BAB 19
RAMBUT
ini aku ikat kemas. Seperti biasa,
tinggi menampakkan leher yang agak jinjang dan kulit yang putih. Entah apa yang aku fikirkan, aku sendiri
tidak tahu. Apa yang pasti, sejauh mana
ucapan maaf yang pernah aku tuturkan pada Budriz? Sejauh mana aku relakan dia ada di
sisiku? Sesabar mana aku mahu menghadap
wajahnya? Aku sendiri tidak pasti.
Budriz
tiada. Lesap entah ke mana hujung minggu
begini dan aku sendiri tidak pernah terniat hendak bertanya lebih pada
dia. Hala tuju hidupnya, tiada kaitan
denganku. Usai sarapan tadi, aku lihat
jam sudah hampir ke 11.00 pagi. Mata
pula agak berat kala ini.
“Abang
dah bawa balik kereta sayang!”
Aku
tersentak. Cawan yang ada di tangan
lepas ke dalam sinki dek teguran Budriz yang entah dari mana munculnya
dia.
“Ehem…”
Aku betulkan kotak suara dan buat-buat tak endah saja lantas aku capai kembali
cawan yang terjatuh tadi lalu aku bersihkannya.
“Maaf,
yang. Abang tak sengaja terkejutnya
Syai,” bisik dia lalu dia melingkar pinggangku kemas.
“Jom
tengok kereta, nak?” ajak dia.
“Nak
tengok buat apa? Dah bertukar jadi
Mitsubhisi ke Kelisa tu?” soalku
sinis.
Budriz
berdehem sedikit dan mengucup pipiku.
“Sayang nak pakai Mitshubishi ke?”
“Kalau
terletak kat luar tu, aku pakai jelah.
Apa susah,” selaku dingin lalu aku tolak pelukannya.
Tanpa
memandang dia, aku berlalu ke meja makan.
Meja yang sudah sedia bersih itu aku lap sekali lagi. Tidak tahu hendak berkata apa setelah
peristiwa beberapa hari sudah. Marahku
berkurang namun ada sesuatu yang masih terlekat di dalam hati.
Usai
mengelap meja, aku lap pula tangan dan bila hendak berlalu melepasi ambang
pintu dapur untuk ke depan, Budriz menahan langkahku. Tangan itu didepangkan menghalang
laluan.
Aku
pandang dia. “Apa lagi?” Wajah ini aku
kelatkan.
“Kenapa?” tanya dia pula.
“Kenapa
apa?”
“Sayang
tak okey, kan ?”
“Aku
okey atau tak, tak ada kaitan dengan kau.
Tepi… aku nak lalu!” tegasku lalu
aku tolak lengannya tapi Budriz tetap begitu.
Tubuh
sasa itu kaku menghadang laluanku. Bibir
itu diketap lama dengan anak mata yang mencerlung tajam dalam redupnya renungan
dia.
“Kan dah minta maaf…”
“Tak
semestinya aku dah lupakan segalanya dengan begitu mudah, Budriz,” cantasku
sedikit keras.
Dia
mengeluh dan meraup rambutnya yang sudah agak panjang itu ke belakang. Nampak misai dan janggut juga sudah mula
tumbuh meliar. Agak tidak terjaga Budriz
kali ini.
“Kenapa
renung abang?” tanya dia menyedarkanku
lalu aku pantas melarikan anak mataku
dari dia.
Budriz
senyum. “I miss you,” gumam dia lembut.
“Bila
masa pulak aku rindu kau?”
“Sayang
tak cakap tapi abang tahu. Abang dapat
rasakan apa yang Syai fikirkan. Tapi tak
apalah. Hari ni tak rindu. Nanti-nanti rindu setengah mati baru tahu,”
luah dia bahagia.
Aku
mencemik. Dalam hatiku menjawab, tak
mungkin dia adalah lelaki yang akan
kurindui setengah mati satu hari nanti.
Mustahil! Hatiku masih lagi
bertegas.
“Jomlah. Kita tengok kereta.” Budriz menarik tanganku memaksa aku mengikut
langkahnya dan bila kami tiba di depan pintu utama, aku sekadar memandang
tenang. Tiada apa-apa yang berubah.
