KETAWA
Luth meletus. Telefon masih melekap ke
telinga. Ada ke Encik Pa lee ni cakap macam tu.
“Okey
ke sepanjang saya tak ada? Ke dah
terbalik Menara Maju tu?” soal Palee
lagi. Berseloroh. Saja teringat dekat Luth saat memandu
memandangkan abah pun terlena.
“Kalau
bangunan ni terbalik, tak dapatlah bos nak cakap dengan saya…” Luth membalas berbasa-basi. Hadnya dia tahu. Tak mungkin dia langgar.
“Kalau
gitu, esok pagi-pagi saya masuk, ada meeting
dengan abah. Awak ikut sekali. Saya dah hantar SMS dekat Payed, dia tak
jawab pulak.” Palee diam dua saat. Baru dia teringat. “Speaking
of Payed, dah ada PA baru?”
“Alhamdulillah,
dah. Temuduga tu berjalan lancar
aje. Saya tolong sikit-sikit aje dan
Encik Payed nampa k
selesa. Kira okeylah tu.” Luth jawab tenang kerana dia tahu, Palee juga
tahu siapa Fina dengannya.
“Are okay with that,
Luth?” soal
Palee dan dia berani kerat jari yang Payed mesti terkejut beruk juga. Sengaja dia tak bagitahu Payed tapi hati dia
berjanji, dia akan jaga Luth moga tak terkena pandangan mata jahat abangnya.
“Sure, boss. Okay.” Luth tekan perkataan okey tersebut dalam
senyuman. Faham sangat dengan maksud
soalan Palee. Apa pun jadi, dia akan
okey. Biarpun Fina bakal mencari
masalah, dia tak akan menyerah kalah. Cuma,
risaulah tak lepas. Mengenangkan Fina yang
begitu dan Payed pulak begini. Entah
macam mana nanti.
“Glad to hear
that. So, see you tomorrow.” Bibir
Pa yed
terukir dengan senyuman. Dia pandang
kiri dan ternyata, abah sedang merenung dia.
Hancur. Abah dah senyum senget.
“Yes, sir. Saya tunggu bos balik esok…” Salam
Pa lee dijawab sopan. Telefon diletakkan dan saat itu, matanya
terpaku pada pintu.
Susuk
tubuh Payed tercegat di situ entah berapa lama dah. Tak mampu hendak dia tebak apa yang bermain
dalam kepala Payed saat ini. Apa yang
pasti, wajah Payed tak beriak. Marah ke,
sedih ke… Luth tak tahu.
“Ada masalah ke, Encik
Payed?” soal Luth tenang sambil tangan
masih ligat mengemas meja.
Masa
balik hampir tiba. Dia tak nak lewat. Dia tak nak lagi Payed hantar dia yang
separuh sedar ke rumah. Entah apalah
yang telah Payed buat padanya, dia tak mampu elak daripada memikir perkara
tersebut.
Tiada
jawapan. Payed tarik telefon bimbit
daripada poket seluar. Menekan nombor
telefon kawan-kawan rapatnya. Telefon
dilekap ke telinga dan beberapa saat kemudian, Payed bersuara dengan anak mata
merenung Luth.
“Tak
jadi malam esok. Malam ni. Aku bawa PA baru aku…” Lambat-lambat dia menyambung. “…as
the roses. Rose yang masih harum,”
ucap Payed tenang lantas dia berlalu tanpa berkata apa.
Meninggalkan
Luth terpinga-pinga.
FINA
sedang bersiap. Pelawaan Pa yed
diterima dengan hati yang rela. Malah bahagia berbunga-bunga. Luth pula mundar-mandir di depan bilik Fina. Mahu dijengah, takut diherdik. Takut lagi mama dan ayah risau bila Fina
bertempik. Sudahnya, dia hanya tunggu di
depan pintu. Dia tahu mama dan ayah tak
izinkan Fina keluar tapi Fina, siapa mampu larang andai itu yang dia berkenan.
Daun
pintu dibuka. Fina cantik mengenakan dress labuh berwarna merah garang. Kena dengan warna kulitnya yang putih. Luth hela nafas lega. Lega sebab pakaian Fina malam ni agak
sopan. Malah dress itu berlengan sampai siku.
Dada pun tak terdedah. Tapi,
dengan sanggup rambut tinggi, dah cukup buat Fina nampa k seksi.
“Hah,
kau!” sergah Fina seraya merapatkan daun
pintu. “Kau nak apa?” Dia mencebek lebar sambil membetulkan sanggul
rambutnya.
