Thursday, October 10, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 8

MA paut bahu aku.  Kemas.  Dia senyum.  Melihatkan pada beg galas yang dah sedia di depan pintu, mata ma nampak berair.  
“Kenapa ni, ma?  Tuah dapat kerja pun ma nak sedih ke?”  Aku saja buat-buat gelak padahal aku pun sedih nak tinggalkan ma sendiri.  Setahun kot aku goyang kaki ni.    

Ma senyum kelat.  “It has been a year since you’re by my side.  It’s not that easy for letting you go.”  Dia dah buat ayat sedih. 
“Ma…”  Tangan Ma aku genggam kemas.  “Jangan macam ni.  Ma buat Tuah rasa tak sedap hati pulak.  Ala… bukan jauh pun.  Nanti Tuah baliklah selalu…” 
Aku senyum tapi ma tayang wajah monyok.  “Anak… sorang pulak tu.  Tak macam ni, nak macam mana lagi?” 
Ketepek aku kena sindir.  Tahu ma risau.  Dia sentiasa risaukan aku.  Tapi, dia patut lebih risau bila aku setahun makan, tidur, tengok TV, goyang kaki dan jadi puteri dalam rumah ni.  Kalau setahun lagi aku duduk macam ni, ada jugak aku boleh masuk sumo tahun depan.
“Tuah dah sihat, kan?” 
Aku angguk dengan sengih melebar.  “Fully recovered…”  Hujung jari telunjuk bertemu dengan hujung ibu jari. 
Ma angguk beberapa kali.  Pipi aku disapa lembut dan dia tarik kepala aku agar senang dia nak kucup dahi aku.
Lama. 
Bila kucupan terlepas, aku nampak ma mengalirkan airmata.  Padahal, rasanya dulu lagi jauh aku berpisah daripada dia.  Ini, setakat Klang Valley ni, dalam kepala aje.  Konon… entah-entah dah tumbuh lagi KLCC kedua?  Siapa tahu, kan
“Jaga diri…” 
Aku angguk.  Aku tahu, ma risaukan aku.  Dulu, sedar tak sedar aku balik rumah ma.  Aku cakap dengan ma aku letak jawatan.  Sehari aje lepas aku nampak dia.  Dia?  Eh?  Aku tak patut buat-buat lupa tentang dia setahun ni. 
Dulu tu bukan semalam.  Bukan minggu lepas atau bulan lepas.  Tapi dah setahun.  Macam kejap aje masa tu berlalu.  Hari ini, aku dah nak masuk kerja balik.  Kerja yang sama tapi tempat yang berbeza.  Yang pasti dikelilingi oleh orang yang juga berbeza. 
“Jangan buat ma nak gugur jantung lagi macam dulu tu…” 
Aku ketawa galak.  Ma takut aku balik macam setahun lepas galas beg lepas tu terus masuk tidur.  Buat tak tahu.  Dah berminggu ada dekat rumah, barulah aku buka mulut nak bercerita.  Itupun setelah ma dah putus asa tanya sebabnya. 
Don’t worry, ma… I’m just fine.  True…” Yakin aku tuturkan kata.  Tak nak ma risau.  Cukuplah yang dah jadi tu. 
Sudah cukup sudah.  Eh?  Macam tajuk lagu, kan
Enjin Honda Jazz dah lama panas.  Beg pun aku dah isi dalam boot kereta.  Tinggal nak masuk aje tapi tangan ma masih tak lepas.  Pandangan dia semakin nampak risau.
“Tuah ada rasa apa-apa tak?”  soal ma tiba-tiba. 
“Rasa apa?”  Aku kerut kening.  Rasa masin?  Kelat atau pahit?  Boleh jadi tawar?  Atau jugak payau?
“Kat sini…”  Telapak tangan ma naik singgah pada abdomen aku yang masih ada parut pun sebenarnya.  Jelas. 
Aku geleng.  Tak tahulah jawapan dia apa.  Aku tak rasa apa sangat sebelum ni.  Jujurnya, setelah peristiwa aku nampak dia dekat kafe tu, aku terus berhenti kerja. 
Notis 24 jam. 
Fendy naik pening dengan keputusan aku. Tapi, tiada siapa mampu bantah.  Aku sanggup bayar balik sebulan gaji tapi bos aku kata tak payah sebab dia risaukan kesihatan aku.  Katanya, dah ready nanti datang aje.  Tapi aku jawab… oh tidak. 
Tak mungkin. 