“Okey!” ulasku pendek lantas aku berlalu ke dalam
semula hendak mendaki anak tangga ke atas.
Perlahan-lahan
aku menapak dan setelah itu, aku tolak daun pintu dan merapatkannya
semula. Punggung aku labuhkan di birai
katil. Memerhatikan bilik yang aku
kongsi dengan dia. Sekadar berkongsi
bilik semata-mata biarpun aku kerap kali terlena di atas pemaidani.
Daun
pintu ditolak dari luar. Wajah Budriz
muncul lagi dan dia terus merapatkan daun pintu dan merapatiku. Berdiri tegak dengan wajah yang suram. Aku pandang tubuh yang dibaluti jeans biru
gelap dan t-shirt berkolar kuning cair itu.
Nampak tampan dan gagah.
“Tak
nak ucap terima kasih ke, abang baiki kereta?”
soal dia.
“Kau
yang pecahkan. Nak ucap terima kasih
kenapa?” bidasku.
Dia
senyum lalu duduk melutut di depanku.
Bila tangannya jatuh ke tangannya, aku melarikannya dan sudahnya,
telapak tangan Budriz mendarat di atas lututku dan mata itu terdongak mencari
mata ini.
“Salah
abang masa tu tapi kedegilan sayang buat abang bertindak macam tu. Tapi, abang ingat kita dah okey sebelum ni,”
telah dia.
“Tak
ada istilah okey dalam hidup aku.
Segalanya masih tak kena!” Aku
bertegas lagi. Menolak hakikat dan
nasihat yang masih berdengung di dalam kepalaku.
Budriz
mengeluh lalu dia bangkit dan duduk di sisiku lalu lengan kasar itu membelit
pinggangku sekali lagi.
“Dulu…” Suaranya resah bila dia memulakan
bicara. Lari dari perbualan kami tadi.
Dia
memang begitu. Hebat mengelak. Sesekali wajah tenang dan kata-kata yang kedengaran ikhlas mendayu itu bagaikan
membunuh hatiku. Mencalar hati kerana
aku tidak mahu melihat dia begitu tenang.
“…
abang selalu berangan nak duduk macam ni dengan Syai. Bila difikirkan… boleh ke kita sebagai adik
beradik tiri ada hubungan lebih seperti pasangan kekasih atau isteri. Lepas tu abang beranikan diri tanyakan pada
ustaz masa kelas Pendidikan Islam bila masa tu, ustaz sembang pasal mahram dan
muhrim. Bila ustaz kata ya… abang
gembira sangat sebab abang boleh nikahi Syai.
Abang tak sangka, impian dan doa abang jadi kenyataan hari ni dan mampu
memeluk Syai macam ni biarpun Syai tak rela,” sambung dia panjang lebar.
Aku
telan liur. Benar… Budriz mencintaiku
sedari dulu. Benar dia bersungguh
menyayangiku tapi hati ini sentiasa tewas dalam redha.
“Kenapa
aku tak pernah bahagia, Budriz?” soalku
pada dia dan membawa mataku memandangnya.
Tanpa
kuduga, sebuah ciuman hinggap tepat di dahiku.
Bila bibirnya lepas, dia menguak rambut yang terjuntai di pipiku ke
belakang telinga.
“Abang
tak punyai banyak jawapan. Tapi satu je
abang rayu sangat-sangat. Sayang kena
redha. Terima percaturan takdir. Akan ada hikmahnya tak lambat tak cepat akan
ada jugak. Janji Allah itu pasti,
sayang…,” pujuknya lagi.
Telapak
tangan itu mengusap pipiku lembut. Mata
itu dikedipkan sekali dan aku terus beratnya tubuhku padanya. Tanpa sedar dan aku sendiri tidak pasti
apakah yang bermain di dalam minda dan hati ini.
“Apa
yang aku perlu buat, Budriz? Aku sakit
bila kenangkan masa lalu,” luahku beremosi.
