak, dia menolak sikit tubuhku masuk ke dalam kereta.  Tidak dapat tidak, aku labuhkan duduk di dalam perut kereta dan Budriz mengambil tempatnya lalu kereta diundur cermat dan terus bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. 
“Kenapa diam?”  tanya Budriz padaku.  Dia menjelingku sedikit dan tersenyum.
Aku tetap diam tidak menjawab biarpun dengan perbuatan. 
“Marah abang cium sayang tadi, ya?”  soal dia nakal. 
Kali ini aku menjeling dan Budriz memandang ke atas buat-buat tidak mengerti akan amaranku. 
“Buat lagi macam tu…”  Kata-kataku mati di situ.  Memberi amaran pada dia. 
Abang suka.  Kita kongsi kasih sayang seadanya.  Abang nak kongsi  yang indah-indah je dengan sayang.  Yang sakit tu biar abang tanggung sendiri.”
Aku merengus.  “Jangan buat lagi.  Aku tak suka!”
Abang berhak, kan?” 
“Oh…”  Bibirku muncung sedikit. 
“Dah pandai nak tuntut hak la, ya?”  sindirku.
Abang tak minta.  Abang berkias,” jawab dia mendatar. 
“Aku tak boleh nak bagi apa yang kau minta.  Aku tak akan…!”
“Sayang akan.  Sayang akan serah diri pada abang.  Satu hari ni tanpa abang paksa.”  Dia bersuara yakin dan aku diam saja. 
Tidak pasti sejauh mana keyakinan Budriz dan tidak yakin juga akan kekerasan hati yang mula melentur ini.  Budriz diam dan aku juga.  Dia tenang memandu menuju ke destinasi. 
Kami akhirnya tiba di Carefour Subang Jaya.  Agak ramai pengunjung hari minggu begini hinggakan Budriz berkali-kali berlegar mencari tempat letak kereta yang kosong.  Daripada basement, hinggakan ke tingkat tiga, akhirnya tempat letak kereta berjaya kami dapatkan. 
“Huh, ramai orang.  Jenuh cari parking,” bebelnya setelah pintu kereta dikunci dan dia menarik tanganku melangkah bersamanya. 
“Sayang…,” seru Budriz ceria. 
“Emm…”  sahutku malas. 
“Kita makan dulu.  Lepak foodcourt boleh tak?  Abang nak makan nasi claypot tu.  Lepas tu kita beli barang.  Tengah hari sayang tak payah masak dah.  Malam karang kita masak sama-sama, ya?”  ujar dia lagi dan kami terus meniti escalator turun ke tingkat tiga menuju ke medan selera. 
Aku duduk saja menanti Budriz membawa pesanan dan setelah seketika, dia hampir padaku dan menatang sebuah dulang berisi makanan dan juga dua gelas air. 
“Kita makan dulu, ya?”  suruhnya dan terus saja dia capai sudu dan garpu dan menguis nasi yang ada di dalam claypot.  Masih berasap. 
Dia meniup nasi itu beberapa kali dan terus saja disua ke mulutnya dalam keadaan yang masih berasap dan panas pada fikiranku.  Namun, wajah itu tetap tenang mengunyah nasi itu dengan sopan. 
Aku memerhatikan dia.  Nampak polos sebenarnya dia.  Dari dulu, entah apa yang aku pandang pada wajahnya hinggakan kebencian saja yang lahir.  Langsung tiada kasih, langsung menjauh sayang.
“Sayang kenapa tak makan?” 
Aku terkebil-kebil bila Budriz menegur.  Dengan pantas aku terus capai sudu dan terus menyudukan nasi yang masih berasa ke mulut.  Kala sudu itu lepas dari bibir, aku buntangkan mata.  Panas! 
Bibirku terbuka sedikit dan tanganku menekup mulut yang terasa hangat dan pedih.  Anak mata ini terasa berair.   Budriz memandangku pelik. 
“Panas tu, yang.  Kenapa tak tiup dulu sikit,” tegur dia sedikit marah. 
Aku tidak mengendahkan teguran Budriz sebaliknya, aku mahu luahkan semula nasi tersebut yang ternyata sedang menggigit deria rasa pada lidahku.  Belum sempat aku berbuat demikian, Budriz meletakkan sudunya dan menadah telapak tangannya dekat di bibirku.
“Nak luah, kan?  Luah kat tangan abang ni,” suruh dia tenang. 
Aku menggeleng tidak sanggup sedangkan mata ini semakin berair dan terus memberat pada kelopak mataku.  Bila Budriz suakan segelas air, aku menggeleng tidak mampu menerima.  Terharu, tersentuh malah tercuit dengan layanannya. 
“Luah la, sayang.  Mata tu dah berair dah.  Cepat luah nasi tu minum air ni,” arah dia lagi dan kali ini lebih tegas. 
Serentak itu, airmataku meleleh bila Budriz bangkit dan duduk di sisiku.  Telapak tangan kirinya singgah di belakang dan sebelah lagi menadah nasi yang tak sempat aku kunyah. 
Dia terus letakkan nasi itu di dalam sehelai kertas tisu dan menyuakan segelas air buatku. 
“Lain kali masa makan, jangan renung abang.  Kan dah tergoda.  Sampai tak sedar telan nasik panas,” ucap dia tanpa riak dan aku sekali lagi tersedak sendiri.  

