Monday, November 05, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 5


BAB 5

AKU tongkat dagu.   Setelah selesai melawat wad post-natal bersama beberapa orang doktor pakar yang lain, aku kembali ke bilik sempitku ini.  Bersyukurlah ada juga bilik biarpun tidak seperti bilik Zayed.  Waktu menjadi pelatih dulu langsung tak ada apa.  Selesalah untuk aku merehatkan badan dan bersolat. 

Kepalaku ligat memikirkan tentang Zayed.  Tentang lamarannya.  Rasa kurang yakin biarpun aku rasa dia tidak main-main dengan kata-katanya beberapa hari sudah dan seperti biasa juga kami tidak sempat bersua pun setelah kali terakhir dia bersarapan di rumahku.  Andai terserempak, Zayed hanya tersenyum tipis dan bila dia melaluiku, ada juga dia selitkan sebotok air mineral di dalam poket kot putih milikku. 
Kadang-kala dia sekadar menyambar botol minuman yang sudah separuh kuteguk airnya begitu juga bila dia menghulurkan baki airnya yang tinggal separuh. 
Setelah itu, dia terus berlalu tak berkalih lagi.  Sesekali, aku terfikir, entah bagaimana jika benar kami dijodohkan bersama.  Adakah waktu untuk masing-masing untuk membentuk syurga kecil kami?  Aku sandarkan kepala pada belakang kerusi dan memejamkan mata rapat-rapat cuba mencari kesungguhan dalam kata-kata Zayed tempoh  hari.
“Takdir kita bukan kat tangan kita.”  Aku membantah bila dia katakan akulah yang telah ditakdirkan untuk dia.
“Zafrina, listen…” pujuk Zayed.
No, you listen to me.  Rina berani potong jari yang Zayed tahu, kan?”  tebakku sedikit sebak.  Ada ke hal nikah kahwin, hati perasaan dia buat main. 
“Apa yang Zayed tahu dan apa yang Rina dah bagi tahu pada Zayed?”  soal dia pula.
Sampai ke Subuh esok dok macam nilah kami.  Hanya soalan berjawab soalan membuatkan aku sudah hampir hilang sabar.
“Tolonglah, jangan sakitkan hati Rina boleh tak?”  tegurku separuh merayu.
Tapi, Zayed menggeleng.  “Kenapa pulak Rina cakap Zayed sakitkan hati Rina?  Apa  yang Zayed dah buat?  Apa yang Zayed tahu dan apa yang Rina pernah bagi tahu Zayed?  Tell me!”  gesa dia sambil bersandar pada keretanya.
Aku terdiam.  Tanganku bermain-main dengan kunci kereta Zayed yang kembali ada di telapak tanganku.  Dia ni serius ke nak bagi aku BMW ni?  Kalau sungguh, aku nak je.  Siapa tak nak kereta free.  Nak beli jenuh juga biarpun aku seorang doktor tapi tidaklah mencapai tahap pendapatan macam Zayed lagi.  Konon… tadi kata tak nak.  Cemikku pada diri sendiri.
Answer me, please,” rayu Zayed lagi membuatkan aku panggung kepala. 
Kala menatap wajah lesu doktor pakar di depanku  ini, aku jadi sayu.  Mata itu nampak lebam dan sedikit cengkung.  Tapi, bibir merah basah itu bagaikan ada sesuatu yang membuatkan aku mahu terus memandangnya. 
“Haihh… orang minta dia jawab, dia renung kita pulak.  Jangan risau, my lips will gonna be yours soon.  Sekarang ni jawab dulu,” ujar Zayed tanpa perasaan.
Telan liur aku dibuatnya.  Eleh, dia ingat aku suka sangat ke bibir dia.  Bibir aku lagi cantik apa.  Aku mencemik sedikit dan Zayed menggariskan senyuman tipis.
“Atau Rina nak Zayed operate dada Rina cari sendiri jawapan yang dok membekam dalam hati tu?”
“Jangan usik Rina boleh tak?”  larangku.
“Mana ada usik.  I am very serious in every single word,” selanya tenang dan dia ketawa kecil.
