BAB 21
NOMBOR telefon
Kak Diah aku hubungi. Berdebar menanti dia menjawabnya. Setelah hampir sebulan kami tidak bersembang
kosong, hari ini aku ringankan jari
menekan nombor telefon dia. Tahu Kak
Diah sibuk tapi entah kenapa, hati aku terlalu ingin mengajukan soalan
ini.
Lama. Berkali-kali aku tekan nombor telefonnya
hingga akhirnya suara Kak Diah menjawab lelah.
“Siapa,
ya?” soal dia.
“Kak, Naqi,”
akuiku sambil menambahkan duit syiling ke dalam mulut telefon awam ini.
“Oh God… where have you been. Ni nombor mana ni? Nombor telefon lama mana pergi? Susah kami nak call Naqi? How are you?
Are you okay? How’s life?” Bertubi-tubi soalan yang Kak Diah ajukan
hingga aku juga tersenyum sama dalam melayan hati yang gelisah.
“Kakak ni… cuba
tanya satu-satu. Ni nombor public. Naqi masih dalam Selangor lagi. Jangan risau and I’m good. Too good. And how are you? Mak?”
Kak Diah diam
beberapa ketika sebelum menjawab.
“Mak sihat. Kami semua sihat. Kami rindukan Naqi…”
“Termasuk mak
ke?” soal aku mencantas.
“Ya, dik. Termasuk mak.”
“Tapi, dia tak
pernah cari Naqi, kan?”
“Naqi…
baliklah. Kami semua tunggu Naqi. Mak pun rindukan Naqi tu tapi biasalah… ego
kan. Dia mak. Kakak nak final
dah nanti lagipun hari ni… hari bahagia keluarga kita. Naqi balik hari ni, ya?” ajak Kak Diah.
Aku tahan
suara. Tahan airmata yang hampir menitis
bila Kak Diah sedang melalui fasa bahagia bersama Ariq tak lama lagi.
“Kalau hari
bahagia keluarga kita, tak apalah… Naqi mendoakan dari jauh. Moga kakak bahagia dengan dia. Naqi pun tak tahu kenapa Naqi boleh telefon
kakak hari ni setelah sekian lama.
Mungkin tergerak hati Naqi sebab Kak Diah sedang menanti saat bahagia
kot,” ucapku bersenda.
Aku ketawa tapi
tiada bersambut oleh suara Kak Diah.
Akhirnya, aku diam dan talian sepi melainkan bunyi duit syiling jatuh
saja yang memecahkan hening.
“I’m trying to reach you. Dia pun tak dapat jejak Naqi. Izue too.
Kakak tak tahu nak jejak Naqi kat mana dan alang-alang Naqi telefon ni,
Naqi balik, ya? Mak tak marah. Ayah pun.
Kakak juga. Bagi kakak tebus
salah kakak pada Naqi selama ni. Naqi
balik, ya dik?” pujuk Kak Diah sayu.
Airmata yang aku
tahan sedari tadi menitis perlahan.
Tembok mata tak mampu bertahan
lagi bila ditujah air mata.
Biarlah mengalir biarlah menitis.
Bukan tanda tak reda tapi ini tanda bahagia. Bahagia bila seluruh ahli keluarga bahagia
biarpun Ariq mungkin menderita tapi aku
yakin, pada akhirnya dia tetap akan bahagia bersama Kak Diah.
“Tak apa… Naqi
ada ke tak ada, sama je. Yang pasti Naqi
doakan kakak. Tadi kakak kata hari
bahagia keluarga kita, kakak nak bertunang ke?
Atau dah nak nikah ni?” teka aku
mahu mencungkil rahsia.
“Keluarga Ariq
nak datang hari ni. Sebab tu kakak nak
Naqi balik. Kita sama-sama raikan hari
bermakna ni.” Jujur jawapan Kak Diah. Tak sama seperti Kak Diah yang dulu.
Sesekali,
terlintas juga difikiran aku… apakah yang membuatkan dia berubah begini. Tak mungkin begitu mudah dia jatuh simpati
pada aku setelah sekian lama aku dibuli.
“Oh… ya ke? Seronok tu… tapi sayang Naqi kena kerja. Mungkin kalau Kak Diah hantar kad jemputan, Naqi balik. Naqi balik
dengan senyuman buat kakak dan bakal abang ipar Naqi tu,” ujarku buat-buat
teruja.
