Monday, October 21, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 10

ADUH… pening kepala aku.  Rasa macam kena hantuk dengan pasu DBKL aje.  Badan pun rasa sejuk menggeletar biarpun ada selimut tebal menindih tubuh.  Aku cuba buka mata.  Allah… mata pun pedih.  Jangan cakap aku cucuk mata aku sendiri dengan garfu macam Kasim Selamat sebab tak percaya dengan apa yang jadi depan mata, sudah. 

Cahaya masuk menerobos garang.  Payahnya nak angkat kelopak mata.  Ala-ala orang buta baru nak celik.  Tangan kanan naik menyentuh kepala.  Masih ada tudung.  Dan tudung itu lembab.  Naik panaulah nanti aku pakai pakaian lembab ni.  Aku cuba lagi sekali buka mata dan akhirnya berjaya biarpun terasa berputar alam. 
Lampu kalimantan terang benderang dan ada satu bau yang aku tak suka sejak peristiwa setahun lepas.  Baru yang aku cuba elakkan.  Tapi, hari ni… malam ni… terhidu?  Gitu?  Dan macam mana aku boleh sampai di sini.  Indonesia kata rumah sakit.  Malaysia panggil hospital. 
“Kita dekat spital ke ni?”  Aku cuba heret tubuh bersandar pada kepala katil tapi ditahan orang.  Siapa? 
“Jangan… awak lemah sangat ni.”  Suara itu melarang lembut dan sopan. 
Bila aku pisat-pisat mata sekali lagi, aku nampak seorang lelaki di depan aku.  duduk di birai katil entah daripada zaman bila lagi. 
“Sejak bila awak dok situ?”  Aku buat muka ketat.  Memanglah dah kepala aku pening.  Nak senyum pun tak boleh. 
“Errr… kenapa tanya gitu?” 
“Tanya sebab nak tahu…” Sarkastik punya jawapan.  Orang dah pening ni, dia boleh jawab soalan aku dengan soalan.  Tak suka betul.  Kalau periksa SPM, failed dia nanti. 
Mata dia memandang aku macam tak puas hati.  “Sejak zaman dinosour…”  Bibir dia herot dengan senyuman sinis. 
Terdiam aku dua saat.  Cantik jawapan dia.  Kalau zaman dinosour, aku nak jadi T-Rex, biar dia jadi lain-lain. 
“Apa-apa ajelah.”  Aku kembali picit kepala.  Macam mana aku boleh sampai poliklinik ni.  Pembetulan, bukan hospital tadi tapi baru sedar ini poliklinik. 
“Kenapa?  Tak selesa kat mana ni?”  Tangan dia naik cuba menyentuh dahi aku. 
“Eh, kenapa ni?”  Aku tepis tangan dia.    
Dia hanya pamerkan wajah tersenyum.  Tenang dan menjatuhkan kembali tangan ke atas ribaannya sendiri.  Ada tuala di tangan dia.  Agaknya dia nak lap dahi aku.  Tapi, mana boleh.  Aku tak izinkan.  Aku pandang sekeliling kawasan.
Aiseh… bau ini… sempit dada mak cik.  Baik aku hidu bau kopi biarpun aku tentu-tentu boleh pitam bau kopi. 
“Kenapa kita dekat sini?” 
Dahi dia berkerut tiba-tiba.  Dia amati wajah aku lama.  Sebelum dia menggeleng kecil dan tersenyum tipis. 
“Awak pengsan.  Saya bawak awak ke hospital.” 
Aku raba lengan baju. 
Masih lembab. 
Aku imbau balik kejadian sebelum ni. 
Pitam. 
Aku ingat suasana sejuk itu. 
Hujan. 
Aku kerah lagi memori mencari seraut wajah. 
Dia. 
“Awak yang pinjam payung kita ke?”  Baru perasan sebenarnya.  Tadi sibuk dengan kepala pening, mata pedih tak cam pulak. 
Dia senyum dan angguk.  “Saya tak sempat sampai ke kereta, saya nampak awak keluar dalam hujan.  Agak pelik melainkan awak ada masalah dekat sini…”  Dia tekan sisi kepalanya.
Ya, dia nak cakap melainkan aku gila barulah aku keluar berhujan.  Aku pandang dia dengan wajah mencebek sedikit. 
Dia hanya ketawa lagi.  “Tapi, awak tak.  Jadinya, saya rasa mungkin awak tak sedar awak melangkah.  Unconcious punya tindakan.  Biasa…”  Bibirnya senyum meleret.  “By the way, kenapa awak keluar?  Ingatkan awak nak saya pulangkan payung, itu yang saya patah balik…”
“Dah tu, macam mana awak boleh tiba-tiba ada dekat kita?”  Cepat aje aku memotong suaranya.  Dalam kepala penuh dengan persoalan. 
Dia dah tahu ke siapa aku? 
Dia dah cam ke aku? 
Atau dia belum kenal? 
Boleh jadi dah kenal tapi buat-buat tak kenal? 
“Entahlah… tak tahu nak cakap apa.  Tiba-tiba hati saya rasa sedih.  Rasa macam saya menangis tapi bila saya raba pipi, mana ada airmata pun…”  Usai berkata macam tu, dia pandang aku lama. 
Allah.  Dia rasa sama dengan yang aku rasa.  Akhirnya… akhirnya…
“Tapi, masa saya sambut kepala awak tu, bila saya payungkan awak, bila saya pandang lama, saya nampak awak yang menangis.”  Pandangan mata kami bertemu sesaat sebelum aku cepat-cepat larikan mata. 
