BAB 1
JARI-JEMARI
runcingku menyentuh pipi si kecil Zakhri Adha.
Comel sungguh anak along ni. Nak
tunggu anak angah, ada lagi dalam tiga bulan baru keluar. Harap-harap tak ada apa yang berlaku. Mengingatkan peristiwa kak long tumpah darah
beberapa bulan sudah, sungguh aku hampir pitam.
“Nasib baik kak
long tak ada apa-apa sekarang ni,” ucap aku pada kak long. Isteri along yang lagi muda daripada aku
sebenarnya.
Kak Long Anaresa
senyum. Dia memandang Kak Ngah Haqmi
pulak. Sarat sudah isteri Encik Zafrin
ni. Tapi, masih aktif mengajar. Semuanya educated
dan bekerja lebih-lebih lagi kak long, memang bekerja. Menjadi surirumah sepenuh masa dan peneman
mama. Aku pun nak jadi macam tu tapi
rezekiku adalah berbakti pada masyarakat.
“Nak risau apa? Kak long okey je. Dalam rumah ni kan ada seorang doktor dan
bakal ada seorang lagi,” usik kak long.
Aku tegakkan
tubuh dan memandang dia. Sejak berbulan
lalu, mama dan abah jenuh bertanya tapi aku hanya diamkan diri saja. Tidak mengiyakan sedikit pun tentang hubungan
aku dengan Zayed. Hanya dengan dua orang
kakak ipar aku ini saja menjadi tempat aku meluahkan rasa hati.
“Kak long jangan
cakap kuat-kuat. Nanti mama dengan abah
dengar pulak,” tegurku bersama jari yang terletak pada bibir sendiri.
Kak ngah
memandangku pelik. Wajah dia juga
berseri-seri dan sudah sedikit tembam.
Jauh beza dengan rupa dia sewaktu mula-mula nikah dulu.
“Rina nak takut
apa?” soal kak ngah.
“Bukan
takutlah,” tukasku menafikannya.
“Habis tu?” Dua-dua menyoalku serentak kali ini.
Mataku tunak
merenung kedua-duanya. Aku tegakkan
tubuh dan mengesot sedikit bersandar pada dinding katil kak long.
“Rina tak nak
cakap apa-apa melainkan Zayed sendiri kata, ya.
Kalau tidak Rina memang tak nak bersuara pun. Apatah lagi nak bagi tahu abah dengan mama
pasal kami,” ujar aku dengan suara yang sedikit sebu.
Sejujurnya, aku
mahu Zayed meminang aku sekarang juga. Umur
kami pun sudah agak banyak. Senior aku
masa di kampus perubatan dulu dan kini juga bekerja di hospital yang sama tapi
sangat jarang bertemu.
Seringkali kami
bertugas berlainan waktu. Dalam seminggu
tu, sekali pun belum tentu.
Kadang-kadang waktu sedang makan, aku terus berkejar ke unit kecemasan
jika ada panggilan. Zayed lagilah. Ada waktunya hingga 48 jam dia tidak lelapkan
mata.
Huh… bila nak
merasa ada bayi semua ni…entahlah! Aku
merungut di dalam hati tanpa sedar. Aku
mengerti akan tugas dia kerana aku juga sama.
Tapi, kami juga ada kehidupan sendiri.
Kami ada keperluan sendiri. Aku
mahu Zayed ikat aku menjadi suri yang sah buat dia dan setelah itu, tiada apa
lagi yang aku resahkan.
Namun, bila
difikirkan, Zayed tak pernah sekalipun mengatakan dia mencintaiku. Hanya bahasa tubuhnya saja yang berbicara
sejak aku masih menuntut. Tapi, jika
mahu kuiktraf sebagai layanan istimewa, rasanya Zayed melayani semua juniornya
begitu. Sentiasa tersenyum dan
menggelarkan dirinya ‘abang’. Suaranya lembut
memberi nasihat dan pandangan. Jadi, apa
bezanya aku dengan yang lain pada Zayed, aku tidak pasti kini.