“Kami pilih kad
kahwin dulu, Naqi. Ingat nak tanya
pendapat Naqi. Nak juga Naqi bagi
pendapat tentang semuanya tapi Naqi semakin jauh. Kakak dapat rasa Naqi sedang larikan diri,
kan? Sedih pasal mak, kan?”
Hati ini tersiat
lagi. Kata-kata Kak Diah telah
menjadikan airmata aku melalui musim tengkujuh.
Mengalir dan terus mengalir.
Dalam tangisan bisu.
“Naqi rindu mak,
kak. Tak pernah ke sekali mak tanyakan
Naqi? Apa salah Naqi? Kenapa mak tak nak sayang Naqi? Jujur, Naqi lebih harapkan kasih mak dari
kasih mana-mana lelaki. Naqi pernah beli
hadiah dengan gaji pertama Naqi tapi sudahnya, hadiah tu pecah, kak. Naqi tak tahu nak cakap apa masa tu. Masa kita jatuh, Naqi yang teruk… tapi,
kenapa mak tak tanya Naqi. Lutut Naqi
luka. Berjahit, kak… tapi kenapa mak tak
nak tanya Naqi. Kalau sepatah pun mak
tanya, Naqi okey ke? Naqi luka ke
tak? Pasti Naqi dah cukup puas hati,
kak,” aduku pada Kak Diah tanpa mampu aku berselindung lagi tentang perasaan
ini.
Kasih pada mak
dan cinta pada Ariq berperang sesama sendiri di dalam hati aku. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu bila kasih menyiat hati, bila cinta
menambah garam pada hati yang disiat itu.
Kali ini, Kak
Diah juga bersendu. “Kakak tahu Naqi…
maafkan kakak. Kakak jahat pada Naqi, kan? Kakak tak sedar diri, kakak layan Naqi teruk
sedangkan adik kakak ni sanggup korbankan cinta sendiri untuk kakak. Maafkan kakak, Naqiah,” pinta Kak Diah
merayu-rayu.
Aku sapu airmata
yang mengalir lesu ke pipi. Bibirku
menguntum senyum. Syiling aku tambah
lagi.
“Kakak jangan
nangis… nanti Ariq tengok dah tak lawa.
Kakak make-up tak? Harap jangan make-up tebal sangat sebab sepsis macam Ariq tu suka yang cantik
natural. Macam Kak Diah la,” pujiku
tulus kerana itulah apa yang Ariq katakan pada aku sewaktu dia mahu aku
menyelidik tentang Kak Diah dulu.
Kak Diah ketawa
dalam tangis. “Naqi balik, ya?”
“Nanti kakak dan
dia naik pelamin, hari tu Naqi balik, ya?
Sekarang Naqi kerja.”
Dan… Naqi
telefon Cuma nak tahu sesungguhnya kakak dan Ariq memang akan dijodohkan
biarpun Ariq berkata demikian kerana Naqi tahu, dia sengaja mahu mengusik
tenang Naqi, sambung hatiku lirih.
“Diah… mari
turun. Keluarga Ariq dah sampai tu kot.”
Aku tekup
mulut. Nafas tersekat-sekat bila aku
dengar suara mak. Kak Diah tidak
membalas sebaliknya, aku dengar gema seluruh bilik.
“Kejap lagi,
mak. Diah tengah cakap dengan Naqi ni,”
jawab Kak Diah.
“Erm… mak turun
dulu. Nanti turun, ya? Tak elok buat keluarga bakal mertua Diah
tunggu lama-lama,” balas mak dan suaranya hilang begitu saja.
“Naqi… kakak…”
Pap… tak sempat
Kak Diah bersuara, talian terputus begitu saja.
Tak sempat hendak aku tambah syiling.
Gagang aku letakkan bila ternyata syiling sudah tiada. Tak mungkin aku hubungi dia dengan telefon
sendiri. Pasti mudah dikesan mereka
nanti.
Namun, pedihnya
hati ini, Ya Allah… sesungguhnya dugaan ini datang dari-Mu dan pinjamkan aku
sedikit kekuatan untuk mengharungi kepedihan yang sementara ini. Hati aku berdoa sesungguh-sungguh.