“Err… pasal soalan Zayed tadi Rina tak ada jawapan.  Zayed pergilah balik.  Rina nak masuk rehat pulak ni.  Malam nak kerja.  Zayed pun perlukan rehat.  Ada masa kita jumpa lagi,” ujarku dan bersedia hendak berlalu tapi Zayed memanggil.
“Kalau Rina tak cakap hari ni, nanti Zayed tak tahu buat selamanya.  Sakit kena ke hospital.  Jumpa doktor, cakap apa masalah.  Tapi, Rina beruntung apa.  Doktor pakar ada depan mata Rina.  Datang jumpa Rina.  Nak rawat Rina,” ucap dia dan aku kembali menghampiri dia.
“Okeylah.  Rina tak pandai nak berbunga-bunga segala.  Let me tell you the truth.  Seems like you knew it,” ucapku memulakan bicara.  Bicara tentang hati dan sedang bertahan menjadi perigi berjalan-jalan mencari timba. 
It?”  Kening Zayed terjongket.
Yeah… my feeling towards you,” akuiku.
Tubuh Zayed tegak tiba-tiba.  Tangan yang tersilang di dada terlerai.  Dia memandangku tunak. 
You knewDon’t you?”
Perlahan-lahan Zayed mengangguk dan aku melepaskan lelah.  Tak apalah lepas ni tak jumpa dia pun.  Aku reda tapi aku mahu lepaskan segalanya alang-alang dia bertanya.
“Tapi, seperti Rina cakap tadi, just forget about it.  I respect you as my senior.  Mulai hari ni, tak akan lebih dari tu lagi dan maafkan Rina kalau Rina terlalu berterus-terang,” ujarku lagi.  Sebak.
“Rina pernah luah ke Rina sukakan Zayed?” 
Aku menggeleng.
“Dah tu, Rina nak expect apa daripada Zayed sedangkan Zayed dah ajak Rina nikah.  Kita jangan sukarkan perkara yang mudah, Rina.  We both are not children anymore.  You are a woman and I am a man.  MAN, Rina,” tekan Zayed lagi. 
Berkali dia tekankan perkataan MAN itu pada pendengaranku.  Risau aku lihat dia sebagai  perempuan gamaknya.
So, sudi jadi isteri Zayed?”  tanya dia lagi.  Kali ini nampak sedikit bersungguh-sungguh. 
Hangat tiba-tiba wajahku memandangkan matahari sedang muncul.  Zayed pula buat sesi melamar depan rumah.  Sangat tak romantik dan tak pernah dibuat orang barangkali.
“Kan Rina cakap jangan bergurau.  Jangan sebab Ziyad tu Zayed macam ni.  Jangan risau, Ziyad is unlisted!” tegasku masih tidak mampu mempercayainya.
This is not about Ziyad but me myself.  Seperti Zayed cakap, inilah masanya Tak percaya?  Sebab tak ada bunga segalanya.  Tak ada cincin platinum harga ribu-ribu?  Tak ada candle light dinner?”
Aku diam mengemam bibir.  Terasa dengan kata-kata Zayed.  Bibir Zayed mekar lagi dengan senyuman tapi kali ini senyuman menyenget dan nampak sedikit sinis.  Dia lalu membuka jam dari pergelangan tangannya menarik lenganku yang dilitupi lengan blouse lalu memakaikan aku dengan jam tangan berjenama Tag Heuer silver itu.  Besar dan longgar.  Hampir melurut jatuh tapi aku pegang dengan mata yang merenung dia tak berkelip-kelip.
Time is running out.  Time is goldTime is life.  Wal’ asr…. Demi masa.  Manusia itu selalu dalam kerugian.  Zayed dah lama rugi.  Kita dah lama kerugian.  So, will you marry me?”  tanya dia untuk kali ke berapa aku pun dah tak tahu. 
You don’t love me.  Buat apa Rina nak terima lamaran Zayed,” selaku seakan merajuk.  Baru hari ini dia mahu menunjukkan sedikit rasa itu padaku.  Pastilah kerana tercabar dek Ziyad.  Aku yakin begitu.
Love is subjective, Zafrina.  Ada pasangan tak perlukan cinta pun untuk mereka berkahwin.  Love will grow itself.  Penting sangat ke ucapan cinta tu pada Rina?  Sedangkan Zayed tak pernah pun minta Rina akui Rina cintakan Zayed.  I just feel it.  So, why don’t you, Doktor Zafrina?” 
