Friday, February 08, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 21


BAB 21

NOMBOR telefon Kak Diah aku hubungi.  Berdebar  menanti dia menjawabnya.  Setelah hampir sebulan kami tidak bersembang kosong, hari ini aku ringankan  jari menekan nombor telefon dia.  Tahu Kak Diah sibuk tapi entah kenapa, hati aku terlalu ingin mengajukan soalan ini. 

Lama.  Berkali-kali aku tekan nombor telefonnya hingga akhirnya suara Kak Diah menjawab lelah.
“Siapa, ya?”  soal dia.
“Kak, Naqi,” akuiku sambil menambahkan duit syiling ke dalam mulut telefon awam ini.
Oh God… where have you been.  Ni nombor mana ni?  Nombor telefon lama mana pergi?  Susah kami nak call Naqi?  How are you?  Are you okay?  How’s life?”  Bertubi-tubi soalan yang Kak Diah ajukan hingga aku juga tersenyum sama dalam melayan hati  yang gelisah.
“Kakak ni… cuba tanya satu-satu.  Ni nombor public.  Naqi masih dalam Selangor lagi.  Jangan risau and I’m good.  Too good.  And how are you?  Mak?” 
Kak Diah diam beberapa ketika sebelum menjawab. 
“Mak sihat.  Kami semua sihat.  Kami rindukan Naqi…”
“Termasuk mak ke?”  soal aku mencantas.
“Ya, dik.  Termasuk mak.”
“Tapi, dia tak pernah cari Naqi, kan?” 
“Naqi… baliklah.  Kami semua tunggu Naqi.  Mak pun rindukan Naqi tu tapi biasalah… ego kan.  Dia mak.  Kakak nak final dah nanti lagipun hari ni… hari bahagia keluarga kita.  Naqi balik hari ni, ya?”  ajak Kak Diah.
Aku tahan suara.  Tahan airmata yang hampir menitis bila Kak Diah sedang melalui fasa bahagia bersama Ariq tak lama lagi. 
“Kalau hari bahagia keluarga kita, tak apalah… Naqi mendoakan dari jauh.  Moga kakak bahagia dengan dia.  Naqi pun tak tahu kenapa Naqi boleh telefon kakak hari ni setelah sekian lama.  Mungkin tergerak hati Naqi sebab Kak Diah sedang menanti saat bahagia kot,” ucapku bersenda.
Aku ketawa tapi tiada bersambut oleh suara Kak Diah.  Akhirnya, aku diam dan talian sepi melainkan bunyi duit syiling jatuh saja yang memecahkan hening.
I’m trying to reach you.  Dia pun tak dapat jejak Naqi.  Izue too.  Kakak tak tahu nak jejak Naqi kat mana dan alang-alang Naqi telefon ni, Naqi balik, ya?  Mak tak marah.  Ayah pun.  Kakak juga.  Bagi kakak tebus salah kakak pada Naqi selama ni.  Naqi balik, ya dik?”  pujuk Kak Diah sayu.
Airmata yang aku tahan sedari tadi menitis perlahan.  Tembok mata tak mampu bertahan  lagi bila ditujah air mata.  Biarlah mengalir biarlah menitis.  Bukan tanda tak reda tapi ini tanda bahagia.  Bahagia bila seluruh ahli keluarga bahagia biarpun Ariq mungkin menderita tapi aku  yakin, pada akhirnya dia tetap akan bahagia bersama Kak Diah.
“Tak apa… Naqi ada ke tak ada, sama je.  Yang pasti Naqi doakan kakak.  Tadi kakak kata hari bahagia keluarga kita, kakak nak bertunang ke?  Atau dah nak nikah ni?”  teka aku mahu mencungkil rahsia.
“Keluarga Ariq nak datang hari ni.  Sebab tu kakak nak Naqi balik.  Kita sama-sama raikan hari bermakna ni.”  Jujur jawapan Kak Diah.  Tak sama seperti Kak Diah yang dulu.
Sesekali, terlintas juga difikiran aku… apakah yang membuatkan dia berubah begini.  Tak mungkin begitu mudah dia jatuh simpati pada aku setelah sekian lama aku dibuli. 