“Kau
nak keluar, ya?”
“Kau
nak ambik tahu, apa hal?” Matanya
menjeling tajam pada Luth.
“Dengan
bos kau?”
Fina
diam tak menjawab. Bosan. Bila-bila masa Payed akan sampai ni. Dia dah terlalu teruja.
“Kau
tak kenal dia lagi. Baru sehari kau
masuk kerja, dia dah ajak kau keluar.
Kau pulak setuju.”
“Eh, bukan kau ke yang cakap aku kena ikut
jadual kerja bos aku. Ada masan ya kena
balik lambat, out-station…” Bibir Fina tersungging dengan senyuman
sinis.
Luth
pejam mata. Seboleh-bolehnya dia nak
perlahankan suara. Dia tak nak mama dan
ayah dengar dia sedang bertekak dengan Fina.
“Ya, memang aku cakap tapi ur usan
kerja aje. Luar waktu kerja, tu tak
betul, Fina. Lagipun, kau tak kenal dia
lagi.”
“Dah
tu, kau kenallah dia? Gitu?” selar Fina marah.
Terdiam
Luth beberapa ketika. Dia tak kenal
Payed macam mana tapi apa yang dah terjadi antara dia dan Payed sudah cukup untuk
buat dia nilai lelaki itu jenis macam mana.
Lelaki yang jenis mendambakan wanita hingga ke dalam pelukan atau lebih
teruk lagi hingga ke atas ranjang.
“Fina,
call dia cakap tak jadi. Esok ajelah jumpa. Lagipun, dia ada meeting esok…”
Fina
menggeleng tak puas hati. Clutch dipegang kemas. Rasa nak hentak aje dekat kepala Luth. Biar sedar sikit yang dia PA Payed, bukan
Luth.
“Tepilah
kau…” Tubuh Luth ditolak. Malas dah dia nak layan Luth. Penyibuk nombor satu. “Aku tahu jaga dirilah…” Fina terus menapak turun menuju ke ruang
tamu.
Luth
hanya memanang tak lepas pada kakaknya.
Kakak yang dia sayang tapi kenapa hubungan mereka makin keruh. Salah ke dia ambil berat. Tak kan
nak tunggu dibaham oleh jerung bern ama Payed tu
baru nak kesal?
Dia
berlari ke dalam bilik. Telefon bimbit
dicapai dan sebaris nama dicari. Setelah
beberapa kali deringan, suara Payed bergema dalam kepala.
“Apa
yang buat awak call saya ni? Terkejutnya…”
Payed gela k. Diperlahankan kenderaan, signal dinyalakan dan dihentikan di bahu jalan. Hands-free
tak bawa. Bahaya memandu tanpa hands-free.
“Luth,”
panggil Payed bila Luth diamkan diri.
Dia tahu, sangat tahu kenapa Luth telefon dia. “Awak kenapa call saya? Ada hal ke?”
“Ehem…
boleh kita cakap kejap?”
“Boleh,”
jawab Payed sepatah. Dingin!
Luth
ketap bibir. “Encik Pa yed
dekat mana? Kalau kata memandu, boleh
berhenti tepi jalan kejap. Nanti
bahaya…”
Payed
senyum. Tipikal gadis baik macam
Luth. Ambil berat biarpun diri sendiri
memberontak. Boleh jadi ini salah satu
lebih Luth pada matanya. Gadis lain
hanya tahu mendesak kalau dia lambat sampai dan kalau dia nak letak
telefon. Tapi, Luth siap suruh dia
berhenti tepi jalan.
“Saya
dah berhenti tepi jalan dah ni.
Cakaplah,” suruh Payed tanpa nada.
“Encik Pa yed ajak kakak
saya keluar, kan ?”
“Ya…” Masih dingin.
Mencengkam hati Luth kemas.
Sakit.
“Boleh
tak call dia, kata tak jadi keluar?”
“Dia
dah siap ke?” Payed turut menyoal dengan
rasa teruja. Buat-buat teruja lebih
tepatnya. Luth gumam. Rasa kehilangan kata. “Kalau dia dah siap, cakap dekat dia kejap
lagi saya sampai. Jangan risaulah, saya
tak buat apa-apa. Dia pekerja saya. Saja nak raikan dia masuk kerja…”
“Saya
dulu tak pun,” bidas Luth gera m
dengan permainan dan helah Payed.
“You have my third-eye
kiss, Luth. Don’t you remember?”
