Tuesday, February 17, 2015

Encik Sederhana 1

BAB 1

DUA pasang mata bertentangan.  Tapi, tak lama.  Masing-masing alih anak mata pada gelas yang ada di depan.  Rasa malu dan rasa tak puas hati berleluasa sebenarnya.  Yang perempuan rasa ditipu.  Yang lelaki memang dengan rasa yang terbuka.  Janji tak dihalang ajaran agama.  Itu dah lebih daripada cukup. 
“Err… kita nak bincang atau nak terus diam?”  Fateh menyoal lembut. 
Daripada tadi asyik tunduk aje.  Bila masa nak bincang.  Dia tak boleh nak lama ni.  Bukan apa, janji dengan umi kejap aje.  Lepas tu dia kena hantar puteri di depan mata ni balik ke istana.  Lambat nanti, kena pancung dia. 
“Erm… entahlah…”  Keluhan panjang terlepas daripada celah bibir Yuyu.  Pipi yang sedia merah itu bertambah merah. 
Hai… Fateh kerut kening.  Sampai begitu panjang keluhan dia?  Tak setuju sungguh ni. 
“Yang mengeluh panjang sangat tu, kenapa?  Awak kena paksa datang jumpa saya, ya?”  telah Fateh.  Tak betah dia.  Dia tak nak kalau perempuan ni kena paksa.  Tak hadap dia sebarang paksaan. 
“Kalau awak kena paksa, jomlah kita balik.  Kira ini ajelah keputusan mesyuarat…” 
Eh.  Yuyu kerut kening.  Apa pulak kena paksa?  Dia mengeluh sebab penat. 
“Bukan kena paksa…” 
“Dah tu?  Kira setujulah ni nak kahwin dengan saya?”  soal Fateh telus.  Tak pandailah nak bermadah berhelah segala.  Bukan tak pandai, tapi malas.  Tak kena tempatnya. 
“Amboi… terus tanya.  Jujur betul.”  Yuyu mencebek lebar. 
“…setujulah.  Sebab tu datang…”  Berat hati nak terima Fateh sebenarnya.  Tapi apakan daya, permintaan kedua ayah bonda.  Sebagai anak, tak sampai hati nak kecewakan harapan kedua orang tua. 
“Okey.  Kalau setuju, saya ada beberapa syarat.”  Fateh tongkat siku atas meja.  Gelas teh o ais limau yang dah separuh disedut itu, ditolak ke tepi. 
“Harap awak boleh terima.” 
Makin mendung wajah Yuyu.  Tapi, dia hanya tenang mengizinkan Fateh menyatakan syarat-syarat itu. 
“Syaratnya, kita tunang tak lebih daripada tiga bulan atau tak kurang daripada dua minggu.” 
Mata Yuyu hampir terjojol mendengarkan syarat pertama Fateh.  Tiga bulan tu kejap aje.  Itu pun paling cepat dua minggu?  Kenapa tak cakap, baik kahwin esok aje?  Tunang sejam, lepas tu terus akad nikah.  Kan senang.  Tapi, dia tahan hati. 
Syarat seterusnya dia kena dengar.  Ini tujuan dia keluar jumpa Fateh.  Ibu dah bagi tahu tentang syarat Fateh masa datang merisik hari tu.  Dia aje tak balik lagi.  Yang peliknya, ibu pulak setuju.  Haih
“Yang kedua?” 
Fateh senyum tipis.  Yuyu dah nampak sikit gugup.  Bukan niat dia nak buat Yuyu takut tapi keluarga Yuyu sendiri dah setuju.  Melainkan Yuyu menolak, dia akan lepaskan Yuyu pergi dengan haluan sendiri.  Itu  janji dia pada umi Yuyu. 
“Yang kedua, kahwin kita hanya ada akad dan walimatul-urus kecil aje.  Tak ada goodies-bag bagai.  Paling tak pun, bunga telur aje.  Pelamin memang tak akan ada.  Bilik tidur pun tak nak berias bagai.  Persalinan nanti sepasang aje masa akad nikah dan terus langsung kenduri doa selamat.  Yang lain tak ada dah,”  jawab Fateh sambil menggeleng.
