Monday, June 06, 2016

Dengarlah Jeritan Hatiku, RELEASED! :)

#DengarlahJeritanHatiku #YugAsh
Salam. Pada yg menanti. Bissmillah. Dengan nama Allah. Bersama keberkatan Ramadan 
Dengarlah Jeritan Hatiku (Bukan Limited tp terhad. Bunyi sama tapi maksud berbeza) dan tak akan masuk market. Banyak tambah daripada blog.  


Harga  :

SM - RM33 termasuk poslaju (untuk sebuah buku)

SS - RM40 termasuk poslaju (untuk sebuah buku)


Bayar ke Acc. MAYBANK atas nama Blogijau Enterprise 
564342616394

Dan emelkan perkara berikut (wajib) :
Nama, Alamat, Kuantiti buku, No. Tel. Baki jika ada. Dan sekiranya kos pos kurang, wang anda akan dikembalikan. Jangan risau okeh.

Emel ke blogijau@gmail.com dengan subject DJH. Andai tak, emel kalian masuk SPAM. Dan, selepas itu harap sabar menanti. Saya cuba uruskan secepat mungkin. Insyallah saya usahakan utk pos masuk minggu ke2 Ramadan. Jangan PM dekat page. Emel sahaja.


Sinopsis blurb :
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis. 
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.

“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri

Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa. 
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.

“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita

HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita

Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita

Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia. 
Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya

......

TERIMA KASIH.

10 comments:

  1. Uishhh...cerita yg meruntun jiwa...u mmg ada klas yg tersendiri dlm dunia penulisan

    ReplyDelete
  2. Ok.done email info! :) nda sabar mo baca!

    ReplyDelete
  3. Nak beli buku ini nak buat macamana RM.

    ReplyDelete
  4. Sya dh dpt buku ni siang tdi kak RM..tq..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. Boleh order lg tk?? Tk kisah dpt lepas raya pun tk pe..

    ReplyDelete
  6. Boleh order lagi tak?
    -afikah

    ReplyDelete