Tuesday, October 30, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 1



BAB 1

JARI-JEMARI runcingku menyentuh pipi si kecil Zakhri Adha.  Comel sungguh anak along ni.  Nak tunggu anak angah, ada lagi dalam tiga bulan baru keluar.  Harap-harap tak ada apa yang berlaku.  Mengingatkan peristiwa kak long tumpah darah beberapa bulan sudah, sungguh aku hampir pitam. 

“Nasib baik kak long tak ada apa-apa sekarang ni,” ucap aku pada kak long.  Isteri along yang lagi muda daripada aku sebenarnya. 
Kak Long Anaresa senyum.  Dia memandang Kak Ngah Haqmi pulak.  Sarat sudah isteri Encik Zafrin ni.  Tapi, masih aktif mengajar.  Semuanya educated dan bekerja lebih-lebih lagi kak long, memang bekerja.  Menjadi surirumah sepenuh masa dan peneman mama.  Aku pun nak jadi macam tu tapi rezekiku adalah berbakti pada masyarakat. 
“Nak risau apa?  Kak long okey je.  Dalam rumah ni kan ada seorang doktor dan bakal ada seorang lagi,” usik kak long. 
Aku tegakkan tubuh dan memandang dia.  Sejak berbulan lalu, mama dan abah jenuh bertanya tapi aku hanya diamkan diri saja.  Tidak mengiyakan sedikit pun tentang hubungan aku dengan Zayed.  Hanya dengan dua orang kakak ipar aku ini saja menjadi tempat aku meluahkan rasa hati. 
“Kak long jangan cakap kuat-kuat.  Nanti mama dengan abah dengar pulak,” tegurku bersama jari yang terletak pada bibir sendiri.
Kak ngah memandangku pelik.  Wajah dia juga berseri-seri dan sudah sedikit tembam.  Jauh beza dengan rupa dia sewaktu mula-mula nikah dulu. 
“Rina nak takut apa?”  soal kak ngah.
“Bukan takutlah,” tukasku menafikannya. 
“Habis tu?”  Dua-dua menyoalku serentak kali ini.
Mataku tunak merenung kedua-duanya.  Aku tegakkan tubuh dan mengesot sedikit bersandar pada dinding katil kak long. 
“Rina tak nak cakap apa-apa melainkan Zayed sendiri kata, ya.  Kalau tidak Rina memang tak nak bersuara pun.  Apatah lagi nak bagi tahu abah dengan mama pasal kami,” ujar aku dengan suara yang sedikit sebu. 
Sejujurnya, aku mahu Zayed meminang aku sekarang juga.  Umur kami pun sudah agak banyak.  Senior aku masa di kampus perubatan dulu dan kini juga bekerja di hospital yang sama tapi sangat jarang bertemu. 
Seringkali kami bertugas berlainan waktu.  Dalam seminggu tu, sekali pun belum tentu.  Kadang-kadang waktu sedang makan, aku terus berkejar ke unit kecemasan jika ada panggilan.  Zayed lagilah.  Ada waktunya hingga 48 jam dia tidak lelapkan mata. 
Huh… bila nak merasa ada bayi semua ni…entahlah!  Aku merungut di dalam hati tanpa sedar.  Aku mengerti akan tugas dia kerana aku juga sama.  Tapi, kami juga ada kehidupan sendiri.  Kami ada keperluan sendiri.  Aku mahu Zayed ikat aku menjadi suri yang sah buat dia dan setelah itu, tiada apa lagi yang aku resahkan. 
Namun, bila difikirkan, Zayed tak pernah sekalipun mengatakan dia mencintaiku.  Hanya bahasa tubuhnya saja yang berbicara sejak aku masih menuntut.  Tapi, jika mahu kuiktraf sebagai layanan istimewa, rasanya Zayed melayani semua juniornya begitu.  Sentiasa tersenyum dan menggelarkan dirinya ‘abang’.  Suaranya lembut memberi nasihat dan pandangan.  Jadi, apa bezanya aku dengan yang lain pada Zayed, aku tidak pasti kini.    
“Kalau kata Zayed tak cakap sampai sudah?”  Kening Kak Long terjongket tinggi.  Nampak macam tak puas hati. 
“Kalau dia tak nak sampai sudah, Rina…”
“Cari orang lain je,” tokok kak ngah pula tiba-tiba.
Aku sengih dan menggeleng.  “Rina ni setia pada yang satu.  Kalau kata Zayed tak nak sampai sudah, Rina tak kahwinlah,” tukasku lalu aku bangkit dan berlalu keluar membiarkan dua orang kakak ipar aku tu termangu sendiri.  Haih… pusing kepala.  Sebenarnya, aku mahu larikan wajahnya  yang sudah berubah warna.  Ada air jernih yang sedang sarat meniti tubir mataku. 