“Oh… ya ke?  Seronok tu… tapi sayang Naqi kena kerja.  Mungkin kalau Kak Diah  hantar kad jemputan, Naqi balik. Naqi balik dengan senyuman buat kakak dan bakal abang ipar Naqi tu,” ujarku buat-buat teruja.
“Kami pilih kad kahwin dulu, Naqi.  Ingat nak tanya pendapat Naqi.  Nak juga Naqi bagi pendapat tentang semuanya tapi Naqi semakin jauh.  Kakak dapat rasa Naqi sedang larikan diri, kan?  Sedih pasal mak, kan?”
Hati ini tersiat lagi.  Kata-kata Kak Diah telah menjadikan airmata aku melalui musim tengkujuh.  Mengalir dan terus mengalir.  Dalam tangisan bisu. 
“Naqi rindu mak, kak.  Tak pernah ke sekali mak tanyakan Naqi?  Apa salah Naqi?  Kenapa mak tak nak sayang Naqi?  Jujur, Naqi lebih harapkan kasih mak dari kasih mana-mana lelaki.  Naqi pernah beli hadiah dengan gaji pertama Naqi tapi sudahnya, hadiah tu pecah, kak.  Naqi tak tahu nak cakap apa masa tu.  Masa kita jatuh, Naqi yang teruk… tapi, kenapa mak tak tanya Naqi.  Lutut Naqi luka.  Berjahit, kak… tapi kenapa mak tak nak tanya Naqi.  Kalau sepatah pun mak tanya, Naqi okey ke?  Naqi luka ke tak?  Pasti Naqi dah cukup puas hati, kak,” aduku pada Kak Diah tanpa mampu aku berselindung lagi tentang perasaan ini.
Kasih pada mak dan cinta pada Ariq berperang sesama sendiri di dalam hati aku.  Sakitnya hanya Tuhan  yang tahu bila kasih menyiat hati, bila cinta menambah garam pada hati yang disiat itu. 
Kali ini, Kak Diah juga bersendu.  “Kakak tahu Naqi… maafkan  kakak.  Kakak jahat pada Naqi, kan?  Kakak tak sedar diri, kakak layan Naqi teruk sedangkan adik kakak ni sanggup korbankan cinta sendiri untuk kakak.  Maafkan kakak, Naqiah,” pinta Kak Diah merayu-rayu.
Aku sapu airmata yang mengalir lesu ke pipi.  Bibirku menguntum senyum.  Syiling aku tambah lagi. 
“Kakak jangan nangis… nanti Ariq tengok dah tak lawa.  Kakak make-up tak?  Harap jangan make-up tebal sangat sebab sepsis macam Ariq tu suka yang cantik natural.  Macam Kak Diah la,” pujiku tulus kerana itulah apa yang Ariq katakan pada aku sewaktu dia mahu aku menyelidik tentang Kak Diah dulu.
Kak Diah ketawa dalam tangis.  “Naqi balik, ya?” 
“Nanti kakak dan dia naik pelamin, hari tu Naqi balik, ya?  Sekarang Naqi kerja.” 
Dan… Naqi telefon Cuma nak tahu sesungguhnya kakak dan Ariq memang akan dijodohkan biarpun Ariq berkata demikian kerana Naqi tahu, dia sengaja mahu mengusik tenang Naqi, sambung hatiku lirih.
“Diah… mari turun.  Keluarga Ariq dah sampai tu kot.”
Aku tekup mulut.  Nafas tersekat-sekat bila aku dengar suara mak.  Kak Diah tidak membalas sebaliknya, aku dengar gema seluruh bilik. 
“Kejap lagi, mak.  Diah tengah cakap dengan Naqi ni,” jawab Kak Diah.
“Erm… mak turun dulu.  Nanti turun, ya?  Tak elok buat keluarga bakal mertua Diah tunggu lama-lama,” balas mak dan suaranya hilang begitu saja.
“Naqi… kakak…”
Pap… tak sempat Kak Diah bersuara, talian terputus begitu saja.  Tak sempat hendak aku tambah syiling.  Gagang aku letakkan bila ternyata syiling sudah tiada.  Tak mungkin aku hubungi dia dengan telefon sendiri.  Pasti mudah dikesan mereka nanti. 
Namun, pedihnya hati ini, Ya Allah… sesungguhnya dugaan ini datang dari-Mu dan pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk mengharungi kepedihan yang sementara ini.  Hati aku berdoa sesungguh-sungguh.