Bila
telingaku rapat pada dada Budriz, aku dengar degupan jantungnya hebat
menghentak. Nafasnya juga agak kasar
kala ini dan dapat aku rasakan ciumannya hingga lagi tepat di atas kepalaku.
“Sayang
perlu redha. Itu saja. Sekali kita tak redha… biar hebat pun kita
beribadat, Allah tak akan terima, sayang.
Betapa kuat sayang solat, puasa dan sedekah… dendam akan bawa semua tu
jauh dari kita. Hati boleh mati,
sayang. Abang memang boleh cakap sebab
abang tak lalu, tapi Syai kena ingat… kita tak tahu kenikmatan yang akan Allah
beri setelah dia menduga,” ujar dia lagi dan kali ini lebih lembut.
Tangan
kasar itu tetap begitu. Membelai dan
terus membelai rambutku hingga akhirnya, aku tidak sedar bilakah getah rambut
itu terlerai dan aku terus angkat
kepalaku dari terus melekap pada dadanya.
Mata
Budriz aku renung sedalam-dalamnya.
Mencari lagi keikhlasan yang sudah jelas terpancar.
“Apa
hikmah tu?” Aku bertanya polos. Bagaikan anak-anak berumur setahun saja.
Dia
senyum dan menggeleng. “Abang tak tahu
tapi Allah tahu. Dia akan kurniakan
nikmat tu buat kita dalam keadaan yang
kita sendiri tak sedar dan tak duga.
Percayalah!” tekan Budriz sambil
menggenggam erat jemariku.
“Contoh…” Dia menyambung lagi bila kau mengerutkan
wajah.
“… Syai
ada abang sebagai suami yang Syai tak nak hadap tapi abang sudi hadap isteri
abang yang garang ni. Yang suka herdik
dan tampar abang. Abang sudi hadap
sayang selamanya. I do love you. Yes, I do!” Budriz merenung tepat ke dalam anak mataku
kala dia mengucapkan itu.
Anak
mata hitam pekat itu, menikam tajam bola mata ini lantas rakus menerobos masuk
ke dalam hati membuatkan degupan yang masih lemah itu semakin bertenaga.
“Tapi
kenapa mesti kau?”
“Sebab
abang adalah anugerah buat sayang. Allah
tak akan datangkan abang andai Dia tak izinkan.
Dia tak akan jodohkan kita andai abang tak mampu jaga dan bersabar
dengan Syai. You are a gift…”
“Hadiah yang tak bern ilai
untuk kau, kan ?” Aku memangkas sinis. Mencebirkan bibir pada Budriz.
Dia
menggeleng berkali-kali. “Hadiah yang
tak terni lai
buat seorang lelaki yang telah mencintai adik tirinya sendiri. Perasaan sayang pada seorang adik yang
akhirnya bertukar menjadi cinta dan kini hubungan yang tak pernah Syai nak akui itu bertukar
lagi rapat. Lagi erat!” bisik dia sedikit meyakinkanku.
“Aku
benci keluarga kau, Budriz!” ujarku
lemah tapi dia menggeleng lagi.
“Tak…
sayang tak benci…”
“Aku
benci apa yang telah ayah dan keluarga kau lakukan pada aku dan arwah ibu,” ucapku
lebih keras daripada tadi. Melawan
esakan yang semakin menggigit pangkal hati.
“Nope…
sayang tak benci abang, tak benci ayah atau bonda. Sayang sunyi selama ni. Sayang marah bila ayah abaikan sayang sebab
abang dan bonda tapi itu bukan salah
abang, kan ? Abang tak tahu masa tu. Untuk itu… abang rela sayang hukum
abang. Abang akan bayar ganti rugi untuk
sayang atas apa yang pernah berlaku yang membawa hati yang rapuh ni semakin
kering dan kontang dengan kasih sayang tu,” ujarnya agak lirih pada pendengaranku.
Aku
ketawa nipis. Penuh sinis dan sindiran
pada dia. Bibirku menyenget sedikit
mengenangkan kata-kata Budriz. Entah
bagaimana hendak dia bayar ganti rugi akan waktu yang telah berlalu dan tak
mungkin kembali lagi.