Dosa pandang anak teruna orang lama-lama.  Allah marah.  Tapi, liur yang aku telan mula terasa berpasir.  Rasanya kalau telan pasir pun lagi sedap ni. 
“Mana awak tahu kita menangis sedangkan masa tu hujan?”  Pelik kalau dia nampak airmata aku.  Kan masa tu hujan  mencurah?
Bibir Khalifh senyum tipis.  Dia menunduk dan menggeleng seketika sebelum panggung pandangan pada aku semula. 
“Saya lap dulu muka awak dengan sapu tangan saya sebab ingatkan awak lemas air hujan ke apa.  Tapi, biarpun dah  kering dan tak kena hujan, ada jugak air mengalir pada hujung juring mata awak tu.  Sebab itulah saya yakin awak memang menangis!” 
Amboi, tegas dia sudahkan ayat dia.  Aku cepat-cepat raup wajah.  Terasa menebal kulit muka bagai mengenakan wedges empat inci.  Dia raup muka aku?  Dan dia boleh cakap aku lemas air hujan?  Hey… kalau lemas dalam baldi boleh jugak dikira. 
“Apapun terima kasihlah.  Rasanya kita dah okey ni.  Kita nak jumpa doktor lepas tu nak baliklah…”  Aku cuba turunkan kaki tapi sekali lagi Khalifh menahan. 
“Jangan…,” larang dia.  “...biar saya panggil…”  Dia bangkit dan terus menghilang di balik tirai warna jingga cerah ni. 
Allah… semput nafas aku.  Sempit dada aku.  Rasanya dah jauh aku berlari tapi hari ni kerana takdir Allah, di dalam curahan hujan dan juga kerana sekaki payung, kami didekatkan sebegini. 
Aku gagau poket seluar.  Handphone?  Hilang dah?  Tak pun masuk air?  Ermm… baru ingat nak telefon ma tak pun Rozie nak minta jemput aku.  Aku tak nak dah balik dengan Khalifh.  Aku tak mampu nak jumpa dia.  Tak tahu kenapa tapi aku tak nak. 
“Cari apa?”  Khalifh dah berdiri di depan aku.  menyeluk kedua-dua belah tangan dalam poket seluar.  “Cari ni?”  Dia goyangkan telefon bimbit aku. 
“Eh, itu kita punya…” 
Dia angguk.  “Kita tahu.  Ada dalam poket seluar awak tadi.  Doktor bagi saya pegang.  Nah…”  Dia hulurkan pada aku tapi baru nak sambut, doktor sampailah pulak.  Dan, mujurlah perempuan. 
“Err… Encik Khalifh, minta keluar kejap, ya?  Saya periksa cik… errr…” Aku tahu doktor tu tak tahu nama aku dan Khalifh pun haruslah tak tahu sebab tadi masa aku tiba sini, aku tak sedarkan diri. 
Entah apalah dia cakap pada doktor ni masa minta merawat aku? 
“Khalifah…” 
Mata Khalifh bulat.  Aku tahu dia memang akan terkejut tapi kalau aku sebut nama aku Tuah, tak ke buat dia pulak terlantar atas katil ni sebab serangan jantung.  Elok hati dah baik, jantung pulak buat hal. 
Wahhh… patutlah tadi tergagap nak sebut nama tunang sendiri sebab nama pun sama…” 
Allah… Tunang?  Hey, bila masa.  Cincin belah rotan tak ada dekat cari okey.  Khalifh ni pandai aje reka cerita.  Aku pandang dia yang sedang garu kepala. 
“Tadi, kecemasan doktor…”  Tanpa menanti, Khalifh terus berlalu daripada tirai.  Aku pandang doktor muda tersebut.  Agaknya dia kenal Khalifh kot. 
“Err… boleh kita balik?” 
Dia senyum dan meletakkan stetoskop pada lengan aku sewaktu memeriksa tekanan darah. 
“Err kita dah sihat ni, doktor…”  Sekali lagi aku  yakinkan dia.  Aku tak nak bermalam dekat hospital ni.  Sungguh. 
Akhirnya, pemeriksaan siap dilakukan.  Doktor muda tersebut senyum dan menggeleng.  “Tekanan darah Cik Khalifah masih rendah.  Saya minta cik rehat dekat sini dulu malam ni untuk pemantauan.  Kalau kata saya rujuk ke hospital besar pun, cik akan admitted jugak.  Jadinya, lebih baik rehat dekat sini.  Biasanya, malam-malam pesakit kurang nak-nak hari hujan….”
Hah?  Wajah aku berkerut.  Tak naklah.  “Tapi…” 
“Jangan risau…” cantas doktor itu.  “Saya ada dan dua orang pembantu pun ada.  Kalau Encik Khalifh nak tunggu pun boleh.  Tak ada masalah sebab bilik ni laluan antara bilik saya dengan receptionist…” 
Ala… tak naklah macam ni.  “Kita boleh rehat dekat rumah aje doktor…”
“Tak sama, Cik Khalifah.  Rehat di rumah sendiri dan di sini di bawah pemantauan doktor.  Lagipun, cik dah jadi amanah saya nak-nak bila Encik Khalifh macam orang hilang nyawa tadi bila dia kendong cik masuk.  Saya faham perasaan tu…”  Tangan aku ditepuk perlahan.  “Rehatlah…” 
Dia terus berlalu.  Okey, dah satu hal.  Khalifh dukung aku.  Eloklah sangat.  Lepas tu kena bermalam di klinik dengan pakaian lembab.  Aku tak rasa ada baju nak boleh ditukar.  Demam aku esok. 
Baru aje nak rebahkan badan, aku terdengar suara Khalifh berbual.  Aiseh, dengan siapa pulak tu? 
