Friday, February 08, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 20


BAB 20

MOTOR aku parking tepat di hadapan sebuah rumah lot sederhana besar tapi cukup cantik dengan laman yang dihias dengan rumput karpet dan juga kolam ikan yang kecil melengkapkan hiasan ID rumah ini.
       Bila aku buka topi keledar, aku betulkan sedikit tudung yang terasa senget.  Semua nak senget mujur juga aku tak senget.  Hilang episod sedih, aku bahagia bila keputusan periksa juga gempak.  Ini menanti keputusan biasiswa untuk sambung Master pulak.  Boleh  jadi ke luar Negara atau boleh juga di dalam Negara. 
Setelah perkara itu berlalu dulu, ada beberapa kali aku menghubungi keluarga tapi sayang, mak tetap tak nak bercakap.  Kak Diah juga semakin sibuk di tahun-tahun akhirnya ini dan ayah, sentiasa meminta aku bersabar. 
Hari ini, kerja aku teruskan.  Beli surat khabar lama dari rumah ke rumah.  Dulu, Tauke Chin arahkan aku membeli surat khabar di kawasan perumahan aku dan Ariq tapi aku tolak secara baik.  Akhirnya, di sini hari ini.  Di kawasan perumahan Seksyen 19 pulak. 
Loceng aku tekan.  Tiada balasan, aku melaung salam.  Sekali tak bersambut, dua kali juga begitu hingga kali ketiga, aku sudah sedia hendak berlalu tapi tiba-tiba pagar automatic ini terbuka. 
Huh, mujur tak balik.  Kemain Tauke Chin pesan ambil surat khabar dari rumah ni dan rasanya sudah betul.  Berkali-kali aku tengok alamat dan inilah rumahnya.  Aku tegakkan tubuh dan menanti tuan rumah keluar. 
Setelah beberapa ketika, seorang perempuan separuh umur keluar dari rumah dan mendekati aku.  Dia tersenyum dan aku hanya membalasnya mesra. 
“Err… Assalamualaikum, mak cik,” sapaku.
“Ya, waalaikummussalam.  Cari siapa, ya nak?” 
“Saya ni Tauke Chin hantar untuk beli surat khabar lama.  Kata tuan rumah, banyak sangat surat khabar lama dia.  Boleh saya dapatkan?  Saya timbang terus.”  Aku sengih dan mak cik ini juga. 
“Anak kerja beli surat khabar?”  Dia buat muka tak percaya.
Aku sengih.  Apa yang anehnya?  Tiada yang pelik.  Sekadar bekerja dan mencari rezeki demi sesuap nasi dan juga untuk membiayai pendidikan aku nanti. 
“Ya, mak cik.”
“Ingatkan lelaki.  Biasa lelaki buat kerja macam ni,” komen dia.
“Dunia sekarang, mak cik.  Semua boleh buat.  Tukar jantina sekalipun tapi kuasa Allah tetap tak boleh nak lawan, kan?”  ujarku bersahaja.  Bersama senyuman tipis. 
Senyuman tak ubah seperti orang tewas.  Senyuman rindu.  Senyuman rindu pada Ariq.  Senyuman yang menggambarkan aku mahukan dia.  Aku cintakan dia tapi tak mampu aku miliki dia.  Sedih. 
“Erm… betullah tu.”  Dia senyum lagi. 
“Sebenarnya mak cik tak tahu pulak tuan muda telefon suruh ambik surat khabar lama.  Dia tengah bersiap kat dalam.  Nanti mak cik panggil dia.  Masuklah dulu,” pelawa mak cik  ini lagi dan terus berlalu ke dalam rumah.
“Tuan Muda?  Ingat cerita dongeng ke apa?”  Aku bergumam sendiri sambil berdiri di di sisi tiang porch
Nak masuk ke dalam rumah tak berani sebab mak cik ni tak pelawa pun masuk ke mana?  Masuk ke dalam pagar pun dikira masuk jugak.
Saat ini, melihatkan sebuah kereta Lancer, aku teringatkan Ariq.  Tapi di depan aku ini adalah kereta Lancer hitam tapi Ariq pernah naiki Lancer putih.  Rindu pada dia tak usah aku kira.  Rindu pada mak juga menggunung sudah.  Bila mak mahu berubah dan bilakah jodoh antara aku dan Ariq akan tiba jika benar kami ini berjodoh? 
Izue dan Alan juga menyepi.  Ada beberapa kali Tauke Chin katakan mereka mencari aku, tapi aku tetap beralasan.  Biarpun jelas dekat tapi hakikatnya kami semakin jauh dan semuanya atas permintaan aku sendiri. 