Tangan
yang memegang jemariku sedari tadi, aku tolak perlahan. Aku bawa tubuhku bangkit dari birai katil dan
berlalu ke arah pintu balkoni yang ternganga lebar. Terang cuaca di luar namun hati ni masih
kelam. Tak kutemui lagi jalan yang benar.
Sungguhkah Budriz adalah penanda arah buatku atau aku sebenarnya lebih
tegar sendiri.
Aku
sandarkan tubuh pada bingkai pintu luncur.
Ada rasa
hangat kala ini. Matahari sudah menegak
di atas kepala. Allah menduga pada yang
mampu. Ibu pernah berpesan, jangan
kukesali akan apa yang terjadi. Hati ini
tak boleh mati tapi, mati juga akhirnya.
Berdenyut lemah hanya kerana dendam yang aku suburkan di dalam diri
selama ini tapi dendam itu kian melandai ditarah sedikit demi sedikit kasih
yang Budriz taburkan.
“Aba ng akan tebus segalanya. Abang akan ganti segalanya yang pernah sayang
hilang.” Budriz tiba-tiba saja ada di
belakangku.
Belakang
tubuh ini dirangkul lagi lalu dia jatuhkan dagunya ke bahuku yang sedikit
terdedah.
“Apa
yang kau nak beri sebagai ganti rugi aku tu, Budriz?” Aku bertanya lemah sambil memejamkan mataku
bila tangan Budriz merayap ke sekeliling pinggangku.
Lembut
belaiannya, hangat desah nafasnya yang menyapa telinga dan hebat detak
jantungnya yang berdegup pada belakangku membuatkan aku hampir terdiam menerima
kasih sayang begini. Indah namun tak
mampu aku serapkan dalam diri kala ini.
“Aba ng tawarkan kasih
sayang abang seumur hidup sayang. Abang
tawarkan diri abang untuk mencintai dan menyayangi sayang. Abang akan ganti dengan jasad abang selagi
ada roh dalam diri ini. Bukan untuk hari
ni. Malah sepuluh tahun sudah dan
berpuluh tahun akan datang hingga malaikat maut datang jemput abang dan saat
itu, abang pula mohon, Syai taburkan sedikit rasa kasih pada jasad tanpa nyawa
abang,” jawab dia penuh emosi dan suara yang tersangkut sedikit.
Tubuhku
dibalikkan menghadap dia. Ditolak bahuku
rapat ke dinding dan kami bersabung pandang lagi bila Budriz merendahkan
wajahnya sedikit menghampiri wajahku.
“Syai
perlukan kasih sayang dan hanya abang yang mampu berikan kasih sayang untuk
hidupkan hati Syai yang selama ini mati biarpun masih bern adi,” bisik dia lagi lalu dia benamkan
wajahnya lama ke leherku dengan pergelangan tangan yang masih utuh
digenggamnya.
“Syai
tak mampu nak terima…,” ucapku cuba
menolak wajahnya tapi dia tetap begitu.
“Cuba
dulu baru berkata tidak.” Dia berbisik
yakin.
Aku
menggeleng menafikannya. “Syai tak nak cuba !” tegasku lalu aku tolak tubuh Budriz kasar dan
terus berlari hendak keluar daripada bilik ini.
Terasa bahang tiba-tiba.
Aku tak
mampu mungkiri janjiku pada diri. Aku
mahu lihat dia tersadung dengan kasih yang dia taburkan buatku. Aku mahu dia tersungkur tanpa mahu bangkit. Aku mahu ayah dan bondanya rasa akan
keperitan yang aku galas sendiri.
Kala
aku capai tombol pintu, pinggangku terlebih dahulu diraih tangan kasar lelaki
itu.
“Syai
nak lari ke mana, sayang? Abang ada kat
sini. Abang nak bagi cinta abang. Kenapa Syai tetap tak boleh terima hakikat?” tanya dia agak tinggi.
“Aku
tak nak terima hakikat ni. Kasih sayang
kau pada aku buat aku lagi benci pada kau Budriz! Aku benci!
Aku benci!” tempikku kuat.