~~.> bersambung

Cik Penulis : 

Maaf semua.  Kekangan tugasan rasmi.  SYMP... 

64 comments:

  1. yes~ dah ada update... best2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3 tahniah RM dpt update cite walaupom cbuk....
      keep up.... good job!!! n good luck to u may Allah bless u

      Delete
    2. heee sweetnye....trima ksh kak

      Delete
  2. oh budrizzzzz~ terg0da lak. hihihi~ tengs kak rehan for tis entry! i love u.. :))

    ReplyDelete
  3. yeahhhhh...ske la n3 ni...(sbnrnye stiap n3 suka..hehe)...syai dh blh trima budriz skit..klu jd syai td pn tercuit, tharu tercubit bgai kot..huhu...sweet gle budriz ni....

    ReplyDelete
  4. amboiiii abg budriz nie ! tergoda terkesima sebentar tau. caring bebeno , cayaq aihhh. syai tamau garang garang lagi dah tau. hehehe. thank you kak for this entry. bessstttttt seperti biasa ! :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  5. tq rehan for the new n3...biarpun lambat tapi berbaloi menunggu..best sangat..^-^

    ReplyDelete
  6. aduhhh...bdriz...luv u..haha....dh jth cnta ngn bdriz...

    ReplyDelete
  7. alaa.. keras nya si syai neh.. kecian budriz..hehe

    ReplyDelete
  8. Yeay.... dah ada entry.... Walaupun cuba memahami kesibukan rehan tetapi masih tak dpt nak menahan hati drp meminta update terbaru.... Sorry ek....

    Smoga dpt menghasilkan lagi karya2 yg "menyentuh" hati para pembaca.... Amin....

    ReplyDelete
  9. romantik gak budriz nie :)

    ReplyDelete
  10. nak Budriz jugak.....

    ReplyDelete
  11. yaallah..sumpah sye yg tergoda dgn budriz ni..syai ko x nak kasi ak lah..hehehh..

    ReplyDelete
  12. sos sweet....
    mkin lma mkin mnarik crta ney..........
    xsbr nk tnggu entri yg strusnya.......
    :D

    ReplyDelete
  13. Berbaloi menjengok blog ini berkali2 dr pagi ,t/hari ,ptg n, mlm hga kepagi.tqvm RM.

    ReplyDelete
  14. xpe tunggu lama2 pun,..mmg xmenghampakan! heheh!

    ReplyDelete
  15. alolo~
    knape best sgt ni. x sbr nk tggu entry seterusnya :D
    he3

    ReplyDelete
  16. yezzzaaaaaa...i like...hoho
    excited wait 4 de next n3..!!!

    ReplyDelete
  17. Dear, sudah lah menguji itu suami. Akak baca sedih la. Why soo grg ? Sudahlah buat entry yg happy2 pulak. Reader loves happy ending mehh

    ReplyDelete
  18. alahai sweetnya budriz,beri la mereka bahagia RM

    ReplyDelete
  19. rugi syai x terima budriz..hehe

    ReplyDelete
  20. agak2 klu mintak tgn asben nk luah nasi pns tu,dia bg x??keke,.tmbh perisa lg budriz,bg Syai terharu lbeh hehe

    ReplyDelete
  21. ala nk budriz jgkla....sweet nyer...

    ReplyDelete
  22. Love is in the air..tapi x nak mengaku

    ReplyDelete
  23. andai mampu aku peroleh seorang imam seperi Budriz... tidak terucap kesyukuran atas rahmat & nikmat yang Allah kurniakan... masyaALLAh... subhanALLAH.

    ReplyDelete
  24. hai syai.... sudah2 la bedendam ngn budriz n family tu. time la budriz yg romantik tu. hpuslah dndam dgn hmparan kasih syg yg budriz nk berikan tu. tq for excellent update. next plzzze!

    ReplyDelete
  25. rasa cam pendek je..
    sambung lg RM..hehe

    ReplyDelete
  26. wallauweh giler macho budriz nih.hahaahhaha.terbaikwok

    ReplyDelete
  27. pandai ko MENGGODA kan RM...ahaks~ wa respect sama lu!! hahaha....besssstttt!!