Sesekali mata aku melilau ke seluruh laman.  Terasa hening dan sepi.  Boleh jadi penghuni rumah ni hanya tinggal sendiri memandangkan taka da satu pun yang tercela.  Bersih sungguh.  Nampak pada tingkapnya, debu pun tak ada. 
“Cik masuklah ke dalam.  Ada dekat dapur.  Tuan Muda dah susun semalam.  Mari.” 
Aku tersentak dengan ajakan tiba-tiba mak cik ni.  Huh, boleh mati terkejut.  Terus kempunan nak jumpa Ariq satu hari nanti.  Satu hari yang entah bila selagi harapan itu tak menjadi layu. 
“Oh, baiklah.”  Aku cepat-cepat menjawab setelah reda dari rasa terkejut. 
Mak cik ini tersenyum dan mempersilakan aku masuk.  Kaki ini agak teragak-agak tapi kerana tugas, aku abaikan saja rasa aneh ini.  Rasa ditarik dan rasa tertarik.
“Mak cik naik atas kejap.  Nak kemas bilik tuan muda lepas tu nak balik dah.  Cik pergi ambik surat khabar lama dekat dengan cabinet dapur sebelah peti ais tu, ya?”  suruh mak cik ini ramah dan dia perlahan-lahan memanjat anak tangga menuju ke atas.
Aku senyum memerhatikan lenggok tubuhnya yang sudah kurang berkudrat.  Boleh jadi orang gaji tapi ramahnya dia membuatkan aku mengingati mak. 
Hilang saja susuk tubuh itu dari pandangan mata, aku terus berlalu ke dapur dengan langkah yang penuh tertib.  Bila mataku tertangkap akan susunan surat khabar lama itu, rasa hendak pitam.  Hampir sama ketinggian susunan itu dengan peti ais.  Tak mampu hendak aku angkat dengan hanya motorsikal. 
Tak sedar, aku mengeluh.  Sepatutnya bawa lori Tauke Chin tapi aku ingatkan hanya sedikit seperti biasa.  Bila aku mahu menapak keluar dengan niat hendak kembali semula bersama dengan Tauke Chin, aku sekali lagi dikejutkan dan kali ini bukan kejutan yang biasa malah terlalu luar biasa hingga aku terduduk di atas marmar yang putih berkilat. 
Mata membulat dan mulut melopong melihat susuk tubuh di depanku.  Sungguh tak percaya, benar-benar tak kusangka.  Dia tenang dan tersenyum padaku. 
“Banyak, kan… surat khabar I?   Setiap hari I beli sampai tiga atau empat.  Inilah hasilnya selama I kehilangan makwe.  Sunyi sangat.  Itu yang I baca setiap patah ayat dalam surat khabar ni semua,” ujar dia tersenyum sambil mengerling pada surat khabar lama miliknya. 
“Err… ba… banyak-banyak,” balas aku gagap. 
Dia tenang.  Tak menghulur tangan jauh sekali hendak cuba mengangkat aku yang masih terduduk di depannya. 
“Boleh bangun sendiri, kan?” 
Tak seperti aku sangka, dia pandai membaca fikiran.  Aku akhirnya mengangguk dan terus bangkit sambil menyapu belakang jeans longgar yang aku pakai.  Tiada lagi skinny yang membalut kaki dan tiada lagi baju T kecil yang membalut tubuh.  Jika di dalamnya kecil, akan aku sorokkan segalanya dengan jaket milik aku ini. 
Sorry.”  Aku sudah tak mampu tersengih.  Kejung rasanya seluruh  urat dan sendiri.  Kaku. 
No sorry.  I lupa nak bagitahu Tauke Chin suruh dia hantar lori.  You datang dengan apa?  Boleh bawak ke banyak ni?”  tanya dia bertambah lagi ketenangannya.
Matanya langsung tidak merenung aku.  Hanya sesekali singgah dan selebihnya lebih memandang ke lain.  Menggosok pergelangan tangannya dan boleh jadi meraup rambutnya ke belakang. 
“Naqi… err… saya… saya datang dengan motor je, encik.  Nantilah saya balik bagitahu Tauke Chin,” cadangku tersasul sana-sini.  Kalut.
Dia senyum pada hujung bibir.  Sedikit sinis tapi tetap berwajah tenang lalu dia memandangku lama.
