BAB 5
AKU tongkat
dagu. Setelah selesai melawat wad post-natal bersama beberapa orang doktor
pakar yang lain, aku kembali ke bilik sempitku ini. Bersyukurlah ada juga bilik biarpun tidak seperti
bilik Zayed. Waktu menjadi pelatih dulu
langsung tak ada apa. Selesalah untuk
aku merehatkan badan dan bersolat.
Kepalaku ligat
memikirkan tentang Zayed. Tentang
lamarannya. Rasa kurang yakin biarpun aku
rasa dia tidak main-main dengan kata-katanya beberapa hari sudah dan seperti
biasa juga kami tidak sempat bersua pun setelah kali terakhir dia bersarapan di
rumahku. Andai terserempak, Zayed hanya
tersenyum tipis dan bila dia melaluiku, ada juga dia selitkan sebotok air
mineral di dalam poket kot putih milikku.
Kadang-kala dia
sekadar menyambar botol minuman yang sudah separuh kuteguk airnya begitu juga
bila dia menghulurkan baki airnya yang tinggal separuh.
Setelah itu, dia
terus berlalu tak berkalih lagi.
Sesekali, aku terfikir, entah bagaimana jika benar kami dijodohkan
bersama. Adakah waktu untuk
masing-masing untuk membentuk syurga kecil kami? Aku sandarkan kepala pada belakang kerusi dan
memejamkan mata rapat-rapat cuba
mencari kesungguhan dalam kata-kata Zayed tempoh hari.
“Takdir kita
bukan kat tangan kita.” Aku membantah
bila dia katakan akulah yang telah ditakdirkan untuk dia.
“Zafrina, listen…” pujuk Zayed.
“No, you listen to me. Rina berani potong jari yang Zayed tahu, kan ?” tebakku sedikit sebak. Ada
ke hal nikah kahwin, hati perasaan dia buat main.
“Apa yang Zayed
tahu dan apa yang Rina dah bagi tahu pada Zayed?” soal dia pula.
Sampai ke Subuh
esok dok macam nilah kami. Hanya soalan
berjawab soalan membuatkan aku sudah hampir hilang sabar.
“Tolonglah,
jangan sakitkan hati Rina boleh tak?”
tegurku separuh merayu.
Tapi, Zayed
menggeleng. “Kenapa pulak Rina cakap
Zayed sakitkan hati Rina? Apa yang Zayed dah buat? Apa yang Zayed tahu dan apa yang Rina pernah
bagi tahu Zayed? Tell me!” gesa dia sambil
bersandar pada keretanya.
Aku
terdiam. Tanganku bermain-main dengan
kunci kereta Zayed yang kembali ada di telapak tanganku. Dia ni serius ke nak bagi aku BMW ni? Kalau sungguh, aku nak je. Siapa tak nak kereta free. Nak beli jenuh juga
biarpun aku seorang doktor tapi tidaklah mencapai tahap pendapatan macam Zayed
lagi. Konon… tadi kata tak nak. Cemikku pada diri sendiri.
“Answer me, please,” rayu Zayed lagi
membuatkan aku panggung kepala.
Kala menatap
wajah lesu doktor pakar di depanku ini,
aku jadi sayu. Mata itu nampak lebam dan
sedikit cengkung. Tapi, bibir merah
basah itu bagaikan ada sesuatu yang membuatkan aku mahu terus
memandangnya.
“Haihh… orang
minta dia jawab, dia renung kita pulak.
Jangan risau, my lips will gonna
be yours soon. Sekarang ni jawab
dulu,” ujar Zayed tanpa perasaan.
Telan liur aku
dibuatnya. Eleh, dia ingat aku suka
sangat ke bibir dia. Bibir aku lagi
cantik apa. Aku mencemik sedikit dan
Zayed menggariskan senyuman tipis.
“Atau Rina nak
Zayed operate dada Rina cari sendiri
jawapan yang dok membekam dalam hati tu?”
