FINA
sedang bersiap. Pelawaan Pa yed
diterima dengan hati yang rela. Malah bahagia berbunga-bunga. Luth pula mundar-mandir di depan bilik Fina.
Mahu dijengah, takut diherdik. Takut lagi mama dan ayah risau bila Fina
bertempik. Sudahnya, dia hanya tunggu di
depan pintu. Dia tahu mama dan ayah tak
izinkan Fina keluar tapi Fina, siapa mampu larang andai itu yang dia
berkenan.
Daun
pintu dibuka. Fina cantik mengenakan dress labuh berwarna merah garang. Kena dengan warna kulitnya yang putih. Luth hela nafas lega. Lega sebab pakaian Fina malam ni agak
sopan. Malah dress itu berlengan sampai siku.
Dada pun tak terdedah. Tapi,
dengan sanggup rambut tinggi, dah cukup buat Fina nampa k seksi.
“Hah,
kau!” sergah Fina seraya merapatkan daun
pintu. “Kau nak apa?” Dia mencebek lebar sambil membetulkan sanggul
rambutnya.
“Kau
nak keluar, ya?”
“Kau
nak ambik tahu, apa hal?” Matanya
menjeling tajam pada Luth.
“Dengan
bos kau?”
Fina
diam tak menjawab. Bosan. Bila-bila masa Payed akan sampai ni. Dia dah terlalu teruja.
“Kau
tak kenal dia lagi. Baru sehari kau
masuk kerja, dia dah ajak kau keluar.
Kau pulak setuju.”
“Eh, bukan kau ke yang cakap aku kena ikut
jadual kerja bos aku. Ada masan ya
kena balik lambat, out-station…” Bibir Fina tersungging dengan senyuman
sinis.
Luth
pejam mata. Seboleh-bolehnya dia nak
perlahankan suara. Dia tak nak mama dan
ayah dengar dia sedang bertekak dengan Fina.
“Ya, memang aku cakap tapi ur usan
kerja aje. Luar waktu kerja, tu tak
betul, Fina. Lagipun, kau tak kenal dia
lagi.”
“Dah
tu, kau kenallah dia? Gitu?” selar Fina marah.
Terdiam
Luth beberapa ketika. Dia tak kenal
Payed macam mana tapi apa yang dah terjadi antara dia dan Payed sudah cukup
untuk buat dia nilai lelaki itu jenis macam mana. Lelaki yang jenis mendambakan wanita hingga
ke dalam pelukan atau lebih teruk lagi hingga ke atas ranjang.
“Fina, call dia cakap tak jadi. Esok ajelah jumpa. Lagipun, dia ada meeting esok…”
Fina
menggeleng tak puas hati. Clutch dipegang kemas. Rasa nak hentak aje dekat kepala Luth. Biar sedar sikit yang dia PA Payed, bukan
Luth.
“Tepilah
kau…” Tubuh Luth ditolak. Malas dah dia nak layan Luth. Penyibuk nombor satu. “Aku tahu jaga dirilah…” Fina terus menapak turun menuju ke ruang
tamu.
Luth
hanya memanang tak lepas pada kakaknya.
Kakak yang dia sayang tapi kenapa hubungan mereka makin keruh. Salah ke dia ambil berat. Tak kan
nak tunggu dibaham oleh jerung bern ama Payed tu
baru nak kesal?
Dia
berlari ke dalam bilik. Telefon bimbit
dicapai dan sebaris nama dicari. Setelah
beberapa kali deringan, suara Payed bergema dalam kepala.
“Apa
yang buat awak call saya ni? Terkejutnya…”
Payed gela k. Diperlahankan kenderaan, signal dinyalakan dan dihentikan di bahu jalan. Hands-free
tak bawa. Bahaya memandu tanpa hands-free.
“Luth,”
panggil Payed bila Luth diamkan diri.
Dia tahu, sangat tahu kenapa Luth telefon dia. “Awak kenapa call saya? Ada hal ke?”
“Ehem…
boleh kita cakap kejap?”
“Boleh,”
jawab Payed sepatah. Dingin!
Luth ketap
bibir. “Encik Pa yed
dekat mana? Kalau kata memandu, boleh
berhenti tepi jalan kejap. Nanti
bahaya…”
Payed
senyum. Tipikal gadis baik macam
Luth. Ambil berat biarpun diri sendiri
memberontak. Boleh jadi ini salah satu
lebih Luth pada matanya. Gadis lain
hanya tahu mendesak kalau dia lambat sampai dan kalau dia nak letak
telefon. Tapi, Luth siap suruh dia
berhenti tepi jalan.
“Saya
dah berhenti tepi jalan dah ni.
Cakaplah,” suruh Payed tanpa nada.
“Encik Pa yed ajak kakak
saya keluar, kan ?”
“Ya…” Masih dingin.
Mencengkam hati Luth kemas.
Sakit.
“Boleh
tak call dia, kata tak jadi keluar?”
“Dia
dah siap ke?” Payed turut menyoal dengan
rasa teruja. Buat-buat teruja lebih
tepatnya. Luth gumam. Rasa kehilangan kata. “Kalau dia dah siap, cakap dekat dia kejap
lagi saya sampai. Jangan risaulah, saya
tak buat apa-apa. Dia pekerja saya. Saja nak raikan dia masuk kerja…”
“Saya
dulu tak pun,” bidas Luth gera m
dengan permainan dan helah Payed.
“You have my third-eye kiss,
Luth. Don’t you remember?”
Luth
terus raba dahi. Matanya terpejam.
“Itu
adalah tanda ucapan selamat datang daripada saya untuk awak? Atau…”
Payed berjeda. Nafas dihela. Berat.
