BAB 20
MOTOR aku parking tepat di hadapan sebuah rumah
lot sederhana besar tapi cukup cantik dengan laman yang dihias dengan rumput
karpet dan juga kolam ikan yang kecil melengkapkan hiasan ID rumah ini.
Bila aku buka
topi keledar, aku betulkan sedikit tudung yang terasa senget. Semua nak senget mujur juga aku tak
senget. Hilang episod sedih, aku bahagia
bila keputusan periksa juga gempak. Ini
menanti keputusan biasiswa untuk sambung Master pulak. Boleh
jadi ke luar Negara atau boleh juga di dalam Negara.
Setelah perkara
itu berlalu dulu, ada beberapa kali aku menghubungi keluarga tapi sayang, mak
tetap tak nak bercakap. Kak Diah juga
semakin sibuk di tahun-tahun akhirnya ini dan ayah, sentiasa meminta aku
bersabar.
Hari ini, kerja
aku teruskan. Beli surat khabar lama
dari rumah ke rumah. Dulu, Tauke Chin
arahkan aku membeli surat khabar di kawasan perumahan aku dan Ariq tapi aku
tolak secara baik. Akhirnya, di sini
hari ini. Di kawasan perumahan Seksyen
19 pulak.
Loceng aku
tekan. Tiada balasan, aku melaung
salam. Sekali tak bersambut, dua kali
juga begitu hingga kali ketiga, aku sudah sedia hendak berlalu tapi tiba-tiba
pagar automatic ini terbuka.
Huh, mujur tak
balik. Kemain Tauke Chin pesan ambil
surat khabar dari rumah ni dan rasanya sudah betul. Berkali-kali aku tengok alamat dan inilah
rumahnya. Aku tegakkan tubuh dan menanti
tuan rumah keluar.
Setelah beberapa
ketika, seorang perempuan separuh umur keluar dari rumah dan mendekati
aku. Dia tersenyum dan aku hanya
membalasnya mesra.
“Err…
Assalamualaikum, mak cik,” sapaku.
“Ya,
waalaikummussalam. Cari siapa, ya
nak?”
“Saya ni Tauke
Chin hantar untuk beli surat khabar lama.
Kata tuan rumah, banyak sangat surat khabar lama dia. Boleh saya dapatkan? Saya timbang terus.” Aku sengih dan mak cik ini juga.
“Anak kerja beli
surat khabar?” Dia buat muka tak
percaya.
Aku sengih. Apa yang anehnya? Tiada yang pelik. Sekadar bekerja dan mencari rezeki demi
sesuap nasi dan juga untuk membiayai pendidikan aku nanti.
“Ya, mak cik.”
“Ingatkan
lelaki. Biasa lelaki buat kerja macam
ni,” komen dia.
“Dunia sekarang,
mak cik. Semua boleh buat. Tukar jantina sekalipun tapi kuasa Allah
tetap tak boleh nak lawan, kan?” ujarku
bersahaja. Bersama senyuman tipis.
Senyuman tak
ubah seperti orang tewas. Senyuman
rindu. Senyuman rindu pada Ariq. Senyuman yang menggambarkan aku mahukan
dia. Aku cintakan dia tapi tak mampu aku
miliki dia. Sedih.
“Erm… betullah
tu.” Dia senyum lagi.
“Sebenarnya mak
cik tak tahu pulak tuan muda telefon suruh ambik surat khabar lama. Dia tengah bersiap kat dalam. Nanti mak cik panggil dia. Masuklah dulu,” pelawa mak cik ini lagi dan terus berlalu ke dalam rumah.
“Tuan Muda? Ingat cerita dongeng ke apa?” Aku bergumam sendiri sambil berdiri di di
sisi tiang porch.
Nak masuk ke
dalam rumah tak berani sebab mak cik ni tak pelawa pun masuk ke mana? Masuk ke dalam pagar pun dikira masuk jugak.
Saat ini,
melihatkan sebuah kereta Lancer, aku teringatkan Ariq. Tapi di depan aku ini adalah kereta Lancer
hitam tapi Ariq pernah naiki Lancer putih.
Rindu pada dia tak usah aku kira.
Rindu pada mak juga menggunung sudah.
Bila mak mahu berubah dan bilakah jodoh antara aku dan Ariq akan tiba
jika benar kami ini berjodoh?