Gamam aku seketika menerima kata-kata dan persoalan daripada Zayed.  Nampak sedikit romantik saat ini dan aku mula rasa hendak meleleh kecairan. 
Bagi Rina tak adalah penting.  But, at least once… it’s more than enough,” balasku pula.
Amboi pandai je Zafrina cakap kurang penting sedangkan dalam hati, aku terlalu mahukan pengakuan cinta daripada dia.  Namun, maruah wanita harus kujunjung jadi biarlah begitu saja alasannya.
“Ucapan macam tu tak ke mana?  Cinta akan datang.  Nak datangkan cinta itu cepat-cepat, better Rina terima lamaran Zayed.  Rugi kot sebab Zayed ramai peminat.  Rina pun tahu kan berapa ramai pelatih cuba pikat Zayed?”  tanya dia padaku dengan wajah bangga. 
Aku sengih sinis.  Dia ingat dia je.  Aku ni tak ada ke?  Bila teringat kata-kata abah, rasa bersemangat tiba-tiba. 
“Rina pun ada yang memburu apa.  May be not now, but sooner or later… perhaps.”
“Siapa?”
Your cousin may be,” selaku dengan wajah selamba.
“Amboi… berangan cik doktor.  Ala… Zayed tahu Rina main-main, kanSo, terima je lamaran ni.  Mudah Zayed balik bagitahu keluarga tentang ni.  What ever you wish, I will make it comes true.  Lupakan Ziyad.  Dia tu iklan je antara kita.”  Zayed sengih padaku.
Mataku terkebil-kebil.  Boleh dia kata sepupu dia iklan.  Memang iklan.  Iklan untuk membuatkan lelaki bernama Ahmad Zayed ni bangkit dari lena yang panjang.   Bila dia sudah terjaga, aku pula yang bagaikan mahu terlena. 
“Erm… tengoklah.  Zayed bagi masa dekat Rina dulu.  Nak solat istikharah dulu.  Lagipun, Rina tetap rasa Zayed saja je sebab takut Ziyad masuk jarum lebih-lebih, kan?”
Dia ketawa.  Lucu barangkali dengan cara aku menelah maksud lamarannya ini. 
“Memang Zayed ada sebab tapi bukan Ziyad je.  Apa pun, agak ada la terselit nama Ziyad tapi tak kisah pun.  Best man win.  Itupun jika Allah izinkan untuk menang.  Tapi, Zayed percaya dengan rezeki yang Allah sedang berikan buat Zayed ni.  Cumanya, kalau Rina nak tahu sebab lain, Zayed nak balik hak gelaran abang daripada mulut Rina.  Haruslah jadi yang halal untuk Rina memandangkan keluarga Rina tak ada abang.  Hanya ada along, angah dan abah, kanSo, please… I am begging you.  Biar Zayed satu-satunya lelaki yang Rina panggil abang.  Deal?!” 
Zayed buat muka comel dengan menggengam kedua belah tangannya sendiri dan beraksi bagaikan orang sedang merayu. 
Aku tahan senyum.  Tapi, tetap tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.  Aku mahu dia tergantung seketika tapi sungguh, aku mahu berbicara dengan Allah.  Lebih elok jika kupohon agar Allah tuntun hatiku menoktahkan jalan yang sebaik-baiknya.  Dia yang menjodohkan aku dengan sesiapa saja yang dirasakan sesuai.  Aku akan terima dan jika Zayed, aku mahu menangis semahuku tanda kesyukuran atas nikmat ini.
Let me pray to Allah about this.  Ini keputusan besar dalam hidup Rina,” putusku dengan suara yang mendatar.
“Kalau itu yang Rina katakan…” Zayed nampak sedikit kecewa. 
Biarpun aku benar-benar gembira namun terselit juga rasa hiba.  Aku yakin, jika bukan kerana Ziyad, Zayed tidak begini dan aku, mahukan lelaki  yang mencintai bukan hanya aku yang mencintainya.  Jika perlu, kuakan cari lelaki  yang mencintaiku lebih daripada aku mencintainya.  Jika perlu juga, Ziyad pun akan kumasukkan ke dalam senarai.


