“Don’t worry, my dear Luthfiya…” Tawanya masih tersisa. Dia mendongak memandang langit yang
kelam. “I won’t tell your future husband about that. Promise!”
“Kalau
Encik Payed nak bagitahu dia pun, saya tak boleh nak halang. Boleh jadi masa tu saya juga bersalah…”
“Sebab
buat saya tergoda?” duga Payed
pantas.
Luth
telan liur. “Maafkan saya kalau masa tu Encik Pa yed rasa tergoda
tapi ikhlas saya cakap, saya tak pernah terni at
nak goda siapa. Saya sedar diri saya
siapa. Saya sedar yang saya manusia tak
sempurna. Sebab itu kalau mampu, saya
nak cari hanya cinta abadi…”
“Saya
nak minta maaf pada awak, Luth. Maafkan
saya atas kejahatan saya. Saya tahu saya
manusia jahat…” ujar Payed mula sedar
diri bila beberapa kali terpukul dek kata-kata Luth.
“Saya
tak kata Encik Pa yed jahat…”
“Tapi,
oran g
cakap. Mummy dan abah saya cakap. Palee cakap.
Kawan-kawan cakap. Awak aje tak
cakap tapi mesti awak pun rasa saya gitu, kan ?”
telah Payed. Dia tersenyum
sinis. Tak payahlah tak mengaku,
Luth. Aku tahu aku ni jahat mengalahkan
puaka.
“Pada
oran g lain,
saya tak tahu tapi pada saya…” Bicara
Luth terhenti seketika. Benar apa yang
dia rasa selama ni. Dia tak pernah layak
menghukum sesiapa. “…pada saya, saya tak
pernah anggap Encik Pa yed jahat.
Cuma Encik Payed terpesong dan tersalah langkah aje. Siapa kita sebagai manusia hendak tentukan
yang jahat itu selamanya jahat dan yang baik itu akan terus kekal baik? Hanya Allah, Encik Pa yed. Tapi, kalau mampu, yang baik tu teruslah jadi
baik dan berbuat baik dan pada yang jahat itu berubahlah ke arah kebaikan
sebelum roh dijemput Tuhan. Saya
percaya, Encik Pa yed juga tak jahat. Cuma Encik Payed masih samar-samar nak cari
jalan pulang. Jalan menuju Tuhan. Jalan yang penuh dengan kasih, sayang dan
cinta,” sambung Luth panjang lebar.
Saat
ini, Payed benar-benar terduduk. Matanya
ternampak lagi gadis yang memejam mata menikmati hembusan angin di
beranda. Bayangan yang kian kabur kerana
matanya yang dirasakan berpasir.
“Bukan
cinta dunia. Tapi, cinta pada
Allah. Cinta yang kita semua patut
cari,” tambah Luth bila Payed langsung tak memberikan reaksi.
“Saya
dah berdosa kerana buat Encik
Pa yed tergoda kerana fitrah
lelaki, kehendaknya hanya pada wanita.
Sebab tu Islam menuntut kaum wanita ni menutup aurat yang boleh
mendatangkan syahwat pada lelaki tapi nampa knya,
Encik Pa yed
telah buktikan yang saya masih tak sempurna pemakaiannya. Masih lagi tak sopan di mana-mana. Untuk itu, saya juga minta maaf dan
percayalah, saya dah maafkan Encik
Pa yed. Dan…”
Bicara Luth kali ini bercampur sebak.
Tak tahulah kenapa. Hati dia sebu. Dada dia menyempit. Sesak nafasnya. “Saya tak pernah anggap ......
RM says : This is not an entry but a teaser to please you guys... rasa tak adil bila update dekat page fb saja. Kalian yang mungkin hanya singgah di blog juga berhak merasai.
semoga...
apa yang ditulis ini...
tak banyak pun...
mungkin sikit...
kita rasai...
hingga ke dasar hati...
ALLAH bless ^_^
Dush... Baru ingatkan ade bab baru.. Rupe2nye teaser.. Tapi xpe kah.. Blh melepaskan rindu kat luth ngan payed
ReplyDeleteThanks for the teaser. Cant wait for the next entry...
ReplyDeletekecanduan kisah luth dan payed..
ReplyDeletewwannur....
ReplyDeletecrta sebenar payed dgn luth jugak.. hehehehe pandainya akuu keng..kengg
RRRRMMMM.....n3
thank u RM. really appreciated it. suka sangattttt citer ni.
ReplyDeleteNape ada one dpn nama RM. Adakah mbawa maksud RM hanya 1 atau RM kerabat Wan.
ReplyDeleteabg Payeed...
ReplyDeleteneed more dear RM...
ReplyDeleteRM, sangat2 dihargaii...terima kaseh!!!
ReplyDelete~Aminah AR
Bl nk ada en3 br RM syggg...
ReplyDeleteBl nk ada en3 br RM syggg...
ReplyDeleteBaru dapat TTDA pg ni..x sabar nk baca!
ReplyDeletekak RM nak lagi boleh??? hehehe
ReplyDeleteterima kasih RM...kerana memahami....
ReplyDeleteha3.. pastinya x lma lg Payed akan trsungkur kerana ego sndiri..
ReplyDeleteBetol tu. Akak amat2 jarang on fb lebih suka bc kat blog jer.... byk2kanlah story kat blog ......rindu piya n payed.....
ReplyDeleteNishaaini
asal kali ni sya rasa RM sgt slow utk up kn n3 bru..rmai yg tertnggu2 stp n3 baru RM..
ReplyDeletepergh..ayat yg tersusun yg dilontarkan Luth mmg menyesakkan dada ..berhemah tapi makan dalamkan
ReplyDeleteLuth terlalu perfect. ....I like payed
ReplyDeleteLelaki 'nakal' perlu gadis pandai membelai fikirnya dan memaknakan yang dia sentiasa ada dan memahami. Another teaser for patching?
ReplyDeletekata rm sibuk x smpat buka fb tp asyik kluar kt fb je..kt blog ni bila lg dh nk brsawang dh...
ReplyDeleteTerkesan di hati
ReplyDelete