Izue dan Alan
juga menyepi. Ada beberapa kali Tauke
Chin katakan mereka mencari aku, tapi aku tetap beralasan. Biarpun jelas dekat tapi hakikatnya kami
semakin jauh dan semuanya atas permintaan aku sendiri.
Sesekali mata
aku melilau ke seluruh laman. Terasa
hening dan sepi. Boleh jadi penghuni
rumah ni hanya tinggal sendiri memandangkan taka da satu pun yang tercela. Bersih sungguh. Nampak pada tingkapnya, debu pun tak ada.
“Cik masuklah ke
dalam. Ada dekat dapur. Tuan Muda dah susun semalam. Mari.”
Aku tersentak
dengan ajakan tiba-tiba mak cik ni. Huh,
boleh mati terkejut. Terus kempunan nak
jumpa Ariq satu hari nanti. Satu hari
yang entah bila selagi harapan itu tak menjadi layu.
“Oh,
baiklah.” Aku cepat-cepat menjawab
setelah reda dari rasa terkejut.
Mak cik ini
tersenyum dan mempersilakan aku masuk.
Kaki ini agak teragak-agak tapi kerana tugas, aku abaikan saja rasa aneh
ini. Rasa ditarik dan rasa tertarik.
“Mak cik naik
atas kejap. Nak kemas bilik tuan muda
lepas tu nak balik dah. Cik pergi ambik
surat khabar lama dekat dengan cabinet dapur sebelah peti ais tu, ya?” suruh mak cik ini ramah dan dia
perlahan-lahan memanjat anak tangga menuju ke atas.
Aku senyum
memerhatikan lenggok tubuhnya yang sudah kurang berkudrat. Boleh jadi orang gaji tapi ramahnya dia
membuatkan aku mengingati mak.
Hilang saja
susuk tubuh itu dari pandangan mata, aku terus berlalu ke dapur dengan langkah
yang penuh tertib. Bila mataku
tertangkap akan susunan surat khabar lama itu, rasa hendak pitam. Hampir sama ketinggian susunan itu dengan
peti ais. Tak mampu hendak aku angkat
dengan hanya motorsikal.
Tak sedar, aku
mengeluh. Sepatutnya bawa lori Tauke
Chin tapi aku ingatkan hanya sedikit seperti biasa. Bila aku mahu menapak keluar dengan niat
hendak kembali semula bersama dengan Tauke Chin, aku sekali lagi dikejutkan dan
kali ini bukan kejutan yang biasa malah terlalu luar biasa hingga aku terduduk
di atas marmar yang putih berkilat.
Mata membulat
dan mulut melopong melihat susuk tubuh di depanku. Sungguh tak percaya, benar-benar tak
kusangka. Dia tenang dan tersenyum
padaku.
“Banyak, kan…
surat khabar I? Setiap hari I beli
sampai tiga atau empat. Inilah hasilnya
selama I kehilangan makwe. Sunyi
sangat. Itu yang I baca setiap patah
ayat dalam surat khabar ni semua,” ujar dia tersenyum sambil mengerling pada
surat khabar lama miliknya.
“Err… ba… banyak-banyak,”
balas aku gagap.
Dia tenang. Tak menghulur tangan jauh sekali hendak cuba
mengangkat aku yang masih terduduk di depannya.
“Boleh bangun
sendiri, kan?”
Tak
seperti aku sangka, dia pandai membaca fikiran.
Aku akhirnya mengangguk dan terus bangkit sambil menyapu belakang jeans
longgar yang aku pakai. Tiada lagi
skinny yang membalut kaki dan tiada lagi baju T kecil yang membalut tubuh. Jika di dalamnya kecil, akan aku sorokkan
segalanya dengan jaket milik aku ini.
“Sorry.”
Aku sudah tak mampu tersengih.
Kejung rasanya seluruh urat dan
sendiri. Kaku.
“No sorry. I lupa nak bagitahu Tauke Chin suruh dia
hantar lori. You datang dengan apa? Boleh bawak ke banyak ni?” tanya dia bertambah lagi ketenangannya.
Matanya langsung
tidak merenung aku. Hanya sesekali
singgah dan selebihnya lebih memandang ke lain.
Menggosok pergelangan tangannya dan boleh jadi meraup rambutnya ke
belakang.
“Naqi… err…
saya… saya datang dengan motor je, encik.
Nantilah saya balik bagitahu Tauke Chin,” cadangku tersasul
sana-sini. Kalut.
