Cp. 2
MESYUARAT ringkas
memperkenalkan staff baru berlalu dalam keadaan yang mengujakan. Masing-masing teruja dengan kehadiran Benjy. Fizah lebih-lebih lagi tapi tidak pada
Sufi. Sekali, dada dia berdetak
laju. Dua kali lagi laju. Rasa nak remuk tulang rusuk menahan hentakan
kesan pemberontakan jantung.
“Kau kenapa Sufi?” Nani duduk bersama segelas teh strawberi
panas di depan Sufi. Sejak keluar
daripada bilik mesyuarat, Sufi termenung.
Sampaikan orang tegur sekali tak sedar.
Mana ada pernah macam ni?
“Tak ada apalah…” Dia cuba menafi. Bila melihatkan renungan Nani dah makin
pelik, dia terus beralih pada muk teh strawberi yang berasap. “Untuk aku?”
“Tak…” Laju Nani menafi. “…ini untuk bos baru…” Nani capai tangkai mug dan bangkit. Memang dia
buat untuk bos baru pun. Bos minta air
panas. Saja letak di depan Sufi bagi
sedar sikit daripada terus tenggelam dalam angan.
“Serius?” Macam tak percaya pun ada. Mengada taik kuda nampak bos ni.
“Dua rius…” Dua batang jari Nani tegak. “Kau tu berangan dah kenapa?” Tanya Nani dan dia terus berlalu ke bilik
lama Nazmi di mana bos baru sedang sibuk dengan fail-fail yang perlu dibelek.
“Macam tak percaya Nani
buat air untuk bos. Pakai teh aku pulak
tu…” Sempat dia mengomel. Ya, teh tu dia beli masa pergi Cameron
Highland dengan keluarga tempoh hari.
Bukanlah kedekut. Dah bawa ke
ofis, memang nak share ramai-ramai
tapi Nani pelik betul hari ni.
Memanglah dia pun
terpaksa akui bos baru kacak jugak.
Tinggi, katang lagi. Setakat dia
yang 160cm ni takat dagu bos aje pun.
Tak akanlah Nani dah tangkap cintan?
“Hah, sejak tadi
berangan kau ni? Ada impian nak goda
bos, ya budak lembik…” Tak sedar, Fizah
dah ada depan mata. Mengetuk pen pada
bibir yang merah merekah.
“Hah?” Rahang Sufi jatuh. Aku nak goda bos? Ada dia nampak aku menggedik ke? Dalam lif lagi tadi pun, tak adanya aku nak
menggedik. “Kau pesan tu untuk diri
sendiri ke, Fizah?” Senyuman sinis
terukir pada hujung bibir.
Wajah Fizah
berubah. “Kau kata aku ke?”
Sufi geleng. “Aku tak kata. Kau yang kata diri sendiri sebab aku tak ada intention nak menggedik dengan
sesiapa. Kalau aku nak, dah lama. Dengan Nazmi dulu lagi. Bukan kau tak tahu Nazmi tu suka siapa, kan?” selar Sufi lembut.
Dia dah rimas betul dengan
Fizah sebenarnya. Rasa nak cakap aje,
ambiklah semua lelaki dalam dunia ni.
Dia dah cukup ada ayah dan abang sebagai pelindung. Tak perlu lelaki lain. Entah apalah yang Fizah tak puas hati dengan
dia sejak daripada awal lagi?
“Lagi satu…” Sufi dah sedia nak bangkit. Nak ke pantry
nak ambik air masak. “…jangan main suka
kau je cakap aku lembik. Kau kena tahu,
orang yang aku tumbuk 10 tahun lepas, ada dalam ICU lagi sampai hari ni…” Saja dia kenakan Fizah. Padahal tak ada pun. Dia yang terlantar 10 tahun lepas. Saja up
diri sendiri acah-acah kuat-gagah.
Fizah telan liur
kasar. Terkejut dia bila pertama kali
Sufi melawan. Serius. Sebelum ini Nazmi dan Nani yang banyak
menjawab bagi pihak Sufi. Waaa… dah
berani minah ni. Direnung Sufi tajam
sebelum dia berlalu ke work-station
sendiri.