LORI itu sudah
sedia dihidupkan. Tinggal nak bergerak
saja lagi. Tauke Chin masuk ke tempat
pemandu. Aku pula masuk ke tempat
penumpang di sebelahnya.
“Haiya, Naqiah…
itu muka kena senyum woo… Talak cantik kalau you tak mahu senyum. Bikin hari suwey. Bikin feng shui rosak. Cuba you senyum sikit. Hati I berbunga-bunga woo…” Tauke Chin menegur dalam pelatnya
sendiri.
Aku menjeling
dia dan memasang tali pinggang keledar. Mulut
masih terkumat-kamit membebel sendiri bila Tauke Chin memaksa aku menemani dia
ke rumah Ariq. Padahal aku benar-benar
mahu menjauh dari dia. Tak nak jumpa dia
lagi biarpun hanya pada bayangan. Dah letih
aku menangis dan hari ini aku ke sana untuk aku tahu yang dia adalah tunangan
Kak Diah, bakal abang ipar sendiri.
“I tak nak
pergi, tauke. You paksa I. Padahal semalam you dah cakap I tunggu kedai,
nanti lori dari kilang sampai. Ini you
paksa pulak I ke rumah customer. Siapa tak
muncung?”
Tauke Chin
ketawa. “You arr… padanlah itu you punya
ayah kata you pelangkap bahagia mereka. You
membebel pun I dengar manja woo…”
Aku mencemik. Sesekali Tauke Chin ni boleh tahan juga
mengusik.
“I dah pergi
semalam, dia cakap dia suruh you je pergi, tauke. Kalau I ada dia tak nak jual paper lama
dia. Nanti dia jual kat orang lain, you
rugi. Kalau you rugi, gaji I kena potong…
sedihlah I,” kataku dengan riak yang sengaja aku kelatkan.
Seperti biasa,
dia ketawa lagi. Clash ditekan. Minyak juga ditekan dan bila kaki kiri
terangkat, lori mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan kedainya.
“You jangan
risau… itu rezeki dari Tuhan. I tahu dia
mahu I bawak you. Boleh jadi itu anak
Dato’ Seri Amri arr… sudah jatuh cinta sama you, Naqiah. Kalau I ada anak lelaki pun, I suruh maa… dia
ngorat sama you.”
“Eleh you ni
tauke… saja usik I. Yalah-yalah, I ikut
jelah sebab you bos I tapi you jangan cakap dia suka I, ya? I dengar kata dia dah tuning. Dah dekat nak kahwin pun,” ujarku dalam pada
menahan hati sendiri. Resah sungguh.
“Jangan risau…
itu Ariq ar… jiran you, kan? I kenal
Dato’Seri dan Datin Seri juga itu Ariq. You
tak pernah jumpa dia ka dulu?”
Aku jongketkan
bahu. “I mana kerap balik rumah dulu,
tauke.”
Suara dah
berubah. Tauke Chin aku pandang dengan
ekor mata.
“Lately, you ada jumpa parents I ke, tauke?”
Dia mengangguk. “Ada sesekali. Jumpa parents you busy buat persiapan kahwin
you punya kakak. You tak balik ka,
Naqiah. Hari tu I hampir tercakap dengan
daddy you, you ada kerja dengna I. Apa
masalah you sebenarnya, Naqiah? Story… story…”
“Tak ada apalah,
tauke. I okey je…”
“Tapi, itu daddy
tak okey woo… dia kata you saja boleh contact
diorang tapi diorang tak boleh contact
you. Kenapa?”
Aku diam
menerima soalan Tauke Chin. Tak tahu nak
jawab bagaimana. Tahu dia juga serba
salah bila ayah menyoal tapi aku juga lagi serba salah. Setidak-tidaknya, biarlah hari pernikahan Kak
Diah, barulah aku munculkan diri. Bimbang
juga Ariq meninggalkan pentas persandingan demi untuk aku. Dia bukan boleh dibuat kira.
“I okey je.” Antara dengar dan tidak, aku menjawab
juga.
Tauke Chin
mengeluh. “Apa-apa hal juga… you sabar…” nasihat Tauke Chin bagai mengerti apa yang terjadi pada aku.
“Erm… by the way you tahu siapa tunang kakak
I, tauke?”
Tauke Chin tidak
menjawab, sebaliknya dia hanya memandu tenang.