LORI itu sudah sedia dihidupkan.  Tinggal nak bergerak saja lagi.  Tauke Chin masuk ke tempat pemandu.  Aku pula masuk ke tempat penumpang di sebelahnya. 
“Haiya, Naqiah… itu muka kena senyum woo… Talak cantik kalau you tak mahu senyum.  Bikin hari suwey.  Bikin feng shui rosak.  Cuba you senyum sikit.  Hati I berbunga-bunga woo…”  Tauke Chin menegur dalam pelatnya sendiri. 
Aku menjeling dia dan memasang tali pinggang keledar.  Mulut masih terkumat-kamit membebel sendiri bila Tauke Chin memaksa aku menemani dia ke rumah Ariq.  Padahal aku benar-benar mahu menjauh dari dia.  Tak nak jumpa dia lagi biarpun hanya pada bayangan.  Dah letih aku menangis dan hari ini aku ke sana untuk aku tahu yang dia adalah tunangan Kak Diah, bakal abang ipar sendiri. 
“I tak nak pergi, tauke.  You paksa I.  Padahal semalam you dah cakap I tunggu kedai, nanti lori dari kilang sampai.  Ini you paksa pulak I ke rumah customer.  Siapa tak muncung?” 
Tauke Chin ketawa.  “You arr… padanlah itu you punya ayah kata you pelangkap bahagia mereka.  You membebel pun I dengar manja woo…” 
Aku mencemik.  Sesekali Tauke Chin ni boleh tahan juga mengusik. 
“I dah pergi semalam, dia cakap dia suruh you je pergi, tauke.  Kalau I ada dia tak nak jual paper lama dia.  Nanti dia jual kat orang lain, you rugi.  Kalau you rugi, gaji I kena potong… sedihlah I,” kataku dengan riak yang sengaja aku kelatkan. 
Seperti biasa, dia ketawa lagi.  Clash ditekan.  Minyak juga ditekan dan bila kaki kiri terangkat, lori mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan kedainya.
“You jangan risau… itu rezeki dari Tuhan.  I tahu dia mahu I bawak you.  Boleh jadi itu anak Dato’ Seri Amri arr… sudah jatuh cinta sama you, Naqiah.  Kalau I ada anak lelaki pun, I suruh maa… dia ngorat sama you.”
“Eleh you ni tauke… saja usik I.  Yalah-yalah, I ikut jelah sebab you bos I tapi you jangan cakap dia suka I, ya?  I dengar kata dia dah tuning.  Dah dekat nak kahwin pun,” ujarku dalam pada menahan hati sendiri.  Resah sungguh.
“Jangan risau… itu Ariq ar… jiran you, kan?  I kenal Dato’Seri dan Datin Seri juga itu Ariq.  You tak pernah jumpa dia ka dulu?” 
Aku jongketkan bahu.  “I mana kerap balik rumah dulu, tauke.” 
Suara dah berubah.  Tauke Chin aku pandang dengan ekor mata. 
Lately, you ada jumpa parents I ke, tauke?” 
Dia mengangguk.  “Ada sesekali.  Jumpa parents you busy buat persiapan kahwin you punya kakak.  You tak balik ka, Naqiah.  Hari tu I hampir tercakap dengan daddy you, you ada kerja dengna I.  Apa masalah you sebenarnya, Naqiah?  Story… story…” 
“Tak ada apalah, tauke.  I okey je…”
“Tapi, itu daddy tak okey woo… dia kata you saja boleh contact diorang tapi diorang tak boleh contact you.  Kenapa?” 
Aku diam menerima soalan Tauke Chin.  Tak tahu nak jawab bagaimana.  Tahu dia juga serba salah bila ayah menyoal tapi aku juga lagi serba salah.  Setidak-tidaknya, biarlah hari pernikahan Kak Diah, barulah aku munculkan diri.  Bimbang juga Ariq meninggalkan pentas persandingan demi untuk aku.  Dia bukan boleh dibuat kira. 
“I okey je.”  Antara dengar dan tidak, aku menjawab juga. 
Tauke Chin mengeluh.  “Apa-apa hal juga… you sabar…”  nasihat Tauke Chin bagai mengerti apa  yang terjadi pada aku. 
“Erm… by the way you tahu siapa tunang kakak I, tauke?” 
Tauke Chin tidak menjawab, sebaliknya dia hanya memandu tenang.  Lama.  Setelah itu dia tersenyum semula.  Cermin mata yang sedikit jatuh dibetulkan.
“I talak tahu woo… tapi parents you kata nanti dia jemput I and family.  You baliklah nanti tolong.” 
Aku senyum dan mengangguk.  Tak lama lagi aku akan munculkan diri.  Nadiah  yang baru.  Nadiah yang sudah punyai kehidupan  yang lain.  Nadiah yang masih sepi dan semakin menyendiri dalam mencari erti hidup. 