“TUMPANG…”
“Ya Allah…” Sufi tekap dada. “…terkejut aku…” Dia membebel sendiri. Bekas air yang separuh penuh itu terlepas
daripada tangan. Tumpah isinya. Skirt
yang dipakai dah basah sebahagian besar.
Baru nak tunduk, Benjy
dah tunduk dulu capai bekas airnya.
“Maaf terkejutkan awak…” Dihulur
pada Sufi bekas air yang masih berbaki suku.
Dia kerling skirt warna peach milik Sufi, dah basah. “Gaun awak dah basah…”
“Gaun?” berkerut dahi Sufi dibuatnya. Bila masa pulak aku pakai gaun? “Err, tak apa. Sikit aje.
Silalah ambik air. Saya balik
tempat saya…” Langkah dipasang. Baru saja lepasi ambang pintu, nama diseru
sekali tapi langkahnya tak mati.
“Juliana…”
Kaki Sufi terus
menapak.
“Juliana…” Suara Benjy semakin kuat. Tapi, Sufi terus berjalan bagai tak sedar
nama sendiri diseru. “Juliana!”
“Hah?” Barulah Sufi berpaling. Dia kaku.
“Ya, saya…” Tubuhnya tegap. “Panggil saya ke?”
“Ya, Juliana. Tiga kali..”
Tiga batang jari Benjy tegak.
“Atau nama awak bukan Juliana, sebab tu awak tak menyahut?” Bibir Benjy koyak dengan senyuman cukup
sinis. Mana taknya, sampai tiga kalilah
dia panggil baru Sufi nak berpaling. Tak
ke pelik? Bukan perlahan dia seru nama
Juliana tadi.
“Ada apa ya, Encik Benjy?” Encik?
Heh… dengan Nazmi dulu panggil nama aje.
Tapi tak apalah sebab Benjy memang ketua dia. Apa nak pelik? Lainlah Benjy yang minta tak payah panggil
Encik. Ala-ala hero novel Melayu. Tak payah berencik-encik. Panggil nama je.
“Tadi masa meeting, kenapa nampak awak renung saya
macam nak makan?” tanya Benjy
telus. Memang dia perasan, gadis yang
perkenalkan diri dengan nama Juliana ni kerap kali kerling dia. Ada masanya sampai renungan mereka berlanggar
sama sendiri. Nasib baik lebuhraya
pandangan dia lapang. Sempat dia belok
ke arah lain. Macam ada hutang pun,
ya.
Amboi. Terbelalak mata Sufi dibuatnya. Soalan headshot
terus. Nampak sangat ke dia tenung Benjy
masa Benjy perkenalkan diri tadi. Dan,
saat itu kali kedua dia kenalkan dirinya sebagai Juliana.
“Nasiblah mata awak tu
bukan pedang. Kalau tak dah lama saya
terbelah dua…”
Hampir saja Sufi ketawa
tapi ditahan moga tak berhambur. Manalah
pernah dia ketawa nak-nak dengan lelaki asing.
“Kalau saya pedang, Encik Benjy dah terbunuh dan saya dah jadi
pembunuh…” Sufi sekadar berbahasa. “Saya balik tempat saya…” Melihatkan Benjy diam, Sufi terus berpaling.
Melangkah tak berpaling lagi.
Benjy hanya
angguk. Memandang lenggok Sufi yang
sopan biarpun dengan kasut tumit setinggi 3 inci dan skirt labuh yang menyeret lantai.
Harap tak tersadung. Ada masanya
risau dia bila tengok pada perempuan yang pakai kasut tinggi. Risau tersembam. Lebih risau lagi, dia pulak tolong. Tolong gelak!
“Mana mungkin awak jadi
pembunuh sedangkan saya yang akan jadi silent-killer,
Juliana…” Matanya masih merenung dinding
biarpun Sufi dah hilang daripada pandangan.
Pertama kali melihat
gadis itu, dada dia berdebar kencang.
Dua kali lebih kencang siap dengan darah gemuruh dan kali ketiga, dia
harap Sufi miliknya tapi, semua itu tak akan mudah.
PUNGGUNG dihenyak atas
kerusi. Sesekali diintai ke arah pantry.
Pelik dia dengan lelaki tu.