“Kalau kata
Zayed tak cakap sampai sudah?” Kening
Kak Long terjongket tinggi. Nampak macam
tak puas hati.
“Kalau dia tak
nak sampai sudah, Rina…”
“Cari orang lain
je,” tokok kak ngah pula tiba-tiba.
Aku sengih dan
menggeleng. “Rina ni setia pada yang
satu. Kalau kata Zayed tak nak sampai
sudah, Rina tak kahwinlah,” tukasku lalu aku bangkit dan berlalu keluar
membiarkan dua orang kakak ipar aku tu termangu sendiri. Haih… pusing kepala. Sebenarnya, aku mahu larikan wajahnya yang sudah berubah warna. Ada air jernih yang sedang sarat meniti tubir
mataku.
Baru saja hendak
menapak ke bilik, suara mama memanggil. “Rina
betul-betul cuti ke hari ni?” soal
mama.
Aku berpaling
sedikit dan mengangguk. “Harap tak ada
panggilan kecemasan.”
Mama senyum dan
berlalu ke biliknya. Hingga kelibat mama
hilang di balik daun pintu, aku masih setia berdiri. Rasa kaku kaki hendak melangkah. Bagaikan mengerti akan renungan mama yang risaukanku.
Sejak dia bersua
kali kedua dengan Zayed di hospital dulu, mama kerap kali meminta aku mengajak
Zayed ke rumah tapi harus bagaimana aku katakan pada mama yang Zayed langsung
tidak punyai waktu untuk hidupnya sendiri apatah lagi untukku.
Akhirnya, aku
tolak daun pintu dan merapatkannya kembali.
Nafas kuhela dalam-dalam dan menyandarkan tubuhku pada belakang
pintu. Perlahan-lahan aku terduduk
sendiri. Hari ini, cuti aku diluluskan
untuk sehari. Rasa mahu merehatkan minda
yang kalut. Tapi, rasanya kekalutan itu
bertambah ribut lalu aku bangkit dan menapak ke katil dan merebahkan tubuh yang
agak lesu.
Seketika kemudian,
aku memandang pintu bila bunyi ketukan beberapa kali. Bila aku tegakkan duduk, abah muncul.
“Eh… mama… abah.” Aku senyum menyenget lalu aku menyulam sila
cuba mengawal rasa tidak betah kala ini.
Bagai bersedia menerima soalan-soalan membunuh nanti.
“Kenapa cuti
hari ni? Senang pulak dapat cuti?” tanya abah lalu dia duduk di sisi kananku.
Aku angguk dan
tersenyum segaris. Benar kata abah, tak
mudah untuk seorang doktor sepertiku menerima cuti untuk sehari. Tapi, aku benar-benar pelukan rehat apatah
lagi bila permohon cuti diluluskan, aku perlu menikmatinya sebaik mungkin.
“Tak adalah
mudah jugak, bah. Dah lama Rina
mohon. Adalah dalam dua tiga bulan
kot. Tiba-tiba diluluskan, jadi Rina nak
rehatlah.”
Abah senyum dan
mengangguk saja menerima jawapanku tadi.
“Tapi, abah tak
nampak Rina menikmati cuti pun,” tukas abah membuatkan aku terhenyak sedikit.
“Eh, abah
ni. Apa maksud abah?” Aku sedikit cuak. Bimbang abah terkesan akan bebanan hatiku
saat ini.
“Tak ada
apa. Cumanya, abah memang tak nampak
Rina betul-betul nikmati cuti ha. Tadi,
kat bilik along kenapa?”
Aku kerutkan
dahi. Kenapa apa pulak abah ni? Kalau main dengan anak-anak buah, aku rasa
itu adalah salah satu cara menikmati cuti.