Dia senyum pada
hujung bibir. Sedikit sinis tapi tetap
berwajah tenang lalu dia memandangku lama.
“Okey. You boleh datang lain kali. I nak keluar.
Ada hal. Kebetulan Mak Pah dah
nak balik dah. Esok mungkin,” cadang dia
pula dan aku pegun tidak menjawab.
Bagaikan tidak
mengenali antara satu sama lain, dia terus berlalu ke depan dan tak dapat
tidak, aku hanya membontoti langkahnya hingga ke pintu. Terasa dia sangat lain. Dalam waktu yang singkat, dia benar-benar telah
melupakan aku dan boleh jadi sedang bahagia.
“Kalau macam tu
saya balik dulu. Assalamualaikum,” ucap
aku penuh sopan dan terus berlalu di depannya dengan tubuh yang sedikit
membongkok. Tanda hormat.
“Hati-hati dan
maaf, ya dah susahkan you datang sini,” balas dia.
Aku hanya
mengangkat tangan tanpa memandang dia seraya menyarungkan kasut ke kaki. Pedih hati bila dipertemukan, begini pula
tapi memang elok begini tapi hati manusia biasa seperti aku ini, sedikit tamak
biarpun tidaklah aku meminta-minta.
Bahasa dia juga lain. Terlalu
lain. Tiada lagi panggilan Naqi, tiada
juga perkataan abang. Dia memang Muhamad
Nashriq dan hanya aku yang kekal Naqi.
Tapi, baru saja
aku siap mengingat tali kasut yang kedua, suara Mak Pah tadi berdengung kuat
memenuhi ruang rumah.
“Tuan Muda…
Datin Seri suruh balik rumah petang ni.
Katanya nak ke rumah keluarga Cinta.
Nak tengok kad jemputan kahwin agaknya.”
Tak sedar, topi
keledar aku jatuh dari pegangan. Tak
sempat mencecah kepala kini tergolek di atas lantai porch.
Perkataan Cinta
dan kahwin itu benar-benar membuatkan jantung aku hampir gugur ke bumi. Hampir terhenti nafas aku seketika tapi
cepat-cepat aku damaikan resah hati lalu sengih sinis pada diri sendiri.
Akhirnya, takdir
menjodohkan kami namun sayang bila jodoh itu hanya sebagai abang ipar aku
sendiri. Percaturan Tuhan yang Maha
Hebat. Tak nampak hikmat dia saat ini,
tak lama lagi pasti hikmah itu menjengah jua.
“Baiklah, Mak
Pah,” balas dia lembut dan tanpa berpaling lagi, aku terus melangkah ke pagar automatic tapi tak sempat nak melepasi
pagar, pagar itu tertutup rapat.
Kakiku terhenti
melangkah. Hampir saja batang hidung
mencium pagar dek kerana khayalan.
Cepat-cepat aku berpaling dan memandang dia. Lama kami saling berbalas pandang. Tanpa suara jauh sekali kata-kata.
Ariq dengan muka
tidak beriak dan aku dengan wajah yang sudah hampir hendak menangis. Tapi aku yakin, dia sedang kembali menjadi
Ariq yang pernah aku kenali. Ariq yang
matang dan sesekali bersikap tak masuk akal.
Ariq yang nampak buaya tapi pada hakikatnya tahu mencinta.
“You…”
Jari telunjuk Ariq lurus padaku.
“…come
here, girl,” gamitnya dan saat ini barulah aku
yakin hendak menyebut namanya. Dia
adalah Ariq bila dia memanggil aku begitu.
Tapi aku, tak
mampu hendak berkata apa melainkan airmata bisu menitis lagi. Ariq nampak mendekat dan terus merapati namun
aku tetap kaku menanti.
“Err… I rasa I pernah
jumpa you. Kat mana, ya?” Ariq menyentuh janggut tipisnya. Keningnya berkerut seribu.
Aku ketap bibir
lagi. Semakin tercabar dengan sikap
dia. Sungguh. Bukan rasa pernah jumpa malah sudah selalu
bersua.
“Err… mungkin
pelanduk dua serupa kot?” balas aku
pula. Seadanya.
“Erm… naa…” Dia menggeleng yakin.
“I don’t think so. Memang kita pernah jumpa dan rupa you ada
sama dengan seseorang yang I kenal. Terutama mata you. And trust me, you eye so pretty.