Lama. Setelah itu dia tersenyum
semula. Cermin mata yang sedikit jatuh
dibetulkan.
“I talak tahu
woo… tapi parents you kata nanti dia
jemput I and family. You baliklah nanti tolong.”
Aku senyum dan
mengangguk. Tak lama lagi aku akan
munculkan diri. Nadiah yang baru.
Nadiah yang sudah punyai kehidupan
yang lain. Nadiah yang masih sepi
dan semakin menyendiri dalam mencari erti hidup.
ARIQ bercekak pinggang. Nampak kacak dan bergaya seperti biasa. Masih di rumah. Tak kerja barangkali. Semalam juga tak kerja. Anak orang kaya. Apa nak hairan. Atau mungkin sudah mula bercuti sempena
perkahwinan mereka tak lama lagi. Gamaknya.
Dia
tenang memerhatikan aku yang sedang mengangkat surat khabar lama miliknya dan
dimasukkan ke belakang lori milik Tauke Chin yang sedang menimbang berat surat
khabar ini.
“Banyak
lagi ka, Naqiah?” soal Tauke Chin jelas
terang lagi bersuluh menyebut nama aku.
Ariq
memandang aku dengan pandangan yang sengaja dia redupkan. Kononnya terkejut yang berdiri di depannya kali kedua ini
adalah Naqiah. Naqi yang pernah dia
cintai dulu. Naqi yang pernah dijadikan budak
posmen.
“Err…
ada lagi, tauke. You timbang dulu yang
ni. I takut nak bawa troli masuk
dalam. Takut kotor lantai,” jawabku
sengaja menyindir tuan rumah.
Ariq
tersenyum pada hujung bibir. “Kalau
perlukan I tolong you, kenapa you tak cakap.
Come, girl… kita angkat
sama-sama tapi memang dalam rumah I, troli atau seangkatan dengannya not allowed. I tak suka isteri I masuk nanti rumah
kotor. I nak dia masuk tanpa basuh kaki
pun. Bukak kasut, masuk duduk je… biar I
layan dia persis puteri,” ucap Ariq padaku.
Sinis lagi.
Aku
lihat Tauke Chin senyum. “Waaa sudah
mahu nikah ka, Tuan Ariq?”
“Yeah… sudah mahu nikah tapi orang tak
sudilah, tauke? You ada calon ka?” Ariq
melirik padaku.
“Itu…
saya punya pekerja. Sangat cantik maa…
dulu tak pakai tudung sudah sangat cantik.
Ini pakai tudung lagi cantik. Cumanya
dia suka sedih-sedih sendiri. You pujuk
dia. You sayang sama dia… mungkin dia
tak sedih lagi,” ujar Tauke Chin senang
hati.
Huh…
sesuka hati nenek moyang dia je pelawa aku pada Ariq. Ikut hati, rasa nak kumaki ini Tauke Chin
tapi malas hendak panjangkan hal, aku biarkan saja.
“Kalau
macam tu, I ngorat dialah… tapi rasanya tak sempat ngorat ni I kena reject dulu. Tak ada tuah I lah, tauke. No hal…
I tunggu dia datang menyerah diri. That’s much better, kan?” Kening Ariq naik pada Tauke Chin yang sedang
tergelak.
Aku
pandang Ariq dan Tauke Chin silih berganti.
Memberi amaran dalam diam akan gurauan mereka yang sedikit keterlaluan
pada pendengaran aku. Tapi, bila
Ariq melangkah, Tauke Chin meminta aku
mengikut jejak Ariq, aku tak membantah. Demi
kerja.
“Tak
sopan abang bergurau macam tu tadi. Abang
malukan Naqi!” tegur aku saat ARiq duduk
mencangkung hendak mengangat surat khabar lama di tepi peti ais sebesar alam
itu.
Dia
ketawa halus dan melangut pandangan pada
aku.
“Oh…
abang? Naqi? Erm… sound’s
great. Do we know each other?” tanya dia bagai tak kenali aku.
Aku
tekup mulut. Tersasul membiasakan
diri. Tak reti hendak berlakon dan menyorok
rasa hati sendiri. Aku ketap bibir dan melarikan pandangan
daripada mata Ariq.