MATA dia memandang tepat pada aku.  Fendy hanya senyum dan mengangkat kening.  Berbicara antara mereka dalam bahasa yang aku tak tahu.  In fact, tak ada suara pun.  Hanya mimik wajah yang berbual mengatasi segalanya.
Tangan aku dah menggeletar. Memang boleh tumbang ni.  Dahlah aku tak makan dengan elok sejak akhir-akhir ni.  Rozie suruh makan, aku buat tak tahu.  Bukan tak nak, tak boleh telan. 
“Amacam?”  Kening Fendy naik pada kawan dia. 
Yang si drakula ni pulak hanya senyum tipis dan mengangguk.  Memang patut aku gelar dia drakula sebab wajah dia macam tak ada darah.  Tapi, ada hati nak keluar tengah-tengah siang.  Terbakar karang. 
“Macam pernah jumpa…”  Drakula tu sengih.  Nampak gigi taring sikit.
Sah, memang spesis drakula ni.  Pandang orang dengan mata sepet dia tu macam nak hisap darah.  Aku betulkan tudung sikit.  Kotlah terselak bahagian leher ke.  Naya aku.  dahlah baru nak pulih ni.
“Err… tak kot…”  Aku sengih pada dia kembali.  Tapi, sengih pahit dah.  Macam rasa Mocha Matari mentah. 
“Mungkin…” Dia mencebek dan terus pandang Fendy. 
“Dia ke?” 
Aku dengar dia tanya Fendy soalan tu.  Dan, Fendy pulak angguk. Jeling aku semula.  Diorang ni ada apa-apa ni.  Sah dah. 
“Err… Fendy, kita… errr…”  Aku ketap bibir.  Tergelincir lidah sikit.  Mata sepet drakula tu terus merenung aku.  Tak lepas.
Tapi, aku tetap buat tenang dan selamba.  “I nak balik dah.  Insya-Allah jumpa lagi…” 
Aku mula rasa goyah nak datang kerja nanti apatah lagi dapat tahu kawan Fendy yang seorang ni.  Aku tak pernah kenal pun kawan-kawan Fendy sebab aku memang tak rasa nak tahu. 
Bukan sekali Fendy ajak lepak tapi aku tolak dengan baik.  Bukan aku nak melepak merata.  Rasanya, tempat lepak yang terbaik adalah dalam rumah sendiri. 
Hey… you baru sampai, kan?” 
Aku sengih dan menggawangkan tangan.  “Sebenarnya dah lama.  I sembang dengan budak-budak ni.  Tahu you busy…” 
“Tapi, I baru nak kenalkan you dengan kawan I… dia baru keluar hospital?” 
“Kalau baru keluar hospital, bukan ke patut rehat dekat rumah?”  Terlepas soalan aku tu.  Risau punya pasal sampai lidah aku ni tak habis-habis tergeliat.  Pandangan dia kian tajam.  Aku pandang Encik Drakula.  Pucatnyalah. 
 “Do I know you?”  Rendah perlahan dia menyoal.
Fendy masuk dekat bila kawan dia menapak dekat pada aku.  “Do I?”  soal dia lagi.  “Do you know me?” 
Aku geleng.  Buat muka tak bersalah langsung.  Padahal dalam dada, rusuk aku dekat nak patah dah. 
“Kau kenal dia ke?” 
Dia geleng.  “Tapi…”  Matanya terus menilik aku.  Sampaikan aku terpaksa larikan pandangan.
“…aku rasa…”  Suara dia tersekat.  “…dada aku…”  Tangan dia naik ke dada.  “Sakit…” 
Sudah… jangan dia pengsan dekat sini.  Aku tak ada hati lagi nak bagi pada dia.
“Lifh…”  Suara Fendy cemas.  Dia paut bahu Khalifh.  Memang dia Khalifh.  Sekilas aje aku dah kenal. 
“Kau okey tak ni?” 
Khalifh angguk.  Hati aku menjerit.  Tak, awak tak okey, Encik Drakula.  Muka awak pucat.  Kita dapat rasa awak tak sihat.
“Tu…”
“Ya…”  Aku tahu Fendy nak panggil nama aku tapi cepat-cepat aku menyahut.  Tak nak, sebutan TUAH tu habis. 
Kalau kata lepas aku hilang ni dia nak panggil aku Tuah Nur Khalifah binti Tuan Khairul pun tak apalah.  Nak jerit satu dunia pun, jeritlah.  Tapi, tunggu aku lari jauh-jauh dulu.  
Help me…” 
“You nak I buat apa?”  Aku terpinga-pinga.  Nak tolong apa? 
“Papah Khalifh duduk…”
Jadinya?  Aku kena papah lelaki ni duduk?  Hey, tak nak aku.  Habis tu apa guna badan dia besar dan tegap tu kalau aku yang kena papah Khalifh yang juga besar, tinggi tu?  Reputlah belikat aku.
“Err… you ajelah.  Sini, I tolong tarik kerusi…” 
Aku terus tarik kerusi dan Fendy terus dudukkan Khalifh.  Dia pun turut sama labuhkan duduk.  Wajah dia nampak cuak. 