            ARIQ bercekak pinggang.  Nampak kacak dan bergaya seperti biasa.  Masih di rumah.  Tak  kerja barangkali.  Semalam juga tak kerja.  Anak orang kaya. Apa nak hairan.  Atau mungkin sudah mula bercuti sempena perkahwinan mereka tak lama lagi.  Gamaknya.
Dia tenang memerhatikan aku yang sedang mengangkat surat khabar lama miliknya dan dimasukkan ke belakang lori milik Tauke Chin yang sedang menimbang berat surat khabar ini. 
“Banyak lagi ka, Naqiah?”  soal Tauke Chin jelas terang lagi bersuluh menyebut nama aku. 
Ariq memandang aku dengan pandangan yang sengaja dia redupkan.  Kononnya terkejut  yang berdiri di depannya kali kedua ini adalah Naqiah.  Naqi yang pernah dia cintai dulu.  Naqi yang pernah dijadikan budak posmen. 
“Err… ada lagi, tauke.  You timbang dulu yang ni.  I takut nak bawa troli masuk dalam.  Takut kotor lantai,” jawabku sengaja menyindir tuan rumah. 
Ariq tersenyum pada hujung bibir.  “Kalau perlukan I tolong you, kenapa you tak cakap.  Come, girl… kita angkat sama-sama tapi memang dalam rumah I, troli atau seangkatan dengannya not allowed.  I tak suka isteri I masuk nanti rumah kotor.  I nak dia masuk tanpa basuh kaki pun.  Bukak kasut, masuk duduk je… biar I layan dia persis puteri,” ucap Ariq padaku.  Sinis lagi.
Aku lihat Tauke Chin senyum.  “Waaa sudah mahu nikah ka, Tuan Ariq?” 
Yeah… sudah mahu nikah tapi orang tak sudilah, tauke?  You ada calon ka?” Ariq melirik padaku. 
“Itu… saya punya pekerja.  Sangat cantik maa… dulu tak pakai tudung sudah sangat cantik.  Ini pakai tudung lagi cantik.  Cumanya dia suka sedih-sedih sendiri.  You pujuk dia.  You sayang sama dia… mungkin dia tak sedih lagi,” ujar Tauke Chin senang  hati.
Huh… sesuka hati nenek moyang dia je pelawa aku pada Ariq.  Ikut hati, rasa nak kumaki ini Tauke Chin tapi malas hendak panjangkan hal, aku biarkan saja. 
“Kalau macam tu, I ngorat dialah… tapi rasanya tak sempat ngorat ni I kena reject dulu.  Tak ada tuah I lah, tauke.  No hal… I tunggu dia datang menyerah diri.  That’s much better, kan?”  Kening Ariq naik pada Tauke Chin yang sedang tergelak. 
Aku pandang Ariq dan Tauke Chin silih berganti.  Memberi amaran dalam diam akan gurauan mereka yang sedikit keterlaluan pada pendengaran aku.  Tapi, bila Ariq  melangkah, Tauke Chin meminta aku mengikut jejak Ariq, aku tak membantah.  Demi kerja. 
“Tak sopan abang bergurau macam tu tadi.  Abang malukan Naqi!”  tegur aku saat ARiq duduk mencangkung hendak mengangat surat khabar lama di tepi peti ais sebesar alam itu. 
Dia ketawa halus dan  melangut pandangan pada aku. 
“Oh… abang?  Naqi?  Erm… sound’s great.  Do we know each other?”  tanya dia bagai tak kenali aku. 
Aku tekup mulut.  Tersasul membiasakan diri.  Tak reti hendak berlakon dan menyorok rasa  hati sendiri.  Aku ketap bibir dan melarikan pandangan daripada mata Ariq. 
So, kita kenallah.  Bukan pelanduk dua serupalah, ya?  Memang you lah gadis yang I maksudkan tu… yang tinggalkan I lepas I mengaku cinta pada you?  Yang korbankan I kerana mahu kasih orang tua sedangkan I dah janji dengan you untuk dapatkan kasih sayang keluarga you lepas you jadi isteri I?  Jadinya… youlah orangnya, ya?”  soal Ariq berkali-kali tanpa ada titik noktahnya. 
Dia lantas bangkit berdiri tegak dan bersandar pada tubuh peti ais.
“Maaf… Naqi…”
Yeah… I know what are you going to say… this is not your intention.  Semuanya Naqi tak maksudkan?  Semalam datang macam orang lain.  Abang dah tahu Naqi  yang datang sebab Tauke Chin dah cakap, dia hantar pekerja baru dia nama Naqiah.  And you never know, but God knows… how I feel inside…”  Dadanya dicengkam kuat.  Bibirnya diketap hebat.
“…I miss you.  I do really miss you.  Semua ni menyakitkan abang.  Menyakitkan Diah, menyakitkan Naqi sendiri.  Kenapa Naqi buat abang macam ni?”
“Naqi… Naqi…”  aku tergagap-gagap. 
Lama aku diamkan diri sebelum aku beranikan diri memandang wajah Ariq yang nampak berkerut sana-sini. 
“Kita tak ditakdirkan bersama, abang.  Abang dah tunang dengan Kak Diah, kan?  Kalau kata abang dengan Naqi, hati orang tua kita akan hancur, abang.  Semuanya dan kita akan lebih menderita,” tegasku pada dia tapi Ariq menggeleng.
Who are you to talk about fate.  Siapa Naqi nak tetapkan takdir sendiri sedangkan semuanya hak Allah?” 
No, abang… itu bukan maksud Naqi… Naqi mengaku hari ni… Naqi memang sayang abang… tapi ada orang lain lagi lebih…”
Stop it!”  bentak Ariq bersama tangan yang naik ke udara.  Matanya terpejam rapat dan rahangnya turun naik.
“Pengakuan Naqi tu dah cukup untuk abang.  Cukup sampai situ.  No buts.  I hate buts.  Kalau boleh abang nak buang perkataan tu dari kamus dalam dunia ni!”  Keras kata-kata dia pada aku.
“Abang, please… jangan macam ni.  Dengar dulu kata-kata Naqi…”
“Tak… abang tak akan dengar sebab Naqi dah terlalu banyak bersuara melalui tindak-tanduk Naqi tu.  Dan mulai sekarang, Naqi kena dengar cakap abang.  Bukan abang dengar cakap Naqi lagi.  Pengakuan sayang Naqi tadi dah cukup untuk semuanya and now… you may leave for the time being.  Tak sopan kita berdua dalam rumah ni biarpun tauke Naqi ada kat luar.  Naqi tak tahu bila lelaki ni rasa tercabar, dia boleh buat apa saja dan abang tak nak rosakkan Naqi.  Keluar sekarang dan biar abang angkat paper ni.  Naqi hanya perlu reda je lepas ni.  Jangan membantah takdir!”  pesan dia sekeras-kerasnya lalu dia tunduk dan mengangkat semua akhbar tersebut dan membawanya ke depan.
Tubuh aku kaku mendengarkan kata-kata Ariq.  Rasa kesal bila tak mampu bertahan daripada mengaku sayang pada dia.  Terlalu lancar lidah aku berkata-kata sayang hingga akhirnya, Ariq mahu berubah arah.  Bagai mahu meninggalkan Kak Diah dan aku, pastilah lebih dibenci mak.  Ya Tuhan… apa perlu aku lakukan?  Aku mendongak ke siling kapur yang cantik berukir.  Sangat indah rumah ini.  Lantas aku pejamkan mata dan terbayang sedikit keindahan jika aku dan Ariq bersama namun keindahan itu dibagai tangisan sudahnya hingga airmata aku juga mengalir laju pada hujung mata.



