Monday, January 06, 2014

Cinta Yang Kucari (random)

FINA sedang bersiap.  Pelawaan Payed diterima dengan  hati yang rela.  Malah bahagia berbunga-bunga.  Luth pula mundar-mandir di depan bilik Fina. 
Mahu dijengah, takut diherdik.  Takut lagi mama dan ayah risau bila Fina bertempik.  Sudahnya, dia hanya tunggu di depan pintu.  Dia tahu mama dan ayah tak izinkan Fina keluar tapi Fina, siapa mampu larang andai itu yang dia berkenan. 

Daun pintu dibuka.  Fina cantik mengenakan dress labuh berwarna merah garang.  Kena dengan warna kulitnya yang putih.  Luth hela nafas lega.  Lega sebab pakaian Fina malam ni agak sopan.  Malah dress itu berlengan sampai siku.  Dada pun tak terdedah.  Tapi, dengan sanggup rambut tinggi, dah cukup buat Fina nampak seksi. 
“Hah, kau!”  sergah Fina seraya merapatkan daun pintu.  “Kau nak apa?”  Dia mencebek lebar sambil membetulkan sanggul rambutnya.
“Kau nak keluar, ya?” 
“Kau nak ambik tahu, apa hal?”  Matanya menjeling tajam pada Luth. 
“Dengan bos kau?” 
Fina diam tak menjawab.  Bosan.  Bila-bila masa Payed akan sampai ni.  Dia dah terlalu teruja. 
“Kau tak kenal dia lagi.  Baru sehari kau masuk kerja, dia dah ajak kau keluar.  Kau pulak setuju.” 
 “Eh, bukan kau ke yang cakap aku kena ikut jadual kerja bos aku.  Ada masanya kena balik lambat, out-station…”    Bibir Fina tersungging dengan senyuman sinis. 
Luth pejam mata.  Seboleh-bolehnya dia nak perlahankan suara.  Dia tak nak mama dan ayah dengar dia sedang bertekak dengan Fina.  “Ya, memang aku cakap tapi urusan kerja aje.  Luar waktu kerja, tu tak betul, Fina.  Lagipun, kau tak kenal dia lagi.” 
“Dah tu, kau kenallah dia?  Gitu?”  selar Fina marah. 
Terdiam Luth beberapa ketika.  Dia tak kenal Payed macam mana tapi apa yang dah terjadi antara dia dan Payed sudah cukup untuk buat dia nilai lelaki itu jenis macam mana.  Lelaki yang jenis mendambakan wanita hingga ke dalam pelukan atau lebih teruk lagi hingga ke atas ranjang. 
“Fina, call dia cakap tak jadi.  Esok ajelah jumpa.  Lagipun, dia ada meeting esok…” 
Fina menggeleng tak puas hati.  Clutch dipegang kemas.  Rasa nak hentak aje dekat kepala Luth.  Biar sedar sikit yang dia PA Payed, bukan Luth. 
“Tepilah kau…”  Tubuh Luth ditolak.  Malas dah dia nak layan Luth.  Penyibuk nombor satu.  “Aku tahu jaga dirilah…”  Fina terus menapak turun menuju ke ruang tamu.  
Luth hanya memanang tak lepas pada kakaknya.  Kakak yang dia sayang tapi kenapa hubungan mereka makin keruh.  Salah ke dia ambil berat.  Tak kan nak tunggu dibaham oleh jerung bernama Payed tu baru nak kesal? 
Dia berlari ke dalam bilik.  Telefon bimbit dicapai dan sebaris nama dicari.  Setelah beberapa kali deringan, suara Payed bergema dalam kepala. 
“Apa yang buat awak call saya ni?  Terkejutnya…”  Payed gelak.  Diperlahankan kenderaan, signal dinyalakan dan dihentikan di bahu jalan.  Hands-free tak bawa.  Bahaya memandu tanpa hands-free. 
“Luth,” panggil Payed bila Luth diamkan diri.  Dia tahu, sangat tahu kenapa Luth telefon dia.  “Awak kenapa call saya?  Ada hal ke?” 
Ehem…  boleh kita cakap kejap?”
“Boleh,” jawab Payed sepatah.  Dingin!
