Tuesday, August 05, 2014

DIA... Cinta Yang Kucari (PayedPiya) Released!

Bismillah.  Dengan nama Allah.  
Syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Nya.  
Here. may I present the cover of PayedPiya dalam DIA... Cinta Yang Kucari.
^_^


-------------------------
DIA... Cinta Yang Kucari
Harga SM : RM24 (RM21 belian di www.karyaseni.my)
Harga SS : RM27 (RM24 belian di www.karyaseni.my)

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa ertinya sempurna yang sebenar-benarnya.


“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kot. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk mendekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri. 

“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah. 

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar daripada gelap?” - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. 

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya bila gadis itu mahu dijodohkan dengan , FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“…aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina,”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji. 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?


---------------------------------------------------------------------------------
 
Yeah... mungkin kalian dah tengok di facebook page atau wall fb sesiapa tp ini rasminya daripada tuan tanah kedaung. Bahasa Hati Kita hadiah Ramadan dan anggap jelah DCYK hadiah Syawal. 

Boleh dapatkan DCYK di www.karyaseni.my sekarang.  Untuk senang, download aplikasi Karyaseni di Applestore/Playstore di smartphone anda. Atau sabar menanti di bookstores beberapa hari saja lagi. Jika tak sabar jugak, boleh walk-in saja ke opis Karyaseni hari ni. Di bookstores masih tak ada. Panas2 lg ni. Sikit masa lg akan sampai ke semua bookstores. Saya sendiri tak tgk live pon lg macam mana keadaan buku ni.
Jauh sekali nak disentuh. Apa yang pasti tak tebal.  Just nice macam BNS, TTDA dan BHK.  

Jika tanya pasal amik order, saya tak ada jawapan lg. Boleh jadi tak. Jika ada, saya akan bagitahu.

Terima kasih atas sokongan. Ya saya tau macam over kan, keluar 2 buah dalam masa 2bulan. Accidentally kot. @_@ Sebab kalian pun tahu BHK cerita setahun berlalu cuma rezeki lambat nak keluar di pasaran.  Apapun berbalik pada rezeki. Atas izin Allah segalanya dan atas sokongan kalian semua selama ini. Setelah ini lambat pulak nak kuar novel baru.  Boleh jadi dalam masa hampir setahun jika umur panjang dan masih diizinkan oleh Allah.  :)

Mendakap PayedPiya, jangan pinggirkan JedQue. Dua2nya istimewa sebab hadiah dari Allah utk saya lantas saya kongsi dengan kalian. 

Mahukah kalian mendengar pada cerita saya?

Jika tak sudi pun, saya tetap mahu khabarkan dan moga kalian percaya bila saya katakan Bahasa Hati Kita adalah sebuah novel yg gigih saya usahakan. Begitu juga DIA...Cinta Yang Kucari.

Saya gigih baca berkali-kali dan baiki berkali-kali juga. Tak seperti 4 novel sebelum ini tp usaha itu tetap ada. Cumanya yg dua terbaru ini saya benar2 usaha lipat kali ganda kerana ianya sesuatu yg baru pd saya.

Bagai dilahirkan semula. Bagai pertama kali menyusun aksara.

Percayalah.
BHK dan DCYK tak ada kelip2. Tak akan buat dada kalian rasa geli bila kupu2 mengepak. Dua2 ini adalah tentang perjalanan yg sangat singkat utk temui pengakhiran yg panjang.

Tidak.
Saya tak mampu janjikan yg manis.

Ya...
InsyaAllah seulas senyum, setitis air mata dan sehela nafas yg panjang mampu buat dada kalian lapang.

Jika sudi...
Dapatkanlah kedua2nya. Tentang order dari saya, bagi saya sehari dua utk mengatur jadual hidup agar kembali tersusun.

Haraplah...
Ada berita baik.

Maaflah...
Jika terkhilaf di mana2.

Percayalah...
Saya sungguh mencuba.


Teruskan sokongan kalian. Nama saya Rehan dan saya teguh bersama Gaza.


36 comments:

  1. Ok done place order..waiting for the novel to reach hand..tak sabarnya..

    ReplyDelete
  2. Sis...sye da bce BHK... mmg gempak. Cerita yg pnoh dgn pengajaran.. sng difahami.. Alhamdulillah... troskn berkarya sis... now waiting for DCYK..insyaAllah klau ade rezeki..

    ReplyDelete
  3. Tahniah...memang hasil karya RM begitu mengujakan. Penuh kelainan di setiap novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul Ija..krya RM snts mngujakn..sy bmula dgn Suami Tak Kuhadap..kmdian mgumpul smua krya RM..mmg sgt mngujakn.

      Delete
  4. BHK dpt sblm Syawal tp blm bc..DCYK dh order mlalui Karyaseni..in sha Allah lusa smpi..mgkn bc DCYK sb sy ikuti d blog..BHK xprnh bc yg kt blog tp sy ttp beli.Kenapa? Sb sy amt mpercayai krya RM..snts ad ssuatu yg mnyntuh hati&mgamit minda utk bfikir&mhayati..agar mjadi hmbaNya yg lbih baik dlm hdup ini.TAHNIAH Rehan Makhtar.
    # lps ni siapkn SUA...LailatulQadr ye...sy tggu!