“Insya-ALLAH, aunty.  Saya jaga dia.  Aunty jangan risau.”  Dia gelak.  “Tak aunty.  Kalau orang lain di tempat dia pun, saya akan buat benda sama.” 
Diam beberapa ketika. 
“Ya, aunty.  Kalau ada apa-apa saya bagitahu.  Maaf risaukan aunty malam-malam ni tapi itulah, rasa tak sedap hati pulak kalau aunty tak tahu sebab itu anak aunty, kan?” 
Eh?  Dia telefon ma aku pulak ke?  Beraninya dia dan siapa beri kuasa dia nak buat macam tu?  Allah… Khalifh.  Buat ma syak bukan-bukanlah ni.  Aku cuba turun lagi sekali tapi, sekali lagi disergah.
“Awak tak boleh balik… ni turun nak pergi mana?” 
Bila masa dia habis cakap dekat telefon pun aku tak pasti.  Terus tak jadi nak turun. 
“Nak minta baju.  Sejuk…”  Alasan tapi munasabah sebab aku memang dah kesejukan. 
Bibir Khalifh lebar dengan senyuman.  “Khalifah,” panggil dia lembut.  Buatkan aku angkat mata. 
“Khalifah?”  Kening dia naik. 
Aku kerut kening.
“Khalifah?”  Sekali lagi.
“Khalifah?”  Bibir dia semakin nampak bunga tawa. 
“Khalif…”
“Ya, Encik Khalifh.  Panggil sepuluh kali pun nama kita tak jadi Tijah atau Bedah.  Tetap Khalifah!”  Aku sindir dia sedas dua. 
Tawa halus Khalifh pecah.  “Is this a coincidence?”  Seraya itu dia labuhkan duduk di atas kerusi. 
Yes!”  Aku angguk tegas.  “But, when you called my mum, that’s not a coincidence but an accident!  A disaster!” 
Pulak?”  Berkerut dahi Khalifh.  “I called her because she text you.  She’s worried when you didn’t reply her,” jelas Khalifh. 
Really?”  soal aku dengan suara yang rendah. 
Kepala Khalifh angguk.  “Maaf kalau saya buat awak rasa macam disaster tapi saya dah terangkan semua pada mama awak.  Dia faham.  Dia nak datang, agak jauh katanya.  Dia amanahkan awak pada saya.  Malam ni aje… malam ni.  Biar saja jaga awak,” pinta Khalifh separuh merayu. 
But…”
“Please…”  sampuk dia buat aku terdiam.  “Saya rasa salah.  Kalau bukan sebab saya pinjam payung awak, awak tak akan pengsan luar rumah.  I know I’m a stranger but for Allah’s sake… trust me.  I’ll take care of you,” ulang Khalifh bersungguh-sungguh. 
Dia terus bangkit membiarkan aku sendiri yang terkulat-kulat.  Dia memang dilahirkan menjadi seorang yang ambil berat ke atau pun terhutang budi sebab payung?  Tapi tadi dia cakap, kalau orang lain pun dia buat perkara yang sama, kan
Lepas hampir lima minit, dia muncul semula bersama sehelai baju T putih dihulurkan pada aku.  “Saya dah minta dengan doktor tadi, dia cakap kejap lagi sebab nurse dia ada hal.  Ada pesakit.  Awak pakai ni dulu.  Bersih.  Baju saya.  Ada dalam kereta.  Tukarlah tu dulu.  Nanti demam…”  Dia letak baju T tersebut di hujung katil. 
Bila dia berpaling, aku teragak-agak nak capai.  Tapi, Khalifh sekali lagi kalih pada aku.  mengukir senyuman tipis dan memandang baju T tersebut sebelum merenung mata aku. 
“Jangan risau.  Demi Allah, saya tak letak ubat guna-guna dekat baju tu…” 
Eleh dia ni.  ke situ pulak.  “Kita tak kata apa pun…”
“Tak kata tapi nampak bersyakwangsaka,” sindirnya.  Terus dia menghilang di balik tirai. 
Aku capai baju T milik Khalifh.  Terus aku sarung ke tubuh.  Buat sementara nurse tu datang bagi baju dekat aku. 
“Allah… besarnya.  Boleh masuk dua orang…”  Aku menggeleng sendiri.  Dan, mata pun rasa berat.  Penangan ubat ni. 
Aku betulkan tudung sedikit dan terus rebahkan badan menghadap siling.  Entah apa percaturan Allah di depan hari, tiada siapa yang tahu.  Apa yang pasti, semalam itu kian hangat dalam hati aku.  Kian subuh dalam memori. 
Tak adakah ingatan Khalifh pada penderma dia setahun lalu?  Akhirnya mata aku terpejam sendiri.  Bila dalam sedar dan tidak, samar-samar aku nampak bayang hadir dekat dengan aku. 
Aku rasa selimut diangkat melepasi dada.  Menutup seluruh tubuh sampai ke leher.  “Baju putih saya ni buat nampak yang tak sepatutnya.  Maaf.”  Entah betul ke tidak ayat itu aku dengar, tak tahulah. 
Apa yang pasti, aku rasa hangat.  Seluruh tubuh diselimut penuh.  Andai benar Khalifh bersuara, terima kasih menjaga maruah aku.  Nak diucapkan, aku makin menghampiri dunia lain.  berkali-kali aku cuba angkat kelopak mata tapi tetap tertutup.  Bongkah batu menindih dada terkakis dengan sendiri. 
“Kenapa saya rasa, bila jumpa awak buat pertama kali, rasa sedih dalam hati saya hilang?  Atau saya memang dah lupakan dia?” 