“So, kita kenallah. Bukan pelanduk dua serupalah, ya? Memang you lah gadis yang I maksudkan tu…
yang tinggalkan I lepas I mengaku cinta pada you? Yang korbankan I kerana mahu kasih orang tua sedangkan
I dah janji dengan you untuk dapatkan kasih sayang keluarga you lepas you jadi
isteri I? Jadinya… youlah orangnya, ya?” soal Ariq berkali-kali tanpa ada titik
noktahnya.
Dia
lantas bangkit berdiri tegak dan bersandar pada tubuh peti ais.
“Maaf…
Naqi…”
“Yeah… I know what are you going to say… this
is not your intention. Semuanya Naqi
tak maksudkan? Semalam datang macam
orang lain. Abang dah tahu Naqi yang datang sebab Tauke Chin dah cakap, dia
hantar pekerja baru dia nama Naqiah. And you never know, but God knows… how I feel
inside…” Dadanya dicengkam
kuat. Bibirnya diketap hebat.
“…I miss you.
I do really miss you. Semua ni
menyakitkan abang. Menyakitkan Diah,
menyakitkan Naqi sendiri. Kenapa Naqi
buat abang macam ni?”
“Naqi…
Naqi…” aku tergagap-gagap.
Lama
aku diamkan diri sebelum aku beranikan diri memandang wajah Ariq yang nampak
berkerut sana-sini.
“Kita
tak ditakdirkan bersama, abang. Abang dah
tunang dengan Kak Diah, kan? Kalau kata
abang dengan Naqi, hati orang tua kita akan hancur, abang. Semuanya dan kita akan lebih menderita,”
tegasku pada dia tapi Ariq menggeleng.
“Who are you to talk about fate. Siapa Naqi nak tetapkan takdir sendiri
sedangkan semuanya hak Allah?”
“No, abang… itu bukan maksud Naqi… Naqi mengaku
hari ni… Naqi memang sayang abang… tapi ada orang lain lagi lebih…”
“Stop it!” bentak Ariq bersama tangan yang naik ke
udara. Matanya terpejam rapat dan
rahangnya turun naik.
“Pengakuan
Naqi tu dah cukup untuk abang. Cukup sampai
situ. No buts. I hate buts. Kalau boleh abang nak buang perkataan tu dari
kamus dalam dunia ni!” Keras kata-kata
dia pada aku.
“Abang,
please… jangan macam ni. Dengar dulu
kata-kata Naqi…”
“Tak…
abang tak akan dengar sebab Naqi dah terlalu banyak bersuara melalui
tindak-tanduk Naqi tu. Dan mulai
sekarang, Naqi kena dengar cakap abang. Bukan
abang dengar cakap Naqi lagi. Pengakuan sayang
Naqi tadi dah cukup untuk semuanya and
now… you may leave for the time being.
Tak sopan kita berdua dalam rumah ni biarpun tauke Naqi ada kat
luar. Naqi tak tahu bila lelaki ni rasa
tercabar, dia boleh buat apa saja dan abang tak nak rosakkan Naqi. Keluar sekarang dan biar abang angkat paper ni. Naqi hanya perlu reda je lepas ni. Jangan membantah takdir!” pesan dia sekeras-kerasnya lalu dia tunduk
dan mengangkat semua akhbar tersebut dan membawanya ke depan.
Tubuh
aku kaku mendengarkan kata-kata Ariq. Rasa
kesal bila tak mampu bertahan daripada mengaku sayang pada dia. Terlalu lancar lidah aku berkata-kata sayang
hingga akhirnya, Ariq mahu berubah arah.
Bagai mahu meninggalkan Kak Diah dan aku, pastilah lebih dibenci
mak. Ya Tuhan… apa perlu aku
lakukan? Aku mendongak ke siling kapur
yang cantik berukir. Sangat indah rumah
ini. Lantas aku pejamkan mata dan
terbayang sedikit keindahan jika aku dan Ariq bersama namun keindahan itu
dibagai tangisan sudahnya hingga airmata aku juga mengalir laju pada hujung
mata.
TANGAN
Ariq menggamit padaku. Bila aku buat tak
tahu, dia menapak mendekati.
“You are different now. Lain dengan Naqiah yang dulu but you’re still
Cinta Nur Naqiah and I’m still Muhamad Nashriq.
Rumah ni abang beli untuk sambut Naqi datang dalam hidup abang. Sebelum Naqi balik, boleh abang tahu nombor
telefon Naqi? Abang boleh minta dengan
Tauke Chin tapi dia menjaga amanah Naqi.