Luth
terus raba dahi. Matanya terpejam.
“Itu
adalah tanda ucapan selamat datang daripada saya untuk awak? Atau…”
Payed berjeda. Nafas dihela. Berat.
Tak tahu kenapa, otak dia tak boleh nak bersih. Paling tidak, ada juga kesan celoreng
tu. Kotor! “…awak harapkan lebih lagi? Hrmm?” Nada suara Payed langsung tak menunjukkan dia
rasa bersalah.
Payed
gela k
sinis. Dia tahu Luth malu. Kalau Luth ada depan dia, pasti dia boleh
lihat mata bundar itu meredup dan wajah mulus itu memerah.
“Kalau
tak ada apa lagi, saya nak gera k
dah. Nan ti
lewat pulak. Saya dah janji dengan
kawan-kawan ni…” Payed mahu matikan
talian bila suara Luth memanggil. Tanpa
Encik yang pasti.
“Payed…” Nafas dihela tenang. “Apa perlu saya buat supaya awak tak buat
kakak saya macam tu?” Luth tahu niat
Payed. Sebulan berada dekat, dah cukup
buat dia tahu siapa Payed secara kasarnya.
Pandangan Pa yed
tak pernah tak bern afsu. Luth tahu.
Dia aje buat tak tahu tapi mampu ke Fina buat tak tahu? Cuma dia tak pernah mahu menilai hati oran g, Sekadar
berjaga-jaga.
“Lepas
apa yang hampir terjadi pada saya, macam mana saya nak percaya pada awak,
Payed?” soal Luth sedikit keras.
“Awak
dengan Fina lain-lain, Luth. Jangan
risaulah, saya tak hadap oran g
tak menyerah. Saya tak suka paksa
biarpun saya mampu…” Ya, dia mampu kalau
dia mahu. Dia hampir heret Luth masuk ke
bilik dan andai kata dia lakukan apa-apa pun, Luth tak boleh nak melawan. Tapi, saat akhir dia bagai tersedar. Daripada ada tanduk, tiba-tiba naik lingkaran
bulatan di atas kepala. Heh.
“Dia
kakak saya, Encik Pa yed…”
Aik…
Encik pulak? Payed simpan senyum. Direnung kereta yang bertali-arus atas jalan
raya. “Saya tahu. Lagipun, dia PA saya. Don’t
worry. Got to go. Bye…”
Talian putus. Luth terpempan
memandang telefonnya.
Allah…
lindungi Fina, Allah. Lindungi kakak
aku, wahai Tuhan. Telefon diletak di
tengah katil. Dia meraup wajah. Hati bertambah galau.
KAKI
Luth menapak laju turun ke bawah. Wajah
mama dan ayahnya dicari. Bila melihat
mama dan ayah sedang santai di depan TV, Luth mendekati.
“Ehem…”
Saja bagi tanda dia ada di belakang.
Puan
Laila dan Encik Luthfi kalih serentak.
Tersenyum dan terus menatap wajah
yang nampa k
resah.
“Ada apa, sayang?” Ringan mulut Puan Laila bertanya.
“Err… Fina dah keluar, ya ma?”
Puan
Laila angguk.
“Kenapa?” soal Encik Luthfi pula.
“Dia
ada cakap pergi mana?”
Kedua
oran g tuanya
menggeleng serentak. Saling memandang
dan kemudiannya memandang Luth semula.
Siang tadi, Fina membebel tapi tak adalah marah sangat bila diceritakan
yang mereka kerja satu bumbung. Satu
syarikat pulak tu. Bezanya Luth bahagian
kewangan dan Fina bahagian teknikal.
Hati
ayah dan mama mana tak risau andai di rumah pun bercakaran, macam mana dekat
tempat kerja. Rasa sempit dunia bila
takdir anak-anak begini. Dan paling
ketara lagi di bawah satu bumbung dengan keluarga kawan baiknya. Bakal besan.
Andai Allah perkenankan.
“Dia
kata nak jumpa kawan dia…”
Kawan? Luth menggeleng dalam hati. Fina tak serik. Masih tak sudah nak menipu mama dan
ayah. Tak rasa bersalah ke? Mata mama dan ayah dipandang tenang. Saja memujuk hati supaya bertenang. Nak tak nak, dia kena yakinkan diri yang Fina
tak akan apa-apa. Fina akan baik-baik
aje. Dia yang terlebih risau. Kerisauan yang tak berasas.