TANGAN Ariq menggamit padaku.  Bila aku buat tak tahu, dia menapak mendekati. 
You are different now.  Lain dengan Naqiah yang dulu but you’re still Cinta Nur Naqiah and I’m still Muhamad Nashriq.  Rumah ni abang beli untuk sambut Naqi datang dalam hidup abang.  Sebelum Naqi balik, boleh abang tahu nombor telefon Naqi?  Abang boleh minta dengan Tauke Chin tapi dia menjaga amanah Naqi.  Tempat tinggal Naqi sekarang mungkin?  Sebab abang tak nak upah sesiapa siasat pasal Naqi.  Abang dah cakap abang nak cari sendiri.  Dengan usaha abang sendiri.  Boleh bagi nombor telefon atau alamat pada abang?  Either one,” bisik Naqi. 
Aku pandang Tauke Chin yang sudah bersiap hendak pulang.  Pagar lori juga sudah dinaikkan.  Aku senyum pada dia.  Terharu dengan amanah yang dia jaga. 
“Rasanya tak perlu kot… sebab kita tak akan jumpa lagi,” balasku lembut dengan wajah yang menunduk.
Ariq mengeluh.  “Macam mana abang nak tewaskan kerasnya hati Naqi?”
“Toksah tewaskan sebab abang tak bertanding dengan sesiapa?  Hati Naqi, biarlah Naqi sendiri tentukan menang atau kalahnya.”
Kata-kata aku membawa Ariq tersenyum sinis.  Menyenget. 
“Kalau macam tu, abang perlu tewaskan diri sendiri untuk sampai pada hati Naqi.  Kita tunggu dan lihat sebab abang memang tak benarkan Naqi lari lagi.  Ini janji abang.  Pintu pagar tu, abang terbuka buat masa sekarang.  Sekali lagi…”  Ariq menggeleng.
“… Naqi jangan harap abang buka pintu pagar tu!”  tegas dia memberi amaran.
Aku senyum sekilas padanya.  “Kalau macam tu, Naqi tak akan datang lagi.”
You have too… soon.  Very soon.  Naqi akan datang biarpun terpaksa,” balas Ariq dan aku terus menapak ke arah lori Tauke Chin yang sudah membunyikan hon sekali.  