“Main dengan
anak-anak buah sendiri itu salah satu cara Rina tenangkan fikiran, bah…,”
selaku.
Tapi, abah
menggeleng. “Abah tak kata main dengan
anak-anak buah, tapi dengan luahan Rina tu.
Kenapa? Apa masalahnya?”
Terkedu aku
dengan pertanyaan abah. Barangkali abah
ada di muka pintu bilik along atau boleh jadi juga dinding rumah kami mampu
ditembusi oleh suara biarpun berbentuk separuh bisikan.
“Err… tak… err…
tak ada apa-apalah, bah,” dalihku.
Aku cuba bangun
tapi abah menahan. “Duduk. Abah nak cakap sikit dengan Rina. Ini soal hidup Rina.”
Kakiku tak jadi
melangkah. Punggungku kembali berlabuh
di sisi katil sedikit menjauh dari abah.
Aku pandang abah dan dia merenungku seketika sebelum menebarkan
pandangannya ke seluruh bilik.
“Rina
satu-satunya anak perempuan abah. Sejak abah
bersara ni, abah seronok main dengan cucu-cucu abah dan abah bersyukur bila
anak menantu abah semuanya baik-baik dan pandai-pandai. Macam Anaresa, Haqmi… kedua-duanya
bagus. Abah sayang semuanya.” Abah sudah mula berbicara.
Aku tunduk
mendengar mukadimah dari abah. Seketika nanti,
aka nada namaku disebut.
“Tapi, sekarang…
abah risaukan Rina. Kenapa cakap macam
tu? Buatnya mama dengar apa yang Rina cakap dengan kakak-kakak ipar Rina
tadi, macam mana? Resa sanggup tak
kahwin sebab Zayed?” Wajah abah berkerut
sedikit.
“Mama dengar ke, bah?” Aku menyoal risau.
Abah menggeleng
dan aku melepaskan nafas lega.
Kala ini, aku
rasakan airmataku hampir menitis. Baru sekejap
tadi kering, ini sudah mahu mengalir pula.
Dalam hati aku bersyukur, mujur mama tidak mendengarnya. Jika tidak, tak mampu aku bayangkan perasaan
mama jika anak perempuannya tegar memilih hendak menjadi anak dara tua kerana seorang lelaki.
“Rina minta
maaf, bah,” pintaku pada abah.
“Toksah minta
maaf. Rina tak salah tapi Zayed juga
tak salah. Kalau Zayed tak nak ambil
Rina jadi yang halal buat dia, Rina
anggap jelah dia kawan. Pada abah tak
ada masalah biarpun abah dan mama memang berkenan benar dengan dia. tapi, kalau dia tak ada rasa buat Rina, tak
ada guna Rina paksa dan menanti. Masa tak
menanti kita, nak,” nasihat abah padaku.
Aku tunduk
menekur pandangan ke lantai. Setitis demi
setitis airmataku mengalir menodai pipi.
Buat pertama kalinya setelah hatiku dimiliki oleh Zayed, aku mengalirkan
airmata.
“Rina memang
sukakan dia, bah,” akuikui tanpa silu.
Abah angguk dan
menepuk bahuku lembut. “Abah tahu Rina
sukakan Zayed dan dia pun sukakan Rina. Tapi,
bukan cinta. Rina kena faham tu. Abah pun dah faham. Mula-mula dulu ingatkan Zayed adalah teman
istimewa Rina tapi sampai sekarang tak ada apa-apa lagi, abah anggap korang
berdua tak ada apa-apalah,” ujar abah luhur.
Pedihnya hatiku
menerima kata-kata abah yang ternyata ada benarnya. Sudah bertahun, jika benar Zayed mahukan aku
dan mencintaiku, pastilah dia sudah mengakuinya biarpun untuk sekali.
Aku tarik nafas
dalam-dalam dan menghelanya perlahan. Airmata
aku lap dan aku pandang abah bersama senyuman tipis bagi menutup kepedihan
hatiku.