“Kalau
gitu, Luth naik tidur dululah, ma… ayah.
Esok ada meeting dengan Encik Pa lee. Assalamualaikum, ma… ayah…” Pipi kedua-duanya dikucup lembut.
Tangan
Puan Laila pula sempat menyelak rambut lurus Luth yang jatuh ke pipi. Senyumannya hampir padam tapi digagahkan
jiwa. Luth tak berkata apa, dia tak
perlu nak sedih kerana dia tahu, Luth akan lebih sedih jika dia bersedih.
“Sayang…” Panggilan Puan Laila mematikan langkah
Luth.
“Ya,
ma?”
“Luth
okey ke kerja dengan Fina?”
Senyuman
terukir. “Luth tak kerja dengan
dia. Kami department lain-lain. Ada tu tak terserempak
pun, ma,” jawab Luth. Dia tahu mama
risau. “Mama toksah risaulah. Ayah pun
jangan fikir sangat. Luth tahu jaga
diri. Luth tak akan buat sesuatu yang
memalukan mama dan ayah. Insya-ALLAH,
sepuluh tahun lepas Luth mampu sabar, sepuluh tahun akan datang dan selamanya
juga Luth akan sabar, ma… ayah…” Setelah
itu, dia terus menapak naik ke atas.
Mama
dan ayah risau terlebih. Dia pun tapi
seperti biasa, dia akan mengalah kerana dia tahu, mengalah bukan bermakna dia
kalah. Cuma dia malas nak berperangai
macam Fina. Andai dia juga membentak,
apa beza dia dengan Fina nanti?
Jiwa
dan hati Puan Laila menangis sendiri.
Ya, Luth sangat sabar. Dia bangga
punyai anak yang sebegitu besar jiwanya.
Biarpun yang seorang lagi sentiasa membuatkan sabar dia rabak. Dipandang wajah Encik Luthfi di sisi.
“Diorang berdua akan okey, kan abang?”
Tangan
isteri disapa mesra. Rasanya, dia nak
cakap dah pasal apa yang dia cakap
dengan Ahmad Fuad hari tu.
“Aba ng rasa abang setuju
dengan cadangan Ahmad Fuad untuk anak-anak kita…” Dia senyum tapi hambar. Tak tahulah apa reaksi semua oran g.
“Demi untuk kebaikan Luth. Abang
pun setuju dan harap Ila pun
setuju…”
Wajah
Puan Laila berkerut. Tiba-tiba aje
setelah sekian lama dia nyatakan hasrat Huda nak berbesan. Baru hari ni, suaminya menyebutnya
kembali.
“Fareed?”
Perlahan-lahan,
Encik Luthfi menggeleng dan memandang ke atas.
Bagai ternampak wajah Luth di situ.
Dan,
Puan Laila mengeluh tipis.
... to be continue
RMsays : Pada yang mencari dan masih sudi miliki Novel Ku Ingin Milikimu, Kerana Sekali CInta dan Cinta, Biar Saja Ada... anda boleh dapatkan di Kedai Buku Pertama KOmpleks, Pertama KL dengan harga diskaun lagi. While stock last. ^_^
Akak best sangat... Cepat la entry baru... Hihi
ReplyDeletesuperb kak RM... :)
ReplyDeleteoh... tidakkkkkk.. hati Luth hnya utk Payed..
ReplyDeletebest sgtt...tp nk luth dgn payed...xmau ngan palee...payed walaupun jhat tp sweet...hehehehe
ReplyDeleteWah......tak sabarnya nak tahu apa kah reaksi si payed nie bila tahu luth bkn dgn dia....huhu
ReplyDeleteAs salam RM.. lama terhenti mcm dah sejuk-beku, perlu kerap keluar n3 baru sentiasa cair panas membara... miss you RM..
ReplyDeletenak luth dengan payed . rindu luth dengan payed .
ReplyDeleteHehehehhh... Camna la nanti kalau payed tau... Best citer ni RM. Suka sesgt!