~~> bersambung

RM : What's next?  Dont guess but hope... lalalalala 

39 comments:

  1. hadoiyai...!! degil betul ler Naqi nih... Ariq oii, kau tangkap je si Naqi nih nikah kat Siam.. heheheeh

    ReplyDelete
  2. alahhhh... ariq tau n kenal si naqi sebenarnya....
    ermmmmmm apa jd niueeee

    ReplyDelete
  3. phewww....cinta nur naqiah jgn cabar abg ariq..heheh..smpi lobang cacing pon dia gali nanti...

    ReplyDelete
  4. hope ada miracle antara naqi dgn ariq..hope semuanya bahagia..RM btul2 wat akK jiwa kacau dgn karya2 RM...mmg trbaikkk..

    ReplyDelete
  5. naqi, jangan degil sangat bleh x, reject ariq pun mak dia ttp mcm tu jugak..ter emo plak

    ReplyDelete
  6. Next please! Aduhai..nervous nya menanti...

    ReplyDelete
  7. macam bagi hint je .. previous entry pun sama .. dalam airmata dah boleh senyum lebar sikit .. tapikan RM jgn lah torture kami bnyk sangat, sesak dada nih ..

    ReplyDelete
  8. TQ RM....TAK CUKUP LA RM ....NAK LAGI! NAK LAGI! NAK LAGI! LALALALALA

    ReplyDelete
  9. dup dap dup dap jantung ku baca n3 nie.........geram pulak dgn naqi....ngapa degil sngat.........eeeeeeeeee

    ReplyDelete
  10. tah2 wedding tu tok naqi?
    boleh je si ariq nikah dgn naqi berwalikn ayah naqi wlaupun naqi x de skali mse akad nikah nnt ?
    mcm dlm story BILA NAK SAKSI...hehe :D

    ReplyDelete
  11. RM, nk kmen skit bleh ye, nape sll bab-bab yang tnsen je byk, bab bhgia hanya yg ujung je, pastu trus tamat, harap2 kali ni bab bhgia lebih skit ek? bolehla ek? Thank u... AYSA

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju2, hope kak rehan pjg kan lah ending kali ni ye? tringin naqi and ariq hepi2...

      Delete
  12. wooooo.....suspennnnn sgt dh ni....apa yg ariq tengah rancang........kegeraman pada naqi...adehhhh awatnya hati hang keras sgt naqiah.....

    ReplyDelete
  13. Aduhai,kiranyer bleh la berharap tuk next n3 lg ye? Huhu...cannot wait!!