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis.... hope u ambik order... jgn lupa masuk kan nama akak dalam list tu ya.. rasa tak best pulak kalau tak ada signature u..mcm kurang ummph pulak... krn yg lain semua ada...hmmmm..

    ReplyDelete
  6. Wah...akhirnya....penat dah menunggu.....tak sabar nak tahu apa jadi dengan Luth dah Payed....thanks RM....sangat2 menghargai usaha RM untuk tidak mengecewakan kami....

    ReplyDelete
  7. akhirnya novel yg saya nantikan dah terbit...TQVM...so boleh start surfing kat karyaseni online order utk tgk dah masuk listing ke belum... one more thing...bila RM nak sambung cerita laila & qadr (seseorang utk aku)....

    ReplyDelete
  8. ya...sy sokong celoretcute..RM punyai keistimewaan tersendiri..sy ada semua koleksi novel RM...la ni duk tunggu DCYK pulak..emm taniah RM..seronok tgk kejayaan writer kesayangan sy ni

    ReplyDelete
  9. Tahniah RM...memang seperti yang RM kata...saya dah baca BHK memang lain dari novel2 RM sebelum ini...memang tersentuh...dapat rasakan sesuatu bila baca BHK....ni tak sabar nak order DCYK...hmmm tapi order lambat sikit kerana bulan ni dah lari bajet...hehehe tapi apa pun saya tetap akan dapatkan DCYK ni...

    Tahniah...RM atas karya yang hebat... Semoga Allah sentiasa memberi ilham untuk RM terus berkarya...

    ReplyDelete
  10. Tahniah sis.mesti beli bhk and dcyk!
    Hehe ^^V

    ReplyDelete
  11. syukur alhamdulliah...dah received novel DYKC...baru smlm pagi order online dr karyaseni...ptg tadi tepat 3.00pm dah sampai...so weekend boleh start baca...

    ReplyDelete
  12. Bhk dah abis baca dykc blm beli lagi best karya rm.rindu juga lai n qadar

    ReplyDelete
  13. Akhirnya. JedQue dah beres Luthpayed pulak. Hmmm nak tunggu kat SMO ning. Nak order karyaseni x reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kak, akak register sebagai ahli, then pilih novel nak beli n mention semenanjung, proceed utk byr. tunggu dlm 1/2 hari dpt da kt tgn..hehehe.. :)

      Delete
  14. LaiQadr ape cite. Tanya kabar aje.

    ReplyDelete
  15. wah..akhirnya..kena terjah bookstore la camni...lama rm menyepi..rindu tau

    ReplyDelete
  16. Sudah baca.BHK dan DCKC memang best.Kalau boleh nak menantu mcm Que.Yang tak beli lg,cepat2lah beli.Semua karya Rehan ada dlm simpanan.Tahniah Rehan.Terus berkarya.

    ReplyDelete
  17. Hai Rehan saya dah baca DCKC dan BHK serta karya2 Rehan yang lain...
    Congrats Rehan, novel2 awak semuanya BESTTTT
    Teruskan lah berkarya...

    ReplyDelete
  18. Akak dah beli n baca 2 novel tu
    Nok tunggu lailatul qadr pula...

    ReplyDelete
  19. Salam sis...akak dh baca BHK dan DCYK..best sgt...setiap novel sis semua akak ada...harap sis dpt sambung lai n qadr lak..

    ReplyDelete
  20. Cr kt popular Kuantan kelmarin blum ada stok lg..x sabar nk tnggu weekend nnt nk g cr smule..kot dh ada..syok nye..
    tahniah RM hasil kn novel2 yg menarik & best2... RM terrrbaikkk !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy dh dpt novel DCYK..suka suka...

      Delete
  21. Saya dah beli n baca... Best Sgt!! Tahniah RM

    ReplyDelete
  22. Xsbr nk tunggu esok...nk cari jugk curi masa hehehhe...xkira...nk jugk....rm terbaikkkk...

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, , dah beli pun..mmg best,,,,

    ReplyDelete
  24. Sangaaaaat best.....luv all your lovely, adorable , touching novels.....

    ReplyDelete
  25. Dah baca dah...best. ..meleleh air mata

    ReplyDelete
  26. mmg citer yg best...kak RM novel Bisakah(ziyad & nur) tu dh xde eh dlm blog..????teringin nk baca semula..

    ReplyDelete
  27. KEEP UP CIK REHAN..YEAH..BHK & DCYK ADA UMPH..ANYWAY SEMUA NUKILAN U MERUNTUN KALBU...

    ReplyDelete
  28. akhirnya...dah baca, sangaaaat best..meleleh..tak sabar tunggu novel baru RM...keep it up RM

    ReplyDelete
  29. Salam RM, saya dah baca latest novel RM BHK & DCYK... mmg penuh "lesson learned". Saya tunggu Lai & Qadr pulak..

    ReplyDelete
  30. Salam puan rehan...

    Membaca payedpiya ibarat membaca sebuah karya penulis baru yang x pernah dikenali.. walau hakikat hampir semua karya puan saya baca.. atau semua sebenarnya... hehehehe

    tahniah puan... a very nice naskhah... samada untuk pembacaan atau menghadam kandugannya yg penuh pengajaran...

    u r getting better day by day. congratulations.

    ReplyDelete
  31. Dah beli dah baca. Penuh perasaan. Terima kasih untuk novel ini:]

    Faridah

    ReplyDelete