Makinlah Yuyu melopong.  Habis tu apa aje yang ada?  Dia selama ni meriah jadi bridesmaid kawan-kawan.  Masing-masing dah janji akan jadi bridesmaid masing-masing biarpun perut memboyot.  Nak abadikan apa dalam gambar nanti? 
“Tak kan tak ada pelamin sikit pun?  Kan kita nanti nak bergambar?” 
“Adalah sikit.  Kecik aje.  Tak muat untuk bridesmaid awak tu, tau.”  Fateh sengih sinis.  Nampak sangat spesis macam Yuyu ni ada geng bridesmaid segala. 
“Tak payah ada dayang bagai.  Awak bukan puteri pun.”  Sempat lagi dia memerli. 
“Syarat ketiga…”  Baru aje nampak Yuyu bulatkan mata, Fateh terus menyambung. 
Dada Yuyu makin berdebar. 
“Saya tak nak awak make-up…” 
Hah?  Melopong habis Yuyu dibuatnya. 
“Habis tu?”  Dia dah rasa nak menangis dengan syarat Fateh.  Kan hari itu hari besar bagi pengantin.  Hari untuk diingati.  Lagipun, tidak ke mereka hari tu akan jadi raja dan permaisuri.  Apa masalah Fateh ni?  Kenapa syarat Fateh gini-gaya? 
“Awak macam ni aje nanti.”  Daripada ekor mata, sempat dikerling wajah bersih Yuyu.  Kejadian Tuhan dah sedia cantik terletak.  Tak sedar diri ke apa perempuan ni?  Dia sempat membebel dalam hati. 
“Kalau nak make-up sangat, sebelum masuk bilik nak tidur dengan saya, awak cari mak andam make-up, kan?  Awak dapat pahala nanti make-up untuk suami.”  Kening naik Fateh berkali-kali. 
Eh, dia tak main-main.  Ini sungguh ini.  Kecantikan isteri hanya untuk tatapan suami.  Bukan untuk tatapan umum.  Dia nampak Yuyu dah kaku.  Air pun tak diteguk.  Membazir.  Dia habiskan separuh lagi air di dalam gelas. 
“Nak minum tak ni?” 
Nyata, Yuyu dah kaku nak menjawab. 
“Saya habiskan.  Membazir nanti.”  Ditarik gelas Yuyu.  Disedut air Yuyu hingga habis dan terus bangkit ke kaunter bayaran.  Kemudian datang balik pada Yuyu yang masih begitu. 
Pegun!  Macam kena sumpah jadi tanggang la dia ni.  Fateh menggeleng dua kali.  Apalah…
“Nak balik tak?”  Fateh pandang ke luar.  Dah petang ni.  Nampak macam nak hujan aje. 
“Jom balik.  Saya hantar,”  pelawa dia tapi Yuyu masih diam.  Buatkan Fateh menggeleng berkali-kali.  Apalah yang dimenungkan lagi? 
“Ayuni….”  Panjang suaranya menyeru nama Yuyu.  “Are you coming? Ke nak bertunggu-bertangga dekat sini?”  soal Fateh dengan nada yang mendatar.  Disindir dua kali, barulah Yuyu bangkit.  Menyangkut beg dibahu.  Mengikut jejak Fateh.  Baru nak masuk di sisi Fateh, Fateh buka pintu belakang untuk dia. 
“Buat masa sekarang, awak duduk dulu belakang sampai masa kita dah kahwin,”  jelas Fateh tanpa perasaan. 
Rahang Yuyu rasa nak terpenggal.  “Awak ni dah kenapa, Fateh?  Nanti orang cakap Yuyu bos pulak.  Awak suka ke gitu?”  Pelik hamba Allah ‘sebuku’ ni.  Okey.  Sebuku memang tak boleh guna sebagai penyambung ayat tapi tidak ke Allah jadikan manusia tu daripada sebuku daging?  Kira kenalah sebuku tu untuk Fateh. 