“Jangan usik
Rina boleh tak?” larangku.
“Mana ada
usik. I am very serious in every single word,” selanya tenang dan dia
ketawa kecil.
“Err… pasal
soalan Zayed tadi Rina tak ada jawapan.
Zayed pergilah balik. Rina nak
masuk rehat pulak ni. Malam nak
kerja. Zayed pun perlukan rehat. Ada
masa kita jumpa lagi,” ujarku dan bersedia hendak berlalu tapi Zayed memanggil.
“Kalau Rina tak
cakap hari ni, nanti Zayed tak tahu buat selamanya. Sakit kena ke hospital. Jumpa doktor, cakap apa masalah. Tapi, Rina beruntung apa. Doktor pakar ada depan mata Rina. Datang jumpa Rina. Nak rawat Rina,” ucap dia dan aku kembali
menghampiri dia.
“Okeylah. Rina tak pandai nak berbunga-bunga
segala. Let me tell you the truth. Seems
like you knew it,” ucapku memulakan bicara.
Bicara tentang hati dan sedang bertahan menjadi perigi berjalan-jalan
mencari timba.
“It?”
Kening Zayed terjongket.
“Yeah… my feeling towards you,” akuiku.
Tubuh Zayed
tegak tiba-tiba. Tangan yang tersilang di
dada terlerai. Dia memandangku
tunak.
“You knew? Don’t
you?”
Perlahan-lahan
Zayed mengangguk dan aku melepaskan lelah.
Tak apalah lepas ni tak jumpa dia pun.
Aku reda tapi aku mahu lepaskan segalanya alang-alang dia bertanya.
“Tapi, seperti
Rina cakap tadi, just forget about
it. I respect you as my senior. Mulai hari ni, tak akan lebih dari tu lagi
dan maafkan Rina kalau Rina terlalu berterus-terang,” ujarku lagi. Sebak.
“Rina pernah
luah ke Rina sukakan Zayed?”
Aku menggeleng.
“Dah tu, Rina
nak expect apa daripada Zayed
sedangkan Zayed dah ajak Rina nikah.
Kita jangan sukarkan perkara yang mudah, Rina. We both
are not children anymore. You are a
woman and I am a man. MAN, Rina,”
tekan Zayed lagi.
Berkali dia
tekankan perkataan MAN itu pada
pendengaranku. Risau aku lihat dia
sebagai perempuan gamaknya.
“So, sudi jadi isteri Zayed?” tanya dia lagi. Kali ini nampak sedikit
bersungguh-sungguh.
Hangat tiba-tiba
wajahku memandangkan matahari sedang muncul.
Zayed pula buat sesi melamar depan rumah. Sangat tak romantik dan tak pernah dibuat oran g barangkali.
“Kan Rina cakap
jangan bergurau. Jangan sebab Ziyad tu
Zayed macam ni. Jangan risau, Ziyad is unlisted!” tegasku masih tidak mampu
mempercayainya.
“This is not about Ziyad but me myself. Seperti Zayed cakap, inilah masanya Tak
percaya? Sebab tak ada bunga
segalanya. Tak ada cincin platinum harga
ribu-ribu? Tak ada candle light dinner?”
Aku diam
mengemam bibir. Terasa dengan kata-kata
Zayed. Bibir Zayed mekar lagi dengan
senyuman tapi kali ini senyuman menyenget dan nampak sedikit sinis. Dia lalu membuka jam dari pergelangan
tangannya menarik lenganku yang dilitupi lengan blouse lalu memakaikan aku dengan jam tangan berjenama Tag Heuer silver itu. Besar dan longgar. Hampir melurut jatuh tapi aku pegang dengan
mata yang merenung dia tak berkelip-kelip.
“Time is running out. Time is gold. Time is
life. Wal’ asr…. Demi masa. Manusia itu selalu dalam kerugian. Zayed dah lama rugi. Kita dah lama kerugian. So,
will you marry me?” tanya dia untuk
kali ke berapa aku pun dah tak tahu.