Bila
aku berpaling dan mengangkat tanganku hendak singgah ke wajah Budriz, dia lebih
pantas menyambar tanganku dan terus dicengkam sekuat hati membuatkan aku
menyeringai sendiri.
“Mengucap,
Syaima. Mengucap!” tegur dia setelah dia sekali lagi menolak
belakang tubuhku rapat ke dinding.
“Ingat
Allah. Abang cintakan Syai. Tak nampa k
ke atau Syai sendiri sudah mula cintakan abang sebab tu Syai begini?” herdik dia sedikit.
Aku
ketap bibir dan menggelepur sendiri membuatkan bahu baju yang sedia luas itu melurut sedikit dari
bahu. Budriz telan liur.
“Aku
tak pernah dan tak akan cintakan kau, Budriz!”
ujarku mengetap gigi.
“Malah
aku semakin benci…”
Belum
sempat aku menghabiskan ayatku, Budriz memagut bibir ini membuatkan aku terdiam
dan tak terkata apa lagi. Kutelan
sendiri maki hamunku kala Budriz menutup bicaraku.
“You are my wife after all, sayang,”
bisik dia setelah tautan bibir kami lepas.
“Aba ng tawarkan diri abang
untuk sayang seumur hidup ni!” tegasnya
lagi dan dia menyapa tubuhku ke dalam pelukannya.
Sungguh
barangkali. Aku sedang menidakkan
sesuatu dan seharusnya aku sendiri tidak mahu begitu. Tidak mahu Budriz terus hadir dekat ke dalam
hati yang semakin rancak degupannya.
**
“SATU
hari nanti abang harap Syai tutup segala ni untuk abang sorang je,” pinta
Budriz kala dia membelitkan sehelai selendang di leherku bagi menutup kesan yang
dia tinggalkan untuk kali kedua.
Aku
diam dan menyentuh rambutku yang diikat tocang kuda. Tinggi saja.
Itupun tidak kemas kerana ikatan itu adalah hasil seni tangan
Budriz. Betapa aku menghalang, dia tetap
berkeras hendak mengikatnya.
“Okey. Dah siap.
Jom kita ke pasar. Dah tengah
hari ni.
Abang dah lapar,” ajak dia lalu dia kuak pintu Subaru miliknya itu.
Bila
aku tidak berganjak, dia menolak sikit tubuhku masuk ke dalam kereta. Tidak dapat tidak, aku labuhkan duduk di
dalam peru t
kereta dan Budriz mengambil tempatnya lalu kereta diundur cermat dan terus
bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.
“Kenapa
diam?” tanya Budriz padaku. Dia menjelingku sedikit dan tersenyum.
Aku
tetap diam tidak menjawab biarpun dengan perbuatan.
“Marah
abang cium sayang tadi, ya?” soal dia
nakal.
Kali
ini aku menjeling dan Budriz memandang ke atas buat-buat tidak mengerti akan
amaranku.
“Buat
lagi macam tu…” Kata-kataku mati di
situ. Memberi amaran pada dia.
“Aba ng suka. Kita kongsi kasih sayang seadanya. Abang nak kongsi yang ind ah-indah
je dengan sayang. Yang sakit tu biar
abang tanggung sendiri.”
Aku merengus. “Jangan buat lagi. Aku tak suka!”
“Aba ng berhak, kan ?”
“Oh…” Bibirku muncung sedikit.
“Dah
pandai nak tuntut hak la, ya?” sindirku.
“Aba ng tak minta. Abang berkias,” jawab dia mendatar.
“Aku
tak boleh nak bagi apa yang kau minta. Aku
tak akan…!”
“Sayang
akan. Sayang akan serah diri pada
abang. Satu hari ni tanpa abang paksa.” Dia bersuara yakin dan aku diam saja.
Tidak pasti
sejauh mana keyakinan Budriz dan tidak yakin juga akan kekerasan hati yang mula
melentur ini. Budriz diam dan aku
juga. Dia tenang memandu menuju ke
destinasi.
Kami akhirnya
tiba di Carefour Subang Jaya. Agak ramai
pengunjung hari minggu begini hinggakan Budriz berkali-kali berlegar mencari
tempat letak kereta yang kosong. Daripada
basement, hinggakan ke tingkat tiga,
akhirnya tempat letak kereta berjaya kami dapatkan.