Baru saja hendak menapak ke bilik, suara mama memanggil.  “Rina betul-betul cuti ke hari ni?”  soal mama. 
Aku berpaling sedikit dan mengangguk.  “Harap tak ada panggilan kecemasan.”
Mama senyum dan berlalu ke biliknya.  Hingga kelibat mama hilang di balik daun pintu, aku masih setia berdiri.  Rasa kaku kaki hendak melangkah.  Bagaikan mengerti akan renungan mama  yang risaukanku. 
Sejak dia bersua kali kedua dengan Zayed di hospital dulu, mama kerap kali meminta aku mengajak Zayed ke rumah tapi harus bagaimana aku katakan pada mama yang Zayed langsung tidak punyai waktu untuk hidupnya sendiri apatah lagi untukku.
Akhirnya, aku tolak daun pintu dan merapatkannya kembali.  Nafas kuhela dalam-dalam dan menyandarkan tubuhku pada belakang pintu.  Perlahan-lahan aku terduduk sendiri.  Hari ini, cuti aku diluluskan untuk sehari.  Rasa mahu merehatkan minda yang kalut.  Tapi, rasanya kekalutan itu bertambah ribut lalu aku bangkit dan menapak ke katil dan merebahkan tubuh yang agak lesu. 
Seketika kemudian, aku memandang pintu bila bunyi ketukan beberapa kali.  Bila aku tegakkan duduk, abah muncul.
“Eh… mama… abah.”  Aku senyum menyenget lalu aku menyulam sila cuba mengawal rasa tidak betah kala ini.  Bagai bersedia menerima soalan-soalan membunuh nanti.
“Kenapa cuti hari ni?  Senang pulak dapat cuti?”  tanya abah lalu dia duduk di sisi kananku.
Aku angguk dan tersenyum segaris.  Benar kata abah, tak mudah untuk seorang doktor sepertiku menerima cuti untuk sehari.  Tapi, aku benar-benar pelukan rehat apatah lagi bila permohon cuti diluluskan, aku perlu menikmatinya sebaik mungkin.
“Tak adalah mudah jugak, bah.  Dah lama Rina mohon.  Adalah dalam dua tiga bulan kot.  Tiba-tiba diluluskan, jadi Rina nak rehatlah.”
Abah senyum dan mengangguk saja menerima jawapanku tadi. 
“Tapi, abah tak nampak Rina menikmati cuti pun,” tukas abah membuatkan aku terhenyak sedikit.
“Eh, abah ni.  Apa maksud abah?”  Aku sedikit cuak.  Bimbang abah terkesan akan bebanan hatiku saat ini.
“Tak ada apa.  Cumanya, abah memang tak nampak Rina betul-betul nikmati cuti ha.  Tadi, kat bilik along kenapa?”
Aku kerutkan dahi.  Kenapa apa pulak abah ni?  Kalau main dengan anak-anak buah, aku rasa itu adalah salah satu cara menikmati cuti. 
“Main dengan anak-anak buah sendiri itu salah satu cara Rina tenangkan fikiran, bah…,” selaku.
Tapi, abah menggeleng.  “Abah tak kata main dengan anak-anak buah, tapi dengan luahan Rina tu.  Kenapa?  Apa masalahnya?” 
Terkedu aku dengan pertanyaan abah.  Barangkali abah ada di muka pintu bilik along atau boleh jadi juga dinding rumah kami mampu ditembusi oleh suara biarpun berbentuk separuh bisikan.
“Err… tak… err… tak ada apa-apalah, bah,” dalihku. 
Aku cuba bangun tapi abah menahan.  “Duduk.  Abah nak cakap sikit dengan Rina.  Ini soal hidup Rina.”
Kakiku tak jadi melangkah.  Punggungku kembali berlabuh di sisi katil sedikit menjauh dari abah.  Aku pandang abah dan dia merenungku seketika sebelum menebarkan pandangannya ke seluruh bilik.
“Rina satu-satunya anak perempuan abah.  Sejak abah bersara ni, abah seronok main dengan cucu-cucu abah dan abah bersyukur bila anak menantu abah semuanya baik-baik dan pandai-pandai.  Macam Anaresa, Haqmi… kedua-duanya bagus.  Abah sayang semuanya.”  Abah sudah mula berbicara. 
Aku tunduk mendengar mukadimah dari abah.  Seketika nanti, aka nada namaku disebut. 
“Tapi, sekarang… abah risaukan Rina.  Kenapa cakap macam tu?  Buatnya mama dengar apa  yang Rina cakap dengan kakak-kakak ipar Rina tadi, macam mana?  Resa sanggup tak kahwin sebab Zayed?”  Wajah abah berkerut sedikit.
 “Mama dengar ke, bah?”  Aku menyoal risau.
Abah menggeleng dan aku melepaskan nafas lega. 