“Okey.  You boleh datang lain kali.  I nak keluar.  Ada hal.  Kebetulan Mak Pah dah nak balik dah.  Esok mungkin,” cadang dia pula dan aku pegun tidak menjawab. 
Bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain, dia terus berlalu ke depan dan tak dapat tidak, aku hanya membontoti langkahnya hingga ke pintu.  Terasa dia sangat lain.  Dalam waktu yang singkat, dia benar-benar telah melupakan aku dan boleh jadi sedang bahagia. 
“Kalau macam tu saya balik dulu.  Assalamualaikum,” ucap aku penuh sopan dan terus berlalu di depannya dengan tubuh yang sedikit membongkok.  Tanda hormat.
“Hati-hati dan maaf, ya dah susahkan you datang sini,” balas dia.
Aku hanya mengangkat tangan tanpa memandang dia seraya menyarungkan kasut ke kaki.  Pedih hati bila dipertemukan, begini pula tapi memang elok begini tapi hati manusia biasa seperti aku ini, sedikit tamak biarpun tidaklah aku meminta-minta.  Bahasa dia juga lain.  Terlalu lain.  Tiada lagi panggilan Naqi, tiada juga perkataan abang.  Dia memang Muhamad Nashriq dan hanya aku yang kekal Naqi. 
Tapi, baru saja aku siap mengingat tali kasut yang kedua, suara Mak Pah tadi berdengung kuat memenuhi ruang rumah. 
“Tuan Muda… Datin Seri suruh balik rumah petang ni.  Katanya nak ke rumah keluarga Cinta.  Nak tengok kad jemputan kahwin agaknya.”
Tak sedar, topi keledar aku jatuh dari pegangan.  Tak sempat mencecah kepala kini tergolek di atas lantai porch
Perkataan Cinta dan kahwin itu benar-benar membuatkan jantung aku hampir gugur ke bumi.  Hampir terhenti nafas aku seketika tapi cepat-cepat aku damaikan resah hati lalu sengih sinis pada diri sendiri. 
Akhirnya, takdir menjodohkan kami namun sayang bila jodoh itu hanya sebagai abang ipar aku sendiri.  Percaturan Tuhan yang Maha Hebat.  Tak nampak hikmat dia saat ini, tak lama lagi pasti hikmah itu menjengah jua. 
“Baiklah, Mak Pah,” balas dia lembut dan tanpa berpaling lagi, aku terus melangkah ke pagar automatic tapi tak sempat nak melepasi pagar, pagar itu tertutup rapat. 
Kakiku terhenti melangkah.  Hampir saja batang hidung mencium pagar dek kerana khayalan.  Cepat-cepat aku berpaling dan memandang dia.  Lama kami saling berbalas pandang.  Tanpa suara jauh sekali kata-kata. 
Ariq dengan muka tidak beriak dan aku dengan wajah yang sudah hampir hendak menangis.  Tapi aku yakin, dia sedang kembali menjadi Ariq yang pernah aku kenali.  Ariq yang matang dan sesekali bersikap tak masuk akal.  Ariq yang nampak buaya tapi pada hakikatnya tahu mencinta. 
You…”  Jari telunjuk Ariq lurus padaku.
“…come here, girl,” gamitnya dan saat ini barulah aku yakin hendak menyebut namanya.  Dia adalah Ariq bila dia memanggil aku begitu. 
Tapi aku, tak mampu hendak berkata apa melainkan airmata bisu menitis lagi.  Ariq nampak mendekat dan terus merapati namun aku tetap kaku menanti.
“Err… I rasa I pernah jumpa you.  Kat mana, ya?”  Ariq menyentuh janggut tipisnya.  Keningnya berkerut seribu.
Aku ketap bibir lagi.  Semakin tercabar dengan sikap dia.  Sungguh.  Bukan rasa pernah jumpa malah sudah selalu bersua. 
“Err… mungkin pelanduk dua serupa kot?”  balas aku pula.  Seadanya.
“Erm… naa…”  Dia menggeleng yakin. 
I don’t think so.  Memang kita pernah jumpa dan rupa you ada sama dengan seseorang yang I kenal.  Terutama mata you.  And trust me, you eye so pretty.  Tapi, kalau kita tak pernah jumpa, boleh jadi jugak I jumpa orang lain yang lebih kurang sama dengan you.  Lagipun, dia tak bertudung.  Dia suka ikat rambut tocang kuda… tinggi.”  Mata Ariq melirik lagi pada kaki aku.
