PELIK sangat
pelik. Maghfirah halang dia pergi, tapi
kenapa kembali tutup mulut. Sepatah
ditanya, satu apa pun tak dijawab. Cuma,
gadis itu dah tak mengelak dia. Ingatkan
dia aje yang sakit, ada lagi yang lebih sakit daripada dia. Homen…
“Ian?” Pak Mansor menyapa bahu Ian.
“Ya, saya pak
cik…” Terkulat-kulat Ian menjawab bila
mulut tak habis-habis membebel pasal Maghfirah.
“Marahkan apa
tu?”
“Diri
sendiri…” Ian pandang ke laman yang
begitu bersih.
“Dah kenapa
pulak?”
“Entahlah…” Bahu terjongket.
Jujurnya dia
marah diri sendiri sebab gedik sangat nak terima gadis tu kenapa? Kan jelas sangat orang tu tak nak. Biarpun Maghfirah halang, tapi itu bukan cara
melayanan orang yang disukai.
Haih… sentap
pulak hati ni!
“Mesti ada
ni… pasal Firah ke?”
Ian pandang Pak
Mansor. Senyum pada hujung bibir. Tak logiklah nak kutuk anak dara orang dekat
bapak dia pulak. Karang elok Maghfirah
tak bagi pergi, bapak pulak yang halau.
Dia tak kisah sebenarnya, tapi hati dia sedikit berat sekarang. Semua sebab perempuan beku tu!
“Cakaplah dekat
pak cik…”
“Dia pegang baju
saya tak bagi saya pergi.” Beritahu Ian
lancar.
“Hah? Sungguh Firah buat macam tu?” BUkan tak nak percaya, tapi sebagai ayah dia
sendiri terkejut dengan sikap Maghfirah pada Ian.
Kejap tak nak,
kejap nak. Kejap suruh pergi, kejap tak
bagi. Budak ni la hai… Pak Mansor toleh
ke dapur. Keletung keletang. Apalah dibuatnya. Tunjuk perasaan gamaknya.
“Saya tak tipu,
pak cik…”
“Haippp, pak cik
tak kata kamu tipu. Cuma terkejut. Firah tu tak pernah suka orang luar datang
rumah ni. Pada dia, ada pak cik dah
cukup. Tanpa dia sedar, dia tu anak
perempuan. Sampai masa, kena kahwin,
kena jadik hak orang, kena keluar jugak daripada rumah ni. Betul tak?”
Pak Mansor tergelak kecil. Geli
hati dengan ayat Ian tadi.
Anak muda ini
pun la haii… lurus betul.
“Tapi boleh pak
cik tahu, selain Maghfirah… apa yang buat kamu rasa selesa dalam rumah buruk
pak cik ni?”
Ian lempar jauh
pandangan ke depan. Jauh daripada rumah
orang. Kalau malam, bolehlah nampak
cahaya lampu. Terpinggir betul. Laman tak berapa luas tapi di kiri rumah ada
kebun sayur yang sekangkang kera. Dalam
rumah? Lagilah kosong. Dia tidur pun beralasankan gebar yang tipis
aje. Mujurlah tubuh dia boleh
terima. Bantal pun sebijik aje. Meja makan tiada, TV pun yang dah lama. Kejap pasang ada siaran. Tapi kebanyakkannya putih tak ada gambar.
“Hai… lama tu
fikir jawapan,” usik Pak Mansor.
Ian ketawa kecil
seraya menggeleng. Bukan jawapan yang
dia cari sekarang tapi apa yang dia rasa.
“Saya dah lama
tak masuk rumah yang saya dapat rasa ketenangan, penuh kasih sayang…” Ian jeda.
Dia dekatkan wajah pada Pak Mansor.
“…walaupun anak
pak cik tu selalu dingin dengan saya.”
Terus dia ketawa.
Pak Mansor juga
turut ketawa. “Betullah tu. Tapi, jawapan kamu tu buat pak cik rasa
terharu. Sebab dah lama sangat tak ada
tetamu yang datang.” Riak Pak Mansor
berubah keruh.
