Monday, December 05, 2016

Sanggupkah Bersabar, Sayang? Released!!! ^_^

Syukur pada Allah.  Masih ingat pada Kuca dan Qais?  Ini kisah mereka dalam Sanggupkah Bersabar, Sayang? a.k.a Katakan PadaNya Tentang Kita.  Edisi baru.  Sama tapi tak serupa.  Rugi tak ada buku ni.  Insyaallah, saya janjikan kepuasan.  

Edisi khas terbitan Karyaseni Januari 2017.  Didatangkan awal khas untuk pengunjung Expo Buku 1 Malaysia di PWTC pada 14-18 Disember 2016.  Jumpa saya di sana pada 17.12 (sabtu) jam 2-4 petang.  Belian online web KS dan kedai2 buku adalah pada awal 1 Januari 2017.

RM22 (523ms)

Synopsis blurb as followed : 


Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu.  Tapi, marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. 
Mereka… sepertinya ada kisah silam bersama.  Ada rasa yang sama iaitu kerinduan.  Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi. 

“Tongkat saya mana?” – Qaiser Wardah
“Tak payah tongkat… aku kan ada…” – Tengku Cairel

Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu.  Bukan rasa belas semata.  Tapi, ia nya cinta!   Cinta pada seorang gadis buta.  Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya.  Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar. 

“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?”  - Qaiser Wardah
“Memang.  Kontrak seumur hidup…” – Tengku Cairel

Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya.  Yang pernah terjadi, kembali menghantui.  Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan.  Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi. 

“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” – Tengku Cairel
“Kita masing-masing perlukan waktu,” – Qaiser Wardah

Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi.  Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya. 

“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... selagi ada asa, selagi ada nyawa.  Biarpun abang harus menderita...” – Tengku Cairel

“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… abang tak mampu membalas renungan Mawar…” – Qaiser Wardah

Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima.  Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga.  Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?  

11 comments:

  1. wahhhh,tahniah sis..akhirnya dinobelkan jgak cite ni...insyaAllah akan dptkan nobel ni..
    p/s:bile cite teratai nur n ziyad akan dinobelkan sis??hihihi

    ReplyDelete
  2. Macam tak sanggup nak baca jer kesudahan kisah ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Lama tunggu
    Nak order

    ReplyDelete
  4. Tahniah RM. Sedia tissue bercarton lh akk ni..

    Soalan sama, Teratai n Ziyad.. bila boleh sedia stock tissue??

    ~~RL~`

    ReplyDelete
  5. Berbaldi air mata tumpah because of this novel. Cukup rencah cukup rasa. Tahniah RM!

    ReplyDelete
  6. Dah habis baca... BEST!!! Tahniah Rehan

    ReplyDelete
  7. Berjaya menangis dari prolog samapai bab akhir. Kak RM memang terbaik.

    Mmmm... Nak tanya juga, Ziyad dgn Teratai Nur bila lagi??

    -widad amsyar-

    ReplyDelete