“Doktor?  Doktor?” 
Aku tersentak dari lamunan yang sedikit lebar itu.  Wajah Zayed berlalu.  Suara dia juga menghilang.  Aku panggung kepala dan melihat pada wajah Mia yang tersembul di muka pintu.
“Eh, Mia.  Ada apa, ya?”  tanyaku gugup sambil memisat mata bila jam sudah beralih ke angka 10 malam.
Dia sengih dan menapak mendekat padaku setelah daun pintu dirapatkan. 
“Tak ada apa.  Cuma nak serahkan ni je.”  Mia hulurkan sekeping kertas padaku. 
Bila aku sambut dan membukanya, mataku membuntang.  Ada sebaris ayat yang tertera pada dada kertas preskripsi yang agak kekuningan itu dengan tinta tangan yang aku sendiri tidak berapa mampu membacanya.
“Siapa bagi?”  Aku pandang Mia tidak berkelip.
“Doktor Zayed,” jawab dia tersenyum kelat dan terus berlalu setelah meminta diri.
Aku juga membalas senyuman Mia biarpun dia sudah tiada.  Aku tahu, dia bagai menyukai Zayed.  Tidak ada siapa yang tidak terpaut dengan layanan Zayed pada mereka semua.  Apatah lagi aku yang selalu bersamanya kala di kampus dulu.
Mataku kembali menatap kertas tersebut.  “Apa dia ni?”
Perlahan-lahan aku membacanya.  Terasa bagaikan mendapat preskripsi ubat daripada seorang doktor kepada seorang pesakit.