Ian toleh penuh
minat. Apa dah jadi? Mendengarkan bicara Maghfirah dengan Pak
Mansor hari tu pun buat dia tertanya pelbagai perkara. Masalah apa yang pernah jadi dalam rumah
ni?
“Saya pak cik,
bukan niat nak menyibuk. Tapi, saya tahu
pak cik percayakan saya. Sebab tu pak
cik sanggup bagi anak pak cik dekat saya.
Walaupun Maghfirah tak setuju sepenuhnya, tapi saya dapat rasa dia
sedang cuba. Saya sendiri pun tak pasti,
kenapa perlu saya terus ada di sini sedangkan saya boleh pergi. Jawapan tu, saya tak ada lagi. Tapi, untuk itu… kalau pak cik sudi, saya nak
tahu apa yang dah jadi sebenarnya?” Tertib Ian menyusun kata.
Memancing Pak
Mansor bercerita dan dalam masa yang sama, dia tak nak Pak Mansor rasa dia
begitu mendesak.
“Pak cik tak ada
masalah. Tapi, Maghfirah…”
Ian kerut
kening. Ya, masalah itulah.
“Dia tu takut
pisang berbuah dua kali,” ujar Pak Mansor penuh berahsia.
Ian kian
penasaran. Apa ni, pak cik. Saya tak sabar dah ni. Dia pasang telinga. Menanti patah bicara Pak Mansor.
“Dulu, pak cik
pernah larang dia kawan dengan seorang budak laki ni. Anak orang kaya kampung ni. Banyaklah sawit yang dia punya. Sawit, getah… boleh katakan hampir semua dia
punya. Satu hari tu, Firah cakap dia nak
bertunang. Pak cik larang tapi tidaklah
marah. Cumanya, Firah berkeras nak
jugak. Katanya dah saling sayang. Tapi, biasalah… kita merancang tapi Tuhan
menentukan. Tapi, pak cik percaya, yang
perancangan Allah pada manusia, itu adalah yang terbaik. Tak perlu nak sangkal…” Pak Mansor berhenti berbicara.
Sesekali,
ditoleh ke belakang. Takut jugak
Maghfirah terdengar.
“Dorang putus
ke?” duga Ian.
Pak Mansor
berdeham. Rasa nak pecah dada bila ingat
semua yang jadi.
“Putus dengan
cara tak elok…”
“Maksud pak
cik?”
“Satu hari tu,
budak lelaki tu datang rumah. Pak cik
tak ada. Kata Firah, dia pun tak sedar
bila lelaki tu ada dalam rumah. Bila pak
cik balik, semua orang berkerumun dekat rumah.
Firah tunduk. Tak menangis
walaupun setitis airmata. Orang kata,
diorang berdua berkhalwat…”
“Hah?” Tak dapat nak sembunyikan rasa terkejut, mata
Ian membulat. Perempuan seperti
Maghfirah yang tak pandang lelaki tu, berkhalwat?
“Tapi, pak cik
percaya cakap Firah. Dia tak buat.
Cumanya, semua mata dah jadi saksi, pak cik sorang dan Firah pun sorang
bela diri… pada Allah ajelah kami berharap.
Pak cik tunduk mohon maaf pada orang kaya tu. Pak cik ikhlas mintak dinikahkan saja. Tak payah apa-apa hantaran. Janji halal di sisi Tuhan. Tapi sedihnya, tunang Firah tu tak nak. Dia tolak Firah mentah-mentah…” Pak Mansor geleng kepala.
Tidaklah dia
berasa kesal. Perkara dah jadi. Biarlah menjadi ikhtibar.
“Apa yang buat
pak cik percaya dekat Maghfirah?” Dalam
hati Ian, timbul juga rasa syak.
Tunang
sendiri. Berduaan dalam rumah. Mesti darah mudah bergelora. Mana mungkin hanya memandang saja.
Mengerti dengan
rasa sangsi Ian, Pak Mansor senyum. Tak
salah Ian. Semua lelaki dalam kampung
ni, memang sentiasa pandang buruk pada Maghfirah.