“You don’t love me. Buat apa Rina nak terima lamaran Zayed,”
selaku seakan merajuk. Baru hari ini dia
mahu menunjukkan sedikit rasa itu padaku.
Pastilah kerana tercabar dek Ziyad.
Aku yakin begitu.
“Love is subjective, Zafrina. Ada
pasangan tak perlukan cinta pun untuk mereka berkahwin. Love
will grow itself. Penting sangat ke
ucapan cinta tu pada Rina? Sedangkan
Zayed tak pernah pun minta Rina akui Rina cintakan Zayed. I just
feel it. So, why don’t you, Doktor
Zafrina?”
Gamam aku
seketika menerima kata-kata dan persoalan daripada Zayed. Nampak sedikit romantik saat ini dan aku mula
rasa hendak meleleh kecairan.
“Bagi Ri na
tak adalah penting. But, at least once… it’s more than enough,” balasku pula.
Amboi pandai je
Zafrina cakap kurang penting sedangkan dalam hati, aku terlalu mahukan pengakuan
cinta daripada dia. Namun, maruah wanita
harus kujunjung jadi biarlah begitu saja alasannya.
“Ucapan macam tu
tak ke mana? Cinta akan datang. Nak datangkan cinta itu cepat-cepat, better Rina terima lamaran Zayed. Rugi kot sebab Zayed ramai peminat. Rina pun tahu kan
berapa ramai pelatih cuba
pikat Zayed?” tanya dia padaku dengan
wajah bangga.
Aku sengih
sinis. Dia ingat dia je. Aku ni tak ada ke? Bila teringat kata-kata abah, rasa bersemangat
tiba-tiba.
“Rina pun ada
yang memburu apa. May be not now, but sooner or later… perhaps.”
“Siapa?”
“Your cousin may be,” selaku dengan wajah
selamba.
“Amboi… berangan
cik doktor. Ala … Zayed tahu Rina main-main, kan ? So,
terima je lamaran ni. Mudah Zayed balik
bagitahu keluarga tentang ni. What ever you wish, I will make it comes
true. Lupakan Ziyad. Dia tu iklan je antara kita.” Zayed sengih padaku.
Mataku
terkebil-kebil. Boleh dia kata sepupu
dia iklan. Memang iklan. Iklan untuk membuatkan lelaki bern ama Ahmad Zayed ni
bangkit dari lena yang panjang. Bila
dia sudah terjaga, aku pula yang bagaikan mahu terlena.
“Erm…
tengoklah. Zayed bagi masa dekat Rina
dulu. Nak solat istikharah dulu. Lagipun, Rina tetap rasa Zayed saja je sebab
takut Ziyad masuk jarum lebih-lebih, kan ?”
Dia ketawa. Lucu barangkali dengan cara aku menelah
maksud lamarannya ini.
“Memang Zayed
ada sebab tapi bukan Ziyad je. Apa pun,
agak ada la terselit nama Ziyad tapi tak kisah pun. Best
man win. Itupun jika Allah izinkan
untuk menang. Tapi, Zayed percaya dengan
rezeki yang Allah sedang berikan buat Zayed ni.
Cumanya, kalau Rina nak tahu sebab lain, Zayed nak balik hak gela ran abang daripada
mulut Rina. Haruslah jadi yang halal
untuk Rina memandangkan keluarga Rina tak ada abang. Hanya ada along, angah dan abah, kan ? So,
please… I am begging you. Biar Zayed
satu-satunya lelaki yang Rina panggil abang.
Deal?!”
Zayed buat muka
comel dengan menggengam kedua belah tangannya sendiri dan beraksi bagaikan oran g sedang merayu.
Aku tahan senyum. Tapi, tetap tidak mengangguk, tidak juga
menggeleng. Aku mahu dia tergantung
seketika tapi sungguh, aku mahu berbicara dengan Allah. Lebih elok jika kupohon agar Allah tuntun
hatiku menoktahkan jalan yang sebaik-baiknya.