My dearest patient… this is your prescription  Come and see me and 
you’ll getyour medicine.  I am your pharmacist.


Seusai membacanya, aku lipat kertas tersebut dan aku selitkan di celah beg tangan.  Macam-macam hal Zayed ni.  Tapi, bila kuingatkan solat istikharah yang kulakukan tiga malam berturut-turut, hatiku memberat pada dia tapi SMS yang kuterima baru seketika membuatkan aku tidak betah duduk.

            I wait for ur call, tp syg… u terus lupakan I.

Aku termangu.  Siapa pulak ni.  Lama aku amati nombor berkenaan.   Nampak ekslusif.  Hanya terdiri dari tiga jenis nombor saja.  Mesti mahal.  Desis hatiku sendiri tapi hendak membalas pesanan itu, jari-jemariku memberat sungguh untuk menekan papan kekunci jadi aku biarkan saja.
Baru hendak bangkit untuk menuju ke pintu, telefon bimbitku menjerit nyaring.  Aku berkalih dan memandang ke meja lalu aku capai telefon bimbit itu dan melihat pada nombornya.  Nombor tadi.  Pastilah orang yang sama tapi siapa? 
Tidak dapat tidak, aku menjawab panggilan tersebut.  Baru saja hendak kuucapkan salam, aku dengar tawa seorang lelaki di hujung talian.  Tawa yang sedikit macho dan menjengkelkan pada waktu yang sama.
Who’s on the line, please?”  soalku sopan.
Me,” jawabnya. 
Me?  Mee kari ke mee sup?  Ke mee maggi? 
“Ya, saya tahu awak.  Tapi, siapakah nama awak di sana?”  Sementara masih bertahan, aku kemukakan soalan dengan baik biarpun sedikit sinis.
“Ziyad.” 
Sepatah perkataan itu membuatkan aku termangu beberapa ketika.  Sungguh aku terkejut.  Bagaimana Ziyad dapat menghubungiku?  Pelik!
“Macam mana you ada nombor telefon I?”
“Sebab you tak ada nombor telefon I even I dah bagi kad I pada you.”
Aku telan liur beberapa kali.  “I am sorry.  I lost your card,” ujarku berasalan tapi sungguh, aku sendiri sudah terlupa di mana aku campakkan kad Ziyad.
“Tapi, kenapa you call I,  ya?  Ada apa-apa I boleh bantu?”  Kot-kotlah Ziyad perlukan rawatan.  Boleh aku hantar makluman ni pada bahagia kecemasan.
“Sebab you tak call I,” selanya sedikit sinis.
 “Kenapa you tak call I sedangkan you tahu I menanti panggilan you?”  soal Ziyad lagi.
“Telefon I tak ada kredit nak call orang.”  Aku senyum pada diri sendiri.  Penipuan yang sengal. 
Oh, nice reason even it’s so childish but I like it and I like you more,” akui Ziyad.
Aku telan liur yang mula terasa kelat.  Mat romeo sudah mula mengait ayat bila jarum dan benang sudah ada di tangan.
Shall we have supper together?”  pelawa Ziyad tiba-tiba.
Erk… supper?  Tak pernah-pernah aku menikmati supper melainkan segela oat saja jika bertugas malam.  Dan jika tidak pun, tidur dan rehat adalah supper yang terbaik buatku.
I am on my duty, Encik Ziyad.  Lagipun, I tak pernah supper,” tolakku sopan. 
Aku dengar Ziyad ketawa sedikit di hujung talian dan setelah tawanya reda barulah dia kembali bersuara.
“I know sebab tu I pelawa.  I’m on my way back from Lumut.  Wish to see you and my cousin there.  Spare me five minutes, can you?” 
Erk… cousin?  Zayed?  Habis tu macam mana dating segera aku dengan Zayed ni?  baru saja menerima jemputan preskripsi daripada Zayed dan Ziyad potong jalan.  Haih…
“Err… kalau macam tu, you all date la berdua.  I ada patientOkay then, Encik Ziyad.  Take care,” pesanku lalu aku matikan talian dan aku tukar kepada mode senyap saja.
Kakiku terus melangkah dan telefon bimbit terus bergetar di dalam poket seluar slackku dan aku terpaksa biarkan saja kerana aku tahu, Ziyad sedang menghubungiku. 
Tiba di depan bilik Zayed, aku berdiri kaku.  Dalam kepalaku mengatakan Zayed ada kena mengena dalam perkara ini tapi tak baik menuduh lalu aku jernihkan minda. 
Baru saja hendak kuketuk daun pintu, wajah Zayed terpacul di depanku dengan mata yang sedikit membulat.  Tanda dia sedang terkejut.
“Ya Allah, Rina.  Terkejut Zayed.  Buat apa kat sini?”  tanya dia pelik.
Dan aku… lagi pelik.  Aku keluarkan kertas preskripsi itu padanya dan dia tersenyum lalu mempersilakan aku masuk ke biliknya. 
“Duduk,” pelawa dia dan aku hanya mengikut saja.
“Dah habis melawat pesakit?”  tanya dia.
Aku angguk. 
“Rina jaga post-natal sampai bila?”
“Entah.  Tak tengok lagi jadual baru,” beritahu pada dia.
Zayed mengangguk beberapa kali.  “Rina tak ada niat nak sambung lagi ke?  Buat specialist pulak?” 
Mataku memandang tepat ke mata Zayed yang sedang bertenggek pada mejanya.  Lengannya bersilang ke dada menampakkan dia seorang yang bersahaja.
“Tak tahu lagi.  Niat tu ada tapi keinginan tu belum tiba.”
Lets get married.  After that, you further you study in specialist.  Cosmetic, surgery, neurologist perhaps… or whatelse.  I’ll help you,” pelawa Zayed. 
“Kalau Rina further sekarang, Rina tak akan kahwin dulu.  I can’t manage it…”
“Sebab tu Zayed kata kita kahwin dulu.  Rina tak dengar ke ayat pertama tadi.  Lets get married.” Zayed mengulanginya.  Bukanlah aku tidak dengar tapi sengaja aku ubah tajuk itu.
“Dengar tapi Rina tak ada keputusan lagi…”
“Sampai bila nak ada keputusan?  Daripada Rina dok fikir lama-lama pasal kita baik kita kahwin.  So, macam mana?  Dah berbicara dengan Allah dan apakah yang telah Tuhan katakan buat Rina?”  Zayed tersenyum tipis dengan wajah yang terpancar sejuta harapan.
Aku angguk sekali.
I don’t get it,” usulnya.
Aku merengus kecil.  “Is that easy for you, Zayed?”  tanyaku sedikit rayu.  Biarlah kali terakhir aku merasa ragu padanya. 
Dia menggeleng.  “Jodoh ini dari syurga.  It’s not easy for me neither you.  We both try but not try and error.  Kita cuba jaya.  Sampai akhirnya kita pastikan rumah tangga kita berjaya,” ucapnya optimis.
Aku diam membisu.  Mengherotkan bibir sendiri mengira-ngira hendak menerima atau tidak lamaran Zayed yang kurasakan sangatlah mudah.  Aku pandang Zayed dan dia jongketkan keningnya sedikit. 
Dalam hati berkira-kira juga hendak memberitahu tentang Ziyad tapi aku diamkan saja.  Hal kami juga masih belum temui titik, ini ditambah pula dengan watak Ziyad. 
But I want you to say it to me,” ujarku pada Zayed.
Say what?” 
Say you love…”
Yes… I love you, my angel!”
Aku bulatkan mata.  Aku pandang Zayed dan dia juga merenungku tidak berkelip.  Stetoskopnya jatuh ke lantai.  Parah!