“Aku dah cakap, kau baru keluar spital, rehat dekat rumah dulu.  Nanti dah sihat, kita cari dia sama-samalah…”
Dup… kelajuan degupan jantung aku bertambah. Aku tunduk sedikit merenung mereka berdua.  Sekarang ni, aku dah jadi macam halimunan.  Tak ada siapa nampak. 
“Aku rasa aku tak jauh dengan dia.  Even right now… I feel like she’s here.  Beside me…” 
Aku yang terpacak di belakang Khalifh menapak ke sebelah Fendy.  Keluar daripada zon bahaya. 
“Alifh…”  Keluhan Fendy berbaur kesal.  “Kau tak sihat ni.  Balik ajelah.  Kan mummy kau telefon tadi suruh balik.  Tak pun mari aku hantar…” 
Khalifh geleng.  Dia hela nafas dalam-dalam dan memejamkan matanya rapat namun wajah dia bergerak ke kiri dan kanan, bagai cuba mengesan sesuatu. 
“Lifh…” 
Khalifh buka mata bila Fendy memanggil.  “Balik jom…”  Fendy dah bangkit tarik tangan Khalifh.  Tapi, Khalifh masih tak berganjak. 
“Dy, please…” 
“Aku nak cari dekat mana?”  Fendy dah mengeluh. 
Aku rasa aku mula tahu diorang cakap tentang siapa.  Ini haa… depan mata ni.  Tapi, nak mengaku tu tidaklah. 
“…tak ada maklumat sangat.  Aku tanya nama tak nak bagi tahu.  Cari yang tak ada.  Kalau tahu nama senang aku jejak dekat mana.  Entah-entah, kau cari ni orang tak wujud tak?”  Fendy buat rumusan sendiri. 
Satu perkara, aku hela nafas lega.  Lega amat.  Tak tahu apa sebabnya Khalifh tak bagitahu Fendy nama aku tu.  Biarpun dia hanya tahu nama Tuah, tapi berapa orang yang ‘berTuah’ tu dalam dunia ni. 
Nama dia…”
Aiseh, dia nak cakap sekarang ke?  Aku renung Khalifh tapi bila dia pandang aku, cepat-cepat aku pandang Fendy di sebelah. 
Nama dia…” 
Bola mata aku dan Khalifh bertentangan sekali lagi.  Kali ini adalah beberapa saat.  Buat-buat aku pun teruja nak tahu nama yang bakal dia sebut tu.  Dan rasanya, elok dia sebut aku akan buka langkah seribu.  Tapi… Khalifh geleng.  Dia tak nak bagi tahu.  Sekali lagi.  Aku lega. 
“Lehhh… habis tu?”  Wajah Fendy dah berubah. 
Khalifh pulak masih mengusap bahagian dadanya.  Nampak sakit dan wajah dia pun bertambah pucat. 
“Biarlah…”  Khalifh menggeleng.  “…Aku yakin, dia sendiri akan datang menyerah diri…”
Amboi… ayat puitis Khalifh tu aku tak boleh nak terima akal.  Ada ke aku nak serah diri macam tu aje pada dia?  Dia ingat aku ni tebusan?  Oh, please.  Mohon Allah jauhkan bala sebesar ni. 
Bibir Fendy senyum sinis.  “This is your first time.  This is the first time I’d see you like this, Nik Khalifh.  Jatuh cinta?”  Sinis Fendy menyoal. 
Aku pandang bibir Khalifh.  Saja nak tunggu jawapan dia sebelum angkat kaki ni.  Bibir Khalifh herot dengan senyuman.  Dia kedipkan mata beberapa kali.  Kemudian, nafas tenang dihela panjang.  Matanya silih berganti memandang pada aku dan Fendy. 
“Bukan cinta…”
Okey, Tuah.  Dia kata bukan cinta. Jadinya, awak selamat dan tiada apa nak dirisaukan.
Ada sesuatu yang kau tak akan tahu, Dy… tak akan.”  Aiseh, pulak dah dia ni.  Fendy gelak halus bersama gelengan kecil.  Tak percaya Khalifh cakap macam tu agaknya. 
Entahlah.  Aku tak kenal Khalifh sangat.  Rasanya, Khalifh dah nampak tenang tu.  Tangan dia pun dah tak mengurut dada lagi.  Aku tarik kerusi dan duduk di antara mereka berdua. 
“Encik Fendy, I nak balik dulu.”  Aku sengih.  Sejak daripada tadi nak menyampuk tak jadi.  Ini baru ada ruang sikit bila masing-masing diam membuang pandang. 
Mata Fendy tepat merenung aku.  Wajah dia suram.  “I hantarkan?”  pelawanya tapi aku menolak sopan. 
“You ada kawan.  Better hantar dia balik.  I tengok wajah dia pucat sungguh.”  Seraya itu aku bangkit, membetulkan beg di bahu kanan.  Edisi terhad daripada Flying Nomad. 
“I datang rumah you lepas kerja…”