“Huh,
ramai oran g. Jenuh cari parking,” bebelnya setelah pintu
kereta dikunci dan dia menarik tanganku melangkah bersamanya.
“Sayang…,”
seru Budriz ceria.
“Emm…” sahutku malas.
“Kita
makan dulu. Lepak foodcourt boleh tak? Abang nak
makan nasi claypot tu. Lepas tu kita beli barang. Tengah hari sayang tak payah masak dah. Malam karang kita masak sama-sama, ya?” ujar dia lagi dan kami terus meniti escalator turun ke tingkat tiga menuju
ke medan
selera.
Aku duduk
saja menanti Budriz membawa pesanan dan setelah seketika, dia hampir padaku dan
menatang sebuah dulang berisi makanan dan juga dua gela s air.
“Kita
makan dulu, ya?” suruhnya dan terus saja
dia capai sudu dan garpu dan menguis nasi yang ada di dalam claypot.
Masih berasap.
Dia meniup
nasi itu beberapa kali dan terus saja disua ke mulutnya dalam keadaan yang
masih berasap dan panas pada fikiranku. Namun,
wajah itu tetap tenang mengunyah nasi itu dengan sopan.
Aku memerhatikan
dia. Nampak polos sebenarnya dia. Dari dulu, entah apa yang aku pandang pada
wajahnya hinggakan kebencian saja yang lahir.
Langsung tiada kasih, langsung menjauh sayang.
“Sayang
kenapa tak makan?”
Aku terkebil-kebil
bila Budriz menegur. Dengan pantas aku
terus capai sudu dan terus menyudukan nasi yang masih berasa ke mulut. Kala sudu itu lepas dari bibir, aku
buntangkan mata. Panas!
Bibirku
terbuka sedikit dan tanganku menekup mulut yang terasa hangat dan pedih. Anak mata ini terasa berair. Budriz memandangku pelik.
“Panas
tu, yang. Kenapa tak tiup dulu sikit,”
tegur dia sedikit marah.
Aku tidak
mengendahkan teguran Budriz sebaliknya, aku mahu luahkan semula nasi tersebut
yang ternyata sedang menggigit deria rasa pada lidahku. Belum sempat aku berbuat demikian, Budriz
meletakkan sudunya dan menadah telapak tangannya dekat di bibirku.
“Nak
luah, kan ? Luah kat tangan abang ni,” suruh dia tenang.
Aku menggeleng
tidak sanggup sedangkan mata ini semakin berair dan terus memberat pada kelopak
mataku. Bila Budriz suakan segelas air,
aku menggeleng tidak mampu menerima. Terharu,
tersentuh malah tercuit dengan layanannya.
“Luah
la, sayang. Mata tu dah berair dah. Cepat luah nasi tu minum air ni,” arah dia
lagi dan kali ini lebih tegas.
Serentak
itu, airmataku meleleh bila Budriz bangkit dan duduk di sisiku. Telapak tangan kirinya singgah di belakang
dan sebelah lagi menadah nasi yang tak sempat aku kunyah.
Dia terus
letakkan nasi itu di dalam sehelai kertas tisu dan menyuakan segelas air
buatku.
“Lain
kali masa makan, jangan renung abang. Kan dah tergoda. Sampai tak sedar telan nasik panas,” ucap dia tanpa riak dan aku
sekali lagi tersedak sendiri.
~~.> bersambung
Cik Penulis :
Maaf semua. Kekangan tugasan rasmi. SYMP...
yes~ dah ada update... best2!!!
ReplyDeletebetol3 tahniah RM dpt update cite walaupom cbuk....
Deletekeep up.... good job!!! n good luck to u may Allah bless u
heee sweetnye....trima ksh kak
Deleteoh budrizzzzz~ terg0da lak. hihihi~ tengs kak rehan for tis entry! i love u.. :))
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanks sangat2...... :) best.