“Tak peliklah.  Bukan naik kapal cruise atas darat.”  Bibir Fateh mencebek lebar. 
“Lagipun, kereta saya kecik.  Nanti nak tukar-tukar gear, terlanggar lengan awak pulak.  Malaslah saya gitu.  Nak kata happy tu, happylah dapat sentuh-sentuh anak dara orang gitu.  Memang mula-mula tak sengaja.  Lepas tu…”  Sekali lagi bibir dia tersengih.  Scary grin actually.  Dia jeling mata ke atas.  Tak ubah macam membayangkan sesuatu padahal dia hanya melayan rasa letih.  Di mata hanya terbayang tilam dan bantal.    
“Lagi satu, esok-esok saya memang akan jadi driver awak jugak.”  Dia pandang Yuyu.  Menghantar isyarat disuruh masuk.  Tercegat situ buat haper?  Tak tengok jam gamaknya. 
“Bukannya awak tu ada lesen.”  Sempat lagi dia sindir Yuyu.
Anak mata Yuyu meredup.  Ketulahan sungguh gamaknya Fateh ni kalau tak sindir orang.  Agaknya, masa Fateh lahir tu kembar dengan perkataan ‘sindiran’ kot?  Mata Yuyu memandang kereta Fateh.  Banyaklah kereta kecik.  Yuyu membebel dalam hati.  Tapi, dia masuk juga di belakang.  Terus Fateh tutup pintu dan berlalu ke tempatnya.  Enjin Honda Civic itu dihidupkan.  Suasana gumam hinggalah Yuyu memecahkan hening.
“Fateh.” 
“Ermm…”  Suara Fateh menyahut tapi mata tak memandang Yuyu sedikit pun biarpun dia tahu Yuyu sedang memandang dia dalam rear-mirror. 
“Ni nak cakap.” 
“Cakaplah.  Tak kena bayar.”  Senyuman seorang jejaka mekar bila dapat lihat bibir si gadis terkumat-kamit membaca mantera pada dia yang sedang menggosok janggut.  Dipelihara salah satu sunah Rasulullah saw ini.  Rugi tak buat.  Lagipun, kacak apa. 
“Eleh, kalau kena bayar kan, awak tu boleh berhutang agaknya,” sindir Yuyu pula.  “Awak yang lagi banyak cakap daripada Yuyu.”  Matanya menjeling tajam pada Fateh yang kebetulan mengerling pada dia sekilas. 
Amboi, nak kenakan orang pulak dia.  “Sebab tu Allah bagi kita suara tanpa bayaran.  Jadi, bercakap pun free.  Cukuplah sekadar berzikir pada Dia tanda bersyukur dapat jugak bercakap.  Lainlah orang tu, kan?”  Bibir Fateh muncung ke arah cermin.  “Mulut tu asyik baca jampi dekat orang aje.  Kan elok berzikir daripada mengutuk bakal suami sendiri di belakang?”  sembur Fateh perlahan. 
Terkebil-kebil mata bundar Yuyu.  Dia gosok dahi.  Entah kenapa, rasa pedih betul dengan ayat Fateh.  Macam kena starlight dekat dahi!   
“Ehem…”  Yuyu berdeham panjang sambil menggosok dahi.  “Ni nak cakap.  Yuyu pun ada dua syarat.” 
Kening Fateh naik.  Dipandang Yuyu sekilas.  Kening lebatnya terjongket tinggi.  Menanti suara halus Yuyu menyambung kata. 
“Yang pertama, Yuyu tak nak tunang lama.”  Dalam hati membebel lagi.  Kita kahwin esok ajelah, Fateh.  Senang.  Tiga bulan tu macam lama aje.  Tak gitu?  Perli.  Tapi, dalam hati. 
Fateh angguk.  “Tak nak lama tu, berapa lama?”  Interesting!  Jujurnya, dia rasa nak gelak tapi ditahan agar tiada bunga senyum pun tumbuh pada hujung bibirnya.  Ingatkan Yuyu nak minta panjangkan tempoh bertunang. Okey.  Dia memang suka.  Tak payah tunang lama-lama.  Kalau boleh dia nak tunang sejam aje. 