Jangan kata sebab kedinginan dia ni lelaki tu pun jatuh suka? Dia bukan nak masuk bakul angkat sendiri,
tapi itu jugaklah yang Nazmi akui bila dia Tanya apa yang istimewa
padanya. Langsung tak ada apa yang
istimewa malah boleh jadi satu beban nanti pada siapa yang hidup dengan dia.
“Intai siapa?” sergah Nani bila melihatkan Sufi terjengul-jengul.
“Masya-ALLAH. Kau ni, Nani.
Kalau semua orang main sergah aku, elok buah pinggang aku dulu sakit,
jantung aku pulak cedera…” Dijeling Nani
tajam.
Terus Nani gelak. “Tak apa.
Kita implant pulak…” Saja nak usik Sufi biarpun dia tahu Sufi dah
sembuh sepenuhnya.
“Bergurau aje kau,
kan?” cebek Sufi dengan jelingan tajam.
“Tengok kau stress
sangat hari ni. Kenapa? Rindu Nazmi?
Tak rasa Encik Benjy boleh ganti tempat Nazmi?”
Eh? Wajah Sufi berkerut seribu. Banyak betul soalan Nani ni. “Aku macam ni tak ada kena mengena dengan
semua soalan kau. Jawapan tak ada dalam
skema pemarkahan. So, sila balik buat kerja sendiri, ya?” Digariskan senyuman palsu.
“Eleh…” Bibir Nani terjuih. Dia terpandang pula pada skirt Sufi yang nampak basah.
“Kau langgar Encik Benjy dalam pantry ke?” tebak Nani.
Lagipun, dia nampak Encik Benjy baru keluar daripada pantry tadi.
“Hah?” Gamam Sufi dua saat. “Err, aku tumpahkan sendiri. Tak ada kena mengena dengan dia…”
Nani sengih jahat. Dia tegakkan tubuh. Tahu dah.
“Korang berdua ni jatuh cinta pandang pertama dalam lif pagi tadi ke
apa?”
Hah? Nak terpenggal rahang Sufi dibuatnya. Pandai betul Nani menerka dalam kesamaran dan
nyata, tekaannya itu silap langsung.
“Jangan nak buat
cerita…”
“I’m
not, my dear friend.
Tapi, kau dengan Encik Benjy yang sedang buat cerita sekarang…” Bibir Nani terjuih pada Encik Benjy yang
sedang melangkah tenang pada work-station
Sufi. Terus dia berlalu.
Sufi canggung. Dah kenapa pulak dia nak datang sini? Janganlah dia minta report apa-apa. Aku tak
siapkan lagi pun. Dia bahagian khidmat
aduan pelanggan. Mati dia tak up-date apa-apa lagi ni.
“Err… kenapa Encik Benjy?” Sufi dah berdiri sebaik saja Benjy tiba.
Tersengih Benjy
dibuatnya. Hectic first day, huh?
Macam-macam benda dia nak kena buat dan gelagat Sufi saat ni buat semak
dalam kepala hilang.
“Tak sampai lagi dah
bangun?”
“Tak apa…” Sufi berbasa-basi. “Encik Benjy nak apa?”
“Saja nak tanya, gaun
awak basah lagi?”
Sufi angguk. “Kejap lagi keringlah ni…”
“Pakai gaun basah dalam
air-cond, tak apa ke?”
“Kalau tak boleh pun,
saya tak bawa baju spare…” Sufi kenakan Benjy.
Benjy simpan
senyum. Tahu dah Sufi sindir dia. “Dah nak rehat. Jom keluar, saya ganti gaun baru…”
“Err… ini air masak aje
pun. Bukan air bergula…” Terpaksa dia menolak sopan. Lagipun… “Saya tak pernah keluar daripada
ofis melainkan waktu nak balik…”
Kening Benjy yang hitam
lebat berkerut. “Tak makan?”
“Kawan-kawan tapaukan…”
“Kenapa tak nak
keluar?”
“Err…” Buntu tiba-tiba bila terus diasak dengan
soalan. “…panas sangat. Takut hitam…”
Benjy
hampir hamburkan tawa. Dia ketap bibir
sekuat hati membunuh tawa biarpun bening matanya jelas tersenyum.