“Abah jangan risau… tadi tu Rina bergurau je. Kalau Zayed tak nak, orang lain kan ada. Rina tak akan berharap pada dia. Lagipun, doktor yang sibuk macam dia tu,
masa untuk diri sendiri pun tak ada,
bah,” selorohku pada abah dalam tawa yang canggung.
Abah tidak ketawa.
Sebaliknya dia bangkit dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket
baju Melayu yang tersarung pada tubuhnya.
Matanya memandangku yang kembali menunduk.
“Memang abah
risau takut Rina terus berharap. Abah tak
nak, bila Zafrina menderita kerana cinta sedangkan Zafran dan Zafrin sedang
berbahagia. Rina kena ingat, sebijak
mata pun manusia itu, hati adalah musuh utama.
Jika hati tewas dengan dugaan, tewaskan dia sebagai insan. Sebab tu, doktor sekalipun, boleh sakit di
sini…” Abah tekan sedikit kepalanya dan
aku angguk. Abah terus berlalu.
Benar begitu. Hati adalah segalanya. Tempat segalanya bermula dan juga berakhir
dan pastikan ada airmata. Hari ini, aku
sedar, Zayed tidak mencintai malah sekadar menyukai dan yang sedihnya, harus
bagaimana aku mahu mama tahu akan perkara ini.
“Tapi, abah…” Langkah abah pegun. Dia berpaling lagi.
“Rina tak tahu
macam mana nak cakap pada mama,” luahku.
Abah senyum. “Soal
mama, jangan dok risau. Rina nikmati
cuti betul-betul, kemaskan perasaan sendiri.
Kerja Rina menuntut banyak ketahanan fizikal dan mental. Tolak tepi hal-hal tak perlu. Kalau rasa nak mudah, bagi abah cari. Senang…” gurau abah lalu dia ketawa.
Haih abah
ni. Semudah itu dia meminta aku
melupakan Zayed dan sesenang itu juga dia mahu mencari calon untukku. Setelah daun pintu dirapatkan, aku kembali
merebahkan tubuh. Kata-kata abah
terngiang-ngiang. Aku tidak risau
menanti Zayed untuk seribu tahun lagi, tapi yang aku bimbangkan aku tak mampu
bertahan sampai ke tahap itu. Barangkali,
Zayed akan kekal menjadi seorang senior untukku dan akan kekal begitu
selamanya.
Airmata yang
tersisa aku lap sampai kering. Siapa
cakap tak sedih. Bertahun aku sulam rasa
cinta buatnya dengan keyakinan yang Zayed memang mencintaiku tapi sayang bila
abah terlebih dahulu menyedari, cinta Zayed bukan untukku. Namun, cukuplah aku menjadi salah seorang
yang disukainya.
~~> bersambung
RM : Masih ingat nama2 ini. Mini novel ke-4 setelah KIM, KSC, UD. Sekarang SAM. will slowly update.
Ingat!
ReplyDeleteTertanya jugak sbb Rehan dah penah updated sikit dulu..
wuu...akhirnya ada update..smbungan ni
ReplyDelete>>k<<
wah sambung trilogi mini novel..more n3 pls hihi
ReplyDeleteSAM pulok. Teruskan! Tetap menyokong, tapi sudah mula rindu IAM and STK. ;)
ReplyDeletebest kisah rina ni..dan adakah heronya zayed ataupun menantu pilihan abah rina??
ReplyDeletehmmm permulaan yg cun..huhuhu rndu ressa ngn zafran...thnks sis..~ ayu ayriez
ReplyDeleteAlolo...sian rina...jgn sedih2 yea...ada typo error skit.
ReplyDelete"Resa sangguh tak kahwin sebab Zayed?"...patutnya Rina kot..hihi jgn marah yea ..
-ieja-
Wah ini kisah adik zafran dan zafrin pulak.....emmm mesti best juga ni.....