“Dia pakai skinny dan dia suka pakai jaket kulit dan belit mafela atau shawl dekat leher dia.  But you…”  Dia berdecit setelah itu.
“… so different.  Maafkan I sebab I hampir salah orang,” tukas Ariq tenang sambil membetulkan kolar baju T biru laut yang tersarung pada tubuh tegap yang nampak sedikit susut itu.
Aku memandang dia tak berkelip.  Tak percaya dengan apa yang dia ucapkan.  Adakah dia benar-benar tidak mengenali aku atau sekadar membaca skrip  yang dia reka sendiri? 
Namun, boleh jadi juga aku langsung tidak dikenali dengan tudung yang terbelit kemas.  Tertutup segalanya.  Jeans yang longgar dan baju T lengan panjang yang agak besar.  Lengan juga tak dilipat.  Hanya dibiarkan menutupi jari. 
Bila begini, aku tarik sedikit muncung tudung agar terus menutupi wajah.  Biar terlindung sedikit.  Biar aku tak nampak wajah tenang yang membawa rindu yang menderu-deru dalam hatiku sekarang  ini. 
“Oh, tak apa.  Saya minta maaf juga,” balasku dan mahu berpaling tapi suara Ariq terus menahan.
Do you mind if I’m asking you one thing?” 
Aku kerutkan dahi dan memandang dia.  Ariq menapak setapak lagi menghampiri aku yang masih tegak berdiri tak berganjak walaupun seinci.
Mata aku kedipkan memberi izin Ariq terus mengajukan soalan. 
“Sebab rupa you lebih kurang sama dengan gadis yang tinggalkan I dulu dan kalaulah… I kata kalau.  Kalau you gadis tu dan kita jumpa macam ni…”  Bibir Ariq tercebir sedikit padaku. 
“… sekali pun you tak nak tanya I sihat ke tak?  I okey ke K.O?  I makan ke tak?  I lena tidur ke tidak?  Kalau you tempat gadis tu you tanya tak?” 
Aku tertunduk menerima soalan itu. Menggeleng dan mengangguk serentak.  Bingung dengan diri sendiri.  Yakin kini, Ariq kenal aku.  Masih kenal dan dia sengaja menduga hati aku dengan permainannya lagi sekali. 
Ariq ketawa.  “Erm… nampaknya you pun keliru.  Kejap you geleng kejap you angguk.  Then, kalau kata you pon keliru, haruslah gadis tu pun keliru, betul tak?”  Keningnya terangkat tinggi.  Bibir itu tak pernah lekang dek senyuman.  Sinis. 
Well…”  Keluhan dilepaskan seketika. 
“…tak kisahlah nak tanya atau tak, semuanya dah cukup pada I bila nampak gadis tu sihat dan semakin cantik.  Jujur I ternampak gadis yang I cinta dalam diri you.  Tapi, jangan salah faham, dia akan datang mengakui cinta pada I tapi you tak mungkin, kan?  Cumanya I terkilan dia pergi tanpa pesan.  Hush… macam tu je tapi rasanya dia tentu masih ingat kata-kata I…”  ujar Ariq tenang.  Nafas ditarik dalam dihela perlahan.
“Kali kedua I jumpa dia, I tak tak akan lepaskan dia lagi.” 
Aku menelan liur.  Tak tahu nak berkata apa.  Hilang kata-kata  langsung bila Ariq  bagaikan  menjadi Ariq yang dulu.  Ariq yang mencintai aku yang berjanji mahu menanti aku dan bersumpah, bila kami bersua kali kedua, dia tak akan melepaskan aku tapi nampaknya, akulah yang perlu melepaskan dia pergi dari hati ini. 
“Tapi…”  Aku kerutkan kening. 
Sengaja tayang wajah aneh di depan Ariq.  Tak sudi sebenarnya dipermainkan begini.  Kalau rindu katakan rindu, aku juga nak mengaku biarpun rasa malu menebal dalam diri.
“… kenapa encik cakap dekat saya?  Sedangkan saya bukan gadis tu?” 
Ariq nampak terngadah. Tapi tak lama bila dia kembali tenang dan sesekali menyentuh anak rambutnya yang nampak sudah agak panjang. 
“Kan macam saya cakap tadilah.  Kalau.  Let say you’re that girl.  Saja saya buat kesimpulan sendiri sebab saya tak tahu selama mana lagi perlu saya tunggu untuk gadis tu ada depan mata saya,” jawab Ariq masih menegakkan kata-katanya biarpun aku mencantas.