65 comments:

  1. Wooow dah ada confession ni, hope Rina terima but Si Iklan dah otw. Tq RM. KH

    ReplyDelete
  2. hmm.... terkeliru.... kejap rina nak, sekejap lagi was2 pulak.....Nak ke tak nak ni? ku tepuk dahi....

    ReplyDelete
  3. Alaaaa.. tue mesti ayat si Ziyad kan.. iskh3.. kaco la..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sgt2 suka... adeh!!! gila bayang da dgn cter ni. :) sweet sgt.

    ReplyDelete
  6. xkan la si ziyad tu yg kata i love u???aduhai..

    ReplyDelete
  7. tersangat besttt....lastly zayed mngaku jgk kt rina..best3..

    ReplyDelete
  8. wow... alahai rina... apa dok pk lagi? dah trg lagi bersuluh... kawin je la. watpe dok pening2 kan kepala... sweet je si zayed ni....

    ReplyDelete
  9. o ho...??? jap... jgn ckp si ziyad yg ckp cam tu kat rina...??? iklan betul ziyad ni... anti klimaks je..

    ReplyDelete
  10. arghhh...unwanted commercial break la ziyad ni...org tgh melting dgn zayed, lg mau kaco2.....shuhhh...shuhhh

    ReplyDelete
  11. huhu...sy slap bce la kak rehan..bce xdan abih da kalut nk komen..huhu..jgn kate si ziyad yg say i love u,my angel 2.st xleh trima hkikat..hewhew...

    ReplyDelete
  12. WA.. best nyer tak sabar nak tunggu cite selanjutnya..
    hai haraf zafrina terima lamaran zayed.. cian lak zayed asik merayu je...

