Thursday, October 24, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 11

KERANA sekaki payung.  Boleh tak aku karang sebuah cerita dengan tajuk tu?  Macam menarik, kan?  Lepas tu cerita tentang aku dan Khalifh.  True storyNot just a fiction tahap lima.  Aku pandang skrin notebook.  Melayari internet cari kerja.  Padahal saja.  Semata melarikan pandangan daripada renungan Rozie yang penuh syakwasangka. 

“Kau pergi mana malam semalam?”  Dua kali dah soalan itu berdengung.  Aku tetap tak bagi jawapan.  Sebenarnya, tak ada jawapan.  Tak tahu nak susun jawapan macam mana.  Nanti Rozie syak bukan-bukan. 
“Tuah!”  Rozie bangkit bercekak pinggang.  Barulah aku berpaling memandang dia. 
“Kita ada hal sikitlah, Rozie.  Kan kita dah bagitahu awak...”  Keluhan tipis dilepaskan.  Memang aku ada hal.  Hal pengsan aku dalam hujan.  Dramatik macam Hindustan. 
“Serius la, Tuah.  Kau pergi mana?  Aku balik pagi semalam kau tak ada.  Tiba-tiba, kau muncul bila ada orang hantar.  Siapa tu?  Kau jangan cakap kau tidur rumah jantan mana-mana, Tuah...”
Hah?  Excuse me!  Aku renung Rozie tajam.  Sampai hati dia telah aku buat benda bukan-bukan tu.  Mana aku pernah.  Teman lelaki pun tak ada ini nak keluar dengan lelaki.  Okey, aku terima Khalifh tu lelaki tapi bukan teman lelaki.  Besar beza tu. 
“Kita tak buat kerja jahat gitulah, Rozie.  Sungguh.  Allah tahu tu.  Tak baiklah awak tuduh kita macam tu...”  Aku minimize window google chrome dan aku biar notebook disitu.  Bangkit membawa langkah ke bilik. 
Letihlah dengar Rozie membebel.  Sakit telinga kita.  Dahlah kita sakit kepala ni.  Hari tu, beria dia larang Khalifh jangan hantar dia, tapi Khalifh berkeras.  Lepas tu dalam kereta...
Hailah... aku rebahkan diri di atas tilam bujang ni.  Selesa biarpun kepala masih sakit.  Teringat hal dua hari sudah, memang boleh buat jantung pulak tak sihat. 
Akhirnya, terbukti  keputusan aku benar. 