“Awak putih
sangat. Rasanya, tak apalah gelap sikit.
Kan?”
Benjy terus mengajak secara lembut tapi Sufi tetap geleng.
“Saya selesa. Tak apa…”
“Kalau gitu, tak
apalah…” Benjy mengalah. Dia berpaling tapi suara halus Sufi sempat
menerjah dalam gegendang telinga.
“Ini bukan gaun
la. Ini skirt…” Sufi pegang skirtnya. Lelaki apalah sampai tak boleh beza skirt
dengan gaun.
Bibirnya hanya mengukir
senyuman tipis. Apa yang dia pasti,
papan nama pada dinding kerja gadis yang perkenalkan diri sebagai Juliana itu
adalah Sufi. Kenapa perlu Sufi
menipu?
Langkah diatur perlahan
menuju ke bilik sendiri. Boleh jadi nama
dia jugak Juliana tu tapi tak biasa guna.
Sebab tu panggil sampai tiga kali pun tak menyahut. Keluhan dilepaskan. Dipegang pinggang. Terasa lenguh pulak.
“Sufiiiiii...”
Baru saja tangan
memegang tombol pintu, tak jadi dia nak membuka pintu bila suara Nani kuat
menjerit. Kuat. Benjy dapat rasakan
tubuh dia sedikit menggigil.
“Sufiiiiiii...” Sekali lagi suara Nani bergema. “Jom tapau...”
Benjy kalih. Nani tak tarik tangan Sufi. Dah sedia nak berlalu. Sebaik saja Nani dan Sufi melalui dia untuk
keluar, pandangan mata sepetnya jatuh tepat pada wajah Sufi.
“Tak tahu nama awak
Sufi,” tegur Benjy lembut.
Sufi ketap bibir. Tadi, Benjy ajak keluar dia beralasan. Ya, dengan Nani aje dia akan keluar. Benjy tak tahu tu dan akan tahu sikit waktu
lagi.
“Kami memang panggil
dia Sufi walaupun nama dia...”
“Julaina Sufia?” sampuk Benjy menyoal.
Sufi angguk dalam
senyuman tipis. Rasa bersalah pun ada.
“So, boleh saya panggil
Sufi?” Entah kenapa, dia rasa nama Sufi
lebih dekat dengan diri dia. Lebih
ringan bibir nak sebut nama tu.
“Boleh, apa salahnya...” Nani menyiku bila Sufi hanya diam tak berkata
apa.
Benjy mengangguk
beberapa kali. “So, Sufi nak tapau ke
apa?”
Mereka berdua
terkebil-kebil dengan soalan Benjy. Tapi,
mengangguk juga. Memang nak turun tapau
aje pun.
“Kalau gitu, tapaukan
untuk saya sekali. Apa-apa aje. Saya makan semuanya kecuali orang. Ada masa batu kayu pun saya makan kalau tak
ada pilihan...” Sengaja Benjy berkata
begitu. Nampak sangat Sufi takut pada
dia. Dia bukan spesis cabinal.
Wallet daripada poket
slack dikeluarkan. Sekeping not RM50
dihulur pada Nani. Berat hati Nani nak
menyambut tapi disambut juga bila Benjy tak putus asa mengunjuk.
“Saya belanja...” Senyuman tipis terukir kemas pada bibir merah
Benjy. Tak berkata apa, dia terus masuk
ke dalam bilik.
Tubuh yang lelah
dihenyak di atas sofa. Terasa lelah nak
teruskan hari bila berdepan dengan gadis seperti Sufi. Sukar untuk dia sembunyikan perasaan yang
muncul dalam jiwa.
Tuhan...
Benjy raup muka. Sebelum telefon bimbitnya menjerit
nyaring. Ditarik daripada poket seluar,
dan demi melihatkan nama pada skrin telefon itu, bibirnya semakin koyak dengan
senyuman.
... 2b cont...
hmmmm. sufiiiii! hehe :)
ReplyDeleteMmg makin menarik ni...Benjy kah yg selamatkan Sufi dulu....
ReplyDeletenak lagiiii
ReplyDeleteBest...ternanti sambungan
ReplyDeleteTertanya-tanya pulak siapa Benjy ni sampai Sufi semacam je pandang Benjy.. Hurmm.. Erk, berapa bab eh cerpen ni kak Rehan?