Nope…”  Aku membantah.  “I will be too late…”  Senyuman tawar terukir.  Aku dah sedia nak menapak.  Fendy bangkit.  Hanya Khalifh masih duduk memerhatikan kami.  By the way, perhatikan aku aje. 
You take care.  Nanti I datang jenguk you esok.”
Aku senyum.  Tak angguk tak geleng.  Dalam hati berkata, datanglah Fendy.  Kita tak akan ada dalam rumah tu lagi.  Keputusan nekad dah dicapai sejak pertama kali tahu yang mereka berkawan. 
“Errr…”  Suara Khalifh menahan langkah aku.  Terus aku pusing kepala pada dia.  Mengukir senyuman tipis, bertanya dalam diam apa yang dia nak katakan buat kali terakhir ni.  Eleh, macam yakin aje, kan?  Ini kali terakhir jumpa dia. 
Do we know each other?”  Soalan itu lagi.  Khalifh bangkit, berdiri di sebelah Fendy. 
Tapi aku, tetap geleng.  Seulas senyum aku hadiahkan buat keduanya.  Dada aku pun rasa sakit menyucuk dah ni.  Tak tahulah kenapa.  Rasanya dah sihat. 
“Kau tak pernah kenal dialah, Lifh.  Dia jenis perumah…”  Sindir Fendy. 
Amboi, sesedap rasa dia cakap aku ni perumah tapi memang pun.  Dah hobi duduk di rumah, nak kata apa. 
“Tapi, kenapa aku…”  Kata-kata Khalifh mati.  Dia amati wajah aku tapi tak lama.  terus dia larikan pandangan.  Bahu Fendy dipegang.  “Aku tak boleh lupa dia!” 
“Aku faham…”  Tangan Fendy menepuk bahu Khalifh.  Mengangguk beberapa saat. 
“Err… tak boleh lupa siapa?”  Eceh, pandai pulak aku berbahasa iyer?” 
Orang yang pinjamkan hati pada dia,” jawab Fendy tersengih. 
Aku angguk.  Buat-buat tak faham sedangkan aku tahu segala apa yang terjadi. 
“Dia nak ucap terima kasih sendiri.  Tak senang duduk tak jumpa orang tu,” tambah Fendy. 
“Kalau kata dah jumpa orang yang bagi pinjam tu, nak buat apa?  Nak pulang balik?”  Sarkastik aku menyoal. 
“Hati ini bukan jenis yang boleh pulang balik, cik!”  Khalifh renung aku tajam.  Pandangan dia yang mula-mula tadi dah bertukar kosong.  Dia pandang aku macam tak ada apa dah.  Seperti yang sepatutnya.  Dah bosan kot dengan aku.  Jahat.. jahat…  Aku tak kata dia, tapi akulah. 
“Hati ni jenis yang jadi harta punya!”  bidas dia keras. 
Fendy kerut kening.  Aku menceber.  Itulah yang sebetulnya.  Again?  Okey, tugas aku selesai.  Setakat nak ucap terima kasih, berkali aku dah jawab… sama-sama.  Sampai masa, hati itu akan kembali pada pencipta. 
Wish you all the best, guys.  Bye… Assalamualaikum…”  Tangan aku naik melambai mereka berdua.  Tak lupa pada Rico yang baru saja keluar nak hantar pesanan. 
Langkah kaki menapak tenang.  Sekali pun aku tak berpaling lagi tapi aku tahu, mata Khalifh dan Fendy tetap merenung aku. 
Dan, itu kali terakhir aku jumpa mereka semua.  Lepas tu, aku hilang tanpa jejak.  Dekat Rozie pun aku hanya cakap aku nak bercuti lama.  akan kembali andai Allah izinkan tapi waktunya, aku sendiri tak tahu. 
Setahun berlalu.  Aku pandang mama semula setelah ingatan pada peristiwa terakhir itu berlalu daripada kepala. 
“Kalau kata dia masih cari Tuah?” 
Impossible, ma…”  Aku senyum herot.  “Tuah sendiri tak pernah ingat dia dalam setahun ni, masakan dia nak ingat Tuah?”  Iyer ke tak pernah ingat?  Iyer kot.  Tak pernah fikir pun pasal dia. 
Aku ni jenis begitulah.  Yang berlalu, biarlah berlalu.  Malas nak ingat. 
Nothing is impossible, Tuah… but Allah know the best for you and him…” 
Aku gelak menerima kata-kata mama.  You and him?  Macam aku pernah bercinta dengan dia tu pulak. 
Past is past, ma.”  Aku sengih meleret.  “I have nothing to do with him…” 
Tapi, wajah ma serius.  “You might be forget it but not me…”  Ma geleng.  “He has your heart…”
Tiba-tiba, dada aku rasa menyucuk.  Aku tak lupa tu tapi aku paksa diri aku lupakannya.  Sekarang ni, rasa bagai diseru-seru.  Aku pandang jauh ke depan. 