Kala ini, aku rasakan airmataku hampir menitis.  Baru sekejap tadi kering, ini sudah mahu mengalir pula.  Dalam hati aku bersyukur, mujur mama tidak mendengarnya.  Jika tidak, tak mampu aku bayangkan perasaan mama jika anak perempuannya tegar memilih hendak  menjadi anak dara tua kerana seorang lelaki. 
“Rina minta maaf, bah,” pintaku pada abah.
“Toksah minta maaf.   Rina tak salah tapi Zayed juga tak salah.  Kalau Zayed tak nak ambil Rina jadi yang  halal buat dia, Rina anggap jelah dia kawan.  Pada abah tak ada masalah biarpun abah dan mama memang berkenan benar dengan dia.  tapi, kalau dia tak ada rasa buat Rina, tak ada guna Rina paksa dan menanti.  Masa tak menanti kita, nak,” nasihat abah padaku.
Aku tunduk menekur pandangan ke lantai.  Setitis demi setitis airmataku mengalir menodai pipi.  Buat pertama kalinya setelah hatiku dimiliki oleh Zayed, aku mengalirkan airmata. 
“Rina memang sukakan dia, bah,” akuikui tanpa silu.
Abah angguk dan menepuk bahuku lembut.  “Abah tahu Rina sukakan Zayed dan dia pun sukakan Rina.  Tapi, bukan cinta.  Rina kena faham tu.  Abah pun dah faham.  Mula-mula dulu ingatkan Zayed adalah teman istimewa Rina tapi sampai sekarang tak ada apa-apa lagi, abah anggap korang berdua tak ada apa-apalah,” ujar abah luhur.
Pedihnya hatiku menerima kata-kata abah yang ternyata ada benarnya.  Sudah bertahun, jika benar Zayed mahukan aku dan mencintaiku, pastilah dia sudah mengakuinya biarpun untuk sekali. 
Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan.  Airmata aku lap dan aku pandang abah bersama senyuman tipis bagi menutup kepedihan hatiku.
“Abah  jangan risau… tadi tu Rina bergurau je.  Kalau Zayed tak nak, orang lain kan ada.  Rina tak akan berharap pada dia.  Lagipun, doktor yang sibuk macam dia tu, masa  untuk diri sendiri pun tak ada, bah,” selorohku pada abah dalam tawa yang canggung.
Abah tidak  ketawa.  Sebaliknya dia bangkit dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket baju Melayu yang tersarung pada tubuhnya.  Matanya memandangku yang kembali menunduk.
“Memang abah risau takut Rina terus berharap.  Abah tak nak, bila Zafrina menderita kerana cinta sedangkan Zafran dan Zafrin sedang berbahagia.  Rina kena ingat, sebijak mata pun manusia itu, hati adalah musuh utama.  Jika hati tewas dengan dugaan, tewaskan dia sebagai insan.  Sebab tu, doktor sekalipun, boleh sakit di sini…”  Abah tekan sedikit kepalanya dan aku angguk.  Abah terus berlalu.
Benar begitu.  Hati adalah segalanya.  Tempat segalanya bermula dan juga berakhir dan pastikan ada airmata.  Hari ini, aku sedar, Zayed tidak mencintai malah sekadar menyukai dan yang sedihnya, harus bagaimana aku mahu mama tahu akan perkara ini.
“Tapi, abah…”  Langkah abah pegun.  Dia berpaling lagi.
“Rina tak tahu macam mana nak cakap pada mama,” luahku.
Abah senyum.  “Soal  mama, jangan dok risau.  Rina nikmati cuti betul-betul, kemaskan perasaan sendiri.  Kerja Rina menuntut banyak ketahanan fizikal dan mental.  Tolak tepi hal-hal tak perlu.  Kalau rasa nak mudah, bagi abah cari.  Senang…” gurau abah lalu dia ketawa.
Haih abah ni.  Semudah itu dia meminta aku melupakan Zayed dan sesenang itu juga dia mahu mencari calon untukku.  Setelah daun pintu dirapatkan, aku kembali merebahkan tubuh.  Kata-kata abah terngiang-ngiang.  Aku tidak risau menanti Zayed untuk seribu tahun lagi, tapi yang aku bimbangkan aku tak mampu bertahan sampai ke tahap itu.  Barangkali, Zayed akan kekal menjadi seorang senior untukku dan akan kekal begitu selamanya. 
Airmata yang tersisa aku lap sampai kering.  Siapa cakap tak sedih.  Bertahun aku sulam rasa cinta buatnya dengan keyakinan yang Zayed memang mencintaiku tapi sayang bila abah terlebih dahulu menyedari, cinta Zayed bukan untukku.  Namun, cukuplah aku menjadi salah seorang yang disukainya.  