Saat suara itu masuk ke dalam telinga, dunia aku benar-benar gelap.  Ubat tadi berkesan sepenuhnya dan suara itu terus menemani mimpi yang indah.  

~~bersambung

RM says : Cerita ini dipinang oleh publisher.  Alhamdulillah... semua cerita dalam blog ni pun dipinang tp tuan tanah kedaung blog ni tahu tahap mana cerita sendiri.  Dah cukup umur atau tidak.  Sebab tu ada yg membesar dlm blog ni bersendiri dengan tuan tanah aje dan juga pelawat setia.  Dan ini pun biarlah di sini tempat dia.  Menemani tuan tanah kedaung ini dlm blog ini.  BERITA!!! Tiba-Tiba, Dia Ada coming to you this December 2013 at Pesta BUku 1 Malaysia and I can't be there.  
Dan 1 lg... moga sokongan kalian pada TTDA (Ayie & Arya) hebat seperti mana sokongan anda pada penulis2 hebat lain (biarpun sy terlalu biasa).  Tp, ini sekadar memberitahu dan tak menaruh harapan jauh sekali memaksa sbb tahu saya tak mcm penulis lain yg terlalu hebat dgn karya mereka yg sulung, kedua dan seterusnya.  Beginilah saya, seadanya (ayat mcm sentap, kan? >_<)  Sesekali sedih TAPI...berkali-kali saya BAHAGIA.    Allah bless.. Aaminn... 