Luth ketap bibir.  “Encik Payed dekat mana?  Kalau kata memandu, boleh berhenti tepi jalan kejap.  Nanti bahaya…” 
Payed senyum.  Tipikal gadis baik macam Luth.  Ambil berat biarpun diri sendiri memberontak.  Boleh jadi ini salah satu lebih Luth pada matanya.  Gadis lain hanya tahu mendesak kalau dia lambat sampai dan kalau dia nak letak telefon.  Tapi, Luth siap suruh dia berhenti tepi jalan. 
“Saya dah berhenti tepi jalan dah ni.  Cakaplah,” suruh Payed tanpa nada. 
Encik Payed ajak kakak saya keluar, kan?”  
“Ya…”  Masih dingin.  Mencengkam hati Luth kemas.  Sakit. 
“Boleh tak call dia, kata tak jadi keluar?”
“Dia dah siap ke?”  Payed turut menyoal dengan rasa teruja.  Buat-buat teruja lebih tepatnya.  Luth gumam.  Rasa kehilangan kata.  “Kalau dia dah siap, cakap dekat dia kejap lagi saya sampai.  Jangan risaulah, saya tak buat apa-apa.  Dia pekerja saya.  Saja nak raikan dia masuk kerja…”
“Saya dulu tak pun,” bidas Luth geram dengan permainan dan helah Payed. 
“You have my third-eye kiss, Luth.  Don’t you remember?” 
Luth terus raba dahi.  Matanya terpejam. 
“Itu adalah tanda ucapan selamat datang daripada saya untuk awak?  Atau…”  Payed berjeda.  Nafas dihela.  Berat.  Tak tahu kenapa, otak dia tak boleh nak bersih.  Paling tidak, ada juga kesan celoreng tu.  Kotor! 
“…awak harapkan lebih lagi?  Hrmm?”  Nada suara Payed langsung tak menunjukkan dia rasa bersalah. 
Payed gelak sinis.  Dia tahu Luth malu.  Kalau Luth ada depan dia, pasti dia boleh lihat mata bundar itu meredup dan wajah mulus itu memerah. 
“Kalau tak ada apa lagi, saya nak gerak dah.  Nanti lewat pulak.  Saya dah janji dengan kawan-kawan ni…”  Payed mahu matikan talian bila suara Luth memanggil.  Tanpa Encik yang pasti.
“Payed…”  Nafas dihela tenang.  “Apa perlu saya buat untuk Payed tak buat kakak saya macam tu?”  Luth tahu niat Payed.  Sebulan berada dekat, dah cukup buat dia tahu siapa Payed secara kasarnya.  Pandangan Payed tak pernah tak bernafsu.  Luth tahu.  Dia aje buat tak tahu tapi mampu ke Fina buat tak tahu?  Cuma dia tak pernah mahu menilai hati orang, Cuma berjaga-jaga. 
Kening Payed naik.  Interesting.  Sayang sangat dekat kakak sampai tawar diri ni.  “Tak ada apa, Luth.”  Seperti tadi, Payed masih menafi.  “Kami keluar lepak-lepak aje.  Kenapa nak risau sangat?”  Masih lagi cuba berdiplomasi. 
“Lepas apa yang hampir terjadi pada saya, macam mana saya nak percaya pada awak, Payed?”  soal Luth sedikit keras. 
“Awak dengan Fina lain-lain, Luth.  Jangan risaulah, saya tak hadap orang tak menyerah.  Saya tak suka paksa biarpun saya mampu…”  Ya, dia mampu kalau dia mahu.  Dia hampir heret Luth masuk ke bilik dan andai kata dia lakukan apa-apa pun, Luth tak boleh nak melawan.  Tapi, saat akhir dia bagai tersedar.  Daripada ada tanduk, tiba-tiba naik lingkaran bulatan di atas kepala.  Heh
“Dia kakak saya, Encik Payed…”
Aik… Encik pulak?  Payed simpan senyum.  Direnung kereta yang bertali-arus atas jalan raya.  “Saya tahu.  Lagipun, dia PA saya.  Don’t worry.  Got to go.  Bye…”  Talian putus.  Luth terpempan memandang telefonnya. 