“Dua hari?”  duga Fateh bila nampak Yuyu macam sedang memikir.  Dia dah ukir senyuman senget.  Tadi beria.  Ini diam. 
“Tak lama sangat ke dua hari tu?”  Giliran Yuyu pula kenakan dia. 
Tapi Fateh, tetap relaks.  “Ikut saya, esok pun boleh.  Tapi, nanti apa pulak kata orang kampung, kan?  Eh, berisi ke anak dara Haji Ahmad tu?  Terlanjur ke sampai kahwin dalam tergesa-gesa?”  Fateh buat suara cemas. 
“Cakap baik-baik ek.”  Wajah Yuyu dah merah. 
“Itu contoh…”  Fateh sengih.  Mata mereka berlaga sesaat. 
“Saya cakap contoh.  Awak tahulah mulut orang, kan?  Sedangkan mulut tempayan yang dikatakan boleh tutup tu pun, dah boleh bukak sendiri zaman sekarang ni.  Mulut manusia lagilah.  Lagipun, sekarang ni Yuyu… bukan zaman pepatah tak ada angin masakan pokok bergoyang.  Ini zaman pokok tak ada pun, orang boleh tanam.  Lepas tu siap langgar lagi nak bagi goyang.  Awak faham tak maksud saya?” 
Termenung Yuyu seketika dengan kata-kata Fateh.  Petah betul.  Manalah umi dan ayah tak setuju?  Tak dan nak sanggah.  Tapi, ada benar kata Fateh.  Dia faham sangat.  Cerita yang tak ada pun, orang boleh ada-adakan.  Okey.  Fateh menang kat sini.  Diakui. 
“Tunang sebulan aje kot?” 
“Kot?”  Kening lebat Fateh kerut.  “Awak ni yakin ke tidak?” 
“Err…” Yuyu resah.  Berapa lama la masa sekejap yang dia maksudkan tadi.  Dia sendiri tak pasti. 
“Ginilah.  Balik bincang dulu dengan Haji dan Hajjah.  Jangan belakangkan diorang.”  Nasihat Fateh dan kali ini, Fateh betul lagi. 
Hai… asyik dapat telur ayam aje.  Bila nak menang ni?  Argh… tak nak fikir.  Dia bukan nak bertanding tapi nak kahwin.  By the way, bukan dia nak sangat kahwin.  Kira jodoh yang dah ditetapkan itu sudah tiba.  Buat apa nak tolak? 
“Yang kedua?”  soal Fateh.  Tak sabar betul dia nak tahu syarat-syarat bakal isteri ni.  Relaks sungguh.  Baru jumpa kali pertama, bermacam terma dan syarat dikenakan.
Kali ini, senyuman Yuyu tajam lain macam.  Sangat tipis dan sinis.   
“Keduanya, Yuyu tak nak tidur dengan awak untuk satu jangka waktu.  Yuyu nak kita sesuaikan diri dulu.  Masa tu, baru Yuyu make-up tebal-tebal dan masuk jumpa awak.”  Fateh diperli sehabis daya.  Biar Fateh pulak terkena.  Banyak sangat syarat.  Nak kahwin, kahwin ajelah.  Letak syarat bagai. 
Rahang Fateh rasa longgar tiba-tiba.  Tangan kiri naik memegang rahang.  Digoyang ke kiri dan kanan.  Terkejut jugak dia.  Main term and condition pulak dah. 
Do you think, I can’t hold myself back, my wife-to-be-Ayuni?”  soal Fateh mencabar.
“You have too,” balas Yuyu dengan wajah suci. 
Mereka saling diam. Lama-lama, Fateh gelak tipis.  Dia terus tekan minyak.  Menambahkan kelajuan.  Tak membalas apa lagi dah.  Tapi, hati dia memang gelak mengekek. 
We’ll see, Ayuni.  Kita tengok siapa yang datang dekat siapa? 



...2bCont...

Cerita baru yang tak tahu bila akan berakhir.  Bertabahlah :(

42 comments:

  1. ala.. pendekny RM.. nk lg.. x puas baca..

    ReplyDelete
  2. best.. permulaan yg menarik.. smbg lagi kak.. heheh

    ReplyDelete
  3. kak rehan....
    tq...tq...tq...
    lama sungguh tak baca nukilan air tangan akak...
    walaupon pendek tp puas...

    ReplyDelete
  4. Serius.. cerita ni sangat unik.. hihi.. dh lama tunggu entry baru dr k rehan. dan alhamdulillah hari ni dpt.. x sabar nk tunggu next33 punya.. hihi..

    ReplyDelete
  5. Menarik amat... harap sentiasa cepat update n3 baru...

    K.mid

    ReplyDelete
  6. Interesting la fateh ni..kalau dah kawin ni mwsti meriah

    ReplyDelete
  7. Nak lagi!!! YuYu , manjaya nama dia <3 . jatuh hati .

    ReplyDelete
  8. weee....suka2..suka...kipidap RM...

    ReplyDelete
  9. cerita RM smua best2.. xde drama ke? tringin nk tgk naqi n ariq dlm drama tv..

    ReplyDelete
  10. Lama sgt dah tunggu nie...akhirnya.thanks rehan.

    ReplyDelete
  11. wahh... nice story kak rehan,..,, ada aura magnet between ur hero n heroin... org tunggu ur next chapter... dah lama org x jenjalan kat blog2 novelis... :)

    ReplyDelete
  12. permulaan yang interesting....tak sabar nak tgk sesi gaduh-gaduh manja Fateh dan Ayuni......:)

    ReplyDelete
  13. story yg interesting mcm gaduh2 manja jer nampak. looking forward to the next chapter.

    ReplyDelete
  14. I like it v.much...modern girl vs imam muda

    ReplyDelete
  15. yuuuu.... even am late reading tis..
    but i know am never to late for the excitement!
    XoXo Fath :p

    ReplyDelete
  16. Luv it. Always waiting for your new story.

    ReplyDelete
  17. intro best nih......X sabarlahhhhh....nak lagihhh kak rehan
    always waiting.....fighting RM

    ReplyDelete
  18. alahaii..x sabo next episod...
    ~nisa~

    ReplyDelete
  19. best.. next episod bila yer RM...

    ReplyDelete
  20. Okay,seriously i like this story..haha
    Nak lg,pleaseee??

    ReplyDelete
  21. Wow best buah tangan ni... tak sabar tunggu ni,,,

    ReplyDelete
  22. wow fateh blh tahan org nye ni....

    ReplyDelete
  23. Keep it up RM...sangat best walaupun baru bab 1.

    ReplyDelete
  24. pliss continue !! (muka mgharap) TT_TT

    i really love this kind of guy .. simple . ^__^

    ReplyDelete
  25. permulaan yg baik dan menarik..tak sabar nk baca next entry;)

    ReplyDelete
  26. i dont know how but just came back here for this story..its reallly reallyyyyyy, realllyyyyy sweet. k
    akak tolong buat comebck fateh ni boleh tak kak..just short one pon cukupla kak, much love for u kak..hehe
    u writing make me smile sampai ke telinga kak., pandai sakat karakter dalam ni..huhu

    ReplyDelete