51 comments:

  1. You are amazing on your own way just the way you are..dan RM adalah TOP favourite writer buat saya di antara ramai favourite writer yg saya ada..sentuhan karya RM adalah istimewa buat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sy pon sama (^ - ^)

      Delete
    2. Yeahhhhh .... you're a gifted writer n be proud alwayzzz... syukur Alhamdulillah.

      Delete
    3. raihana

      saya pun bersetuju. saya sentiasa melawat blog ni & sentiasa menanti entry baru.

      Delete
    4. Alhamdulillah....karya2 RM w/pn bshj tp ttp ad mesej yg dsmpaiakn...tp yg sedihnye ssah btl nk dpt krya RM dpsran...dh bl SUAMI TAK KUHADAP...skrg tgh cr TERLERAI KASIH&BILA NAK SAKSI...hrp sgt dpt mmilikinye

      Delete
    5. setuju jugakkk

      Delete
    6. Agree. No worries, love just the way you re (yr karya). topic mungkin sama tapi garapan yg akan membezakan setiap karya.
      Yanshi


      Delete
  2. kak rehannn. Alhamdulillah. I'm happy for you too. rezeki akak untuk terus menulis. I'm here and always support you <3

    ReplyDelete
  3. tahniah RM.. anak2 u yg cantik-molek ni semuanya dah dipinang.. so hari kenduri-kendara tu jgn lupa hebah2kan ya!!!... pasti kami serbu... peninjau setiap hari blog u!!..

    ReplyDelete
  4. dont worry RM. semoga Allah sentiasa memberkati apa yg kita lakukan. yg penting setiap apa yg kita buat tu ikhlas dari hati...... keep up the good job RM. kita sama2 tunggu TTDA di pasaran n jgn lupa beli novelnye ye kawan2 sekalian.... ;)

    ReplyDelete
  5. ya ke dipinang publisher?? Seronoknya tak sabar tgu dibukukan..semua buku RM sy beli, sy lebih suka memiliki sambil membaca drpd baca di blog...jgn tlalu merendah diri RM, anda istimewa dgn cara penulisan anda sndiri sy suka karya anda & sentiasa ternanti2 buku baru anda...teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....sy hrp sgt RM trm semua pinangan tu...nk smpn buat koleksi peribadi...

      Delete
  6. Yup, sokong. RM, izinkanlah agar karya2 RM turut sama menyentuh hati mereka2 diluar sana sama spt hati kami di blog ini

    ReplyDelete
  7. Tahan sedih je aku baca kat ofis ni. X puas. Huhu

    ReplyDelete
  8. bila date pesta buku 1 malaysia tu?

    ReplyDelete
  9. Setia disini bersamamu.sentiasa menanti karya RM. Suka sgt2 semua karya RM. Tq RM.

    ReplyDelete
  10. U a great kak RM, im always waiting ur new novel.
    A lot of love from ur sabah fan,
    Waiting for the nex entry.
    Something specil about ur. Story is. Everytime i read,It make me smile,laugh,cry and sometimes nervous..thats why people like ur most

    ReplyDelete
  11. RM my support for u always

    ReplyDelete
  12. RM adalah antara penulis yg hebat bagi saya. Idea RM selalunya mmg lain daripada yg lain. Sy akan sentiasa sokong RM.

    ReplyDelete
  13. Happy for you and will be here waiting for your stories,both published and in the blog

    ReplyDelete
  14. Happy for you and will be here waiting for your stories,both published and in the blog

    ReplyDelete
  15. Tahniah untuk penulis sebab anak-anaknya semua dah dipinang orang ... mesti comel dan cute anak-anaknya...
    tapi cerita RM memang besttt

    ReplyDelete
  16. We luv you RM .. thank you for the post and cant wait for more! :)

    ReplyDelete
  17. Yes...RM you are good in your own way.

    ReplyDelete
  18. Kak rehan penulis yg hebat bg sya.sya ada suma buku kak..klu kata yg ni pn d pinang,sya nk beli jgk

    ReplyDelete
  19. hehehe Rehan tetap penulis dihati ku...