    ReplyDelete
  13. haha...mst ziyad 2 yg ckp....

    ReplyDelete
  14. Salam miss writer....wahhhhhh sekuel ni mmg best lah.....tpi panjang tak citer ni???

    ReplyDelete
  15. nape rina xnak kawen dgn zayed..ckp je nak..kalo xnk xpe, ramai org nak..hehe

    ReplyDelete
  16. Kenapalah si Ziyad tu suka masuk time cerita tengah kemuncak.... betul-bejtul jadi IKLAN saja si Ziyad ni...... kasihan Rina dan Zayed ..... x sabar nak baca sambunggggg....

    ReplyDelete
  17. hehe.ziyad menyampuk sampai jatuh stetoskop zayed ye.bestttt sgt kak rehan.maceh^^

    ReplyDelete
  18. Ya.. rasanya Ziyad yg menyampuk tu!!

    ReplyDelete
  19. kak RM, best2...nk smbungan lg...huhuhu...xsbr rsenye...oh Zayed & rina...cepat2lh bersatu..jgn bg si IKLAN dtg serbu dlu..hehe

    ReplyDelete
  20. Go... Ziyad go.... Hehe... Zayed perlukan ziyad utk luahkan perasaan die... Dh ade ziyad.. Br nk mengelabah..... Best men winnnn...
    -abel

    ReplyDelete
  21. Wahh ngam juga kalo rina ngan ziya hahad.lain dr yg lain citer dia..buat mcm tu lah sis rehan

    ReplyDelete
  22. hehe...bersungguh2 plak zayed ni yek? i like!!!

    ReplyDelete
  23. hmmmm..ziyad ni 'iklan' betul la.. tapi can nengok tv ler, klo takder iklan takler kita teruja nak tunggu sambungan citer...rina ko ni kan..... sambung yer RM

    ReplyDelete
  24. i don't think the confession came from zayed.. must be from ziyad.. kalau tak takkanlah zayed leh terjatuhkan stetescope dia.. cam dah ada competion between zayed & ziyad.. wonder sapa lah jodoh rina ni.. Along

    ReplyDelete
  25. ni mesti ayt iklan ni...sampai terjtuh stlskop Zayed..kacau la...please go n get ur snack...

    >>k<<

    ReplyDelete
  26. ziyad dtg wat kacau eh.. adoiiiiii...
    *sepak laju2 la ziyad tuuuu*
    ~acu~

    ReplyDelete
  27. erk , ziyad ke yg kata i love you ? alamak , kalau ziyad habislah ..

    ReplyDelete
  28. Please......jgn la si Ziyad..memang iklan lah.

    ReplyDelete
  29. oh no..wat happen...

    ReplyDelete
  30. ok, kita teka sapa yg buat confession berani mati tu. mesti ziyad, i don't think zayed yg ckp.

    ReplyDelete
  31. Ohoho...romeo dah sampai...mesti buat iklan gempak2...haha...jual mahal lg skit rina...
    -ieja-

    ReplyDelete
  32. Alamak! belum sempat Zayed nak confess dah masuk iklan baru menganggu pula. Habislah kali ni Zayed, jawabnya bergaduh besar dgn Ziyad. Si Rina ni pun satu, terima ajelah. Duk main tarik tali wat apa? kan dah susah bila ada pihak ke tiga yg masuk campur.

    ReplyDelete
  33. alahai dah mcm drama tv3 la pulak beriklan-iklan.... tp tau mau la iklan dia lama2 tau cik RM huhuhu

    ReplyDelete
  34. Aduh... Jgn lah Ziyad yang masuk line dulu.... Tak sabar tggu next chap... You made my day cik RM

    ReplyDelete
  35. Ala, mesti ziyad tu. Sebok je dia! Shuh,shuh... Halau ziyad jauh jauh...
    .fatin.

    ReplyDelete
  36. "my angel" tu sinonim dgn ziyad kannn.mak ai parah2..cinta bersegi2 nih....tule zayed dok main2 lag kan dah masuk golongan yg kerugian...