“Andai
ditakdirkan kamu dipertemukan dengan Nazri, anak orang kaya Mail tu… kamu boleh
nampak parut yang Firah bagi pada dia…” Dia ingat dengan jelas lagi bila dia
lihat pipi kiri Nazri yang luka. Kerana
itu dia cuba pertahankan anaknya. Tapi,
apa nak kata… Nazri pilih untuk berdusta demi lari hukuman dunia sedangkan
manusia ini akan berakhir dalam perhitungan Allah.
“Firah cakar
lelaki tu ke?”
“Pak cik percaya
anak pak cik pertahankan diri…”
“Tuhan…” Ian raup wajah. Berdebar dada dia demi mendengar cerita
tentang Maghfirah.
“Gamaknya, dia
nak saya pergi cepat, dia mengelak saya… sebab dia takut orang datang tangkap
lagi…”
“Sebab tu, pak
cik tak pernah tinggal rumah ni sejak kamu ada.
Pak cik ikhlas bantu kamu bila kamu nampak tercari-cari apa yang belum
pasti. Andai kamu nak teruskan
perjalanan, teruskanlah. Pak cik faham
kalau kamu tak percaya pada pak cik dan Firah.
Itu pilihan kamu. Semua orang
dalam kampung ni dah pulaukan kami.
Sejak dulu. Tapi, tak apa. Selagi Firah bahagia, pak cik tak mungkin
berduka. Dahlah… pak cik nak petik
kacang botol kejap. Makan malam nanti,
buat ulam…” Terus Pak Mansor angkat
tubuh. Turun ke tanah.
Sebaik saja
kelibat Pak Mansor hilang, Ian terus ke dapur.
Daripada pintu dapur, nampak Pak Mansor yang sedang membelek
tanaman. Dia senyum. Tidak… bukan dia tak percaya. Dia cuma terkejut. Itu aje.
Tapi, itu kisah Maghfirah. Kisah
dia sendiri… Pak Mansor tak pernah tanya.
Tapi, lelaki tua itu begitu mempercayainya.
IAN bertenggek
di sebelah Maghfirah. Mengerling pada
gadis yang langsung tak nak pandang dia.
Tapi, lantaklah. Dia dah biasa. Selama
dia mengembara, macam-macam orang dah dia jumpa. Setakat perangai macam Maghfirah ni, apalah
sangat.
“Nak apa?”
Dingin Maghfirah menyoal bila Ian sejak tadi berdiri di situ tanpa berkata
apa. Pelik ni. Apa lagi tak puas hati.
“Ada benda yang
tak puas hati lagi?” Kotlah nak tanya soalan pelik-pelik, dia tak sedia nak
menjawabnya. Pucuk ibu ditangan menarik perhatian. Malas nak kerling Ian.
“Jujurnya tak
ada,” akui Ian. Dia pusing tubuh. Memandang pada pucuk ubi di tangan
Maghfirah.
“Nak celur ke
nak gulai?”
“Awak nak makan
macam mana?” Hati Maghfirah tersenyum menerima soalan Ian tapi sengaja dia
tunjuk dingin.
“Gulai lemak?”
Jujurnya, bosan jugak asyik makan pucuk ubi celur. Tukarlah sikit selera. Bukanlah berlebih pun.
“Kena kukur
kelapalah gayanya…”
“Saya buat…”
Maghfirah berdeham. Mengerling tajam. “Berapa kali nak cakap…”
“Ya, tetamu
dalam rumah ni tak dibenarkan buat kerja.
Saya tahu. Jangan ulang
lagilah. Lagipun, tak lama lagi saya tak
jadi tetamu dah. Saya jadi penghuni
rumah ni…” Ian sengih. Timbul pulak rasa nak mengusik Maghfirah.
“…dan penghuni
hati awak.” Dia kenyit mata.
Tapi, tak mudah
rupanya nak pecahkan kebekuan pada bibir gadis ini.
“Tak kelakar,
ya?”