    ReplyDelete
  20. Jangan terlalu merendah diri dik. Walaupun sendiri tahu tahap diri namun bila ada yg memuji bermakna kelebihan yg ada dlm diri kita itu mula mendapat perhatian org lain. So, jgn meruntuhkan semangat diri sendiri yer. Terus terang, akak dah baca semua novel dik rehan yg ada dlm blog ni dan ada antaranya di ulang banyak kali dan akak juga mempunyai koleksi novel dik rehan yg berada di pasaran. Akak sentiasa menanti setiap n3 baru bagi setiap novel yg dik rehan paparkan dlm blog tu. Hmm....teruskan ngan penuh keyakinan yer dik rehan.

    ReplyDelete
  21. First blog yg saya follow dan xsabar nk tgu next post.gaya bhasa yg kene dengan jiwa...may ALLAH bless u

    ReplyDelete
  22. semua citer dalam blog ni best2.. kalau diterbitkan pun memg xrugi beli.. papepun xsabar nak tnggu ttda n hykp ni..

    ReplyDelete
  23. all the best RM...kompang-kompang kan lg bila novel dah kuar tu..bole set reminder nak order nanti...heh..

    ReplyDelete
  24. yeah! da boleh jumpa arayie nanti ;)

    ReplyDelete
  25. kami tetap sokoooooooong RM :)
    buku TTDA ada x di kedai ke just ada kat pesta buku ja..

    ReplyDelete
  26. RM.. Karya Rehan memang terbaik sebaris dengan Hlovate selalu ckp pd diri x kan ade lelaki sehebat Benz Alif, Jade, Along tp bila baca karya Rehan hebat betul penangan Kuca, Que, Ayie Khalif... Rehan you are the best!! May Allah bless you...

    ReplyDelete
  27. tahniah RM. happy for you. selalu2 la post entry. thanks

    ReplyDelete
  28. Kak RM sy minat sgat dgn penulisan akak...
    Insya Allah sy akan terus jdi ur fan n hopefully Allah bless always with u n family..

    ReplyDelete
  29. Pesta buku tu kat mne??? Mcm mne nk dptkn bku tu kalo xley dtg ke pesta bku tersebut??? Huhuhuhuhu... Nk TTDA.......

    ReplyDelete
  30. tahniah RM!! n thanks for keeping this story in the blog. next time bila dah balik msia i'll search for TTDA in the bookstore :)

    ReplyDelete
  31. Salam RM, mmg semua nukilan RM kak sukka, tak kisah la citer tu ending hepi ke idak ke.. RM ada stail sendiri bila menulis & setiap seorang penulis tu mmg ada keistimewaan masing2 kan!!!

    Terus terang ckp mmg byk kali cerpen2 & citer RM kat dlm ni kak ulang baca. Seronok dgr semuanya dipinang penerbitan, kalau ada rezeki apa salahnya cetak semua kan? Kak sure beli utk koleksi. ..Stkat ni semua citer RM kak ada termasuk yg nukilan dlm 'oh cinta"...sebab tu selalu tanya bila nk cetak cerpen2 yg ada...teruskan usaha!!

    Semoga RM diberkatiNYA selalu...

    ReplyDelete
  32. Alhamdullilah bakat yang Allah kurniakan buat RM memberi impak buat org lain.banyak impak dan pengajaran yg diperolehi.teruskan usaha.kami tetap menyokong

    ReplyDelete
  33. Tahniah!!akak guru matematik yg xpndai jiwang karat....bhs yg RM guna dlm semua tlisan sgt mnarik n buat akak sgt teruja...tahniah lg

    ReplyDelete
  34. insya'ALLAH.... sy doakan moga rezeki RM akan bertambah..
    rindu sgt sgt rindu pada #AraYie tp xsabar nak tunggu n3 #Khalifah lagi...
    :-)

    ReplyDelete
  35. Semua cerita sgt best.. Semua koleksi novel rm sy dh bel.. Nurul88

    ReplyDelete
  36. RM ... Everyday i duk singgah blog ni nk tahu kesinambungan nye. Td bile on npk je angka 10 tiba ht jd xcited...!! adehh x cukup nk lg RM .. Hahahah tamak haloba plak. But u really great.. I luv all ur storey.. Muahhh

    ReplyDelete
  37. for me, u are the best authorest. aryie tu apa tajuk story die? rasa dulu tajuk lain kot. TTDA tu stand for what?

    ReplyDelete
  38. kena pinang? wah...best2...tahniah

    ReplyDelete
  39. Sgt suka gaya anda menulis.

    ReplyDelete