    ReplyDelete
  37. harap zayed yang ckp bkn ziyad. so sweet.......

    ReplyDelete
  38. Melting again..and always will be..:)

    ReplyDelete
  39. rase nye tak sempat zayed nak kuar ayat i luv u ....ziyad lah jejaka pertama yang melafaz kan 'i luv u angle'.oh my so ape pilihan rina!!!

    ReplyDelete
  40. jgn kate ziyad yg ckp i love u tu...

    ReplyDelete
  41. erk..ni mesti ziyad yg ckp 'i love u' tu..
    sibuk je..

    ReplyDelete
  42. aduhai... tergolek den jatuh.. hehehe

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  43. hurmm..rina nie nak ke tak nak sebenarnya? susah betul kalau perempuan jenis mcm nie. kalau lelaki dh ajak kawen..itu maknanye lelaki tu serius la... nak jugak dgr2 ucap2 cinta segala sbg bukti..susah klu jumpa perempuan yg suke dihujani kata cinta nie...biarlah dia kne ngap ngn si Ziyad tu..biar dia tahu sendiri yang keikhlasan cinta itu bukan diukur dgn ucapan tapi perbuatan.

    ReplyDelete
  44. macam si ziyad jer yg ucap love tu....hhmmmm

    ReplyDelete
  45. Alaaa... Rasa-rasanya mesti ziyad yg cakap tu.... Tak mauuuuuu.......

    ReplyDelete
  46. nak gugur jantung baca cerita nie...dari bab 2 lagi .... sooo sweet..

    ReplyDelete
  47. "come see me and get your medicines. i am your pharmacist"
    ade ke doctor yg comel gitu? sweet betul..

    ReplyDelete
  48. sape hero yg sbnr ni..?klu sy jd rina sy pilih ziyad...suke nma dia n cara dia..huhu

    ReplyDelete
  49. alamak!!!! si ziyad nie mmg brtol2 iklan la... bleh plak die buat diorg stay tune dkt stu.... tu la zayed lembap sangat.. kn si iklan tu dah terkedepan dah.... tggu ap lgi gigit jari jer la.... hehhehe anyway thanks kak rehan best sngat..
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  50. Ziyad ni sibuk je la..mst dy yg ckp i luv u 2 sbb dy yg start pgl rina angel kn..tp cm de komplot je sepupu sepapat ni..musykil..tp iktkn tjuk mst Zayed yg dpt ni sbb 'akn ku lafazkan akad sblm ku ucpkan cinta'..sweetnye..

    ReplyDelete
  51. Tu mesti Ziyad. Sibuk betullah mamat tu. But serious, memang in love habis ah dengan Zayed. Oh abang Zayed ku! Haha thanks kak Rehan! :D

    ReplyDelete
  52. tu confirm Ziyad.. Ish menyibuk betullah Ziyad ni... thanks kak RM sangat best n3 ni.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
  53. Best la kak Rehan... Tak sabar nk tunggu next.. God luck :)

    ReplyDelete
  54. best...best...betambah teruja...

    ReplyDelete
  55. Zayed dan Rina yg sama2 matang dan kdg2 sama2 nmpk kebudak-budakan.bila b'gabung pastinya rumah tgga yg ada sweet sour.bagusla.Zayed dah cuba yg trbaik.Rina pun kena fhm.kdg2 llki xkn tnjuk ksh syg sbnr selagi belum sah.tu yg trbaik sbnrnya.apatah lg klu llki tu jns yg punyai karier yg menuntut komitmen tggi.cukuplah dgn itu.juz ckp yes rina n zayed akn tnjukkan betapa dia syg kamu.

    ReplyDelete
  56. aduh la hai...potong stim tol la si ziyad nih...

    ReplyDelete
  57. Mesti ziyad yg ungkapkn i love you tu kn? Dia dh sampai........

    ReplyDelete