Mana dia sekarang?  Masih mencari ke?

~~> bersambung

RM says : It has been a month (kot) since I updated my blog.  Allah...saya banyak komitmen utk agama, keluarga dan negara juga diri sendiri >_<  Tapi, lepas ni pun update akan lambat sikit.  Selang berhari-hari(haraplah), takut nanti jadi berbulan parah.   Pada mulanya dah give-up nak buat cerita ni sebab pada awalnya lagi plot dah rosak.  My own mistake... hehh... Tapii, buat la selagi boleh taip. Apa2pun, terima kasih sudi lagi berjalan-jalan di blog saya utk terus menatap kisah biasa-biasa ni.  Ada masanya kepala saya pun tak tahu dah nak tulis apa... hehh.. 

Regards , May Allah bless.. 

38 comments:

  1. Pls teruskan... citer rm suma mnynth hatu sesangat... cinta biar saja ada baca banyak kali pun still sy nangis...

    ReplyDelete
  2. Pls teruskan... citer rm suma mnynth hatu sesangat... cinta biar saja ada baca banyak kali pun still sy nangis...

    ReplyDelete
  3. salam...lama dah tunggu...alhamdulillah ada jg n3 baru...bl tgk terus xcited nak baca...mcm biasa ia x mengecewakan...hope RM x stop stgh jln utk story nie ya...cuz sy mmg follow habis lah...frust lh klo xtau the end...plezzzz

    ReplyDelete
  4. Apa yg rosaknye...rasa ok je. Anyhow only RM knows what's best for her story

    ReplyDelete
  5. Yq rm .youre superb

    ReplyDelete
  6. penantian satu penyiksaan..thanks RM... BEST....