ReplyDeletemenarik2..ternanti2 sambungan:)
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteTerima kasih
Benjy yg selamatkan sufi kan...rehan kan...
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteKak Rehann!!!.. nak lagi!!!..xpuas..
ReplyDeletekenapa rasa sesak nafas dan kenapa sukar untuk memiliki sufi wahai benjy. adakah rahsia lampau yang kau sembunyikan yang membuatkan juliana sufiah jauh dari jangkauan? thanks RM. Will wait for the next entry
ReplyDeleteWahhh nak lagi. Org yg tusukkan pisau n org yg bagi buah pinggang n benjy org yg sama ke? Interestings, makin best. Cepat sambung n buat panjang2. Hihihih
ReplyDeletemmg tak pernah puas bila baca karya RM.. setiap hari (bila ada story baru) memupuk kesabaran menunggu n3 dan berdoa supaya RM dipermudahkan utk upload entry baru.
ReplyDeletebenji ni pemilik buah pinggang sufi agaknya.. dan dia jgk penyebab luka kedua di abdomen sufi kot..
Sufiiiii....pasti jeritan itu pernah bgema di gegendang telinga Benjy suatu ms dlu hngga tubuhnya rs mngigil...sy suka gaya pnulisan yg byk tnd tny...biarpun seakan dpt mneka..tp yg sbnrnya hny ad d mnda pnulis.
ReplyDeleteSufiiiii....pasti jeritan itu pernah bgema di gegendang telinga Benjy suatu ms dlu hngga tubuhnya rs mngigil...sy suka gaya pnulisan yg byk tnd tny...biarpun seakan dpt mneka..tp yg sbnrnya hny ad d mnda pnulis.
ReplyDeletebest nya ....benjy adalah penyelamat sufi dulu ke..penuh tanda tanya ni ?????
ReplyDeletetetap setia menanti apa saja tulisan RM :)
ReplyDeletebest....sangat999X ....
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletebestt.nk lagi
ReplyDeletebest nya rehan..ni baru best cepat up date
ReplyDeleteesok up data bab 3 ye..hehe...lama sgt tunggu cerita baru dr RM
ReplyDeleteBetul tu chah...setiap hari buka blog RM tp xada cerita baru..semalam buka ada cerita baru.. hari ni ada lg bab 2.. sayang RM
ReplyDeleteSemoga RM dilimpahkan idea utk terus berkarya...
ReplyDeletenk lg ..xpuas baca
ReplyDeleteOkay..dah paham sikit crita sufi & bendy nie.. Tak Sabar nak baca next chapter.... :)
ReplyDeleteI'm fallimg in love......omg...
ReplyDeleteAduhai rindu betullah dengan karyaRM
ReplyDeleteSelalu best
ReplyDeleteBenjy la beast n sufi de beauty...first time baca...rasanya dpt feel both characters...menarik crite nih..xsabar nak tunggu chapter baru..please up n3 baru ye
ReplyDeleteBest
ReplyDeletetwo thumbs up (kalau ibu jari ada banyak , blh bagi LG banyak ) :)
ReplyDeletePermulaan yg mnarik, x sabar nak tunggu sambungan...
ReplyDeletewierdo..ini memang rare
ReplyDeleteini bukan cliche..unik
dan yg seangkatan denganny
masih cuba lengkapkn puzzle
goodluck
adakah Benjy?
ReplyDeleteok takpe saya sabar menunggu next entry.
Saya membayangkan muka Benjy macam Jensen Ackles, dengan mata yang tajam... Mcm dalam supernatural...
ReplyDeletecik rehan memng superb....ada saja tdea bk memelakan sesuaty yg baharu....
ReplyDeletesalam hangat dari kami ijin menyimak sahabat
ReplyDeletesalam RM...
ReplyDeletesaya makin suka dgn karya2 anda...tima ksh awak wujud sebagai novelis dgn izin Allah & dgn ilham dr-NYA juga
Benjy ni macam semacam..hmmm...dia ke yg selamatkan Sufi dulu? Atau dia la yang ter-tikam Sufi dulu?
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteNi novel ke...,?
ReplyDelete