KERETA meluncur tenang.  Aku pun tak tahulah macam mana Khalifh boleh bukak kereta dia yang terkunci malam tragedi tu. 
“Err... awak marah ke?” 
Aku geleng dengan pertanyaan Khalifh.  Elok-elok aku diam, kenapa nak cakap aku marah?  Marah sungguh nanti. 
“Muka ketat?”  Dia senyum tipis. 
“Kita kan tak sihat...”  Tanpa nada, aku menjawab.  Aku buang pandang ke luar.  Lengang jalan.  Selengang kepala aku ni. 
“Saya minta maaf,” ujar Khalifh tiba-tiba.  Aku terus pandang dia  yang sememangnya tengah pandang aku. 
“Kenapa minta maaf?” 
“Rasa bersalah pulak...”
“Sebab?”  Rajin pulak aku menggiat.  Khalifh senyum tipis dan memandang ke jalan raya semula. 
“Saya rasa saya susahkan awak pinjam payung, sampai awak pitam terus.  Tapi, bila doktor kata awak tak apa-apa, lega hati saya...”  Khalifh urut dada dan lepaskan nafas tenang.  Tanda dia benar-benar lega. 
“Tak apa... awak kesusahan.  Kita bantu mana perlu aje.  Jangan nak minta maaf...”  Memanglah.  Dia tak salah pun sebenarnya.  Kalau nak kira salah, akulah kot yang salahnya.  Rajin sangat pergi ke luar pagar dalam hujan tu kenapa? 
Bajet macam Hindustan?  Ataupun Korea?  Oh tidak.  Otak aku ni bukan jenis fiction tahap jingga.  Tak pernah berharap pada kisah cinta seindah Cinderella atau semanis Snow White.  Tak mungkin juga seperti Rapunzel dan Beauty and The Beast sebab aku tak dikategorikan sebagai Beauty dan Khalifh pulak jauh sekali nak digelar The Beast. 
Itu kisah dongeng tapi aku ni nyata.  Parut dekat perut aku ni ada aje lagi.  Terang terentang. 
“Tak apalah.  Saya minta maaf jugak...” 
Aku angkat kepala.  Mengerling pada Khalifh yang masih merenung jalan raya.  Mata  yang jarang sekali berkedip.  Tak masuk habuk ke? 
“Kita maafkan... harap lepas ni...”  Kata-kata terhenti beberapa saat.  Mencari ayat yang sesuai tapi tak jumpa pulak sampai Khalifh menyoal. 
“Harap apa?”  Dia senyum.  Masih lagi tak pandang aku.  Aku pun dah pandang ke depan.  Membetulkan shawl yang membaluti tubuh.  Sejuk. 
“...harapnya, kita tak jumpa lagi lepas ni?” 
Teruk Khalifh brek mengejut.  Mujur tak tersungkur pada dashboard.  Apalah dia ni? Matanya tepat merenung aku.  Tanpa senyuman. 
“Errr...”  Aku kehilangan kata.  Tapi, lepas Khalifh kembali senyum, aku hela nafas lega. 
“Saya faham...”  Dia mengangguk. 
“Kan awak pun nak cari orang yang awak nak cari tu?”  giat aku.  Khalifh gelak.
“Dia?” 
Angguk.
“Dia bukan sesiapa...” 
Dang!  Aku rasa nak  hantuk kepala pada dashboard biar amnesia dan lupa terus apa yang pernah jadi.  Dia tak pernah ada niat bersungguh nak cari aku.  Dan, pertemuan ini adalah pertemuan tak terduga.  Biarlah begitu dan aku akan kekal berahsia. 
Hai... dalam tak sedar aku mengeluh.  Itu peristiwa dua hari lepas dan sekarang rasa lega sikit.  Kerja masih tak ada ni.  Bukan tak ada tapi aku rasa malas lagi.  Bajet banyak duit dalam bank.  Banyak sekalipun, kalau hari-hari tarah, meratalah ia. 
Aku capai sebiji bantal hendak ditekup ke muka bila telefon berbunyi.  Lagu skema aje.  Tak tukar lagu lain.  Malas.  Tanpa melihat pada skrin, aku terus lekapkan ke telinga.  Paling tidak pun, ma... sebab ini nombor baru.  Tak kan Rozie pulak?  Fendy mana dia tahu.  Tak pernah jumpa lagi lepas setahun dulu. 
“Ma...” 
Aku terima tawa di hujung talian.  Suara parau lelaki.  Bukan ma yang pasti.  Pantas aku bingkas bangun.  Duduk memandang skrin telefon.  Nombor yang tak ada dalam senarai.  Siapa? 
Errr... who’s on the line please?”  Sopan dan tetiba. 
“Me...”  Ketawa lagi. 
Kali kedua dia ketawa, aku dah boleh cam siapa dan daripada mana dia dapat nombor telefon aku ni?  “Awak curi nombor telefon kita, ya?” 
“Eh, curi ke gitu?”  Suara Khalifh kedengaran tegang. 
True...”  Memanglah mencuri kalau tak minta izin.  Tahulah telefon aku ada pada dia tapi janganlah ambik curi-curi.  Kalau nak sila minta. 
“Kalau gitu, saya minta maaf...”  Ya, dia memang murah dengan kata-kata maaf. 
Ermm... dah tahu nak buat macam mana lagi, kan?” 
Kami sama-sama diam.  Khalifh rasa bersalah kali.  Aku pula tak tahu nak kata apa.  Terkejut satu hal. 
“Boleh saya tanya?” 