Allah… lindungi Fina, Allah.  Lindungi kakak aku, wahai Tuhan.  Telefon diletak di tengah katil.  Dia meraup wajah.  Hati bertambah galau.  

24 comments:

  1. Gusar luth tapi sayang tak dihargai fina. Yang payed pulak saje nak balas dendam kat luth dengan tunjuk dia boleh dapat fina tu...geram kat payed

    ReplyDelete
  2. Tak agree Luth sibuk macam tu. Cerita ajelah kat mak ayah dia perangai Payeed & kenapa Fina tak elok pergi. Senang macam tu.

    ReplyDelete
  3. hu2....LUTH n PAYED...smapai hati payed dera Luth mcm ni

    saja nk bg Luth cemburu, tapi hati sendiri yg sakit ...xmooooo hukhukhuk

    ReplyDelete
  4. Adoiii....

    -sj sab-

    ReplyDelete
  5. Ada apa yg di fikiran puan penulis....gerun

    ReplyDelete
  6. Ada apa yg di fikiran puan penulis....gerun

    ReplyDelete
  7. rs cm nk cepuk2 je payed tu... sakit hati sgt2..... sian kat fiya.. si fina plak.. x pk ke org risaukan dia...

    ReplyDelete
  8. Saja la tu nk buat luth jeles. tapikan payed oi..nnt lg bengang la fina kat luth tu..

    ReplyDelete
  9. hmmm ku relakan jiwa eh? told u previous title not suitable..
    hiks..
    btw, ape rasa #payed bile #piya dipinang oleh utk #palee kan? hmm

    even dlm sedar #piya rs tergugat dgn #payed dating ngn #fina..bkn sbb perangai #payed je pun.. huhuhu..

    nak lagi pelishh... RM.. *blinking eyes*
    XoXo FH

    ReplyDelete
  10. Wah...situasi yg sy tgu2 dh mari..nw it will b more exciting :)

    ReplyDelete
  11. Wah...situasi yg sy tgu2 dh mari..nw it will b more exciting :)

    ReplyDelete
  12. oh mai.. kak rehan, knp payed buat luth mcm tu...

    ReplyDelete
  13. Sje je payed ni nk dera emosi Luth kn...nk bg Luth jeles la tu... eii x sabar nk tnggu en3 Luth d pinang utk palee..jeles ke x c payed tu..

    ReplyDelete
  14. Cant wait for next entry!!!

    ReplyDelete
  15. x tau la fina tu bila la dia nak sedar luth sikit punya sayang dkt dia.... ap sebab fina dengki sngat dkt luth x kn sbb luth dpt attention lebih drpd parents dia n luth tu lg cantik dri dia?x kn sbb tu je kot dia nk dengki bagai... yg di payed nie pulak nak balas dendam la tuh sbb jealous luth dgn palee da rapat skarg... kau nnti payed tau yg nak pinangkan luth dgn palee mau meraung dia... hahah :D

    ReplyDelete
  16. Kenapa jadi mcm ni???? Huarrrr!!!! :'(

    ReplyDelete
  17. heeee....geramnya dgn payed.....kot yerpun nak uji luth jgn lah buat perangai mcm tu.......

    ReplyDelete
  18. Luth dan fina berbeza.. someone yg luth rindu, maybe payed
    Dan hanya gadis yg bermata bundar itu yg payed rindu utk mengusik

    ReplyDelete
  19. Padanlah tu Fina n Payed. Both x boleh pakai. Tp mengapa
    pula rasa mcm nak Payed n Luth jd passangan????

    ReplyDelete
  20. bila nk smbg ni????
    x sabar nak tau,

    -ika-

    ReplyDelete