    ReplyDelete
  14. Feeling said Kak Diah dengan Alan, Naqi dapat tawaran belajar di luar negeri sambung master. Ariq follow Naqi

    ReplyDelete
  15. erkkk...nape tibe2 rase cam diah ngn alan...sbb diah ade ckp 'dia pun xdpt jejak naqi...izue too....'alan je yg slalu ngn izue kan??hehehe

    ReplyDelete
  16. Ops...berharap sgt naqi kawen dgn ariq ni.

    ReplyDelete
  17. sambungle lagi....naqi ni terlampau mnghrapkn sgt perhatian dr mak dia...smpi hati dn perasaan sendiri ditahan2. ariq kidnap je naqi dn bw nikah.

    ReplyDelete
  18. Naqi!!!!please la...pikir la tntng diri sendiri jgak...eeee geramnya...hrp ariq dpy runtuhkn tembok yg naqi bina...

    ReplyDelete
  19. Baru sempat baca setelah selesai berperang ngan exam...... nk n3 baru

    ReplyDelete
  20. Ariq ni ada saudara lain ke?? ~~EA

    ReplyDelete
  21. Wahhhh!!!
    x Sabar nk tggu next entry!!!

    ReplyDelete
  22. harap2 wedding tu untuk naqi je, mak dia nak suprisekan naqi kut... huhu
    nak lagi RM

    ReplyDelete
  23. Rasanya,..... Bukan Diah yg nak kahwin ngan Ariq, tapi Naqi. Family diorang bincang psal kahwin Ariq n Naqi, tp Naqi ingatkan Ariq ngan Diah yg akan kahwin, waa... Penim plk, haha
    Ariq kahwin ngan Naqi. Yeaaa... Hakha. *semoga telahan saya betollll

    ReplyDelete
  24. ish..ish....wahai cik RM.....addoyaiiii

    ReplyDelete
  25. alaaa...ariq n diah ke?

    xbest nye..

    ariq n naqi la..

    baru cun..huhu

    kak rm jgn la cmni..xsyok la..:'(
    hati da kuar bunga2 ni..jgn la cantas..
    tmbh la baja..hahaha
    bg segar..

    ReplyDelete
  26. ariq naqi,, knp la tetiba rs geram dgn naqi ni,, suka sgt degil! kahwin je la dgn ariq tu,,, untuk ariq .. chaiyok2 ! buat naqi kahwin dgn awak! >< en3 ni best,, tp part naqi dgn kak diah tu sedih meh,.. nak lagi kak rehan ! pliss..

    -athirah-

    ReplyDelete
  27. so sweet...nak lagi kak RM.....plzzz......harap2 spnjg cuti ni CBSA sampai ke hujungnya......plzzzzzzz.....

    ReplyDelete
  28. Halohaaaaa ..... tersangat sadis ya amat OMG...Ariq gi la spay kedai tauke Chin dari jauh n follow la Naqi, hadoiii tu pun nak kena ajar ka?

    lepas ni tentu Naqi lari lagi.... halloooo adik manis, lari tak menyelesaikan masaalah la dek ... hadapi kenyataan n terus berdoa + takwa.... insyaallah bahagia menanti... Ariq memang untuk Naqi.. Percayalahhh(ala ala siti norhaliza)hahaha

    ReplyDelete
  29. sambung please...makin best la kak rehan...aduhai naqi, kerasnya hatimu...sian abg ariq tu...majlis tunang tu mesti majlis ariq dgn naqi bkn diah sbb ariq ckp naqi kena dtg juga rumah tu walau terpaksa...

    ReplyDelete
  30. adoii... rasanya majlis tu, sambut ariq ngan naqi la... konfem... sbb ariq ckp soon, too.. soon... hehe x sabarnya!!!! osem la kak...

    ReplyDelete
  31. asyik nangis je bila kenangkan nasib Naqi..Ariq, pls ikat Naqi cepat2..

    ReplyDelete
  32. Ariq ngan Naqi nikah pakai wali mujbir......tak pun yg nikah tu Diah ngan abang Ariq (ada ke Ariq abang????)

    ReplyDelete
  33. Betul la rsanya mcm tu gak... Mesti majlis tu untuk ariq ngan naqi

    ReplyDelete
  34. dah smakin menarik..... go for naqi ariq hahahhaha :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  35. These are in fact fantastic ideas in regarding blogging.

    You have touched some fastidious points here. Any way keep up wrinting.


    Also visit my web-site ... acoustic guitar a chord

    ReplyDelete