    ReplyDelete
  7. Emmm...mula2 pasrah jer bila rehan kata nak stop kan cerita nie... Tp dlm hati masih bhrp kalau takpun rehan smbg sikit..make it a short one... Just smbg a few chap, then END.hari ni buka blog ada new n3, Thx rehan....

    ReplyDelete
  8. slowly but surely...walaupon lambat sentiasa dinantikan..gambate RM!!

    ReplyDelete
  9. Terima kaseh RM, mmg senantiasa menunggu sambungannya!

    ReplyDelete
  10. Khalifh-Khalifa's healing takes time. same goes to u. take ur time, RM! :)

    ReplyDelete
  11. tq RM, saya akan sabar menanti...:) takpe dulu RM bagi kami kadang2 2 entry sehari , waktu RM tengah banyak urusan lain yg lebih penting ni dulukan yg mana lebih penting. Saya doakan yang terbaik untuk RM pada waktu2 macamni. Moga Allah beri kekuatan pada RM untuk hadapinya. aminn...:)

    ReplyDelete
  12. ilham mu sarapan pagi ceria ku... lebih bersemangat meniti hari ini..

    ReplyDelete
  13. Bangun pagi, cari fon,,fand suprised!! Ada hadiah from kak rehan,,thanks..
    Really love it,,

    ReplyDelete
  14. ada....rasa.....bahagia...yuhuuuuuu..aaaaaaakhirnyaaaaaaaaaa.........

    ReplyDelete
  15. Aduh RM. Saya pun ikut sakit dada ni.......

    ReplyDelete
  16. best lah rehan...akhirnya ada sambungan juga.
    thanksssssssssss..rehan.

    ReplyDelete
  17. akhirnya ada n3 baru utk citer nie....best sgt2

    ReplyDelete
  18. RM..
    Saya rasa mcm hati saya pun mcm ada sakit bila..
    RM ckp da tak mau sambg cite ni..

    bile bce balik cte ni..
    baru igt balik, nama hero cite ni ada nik...
    hati rasa mcm diseru2 untuk tahu ending..
    mungkin sbb sy tgh tgu nik yg saya kenal untuk buat cara yang sma mcm nik khalifh jugak kot..

    anyway RM..
    saya tak kesah RM update lambat ke cepat ke..
    yang penting kesudahan nik khalifh ni sy nak tahu..

    saya percaya setiap nik ada kisah hidup masing2..

    gudlak RM

    ReplyDelete
  19. Yeahhh..tuah dh kmbali...sungguhlah cita ini brtuah krna sntiasa ada pmbaca yg menyokong. Jgn hentikan sis,nk tau ending nya jd mcmne

    Along eza

    ReplyDelete
  20. Horeyyy...Tq RM for the n3. Heeee.........

    ReplyDelete
  21. sungguh betuah mengenalimu RM...
    plzzzz bab seterusnye.. :)

    ReplyDelete
  22. akak...jgnlah buat kami trtunggu-tggu lg

    ReplyDelete
  23. Xnk jadi sileNt reader dh...yeeeaaaayyyy...telah lama ku tunggu..sebbeek ada smbungn lagi...more plssszZ

    ReplyDelete
  24. Tq rm..tuk n3 nie....
    Terbaek...

    ReplyDelete
  25. TQ RM.. Lama dah jeling jeling blog niy just nasib baik tak juling akhirnya adelak n3 .. moga ALLAH bagi idea mencurah2 kat RM aamiin.. :-)

    ReplyDelete
  26. Alahai thanks RM lamanya duk tunggu. Terubat rindu.

    ReplyDelete
  27. after patiently waiting for almost a month..
    at last a new entry to greet the day
    anyway rm, if possible please check the grammatical error before posting as it affect the reading mood
    anyway keep up the ideas flowing..

    ReplyDelete
  28. hari2 buka blog ni nak tngok entry baru n akhirnya harini ada.. thanks kak RM.

    ReplyDelete
  29. penah menunggu but its worth. thanks a lot kak RM. just go with the flow :)

    ReplyDelete
  30. akhirnya ada lgi entry baru..thanks RM

    ReplyDelete