ReplyDeletexpe kak maya paham heheh
ReplyDeletebest!! :D
ReplyDeleteyeahhhhh...ske la n3 ni...(sbnrnye stiap n3 suka..hehe)...syai dh blh trima budriz skit..klu jd syai td pn tercuit, tharu tercubit bgai kot..huhu...sweet gle budriz ni....
ReplyDeleteamboiiii abg budriz nie ! tergoda terkesima sebentar tau. caring bebeno , cayaq aihhh. syai tamau garang garang lagi dah tau. hehehe. thank you kak for this entry. bessstttttt seperti biasa ! :)
ReplyDelete#Murni Tan
tq rehan for the new n3...biarpun lambat tapi berbaloi menunggu..best sangat..^-^
ReplyDeleteaduhhh...bdriz...luv u..haha....dh jth cnta ngn bdriz...
ReplyDeletealaa.. keras nya si syai neh.. kecian budriz..hehe
ReplyDeleteYeay.... dah ada entry.... Walaupun cuba memahami kesibukan rehan tetapi masih tak dpt nak menahan hati drp meminta update terbaru.... Sorry ek....
ReplyDeleteSmoga dpt menghasilkan lagi karya2 yg "menyentuh" hati para pembaca.... Amin....
romantik gak budriz nie :)
ReplyDeletenak Budriz jugak.....
ReplyDeleteromantik...
ReplyDeleteyaallah..sumpah sye yg tergoda dgn budriz ni..syai ko x nak kasi ak lah..hehehh..
ReplyDeleteemm xtahu nk kata ap...
ReplyDeletesos sweet....
ReplyDeletemkin lma mkin mnarik crta ney..........
xsbr nk tnggu entri yg strusnya.......
:D
Berbaloi menjengok blog ini berkali2 dr pagi ,t/hari ,ptg n, mlm hga kepagi.tqvm RM.
ReplyDeletexpe tunggu lama2 pun,..mmg xmenghampakan! heheh!
ReplyDeletealolo~
ReplyDeleteknape best sgt ni. x sbr nk tggu entry seterusnya :D
he3
yezzzaaaaaa...i like...hoho
ReplyDeleteexcited wait 4 de next n3..!!!
Dear, sudah lah menguji itu suami. Akak baca sedih la. Why soo grg ? Sudahlah buat entry yg happy2 pulak. Reader loves happy ending mehh
ReplyDeletealahai sweetnya budriz,beri la mereka bahagia RM
ReplyDeleterugi syai x terima budriz..hehe
ReplyDeleteagak2 klu mintak tgn asben nk luah nasi pns tu,dia bg x??keke,.tmbh perisa lg budriz,bg Syai terharu lbeh hehe
ReplyDeleteala nk budriz jgkla....sweet nyer...
ReplyDeleteLove is in the air..tapi x nak mengaku
ReplyDeleteSweet lah Budriz ni.....#^_^
ReplyDeleteandai mampu aku peroleh seorang imam seperi Budriz... tidak terucap kesyukuran atas rahmat & nikmat yang Allah kurniakan... masyaALLAh... subhanALLAH.
ReplyDeletehai syai.... sudah2 la bedendam ngn budriz n family tu. time la budriz yg romantik tu. hpuslah dndam dgn hmparan kasih syg yg budriz nk berikan tu. tq for excellent update. next plzzze!
ReplyDeleterasa cam pendek je..
ReplyDeletesambung lg RM..hehe
wallauweh giler macho budriz nih.hahaahhaha.terbaikwok
ReplyDeletepandai ko MENGGODA kan RM...ahaks~ wa respect sama lu!! hahaha....besssstttt!!
ReplyDeletecbe masukkan watak lain. agak boring baca cerita degil syai ni aje..bagi syai jeles ngan budriz.
ReplyDeletebetul..cbe msukkan watak len.
DeleteKak Sue dah jatuh tergoek-golek ni sebab dah tergoda dengan Budriz ni.... hahaha ... dalam cerita ok lah ... kalau luar cerita jatuh cinta dan tergoda dengan Hubby sendiri ja.... hehehe
ReplyDeleteMungkin boleh betulkan; Rasulullah larang tiup makanan atau minuman. Hanya dikipaskan saja biar sejuk. Dalam nafas kita ada carbon dioxide. Anyway, great story.