“Tak. Jadi, jangan buat lagi…”
Bahu Ian rasa
nak jatuh. Hai… tapi, diingatkan cerita
Pak Mansor, dia kena tabah. Dia dah
janji nak bantu. Andai satu hari nanti
bila Maghfirah kembali pada yang asal dan tak mahukan dia, dia akan pergi. Dia juga perlu ubati diri. Kesakitan ini dah begitu lama menyengat
jiwanya. Dia kena pulih demi memulihkan
orang lain.
“Apa yang ada
dalam hati awak?”
Soalan Ian
membawa Maghfirah tak jadi nak belah kepala yang baru dia ambik bawah
dapur. Apa maksud, Ian? Itu yang hatinya menyoal sendiri.
Dia lemparkan
pandangan pada Ian. Penuh tanda
tanya.
“Jujurnya, saya
pun nak tanya soalan yang sama…” Akhirnya Maghfirah menyoal bila Ian diam.
“Apa yang buat
awak nak saya sedangkan saya yakin, awak tak ada rasa apa-apa pada saya…”
Ian senyum. Ya, perasaan dia pada Maghfirah tidak istimewa
perasaan dia pada June. Beza sangat. Kerana June dia hilang seluruh semangatnya
dan kerana Maghfirah, dia rasa dia sedang temuinya kembali. Kerana itu dia rasa Maghfirah begitu
unik.
“Apa
salahnya? Kahwin dulu, bercinta
kemudian?”
“Macam beli ikan
dekat pasar, kan?”
Ian gelak. Tengok pada pisau di tangan Maghfirah tu,
gerun jugak dia. Buatnya melayang kena
kepala, bocor. Karang, kelapa tak terbelah tapi kepala dia
yang terkepak.
“Kenapa tak
cakap dekat saya?” tanya Ian.
“Tentang
apa?”
“Awak.”
Maghfirah
senyum. Entah apa yang nak diceritakan
jika ditanya sekalipun. Bukan jenis dia
nak bukak pekung di dada sendiri.
“Kalau saya
cakap, awak nak buat apa?”
“Saya boleh
bantu…”
“Bantu macam
mana tu?” Bukanlah dia nak persoalkan
keikhlasan Ian tapi dia ada prisip sendiri.
Dia boleh bantu diri sendiri.
Emosinya adalah milik dia. Dia
akan takluki dengan akal warasnya.
“Itulah. Awak bukan nak kenal saya siapa…” Ian mencebek.
“Saya ingat awak
singgah sementara aje…”
“Okey. Nak berkenalan?” Kening lebat Ian terjongket.
Maghfirah
diam.
“Saya
Furqan. Boleh tak saya mengaku saya
doktor. Atau perlu saya cakap, saya
bekas doktor…”
Dahi Maghfirah
berkerut lebat. “Kenapa bekas?”
Senyuman Ian
terlakar renyuk. “Sebab saya bunuh
orang. Awak nak ke dekat sorang
pembunuh?”
Pisau di tangan
Maghfirah berdenting jatuh ke lantai. Hampir
terkena kaki. Ian cepat dapatkan tubuh
itu. Mencangkung di depan Maghfirah,
ditolak jauh pisau besar itu. Dia melangut
pandang.
“Awak okey?”
Wajah risau Ian jelas tergambar.
Bibir Maghfirah
bergetar. Ian bangkit perlahan. Berdiri begitu rapat dengan Maghfirah.
“Awak terkejut
saya cakap saya bunuh orang?”
Sepi. Hanya mata yang masih bersabung. Berbicara bahasa yang sukar untuk Ian fahami.
“Ya, saya lari
lepas saya bunuh orang. Saya mengembara
mencari sebuah keampunan. Tapi, saya tak
jumpa. Perjalanan saya terlalu
panjang. Hingga akhirnya, saya temui
awak. Tidakkah Maghfirah itu maksudnya
keampunan?” Kening Ian naik.