Tapi, kalau kita tak pernah jumpa, boleh jadi jugak I jumpa orang lain
yang lebih kurang sama dengan you. Lagipun,
dia tak bertudung. Dia suka ikat rambut
tocang kuda… tinggi.” Mata Ariq melirik
lagi pada kaki aku.
“Dia pakai skinny dan dia suka pakai jaket kulit
dan belit mafela atau shawl dekat
leher dia. But you…” Dia berdecit
setelah itu.
“… so different. Maafkan I sebab I hampir salah orang,” tukas
Ariq tenang sambil membetulkan kolar baju T biru laut yang tersarung pada tubuh
tegap yang nampak sedikit susut itu.
Aku memandang
dia tak berkelip. Tak percaya dengan apa
yang dia ucapkan. Adakah dia benar-benar
tidak mengenali aku atau sekadar membaca skrip
yang dia reka sendiri?
Namun, boleh
jadi juga aku langsung tidak dikenali dengan tudung yang terbelit kemas. Tertutup segalanya. Jeans
yang longgar dan baju T lengan panjang yang agak besar. Lengan juga tak dilipat. Hanya dibiarkan menutupi jari.
Bila begini, aku
tarik sedikit muncung tudung agar terus menutupi wajah. Biar terlindung sedikit. Biar aku tak nampak wajah tenang yang membawa
rindu yang menderu-deru dalam hatiku sekarang
ini.
“Oh, tak
apa. Saya minta maaf juga,” balasku dan
mahu berpaling tapi suara Ariq terus menahan.
“Do you mind if I’m asking you one thing?”
Aku kerutkan
dahi dan memandang dia. Ariq menapak
setapak lagi menghampiri aku yang masih tegak berdiri tak berganjak walaupun
seinci.
Mata aku
kedipkan memberi izin Ariq terus mengajukan soalan.
“Sebab rupa you
lebih kurang sama dengan gadis yang tinggalkan I dulu dan kalaulah… I kata
kalau. Kalau you gadis tu dan kita jumpa
macam ni…” Bibir Ariq tercebir sedikit
padaku.
“… sekali pun you
tak nak tanya I sihat ke tak? I okey ke
K.O? I makan ke tak? I lena tidur ke tidak? Kalau you tempat gadis tu you tanya tak?”
Aku tertunduk
menerima soalan itu. Menggeleng dan mengangguk serentak. Bingung dengan diri sendiri. Yakin kini, Ariq kenal aku. Masih kenal dan dia sengaja menduga hati aku
dengan permainannya lagi sekali.
Ariq
ketawa. “Erm… nampaknya you pun
keliru. Kejap you geleng kejap you
angguk. Then, kalau kata you pon keliru, haruslah gadis tu pun keliru,
betul tak?” Keningnya terangkat
tinggi. Bibir itu tak pernah lekang dek
senyuman. Sinis.
“Well…”
Keluhan dilepaskan seketika.
“…tak kisahlah
nak tanya atau tak, semuanya dah cukup pada I bila nampak gadis tu sihat dan
semakin cantik. Jujur I ternampak gadis
yang I cinta dalam diri you. Tapi,
jangan salah faham, dia akan datang mengakui cinta pada I tapi you tak mungkin,
kan? Cumanya I terkilan dia pergi tanpa
pesan. Hush… macam tu je tapi rasanya
dia tentu masih ingat kata-kata I…” ujar
Ariq tenang. Nafas ditarik dalam dihela
perlahan.
“Kali kedua I jumpa
dia, I tak tak akan lepaskan dia lagi.”
Aku menelan
liur. Tak tahu nak berkata apa. Hilang kata-kata langsung bila Ariq bagaikan
menjadi Ariq yang dulu. Ariq yang
mencintai aku yang berjanji mahu menanti aku dan bersumpah, bila kami bersua
kali kedua, dia tak akan melepaskan aku tapi nampaknya, akulah yang perlu
melepaskan dia pergi dari hati ini.
“Tapi…” Aku kerutkan kening.
Sengaja tayang
wajah aneh di depan Ariq. Tak sudi
sebenarnya dipermainkan begini. Kalau rindu
katakan rindu, aku juga nak mengaku biarpun rasa malu menebal dalam diri.
“… kenapa encik
cakap dekat saya? Sedangkan saya bukan
gadis tu?”