Tempat tinggal Naqi sekarang mungkin?
Sebab abang tak nak upah sesiapa siasat pasal Naqi. Abang dah cakap abang nak cari sendiri. Dengan usaha abang sendiri. Boleh bagi nombor telefon atau alamat pada
abang? Either one,” bisik Naqi.
Aku
pandang Tauke Chin yang sudah bersiap hendak pulang. Pagar lori juga sudah dinaikkan. Aku senyum pada dia. Terharu dengan amanah yang dia jaga.
“Rasanya
tak perlu kot… sebab kita tak akan jumpa lagi,” balasku lembut dengan wajah
yang menunduk.
Ariq
mengeluh. “Macam mana abang nak tewaskan
kerasnya hati Naqi?”
“Toksah
tewaskan sebab abang tak bertanding dengan sesiapa? Hati Naqi, biarlah Naqi sendiri tentukan
menang atau kalahnya.”
Kata-kata
aku membawa Ariq tersenyum sinis. Menyenget.
“Kalau
macam tu, abang perlu tewaskan diri sendiri untuk sampai pada hati Naqi. Kita tunggu dan lihat sebab abang memang tak
benarkan Naqi lari lagi. Ini janji
abang. Pintu pagar tu, abang terbuka
buat masa sekarang. Sekali lagi…” Ariq menggeleng.
“…
Naqi jangan harap abang buka pintu pagar tu!”
tegas dia memberi amaran.
Aku
senyum sekilas padanya. “Kalau macam tu,
Naqi tak akan datang lagi.”
“You have too… soon. Very soon. Naqi akan datang biarpun terpaksa,” balas
Ariq dan aku terus menapak ke arah lori Tauke Chin yang sudah membunyikan hon
sekali.
~~> bersambung
RM : What's next? Dont guess but hope... lalalalala
ala besla...nk ag blh..hehe
ReplyDeletehadoiyai...!! degil betul ler Naqi nih... Ariq oii, kau tangkap je si Naqi nih nikah kat Siam.. heheheeh
ReplyDeletealahhhh... ariq tau n kenal si naqi sebenarnya....
ReplyDeleteermmmmmm apa jd niueeee
dik....habiskan terus pls...
ReplyDeletephewww....cinta nur naqiah jgn cabar abg ariq..heheh..smpi lobang cacing pon dia gali nanti...
ReplyDeletehope ada miracle antara naqi dgn ariq..hope semuanya bahagia..RM btul2 wat akK jiwa kacau dgn karya2 RM...mmg trbaikkk..
ReplyDeletenaqi, jangan degil sangat bleh x, reject ariq pun mak dia ttp mcm tu jugak..ter emo plak
ReplyDeleteNext please! Aduhai..nervous nya menanti...
ReplyDeletemacam bagi hint je .. previous entry pun sama .. dalam airmata dah boleh senyum lebar sikit .. tapikan RM jgn lah torture kami bnyk sangat, sesak dada nih ..
ReplyDeleteTQ RM....TAK CUKUP LA RM ....NAK LAGI! NAK LAGI! NAK LAGI! LALALALALA
ReplyDeletedup dap dup dap jantung ku baca n3 nie.........geram pulak dgn naqi....ngapa degil sngat.........eeeeeeeeee
ReplyDeletetah2 wedding tu tok naqi?
ReplyDeleteboleh je si ariq nikah dgn naqi berwalikn ayah naqi wlaupun naqi x de skali mse akad nikah nnt ?
mcm dlm story BILA NAK SAKSI...hehe :D
RM, nk kmen skit bleh ye, nape sll bab-bab yang tnsen je byk, bab bhgia hanya yg ujung je, pastu trus tamat, harap2 kali ni bab bhgia lebih skit ek? bolehla ek? Thank u... AYSA
ReplyDeletestuju2, hope kak rehan pjg kan lah ending kali ni ye? tringin naqi and ariq hepi2...
Deletewooooo.....suspennnnn sgt dh ni....apa yg ariq tengah rancang........kegeraman pada naqi...adehhhh awatnya hati hang keras sgt naqiah.....
ReplyDeleteAduhai,kiranyer bleh la berharap tuk next n3 lg ye? Huhu...cannot wait!!