Dia yang menjodohkan aku dengan sesiapa saja yang dirasakan sesuai. Aku akan terima dan jika Zayed, aku mahu
menangis semahuku tanda kesyukuran atas nikmat ini.
“Let me pray to Allah about this. Ini keputusan besar dalam hidup Rina,”
putusku dengan suara yang mendatar.
“Kalau itu yang
Rina katakan…” Zayed nampa k
sedikit kecewa.
Biarpun aku
benar-benar gembira namun terselit juga rasa hiba. Aku yakin, jika bukan kerana Ziyad, Zayed
tidak begini dan aku, mahukan lelaki
yang mencintai bukan hanya aku yang mencintainya. Jika perlu, kuakan cari lelaki yang mencintaiku lebih daripada aku
mencintainya. Jika perlu juga, Ziyad pun
akan kumasukkan ke dalam senarai.
“Doktor? Doktor?”
Aku tersentak
dari lamunan yang sedikit lebar itu.
Wajah Zayed berlalu. Suara dia
juga menghilang. Aku panggung kepala dan
melihat pada wajah Mia yang tersembul di muka pintu.
“Eh, Mia. Ada
apa, ya?” tanyaku gugup sambil memisat
mata bila jam sudah beralih ke angka 10 malam.
Dia sengih dan
menapak mendekat padaku setelah daun pintu dirapatkan.
“Tak ada
apa. Cuma nak serahkan ni je.” Mia hulurkan sekeping kertas padaku.
Bila aku sambut
dan membukanya, mataku membuntang. Ada
sebaris ayat yang tertera pada dada kertas preskripsi yang agak kekuningan itu
dengan tinta tangan yang aku sendiri tidak berapa mampu membacanya.
“Siapa
bagi?” Aku pandang Mia tidak berkelip.
“Doktor Zayed,”
jawab dia tersenyum kelat dan terus berlalu setelah meminta diri.
Aku juga
membalas senyuman Mia biarpun dia sudah tiada.
Aku tahu, dia bagai menyukai Zayed.
Tidak ada siapa yang tidak terpaut dengan layanan Zayed pada mereka
semua. Apatah lagi aku yang selalu
bersamanya kala di kampus dulu.
Mataku kembali
menatap kertas tersebut. “Apa dia ni?”
Perlahan-lahan
aku membacanya. Terasa bagaikan mendapat
preskripsi ubat daripada seorang doktor kepada seorang pesakit.
My dearest patient… this is your prescription Come and see
me and
you’ll getyour medicine. I am your pharmacist.
Seusai
membacanya, aku lipat kertas tersebut dan aku selitkan di celah beg
tangan. Macam-macam hal Zayed ni. Tapi, bila kuingatkan solat istikharah yang
kulakukan tiga malam berturut-turut, hatiku memberat pada dia tapi SMS yang
kuterima baru seketika membuatkan aku tidak betah duduk.
I
wait for ur call,
tp syg… u terus lupakan I.
Aku
termangu. Siapa pulak ni. Lama aku amati nombor berkenaan. Nampak ekslusif. Hanya terdiri dari tiga jenis nombor
saja. Mesti mahal. Desis hatiku sendiri tapi hendak membalas
pesanan itu, jari-jemariku memberat sungguh untuk menekan papan kekunci jadi
aku biarkan saja.
Baru hendak
bangkit untuk menuju ke pintu, telefon bimbitku menjerit nyaring. Aku berkalih dan memandang ke meja lalu aku
capai telefon bimbit itu dan melihat pada nombornya. Nombor tadi.
Pastilah orang yang sama tapi siapa?
Tidak dapat
tidak, aku menjawab panggilan tersebut. Baru
saja hendak kuucapkan salam, aku dengar tawa seorang lelaki di hujung talian. Tawa yang sedikit macho dan menjengkelkan
pada waktu yang sama.
