TANGAN Irah
dipegang. Teruk jugak lengan halus itu
lebam. Kemudian, dia pandang mata orang
tuanya. Berbicara bahasa yang memang dia
yakin, mama dan ayah faham sangat apa yang mahu disampaikan.
“Mama dengan ayah
tak nak komen apa-apa?” Dia jongket
kening. Menceberkan bibir pada tangan
Irah yang masih ada dalam genggamannya.
Mama dan ayah
saling memandang. Sebelum tersenyum
tawar padanya. Dah ditegur dengan baik,
tapi Irah kuat memberontak.
Arel mengeluh
berat. Sempit dada memikirkan
kemungkinan yang telah terjadi apatah lagi bila mama dan ayah hanya diam tak
berkutik.
“Apa lagi tak kena
ni, Irah?” soalnya perlahan. Langsung
tak memandang pada mata gadis itu.
Dia letih. Sangat letih.
Tiba dirumah tujuh pagi tadi, ini yang dia menantinya. Sekarang, dia dah buat dua tiga kerja
dah. Siang malam dia kerja demi
kesenangan keluarga. Tapi, apa yang adik
dia buat?
“Berapa lama Irah
nak buat benda bukan-bukan sebelum Irah sedar apa yang Irah sedang buat ni akan jadikan Irah
menyesal seumur hidup di depan hari?”
Mendatar suara Arel memberi amaran pada adiknya.
Irah, bukan lagi
umur untuk dia tangankan. Tapi, kalau
dah ditegur cara baik tak jalan, dia yakin satu hari nanti tak mustahil telapak
tangan dia akan singgah juga ke muka Irah.
“Bukan salah
Irah…. Tapi Nina…”
“Nina?” cantas
Arel menyekat adiknya daripada terus bersuara.
Dia lepaskan
tangan yang sejak tadi dibelek. Direnung
mata Irah tajam. “Berapa kali Irah nak
salahkan orang lain atas silap sendiri?
Berapa kali Irah nak tuding jari
pada orang? Satu jari Irah tuding dekat
orang, empat lagi jari tu dekat diri sendiri, tahu ke tidak?!” Arel separuh menjerit sebelum dia
beristighfar panjang.
Tuhan… lemahnya
sabar dia.
Teringat akan
mulut yang terbelah semalam. Apa aku dah
kata pada dia, Allah… menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri sudah
rabak. Arel menggeleng perlahan.
“Irah tahu tak
malam tadi, masa abang duty… ada
budak perempuan yang rasanya baya Irah
aje. Datang jumpa abang sebab mulut dia
koyak. Bertumbuk atau kena tumbuk, abang
tak tahu sebab dia tak bercakap sepatah pun.
Masa tu, abang nampak Irah. Abang
cakap dekat dia, jangan buat perangai tak senonoh. Jangan ikut sangat nafsu yang nak suka-ria aje
manjang. Sebab apa, abang ingat dekat Irah. Tapi, abang silap… abang tak patut tegur dia
sebab adik abang sendiri pun…” Arel
matikan kata.
Dia angkat
tubuh. Tak guna lagi bersuara.
“Tangan adik ni
macam mana Arel?” Mama bersuara. Nadanya resah.
Arel senyum. “Lebam sikit aje, ma. Jangan risau sangat dan jangan manjakan
dia. Biar dia tuam sendiri tangan
dia. Mama dan ayah jangan masuk
campur. Pandai dia cari penyakit,
pandailah dia ubatkan…” Butang kemeja
dibuka satu.
Arel terus
palingkan tubuh dan menapak ke bilik.
Butang kemeja
dibuka habis. Dibiarkan dadanya terdedah
dijamah penghawa dingin yang baru mahu sejuk, melegakan rasa hangat dalam
kepalanya. Diletak tangan atas dahi. Dia pejam mata dan cuba memekakkan telinga
mendengarkan suara mama memujuk Irah.
Ikut hati, ringan tangan dia nak naik ke pipi mulus adiknya, tapi bukan
cara dia mendidik menggunakan kekerasan.
Entahlah…
Mata Arel
terbuka. Entah kenapa, mulut koyak itu
hadir lagi di matanya. Andai Irah
ditempat gadis itu… tak sanggup dia nak bayang.
Atau lebih teruk, dikhianat dan dicampak di tepi jalan seperti kain
buruk.
Arel menggeleng
berkali-kali. Dia terus bangkit. Duduk dibirai katil dan mengurut pelipis
biarpun tiada rasa sakit.
MATANYA tunak
memandang wajah pucat di depan mata.
Baju-T itu dah dipenuhi warna merah.