ReplyDeleteKita cam pening2 ar baca n3 ni...sbb dh baca kt teasers tp apa pun tetap tunggu setiap n3
ReplyDeletelama tunggu RM. akan sabar tunggu next luth payed
ReplyDeletepergh..bila membaca E3 ni..terasa emosi sikit..walaupun Luth nampak baik..akak rasa dia sebenarnya yg jahat..contoh apa sebenarnya tujuan dia menalipon Payed utk membatalkan temu janji kakaknya fina.. bagi akak ..biarlah fina learn here lesson.. mungkin dengan cara ini dia akan sedar..yg dia bukanlah sesiapa kan..kenapa perlu mengambil tahu urusan kakaknya.. jaga diri sendiri..kerana kelakuannya boleh menyebabkan berlakunya pengeseran..dianatara mereka..just leave akaknya alone...itu lebih baik..biarlah fina melatari kehidupannya sendiri...tak perlu susah nak pantau..biar ayah dan ibunya sahaja yg ambil kisah perjalanan hidup akaknya..kan..
ReplyDeleteida....akak rasa, si luth tu dah terjatuh chenta pada si payed tu....cuma dia jerk yang belum sedar......
Deletex sabar nak tunggu new posting....best!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteFareed?? sapa?? adeehhh... eden dah konpius.... hwaaa... tersiksa jiwaku kak rehan... :'( Payed... Fina....say big NO to them :)
ReplyDeleteBest!!!!! Bukukan RM
ReplyDeletesalam RM, akhirnye setelah marathon cite ni, rasenye seseorang tu mak kandung fiya kan? sbb fiya and fina sebaya, tp bkn kembar..dan berulang kali gtaw yg mama tu bkn milik dia, milik fina.. tapi...yang ni saya teka je.. nway..keep it up ye RM..kami sentiasa menunggu entry2 yg awesome from u.. <3
ReplyDeleteAduhhhh....duh..... duh....... RM jgn a siksa jiwa raga kita........ Update la lelaju..... Plisssss plisssss plisssss...... @_@ . Sekian, mekasih, syg RM......
ReplyDeleteSalam akak....nak tanya novel cinta biar saja ada boleh neli online x?
ReplyDeleteKalau nak beli, boleh order kat email
Deleteilham_bestari@yahoo.com
RM, ada missing word n typo sikit.
ReplyDeleteBiarlah cinta itu bersatu bersama yang boleh melengkapi.
besttt... Luth kena banyak bersabar dengan Fina dan Payed .....
ReplyDeletebila Kuth berbual dengan Lee macam best ja...
lari tajuk sket nih...
ReplyDeletelps habis baca TTDA,rasa teruja plak nk tau prkmbangan depa. kalo buleh tk nk citer tu abis.... hehe... RM, lps ni buat citer aryan+julita plak eh.
as salam,sy suka setiap karya akak..dekat di hati..tahniah..sy impikan sy akan jadi penulis seperti akak..
ReplyDeleteNape RM dah jarang sangat2 post new entry eh? Huu
ReplyDeleterindunya pd Payed n Fiya.. magnet !!!
ReplyDeletebila nk post new n3 RM? x saba ni
ReplyDeleteRM bila nk sambung ni..
ReplyDeletehuaaaa lmanya xda entry bru...
ReplyDeleteBila nak ada n3 baru.. mungkinkah novel ni nak dibukukan, itu sebabnya slow je post baru masuk sejak akhir-akhir. Apa-apa pun akak suka ikuti semua kisah RM..menarik dan ada keistimewaan tersendiri
ReplyDeleteRM....... lamanya menyepi
ReplyDeleteAkak , tok sabo sgt da nehh nak baca smbungan bru . Luth + Payed , kalu dbukukan , sy nk jd org prtama beli ! :) In-syaa-Allah
ReplyDeletelama nya menunggu
ReplyDeleteYe...lamanya menunggu
ReplyDeleteHi RM. I hv read all ur shirt stories in this blog & and I bought all ur novels. Luv3 them. Cuma BI awak tu perlu dibaiki agar jln cerita lebih lancar & more meaningful. Teruskan usaha, tau! Lama2 nnt ur BI will improve, in shaa Allah. Bila sambungan cerita Luth & Payed, ni? Sooo interesting ;)
ReplyDeleteHehe...typo error...short jadi shirt pulak da...
ReplyDeleteRM, bila nk smbung? Dh lbh sbln kitaorg tggu...huhuhu
ReplyDeletelamaaaaaaaa
ReplyDeleteLamanya sambungannya....adakah akan di novelkan....
ReplyDeletekak rehan..bila nak sambung kisah Payed dengan Luth? sambung pleaseee!!!!!!
ReplyDeleteMn nak cari novel ni? Dah kuar ke dlm bentuk cetak?
ReplyDeleteErr..bapa payed en fuad ke en bakri? Confuse jap..
ReplyDeleteAde sambungan lg x cite nie?
ReplyDelete