ReplyDeletekasihan rina,adakah kisah cinta dia lgi dahsyat dr abang2nya hihihi. x sbr tgu n3 br ni hihihi
ReplyDeleteYeay!new mini novel....x sbrnyer ....
ReplyDeleteRM tahu ja Kak Sue tengah rindu kt Kak Long Ana dan Kak Ngah Haqim.... TQ.. terubat rindu...
ReplyDeleteHebat sangat ke Si Senior Zayed tu ..... jangan sampai Rina dah jatuh ke tangan orang lain baru nak berterus terang.... menyesal x sudah.... tengok macam Abang Long tu terus ja... x ada belok-belok terus ja cakap nak kahwin.... hehehe
wah bersua kmbali dgn kak rehan,dah lama ga baca novel diblog kk rehan rindulah pulak ,bgm kbrnya kk rehan moga sehat ye?cerita ini the best,kumpulan ksah keluarga 3 in 1 he...he....ratna insiprasi mlalui kisah2 yg kk buat trmsh ye?
ReplyDeleteRM...ingatttt!!! menunggu seterusnya....
ReplyDelete~ Aminah
kisah zafrina plak..heheheeh i like
ReplyDeletebest jalan cerita ni..
ReplyDeletejangan tunggu kalo orang tak mahu..
Best cite ni... ade la sikit typo and silap nama karakter, tapi best sgt. Thumbs up to RM.
ReplyDeletebest3.nak miliki mcm KSC.UD pn nak gak mcm ksc.
ReplyDeletebest3
ReplyDeletekak rehan ni memang pandai wat saya sengih sorang2 lah..
ReplyDeleteReally miss them!! Tq RM!! Tak sabar tunggu nxt n3
ReplyDeleteWah, this must be an interesting story. Keep it up kak Rehan! Can't wait for STK. Goodluck kak for this SAM! :D
ReplyDeleteRM, BNS da 3x khatam...nxt novel harap2 STK.
ReplyDeletekisah zafrina pulak...x sbar nak baca :) all the best kak!!
ReplyDeleteAkanku follow SAM plak...
ReplyDeleteWAH.....!!!!!!!!!!!!!!! sambungan nie... xcited... hahahahhaha XD best la kak rehan buat cter mcm nie..... heheheh...
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
terima kasih semua sudi ingat adik zafran dn zafrin neh.. hehehe..
ReplyDeleteterlalu banyak typo sehingga maksud lari. kene baca berulang kali untuk fahamkan ayat.
ReplyDeletesuka ayah zafrina. teringat ke arwah ayah
ape pun best. nampak ade kesinambungan dari ksc n ud.
wah...i follow...ada sesuatu yg menarik tentang cite ni
ReplyDeleteok best... mini novel baru.. :)
ReplyDeleteakhirnya dapat bace jugak...byk sungguh halangan nih...
ReplyDelete1stly, rasa cam teruja nak tau ape jadi seterusnya
2ndly,bertabahla zafrina jika zayed bukan jodoh mu
3rdly, zayed lambatnye hang nak bertindak...kalo suke cepat2 la wei kalo x Abah dah ready nak cari pengganti 2 baru padan muka hang
RM ni kisah rina pulak ke?
ReplyDeleteassalamualaikum Rehan.1st time akk masuk cni.tiba2 teringt saat mula2 jumpa kamu kat pesta buku Selangor.kamu t/t novel yg akk beli.btw,akk suka sngt2 terlerai kasih.hrni pg2 teringin nak menjinakkan diri dgn blog kamu pulak.pndgn pertama akk tuk cter ni....matang. ^^
ReplyDeletebr start follow blog ni...ni mn 1st yg sy baca...sgt menarik n terus nk tau apa kesudahan kisah ni...
ReplyDeletepermulaan yang best :)
ReplyDeleteBesttt
ReplyDelete