Melainkan hoodie hitam itu saja yang menutupnya. Dia pegang pipi gadis itu perlahan. Kemudian dia pandang sekeping kertas yang
diisi dengan maklumat pesakit.
“Israfil?” Kening Arel naik.
Isra angkat
kelopak mata, membalas renungan doktor bila namanya diseru. Dia nampak doktor senyum tapi dia tahu,
senyuman itu adalah senyuman yang dipaksa.
“Apa dah jadi
ni?” soal Arel cuba berbahasa.
Isra tunduk. Tak berkata apa melainkan rela saja hujung
bibirnya dibelek oleh lelaki depan mata.
“Tentu sakit,
kan?” tanya dia lagi bila tiada jawapan
yang dia terima.
Sepi.
Arel ukir sengih
senget. Sakit sangat gamaknya sampaikan
nak buka mulut pun tak boleh dah. Tahu
sakit, tapi cari penyakit. Dia, walaupun
seorang doktor, tak pernah lagi dia doakan manusia ni jatuh sakit. Eloklah kalau semua orang sihat. Dia pun tak rasa pening kepala.
“Luka awak ni kena
jahit. Mungkin tinggal parut. Tak kisah, kan?” soal Arel lagi. Dia dah bersedia untuk menjahit luka
sepanjang hampir dua sentimeter itu.
Dahi Isra berkerut
seketika. Tapi, dia angguk
kemudiannya. Setuju. Dia bukan doktor walaupun dah biasa sangat
rawat diri sendiri. Dan andai ini yang
doktor muda ni kata, dia akan ikut aje.
“Saya tak bius…”
Sekali lagi Isra
angguk.
“Kalau rasa sakit
sangat, menangis ajelah. Saya dah
biasa…” Senyuman senget Arel terukir tajam.
Isra tunduk tapi
serentak itu juga, Arel paut wajahnya.
Menjadikan wajah mereka sedikit rapat hingga helaan nafas Arel mampu
menyapa telinganya.
Tusukan pertama,
mata Isra terpejam rapat.
Tingkah Arel mati
seketika. Dipandang bening mata gadis
itu lama. Dia perasan akan genangan air
jernih yang nak terbit tapi diseka laju oleh jari Isra. Dia senyum lagi. Tertanya sungguh dia, apa yang dah jadi.
Tusukan kedua,
Isra buka mata. Seperti alah bisa tegal
biasa. Dia renung mata kuyu doktor yang
sedang merawatnya. Langsung tak ada niat
hendak berkata-kata. Melainkan diam
seribu Bahasa.
“Saya tahu saya
kacak. Tapi, jangan tenung saya
gitu. Awak buat saya hilang fokus. Nanti habis rosak muka cantik awak ni, saya
jahit…” sinis Arel.
Isra larikan
pandangan. Mahu tunduk namun sekali lagi
pipinya dipaut oleh telapak tangan kasar Arel.
“Jangan gerak…” Bisikan Arel berhembus tepat atas batang hidungnya. Tajam matanya merenung Isra.
“Saya biasanya tak
hilang fokus. Tapi sebab awak, saya
memang boleh hilang fokus…”
Liur ditelan
kasar. Isra terus menyepi. Membiarkan Doktor Arel menjahit tepi bibirnya
yang koyak.
...bersambung
...bersambung
Best...
ReplyDeleteAs usual, Xpnah Xbest. lg awesome bila tau gandingan nama hero dan heroin 👍👍👍
ReplyDeleteAs usual, Xpnah Xbest. lg awesome bila tau gandingan nama hero dan heroin 👍👍👍
ReplyDeleteSgt pendek bab ini....x seperti sebelumnya. Kikiki
ReplyDeleteAyat mmg power
ReplyDeletependek sngt pulak. tp tetap best. sambung lagi ..
ReplyDeletependek sngt pulak. tp tetap best. sambung lagi ..
ReplyDeletependeknye..tak puas..
ReplyDeleteBest3...i like
ReplyDeletemohon smbg laju2
Cam nk jd isra...untg ada doc
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenama doktor tu Izrael ke?
ReplyDeleteArel ? Izrael ?
😕
Rsnye...rehan suka buat nama yg bergabung😃
DeleteLa.sweetnya tuan doc mengayat masa rawat pedakit
ReplyDeleteKarya rehan selalu buat jantung saya dup dap dup dap...mcm kita pulak yg dok dlm cerita tu...ermmm...tp mmg terbaek sgt
ReplyDeleteBest RM...update lagi....
ReplyDeleteCite nie abis kt blog or akn keluar versi cetak?
ReplyDeleteBest...tak sabar tunggu next entry....
ReplyDeleteBest..bile nak smbg???
ReplyDeleteBest..bile nak smbg???
ReplyDelete