Ariq nampak
terngadah. Tapi tak lama bila dia kembali tenang dan sesekali menyentuh anak
rambutnya yang nampak sudah agak panjang.
“Kan macam saya
cakap tadilah. Kalau. Let say
you’re that girl. Saja saya buat
kesimpulan sendiri sebab saya tak tahu selama mana lagi perlu saya tunggu untuk
gadis tu ada depan mata saya,” jawab Ariq masih menegakkan kata-katanya biarpun
aku mencantas.
“Erm… kalau
macam tu, maaflah… bukan saya dan saya sendiri tak tahu apa yang akan gadis tu
buat. Esok, saya minta Tauke Chin datang nanti,” ujarku lari dari kehangatan
kata-kata Ariq.
Dia sengih lagi
dan kali ini lebih sinis. “Baliklah. Esok biar Tauke Chin hantar orang lain,
ya? Tak pun, biar I call dia sendiri. Cuma tak
sangka Tauke Chin hantar pekerja perempuan dia.
Then, I just can’t believe
this. But I believe in God. He
knows what is the best for us.
She and I.”
Yakin. Itulah sepatah perkataan yang mampu aku
gambarkan keadaan Ariq sekarang. Yakin yang
tak pasti. Yakin hampir memiliki Kak
Diah atau yakin dengan kehadiran aku yang tak terduga ini. Tapi keyakinan aku, kian pudar. Pudar dan hampir kelabu.
“May I have… next time…” sambung dia
sambil merenung tepat ke dalam anak mata aku.
Aku ketap
bibir. Ya, lain waktu. Boleh jadi sewaktu majlis akad nikah dia dan
Kak Diah. Lain tempat? Boleh jadi juga di dalam rumah aku sendiri,
melihat dia keluar masuk dari pintu bilik Kak Diah.
“Tak apa… dah
kerja saya,” balasku tanpa memandang dia.
“Saya balik
dulu.” Aku menyambung seraya berpusing.
Sekali lagi
berpaling pada pintu pagar yang masih terkatup rapat. Menanti moga dia membukanya buat aku. Setelah beberapa bulan tak bersua, aku dan
dia dipertemukan lagi dan hati ini terduga lagi.
“Lets say… kalau you gadis tu dan kalau
pintu pagar tu tak buka, you sudi tinggal kat sini? Selamanya?”
tanya Ariq setelah agak lama kami mendiamkan diri.
“Rumah dan tuan
rumah ni milik orang lain dan tahniah dari saya biarpun mungkin agak awal,”
jawabku.
“Bukakan pagar,”
sambungku sedikit menekan.
“Untuk masa
sekarang. Sebab satu hari nanti,
jari-jemari runcing gadis itu, yang pernah memetik gitar… nyanyikan lagu pedih
buat I. Dialah yang akan tutup pagar ni
dengan tangan sendiri. Tak bagi I keluar
rumah,” tukas Ariq tenang dan pintu pagar terus terbuka perlahan-lahan.
Sebelum kaki ini
melangkah, aku sempat berpaling separuh wajah.
Biar tak jelas nampak wajah Ariq, aku terkesan akan senyuman manis pada
seraut wajah yang tenang itu.
“Satu hari yang
memang tak akan wujud…” Aku bergumam
tanpa aku tahu Ariq mendengarnya.
“Satu hari yang
memang ditakdirkan untuk kami berdua,” pangkas Ariq masih lagi yakin seperti
satu waktu dulu.
“Dan tahniah
buat kalian berdua. Moga encik dan si
dia…”
“Cinta Nur
Naqiah nama si dia tu dan bahagia dan ya… insya-Allah. Nama saya Muhamad Nashriq. Saya dan Cinta Nur Naqiah akan bahagia,”
sambung dia tanpa sempat aku habiskan ayatku.
Aku tersengih
sinis padanya. Menggeleng beberapa kali
sebelum bersuara.
“Impian tu
pernah ada tapi sayang, arah dan tujuan encik dan dia tak sama.”
“Sebab dia yang
menongkah arus. Redah juga jalan yang
sudah terang lagi bersuluh hanya jalan sehala,” balas dia tak mahu kalah.
Kali ini aku
hampir kehilangan kata dengan ucapan Ariq.
Benar kata dia, tentang cinta dan hubungan kami, aku lebih memilih untuk
menongkah arus. Meningkah tentang cinta
yang telah Ariq pertaruhkan untuk aku.