ReplyDeleteFeeling said Kak Diah dengan Alan, Naqi dapat tawaran belajar di luar negeri sambung master. Ariq follow Naqi
ReplyDeleteerkkk...nape tibe2 rase cam diah ngn alan...sbb diah ade ckp 'dia pun xdpt jejak naqi...izue too....'alan je yg slalu ngn izue kan??hehehe
ReplyDeleteOps...berharap sgt naqi kawen dgn ariq ni.
ReplyDeletesambungle lagi....naqi ni terlampau mnghrapkn sgt perhatian dr mak dia...smpi hati dn perasaan sendiri ditahan2. ariq kidnap je naqi dn bw nikah.
ReplyDeleteNaqi!!!!please la...pikir la tntng diri sendiri jgak...eeee geramnya...hrp ariq dpy runtuhkn tembok yg naqi bina...
ReplyDeleteBaru sempat baca setelah selesai berperang ngan exam...... nk n3 baru
ReplyDeleteAriq ni ada saudara lain ke?? ~~EA
ReplyDeleteWahhhh!!!
ReplyDeletex Sabar nk tggu next entry!!!
harap2 wedding tu untuk naqi je, mak dia nak suprisekan naqi kut... huhu
ReplyDeletenak lagi RM
Rasanya,..... Bukan Diah yg nak kahwin ngan Ariq, tapi Naqi. Family diorang bincang psal kahwin Ariq n Naqi, tp Naqi ingatkan Ariq ngan Diah yg akan kahwin, waa... Penim plk, haha
ReplyDeleteAriq kahwin ngan Naqi. Yeaaa... Hakha. *semoga telahan saya betollll
ish..ish....wahai cik RM.....addoyaiiii
ReplyDeletealaaa...ariq n diah ke?
ReplyDeletexbest nye..
ariq n naqi la..
baru cun..huhu
kak rm jgn la cmni..xsyok la..:'(
hati da kuar bunga2 ni..jgn la cantas..
tmbh la baja..hahaha
bg segar..
ariq naqi,, knp la tetiba rs geram dgn naqi ni,, suka sgt degil! kahwin je la dgn ariq tu,,, untuk ariq .. chaiyok2 ! buat naqi kahwin dgn awak! >< en3 ni best,, tp part naqi dgn kak diah tu sedih meh,.. nak lagi kak rehan ! pliss..
ReplyDelete-athirah-
hope naqi bahagia dgn ariq..
ReplyDeleteso sweet...nak lagi kak RM.....plzzz......harap2 spnjg cuti ni CBSA sampai ke hujungnya......plzzzzzzz.....
ReplyDeleteHalohaaaaa ..... tersangat sadis ya amat OMG...Ariq gi la spay kedai tauke Chin dari jauh n follow la Naqi, hadoiii tu pun nak kena ajar ka?
ReplyDeletelepas ni tentu Naqi lari lagi.... halloooo adik manis, lari tak menyelesaikan masaalah la dek ... hadapi kenyataan n terus berdoa + takwa.... insyaallah bahagia menanti... Ariq memang untuk Naqi.. Percayalahhh(ala ala siti norhaliza)hahaha
sambung please...makin best la kak rehan...aduhai naqi, kerasnya hatimu...sian abg ariq tu...majlis tunang tu mesti majlis ariq dgn naqi bkn diah sbb ariq ckp naqi kena dtg juga rumah tu walau terpaksa...
ReplyDeleteadoii... rasanya majlis tu, sambut ariq ngan naqi la... konfem... sbb ariq ckp soon, too.. soon... hehe x sabarnya!!!! osem la kak...
ReplyDeleteasyik nangis je bila kenangkan nasib Naqi..Ariq, pls ikat Naqi cepat2..
ReplyDeleteAriq ngan Naqi nikah pakai wali mujbir......tak pun yg nikah tu Diah ngan abang Ariq (ada ke Ariq abang????)
ReplyDeleteBetul la rsanya mcm tu gak... Mesti majlis tu untuk ariq ngan naqi
ReplyDeletedah smakin menarik..... go for naqi ariq hahahhaha :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
These are in fact fantastic ideas in regarding blogging.
ReplyDeleteYou have touched some fastidious points here. Any way keep up wrinting.
Also visit my web-site ... acoustic guitar a chord