~~> bersambung

RM : Masih ingat nama2 ini.  Mini novel ke-4 setelah KIM, KSC, UD.  Sekarang SAM.  will slowly update. 

35 comments:

  1. Ingat!
    Tertanya jugak sbb Rehan dah penah updated sikit dulu..

    ReplyDelete
  2. wuu...akhirnya ada update..smbungan ni

    >>k<<

    ReplyDelete
  3. wah sambung trilogi mini novel..more n3 pls hihi

    ReplyDelete
  4. SAM pulok. Teruskan! Tetap menyokong, tapi sudah mula rindu IAM and STK. ;)

    ReplyDelete
  5. best kisah rina ni..dan adakah heronya zayed ataupun menantu pilihan abah rina??

    ReplyDelete
  6. hmmm permulaan yg cun..huhuhu rndu ressa ngn zafran...thnks sis..~ ayu ayriez

    ReplyDelete
  7. Alolo...sian rina...jgn sedih2 yea...ada typo error skit.
    "Resa sangguh tak kahwin sebab Zayed?"...patutnya Rina kot..hihi jgn marah yea ..
    -ieja-

    ReplyDelete
  8. Wah ini kisah adik zafran dan zafrin pulak.....emmm mesti best juga ni.....

    ReplyDelete
  9. kasihan rina,adakah kisah cinta dia lgi dahsyat dr abang2nya hihihi. x sbr tgu n3 br ni hihihi

    ReplyDelete
  10. Yeay!new mini novel....x sbrnyer ....

    ReplyDelete
  11. RM tahu ja Kak Sue tengah rindu kt Kak Long Ana dan Kak Ngah Haqim.... TQ.. terubat rindu...
    Hebat sangat ke Si Senior Zayed tu ..... jangan sampai Rina dah jatuh ke tangan orang lain baru nak berterus terang.... menyesal x sudah.... tengok macam Abang Long tu terus ja... x ada belok-belok terus ja cakap nak kahwin.... hehehe

    ReplyDelete
  12. wah bersua kmbali dgn kak rehan,dah lama ga baca novel diblog kk rehan rindulah pulak ,bgm kbrnya kk rehan moga sehat ye?cerita ini the best,kumpulan ksah keluarga 3 in 1 he...he....ratna insiprasi mlalui kisah2 yg kk buat trmsh ye?

    ReplyDelete
  13. RM...ingatttt!!! menunggu seterusnya....
    ~ Aminah

    ReplyDelete
  14. best jalan cerita ni..
    jangan tunggu kalo orang tak mahu..

    ReplyDelete
  15. Best cite ni... ade la sikit typo and silap nama karakter, tapi best sgt. Thumbs up to RM.

    ReplyDelete
  16. best3.nak miliki mcm KSC.UD pn nak gak mcm ksc.

    ReplyDelete
  17. kak rehan ni memang pandai wat saya sengih sorang2 lah..

    ReplyDelete
  18. Really miss them!! Tq RM!! Tak sabar tunggu nxt n3

    ReplyDelete
  19. Wah, this must be an interesting story. Keep it up kak Rehan! Can't wait for STK. Goodluck kak for this SAM! :D

    ReplyDelete
  20. RM, BNS da 3x khatam...nxt novel harap2 STK.

    ReplyDelete
  21. kisah zafrina pulak...x sbar nak baca :) all the best kak!!

    ReplyDelete
  22. WAH.....!!!!!!!!!!!!!!! sambungan nie... xcited... hahahahhaha XD best la kak rehan buat cter mcm nie..... heheheh...
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  23. terima kasih semua sudi ingat adik zafran dn zafrin neh.. hehehe..

    ReplyDelete
  24. terlalu banyak typo sehingga maksud lari. kene baca berulang kali untuk fahamkan ayat.

    suka ayah zafrina. teringat ke arwah ayah

    ape pun best. nampak ade kesinambungan dari ksc n ud.

    ReplyDelete
  25. wah...i follow...ada sesuatu yg menarik tentang cite ni

    ReplyDelete
  26. akhirnya dapat bace jugak...byk sungguh halangan nih...
    1stly, rasa cam teruja nak tau ape jadi seterusnya
    2ndly,bertabahla zafrina jika zayed bukan jodoh mu
    3rdly, zayed lambatnye hang nak bertindak...kalo suke cepat2 la wei kalo x Abah dah ready nak cari pengganti 2 baru padan muka hang

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum Rehan.1st time akk masuk cni.tiba2 teringt saat mula2 jumpa kamu kat pesta buku Selangor.kamu t/t novel yg akk beli.btw,akk suka sngt2 terlerai kasih.hrni pg2 teringin nak menjinakkan diri dgn blog kamu pulak.pndgn pertama akk tuk cter ni....matang. ^^

    ReplyDelete
  28. br start follow blog ni...ni mn 1st yg sy baca...sgt menarik n terus nk tau apa kesudahan kisah ni...

    ReplyDelete