ReplyDeleteooo...patutla abg saya x bg tiup makanan tapi saya x tahu reason apa x blh tiup makanan now saya paham...
Deletesweetnya... indahnya kalau aku juga bgitu... nak budrizzz jugaklah...
ReplyDeletetQ RM..romantiknyea abg Budriz nie.
ReplyDeleteRM kalau boleh bykkan lah scene kat luar rumah.
Best skit..n actually saya x suke dorg bbaik.
hehehe..x sbr nk tggu konflik lain y ak akn timbul.
mmmm....ada kemajuan nampaknya syai ni...tapi klu next n3 trus baik rasanya x rasa kot kasih sayang budriz yang melimpah ruah tu...jd bagi konflik dalam diri syai sikit lagi bagi dia btl2 feel kasih sayang budriz sampai ke sudut hati yang paling dalam...tapi klu kak RM nak bg syai terlentok dgn budriz next n3 pun ok gak tapi janggal la sbb mendadak cuba bg syai sikit2 ubah perangai dia tentu lg happening...
ReplyDelete-hanim-
kak rehan,saje nk suggest; tambah watak lain so that warna warni skit, contohnya calon cucu menantu x jd dari nenda ke? ofis mate yg dah lama crush kt abg bud ke? kasi jeles itu syai...penat tgk budriz aje pujuk syai, nk tgk syai tackle budriz plak.
ReplyDeletehaha terkantoi lak syai renung budriz...aiyooo...haha
ReplyDeleteapa agaknya peristiwa yang boleh buat syaima terima budriz? adakah budriz akan menghilang dan dalam pada itu cinta syaima hanya untuk budriz? hmmm...
nak suami yg mcm ni boleh x???huhuhu..sooo sweett..
ReplyDeleteerm..beruntungnya syai dpt budriz..hehe..:) jelezzz sngt2~~ mg aq juga bertemu lelaki sebaik budriz..mampu membimbing dikala aq lemah dan berputus asa..jg teman kala aq bahagia..^^
ReplyDeletehaha abz t'kantoi c syai ...
ReplyDeletebest y lau de hubby cm budriz nie ...
RM nk satu bole ,, hahaha
ermm...suka budriz buat macam tu kai syai...tq RM walaupun sibuk tapi tetap update...miss budriz and syai....
ReplyDeletehai la..melting....
ReplyDeleteBestnya! Beruntung syai dapat husband macam budriz. Tak sabar menanti apa yang akan terjadi seterusnya.
ReplyDelete~Lynn Amier~
saye mmg ske watak pempuan degil..
ReplyDeletebest2..
RM, nanti ubah ayat ni. aku terus beratnya tubuhku padanya. ?? tak faham ayat ni.
ReplyDeletelagi satu nak komen. Klise. Hehehe. jangan marah ya semua pemint rm.
Wahai Puan Syai.. Kalau hang tak nak Abg Budriz tuh, bak sini kita nak dia kekekekekke
ReplyDeleteterbuai membacanyer..mmg betul2 penggoda la syed budriz ni...hahahaha
ReplyDeletenak kawin..! nak kawin!! hehehe..
ReplyDeletehahahahahaha! ayat last sekali paling tak tahan! selamba badak je budriz cakap macam tu. ngehehe. sukaaa! good job kak rehan! ada masa, sambung lagi ye! :)
ReplyDeleteaduh..kuarkan novel terus RM.. sesak dada tungu next entry..huhu
ReplyDeletebaca part budriz, ingat part usop lah..hahaa.. syai ni awatlah keras benor? redho jelah dpt suami romantik gitu..haha...
ReplyDeletebest! cepat sambung ,akak! memang tabik springg la ngan akak! keep it up!
ReplyDeleteSYAi sl la besyukur dkurniakan suami y baik cm SAB tu..xbaik mnafikan takdir y tlh tersurat..kesemua y berlaku adalah ketetapan Y MAHA ESA..
ReplyDeletebrtuahnya dpt suami mcm budriz...
ReplyDeletebest cgt.. sk2 akq mmg bbkat
ReplyDelete