“Tapi, bukan
saya yang akan ampunkan awak atas segala silap salah…”
“Saya jugak
tahu, bukan awak. Tapi, awak boleh bantu
saya, kan? Mencari Maghfirah-Nya. Andai sudi, tak payah bersuara, Maghfirah…”
ujar Ian.
Tangannya naik
mencengkam kedua belah bahu Maghfirah. Gadis
itu kaku di situ. Rasa terkejut dengan
pengakuan Ian masih membelenggu rupanya.
“…cuma kerdipkan
mata awak sekali…” pinta Ian separuh berbisik.
Perlahan-lahan,
kelopak mata Maghfirah bertemu.
Yeaayyy!!!tgl kisah silam ian je lom tau..tq kak RM..nxt...hihihi
ReplyDeleteOhhh...."kerdipkan mata awak sekali"....berkali2 saya kerdipkan....
ReplyDelete💕💕💕💕💕
ReplyDeleteKak ku kerdipkan mataku.....huwaa...nak nangis ni....ian....💕💕💕
ReplyDeleteKak ku kerdipkan mataku.....huwaa...nak nangis ni....ian....💕💕💕
ReplyDeleteOh....romantisnya Ian....
ReplyDeleteAnak dara org tu ian..huhuhu
ReplyDeletehaihh...ayat ian boleh bikin maghfirah tak lena tido...kita sekali tak lena teringat ian...
ReplyDeletedia pegang baju saya tak bagi saya pergi....adui..lurusnya rasa ian....keep update..i lop u kak rehan..hihihi
ReplyDeleteTenkiu kak.. Best cerita ni
ReplyDeleteTenkiu kak.. Best cerita ni
ReplyDeleteMillions thanks RM❤️
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks RM❤️
ReplyDeleteThanks RM
ReplyDeleteOo gitu rupanye kisah firah.. hmm betul ke ian tu bunuh.. dh smpai ajal patient kot.. Tqvm RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteSy agak la... Ian give up... sbb ex/excrush dia mati... tu yg jd pengembara... ;D
ReplyDeleteWaiting next episode...
Thanks RM cpt2 update.. xsabar tggu ����������
ReplyDeleteBoleh x nk tamak...xckp la kak rehan...wau terkejut ian adalah doktor...makin curious nk tahu nie...
ReplyDeleteTq kak...
ReplyDelete...semakin terungkai kisah Ian ni....semakin menarik....
ReplyDeleteterkejut akak...bukan silapnya kalau seorg pesakit mati ditangannya..
ReplyDeletesemakin menarik selepas puas nk menghadam permasalahan Ian & Maghfirah..hehe..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaghfirah ni mesti cantik orangnya... Umur sama ngan lan. Nak mengembara jgk la. Mana tau jumpa maghfirahNya.
ReplyDeleteRindunya dkt Ian dan Maghfirah! Almost everyday bukak blog RM nk baca sambungan kisah mereka.. Tp xpe walaupun xdak entry baru kite ulang baca entry lama2 hihihi.
ReplyDeleteTak sabar nak baca sambungannya nanti.
ReplyDeleteTak sabar nak baca sambungannya nanti.
ReplyDeleteohhh... sweet..
ReplyDeleteKenapa Maghfirah bab 11 onwards dah tak ada? Huhuhu
ReplyDeletesaya bukak semalam ada cerita maghfirah sampai habis tapi bila saya nak baca hari ini dah tak ada..����
ReplyDeleteha''ah la mana sambungan cerita maghirah?
ReplyDeleteSedih tak sempat baca ending maghfirah. Sebab selalu kak rehan tak post on weekend. Tapi takpe. Mesti happy ending. Kak rehan tak pernah kecewakan readers dia. Support kak rehan selalu.
ReplyDeleteNak baca maghfirah bab 11 onwards. Tak sempat baca 😥😥😥😥 please kak rehan
ReplyDeleteTerima kasih atas sebuah lagi karya menarik. Tidak pernah menghampakan.
ReplyDeleteUlang baca ni sambil menanti objection.. Hehe,hmmmm abang ian ni pandai eh main chia chia chia haha
ReplyDelete