“Tak boleh ke dia
ikut jalan yang lurus?” soalnya lagi.
“Boleh jadi
jalan dia dan encik memang lurus cuma destinasi saja berlainan. Encik ada destinasi sendiri dan dia
juga. Bersiaplah. Jangan sebab budak beli surat khabar lama ni,
encik terlambat pulak. Maaf.”
Seusai berkata
demikian, aku ketap bibir dan terus melangkah ke arah motosikal tanpa
mempedulikan dia lagi bila airmata semakin galak menitis ke pipi. Sampai begini keadaannya, Ariq masih tak puas
berkata begitu. Parah.
~~> bersambung
errkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. sambung kemas meja
ReplyDeletewahh ariq ni nak menduga hati si qiah ehh naqi pulakk.haha.good job kak rehan! :D
ReplyDeletecdehnyeeee...n3 ni...wpun jln berlainan psti destinasi ttp yg sama..naqi dgn ariq..
ReplyDeletesedihnya....biar la naqi n ariq....sambung wat keja smbil bermimpi naqi n ariq bersanding...ememememmm
ReplyDelete:'( Bila nak bersama :'( , sambung2 :D, sayang RM
ReplyDeletesentap2.. x sangka lainnya naqiah versi bertudung.. speechless. sampai berbeza ygt x kenal.. x leh imagine./.. fugh2
ReplyDeletehurrrmmmmm...
ReplyDeletealahai...ciannyr..bila nk sme ni..hehe..papepn the bestla
ReplyDeleteala kak rehan...pendeknya...wuwuwuwuwuwuw nak lagi.. :)
ReplyDeletenak lagi...
ReplyDeletekak rm..up la laju2...
pas ni bz da..
xpt jenguk slalu..
nt rindu kt ariq n naqi...:'(
huwaaaaa nangis .... kenapa ...kenapa...kenapa....NAQI!!!!!
ReplyDeleteNaqi go go go gi belajar luar negara.... nak berkorban sangat kan ha pi pi pi...
Sian ariq... al la la la haiii
sesak nafas baca n3 nie.....
ReplyDeleteSEDIH LE....NAQI DAN ARIQ PERMUDAHKAN LALUAN MEREKA BERDUA.
ReplyDeletetak terkata. pandai RM menyusun kata2. indah tapi pedih.. pahit tapi tertelan
ReplyDeletekesian ariq smpi buat luahan perasaan mcm tu..
ReplyDeleteuwaaaaaarrrrrgggghhhhhh... sedihnya...kaka tak sangggup tengok naqi susah payah keje jual sok kabar lama... naqi napa masih ada kat situ lagi pegi la jauh2... tinggalkan semua yang menyedihkan dan menyakitkan hati...
ReplyDeletesedih.. pedih tapi bahagia terlepas rindu walau sesaat menatap wajah nya..
ReplyDeleteok.....masih emo jugak bila baca.....marahkan naqiah...knapa yg susah sgt nk akui n hadap everything... sampai bila nk lari dari semua org... ngeeee.... geram kt naqi...tp kesiaan jgak kt dia......kt ariq jugak...
ReplyDeletetahan napas....fuhhhh...sedey lagiii...hayooo...
ReplyDeletesuspen ni.....cepat-cepat sambung RM
ReplyDelete:'(
ReplyDeleteokey, ambik tisu lap pipi....
ReplyDeletesedih..setakat ni cinta x kesampaian...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRM.... plezzzz!! Ending yg membahagiakan eh!!!! X sanggup dgn penderitaan Ariq & Naqi. Berkorban demi org tersayang, sanggup menderita!!!
ReplyDeletecinta yg tak bisa memiliki.....naqi n ariq
ReplyDeleteHaiyakkkssss
ReplyDeletetak sure nak nangis atau nak senyum ..
ReplyDeletehaha..tetiba tringat kat lagu Muara Cinta. hikhikhik. da pnai ek skrang dok main perli2..makin maju couple ni
ReplyDelete>>k<<
sedihnya,, kak rehan,, bila nk baikkan ariq dgn naqi,,,? >< hmm,, en3 ni best mcm selalu juga! :)
ReplyDelete-athirah-
hok olloh, bila diorg nk naik nie..... kak bedah hok olloh btol la....mmg perfect couple dua2 org ckp x nk kalah :D thanks kak rehan for this entry
ReplyDelete-Song Hyun Sun-