Aku diam.  Malaslah nak bercakap. Aku letih ni.  Sungguh.  Dengan bebelan Rozie dan campur pulak dengan soalan demi soalan daripada dia. 
May I?”  Sekali lagi dia tanya. 
“Iya... boleh.”  Rendah perlahan aku membalas.  Dengan suara letih.  Letih sungguh.
Khalifh ketawa kecil di hujung talian sana.  “Err... saya rasa saya pernah jumpa awak.  Dekat mana, ya?”  tanya dia.  Entah kali ke berapa. 
Sudah.  Ini mesti dia ingat masa aku dengan Fendy dulu ni.  “Err... iya ke?  Kat mana?  Saya tak ingat pun...”  Sajalah aku berbahasa menutup resah.
“Tapi, saya ingat dengan baik...” 
Okey, kalau kata dia ingat pertemuan antara kami dan Fendy sehari sebelum aku letak jawatan dulu tu, tak apa.  Jangan peristiwa di...
“Hospital kot,” duga Khalifh. 
Aku ketap bibir.  Allah... jangan.  Aku tak sudi, aku tak sedia.  Bukan sekarang. 
“Awak nurse ke?”  Telahan dia tersimpang jauh. 
Setelah damaikan nafas dan jiwa, aku menjawab, “Bukan... kita tanam anggur.”  Memang itulah hakikat.  Aku tak kerja sekarang. 
“Sungguh?” 
“Iya...”
“Waaa...”  Suara Khalifh teruja.  “Maknanya awak hidup sendiri, tak kerja... anak orang kaya la ni, ya?”  Dia gelak ingatkan aku main-main. 
“Mana adalah.  Ma kita cikgu aje...”  Pap... aku tekup mulut.  Allah, tersasul.  Kenapa aku bagitahu dia?  Apa yang aku dapat nanti. 
“Tahu...”  Dia berjeda dua saat.  “Aunty dah bagitahu saya malam tu...”
Allah, ma pun.  Rajin sangat bercerita pada orang tak kenal kenapa?
“Kalau awak kata kita tak pernah jumpa, tak apalah.  Saya pun lupa.  Boleh jadi sebab saya terlalu mencari seseorang kot...sampaikan semua orang pun saya rasa dia...”  Kali ini, tawa Khalifh tawa kecewa. 
“Errr... siapa?”  Menyibuk pulak aku. 
Khalifh lepas gelak.  “Bukan sesiapa pun.  Just wanna see her and say thanks.  That’s all...” 
Hah?  Itu aje?  Itu aje?  Jadinya, memang aku tak akan ngakulah jawabnya.  Keputusan aku tepat.  Dah dua kali dia cakap ‘dia’ tu bukan sesiapa pada dia.  Jadinya, buat apa aku nak jadikan diri aku ni ‘seseorang’ pada dia pulak, kan? 
“Oh, maknanya bukan orang yang penting la, kot...” 
“Pentinglah... dia dah bantu saya.  Nak ucap terima kasih aje atas jasa dia,” ulang Khalifh. 
“Lepas ucap terima kasih?”  Tenanglah hati... tenang.  Memang ini yang aku nak.  Biarlah kami menjauh kerana memang daripada awal, aku tak nak dia terikat budi dengan aku.  Senang macam tu.  Lepas ni, aku tukar nombor telefon lagi. 
“Ermm, dah cakap terima kasih, cukuplah tu...” 
“Kalau gitu, doakan aje dia, dah cukup rasanya...”  Candangan bernas aku dah keluar.  Kot kata dia doakan aku pun elok jugak.  Doakan aku sentiasa sihat.  Temui jodoh yang baik. 
“Memanglah dia pernah cakap, dia ikhlas dan dah jawab sama-sama tapi rasa nak juga cakap bila dah sihat ni.  Tapi, kalau awak kata doa itu sudah memadai saya rasa nak berhenti cari dialah...” 
Senang. 
Memang senang keputusan Khalifh tapi kalau aku pun, buat apa cari pada orang yang tak sudi ditemui.  Andai kata dia nak muncul, biarlah dia muncul sendiri.  Tak larat kaki nak berlari setiap kali pun. Sampai bila nak mencari?
Tapi, hati aku menipu aku lagi. Hati aku menangis. 
“Err... awak tak sihat ke, Khalifah?”  soal Khalifh prihatin. 
Aku cepat-cepat raup wajah.  Ketawa kecil sebelum menjawab.  “Mana ada.  Kita dah okey.  Terima kasih sudi teman kita hari tu.” 
Terima kasih sudi selimutkan kita.  Sedih hati aku menyambung. 
“Saya sebenarnya telefon cuma nak tanya khabar.”
“I’m just fine... thank you!”  Cepat aku balas.  Tak sabar dah nak letak telefon ni. 
“Dan rasanya saya nak berhenti cari orang sebab saya dah temui seseorang...”  Kata-kata Khalifh sekadar mendatar tanpa rasa teruja atau gembira.  Namun, menusukkan ke hati buatkan airmata aku menitis. 
Aku ingat gurauan dia pada aku dulu.  Aku ingat kembali tapi memang tak akan  menjadi.  Aku tahu sejak dulu dan terbukti kini. 
“Awak tak akan carilah dia tu...”
I stop by now...” 
Aku terus matikan talian telefon.  Khalifh mengayat aku tadi tu.  Aku tahu.  Dia nak lupakan Tuah dan nak datang pada Khalifh setelah pertemuan dua kali.  Tanpa dia tahu, Tuah dan Khalifh tu ada nama lain di tengah-tengah, iaitu NUR dan aku rasa aku nak pakai nama Nur pulak lepas ni. 
Lepas tu masuk SMS dia. 