“Who’s on the line, please?” soalku sopan.
“Me,” jawabnya.
Me? Mee kari ke mee sup? Ke mee maggi?
“Ya, saya tahu
awak. Tapi, siapakah nama awak di sana?” Sementara masih bertahan, aku kemukakan
soalan dengan baik biarpun sedikit sinis.
“Ziyad.”
Sepatah
perkataan itu membuatkan aku termangu beberapa ketika. Sungguh aku terkejut. Bagaimana Ziyad dapat menghubungiku? Pelik!
“Macam mana you
ada nombor telefon I?”
“Sebab you tak
ada nombor telefon I even I dah bagi kad I pada you.”
Aku telan liur
beberapa kali. “I am sorry. I lost your card,”
ujarku berasalan tapi sungguh, aku sendiri sudah terlupa di mana aku campakkan
kad Ziyad.
“Tapi, kenapa
you call I, ya? Ada
apa-apa I boleh bantu?” Kot-kotlah Ziyad
perlukan rawatan. Boleh aku hantar
makluman ni pada bahagia kecemasan.
“Sebab you tak call I,” selanya sedikit sinis.
“Kenapa you tak call I sedangkan you tahu I menanti panggilan you?” soal Ziyad lagi.
“Telefon I tak
ada kredit nak call orang.” Aku senyum pada diri sendiri. Penipuan yang sengal.
“Oh, nice
reason even it’s so childish but I like it and I like you more,” akui
Ziyad.
Aku telan liur
yang mula terasa kelat. Mat romeo sudah
mula mengait ayat bila jarum dan benang sudah ada di tangan.
“Shall we have supper together?” pelawa Ziyad tiba-tiba.
Erk… supper?
Tak pernah-pernah aku menikmati supper melainkan segela oat saja jika
bertugas malam. Dan jika tidak pun,
tidur dan rehat adalah supper yang
terbaik buatku.
“I am on my
duty, Encik Ziyad. Lagipun, I tak pernah
supper,” tolakku sopan.
Aku dengar Ziyad
ketawa sedikit di hujung talian dan setelah tawanya reda barulah dia kembali
bersuara.
“I know sebab tu
I pelawa. I’m on my way back from Lumut. Wish
to see you and my cousin there. Spare me
five minutes, can you?”
Erk… cousin?
Zayed? Habis tu macam mana dating segera aku dengan Zayed ni? baru saja menerima jemputan preskripsi
daripada Zayed dan Ziyad potong jalan. Haih…
“Err… kalau
macam tu, you all date la
berdua. I ada patient. Okay then, Encik Ziyad. Take care,”
pesanku lalu aku matikan talian dan aku tukar kepada mode senyap saja.
Kakiku terus
melangkah dan telefon bimbit terus bergetar di dalam poket seluar slackku dan
aku terpaksa biarkan saja kerana aku tahu, Ziyad sedang menghubungiku.
Tiba di depan
bilik Zayed, aku berdiri kaku. Dalam kepalaku
mengatakan Zayed ada kena mengena dalam perkara ini tapi tak baik menuduh lalu
aku jernihkan minda.
Baru saja hendak
kuketuk daun pintu, wajah Zayed terpacul di depanku dengan mata yang sedikit
membulat. Tanda dia sedang terkejut.
“Ya Allah,
Rina. Terkejut Zayed. Buat apa kat sini?” tanya dia pelik.
Dan aku… lagi
pelik. Aku keluarkan kertas preskripsi
itu padanya dan dia tersenyum lalu mempersilakan aku masuk ke biliknya.
“Duduk,” pelawa
dia dan aku hanya mengikut saja.
“Dah habis
melawat pesakit?” tanya dia.
Aku angguk.
“Rina jaga
post-natal sampai bila?”
“Entah. Tak tengok lagi jadual baru,” beritahu pada
dia.
Zayed mengangguk
beberapa kali. “Rina tak ada niat nak
sambung lagi ke? Buat specialist pulak?”