“Erm… kalau macam tu, maaflah… bukan saya dan saya sendiri tak tahu apa yang akan gadis tu buat. Esok, saya minta Tauke Chin datang nanti,” ujarku lari dari kehangatan kata-kata Ariq. 
Dia sengih lagi dan kali ini lebih sinis.  “Baliklah.  Esok biar Tauke Chin hantar orang lain, ya?  Tak pun, biar I call dia sendiri.  Cuma tak sangka Tauke Chin hantar pekerja perempuan dia.  Then, I just can’t believe this.  But I believe in God.  He  knows what is the best for us.  She and I.”
Yakin.  Itulah sepatah perkataan yang mampu aku gambarkan keadaan Ariq sekarang.  Yakin yang tak pasti.  Yakin hampir memiliki Kak Diah atau yakin dengan kehadiran aku yang tak terduga ini.  Tapi keyakinan aku, kian pudar.  Pudar dan hampir kelabu.
May I have… next time…” sambung dia sambil merenung tepat ke dalam anak mata aku. 
Aku ketap bibir.  Ya, lain waktu.  Boleh jadi sewaktu majlis akad nikah dia dan Kak Diah.  Lain tempat?  Boleh jadi juga di dalam rumah aku sendiri, melihat dia keluar masuk dari pintu bilik Kak Diah.
“Tak apa… dah kerja saya,” balasku tanpa memandang dia. 
“Saya balik dulu.”  Aku menyambung seraya berpusing.
Sekali lagi berpaling pada pintu pagar yang masih terkatup rapat.  Menanti moga dia membukanya buat aku.  Setelah beberapa bulan tak bersua, aku dan dia dipertemukan lagi dan hati ini terduga lagi. 
Lets say… kalau you gadis tu dan kalau pintu pagar tu tak buka, you sudi tinggal kat sini?  Selamanya?”  tanya Ariq setelah agak lama kami mendiamkan diri.
“Rumah dan tuan rumah ni milik orang lain dan tahniah dari saya biarpun mungkin agak awal,” jawabku. 
“Bukakan pagar,” sambungku sedikit menekan.
“Untuk masa sekarang.  Sebab satu hari nanti, jari-jemari runcing gadis itu, yang pernah memetik gitar… nyanyikan lagu pedih buat I.  Dialah yang akan tutup pagar ni dengan tangan sendiri.  Tak bagi I keluar rumah,” tukas Ariq tenang dan pintu pagar terus terbuka perlahan-lahan.
Sebelum kaki ini melangkah, aku sempat berpaling separuh wajah.  Biar tak jelas nampak wajah Ariq, aku terkesan akan senyuman manis pada seraut wajah yang tenang itu.
“Satu hari yang memang tak akan wujud…”  Aku bergumam tanpa aku tahu Ariq mendengarnya.
“Satu hari yang memang ditakdirkan untuk kami berdua,” pangkas Ariq masih lagi yakin seperti satu waktu dulu. 
“Dan tahniah buat kalian berdua.  Moga encik dan si dia…”
“Cinta Nur Naqiah nama si dia tu dan bahagia dan ya… insya-Allah.  Nama saya Muhamad Nashriq.  Saya dan Cinta Nur Naqiah akan bahagia,” sambung dia tanpa sempat aku habiskan ayatku.
Aku tersengih sinis padanya.  Menggeleng beberapa kali sebelum bersuara. 
“Impian tu pernah ada tapi sayang, arah dan tujuan encik dan dia tak sama.”
“Sebab dia yang menongkah arus.  Redah juga jalan yang sudah terang lagi bersuluh hanya jalan sehala,” balas dia tak mahu kalah. 
Kali ini aku hampir kehilangan kata dengan ucapan Ariq.  Benar kata dia, tentang cinta dan hubungan kami, aku lebih memilih untuk menongkah arus.  Meningkah tentang cinta yang telah Ariq pertaruhkan untuk aku. 
“Tak boleh ke dia ikut jalan yang lurus?”  soalnya lagi.
“Boleh jadi jalan dia dan encik memang lurus cuma destinasi saja berlainan.  Encik ada destinasi sendiri dan dia juga.  Bersiaplah.  Jangan sebab budak beli surat khabar lama ni, encik terlambat pulak.  Maaf.”
Seusai berkata demikian, aku ketap bibir dan terus melangkah ke arah motosikal tanpa mempedulikan dia lagi bila airmata semakin galak menitis ke pipi.  Sampai begini keadaannya, Ariq masih tak puas berkata begitu.  Parah.