Nape?  Sy dh lama mencari.  Bila jmp, xd masa nk kelek ke hulur ke hilir.  Umo
dah lama.  Kalo sudi, kita kenal.



Allah... mudahnya dia pujuk rasa.

~~> bersambung

RM says : sebelum tiba masanya, kita perang hingga sampai masa.  Allah bless... 

31 comments:

  1. tuah rajuk dlm diam!... tau takut khalifh tak nak cari dia lagi... saje je khalifh memainkan perasan tuah, ya!...

    ReplyDelete
  2. emmm..moga terbuka hati Tuah nak sambut salam kenal Khalish..sendri lari sendri sakit plak Tuah nih..sigh..

    ReplyDelete
  3. best citer nie...hope RM bleh sambung lg...
    tuah n khalifh sweet sgt....

    ReplyDelete
  4. comellah khalifh ni

    ReplyDelete
  5. rasa-rasanya macam Khalifh tu tahu je Khalifah tu Tuah..asyik tanya kita pernah jumpa ke...

    ReplyDelete
  6. Alahai hati Tuah yg tinggal separuh pun pandai merajuk ya....
    tapi rajuk dalam diam ni lagi parah...hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah..heroin kita main tarik2 tali dlm,diam nie

    ReplyDelete
  8. cepat2 masuk konflik. tak sabar dah.

    ReplyDelete
  9. sib baek nama ader 3.. kalo nama ade 2 jer.. sure kena guna nama bapak lah si tuah ni... hihihi

    ReplyDelete
  10. #Khalifh dh tahu kan? kan?
    saja nak mainkan perasaan #Tuah #Nur #Khalifah kan? kan?

    tapi RM ... I've been there.. huhu so direct & pure.. innoncent sgt! :-)

    ReplyDelete
  11. khalifh mengayat.. lebihkan sikit bunga2 tu..

    ReplyDelete
  12. thanks byk2 rehan......lamer akak menunggu sambungan. Harap kesudahan yg baik antara mrk. Masing2 memendam rasa tu.....

    ReplyDelete
  13. Daebakkkk!!!!! I love ur writing kak RM :-)

    ReplyDelete
  14. Warghhh!!!! tuah jwp apa yer??? Rm cpt2 smbung.. nice story, nice writter :)

    ReplyDelete
  15. adakah..khalif kenal tuah sebenarnye....jeng3x

    ReplyDelete
  16. sweet sgt2.. cpt2 sambung ea.... ;)

    ReplyDelete
  17. Salam..best..tak menghampakn..tapi hati ni rase sayu je..ni ke tuah rase?

    ReplyDelete
  18. Salam, best sgt RM tq

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...geramnya..semoga yg ini habis di blog.. sy in indonesia, disini cari novel RM susah sekali..TK, STK, ga tau bagaimana habisnya...jd sedih..saya peminat awak tau..love you so much
    Al

    ReplyDelete
    Replies
    1. ap susah....xde di indonesia...beli je online....jom ramai2 support karya RM...beli...jangan xbeli!!!

      Delete
  20. khalifh dah tahu tu tuah sebab tu dia berhenti mencari. nak cari buat apa bila dah ada depan mata...go go khalifh!

    ReplyDelete
  21. Sekarang jenguk seminggu sekali. Entry dh semakin slow .... Dulu2 hampir setiap hari mesti intai blog RM. Rindu gitu ...

    ReplyDelete
  22. tuah jngan la tolak tuah.. dah khalifh nak 2 terima je la..hehe

    ReplyDelete
  23. bl nk smbung lg ni RM....jenuh dh intai blog n hr2....rndu giler kt tuah&khalif nih....

    ReplyDelete
  24. tak de sambungan ke???

    ReplyDelete