Mataku memandang
tepat ke mata Zayed yang sedang bertenggek pada mejanya. Lengannya bersilang ke dada menampakkan dia
seorang yang bersahaja.
“Tak tahu
lagi. Niat tu ada tapi keinginan tu
belum tiba.”
“Lets get married. After that, you further you study in
specialist. Cosmetic, surgery,
neurologist perhaps… or whatelse. I’ll
help you,” pelawa Zayed.
“Kalau Rina
further sekarang, Rina tak akan kahwin dulu.
I can’t manage it…”
“Sebab tu Zayed
kata kita kahwin dulu. Rina tak dengar
ke ayat pertama tadi. Lets get married.” Zayed
mengulanginya. Bukanlah aku tidak dengar
tapi sengaja aku ubah tajuk itu.
“Dengar tapi
Rina tak ada keputusan lagi…”
“Sampai bila nak
ada keputusan? Daripada Rina dok fikir
lama-lama pasal kita baik kita kahwin. So,
macam mana? Dah berbicara dengan Allah
dan apakah yang telah Tuhan katakan buat Rina?”
Zayed tersenyum tipis dengan wajah yang terpancar sejuta harapan.
Aku angguk sekali.
“I don’t get it,” usulnya.
Aku merengus
kecil. “Is that easy for you, Zayed?”
tanyaku sedikit rayu. Biarlah
kali terakhir aku merasa ragu padanya.
Dia
menggeleng. “Jodoh ini dari syurga. It’s
not easy for me neither you. We both try
but not try and error. Kita cuba
jaya. Sampai akhirnya kita pastikan
rumah tangga kita berjaya,” ucapnya optimis.
Aku diam
membisu. Mengherotkan bibir sendiri
mengira-ngira hendak menerima atau tidak lamaran Zayed yang kurasakan sangatlah
mudah. Aku pandang Zayed dan dia
jongketkan keningnya sedikit.
Dalam hati berkira-kira
juga hendak memberitahu tentang Ziyad tapi aku diamkan saja. Hal kami juga masih belum temui titik, ini
ditambah pula dengan watak Ziyad.
“But I want you to say it to me,” ujarku
pada Zayed.
“Say what?”
“Say you love…”
“Yes… I love you, my angel!”
Aku bulatkan
mata. Aku pandang Zayed dan dia juga
merenungku tidak berkelip. Stetoskopnya jatuh
ke lantai. Parah!
Wooow dah ada confession ni, hope Rina terima but Si Iklan dah otw. Tq RM. KH
ReplyDeleteSweet :)
ReplyDeletehmm.... terkeliru.... kejap rina nak, sekejap lagi was2 pulak.....Nak ke tak nak ni? ku tepuk dahi....
ReplyDeleteAlah ziyad ni!!!!
ReplyDeleteAlaaaa.. tue mesti ayat si Ziyad kan.. iskh3.. kaco la..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesgt2 suka... adeh!!! gila bayang da dgn cter ni. :) sweet sgt.
ReplyDeletexkan la si ziyad tu yg kata i love u???aduhai..
ReplyDeletetersangat besttt....lastly zayed mngaku jgk kt rina..best3..
ReplyDeletewow... alahai rina... apa dok pk lagi? dah trg lagi bersuluh... kawin je la. watpe dok pening2 kan kepala... sweet je si zayed ni....
ReplyDeleteo ho...??? jap... jgn ckp si ziyad yg ckp cam tu kat rina...??? iklan betul ziyad ni... anti klimaks je..
ReplyDeletearghhh...unwanted commercial break la ziyad ni...org tgh melting dgn zayed, lg mau kaco2.....shuhhh...shuhhh
ReplyDeletehuhu...sy slap bce la kak rehan..bce xdan abih da kalut nk komen..huhu..jgn kate si ziyad yg say i love u,my angel 2.st xleh trima hkikat..hewhew...
ReplyDeleteWA.. best nyer tak sabar nak tunggu cite selanjutnya..
ReplyDeletehai haraf zafrina terima lamaran zayed.. cian lak zayed asik merayu je...
haha...mst ziyad 2 yg ckp....
ReplyDeleteSalam miss writer....wahhhhhh sekuel ni mmg best lah.....tpi panjang tak citer ni???
ReplyDeletenape rina xnak kawen dgn zayed..ckp je nak..kalo xnk xpe, ramai org nak..hehe
ReplyDeleteKenapalah si Ziyad tu suka masuk time cerita tengah kemuncak.... betul-bejtul jadi IKLAN saja si Ziyad ni...... kasihan Rina dan Zayed ..... x sabar nak baca sambunggggg....
ReplyDeletehehe.ziyad menyampuk sampai jatuh stetoskop zayed ye.bestttt sgt kak rehan.maceh^^
ReplyDeleteYa.. rasanya Ziyad yg menyampuk tu!!
ReplyDeletekak RM, best2...nk smbungan lg...huhuhu...xsbr rsenye...oh Zayed & rina...cepat2lh bersatu..jgn bg si IKLAN dtg serbu dlu..hehe
ReplyDeleteGo... Ziyad go.... Hehe... Zayed perlukan ziyad utk luahkan perasaan die... Dh ade ziyad.. Br nk mengelabah..... Best men winnnn...
ReplyDelete-abel
Wahh ngam juga kalo rina ngan ziya hahad.lain dr yg lain citer dia..buat mcm tu lah sis rehan
ReplyDeletehehe...bersungguh2 plak zayed ni yek? i like!!!
ReplyDeletentah2 ziyad kot?
ReplyDeletehmmmm..ziyad ni 'iklan' betul la.. tapi can nengok tv ler, klo takder iklan takler kita teruja nak tunggu sambungan citer...rina ko ni kan..... sambung yer RM
ReplyDeletei don't think the confession came from zayed.. must be from ziyad.. kalau tak takkanlah zayed leh terjatuhkan stetescope dia.. cam dah ada competion between zayed & ziyad.. wonder sapa lah jodoh rina ni.. Along
ReplyDeleteni mesti ayt iklan ni...sampai terjtuh stlskop Zayed..kacau la...please go n get ur snack...
ReplyDelete>>k<<
ziyad dtg wat kacau eh.. adoiiiiii...
ReplyDelete*sepak laju2 la ziyad tuuuu*
~acu~
erk , ziyad ke yg kata i love you ? alamak , kalau ziyad habislah ..
ReplyDeletePlease......jgn la si Ziyad..memang iklan lah.
ReplyDeleteoh no..wat happen...
ReplyDeleteok, kita teka sapa yg buat confession berani mati tu. mesti ziyad, i don't think zayed yg ckp.
ReplyDeleteOhoho...romeo dah sampai...mesti buat iklan gempak2...haha...jual mahal lg skit rina...
ReplyDelete-ieja-
Alamak! belum sempat Zayed nak confess dah masuk iklan baru menganggu pula. Habislah kali ni Zayed, jawabnya bergaduh besar dgn Ziyad. Si Rina ni pun satu, terima ajelah. Duk main tarik tali wat apa? kan dah susah bila ada pihak ke tiga yg masuk campur.
ReplyDeletealahai dah mcm drama tv3 la pulak beriklan-iklan.... tp tau mau la iklan dia lama2 tau cik RM huhuhu
ReplyDeleteharap zayed yang ckp. bukan ziyad. so sweet.....
DeleteAduh... Jgn lah Ziyad yang masuk line dulu.... Tak sabar tggu next chap... You made my day cik RM
ReplyDeleteAla, mesti ziyad tu. Sebok je dia! Shuh,shuh... Halau ziyad jauh jauh...
ReplyDelete.fatin.
"my angel" tu sinonim dgn ziyad kannn.mak ai parah2..cinta bersegi2 nih....tule zayed dok main2 lag kan dah masuk golongan yg kerugian...
ReplyDeleteharap zayed yang ckp bkn ziyad. so sweet.......
ReplyDeleteMelting again..and always will be..:)
ReplyDeleterase nye tak sempat zayed nak kuar ayat i luv u ....ziyad lah jejaka pertama yang melafaz kan 'i luv u angle'.oh my so ape pilihan rina!!!
ReplyDeletemesti ensem zayed! <3
ReplyDeletejgn kate ziyad yg ckp i love u tu...
ReplyDeleteerk..ni mesti ziyad yg ckp 'i love u' tu..
ReplyDeletesibuk je..
aduhai... tergolek den jatuh.. hehehe
ReplyDelete-Ika Hatika-
hisshhhh...sebok je ziyad 2.
ReplyDeletehurmm..rina nie nak ke tak nak sebenarnya? susah betul kalau perempuan jenis mcm nie. kalau lelaki dh ajak kawen..itu maknanye lelaki tu serius la... nak jugak dgr2 ucap2 cinta segala sbg bukti..susah klu jumpa perempuan yg suke dihujani kata cinta nie...biarlah dia kne ngap ngn si Ziyad tu..biar dia tahu sendiri yang keikhlasan cinta itu bukan diukur dgn ucapan tapi perbuatan.
ReplyDeleteni mesti ziyad tang interprem.....huh
ReplyDeletemacam si ziyad jer yg ucap love tu....hhmmmm
ReplyDeleteAlaaa... Rasa-rasanya mesti ziyad yg cakap tu.... Tak mauuuuuu.......
ReplyDeletenak gugur jantung baca cerita nie...dari bab 2 lagi .... sooo sweet..
ReplyDelete"come see me and get your medicines. i am your pharmacist"
ReplyDeleteade ke doctor yg comel gitu? sweet betul..
sape hero yg sbnr ni..?klu sy jd rina sy pilih ziyad...suke nma dia n cara dia..huhu
ReplyDeletezayed or ziyad..i want both!!!hehe
ReplyDeletealamak!!!! si ziyad nie mmg brtol2 iklan la... bleh plak die buat diorg stay tune dkt stu.... tu la zayed lembap sangat.. kn si iklan tu dah terkedepan dah.... tggu ap lgi gigit jari jer la.... hehhehe anyway thanks kak rehan best sngat..
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Ziyad ni sibuk je la..mst dy yg ckp i luv u 2 sbb dy yg start pgl rina angel kn..tp cm de komplot je sepupu sepapat ni..musykil..tp iktkn tjuk mst Zayed yg dpt ni sbb 'akn ku lafazkan akad sblm ku ucpkan cinta'..sweetnye..
ReplyDeleteTu mesti Ziyad. Sibuk betullah mamat tu. But serious, memang in love habis ah dengan Zayed. Oh abang Zayed ku! Haha thanks kak Rehan! :D
ReplyDeletetu confirm Ziyad.. Ish menyibuk betullah Ziyad ni... thanks kak RM sangat best n3 ni.. hehehehe.. :)
ReplyDeleteBest la kak Rehan... Tak sabar nk tunggu next.. God luck :)
ReplyDeletebest...best...betambah teruja...
ReplyDeleteZayed dan Rina yg sama2 matang dan kdg2 sama2 nmpk kebudak-budakan.bila b'gabung pastinya rumah tgga yg ada sweet sour.bagusla.Zayed dah cuba yg trbaik.Rina pun kena fhm.kdg2 llki xkn tnjuk ksh syg sbnr selagi belum sah.tu yg trbaik sbnrnya.apatah lg klu llki tu jns yg punyai karier yg menuntut komitmen tggi.cukuplah dgn itu.juz ckp yes rina n zayed akn tnjukkan betapa dia syg kamu.
ReplyDeleteaduh la hai...potong stim tol la si ziyad nih...
ReplyDeleteMesti ziyad yg ungkapkn i love you tu kn? Dia dh sampai........
ReplyDelete