~~> bersambung

30 comments:

  1. errkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. sambung kemas meja

    ReplyDelete
  2. wahh ariq ni nak menduga hati si qiah ehh naqi pulakk.haha.good job kak rehan! :D

    ReplyDelete
  3. cdehnyeeee...n3 ni...wpun jln berlainan psti destinasi ttp yg sama..naqi dgn ariq..

    ReplyDelete
  4. sedihnya....biar la naqi n ariq....sambung wat keja smbil bermimpi naqi n ariq bersanding...ememememmm

    ReplyDelete
  5. :'( Bila nak bersama :'( , sambung2 :D, sayang RM

    ReplyDelete
  6. sentap2.. x sangka lainnya naqiah versi bertudung.. speechless. sampai berbeza ygt x kenal.. x leh imagine./.. fugh2

    ReplyDelete
  7. alahai...ciannyr..bila nk sme ni..hehe..papepn the bestla

    ReplyDelete
  8. ala kak rehan...pendeknya...wuwuwuwuwuwuw nak lagi.. :)

    ReplyDelete
  9. nak lagi...

    kak rm..up la laju2...

    pas ni bz da..
    xpt jenguk slalu..
    nt rindu kt ariq n naqi...:'(

    ReplyDelete
  10. huwaaaaa nangis .... kenapa ...kenapa...kenapa....NAQI!!!!!

    Naqi go go go gi belajar luar negara.... nak berkorban sangat kan ha pi pi pi...

    Sian ariq... al la la la haiii

    ReplyDelete
  11. SEDIH LE....NAQI DAN ARIQ PERMUDAHKAN LALUAN MEREKA BERDUA.

    ReplyDelete
  12. tak terkata. pandai RM menyusun kata2. indah tapi pedih.. pahit tapi tertelan

    ReplyDelete
  13. kesian ariq smpi buat luahan perasaan mcm tu..

    ReplyDelete
  14. uwaaaaaarrrrrgggghhhhhh... sedihnya...kaka tak sangggup tengok naqi susah payah keje jual sok kabar lama... naqi napa masih ada kat situ lagi pegi la jauh2... tinggalkan semua yang menyedihkan dan menyakitkan hati...

    ReplyDelete
  15. sedih.. pedih tapi bahagia terlepas rindu walau sesaat menatap wajah nya..

    ReplyDelete
  16. ok.....masih emo jugak bila baca.....marahkan naqiah...knapa yg susah sgt nk akui n hadap everything... sampai bila nk lari dari semua org... ngeeee.... geram kt naqi...tp kesiaan jgak kt dia......kt ariq jugak...

    ReplyDelete
  17. tahan napas....fuhhhh...sedey lagiii...hayooo...

    ReplyDelete
  18. suspen ni.....cepat-cepat sambung RM

    ReplyDelete
  19. okey, ambik tisu lap pipi....
    sedih..setakat ni cinta x kesampaian...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. RM.... plezzzz!! Ending yg membahagiakan eh!!!! X sanggup dgn penderitaan Ariq & Naqi. Berkorban demi org tersayang, sanggup menderita!!!

    ReplyDelete
  22. cinta yg tak bisa memiliki.....naqi n ariq

    ReplyDelete
  23. tak sure nak nangis atau nak senyum ..

    ReplyDelete
  24. haha..tetiba tringat kat lagu Muara Cinta. hikhikhik. da pnai ek skrang dok main perli2..makin maju couple ni

    >>k<<

    ReplyDelete
  25. sedihnya,, kak rehan,, bila nk baikkan ariq dgn naqi,,,? >< hmm,, en3 ni best mcm selalu juga! :)

    -athirah-

    ReplyDelete
  26. hok olloh, bila diorg nk naik nie..... kak bedah hok olloh btol la....mmg perfect couple dua2 org ckp x nk kalah :D thanks kak rehan for this entry
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete