BUNYI desiran
panjang lepas daripada celah bibirnya. Kening
berkerut lebat menahan rasa pedih. Gamaknya,
luka itu dalam kerana itu rasa pedih lain macam.
“Kalau tahu
sakit, lain kali jangan tunjuk gangster…”
sindir doktor muda di depan mata.
Siap dengan jelingan tajam biarpun tangan itu masih ligat merawat hujung
bibirnya yang koyak.
“Nasib baik tak
koyak lagi tiga empat inci. Kalau tak,
mahu jadi mulut tempayan. Luas,” sindir
doktor itu lagi.
Dia ketap
bibir. Memejamkan mata rapat untuk
seketika. Menarik nafas dalam. Cuba menahan rasa hangat yang sedang membakar
dalam dada. Terasa ringan buku lima mahu
mencari sasaran. Tapi, dia beratkan
penumbuknya. Tak nak bilik rawatan ini
jadi tempat berdarah pula.
“Saya jahit…” Doktor muda itu senyum lagi. Senyuman yang begitu tajam dan sinis.
“…dan kalau tak
tahan sakit, ingat pesan saya. Lain kali
jangan bertumbuk,” tambahnya lagi.
Wajahnya didekatkan
pada wajah gadis yang ada di depan mata.
Memerhatikan wajah yang ada beberapa parut kekal di dahi dan juga bawah
dagu. Parut lama yang nampak sudah
sebati dengan kulit.
Perempuan jenis
apalah langsung tak hiraukan raut yang sebegini indah menjadi cela? Spesis tak menghargai anugerah Tuhan. Dan, ini adalah kali pertama dia rawat
pesakit perempuan yang cedera kesan koyak pada muka.
“By the way,
boleh saya tahu… awak kena tumbuk dengan apa ni? Saya tak percaya bare-hand boleh koyak dekat
dua inci tepi mulut awak ni?” soalnya
mahu alih perhatian pesakit pada jahitan.
Namun, gadis itu
hanya diam. Tak berkata sepatah
pun. Dia ukir senyum tipis. Terus tekun menjahit dan dia tahu, sakitnya
tak terkata kerana dia pilih untuk tak guna bius.
Sesekali,
dahinya berkerut menahan pedih tusukan demi tusukan jarum halus itu melalui
dagingnya yang hidup. Malah, dia rasa
ikatan demi ikatan yang doktor ini kemaskan.
Segala pertanyaan, hanya singgah di angin lalu. Tak singgah langsung. Tumpuan dia tercampak beberapa langkah ke
belakang.
KEPALA yang
berdenyut bertambah sakit dengan jeritan demi jeritan. Dah perempuan tu cakap tak nak, nak paksa
buat apa? Dia bangkit berdiri di antara
kumpulan lelaki dan dua orang wanita tersebut.
“Orang dah tak
nak, jangan dok ligan dia lagi…” ujarnya
perlahan.
Mata lelaki yang
sedang menarik lengan perempuan itu beralih padanya. Tajam merenung. Seperti nak ditelan dia hidup-hidup.
“Eh, kau siapa
tiba-tiba datang nak sekolahlah aku pulak?!”
soal lelaki itu bengis. Dua orang
kawannya juga ketawa.
Hoodie ditarik
ke depan demi menutup wajah. Dia nak
berpaling, tapi jeritan wanita tadi sekali lagi menerpa.
“Eh, dia tak
nak. Jangan paksa…”
“Hey!” Bahunya ditolak kasar. “Kau siapa?
Kau tahu tak aku siapa?”
Tangan lelaki
itu yang menujah bahunya ditepis kasar. Darahnya
mula menyirap. Tapi, dia masih bertahan
agar tak bertindak terlebih dahulu.
“Aku bukan
sesiapa. Tapi, aku tak boleh tengok
perempuan dilayan macam ni. Itu aje…” Sempat dia jeling pada perempuan yang sedang
memandangnya penuh harapan.
Harapan untuk
diselamatkan.
“Oh, kau ni
kiranya nak jadi hero Malayalah, ya?”
Dia sengih dan
menggeleng. “Tak elok berkasar dengan
perempuan. Itu aje aku nak pesan. Dah dia tak nak…”
“Eh, jangan
cakap banyaklah!” Penumbuk singgah tepat
ke pipinya.
Dia terdorong ke
belakang dua tapak. Hujung bibirnya mula
terasa pedih. Darah hangat dirasakan
mengalir. Bibir dia koyak!
Sebaik saja dua
orang lagi lelaki tadi mahu menyerang, pantas dia menendang salah seorangnya
dan menumbuk tepat ke wajah seorang lagi. Pantas… hinggakan yang menumbuknya tadi
tercengang melihatkan dua orang teman yang mengerang kesakitan.
“Kau… tak kenal
aku lagi…”
“Perlu ke aku
kenal?” Dia mara ke depan. Berani.
“Kau tak kenal
aku lagi…” ulang lelaki lagi.
“Bagi aku kenal
sekarang,” giatnya.
Dan bila lelaki
itu melangkah setapak demi setapak ke belakang, meninggalkan dua orang
perempuan dan juga dua orang kawan lelakinya, dia terus menoleh.
“Bang, terima
kasih,” ucap salah seorangnya.
“Korang buat apa
ikut lelaki tu?” Sempat dia menoleh pada
lelaki tadi yang dah masuk dalam sebuah Porche Panamera.
Orang kaya!
“Sebab korang
nampak dia kaya? Pakai kereta besar? Nak rasa dilayan macam puteri? Well… fikir, dik… jangan sebab nak jadi macam
puteri, korang tergadai body…” sindirnya
dan terus saja berlalu.
“By the way, aku
bukan abang…” Hoodie ditarik jatuh. Dia senyum sambil menguak rambut yang jatuh
ke dahi.
“Chiao…” Tabik diberi.
Dia terus berlalu dengan dahi berkerut bila luka pada bibir dirasa makin
teruk.
Macam mana nak
balik kalau mulut rabak?
Kalau dikata
kemalangan, mesti dia perlu ke hospital.
Ya, hospital adalah harapan biarpun harapan itu adalah harapan yang tak
pernah dia harapkan.
“CIK ISRA?”
Arel ketik jari
di depan gadis ini. Sejak tadi, dia bercakap
sorang. Orang depan dia hanyut entah ke
mana. Berdecit pun tidak. Tak kanlah sebab dia sound awal tadi, terus
terkesan. Kalau terkesan, baguslah. Bukan apa, muda-mudi sekarang ni suka betul
rosakkan diri sendiri.
Apalah nak jadi…
dia tak kata orang, tapi adik dia pun perangai boleh tahan. Tegur sikit, mama dengan papa menangkan budak
tu. Mulalah jadi kaduk naik
junjung. Bila tengok perempuan depan dia
sekarang, mulalah teringat dekat adik sendiri.
“Awak ni dah
sampai mana?” soalnya tajam bila mata
bertentang mata.
Arel bangkit dan
kembali duduk semula depan pesakitnya yang tak ubah seperti orang bisu. Di tangannya ada potongan kain kasa. Dia hanya pandang tepat pada mata layu
itu.
“Kenapa? Takut nak balik?” soal Arel lagi.
Gadis itu tetap
diam. Hanya memandang pada dia.
“Tahu takut tapi
berani bertumbuk?” Soalan berbaur
sindiran itu terbit lagi.
Arel larikan
anak mata. Malas nak pandang mata
tu. Bukan takut ditumbuk, tapi bosan
bila bercakap sorang. Dia cuba penuhi
tanggungjawab dia sebagai doktor. Tapi,
disamping itu dia nak sedarkan anak gadis ini agar lebih menjaga diri. Mungkin cara dia berdakwah ini salah tapi
anak muda sekarang, mahu ke dengar nasihat yang lemah gemalai jika tidak
diherdik dengan sindiran yang keras?
“Saya tampal ni,
lepas tu awak boleh balik…” Arel terus
lekatkan ke hujung bibir yang menerima empat jahitan tersebut. Dia kemudian bangkit dan berlalu ke sinki,
membasuh tangan.
“Awak boleh
balik. Terus balik rumah. Dah tengah malam ni. Jangan lepak mana-mana lagi. Luka awak tu lambat baik nanti. Biasa dekat tepi bibir ni lambat baik…” Tapi, seperti berbicara sendiri, Arel
menoleh.
Dia gelak
sendiri. Mengelap tangan. Tiada lagi pesakit di depan dia. Dah balik dah. Laju Arel menapak dan bila dia buka pintu
biliknya, gadis itu sedang berdiri di depan kaunter bersama jururawatnya.
“Berapa ya, kak?”
Arel senyum. Ada pun suara. Ingatkan bisu sungguh.
“Seratus tiga
puluh, cik…”
Mata Isra
bulat. Mak aih… mana nak cekau ni. Patut dia tak datang hospital swasta ni. Tapi, nak ke hospital kerajaan, mahu
berjanggut dia kena tunggu. Dia Cuma mahu
mencipta alasan pada nenek.
“Errr…” Isra buka beg galasnya. Teragak-agak dia nak tarik dompet
sendiri. Andai ada isi yang cukup, tak
apalah. Kalau tak ada, perlu ke dia lari
laju-laju.
Arel hanya
memerhati. Menggeleng kecil. Nampak gaya dia kena niatkan sedekah ajelah
merawat perempuan tadi. Apa nak kata… dia
terus keluar. Berdiri di sisi perempuan
itu. Menongkat siku di atas kaunter.
“Eh, doktor?” sapa jururawat tersebut.
Mata Arel laju
mengisyaratkan agar jururawatnya masuk ke dalam. Biarkan saja dia di sini menyelesaikan
masalah ni.
“Cik Isra?” seru Arel.
Isra menoleh. Melangut pandang pada doktor di
depannya.
“Pergilah balik. Janji dengan saya, terus balik. Orang tua awak tentu risau. Tak payah bayar. Anggap ajelah saya tolong awak dan awak
tolong saya dengan cara balik rumah terus.
Jangan berpelisiran dekat luar malam-malam ni. Tak elok untuk anak gadis macam awak,”
nasihatnya.
Isra jatuhkan
kepala. Dia buka dompetnya. Tiga keeping not lima puluh tersenyum
padanya. Membuatkan bibir Isra juga
koyak dengan senyum biarpun tak lama kerana dia rasa keras rasa jahitan itu
masih terasa.
Dia terus
letakkan duit di atas kaunter. Menanti baki.
Arel memandang
pada duit tersebut dan juga beg duit Isra yang dah kosong. Kemudian, dia keluarkan beg duitnya, diletak
juga duit seratus tiga puluh di atas kaunter.
Kemudian, dia capai duit Isra dan diletak semula dalam beg gadis itu.
“Anggap ajelah
saya bersedekah dan awak jaga diri…” Dia
terus menoleh menuju ke bilik bila jururawatnya kembali ke kaunter.
Isra hanya
memandang doktor yang dia kenal sebagai Arel itu lama. Seperti mimpi, masih ada lagi ke orang baik
begini dalam dunia? Sedangkan, setiap
langkahnya… dia hanya ditemukan dengan manusia berhati iblis.
Mata Isra terasa
basah. Dia masih terus memandang. Tak berkelip.
Dan, bila susuk tubuh sasa itu hilang di balik daun pintu, Isra menapak
keluar. Dia pandang ke kiri dan
kanan. Dah tengah malam. Dia nak balik dengan apa entah. Kalau menapak, mahu dekat dua jam baru sampai
ni. Lantas, dia pilih ke kiri.
Sepuluh langkah,
bahunya dicuit orang. Isra menoleh. Tanpa rasa takut. Tapi, matanya membulat dengan mulut terkunci
rapat.
“Saya lupa nak
bagi ubat dekat awak, Cik Isra…” Arel
senyum. Diunjukkan plastic putih itu
pada Isra.
“Ini painkiller.
Balik terus telan. Nanti sakit akan kurang. Pastikan telan selepas makan…” pesannya.
Isra menyambutnya
lemah. Dia pandang Doktor Arel
lagi.
“Kenapa?” soal Arel bila dilihat mata Isra berair.
Jangan kata
sakit sangat… tadi, masa dia jahit daging itu hidup-hidup, sikit pun tak ada perasaan. Jangan kata Isra nampak dia macam hero novel
yang tak pernah wujud. Dia nak gelak
ni. Dia cuma kasihan. Dia nampak seperti adiknya.
“Itu saya cakap,
kalau dah namanya kaum lemah, kenapa nak berlagak kuat?” sindirnya lagi.
Isra pandang
mata Arel. Pertama kali, lukanya terasa
begitu sakit. Bukan tak biasa luka. Cuma dia tak biasa diubati.
...bersambung
Cerita pendek2 suka2 aje. Bila Sugar jadi sugar stone. hikhik.
...bersambung
Cerita pendek2 suka2 aje. Bila Sugar jadi sugar stone. hikhik.
Baru bab 1 dah teruja. Xsabar nya. Cepat2 sambung kak rehan
ReplyDeleteKak..nk lg...
ReplyDeleteKak..nk lg...
ReplyDeletesambung lagi!!!
ReplyDeleteUp lg rehan....
ReplyDeleteBrutal heroin kali ni ek...I like
ReplyDeleteBrutal heroin kali ni ek...I like
ReplyDeleteMenarik....
ReplyDeleteWaaa,menarik..nak lagi boleh...hihihi
ReplyDeleteWah...cerita mcm ni saya mmg suka...
ReplyDeleteWah...cerita mcm ni saya mmg suka...
ReplyDeleteSuka heroin brutal ni.. bkn liar tp membela sesama perempuan 👍👍👍😎😇
ReplyDeletewahh .. cecepat la sambung
ReplyDeletewahh .. cecepat la sambung
ReplyDeleteNk lg dn lg dn lggg.. he2..
ReplyDeleteIntro menarik bagus sekiranya ramai orang seperti Dr. dalam merawat boleh menegur tanggungjawab sesama insan.
ReplyDeletesugar belum habis update dah Black Swan hahaha. btw best kak rehan :)
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeleteSeriously best as usual. I want moreee
ReplyDeleteBest lama xda citer baru
ReplyDeletebest...teruja ni...sambung lg kak...
ReplyDeletetajuk dia black swan mcm hero heroin drama Korea la..Hehe. btw, best cite ni
ReplyDeleteHahaha...best...nak lg....
ReplyDeletebest... suka suka suka... apalah Doktor Arel ni, tak thu jln crita trus mengutuk/menghukum ntah2 adik dia yg Isra slmtkan...
ReplyDeleteas usual, rm never let me down.
ReplyDelete