Tak tahu kenapa, otak dia tak boleh nak bersih. Paling tidak, ada juga kesan celoreng
tu. Kotor!
“…awak
harapkan lebih lagi? Hrmm?”
Nada suara Payed langsung tak menunjukkan dia rasa bersalah.
Payed gela k sinis. Dia tahu Luth malu. Kalau Luth ada depan dia, pasti dia boleh
lihat mata bundar itu meredup dan wajah mulus itu memerah.
“Kalau
tak ada apa lagi, saya nak gera k
dah. Nan ti
lewat pulak. Saya dah janji dengan
kawan-kawan ni…” Payed mahu matikan
talian bila suara Luth memanggil. Tanpa
Encik yang pasti.
“Payed…” Nafas dihela tenang. “Apa perlu saya buat untuk Payed tak buat
kakak saya macam tu?” Luth tahu niat
Payed. Sebulan berada dekat, dah cukup
buat dia tahu siapa Payed secara kasarnya.
Pandangan Pa yed
tak pernah tak bern afsu. Luth tahu.
Dia aje buat tak tahu tapi mampu ke Fina buat tak tahu? Cuma dia tak pernah mahu menilai hati oran g, Cuma
berjaga-jaga.
“Lepas
apa yang hampir terjadi pada saya, macam mana saya nak percaya pada awak,
Payed?” soal Luth sedikit keras.
“Awak
dengan Fina lain-lain, Luth. Jangan
risaulah, saya tak hadap oran g
tak menyerah. Saya tak suka paksa biarpun
saya mampu…” Ya, dia mampu kalau dia
mahu. Dia hampir heret Luth masuk ke
bilik dan andai kata dia lakukan apa-apa pun, Luth tak boleh nak melawan. Tapi, saat akhir dia bagai tersedar. Daripada ada tanduk, tiba-tiba naik lingkaran
bulatan di atas kepala. Heh.
“Dia
kakak saya, Encik Pa yed…”
Aik… Encik
pulak? Payed simpan senyum. Direnung kereta yang bertali-arus atas jalan
raya. “Saya tahu. Lagipun, dia PA saya. Don’t
worry. Got to go. Bye…”
Talian putus. Luth terpempan
memandang telefonnya.
Allah…
lindungi Fina, Allah. Lindungi kakak
aku, wahai Tuhan. Telefon diletak di
tengah katil. Dia meraup wajah. Hati bertambah galau.
Gusar luth tapi sayang tak dihargai fina. Yang payed pulak saje nak balas dendam kat luth dengan tunjuk dia boleh dapat fina tu...geram kat payed
ReplyDeleteTak agree Luth sibuk macam tu. Cerita ajelah kat mak ayah dia perangai Payeed & kenapa Fina tak elok pergi. Senang macam tu.
ReplyDeletehu2....LUTH n PAYED...smapai hati payed dera Luth mcm ni
ReplyDeletesaja nk bg Luth cemburu, tapi hati sendiri yg sakit ...xmooooo hukhukhuk
Adoiii....
ReplyDelete-sj sab-
Ada apa yg di fikiran puan penulis....gerun
ReplyDeleteAda apa yg di fikiran puan penulis....gerun
ReplyDeleters cm nk cepuk2 je payed tu... sakit hati sgt2..... sian kat fiya.. si fina plak.. x pk ke org risaukan dia...
ReplyDeleteSaja la tu nk buat luth jeles. tapikan payed oi..nnt lg bengang la fina kat luth tu..
ReplyDeletehmmm ku relakan jiwa eh? told u previous title not suitable..
ReplyDeletehiks..
btw, ape rasa #payed bile #piya dipinang oleh utk #palee kan? hmm
even dlm sedar #piya rs tergugat dgn #payed dating ngn #fina..bkn sbb perangai #payed je pun.. huhuhu..
nak lagi pelishh... RM.. *blinking eyes*
XoXo FH
Wah...situasi yg sy tgu2 dh mari..nw it will b more exciting :)
ReplyDeleteWah...situasi yg sy tgu2 dh mari..nw it will b more exciting :)
ReplyDeleteoh mai.. kak rehan, knp payed buat luth mcm tu...
ReplyDeleteSje je payed ni nk dera emosi Luth kn...nk bg Luth jeles la tu... eii x sabar nk tnggu en3 Luth d pinang utk palee..jeles ke x c payed tu..
ReplyDeleteCant wait for next entry!!!
ReplyDeletex tau la fina tu bila la dia nak sedar luth sikit punya sayang dkt dia.... ap sebab fina dengki sngat dkt luth x kn sbb luth dpt attention lebih drpd parents dia n luth tu lg cantik dri dia?x kn sbb tu je kot dia nk dengki bagai... yg di payed nie pulak nak balas dendam la tuh sbb jealous luth dgn palee da rapat skarg... kau nnti payed tau yg nak pinangkan luth dgn palee mau meraung dia... hahah :D
ReplyDeleteKenapa jadi mcm ni???? Huarrrr!!!! :'(
ReplyDeleteheeee....geramnya dgn payed.....kot yerpun nak uji luth jgn lah buat perangai mcm tu.......
ReplyDeleteLuth dan fina berbeza.. someone yg luth rindu, maybe payed
ReplyDeleteDan hanya gadis yg bermata bundar itu yg payed rindu utk mengusik
Padanlah tu Fina n Payed. Both x boleh pakai. Tp mengapa
ReplyDeletepula rasa mcm nak Payed n Luth jd passangan????
setuju bebeno dgn awak...
DeleteSaya pon juge..
DeleteYanshi
Jiwa kacau ning.
ReplyDeletebila nk smbg ni????
ReplyDeletex sabar nak tau,
-ika-
Random pn bez
ReplyDelete