    ReplyDelete
  28. cbe masukkan watak lain. agak boring baca cerita degil syai ni aje..bagi syai jeles ngan budriz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cbe msukkan watak len.

      Delete
  29. Kak Sue dah jatuh tergoek-golek ni sebab dah tergoda dengan Budriz ni.... hahaha ... dalam cerita ok lah ... kalau luar cerita jatuh cinta dan tergoda dengan Hubby sendiri ja.... hehehe

    ReplyDelete
  30. Mungkin boleh betulkan; Rasulullah larang tiup makanan atau minuman. Hanya dikipaskan saja biar sejuk. Dalam nafas kita ada carbon dioxide. Anyway, great story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...patutla abg saya x bg tiup makanan tapi saya x tahu reason apa x blh tiup makanan now saya paham...

      Delete
  31. sweetnya... indahnya kalau aku juga bgitu... nak budrizzz jugaklah...

    ReplyDelete
  32. tQ RM..romantiknyea abg Budriz nie.
    RM kalau boleh bykkan lah scene kat luar rumah.
    Best skit..n actually saya x suke dorg bbaik.
    hehehe..x sbr nk tggu konflik lain y ak akn timbul.

    ReplyDelete
  33. mmmm....ada kemajuan nampaknya syai ni...tapi klu next n3 trus baik rasanya x rasa kot kasih sayang budriz yang melimpah ruah tu...jd bagi konflik dalam diri syai sikit lagi bagi dia btl2 feel kasih sayang budriz sampai ke sudut hati yang paling dalam...tapi klu kak RM nak bg syai terlentok dgn budriz next n3 pun ok gak tapi janggal la sbb mendadak cuba bg syai sikit2 ubah perangai dia tentu lg happening...

    -hanim-

    ReplyDelete
  34. kak rehan,saje nk suggest; tambah watak lain so that warna warni skit, contohnya calon cucu menantu x jd dari nenda ke? ofis mate yg dah lama crush kt abg bud ke? kasi jeles itu syai...penat tgk budriz aje pujuk syai, nk tgk syai tackle budriz plak.

    ReplyDelete
  35. haha terkantoi lak syai renung budriz...aiyooo...haha
    apa agaknya peristiwa yang boleh buat syaima terima budriz? adakah budriz akan menghilang dan dalam pada itu cinta syaima hanya untuk budriz? hmmm...

    ReplyDelete
  36. nak suami yg mcm ni boleh x???huhuhu..sooo sweett..

    ReplyDelete
  37. erm..beruntungnya syai dpt budriz..hehe..:) jelezzz sngt2~~ mg aq juga bertemu lelaki sebaik budriz..mampu membimbing dikala aq lemah dan berputus asa..jg teman kala aq bahagia..^^

    ReplyDelete
  38. haha abz t'kantoi c syai ...
    best y lau de hubby cm budriz nie ...
    RM nk satu bole ,, hahaha

    ReplyDelete
  39. ermm...suka budriz buat macam tu kai syai...tq RM walaupun sibuk tapi tetap update...miss budriz and syai....

    ReplyDelete
  40. Bestnya! Beruntung syai dapat husband macam budriz. Tak sabar menanti apa yang akan terjadi seterusnya.

    ~Lynn Amier~

    ReplyDelete
  41. saye mmg ske watak pempuan degil..
    best2..

    ReplyDelete
  42. RM, nanti ubah ayat ni. aku terus beratnya tubuhku padanya. ?? tak faham ayat ni.

    lagi satu nak komen. Klise. Hehehe. jangan marah ya semua pemint rm.

    ReplyDelete
  43. Wahai Puan Syai.. Kalau hang tak nak Abg Budriz tuh, bak sini kita nak dia kekekekekke

    ReplyDelete
  44. terbuai membacanyer..mmg betul2 penggoda la syed budriz ni...hahahaha

    ReplyDelete
  45. hahahahahaha! ayat last sekali paling tak tahan! selamba badak je budriz cakap macam tu. ngehehe. sukaaa! good job kak rehan! ada masa, sambung lagi ye! :)

    ReplyDelete
  46. aduh..kuarkan novel terus RM.. sesak dada tungu next entry..huhu

    ReplyDelete
  47. baca part budriz, ingat part usop lah..hahaa.. syai ni awatlah keras benor? redho jelah dpt suami romantik gitu..haha...

    ReplyDelete
  48. best! cepat sambung ,akak! memang tabik springg la ngan akak! keep it up!

    ReplyDelete
  49. SYAi sl la besyukur dkurniakan suami y baik cm SAB tu..xbaik mnafikan takdir y tlh tersurat..kesemua y berlaku adalah ketetapan Y MAHA ESA..

    ReplyDelete
  50. brtuahnya dpt suami mcm budriz...

    ReplyDelete
  51. best cgt.. sk2 akq mmg bbkat

    ReplyDelete